Monday, May 13, 2013

27 K/Parlimen Diteliti Untuk Petisyen -Rafizi Ramli

 


KL: Pasukan penyiasat salah laku dan penipuan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) memaklumkan sudah menerima 237 aduan dari pada pengundi berhubung salah laku sepanjang proses pilihan raya 5 Mei lalu.

Ketua pasukan itu, Rafizi Ramli berkata antara aduan tersebut termasuklah pengundi yang tidak dibenarkan mengundi kerana namanya sudah digunakan pihak lain untuk mengundi dan isu dakwat kekal yang tanggal pada hari yang sama.

Pada masa sama beliau memaklumkan telah mengenal pasti 27 kerusi parlimen yang dipercayai berlaku penipuan yang memungkinkan pihaknya membuat petisyen di Mahkamah sedikit masa nanti.

Dari jumlah itu kata Rafizi, 19 kerusi ditandingi PKR, manakala selebihnya membabitkan kerusi yang ditandingi PAS dan DAP.

“Pasukan yang digelar #SiasatPRU13 PKR akan menjalankan siasatan berdasarkan empat kriteria iaitu margin kemenangan tipis di bawah lima peratus, tidak sepadan dengan undi rosak, peratusan undi pos dan undi awal mengatasi margin kemenangan daripada undi biasa serta kerusi Parlimen mempunyai bukti penipuan bersama dan laporan polis.

"Empat kriteria itu akan diguna pakai untuk menetapkan kerusi Parlimen dan Dun yang akan disiasat dengan lebih mendalam,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini, hari ini.

Beliau juga turut memaklumkan sekurang-kurangnya 25 laporan polis telah dibuat oleh pengundi di seluruh negara berkait penipuan yang berlaku. (Hrkh)

3 comments:

Anonymous said...

obviously like your web site however you have to test the spelling on several
of your posts. A number of them are rife with spelling issues and I to find it very troublesome to inform
the reality then again I'll definitely come back again.

Feel free to surf to my weblog ... erectile dysfunction groups

Tembakau Jawa said...

Petisyen ni nanti akan menemui jalan buntu,mahkamah diaorang punya sendiri mau ingat

Anonymous said...

Kerusi Balik Pulau, Barisan Nasional menang dengan adil.. Apa cerita orang2 cina kat kuala sungai pinang halang SPR bawa keluar peti undi?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails