Saturday, September 15, 2018

10 Garis Arahan Kepada Pemimpin Parti. -Presiden PAS


Dato' Seri Abdul Hadi Awang (dua dari kiri) menyempurnakan majlis perasmian dengan penerimaan replika Batu Bersurat Terengganu sebagai simbolik. Foto - Syaiful Mustafa


KUALA NERUS - Ucapan Dasar yang disampaikan oleh Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Malaysia, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang ketika merasmikan Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-64, menggariskan 10 arahan kepada pemimpin parti di semua peringkat.

Bertemakan ‘Islam Memimpin’, Dato’ Seri Abdul Hadi menegaskan, betapa pentingnya setiap pendokong PAS menerajui agenda penyelesaian Islam.

Menurutnya, perkara itu penting bagi membentuk suasana politik baharu dan mencorak masa depan negara melalui pendekatan Budaya Politik Matang Sejahtera (BPMS).

Justeru itu, katanya 10 arahan itu perlu tindakan bersama di kalangan pimpinan parti di semua peringkat.

“Pertama, semua pihak dalam PAS Pusat, Dewan-Dewan, Badan Perhubungan PAS Negeri dan PAS Kawasan mestilah mempunyai kefahaman yang jelas terhadap tema 'Islam Memimpin', seterusnya merangka perancangan melalui pendekatan BPMS dan kesediaan untuk bekerjasama atas perkara kebaikan di semua peringkat.

“Kedua, pentarbiyahan pimpinan dan ahli adalah elemen asasi yang perlu diteruskan melalui aktiviti usrah, tamrin dan liqa' fikri mengikut marhalah yang telah ditetapkan.

"Penumpuan wajar diberikan untuk memberi penambahbaikan dalam aspek silibus, kompetensi nuqaba’ dan sistem pemantauan, di samping proses pembentukan fikrah di kalangan anak ahli PAS dan pelapis perjuangan.

“Ketiga, pentadbiran organisasi di semua peringkat perlu terus diperkemaskan supaya lebih berkesan.

"Selain itu, beberapa aspek pengurusan organisasi wajar diberi nilai tambah dalam sistem KPI dan perancangan strategik yang semakin diamalkan di peringkat negeri dan kawasan, antaranya dalam kempen penambahan ahli, pengurusan sumber manusia, kualiti mesyuarat, serta pengurusan kewangan yang sistematik," katanya.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Muktamar Tahunan PAS Pusat di Stadium Tertutup Gong Badak, hari ini (15 September).

Keempat, Dewan Ulamak perlu bertindak pantas menjadi jurubicara untuk menjelaskan isu semasa dengan merujuk kepada panduan Al-Quran dan As-Sunnah, serta proaktif dalam menganjurkan seminar ‘ilmiyyah dalam memahami persoalan Maqasid dan Siyasah Syar’iyyah.

Ulamak perlu menarik seramai mungkin cerdik pandai untuk bersama PAS, di samping keperluan untuk menguasai ilmu moden dan mengembangkan dimensi ilmu yang dikuasai.

Kelima, Dewan Muslimat perlu mendepani pelbagai isu masyarakat dan menyentuh hati nurani rakyat, melalui aktiviti kebajikan dan kekeluargaan.

"Dewan Muslimat berperanan besar dalam menentukan kuasa politik dan kejayaan membina kualiti insan dalam negara.

"Penganjuran aktiviti mesra wanita dalam lapangan kemahiran, minat dan riadah boleh dijadikan wadah untuk mendekatkan PAS kepada golongan wanita.

“Keenam, Dewan Pemuda mestilah sentiasa dinamik, melengkapkan diri dengan ilmu Islam, dan bersedia menyambung legasi perjuangan kepimpinan.

"Pendekatan dakwah yang kreatif, penguasaan media sosial dan penglibatan di lapangan anak muda mesti dimanfaatkan untuk membawa mesej Islam.

"Pemuda juga perlu mendepani isu nasional dan antarabangsa, serta mampu mengemukakan solusi terhadap permasalahan rakyat dan anak muda.

“Ketujuh, DHPP wajar diperkemaskan dengan mempunyai modul-modul latihan khusus kepada ahlinya, dibangunkan bersama oleh Lajnah Tarbiah dan Lajnah Dakwah.

"DHPP di semua peringkat wajar menjadi jambatan yang menghubungkan PAS dengan parti politik dan NGO berasaskan kaum dan agama yang lain, bagi menarik sokongan pengundi bukan-Melayu yang boleh berubah dalam PRU15 kelak," tambahnya.

Kelapan, pimpinan dan ahli PAS yang memikul tanggungjawab sebagai Ahli Dewan Negara, Ahli Dewan Rakyat, Ahli Dewan Undangan Negeri, Ahli Majlis Kerajaan Tempatan, Anggota Lembaga Pengarah, Ketua Kampung dan Jawatankuasa yang berkaitan perlu melaksanakan amanah dengan sempurna.

"Semua yang dilantik wajib menunjukkan adab, akhlak dan keilmuan yang tinggi ketika perbahasan dan menghormati penjawat awam, sehingga menjadi contoh ikutan pihak lain.

“Kesembilan, kawasan dan cawangan perlu mempunyai sasaran kerja yang jelas dan dipantau oleh pimpinan negeri.

"Program dalaman seperti aktiviti tarbiyah dan kepimpinan mestilah menjadi agenda yang penting dalam taqwim tahunan, di samping mempelbagaikan program kebajikan dan kemasyarakatan untuk menambah ahli dan menarik sokongan rakyat kepada PAS.

“Dan yang ke-10, pimpinan dan ahli PAS secara keseluruhannya perlu menjaga hubungan dengan Allah, membina syakhsiah dengan Ta’lim dan Tarbiyah, membekalkan ilmu kepada akalnya secara bertafaqquh, menanamkan iman dan akhlak yang mulia kepada rohaninya, serta wajib melengkapkan diri dengan ilmu fardu ain dan ilmu fardu kifayah mengikut kemampuan,” ujarnya.

Perasmian muktamar itu diadakan di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Nerus, hari ini (15 September).

Hadir sama pada majlis itu, Mursyidul Am PAS, Haji Hashim Jasin, Ketua Dewan Ulamak PAS Malaysia, Dato’ Dr Mahfodz Muhamed, Setiausaha Agung PAS, Dato’ Takiyuddin Hassan serta seluruh kepimpinan PAS Pusat, Dewan-dewan Ulamak, Muslimat, Pemuda dan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP), Badan Perhubungan PAS negeri-negeri dan para perwakilan di seluruh negara.

Manakala, tetamu jemputan terdiri daripada kepimpinan tertinggi Umno yang diketuai Presiden partinya, Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi, Naib Presiden Umno, Dato’ Seri Mahadzir Khalid dan Datuk Seri Ismail Sabri, Setiausaha Agungnya, Tan Sri Annuar Musa dan Ketua Penerangan Umno, Dato’ Dr Shamsul Anuar Nasarah.

Sementara itu, pimpinan MIC yang hadir iaitu Timbalan Presiden, Dato’ Seri SK Devamany AJK Pusat, Dato’ Seri M Saravanan serta beberapa orang pemimpin MIC Terengganu. (Teganukita)



Mengapa Pasukannya Lawan Pasukan Azmin? -Rafizi.

Hasil carian imej untuk Rafizi Ramli

Lihat sambungan siri ini..
E Buku IH-121: Kemelut Dalam Senyum, Anwar/Mahathir

E Buku IH-121: Kemelut Dalam Senyum, Anwar/Mahathir

Calon Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata, beliau bertanding melawan penyandang Datuk Seri Azmin Ali dan sekutunya kerana rekod mereka dalam mengecewakan keputusan strategik utama.

Rafizi, dalam satu wawancara dengan Star TV semalam, memetik kecenderungan Azmin sebelum ini untuk bekerjasama dengan PAS, dan juga tentangan kem itu apabila Tun Dr Mahathir Mohamad dinamakan sebagai pilihan Pakatan Harapan sebagai calon perdana menteri.

"Kami bertanggungjawab untuk melancarkan Pakatan Harapan," kata Rafizi yang mendakwa Azmin tidak bersetuju kerana merasakan kesatuan dengan PAS akan memastikan jangka hayat PKR, dan "Kami tidak akan 'survived' tanpa undi Melayu".

Begitu juga, tegas Rafizi, apabila mereka mengambil keputusan untuk membawa Mahathir dan BERSATU (ke dalam HARAPAN) dan bersetuju dengan konsensus bahawa beliau menjadi perdana menteri yang ketujuh, mereka seperti (timbalan ketua Wanita PKR) Haniza Talha (Ketua Wanita PKR) Zuraida Kamaruddin dan Azmin tidak bersetuju dengan alasan ia sepatutnya perdana menteri yang muda.

Berikutan berkuburnya Pakatan Rakyat, katanya, Azmin mengekalkan PAS dalam kerajaan Selangor dalam usaha untuk mengekalkan hubungan baik. PAS kalah teruk di Selangor semasa pilihan raya umum ke-14, dengan hanya tinggal satu kerusi.

Empat bulan sebelum pilihan raya umum Mei 9, Zuraida, seorang sekutu utama Azmin, dakwa Rafizi, juga bercakap menolak pelantikan Mahathir sebagai perdana menteri, dan sebaliknya mencadangkan beliau dilantik sebagai "menteri kanan".

Halangan berterusan

Rafizi berkata, halangan seumpama iu oleh kem Azmin "selalu" berlaku dalam tempoh empat hingga lima tahun yang lalu.

"Pada bila-bila masa kita perlu bergerak ke hadapan dengan satu keputusan yang besar, selalu ada pendapat yang berbeza yang mengecewakannya.

"Sekarang kita mempunyai Anwar Ibrahim sebagai presiden parti dan perdana menteri menunggu, kita memerlukan pasukan yang kuat yang bergerak bersama dalam satu arah tanpa terus berpecah." tegasnya.
-malaysiakini

Pendedahan Najib, LKS Pula Meroyan. RM2.6 Bilion.

RM2.6 bilion: Lim Kit Siang meroyan dengan pendedahan Najib

Hasil carian imej untuk muka mahathir macam kondom?
Semua naik! Lim Kit Siang pun naik beca yang dikayuh Madey.. Padan muka..

Hari ini, Lim Kit Siang mengeluarkan kenyataan bahawa saya tak sepatutnya keluarkan bukti dana 1MDB kerana kes saya masih di mahkamah. Nampaknya Kit Siang tidak gembira apabila saya paparkan bukti-bukti itu.

Nampaknya Kit Siang sudah tersalah kes. Nasib baik bukan tersalah faham titik perpuluhan, salah faham dan hantam cukai ke atas barang basah, salah tarikh ataupun salah negara. Untuk makluman Kit Siang, saya didakwa berkaitan SRC dan bukan 1MDB di mana saya yakin akan dapat mempertahankan diri dalam kes ini.

Justeru, saya berhak untuk mempertahankan diri dan beri penjelasan tentang tuduhan-tuduhan terhadap saya mengenai isu 1MDB. Baru-baru ini, saya mencabar Kit Siang untuk mengakui bahawa beliau tahu saya sudah kembalikan wang yang disebut RM2.6b itu tetapi Kit Siang memilih untuk tidak menjawab.

Semalam saya telah memuatnaik dokumen-dokumen dari bank yang menunjukkan wang yang disebut ramai sebagai RM2.6 bilion ini telah dikembalikan kepada sumber sama yang menghantarnya. Penjelasan saya mengenai RM2.6b ada dihantaran semalam di link ini:

https://www.facebook.com/najibrazak/posts/10155586360370952
Bila agaknya Kit Siang dan pemimpin-pemimpin PH akan mengakui bahawa saya tidak merompak, menyamun, mencuri dan menyimpan dalam poket wang RM2.6b ini untuk membeli cincin dan beg tangan? 

Saya juga dapati pihak polis turut mengeluarkan kenyataan semalam bahawa RM2.9 bilion pernah masuk ke dalam akaun peribadi. Namun, saya dapati mereka tidak menyatakan bahawa saya sudah memulangkan wang RM2.6b itu dan tidak menyebut bahawa sekurang-kurangnya US$200 juta ialah dari Kementerian Kewangan Arab Saudi dan dari Putera Faisal bin Turkey bin Al Saud.
Najib Razak
………….
http://pakdin.my/tag/raja-saud
RM2.6 bilion: Najib dedah bukti derma telah dipulangkan
http://pakdin.my/?p=78665
RM2.6 bilion: Lain saya cabar, lain dia tulis – Najib tempelak Kit Siang
http://pakdin.my/?p=78624
RM2.6 bilion: Kit Siang sembunyi fakta – Najib
http://pakdin.my/?p=78619
RM2.6 bilion: Najib dedah dokumen buktikan tuduhan Mahathir dan Sarawak Report fitnah semata-mata
http://pakdin.my/?p=78546

Minta Maaf, Jika Tak Mahu Ahli PPBM Boikot PRK PD.




Lihat sambungan siri ini..
E Buku IH-121: Kemelut Dalam Senyum, Anwar/Mahathir

E Buku IH-121: Kemelut Dalam Senyum, Anwar/Mahathir

PORT DICKSON — Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid didesak memohon maaf kepada perdana menteri dahulu sebelum berkempen di Port Dickson.
Jika ahli parlimen PKR itu tidak berbuat demikian, 2,000 ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mungkin memboikot pilihan raya kecil (PRK) itu.
PPBM Port Dickson memberikan amaran itu kepada Abdullah walau menegaskan partinya tidak membantah tokoh PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding di situ, lapor Sinar Harian.
“Kami memang tidak puas hati dengan tuduhan dilemparkan kepada Mahathir yang merupakan pengerusi parti kami. Sebab itu, kita nak Abdullah minta maaf,” kata ketua penyelarasnya Ramli Awang.
Beliau bimbang anggota PPBM berbuat demikian, yang menjejaskan peratusan keluar mengundi, jika ahli parlimen Kapar enggan memohon maaf secara terbuka.
“Kami bukan boikot Anwar bertanding. Kami sokong 100 peratus dan berikrar bekerja keras untuk membantu dalam setiap kempen diadakan sekali gus memastikan kerusi parlimen Port Dickson dapat dipertahankan,” katanya lagi.
Minggu lepas, Abdullah mempertahankan dakwaannya bahawa ada usaha menghalang Anwar menjadi perdana menteri walau memohon maaf pada Dr Mahathir dua minggu sebelumnya.
“Saya memohon maaf kepada Tun, saya minta maaf kerana kita kena hormat kepada orang tua kita, dan ia menjadi tradisi,” kata Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid kepada Malay Mail.
“[Namun] saya mempertahan apa yang saya cakap dulu, apa yang saya dakwa, setakat ini tiada yang berkata dakwaan itu tidak benar.”
Beliau mendakwa Dr Mahathir dan Tun Daim Zainuddin, pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan, terlibat menghalang Anwar menggantikan Dr Mahathir. – MalayMail

Kaji Semula Sebahagian Janji Manifesto. -PM


PETALING JAYA, 4 Muharram 1440H, Jumaat – Kerajaan Pakatan Harapan perlu mengkaji semula sebahagian janji manifestonya berikutan timbul kekangan tertentu untuk melaksanakannya, kata Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Katanya, sekiranya sebahagian janji tersebut dilaksana ia akan mendatangkan kerugian besar kepada negara kerana negara kini berdepan pelbagai masalah yang ditinggalkan kerajaan terdahulu.

“Sebab itu kita perlu kaji semula janji yang dibuat semasa kita percaya kita akan kalah (dalam Pilihan Raya Umum ke-14).
“Tapi sekarang kita menang, jadi sekarang sekatan-sekatan itu terkena kepada kita,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di sini hari ini.

Perdana menteri, bagaimanapun, tidak menyatakan janji-janji yang akan dikaji semula itu sama ada ia merujuk kepada 10 janji dalam 100 hari atau keseluruhan yang terkandung di dalam manifesto.

Dalam pada itu, Dr Mahathir berkata Bersatu sedang menjalani proses penyusunan selaras dengan ketetapan dalam perlembagaannya bagi menghadapi mesyuarat agung yang akan diadakan September tahun depan.

Katanya, penyusunan itu termasuk penubuhan cawangan yang akan didaftar supaya setiap daripadanya dapat menghantar wakil ke mesyuarat bahagian.

“Seterusnya mesyuarat di peringkat bahagian dapat menghantar wakil ke mesyuarat agung,” katanya.

Beliau juga menyatakan bahawa Bersatu akan memulakan penubuhan bahagiannya di Sarawak secepat mungkin.- Bernama


Mengapa jadi begini? 
G/Eng Perbodoh Rakyat, Kit Siang Perbodoh Madey? 
Kerana nak jadi PM walaupun terpaksa menjual perjuangan UMNO, sanggup bertuankan DAP, menolak sistem Islam? Hinanya manusia spesis ini..

Hasil carian imej untuk muka mahathir macam kondom?

Bakal Lahir Gabungan Baru Tanpa BN. -Presiden PAS



Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini membayangkan akan lahir satu barisan baru pembangkang bagi menghadapi kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN). 
Bercakap kepada media di Kuala Terengganu hari ini Abdul Hadi juga menjelaskan setiap suatu gabungan parti politik mempunyai hayat tertentu. 

"Kalau Perikatan (gabungan sebelum BN) dulu ada hayat dia, (maka) BN juga ada hayat dia," katanya. 

Jelas presiden PAS itu orang ramai wajar menantikan perkembangan baru selepas ini.  Kata Abdul Hadi PAS sentiasa bekerjasama dengan sesiapa saja yang dianggap boleh memberi kebaikan kepada negara dan rakyat. 

"Dan akan berlaku satu perubahan yang lain... akan berlaku. Kita tunggu dan lihat," katanya pada sidang media selepas merasmikan konvensyen Dewan Himpunan Penyokong PAS di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri Terengganu di Gong Badak, Kuala Terengganu hari ini. 

PAS sedang mengadakan muktamar tahunannya sehingga Ahad ini.  Ketika negara semakin menghampiri PRU ke-14 PAS dilihat bersikap semakin lunak kepada Umno walaupun di atas kertas kedua-dua parti berseteru dengan satu sebagai kerajaan dan satu lagi pembangkang. 

Andaian tak nak layan 

Bagaimanapun selepas 9 Mei, Umno - dan BN - gagal mendapat mandat untuk kekal menjadi kerajaan dan terpaksa menjadi pembangkang.  PAS pula kekal pembangkang kecuali di Kelantan dan Terengganu.  Perkembangan itu menyaksikan kedua-dua parti semakin akrab dan secara terbuka menjalin kerjasama walaupun belum ada ikatan rasmi. 

Untuk rekod di atas kertas BN kini hanya dianggotai Umno, MCA dan MIC selepas parti lain mengambil keputusan meninggalkan gabungan itu selepas HARAPAN menawan Putrajaya.  Kata Abdul Hadi perubahan yang dibayangkannya itu juga akan diikuti dengan perubahan gabungan parti-parti yang ada di negara ini, sama ada di pihak kerajaan atau pembangkang. Bagaimanapun beliau enggan mengatakan BN akan terkubur. 

"Kalau komunis yang diharamkan (pun) tak terkubur... BN bukan diharamkan," katanya lagi. 

Abdul Hadi juga - seperti biasa - enggan menjawab apabila ditanyakan sama ada perubahan itu akan melibatkan gabungan PAS dan Umno secara rasmi.  "Saya tak boleh jawab (soalan) andaian," katanya. (MINDARAKYAT)

Anwar: W/Azizah Letak Jawatan Bila Saya Jadi PM. Teruskan Membazir!


Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap ketika Program Bicara Maal Hijrah di Kompleks Warisan Sultan Abu Bakar, Johor Bahru. - Foto Hairul Anuar Rahim


Lihat sambungan siri ini..
E Buku IH-121: Kemelut Dalam Senyum, Anwar/Mahathir

E Buku IH-121: Kemelut Dalam Senyum, Anwar/Mahathir

JOHOR BARU: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menegaskan bahawa Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, akan meletak jawatan apabila beliau menjadi Perdana Menteri.
Katanya, sekarang bukan masa yang sesuai bagi Dr Wan Azizah melepaskan jawatannya dalam Kabinet.
"Kenapa perlu letak jawatan sekarang? Kalau beliau letak jawatan sekarang, PKR akan kehilangan jawatan Timbalan Perdana Menteri," katanya.
Tambah Anwar, beliau tidak akan terus menyertai kerajaan sekiranya menang pilihan raya kecil (PRK) Port Dickson yang akan datang.
"Seperti mana yang saya katakan kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, bila saya menang (kerusi Parlimen Port Dickson), saya akan menyertai kerajaan, sekarang saya mahu beri laluan kepada Dr Mahathir untuk meneruskan tanggungjawabnya sehingga sampai giliran saya.
"Jadi, bersabarlah, bila saya jadi Perdana Menteri, Dr Wan Azizah akan letak jawatan. Bila? Apabila sampai giliran saya menjadi PM. Orang ramai membangkitkan isu ini jadi saya kena jelaskan," katanya
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan sempena program Bicara Maal Hijrah bertajuk 'Hijrah ke arah Malaysia Baru' di Kompleks Warisan Sultan Abu Bakar di sini, malam tadi.
Turut hadir, Pengerusi PKR Johor, Hassan Karim; Timbalan Pengerusi PKR Johor, Jimmy Puah dan Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon.
Sebuah portal berita semalam melaporkan, Presiden Persatuan Patriot Kebangsaan (PATRIOT), Brig Jen (B) Datuk Mohamed Arshad Raji, sebagai berkata, Anwar sedang mewujudkan dinasti keluarga dalam Parlimen.
Beliau juga berkata, Anwar patut meminta isterinya, Dr Wan Azizah atau anaknya, Nurul Izzah Anwar untuk mengosongkan kerusi Parlimen mereka, bukannya Datuk Danyal Balagopal Abdullah, seorang bekas pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), untuk mengosongkan kerusi Parlimen Port Dickson.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Lagi membazir wang rakyat, walau rakyat miskin sedang sengsara.. Kerajaan yang tidak prihatin.. Mereka tetap teruskan membazir!


Mengapa jadi begini? 
G/Eng Perbodoh Rakyat, Kit Siang Perbodoh Madey? 
Kerana nak jadi PM walaupun terpaksa menjual perjuangan UMNO, sanggup bertuankan DAP, menolak sistem Islam? Hinanya manusia spesis ini..
Hasil carian imej untuk muka mahathir macam kondom?

Pemerintahan PH Teruk, Kata Presiden PAS



KUALA TERENGGANU, 4 Muharram 1440H, Jumaat – Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH) selama empat bulan lebih teruk, berbanding kerajaan terdahulu, UMNO/Barisan Nasional (BN) yang memerintah selama enam dekad.

Beliau berkata, ketika pemerintahan UMNO selama 60 tahun, ada juga menteri besar, menteri yang dibawa ke mahkamah disebabkan rasuah, malah ada juga dipenjarakan.

“PH baru memerintah berapa bulan? Bawa ke mahkamah diselesaikan begitu sahaja. Memerintah empat bulan dah ada masalah apa lagi kalau 60 tahun, lebih teruk daripada UMNO lagi, lebih dahsyat, ini yang kita alami,” katanya merasmikan Konvensyen Dewan Himpunan Penyokong PAS kali pertama di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri Terengganu, hari ini.

Sebelum ini, Peguam Negara, Tommy Thomas didakwa menggunakan kuasa veto yang dimilikinya untuk membebaskan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, yang juga bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, dan ahli perniagaan, Phang Li Koon daripada pertuduhan rasuah berhubung pembelian sebuah banglo di bawah nilai pasaran.

Pada awal prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Masri Mohd Daud memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihak pendakwaan tidak mahu meneruskan pertuduhan terhadap kedua-dua tertuduh mengikut Seksyen 254 (3) Kanun Tatacara Jenayah.

Hakim Datuk Hadhariah Syed Ismail, bagaimanapun tidak bersetuju dengan permohonan pihak pendakwaan supaya pertuduhan itu ditarik balik dan kedua-dua tertuduh dilepaskan tanpa dibebaskan (DNAA).

Thomas sebelum ini mewakili Guan Eng dalam prosiding komital yang difailkan bekas Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali pada 2016 di Mahkamah Tinggi.

Prosiding komital itu atas dakwaan Guan Eng telah menghina mahkamah dan campur tangan dalam pentadbiran keadilan.

Bagaimanapun, pada Ogos lalu, Tommy menerusi kenyataan Jabatan Peguam Negara mengumumkan menarik diri daripada semua pertimbangan berhubung kes rasuah Guan Eng dengan menerima prinsip konflik kepentingan yang diguna pakai terhadapnya.

Dulu Ayoyo Samy, Sekarang Ayoyo Tommy...


Dulu Ayoyo Samy, Sekarang Ayoyo Tommy..

Bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad mengkritik Peguam Negara Tommy Thomas berhubung keputusannya dalam beberapa kes berprofil tinggi, termasuk tuduhan terhadap bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkaitan 1MDB...
Dalam kes itu, Thomas yang pada mulanya menjadi ketua pendakwa menarik diri atas sebab tidak dapat memberi tumpuan sepenuhnya terhadap kes itu ekoran tanggungjawabnya sebagai peguam negara...
Beliau kemudian melantik bekas Presiden Majlis Peguam Datuk Sulaiman Abdullah untuk menggantikan tempatnya...

"Ini mata pertama oleh Thomas, tidak pernah dalam sejarah perundangan di Malaysia ada peguam negara mengakui dia tidak dapat berdepan dengan beban tugasnya, sehingga perlu melantik peguam persendirian untuk melakukan pendakwaan"...
"Atau apakah dia takut kerana tiada pengalaman dalam pendakwaan"? 
"Kes ini tentunya bukan untuk sesiapa yang baru mahu belajar tentang pendakwaan," katanya dalam satu artikel panjang di blognya hari ini..

Dalam artikel itu, beliau memberikan pandangannya berkenaan tempoh tiga bulan Thomas menjadi peguam negara... Hamid berkata Thomas di beri lapan bulan untuk menyediakan kes itu, jauh berbeza dengan pendakwa raya biasa yang ada kala di beri tempoh tidak sampai sebulan...

Peluang Yang Terlepas

Satu Keputusan Terlajak Bijak...
Katanya, langkah Thomas itu membuktikan pandanganya bahawa peguam persendirian, walaupun cukup ternama tiada pengalaman dalam mengendalikan pendakwaan atau kertas siasatan...

"Sebab itulah peguam negara perlu di lantik di kalangan perkhidmatan perundangan dan kehakiman", katanya...


"Apa2 pun dia terlepas peluang untuk membuktikan dirinya sebagai pendakwa yang bagus dalam satu kes paling kontroversi dan penting dalam sejarah perundangan Malaysia yang akan di kenang untuk satu tempoh yang panjang"...

"Semoga dia tidak akan di kenang sebagai peguam negara yang takut sehingga mengelak daripada mendakwa bekas perdana menteri," katanya lagi...

Hamid juga mengkritik keputusan Thomas yang melantik bekas Hakim Persekutuan Datuk Seri Gopal Sri Ram sebagai timbalan pendakwa raya bagi menyediakan kertas pendakwaan ke atas kes2 berkaitan 1MDB...


"Ia bermakna Sri Ram bertindak untuk menasihati Thomas sama ada wujud kes prima facie terhadap Najib"...


Katanya, sangat janggal untuk seorang peguam negara membuat keputusan berdasarkan pandangan orang lain, bukan meneliti sendiri bukti yang ada...


"Dalam kes sepenting itu, orang menjangka peguam negara sendiri akan meneliti kertas sisatan dengan bantuan pegawai dan membuat sendiri keputusan"...


Paling tidak pun, Hamid berkata tentunya ada pegawai berpengalaman di pejabat peguam negara yang boleh diharapkan berbanding mengambil peguam luar yang tidak pernah melihat kertas siasatan sepanjang kerjayanya...


Menjejaskan Moral


Hamid berkata memandangkan Thomas sendiri tidak meneliti kertas siasatan untuk kes berkaitan 1MDB, kemungkinan besar beliau juga tidak akan mengetuai pendakwaannya...


"Dengan melantik Sulaiman dan Sri Ram sebagai pendakwa, Thomas telah menjejaskan seluruh bahagian pendakwaan dan rayuan pejabat peguam negara dan malah seluruh jabatan itu"... 

"Seolah2 tiada tidak yakin terhadap pegawainya yang telah bertugas selama berdekad"... 
"Seolah2 mereka tidak cekap" katanya...

Turut di sentuh Hamid adalah beberapa kes lain, termasuk kapal pesiar mewah Equanimity, kes kerajaan Sarawak dengan Petronas dan pembatalan dakwaan terhadap anggota parlimen dan penyokong Pakatan Harapan...


Setakat ini Thomas lebih di kenali dengan apa yang tidak di lakukannya dan bukan apa yang telah dia lakukan" katanya...


Sambil menambah Thomas berjaya memujuk tiga anggota Majlis Peguam untuk bekerja dengannya tanpa bayaran...


"Kita hanya boleh berterima kasih kepada peguam2 ini atas pengorbanan mereka"...


Apakah mereka akan melakukan perkara sama jika yang tertuduh adalah menteri kerajaan HARAPAN?" soalnya...


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails