Saturday, August 03, 2019

MTUC Sahkan Terima Aduan Larangan Solat



KUALA LUMPUR 3 Ogos – Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) mengesahkan menerima aduan dari pekerja di Hond Tat Industries Sdn. Bhd. (Hond Tat) berhubung memo larangan solat bagi umat Islam sewaktu bekerja.


Presiden MTUC, Abdul Halim Mansor berkata, seorang pekerja Hond Tat telah menghubunginya pada 30 Julai lalu dan bertanya tentang hak pekerja berhubung waktu solat.
Katanya, pada keesokan hari beliau menerima gambar memo yang menyatakan pekerja tidak dibenarkan sembahyang kecuali pada waktu makan tengah hari dan akan didenda RM500 untuk setiap kesalahan.
Ujarnya, menyedari kemungkinan berlaku pencabulan Akta Pekerjaan 1955 beliau segera mengemukakan aduan kepada Jabatan Tenaga Kerja (JTK) mengenai memo itu.
“Sebaik sahaja saya menerimanya, pagi itu kami menghubungi JTK Putrajaya yang kemudian mengarahkan JTK Selangor untuk menyiasat perkara itu,” katanya seperti dipetik Portal Malaysiakini.
Gambar memo berhubung larangan waktu solat itu sebelum ini tular dan mendapat kecaman warga maya yang rata-rata menyifatkannya sebagai melanggari hak keagamaan pekerja terutama bagi beragama Islam.
Semalam, pengurus operasi Hond Tat yang tidak dinamakan dilaporkan memberitahu New Straits Times bahawa memo bertarikh 30 Julai itu palsu.
Abdul Halim berkata, beliau mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa memo itu sebenarnya dikeluarkan oleh kilang berkenaan.
“Walaupun ia tidak ditandatangani, notis itu dipaparkan di papan notis di kilang. Ia tidak dihantar kepada pekerja individu tetapi didedahkan sebagai notis am kepada semua kakitangan.
“MTUC percaya memo itu dikeluarkan syarikat itu kerana ia mempunyai kepala surat syarikat dan ia dilihat di premis syarikat,” katanya. – UTUSAN ONLINE


Peluang Kerja Di Australia Dibuka Lagi..
Kerja Di Australia, Dibuka..

Kumpulan Militan Rakyat M'sia Berstategi Baru?


Strategi baharu militan
SERAMAI 53 rakyat Malaysia yang menyertai perjuangan Daish di Syria dipercayai cuba untuk menyusup ke sebuah wilayah di Afghanistan dan berkumpul semula dengan kumpulan militan berkenaan di negara itu.
Berdasarkan maklumat terkini, rakyat tempatan itu diketuai oleh bekas pengikut kanan Kumpulan Mujahidin Malaysia (KMM) Mohd Rafi Udin serta bekas gitaris kumpulan Ukays, Wan Mohd Aquil Wan Zainal Abidin atau Akel Zainal.
Sebelum ini, kumpulan militan berkenaan terpaksa melarikan diri di sebuah bandar sempadan antara Iraq dan Syria selepas kejatuhan kubu kuat kumpulan militan itu di beberapa bandar utama di Syria.
Terkini, sekumpulan rakyat Malaysia berkenaan cuba untuk menyusup masuk menerusi Iran sebelum berkumpul di Wilayah Khorasan, Afghanistan yang dikatakan menjadi lokasi baru untuk kumpulan Daish.

Pakar Kajian Strategik dan Anti Keganasan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) Prof Madya Dr Mohd Mizan Mohd Aslam berkata, kumpulan rakyat Malaysia itu cuba untuk berkumpul semula di Afghanistan memandangkan negara itu lebih mesra kepada perjuangan mereka.
Menurutnya, wilayah itu sengaja dipilih oleh kumpulan berkenaan kerana kononnya mahu menggambarkan dalam salah satu hadis Nabi SAW berkaitan tentera akhir zaman yang wujud di sebuah tempat bernama Khurasan.
“Ini adalah strategi yang agak licik bagi pimpinan utama Daish untuk memperlihatkan bahawa merekalah tentera yang dimaksudkan di dalam hadis baginda sedangkan hakikatnya tidak begitu.
MILITAN Malaysia, Mohd Rafi Udin.

"Lokasi itu bukan saja untuk kumpulan Daish yang terdiri daripada rakyat Malaysia, malah militan Iraq serta beberapa negara lain turut menjadikan lokasi itu sebagai tempat berkumpul.
“Afghanistan yang kita tahu sebelum ini sememangnya menjadi kubu kuat kepada taliban dan negara itu masih tidak stabil sepenuhnya daripada sudut keselamatan dan sosio politik.
“Malah, negara terbabit juga dilihat lebih mesra dengan ideologi Daish dan menjadi lokasi pengkaderan anggota militan sejak beberapa dekad lalu,” katanya ketika ditemui, di sini, baru-baru ini.
Mohd Mizan berkata, Syria serta Iraq sudah menjadi lokasi panas untuk pengikut Daish memandangkan penguatkuasaan yang dilakukan oleh pihak keselamatan dua negara berkenaan.
Beliau berkata, pilihan yang ada untuk pengikut Daish terutamanya rakyat Malaysia adalah berhijrah ke negara yang lebih mesra dengan ideologi mereka dan untuk agenda ini, Afghanistan adalah lokasi yang dilihat sesuai.
“Sebenarnya, mungkin tidak semua rakyat Malaysia yang masih berbaki di Syria serta Iraq sanggup meneruskan perjuangan selepas mereka melihat sendiri hakikat sebenar kumpulan Daish.
“Namun, untuk keluar daripada perjuangan berkenaan tidak mudah dan memerlukan satu usaha sama dengan pihak keselamatan negara lain bagi membawa mereka pulang dan menjalani pemulihan jika didapati terbabit dalam kegiatan militan,” katanya.
Baru-baru ini, balu kepada Ketua Militan Malaysia, Muhammad Wanndy Mohd Jedi yang terkorban dalam satu serangan udara beberapa tahun lalu menyatakan hasrat untuk pulang ke Malaysia.
Bekas isteri Muhammad Wanndy, Nor Mahmudah Ahmad yang terselamat daripada serangan berkenaan sebelum itu berjanji untuk meneruskan perjuangan di negara berkenaan namun kini, menyatakan hasrat untuk pulang.
Perkara itu turut dimaklumkan oleh waris keluarga Nor Mahmudah kepada polis April lalu dan meminta untuk dibenarkan pulang ke Malaysia.
MILITAN Malaysia, Akel Zainal

Polis tiada sebarang maklumat
POLIS tidak mempunyai sebarang maklumat berhubung rakyat Malaysia yang berada di Syria sedang cuba menyusup masuk melalui Iran ke Afghanistan untuk berkumpul di satu wilayah di negara itu.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti Pengganas (E8) Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, pihaknya tidak mempunyai maklumat berkenaan bagaimanapun pemantauan sentiasa dilaksanakan atas faktor keselamatan.
“Setakat ini, kita tiada maklumat berhubung baki rakyat tempatan yang berada di Syria mahu menyusup masuk ke Afghanistan dan berkumpul dengan anggota militan lain di negara terbabit,” katanya.
Sementara itu, pendakwah bebas Ustaz Hafiz Za’farani berkata, hadis berhubung kemunculan tentera panji hitam yang datang dari arah Khurasan sememangnya ada namun tidak semua golongan boleh mendakwa bahawa mereka adalah kelompok yang dimaksudkan dalam hadis Nabi SAW.
“Hadis berkenaan ada penjelasan khusus berhubung situasi berkenaan dan bukanlah semua kelompok atau kumpulan militan boleh mendakwa bahawa mereka golongan yang dimaksudkan dengan memanipulasi hadis terbabit.
“Kita melihat bahawa tindakan kumpulan terbabit yang sengaja mahu berkumpul di sebuah wilayah di Afghanistan adalah untuk memanipulasi hadis berkenaan sekali gus menarik perhatian masyarakat umum serta menyertai mereka.
“Apa yang dilakukan oleh kumpulan militan Daish adalah mirip kepada kejadian yang pernah berlaku di Arab Saudi apabila ada golongan pengganas yang mengaku sebagai Imam Mahdi di depan Kaabah sehingga menimbulkan kekeliruan masyarakat,” katanya. (MyMetro)


Peluang Kerja Di Australia Dibuka Lagi..
Kerja Di Australia, Dibuka..

Kerjasama UMNO-Pas Rencatkan Usaha Puak Liberal

PRESIDEN UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bersama timbalannya,
PRESIDEN UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bersama timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hasan (kiri) dan Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa (kanan) ketika mempengerusikan Mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi UMNO di Menara Dato' Onn baru-baru ini. - UTUSAN ONLINE/MUHAMAD IQBAL ROSLI 


KUALA LUMPUR 3 Ogos - Pemerhati politik melihat kerjasama UMNO dan Pas bakal merencatkan usaha-usaha liberal oleh sesetengah ahli politik yang memperjuangkan kesamarataan.
Bagi penganalisis politik, Dr. Mohammad Tawfik Yaakub, disebabkan hal itu, akan ada usaha yang sentiasa dilakukan untuk menggagalkan kerjasama kedua-dua parti Melayu Islam tersebut.
Beliau bagaimanapun tidak menyebut siapakah pihak yang dianggap liberal itu.
Jelas beliau, sekiranya UMNO dan Pas berjaya memeterai piagam kerjasama, maka pengundi-pengundi Melayu dan atas pagar yang menolak Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu akan kembali mengundi BN dan PAS.
“Kalau lihat dalam konteks hari ini, negara sedang bergerak ke arah kesamarataan, cuba diletakkan dalam konteks sama rata, maka apa yang dilakukan oleh Pas dan UMNO ini adalah satu penghalang kepada usaha kesamarataan ini.
“Maka sebab itulah kerjasama (UMNO-Pas) ini akan ditentang oleh mereka yang melihat Melayu Islam bakal kembali kepada satu tonggak pentadbiran negara,” katanya yang dipetik daripada portal UMNO-Online semalam.
Piagam muafakat di antara UMNO dan Pas yang telah mencapai kata sepakat untuk berkerjasama (berta’awun) antara satu dengan lain akan ditandatangani pada 14 September depan.
Kata Mohammad Tawfik, jika mahu orang Melayu dan golongan atas pagar kembali menyokong UMNO dan Pas, syaratnya adalah mewujudkan kerjasama kedua-dua parti secara rasmi.
“Di saat orang Melayu Islam terkepung dengan pelbagai isu, maka ini yang perlu diambil kira dan diambil kesempatan oleh UMNO dan Pas untuk kembali memberi keyakinan kepada orang Melayu Islam bahawa mereka telah berubah dan telah menerima pengajaran yang besar dalam PRU-14 lalu,” katanya. - UTUSAN ONLINE
Peluang Kerja Di Australia Dibuka Lagi..
Kerja Di Australia, Dibuka..

Sokong Dr Zakir, Penuhi Stadiun S/Muhammad 1V Malam Jumaat..

Hasil carian imej untuk dr zakir naik malaysia
Solidariti rakyat Kelantan pertahan Dr Zakir
KOTA BHARU: Rakyat Kelantan perlu mempamerkan semangat solidariti bersama Dr Zakir Naik ketika ada pihak mendesak pendakwah terkenal tersebut dihantar pulang ke India.
Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Ahmad Fadhli Shaari berkata, orang ramai berpeluang memenuhi Stadium Sultan Muhammad Ke IV pada malam Jumaat hadapan bagi menyokong Dr Zakir.
Katanya Dr Zakir akan berada di Kelantan bermula 7 Ogos ini dan kemuncaknya pada malam 9 Ogos beliau akan menyampaikan pidato di Stadium Sultan Muhammad IV.
“Hanya melalui kebangkitan rakyat sahaja yang mampu untuk menghalang kerajaan menghantar pulang Dr Zakir ke India seperti dikehendaki pihak tertentu,” katanya pada kuliah di Medan Ilmu hari ini.
Kelmarin veteran DAP Lim Kit Siang bersetuju dengan saranan penulis Anas Zubedy agar Dr Zakir meninggalkan Malaysia secara sukarela.
Malah hujah itu dipertahankan seorang lagi pemimpin DAP, Ramkarpal Singh yang juga ahli Parlimen Bukit Gelugor turut menggesa Dr Zakir diekstradisi ke India atas sebab undang-undang.
Bagaimanapun sebelum Interpol menolak permohonan kerajaan India untuk memasukkan Dr Zakir dalam notis merahnya, dalam usaha membawanya kembali ke India untuk dibicarakan di mahkamah.
Ahmad Fadhli yang juga ahli parlimen Pasir Mas berkata, hanya melalui kebangkitan rakyat sahaja dapat menghalang usaha pihak tertentu menghalang Dr Zakir berdakwah di negara ini. – HARAKAHDAILY 2/8/2019


Peluang Kerja Di Australia Dibuka Lagi..
Kerja Di Australia, Dibuka..

Laksana Tulisan Khat, Jawi, Walau Dibantah 2 Pertubuhan Cina.

DONG Zhong dan Jiao Zong sebelum ini membantah keputusan untuk
DONG Zhong dan Jiao Zong sebelum ini membantah keputusan untuk melaksanakan penggunaan tulisan Jawi dan seni khat ke dalam buku teks di semua sekolah. - UTUSAN ONLINE/Gambar hiasan  


Kerajaan bertegas laksana tulisan khat, Jawi
KUALA LUMPUR 2 Ogos - Meskipun diasak ramai pemimpin DAP dan pertubuhan mewakili pendidikan Cina, Kementerian Pendidikan bertegas untuk meneruskan pelaksanaan pengenalan tulisan khat dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun 4 pada tahun 2020.
Menurut kementerian itu, tulisan khat merupakan warisan bahasa Melayu yang penting untuk dipelajari, sejajar dengan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa perpaduan.
Tegas kementerian itu, tulisan tersebut juga terdapat pada jata negara, jata negeri-negeri dan wang kertas Ringgit Malaysia.
Jelas kementerian tersebut, perancangan pengenalan tulisan khat telah dilaksanakan melalui semakan semula kurikulum sejak tahun 2014 dan usaha itu juga telah melalui pelbagai sesi libat urus dengan pakar-pakar bahasa dan pendidikan.
“Pengenalan tulisan khat ini bertujuan untuk menerapkan nilai-nilai warisan bahasa Melayu dan identiti negara.
“Sehubungan itu, Kementerian Pendidikan akan meneruskan pelaksanaan pengenalan tulisan khat ini seperti dijadualkan, dengan mengambil kira pendekatan penyampaian yang lebih mudah difahami dan tidak membebankan murid dan guru,” menurut kementerian itu dalam kenyataan hari ini.
Isu pengenalan tulisan khat dan Jawi mendapat bantahan dua pertubuhan Cina, Gabungan Jawatankuasa Sekolah Cina (Dong Zong) dan Gabungan Persatuan Guru-guru Sekolah Cina Malaysia (Jiao Zong) yang menolak langkah tersebut.
Dong Zong dan Jiao Zong malah dilaporkan bertekad mahu mengadakan perhimpunan bagi membantah penambahan seni khat dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun 4 termasuk di sekolah vernakular seperti yang dirancang.
Kementerian Pendidikan menjelaskan mengambil maklum pelbagai respons terhadap isu tersebut namun tidak menuruti desakan yang dibuat.
“Kementerian komited untuk bersama-sama membina Malaysia yang memiliki persefahaman dan pengetahuan kukuh terhadap warisan kebangsaan,” jelas Kementerian Pendidikan lagi. - UTUSAN ONLINE
Peluang Kerja Di Australia Dibuka Lagi..
Kerja Di Australia, Dibuka..

‘Pertemuan Parti Bukan K'jaan Dengan PM...

Hasil carian imej untuk pm tahu siapa selepas dia


'Perdana Menteri tahu siapa ganti selepas dia’
MARANG: Pertemuan pemimpin parti bukan kerajaan dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, satu amalan demokrasi yang sihat, kata Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
“Perdana Menteri boleh jumpa dengan parti pembangkang, bukan kerajaan. Itu demokrasi yang sihat, terbuka untuk bertemu dengan NGO dan itu satu proses demokrasi yang disuburkan.
“Itu memang di negara-negara yang mengamalkan demokrasi yang sungguhnya begitulah. Itu bukan perkara luar biasa jumpa dengan pembangkang, dengan siapa sahaja, itu perkara biasa. Cuma kepada mereka yang ada agenda-agenda lain yang menganggap itu di luar dari kemahuan dia,” jelasnya.  
Beliau berkata demikian di kediamannya selepas menyampaikan Kuliah Dhuha Pagi Jumaat di Masjid Rusila, hari ini.
Ketika ditanya siapa yang layak jadi Perdana Menteri menggantikan Tun Mahathir, kata beliau, pertama, terserah kepada Perdana Menteri sekarang atau kembali kepada rakyat yang menentukannya.
“Adapun hendak meneruskan pemimpin kerajaan itu bukan hak kita. Bahkan, banyak diplomat asing berjumpa dengan saya, tanya saya siapa Perdana Menteri? Itu bukan hal saya, lagi pun Perdana Menteri tahu siapa yang (layak) ganti selepas dia.
“Kedua, kalau hendak serah kepada rakyat, rakyat yang akan menentukan siapa. Sampai diplomat asing pun macam itu. Itu saya rasa satu benda yang tak sepatutnya ada campur tangan yang macam itu.
“Kita mahu Perdana Menteri dapat melaksanakan tugasnya dengan lebih terbuka, sikap yang baik, yang kita alu-alukan. Kita ambil peluang ini, apatah lagi kita kena sedar bahawa kerajaan pusatnya begitu, kerajaan negerinya begini.
“Sehingga hari ini, kerajaan negeri dari pelbagai parti politik. Umno dua buah negeri, PAS dua buah negeri. Ada negeri yang PKR pimpin, PAN jadi Menteri Besar, DAP jadi Ketua Menteri. Apa salahnya kita jumpa dengan Perdana Menteri kerana kita berkonsepkan federalisma,” ujarnya.
Menurut beliau, parti bukan kerajaan juga berhak untuk bertemu dengan Perdana Menteri serta memberi pandangan kepada kerajaan dan bukan hanya di parlimen. – HARAKAHDAILY 2/8/2019

Peluang Kerja Di Australia Dibuka Lagi..
Kerja Di Australia, Dibuka..

Raja Permaisuri Agong Inspirasi Wanita Masa Kini.




DEWAN Muslimat PAS Negeri Sarawak merafak sembah tahniah atas pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sekali gus mengangkat Tuanku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sebagai Raja Permaisuri Agong pada 30 Julai lalu. Kehadiran Raja Permaisuri Agong sebagai 'ibu' bagi negara ini mengujakan banyak pihak atas sebab keperibadian baginda yang istimewa. 
Muslimat PAS Sarawak ingin menyorot keperibadian Raja Permaisuri Agong yang sarat dengan jiwa kewanitaan dan dimanifestasikan dalam peranan baginda terhadap masyarakat dan keluarga. 
Raja Permaisuri Agong menunjukkan suri teladan menjadi seorang isteri yang baik di sisi suami baginda. Dengan kedudukan baginda sebagai 'wanita pertama' negara, dikelilingi ramai pembantu, baginda masih mampu menjaga dan menguruskan makan minum suami. 
Tidak setakat itu, berita yang mengkhabarkan bahawa baginda menjahit sendiri sampin Yang di-Pertuan Agong dengan jahitan tangan, pasti mengejutkan banyak pihak. Sebagai seorang permaisuri baginda boleh memilih untuk menitahkan  para pembantu untuk melakukan semua tugasan ini, tetapi baginda menunjukkan penghayatan luar biasa akan tanggungjawab seorang isteri walaupun berada pada kedudukan tertinggi.
Ayuh kita lihat lagi, keistimewaan seorang permaisuri ini. Jika kita masih ingat,Pantai Timur pernah dilanda banjir besar pada tahun 2014. Negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang tenggelam dilanda banjir. Baginda ketika itu sering berada di sisi Yang di-Pertuan Agong mencemar duli berangkat meninjau pusat-pusat pemindahan banjir di Pahang, sebagai pemerintah yang prihatin. 
Apa yang menarik, baginda turut menyinsing lengan, membantu rakyat yang berada dalam kesusahan ketika itu, memasak dan menghidangkan makanan untuk mereka. Hal ini bukan suatu gimik atau lakonan untuk sesi fotografi, namun menjadi rutin baginda setiap kali banjir melanda negeri Pahang.
Penglibatan Raja Permaisuri Agong dalam kerja amal untuk masyarakat bukan perkara baharu. Sejak tahun 2005 baginda mengasaskan Tunku Azizah Fertility Foundation (TAFF) bagi membantu pasangan yang memerlukan bantuan untuk mendapatkan zuriat. 
Sempena pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang ke-16 ini, baginda berkenan menaja 60 pasangan untuk mendapatkan rawatan menerusi yayasan ini. Hal ini nyata membuktikan istiqamah baginda dalam menjalankan kerja amal secara serius dan tersusun. 
Kisah-kisah sebegini seakan mengingatkan kita kepada keperibadian Permaisuri Zubaidah, isteri Khalifah Harun al-Rasyid. Baginda ketika itu amat prihatin akan keperluan rakyat baginda yang bermusafir mengerjakan haji dari Baghdad ke Mekah. Keprihatinan baginda mencetuskan  idea membangunkan perhentian, perumahan dan kemudahan air minuman untuk para jemaah haji yang kemudiannya dinamakan "Mata Air Zubaidah." 
Sesungguhnya, hanya jiwa yang mempunyai nilai tulus budi yang tinggi sahaja mampu mendorong seseorang untuk memikirkan cara menyelesaikan masalah orang ramai. Hal ini ibarat satu anugerah kerana tidak ramai yang sudah berada di atas takhta singgahsana mampu menyelami permasalahan rakyat jelata apatah lagi berusaha bersama-sama mencari jalan penyelesaian.
Kehadiran Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sebagai Raja Permaisuri Agong memberi nafas baharu kepada  wanita khususnya yang bekerjaya agar tidak leka dengan tugasan di luar rumah semata-mata hingga menganggap tugas di rumah tidak lagi signifikan. Diharapkan hal ini akan dapat menyeimbangkan suara-suara sesetengah wanita sendiri yang cenderung menganggap tugasan asas sebagai ibu rumah tangga adalah tugasan kelas kedua, walhal tugasan inilah yang menjadi tunggak kestabilan keluarga dan masyarakat. 
Raja Permaisuri Agong memberi wajah baharu wanita moden. Baginda membuktikan wanita yang sibuk menggerak dan memimpin masyarakat masih mampu menjadi isteri dan ibu di sisi suami dan anak-anak. Hasilnya akan lahirlah kestabilan dalam keluarga yang akhirnya menjadi asas masyarakat yang harmoni. 
Muslimat PAS Sarawak mendoakan moga Raja Permaisuri Agong akan terus menjadi inspirasi kepada semua wanita Sarawak dan Malaysia.
"Dirgahayu Tuanku"
USTAZAH JULIANI ADIN
Ketua Muslimat
Dewan Muslimat PAS Negeri Sarawak 
HARAKAHDAILY 2/8/2019


Peluang Kerja Di Australia Dibuka Lagi..
Kerja Di Australia, Dibuka..

Syarat Jadi PM, Dipilih Rakyat Menepati Konsep Islam. -PAS

hadi awang

PM: Pas tolak ciri pelahap, gemar tonjol diri
MARANG 2 Ogos - Pas tidak menghalang sesiapa sahaja menjadi Perdana Menteri tetapi dengan syarat biarlah individu itu dipilih oleh rakyat selain memiliki ciri-ciri pemimpin sejati, amanah, bertanggungjawab serta menepati konsep Islam sebenar dan bukan pelahap.
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan, mana-mana pemimpin yang gagal menguruskan hal peribadi serta terlalu gemar menonjolkan diri sendiri agar dilantik mengisi jawatan adalah ditolak sama sekali.
Jelas beliau, malah dalam hadis ada menyatakan bahawa Nabi tidak akan melantik mana-mana individu yang meminta-minta atau menonjolkan diri sendiri untuk dilantik mengisi sesuatu jawatan.
“Kita tak nak tentukan siapa jadi PM (Perdana Menteri), kita nak siapa yang rakyat pilih, siapa berhak dan jalankan tugas dengan betul. Untuk kita nyatakan orang lebih awal (jadi PM) bukan sifat orang Islam kita. Lantik diri sendiri, tonjol diri sendiri, itu bukan ajaran Islam dan ia sudah lari dari konsep Islam.
“Bahkan dalam hadis, Nabi ada kata, demi Allah aku tak lantik orang yang mahu meminta-minta, orang yang tonjol diri, demi Allah aku tak beri jawatan orang macam ini. Itu Nabi sebut, bukan saya sebut. Jadi orang Islam kena fahamlah,” katanya.
Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang menyatakan perkara itu kepada pemberita ketika ditemui di kediamannya di Rusila sejurus selesai mengadakan Kuliah Jumaat di Masjid Rusila di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas isu kedudukan Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri dan adakah kemungkinan Pas mempunyai agenda sendiri bagi menentukan siapa bakal dilantik menjadi Perdana Menteri kelapan nanti.
Abdul Hadi seterusnya mengulas lanjut, Islam sentiasa menekankan bahawa pemimpin yang dilantik hendaklah kalangan mereka yang amanah, bertanggungjawab dan bukan pelahap.
“Saya tak tuju pada sesiapa dalam hal ini, siapa pun kalau terlalu gemar sangat (tonjol diri) Nabi ada kata: Tuhan akan humbankan dia tanpa diturunkan oleh Allah kalau orang itu gemar sesuatu jawatan. Tapi kalau diberi amanah bukan diminta sebagai satu tanggungjawab dan dia tidak pelahap, maka Tuhan akan turunkan,” katanya.
Beliau berkata, seseorang pemimpin juga perlu dipilih kalangan mereka yang benar-benar mampu menguruskan hal kepentingan rakyat, bukannya tidak habis-habis ditimpa masalah peribadi.
“Apa yang berlaku hari ini, (ada pemimpin) tak boleh nak uruskan parti sendiri. Sama-sama dalam parti tak boleh nak urus masalah yang berkait hal peribadi, bukan berkaitan rakyat. Kalau (asyik) bahas tentang hal peribadi macam mana nak urus masalah rakyat. Sebab itu kita tak mahu bazir masa kecewakan rakyat dengan masalah peribadi antara pemimpin,” ujarnya. - UTUSAN ONLINE
Peluang Kerja Di Australia Dibuka Lagi..
Kerja Di Australia, Dibuka..

Friday, August 02, 2019

Judi Pemain Badminton Negara Libatkan Along.

Hasil carian imej untuk Judi Pemain Badminton Negara Libatkan Along.

KETAGIH judi dalam talian di aplikasi telefon bimbit dikatakan punca segelintir pemain badminton negara meminjam wang daripada ceti haram hingga mencecah ratusan ribu ringgit selepas kehabisan duit elaun latihan.

Risikan Arena Metro mendapati, sekurang-kurangnya dua pemain badminton lelaki negara daripada skuad perseorangan dan beregu terbabit dengan kegiatan itu.
Menurut sumber, perkara berkenaan memang sangat serius kerana ia bermula sejak dari peringkat sekolah.

“Apabila mereka kalah berjudi di Internet, along akan menjadi tempat untuk mereka meminjam wang. Jurulatih pun tidak tahu kerana mereka hanya menggunakan telefon bimbit,” kata sumber berkenaan ketika dihubungi Arena Metro semalam.

Dia mendakwa, pemain senior juga ada yang terbabit dalam permainan judi di telefon bimbit dan mereka daripada keluarga kurang berada akan memilih jalan singkat meminjam wang dengan along.

“Perkara ini memang susah untuk dihentikan kerana jurulatih bukan boleh memantau telefon bimbit mereka setiap masa. Saya rasa perlu ada program untuk menyedarkan mereka kerana aktiviti berkenaan bermula sejak di peringkat sekolah.
“Aktiviti ini memerlukan kawalan ketat jika tidak ia tiada kesudahan kerana mereka akan sentiasa meminjam daripada beberapa along sama seperti situasi ‘gali lubang tutup lubang’,” katanya.

Ditanya sama ada terdapat kes membabitkan along datang menuntut wang daripada pemain di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara, sumber berkenaan mengakui ia belum sampai ke tahap itu.

“Apa yang saya tahu along berkenaan datang menyerbu rumah keluarga mereka untuk menuntut semula wang mereka,” katanya.

Di Putrajaya, mengulas isu itu, Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata dakwaan itu satu kesalahan serius dan perlu ditangani sebaik mungkin.
Namun, beliau tidak mahu mengulas lanjut mengenai berita itu sebelum mendapat laporan terperinci mengenainya.

“Saya perlu mendapatkan maklumat terperinci mengenai perkara ini terlebih dulu sebelum memberikan komen lanjut selepas ini.
“Namun bagi saya judi adalah haram dan melanggar peraturan termaktub dalam BAM dan satu isu serius yang perlu dikendalikan sebaik mungkin,” katanya pada sidang media selepas pelancaran The Great Malaysia Marathon di kementeriannya di sini, semalam.

Sementara itu, Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Seri Norza Zakaria, ketika ditemui berkata, beliau akan meneliti perkara itu dan membincangkan bersama barisan jawatankuasa undang-undang dan disiplin.
Katanya, satu siasatan akan dijalankan untuk mengkaji sama ada perkara yang berbangkit ini adalah benar atau sebaliknya.

“Perkara ini membabitkan isu disiplin. Tapi kadang-kadang ia cuma spekulasi saja. Kami akan kaji dan lihat balik semula perkara ini untuk melihat sejauh mana tahap kesalahan yang mereka lakukan,” katanya.(MyMetro)

Peluang Kerja Di Australia Dibuka Lagi..
Kerja Di Australia, Dibuka..

Siasat Larangan Solat &Denda. Mengapa K'jaan Memihak Kilang? -Zailah.


Gesa siasat isu larangan solat dan denda

LARANGAN kepada pekerja Muslim bersolat pada waktu kerja dan denda RM500 jika melanggarnya oleh sebuah kilang di Selangor hampir mencetus polemik agama dan perkauman. Bagaimanapun, setakat ini pihak pengurusan kilang telah menafikannya seperti yang dimaklumkan pihak Polis DiRaja Malaysia menerusi media.

Namun, semua pihak harus menyedari wujud dakwaan dan pengakuan lisan. Apatah lagi wujud 'pembelaan' politik oleh politikus dari kerajaan yang memihak kepada pihak kilang. Dengan sebab kecurigaan tersebut, maka secara adil menuntut satu siasatan telus dilakukan. Kepentingan semua pihak mesti dijamin, tidak memadai selesai penafian.

Kerana realitinya, perkara seumpama terjadi di banyak sektor terutama perkilangan yang laporan meluas telah ada kepada pihak-pihak berkaitan. Penafian disungguhkan pihak berkenaan tidak dapat menutup masalah yang masih menjadi konflik tidak berkesudahan di banyak tempat. Oleh itu penyelesaian sebaiknya mesti diadakan.

Pun demikian, menjadikan solat pada waktu dan di premis kerja sebagai larangan dalam peraturan dan dikenakan hukuman berat adalah keterlaluan lagi melampau. Ianya manifestasi sikap tidak menghormati hak menunaikan kewajiban agama yang wajib diberikan tanpa sekatan dan prejudis atau dijadikan kesalahan.

Majikan dan pekerja harus berbincang tanpa konflik untuk diberi masa dan tempat sewajarnya bagi memenuhi tuntutan tersebut. Pihak majikan tidak wajar menggunakan 'kuasa' padanya untuk menidakkan hak tersebut. Kami berpegang bahawa pekerja yang patuh pada agama memiliki integriti, kualiti dan kompetensi boleh menguntungkan majikan.

Kami juga menyeru semua majikan untuk berkompromi perkara yang tidak sewajarnya disengketakan, manakala pekerja pula dipelawa untuk membuat aduan kepada pihak berkuasa atau kepada kami. Kami juga mengingatkan agar tiada tekanan diberi kepada pekerja atas usaha mereka mendapatkan hak atau menyatakan aduan yang benar mengenai perkara berkaitan ini.

"Islam Memimpin Perpaduan"
YB SITI ZAILAH MOHD YUSOFF
Pengerusi
Lajnah Pekerja dan Pengguna
Parti Islam Se-Malaysia
Ahli Parlimen Rantau Panjang - HARAKAHDAILY 2/8/2019


Peluang Kerja Di Australia Dibuka Lagi..
Kerja Di Australia, Dibuka..

Wajarkah Pelakon Prisia Nasution Tahan Hasrat Ada Anak..

PeRKAHWINAN Prisia bersama Iedil Putra kini sudah memasuki tahun
PERKAHWINAN Prisia bersama Iedil Putra kini sudah memasuki tahun ketiga, namun pasangan itu belum bersedia untuk memiliki anak kerana terikat dengan beberapa kontrak kerja.

HALAMAN HIBURAN

NAMA Prisia Nasution dalam lapangan hiburan tanah air mungkin tidak seampuh portfolio seninya di kota asalnya Jakarta. Indonesia.
Selain menggalas takhta sebagai pelakon aksi dan seram di negara jiran, Prisia juga terkenal sebagai pengacara dalam rancangan televisyen di Indonesia.
Kepada peminat di Malaysia, selain bergelar isteri kepada pelakon Iedil Putra, bintang filem Interchangearahan Dain Said itu mungkin pernah disedari menerusi karya besar berjudul Sang Penari.
Sejak mula intim dari lokasi Interchange sehingga berkahwin pada tahun 2016, Iedil juga jarang membuka kisah rumah tangga mereka.
Bertemu mata pada majlis pelancaran tayangan eksklusif telefilem terbaharu lakonannya berjudul,Timun Mas & Ijo, Prisia di Kuala Lumpur baru-baru ini, Prisia seperti dilaporkan KOSMO! bercerita mengenai rancangan memiliki cahaya mata.. 
Kosmo!: Adakah anda merancang untuk mempunyai cahaya mata?

Prisia: Sudah tentu seperti pasangan lain, saya mahu mempunyai anak. 
Bagaimanapun, saya terikat dengan beberapa kontrak yang tidak mengizinkan saya untuk mengandung. 
Jadi, saya perlu lunaskan tanggungjawab terlebih dahulu sebelum fokus untuk memiliki anak.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Jawab Artis Prisa Nasutian, "..saya terikat dengan beberapa kontrak yang tidak mengizinkan saya untuk mengandung." Apa wajarkah jawapan begitu? Bagaimana hukumnya menurut agama Islam?


Lihat lagi..
E-Buku IH-87: Cara Fikir Salah Artis
E-Buku IH-87: Cara Fikir Salah Artis
E Buku IH-120: Cara Fikir Salah Artis (2)

E Buku IH-120: Cara Fikir Salah Artis (2)


Peluang Kerja Di Australia Dibuka Lagi..
Kerja Di Australia, Dibuka..

Ekonomi Terkial-kial, Walau 14 Bulan Jadi K'jaan. -Shahrir Abdul Samad


Dah 14 Bulan Jadi Kerajaan Tapi PH Masih Terkial-kial, Tak Mampu Buat Strategi Kembangkan Ekonomi

“Yang duduk jawatan-jawatan menteri di Malaysia pun orang politik, tapi masih tak mampu buat strategi untuk kembangkan ekonomi sedangkan dah lebih 14 bulan, namun masih lagi kerajaan Pakatan Harapan (PH) terkial-kial,” bidas Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Abdul Samad. 

Katanya, yang menanggung beban ekonomi tak berkembang hari ini adalah rakyat, terutama yang di peringkat strata ekonomi bawahan. 

“Kalaupun dasar ekonomi negara nak ditukar kepada ‘shared prosperity’ atau kemewahan yang dikongsi bersama, mahupun nak kononnya beralih sepenuhnya kepada ‘needs based policies’ dan tidak lagi ‘affirmative action’ seperti DEB, ekonomi negara mestilah dulu dikembangkan!

“Kalau ekonomi negara tidak berkembang, tak ada kemewahan tambahan yang boleh dikongsi bersama. Sama juga dengan dasar yang menegaskan kepada ‘needs’ atau keperluan, ekonomi negara mestilah dikembangkan. 

“Pendek kata, kalau ekonomi negara bertumbuh dengan baik, apa sahaja dasar dan strategi boleh dirangka ikut selera masing-masing,” katanya dalam kenyataan menerusi laman Facebooknya. 

Katanya, beliau ada terbaca laporan mengenai ekonomi Hong Kong berkaitan perniagaan dikatakan telah menguncup berbanding dengan tempoh yang sama tahun 2018 iaitu pada Jun 2019 berbanding Jun 2018, perniagaan Hong Kong kuncup 30% dan bagi Julai 2019, dijangka 40%.

“Bukan kerana Lim Guan Eng! Dia tu di negara kita, tapi ada kaitannya. Perniagaan menguncup di Hong Kong kerana politik, iaitu apa yang media barat panggil sebagai ‘pro-democracy demonstrations’ atau demonstrasi pro-demokrasi. 

“Politiklah itu, dan akibatnya ialah tergoncang kuat jugalah keyakinan ekonomi di Hong Kong. Bila politik goncang, goncang jugalah ekonomi.” 

Tegas beliau, di Malaysia tak ada pula demonstrasi pro-demokrasi sebesar mana dan berulang kali macam di Hong Kong namun adalah juga disebut-sebutkan oleh menteri mengenai ‘deep state’ dan pengisytiharan perang terhadap orang bukan-Islam.

“Tapi itu semua cakap politik yang tak bawa kepada keyakinan politik. Maknanya politik goncang juga dan kesannya kepada ekonomi negara.” 

“Dari perbualan saya dengan ahli-ahli perniagaan, mereka tertanya-tanya terhadap peralihan kuasa dari Tun Mahathir ke Anwar Ibrahim. Jadi ke? Tak jadi ke? Kalau jadi, bila? Kalau jadi, siapa TPM? Takkan Wan Azizah! 

“Dan peristiwa video Sandakan – dari cakap awal Tun Mahathir kepada cakap IGP yang akhirnya berubah pula – lagi ahli-ahli perniagaan rasa keliru.” 

Ini kerana katanya, ramai yang berniaga sememangnya keliru dengan politik hari ini dan juga politik dalaman PH. 

“Rata-rata di JB, mereka berkata business dah down 30%. Dan nampak macam berterusan… Jadi bila saya guna rangkap kata ‘It is the economy, stupid!’, kena juga kita sedar, yang asal cakap tu adalah orang politik ketika bertanding jawatan presiden Amerika Syarikat,” katanya lagi yang juga mantan Pengerusi Felda. – MediaUMNO


Peluang Kerja Di Australia Dibuka Lagi..
Kerja Di Australia, Dibuka..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails