Presidennya, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai berkata, ini bagi membenarkan rakyat membuat pilihan siapa yang paling layak memegang jawatan Perdana Menteri.
“Hak membuat keputusan siapa patut jadi Perdana Menteri bukan berada di tangan satu orang sahaja sebaliknya rakyat yang berhak. Itu pilihan yang terbaik buat masa ini.
“Janji mesti ditepati dan Dr. Mahathir sudah berjanji untuk hanya memegang jawatan selama dua tahun dan melepaskannya kepada Anwar. Jika tidak mahu berbuat demikian, beri peluang rakyat pilih, bubar Parlimen,” katanya ketika dihubungi Utusan Online di sini hari ini.
Sementara itu, Dominic berkata, Gerakan mengalu-alukan pemimpin daripada mana-mana parti politik untuk menyertai parti itu dengan syarat pemimpin itu akan pegang kepada tiga pegangan.
“Pertama, mesti setuju dan menerima ideologi parti Gerakan. Kedua, kena ikut perlembagaan parti. tiada sesiapa di atas perlembagaan termasuk saya sendiri sebagai Presiden.
“Yang ketiga, beliau mesti meletakkan kepentingan parti mengatasi yang lain. Tiada agenda peribadi dan sebarang keputusan yang dibuat mesti baik untuk parti,” katanya. - UTUSAN ONLINE
Lihat..

E Buku IH-121: Kemelut Dalam Senyum, Anwar/Mahathir E Buku IH-121: Kemelut Dalam Senyum, Anwar/Mahathir

Lihat lagi..
Ini Peluang Kerja Dan Jadi Usahawan. (1)