Azmin dikatakan mengambil langkah itu berikutan pergeseran beliau dengan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berikutan tersebarnya video seks songsang yang dikatakan melibatkan Azmin.
Sumber berkata, setakat ini pemimpin PKR yang mewakili Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu masih berbincang dengan pemimpin Gerakan.
Keadaan itu menyebabkan kepimpinan Parti Gerakan dapat membuat keputusan sama ada untuk menerima atau tidak serta kedudukan Azmin di dalam parti berkenaan.
Difahamkan terdapat pemimpin PKR yang kecewa dengan Anwar kini menggerakkan perbincangan itu.Parti Gerakan sebelum ini keluar dari Barisan Nasional (BN) dan tidak menyertai mana-mana gabungan.
Langkah ini akan membolehkan parti berkenaan menyertai Pakatan Harapan (PH) yang menjadi kerajaan hari ini.
Jika Azmin dilantik sebagai Perdana Menteri, ia adalah satu sejarah buat pertama kali apabila jawatan tertinggi pendtadbiran negara itu diduduki oleh pemimpin Gerakan. - UTUSAN ONLINE

Lihat..

E Buku IH-121: Kemelut Dalam Senyum, Anwar/Mahathir E Buku IH-121: Kemelut Dalam Senyum, Anwar/Mahathir

Lihat lagi..
Ini Peluang Kerja Dan Jadi Usahawan. (1)