Saturday, November 14, 2015

Angka Kematian Serangan Di Paris Meningkat 150 Orang



PARIS: Angka kematian mangsa serangan pengganas awal pagi Sabtu meningkat kepada lebih 150 berbanding laporan awal 140 orang sebelum ini.

Tiga lelaki dipercayai pengganas yang melakukan serangan turut ditembak mati selepas polis menyerbu dewan itu.

Terdahulu, seramai 39 dilaporkan maut dalam beberapa siri tembakan di sekitar Paris pada Jumaat. Selain itu letupan turut kedengaran di luar stadium Stade de France ketika aksi persahabatan antarabangsa antara Perancis dan Jerman sedang berlangsung.

Tiga orang dilaporkan terbunuh manakala beberapa lagi cedera parah dalam insiden letupan di pintuk masuk J, di stadium tersebut.
Para penyokong yang menyaksikan perlawanan terpaksa menunggu sehingga keadaan selamat sebelum keluar dari stadium.

Pasukan keselamatan turut melakukan pemeriksaan rapi terhadap kenderaan dan hotel yang didiami pasukan Jerman dan Perancis. (mStar)

Tragedi Berdarah Paris Babit 8 Penyerang 6 Lokasi

PARIS – Lebih ratusan maut dalam serangan-serangan yang dipercayai dilancarkan secara terselaras di Paris, termasuk serangan tembakan di sebuah konsert rok, dan serangan bom nekad berhampiran stadium negara.
Menurut polis, siri serangan berdarah dilancarkan di sekitar enam lokasi di ibu kota Perancis, yang baru sahaja pada Januari lalu dilanda beberapa serangan pengganas berasingan.
Lapan penyerang yang dipercayai anggota militan maut – tujuh daripada mereka mati akibat bahan letupan pada diri mereka, menurut sumber.
Serangan paling berdarah berlaku di dewan konsert Bataclan di timur Paris, di mana menurut polis, sekitar 100 orang dibunuh.
Lelaki berpakaian serba hitam membawa senapang AK-47 menyerbu dewan konsert dan melepaskan tembakan ke arah ratusan orang yang sedang menyaksikan konsert kugiran rock Amerika Syarikat, Eagles of Death Metal.
Para saksi mendakwa para penyerang melaungkan slogan-slogan keagamaan dan mengecam tindakan ketenteraan Perancis di Syria.
Empat penyerang terbunuh apabila polis menyerbu Bataclan, yang terletak hanya 200 meter dari bekas pejabat majalah biadap kontroversi Charlie Hebdo yang disasarkan pihak pengganas pada Januari lalu.
Tiga daripada mereka meletupkan diri mereka sendiri, dan seorang ditembak polis.
“Darah berlumuran dan mayat-mayat bergelimpangan di merata tempat. Kami dengar orang ramai terpekik-pekik ketakutan. Semua orang cuba melarikan diri.
“Mereka menahan 20 tebusan,” kata Pierre Janaszak, seorang penyampai radio yang berada di konsert itu dan menyembunyikan diri bersama orang lain di sana. (IH)

"Mohon Maaf Atau Saya Saman" - Kata Jamil Khir Kepada Akmal

Datuk Seri Jamil Khir Baharom
PETALING JAYA: Pengarah Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat Kebangsaan (NOW), Akmal Nasir diberi tempoh 24 jam memohon maaf secara terbuka kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom atau berdepan tindakan undang-undang.

Menteri itu berkata kenyataan yang dibuat Akmal terhadapnya adalah kenyataan jahat berupa fitnah dan menyimpang daripada fakta sebenar.
Akmal yang juga  Ketua Cabang Keadilan Johor Baru mendakwa Jamil Khir telah menyalahguna duit anak yatim dan golongan miskin hasil sumbangan orang ramai bagi membiayai perjalanan ke luar negara bersama isterinya, main golf dan lawatan ke pusat beli-belah.
"Dakwaan kononnya program saya di Amerika Syarikat (AS) lebih bersifat bersuka-ria menggunakan dana anak yatim adalah satu fitnah yang besar dan cubaan untuk menjatuhkan kredibiliti dan maruah saya selaku Menteri di Jabaran Perdana Menteri.
"Adalah tidak adil hanya mempamerkan dokumen yang mengelirukan dan tidak menggambarkan keseluruhan program melibatkan saya," katanya dalam satu kenyataan media, Jumaat.

Katanya, menjadi sebahagian tugas dan tanggungjawabnya selaku menteri di JPM bagi memenuhi jemputan rasmi kedutaan apatah lagi program yang dianjurkan oleh agensi-agensi di bawah tanggungjawabnya.
Beliau menjelaskan mengenai kunjungan pada 21 – 29 Mei 2014 sebagai memenuhi jemputan program yang dianjurkan oleh agensi-agensi di bawah seliaannya terutamanya YaPEIM dengan kerjasama Kedutan Malaysia di AS dan Education Malaysia (EM) Chicago sempena Mid West Game yang menghimpunkan lebih 1,000 pelajar daripada AS dan Kanada.

Jelasnya, segala perjalanan dan kegiatan rasmi ditanggung oleh agensi berkenaan mengikut polisi dan tatacara kewangan agensi berkaitan.

"Saya menuntut Akmal Nasir, Pengarah NOW dan The Malaysian Insider menarik balik segala dakwaan dan fitnah jahat yang dibuat serta memohon maaf secara terbuka dalam tempoh 24 jam.

"Jika tidak, saya akan memulakan tindakan saman fitnah dan malu melalui peguam saya kerana tindakan ini benar-benar telah menjatuhkan maruah dan kredibiliti saya," tegasnya.

Dalam pada itu beliau sentiasa terbuka dan bersedia memberi kerjasama sepenuhnya dengan mana-mana pihak berkuasa untuk disiasat sekiranya benar wujudnya salah laku yang melibatkan dirinya atau agensi di bawah seliaannya.

Tiada apa yang perlu  disembunyikan kerana segalanya mengikut prosedur dan tatacara yang ditetapkan. (mStar)

Berjalan Bogel 'Pinggang Ke Bawah' Lukisan Ganti Seluar, Ramai Tidak Sedar. Di KL?

SEORANG model berjalan separuh bogel, dari paras pinggang ke bawah di Hong Kong namun tiada seorang pun yang menyedari akan keadaan berkenaan.
Model terbabit, Sandra Bakker hanya mewarnakan dan melukis di bahagian terbabit, seolah-olah seperti memakai seluar jeans. Dia hanya memakai kemeja-t semata-mata.
Di bahagian belakang kemeja-t itu tertulis `No Pants Are The Best Pants’.
sandra1
Dengan hanya memakai kemeja-t dan lukisan seluar, dia berjalan di jalan yang sibuk itu secara selamba dan turut membeli belah.
Malah Sandra turut membeli tiket kereta dan berjalan melintasi seorang wanita, namun tidak dihiraukan.
Hanya seorang lelaki secara sembunyi telah merakamkannya dari belakang ketika Sandra berjalan di bandar yang sibuk itu.
Sandra menetap di Hong Kong dan di situ dia dikenali sebagai pelukis badan dan muka profesional.

Ada kemungkinankah akan berlaku di KL Malaysia, begini?  (IH)

Video: Muslimah Ditolak Ketika Tren Bergerak. Lagi Islamofobia Di London.

SEORANG wanita muslim yang sedang menunggu ketibaan kereta api di stesen Piccadilly di London telah ditolak tanpa sebab oleh seorang lelaki yang tidak dikenali.
Menerusi rakaman litar tertutup atau CCTV di lokasi itu, suspek secara tiba-tiba menolak mangsa ke arah kereta api yang sedang bergerak itu dan menyebabkan wanita berkenaan tersungkur di situ.
Mujurlah tiada perkara yang lebih buruk berlaku pada wanita terbabit dan kini lelaki itu telah ditahan pihak polis dan didakwa kerana cubaan untuk membunuh seseorang.
Menurut sumber, Polis Pengangkutan British sangat terkejut dengan insiden tersebut dan kini masih lagi menjalani siasatan untuk mendapatkan maklumat terperinci.
Video tersebut yang dimuat naik di laman Facebook telah menjadi viral dan rata-ratanetizen mengecam dan mendakwa bahawa kejadian itu ada unsur homofobia yang berleluasa di negara itu.
Video:

Racist Man Pushes Muslim Woman In front Train At Piccadilly Circus Station

Berdasarkan kadar jenayah Islamofobia di London yang dikeluarkan oleh Polis Metropolitan di sana, jumlah kes berkaitan telah meningkat sebanyak 70% sejak tahun lalu.
Sebelum ini, seorang wanita Muslim di negara itu juga dilaporkan telah dihina oleh seorang wanita berkulit hitam yang mendakwanya sebagai pengganas. – Agensi

Friday, November 13, 2015

Yayasan Islam Guna Duit Anak Yatim Biaya Menteri Main Golf Di AS -NOW

Direktur Pusat Pemantauan dan Pengungkapan Informasi, Akmal Nasir mengklaim RM410,978.56 diambil dari tabung anak yatim dan miskin untuk membiayai pengeluaran menteri dan rombongannya ke luar negeri. - Gambar file The Malaysian Insider, 13 November, 2015.

Selepas beberapa kontroversi dalam administrasi sebuah yayasan di bawah Departemen Perdana Menteri, Pusat Pemantauan dan Pengungkapan Informasi Nasional (NOW) hari ini mengungkapkan, pihak terkait juga menggunakan uang dari tabung anak yatim untuk membiayai pengeluaran seorang menteri dan istrinya di Amerika Serikat (AS).

Direktur NOW, Akmal Nasir mengklaim satu rombongan diadakan 21 Mei sampai 29 Mei 2014, juga melewati kota Washington DC, Minnesota dan Iowa.

Dia mengatakan pada konferensi pers di Kuala Lumpur hari ini, pembayaran kunjungan bagi pengeluaran menteri dan rombongannya itu dilakukan melalui sebuah lembaga di bawah kontrol Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam (YaPEIM).
"Lebih mendukacitakan, pembayaran itu dilakukan melalui lembaga kontrol YaPEIM yaitu Yayasan Pengembangan Anak Yatim / Miskin (Catalyst) yang mana duit itu adalah khusus untuk penggunaan bantuan anak yatim dan miskin," katanya.

Akmal mengungkapkan total biaya diambil dari tabung anak yatim dan miskin untuk menutupi biaya menteri bersama istri serta rombongan itu diperkirakan RM410,978.56.

"Meskipun perjalanan tersebut untuk tujuan 'Pemantapan dan pemberdayaan' Klub Santun YaPEIM, namun itu bersifat suka ria dan langsung tiada amal jariah," katanya.

Akmal pada konferensi pers itu mengungkapkan antara kegiatan rombongan tersebut termasuk acara hiburan menteri (golf), jamuan promosi (hiburan VVIP) dan kunjungan 4 hari pada 22, 23, 26 dan 27 Mei 2014 ke Leesburg Outlet + OT.

Pihaknya, katanya, memeriksa tujuan tersebut dan menemukan itu sebuah mal 'upscale outlet' barang bermerek yang berlokasi di Washington DC.

"Ia dikunjungi rombongan menteri tersebut sebanyak 4 kali di mana biaya transportasi hanya mencapai RM5,908.35.

"Saya yakin pengungkapan ini menjangkau imajinasi rakyat Malaysia.

"Bagaimana satu badan disalahgunakan untuk kegiatan menteri seperti golf, ke pusat perbelanjaan dan sebagainya?" soalnya.

NOW turut melampirkan bukti faktur yang menunjukkan yayasan tersebut membayar sejumlah uang mencapai RM400,000 untuk biaya keseluruhan rombongan tersebut.

"Itu duit anak yatim. Banyak yang keluar negeri atas urusan resmi, tetapi bila gunakan duit untuk program santai, itu di luar tujuan, dan itu salah.

"Tindakan menteri itu ekstrim dan mengkhianati agama, bangsa dan negara," katanya.

Justru, badan independen itu mendesak agar satu penyelidikan menyeluruh dilakukan, di mana setiap pengeluaran yayasan tersebut direvisi dan diedit secara terbuka.

"Investigasi ini juga harus mendeteksi jumlah uang yang hilang akibat ketirisan, kebocoran dan penyalahgunaan posisi," kata Akmal.

The Malaysian Insider ketika ini sedang mendapatkan respons dari menteri yang terlibat dan pihak yang berotoritas di YaPEIM.

Ini merupakan pengungkapan kali keempat dakwaan penyalahgunaan uang rakyat timbul yang melibatkan yayasan di bawah seliaan Departemen Perdana Menteri itu.

Sebelum ini, NOW mengungkapkan ia terlibat menggunakan dana yayasan untuk kegiatan terkait pemilu kecil (PRK) Rompin tahun ini. - 13 November, 2015. (TMI)

Benar, S/Nurhaliza Dah Hamil Hampir 2 Bulan

Datuk Siti Nurhaliza
PETALING JAYA: Selepas Sembilan tahun mendirikan rumah tangga, penyanyi tersohor Datuk Siti Nurhaliza Tarudin akhirnya hamil hampir dua bulan.

Berita kehamilan itu dilaporkan akhbar Utusan Malaysia pada Jumaat yang memetik sumber keluarga terdekat penyanyi itu.

Mengikut perkiraan, Siti, 36, dijangka bersalin pada bulan Jun atau Julai tahun depan.

Kehamilan Siti mula menjadi bualan apabila dia menggambarkan seolah-olah sedang berbadan dua selepas bergurau dengan Hetty Koes Endang semasa konsert Satu Suara Volume 2 di Istana Budaya minggu lalu.
Dalam konsert itu Hetty berkata jika Siti mengandung dia akan memberikan hadiah mikrofon paling mahal.

Siti juga turut memuat naik gambar kurma dan susu kambing di Instagram miliknya yang sinonim untuk kesihatan ibu mengandung.

Namun Siti dan juga suaminya Datuk Seri Khalid Muhamad Jiwa atau Datuk K tidak menafikan dan juga tidak mengiyakan mengenai perkembangan berita baik itu.

Difahamkan, pihak Siti enggan berkongsi cerita itu disebabkan usia kandungan yang masih baharu.

Dalam perkembangan berkaitan Siti Nurhaliza terus mendapat ucapan tahniah daripada peminat menerusi komen-komen di Instagram miliknya.

Kebanyakan mereka melahirkan rasa syukur dan gembria dengan berita itu selain mendoakan kesihatan Siti.

Siti dan Datuk K bernikah pada 21 Ogos 2006
Lihat sebelum ini..

Hamil Pun Menari Lagi, Ini Video Hetty Koes Endang Larang Siti Menari?



Aura Ayat Kursi Dalam Grand Prix 3

Ini rahsianya dilaporkan media
SUKAN
rio2


JAKARTA – Rio Haryanto dianggap duta kecil Indonesia dalam arena pemotoran lasak Grand Prix 3 atau GP3 masa kini apabila muncul dalam kelompok lima pelumba terbaik dunia daripada sasaran asal cuma tempat ke-15.
Dalam kancah GP3 yang disertainya ketika ini, Rio tampil cukup hebat berbanding kehadirannya pada awal musim, malah namanya sudah mula dikenali ramai sejak berusia 17 tahun apabila muncul menjuarai sirkit Turki.
Hasilnya bendera Indonesia telah berkibar megah sebaris negara-negara lain pada setiap sirkit GP3 yang dianggap acara pembukaan sebelum berlangsungnya perlumbaan elit Formula 1 di mana-mana litar terpilih serata dunia.
Bagi Rio sendiri, dia bukan sekadar berlumba demi kerjaya, malah menurut media tempatan, pemuda kelahiran Solo pada 22 Januari 1993 itu memapar imej bendera Sang Saka Merah Putih di bampar jenteranya, model Cosworth.
Beraksi untuk pasukan British, Manor Racing, Rio tidak setakat terima dukungan penuh keluarga terutama bapa, Sinyo Haryanto dan ibu, Indah Pennywati serta abangnya, Ryan yang kerap menemani dirinya di setiap litar.
Jangan terkejut, di sebalik sokongan padu para peminatnya kerap jerit memanggil namanya, ada satu lagi perkara menjadikan diri Rio bersemangat terus berlumba tanpa jemu hadapi saingan sengit ramai pelumba handalan lain.
rio1
Rahsianya dilaporkan media Indonesia baru-baru ini, di setiap litar, Rio selalu memulakan perlumbaan dengan berdoa dan aura paling menarik, ia sentiasa membaca Ayat Kursi yang ditampal di dalam kokpit jenteranya itu.
“Ini dapat membuatkan diri saya lebih berasa tenang saat tampil di litar,” ungkapnya secara ringkas ketika diwawancara wakil beberapa media republik tersebut pada sesi perlumbaan GP3 di Hungary baru-baru ini.
Demi kerjaya lasak itu, Rio menjadikan Ayat Kursi bukan sekadar pelindung diri daripada bencana, malah sebagai wadah untuk memberi kekuatan rohani yang amat jarang diamalkan hampir semua pelumba profesional dunia.
Tanpa disedari itulah hikmah ayat 255 surah al-Baqarah selain mukjizat al-Quran yang sering diabai umat Islam sendiri walhal hakikatnya banyak rahsia tersembunyi setiap ciptaan Allah SWT. – Agensi
Video: 

Rio Haryanto Menangi GP2 Series Bahrain 2015

Ini, 200 Demontrasi 'Tekan Payu Dara Ke Muka Polis'..

HONG KONG: Sekurang-kurangnya 200 orang berhimpun di luar balai polis bandar Wan Chai dengan hanya memakai baju dalam berwarna merah jambu sambil mengangkat sepanduk yang tertera gambar seluar dalam dan coli dan menjerit,” Payu dara bukan senjata!”
Sebab mereka berbuat sedemikian?
Sebagai tanda solidariti terhadap seorang wanita yang telah dijatuhkan hukuman selama 3 tahun 6 bulan akibat dituduh menekan payu daranya ke muka seorang pegawai polis semasa sebuah perhimpunan bantahan!
Menurut keterangan mahkamahnya, Ng Lai-ying,30, sedang menyertai sebuah protes terhadap perdagangan rentas-sempadan Mac lalu apabile pegawai polis tersebut telah mencabulnya secara tiba-tiba.  Namun, Majistret Micheal Chan Pik-kiu menolah pertuduhan itu dengan alasan bahawa Lai-ying,”Menggunakan identiti jantinanya untuk mengada-adakan tuduhan melulu terhadap pegawai polis tersebut. Ini satu tindakan yang berniat jahat.”
Jurucakap bagi penyokong Lai-ying, Luk Kit-ling, ditigakan untuk menjawab soalan-soalan yang diajukan South China Morning Post mengenai isu kontroversi tersebut.
“Ia merupakan sesuatu yang mengejutkan dan amat dikesali apabila seorang wanita yang telah dicabul dituduh cuba mencipta kekacauan,” kata Kit-ling. “Insiden ini hanya akan mengurangkan pembabitan wanita dalan aktiviti pergerakan sosial dan menghalang wanita untuk menggunakan hak mereka untuk terbabit dalam aktiviti politik.”
Seorang aktivis dari Persatuan Wanita Dalam Persama Rataan Hak menyokong sentimen Kit-ling kepada AFP.
“Hukuman yang dijatuhkan memang aneh. Bagaimana pula payu dara boleh dikelaskan sebagai senjata? Kami sungguh marah, namun kami juga risau jika perkara ini menjadi penghalang bagi kaum wanita untuk mengambil bahagian dalam protes. Pihak polis perlu menyemak semula garis panduan bagi mengendalikan ahli protes wanita.”
Sementara itu, peserta protes yang berbaju dalam di hadapan ibu pejabat polis itu menjelaskan kepada media bahawa alasan meraka memakai coli adalah untuk menunjukkan betapa merepeknya hukuman yang dijatuhkan ke atas Lai-ying.
“Kami perlu berwaspada kerana satu hari nanti pihak polis mungkin akan tuduh kita menyerang mereka dengan zakar atau punggung pula!” jerit salah seorang peserta.- (IH)

Thursday, November 12, 2015

Isteri Husam Didakwa Terima Ugutan Bunuh -Salahuddin Ayub.

Ketika ketegangan Datuk Husam Musa dan PAS, anggota keluarga bekas naib presiden PAS itu didakwa menerima ugutan bunuh.
Bekas rakan seperjuangannya dalam PAS sebelum ini, Salahuddin Ayub berkata beliau dimaklumkan oleh Husam bahawa kejadian berlaku dua hari lalu.
Salahuddin, yang kini berada di Kelantan, berkata ugutan itu dibuat melalui SMS dan laporan polis sudah dibuat pada hari yang sama.
Beliau bagaimanapun enggan membuat sebarang spekulasi berhubung sebab ugutan itu dibuat selain enggan menuduh mana-mana pihak.
“Dalam keadaan tegang sebegini (antara PAS dan AMANAH) saya tidak boleh membuat sebarang kenyataan,” kata bekas naib presiden PAS itu yang kini pemimpin nombor dua Parti Amanah Negara (AMANAH).
Malaysiakini sedang mendapatkan reaksi Husam berhubung perkara itu.
Sementara itu keganasan nampaknya tidak terhad kepada keluarga Husam saja kerana Salahuddin sendiri mengalami 'cabaran' yang dipercayai ada kaitan dengan gerakan AMANAH di Kelantan.
Pagi tadi, kata Salahuddin, salah satu tayar kenderaan pacuan empat rodanya ditoreh dipercayai dengan benda tajam.
Menurut bekas Naib Presiden PAS itu, beliau bersama rakan pada awalnya tidak menyedari sabotaj tersebut sehinggalah kenderaan yang mereka naikinya hilang kawalan dan hampir merempuh sebuah motosikal.
Bagaimanapun, Salahuddin berkata, beliau tidak membuat laporan polis berhubung kejadian itu dan menyifatkan ia cuma “kerja budak-budak nakal”.
Katanya, tayar ditoreh itu adalah yang berada di bahagian kiri depan kenderaannya. (MK)

"cadangan syarikat terpilih M'sia" Mesti Dimasukkan. Zahid Tangguh MOU Pekerja.

EKSKLUSIF l Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi mencetuskan kekecohan di Bangladesh selepas beliau menangguhkan pemeteraian perjanjian dua hala untuk pengambilan 1.5 juta pekerja Bangladesh oleh Malaysia.
Zahid berbuat demikian selepas menghantar surat kepada Kementerian Kebajikan Ekspatriat dan Guna Tenaga Kerja Luar Negara, Bangladesh dengan menegaskan bahawa "cadangan syarikat terpilih Malaysia" mesti dimasukkan ke dalam MOU.
"Saya dengan ini meminta Yang Berhormat supaya menggabungkan cadangan syarikat terpilih Malaysia dalam draf MOU yang sedang disediakan.
"Merujuk perkara di atas, sila abaikan semua rancangan awal yang dibuat sebelum ini, sehingga ini dimuktamadkan,” kata Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri dalam surat bertarikh 6 November.
Beliau tidak menyatakan nama syarikat yang dimaksudkannya tetapi dipercayai bahawa syarikat berkenaan adalah Synerflux.
Pada 21 September lalu, Wisma Putra, dalam surat kepada Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh di Kuala Lumpur memaklumkan bahawa Synerflux dilantik sebagai "entiti tunggal dan eksklusif” untuk menjalankan sistem pengurusan berpusat bagi pengambilan pekerja Bangladesh.
Bulan lalu, Zahid dalam jawapan bertulis kepada Parlimen memaklumkan kementeriannya "memilih Synerflux selepas menilai cadangan dan perbincangan awal dengan Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Imigresen, berdasarkan konsep pengambilan pekerja Bangladesh melalui dalam talian".
Kaitan Bestinet dan Synerflux
Isu itu menjadi tajuk utama apabila firma - Real Time Networking - milik adik Zahid, Abdul Hakim Hamidi dilaporkan adalah antara mereka dalam perbincangan untuk menawarkan perkhidmatan tersebut di mana setiap pekerja yang diambil dikenakan bayaran sebanyak RM3,000.
Zahid kemudian memberitahu Dewan Rakyat bahawa syarikat adiknya tidak akan dilantik.
Sistem pengurusan pengambilan pekerja asing dalam talian sebelum ini disediakan oleh Bestinet, tetapi khidmat firma itu digantung selepas ejen dalam dan luar negara mengadu tentang yuran tinggi yang dikenakan.
Semakan Malaysiakini, bagaimanapun, mendapati Synerflux dikaitkan dengan Bestinet, melalui firma lain iaitu JR Joint Resources.
Pengarah Bestinet termasuk bekas Menteri Dalam Negeri Tan Sri Azmi Khalid dan bekas Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Tengku Omar Tengku Bot.
Tengku Omar juga adalah pengarah di JR Joint Resources, syarikat di mana pengarah Synerflux Nor Alizat Pungot berkhidmat.
Malaysiakini telah menghubungi Synerflux, JR Joint Resources dan Bestinet untuk mendapatkan komen mereka. (MK)

Nora Danish: Fesyen Rahib Gereja? Yang Penting Menutup Aurat..

Inilah imej Nora yang mendapat kritikan dan diterima secara positif pelakon itu.
HALAMAN HIBURAN
Yang penting berpakaian menutup aurat, bukan begini..

PETALING JAYA: Pelakon Nora Danish mengakui telah melaklukan kesilapan apabila tampil dengan fesyen penyerupai pakaian rahib gereja pada pelancaran tudung jenamanya Owl by Nora Danish pada minggu lalu.

Nora atau nama sebenarnya Nora Danish Mohd Hanif, 34, berkata, perkara tersebut hanya disedari selepas dia menerima kritikan daripada pengikut di Instagram yang menyifatkan pemakaiannya seperti itu tidak sesuai digayakan.

"Secara jujurnya saya seorang yang berfikiran positif dan tidak sedar tentang gaya saya itu menyerupai rahib seperti yang diperkatakan di laman sosial.
"Namun, saya akui ia adalah kesilapan saya sendiri yang kurang peka, saya yang minta baju dan tudung seperti hoodie tapi bila saya gayakan di pentas, tidak sangka ia kebelakang dan terlibat seperti itu (rahib)," ujarnya kepada mStar Online,  pada Khamis.

Nora ditemui pada pelancaran program Ceria All Stars, di Talent Lounge, di sini, Rabu.

Kata Nora,  dia akan lebih berhati-hati dalam mengayakan sesuatu fesyen agar tidak menyentuh sensitiviti masyarakat pada masa hadapan.

"Ia silap saya dan Insya-Allah selepas ini saya akan lebih berhati-hati dalam mengayakan sesuatu fesyen terutamanya apabila bertudung," ujarnya.

Tambah Nora, dia juga terkilan pengikut Instagramnya menghentam tindakan dia memeggang burung hantu kononnya mahu mempromosi sesebuah fahaman.

Katanya, burung hantu yang dibawa ketika di pentas peragaan itu hanya sebagai simbolik nama jenama itu iaitu Owl by Nora Danish.

"Burung hantu pun mereka persoalkan dan tuduh saya promosi lambing sebuah fahaman. Walhal ia hanya simbolik sahaja dan tidak pula saya terfikir sampai begitu jauh.

"Saya sedih dan terkilan juga kerana tudung itu baru sahaja dilancarkan, tetapi menerima kecaman daripada orang ramai," ujarnya.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Yang penting pakaian menutup aurat. Itu mengikut kehendak Islam. 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails