Saturday, September 05, 2015

Kisah Di Lembah Muhassir, Serangan Jet-jet Burung Ababil..

Di Tempat Ini Azab Burung Ababil Diturunkan

KAU yang pernah melaksanakan ibadah haji atau umrah di Tanah Suci tentu tidak asing dengan tempat bernama Lembah Muhassir. Lembah Muhassir atau yang akrab disebut Wadi Muhassir merupakan salah satu lembah yang terletak di antara Mina dan Muzdalifah. 

Semasa jemaah haji atau umrah hendak melaksanakan ibadah lempar jumrah dan bermalam di Mina, mereka akan melewati lembah ini. Sejarah dari Lembah Muhassir sangat populer di kalangan umat Muslim. Kerana tempat ini merupakan lokasi terjadinya penyerangan terhadap Mekah oleh pasukan gajah 'super power' waktu itu, yang dipimpin Raja Abrahah.

Namun belum sampai pada tujuan utama, Raja Abrahah telah dihentikan dengan turunnya azab dari Allah SWT berupa burung-burung Ababil yang menyerang bagaikan jet-jet pejuang, melempari pasukan gajah dengan batu-batu dari neraka.

Pasukan gajah yang melewati lembah itu menjadi 'lemah' tidak berdaya dan tidak dapat melanjutkan perjalanan menuju Mekah. Maka lembah itu pun diberi nama Muhassir yang berarti 'lemah'.
Di Tempat Ini Azab Burung Ababil Diturunkan

Menariknya, salah satu sunah yang perlu dilakukan jemaah haji atau umrah ketika melewati Lembah Muhassir adalah perlu cepat-cepat jalan. Begitupun jika jemaah menggunakan bas, maka bas pun kena laju lebih cepat. Sunah percepatkan perjalann atau kendaraan ketika melewati Lembah Muhassir.

Bahkan ditegaskan oleh Rasulullah SAW dalam sebuah hadits yang diriwayatkan oleh Ibnu Qayyim. Dalam hadits tersebut diriwayatkan, Nabi Muhammad SAW menggerakkan unta betinanya dengan sigap dan mempercepat lajunya semasa melewati Lembah Muhassir.

Tidak hanya di Lembah Muhassir, Beliau juga selalu melakukan hal yang sama ketika melewati tempat yang dulunya merupakan lokasi turunnya azab atau murka Allah SWT.

Kini, di lembah tersebut telah dibangun sebuah jembatan yang menghubungkan secara langsung ke Mina. Selain disunahkan untuk berjalan cepat, jemaah juga perlu perbanyak tahlil dan doa seperti yang diajarkan oleh Rasulullah SAW semasa melewati jembatan tersebut. (IH)

Friday, September 04, 2015

40 Warga Indonesia Masih Hilang Di Laut



PELABUHAN KLANG: Lebih daripada 40 orang masih hilang selepas sebuah bot yang membawa pendatang tanpa izin dan dalam perjalanan pulang ke Indonesia dari sini karam di perairan Sabak Bernam.

Mayat 15 penumpang ditemui di laut kira-kira sembilan batu nautika dari barat daya Tanjung Sauh, lokasi di mana kejadian itu berlaku.

Beberapa nelayan menyelamatkan 19 penumpang dari 'bot pom-pom', sebuah bot kayu berukuran kira-kira 40 hingga 50 kaki panjang, yang membawa kira-kira 70 hingga 80 penumpang apabila ia karam awal pagi Khamis.

Laksamana Pertama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Mohd Aliyas Hamdan berkata bot yang berdaftar di Indonesia itu mungkin membawa lebih muatan dan kebanyakan penumpangnya disyaki pendatang tanpa izin.

Beliau berkata penumpang-penumpang itu dalam perjalanan pulang ke rumah untuk sambutan Hari Raya Haji.

Bot itu meninggalkan Kuala Sungai Bernam pada awal pagi dan menuju ke Tanjung Balai, Indonesia. Antara yang maut adalah 13 wanita dan dua lelaki, katanya. 

Mohd Aliyas berkata mayat pertama ditemui pada pukul 10.37 pagi dan selebihnya sehingga 9.15 malam. Mayat dan mangsa telah dihantar ke Hospital Teluk Intan, Perak. Tidak ada maklumat mengenai anak-anak kapal dalam bot tersebut.

Pasukan mencari dan menyelamat masih mencari penumpang yang hilang, kata Mohd Aliyas kepada pemberita di pangkalan APMM di Tanjung Harapan. Beliau berkata APMM masih cuba untuk mendapatkan maklumat tepat tentang jumlah mereka yang berada di atas bot. Pangkalan operasi telah ditubuhkan di jeti Sungai Sumun di Hutan Melintang, Perak, katanya.

Di Petaling Jaya,Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Maritim Malaysia, Datuk Ahmad Puzi Ab. Kahar berkata, empat kapal Tentera Laut Diraja Malaysia, tiga buah bot, dua pesawat agensi dan sebuah pesawat TUDM C-130 terlibat dalam pencarian. Ahmad Puzi berkata Agensi Mencari dan Menyelamat Nasional Indonesia (Basarnas) telah membantu untuk mencari lebih banyak mangsa.

Timbalan Duta Besar Indonesia ke Malaysia Hermono berkata kedutaan akan membantu dalam mengenal pasti mangsa dan membawa pulang manga yang terselamat. Pada Jun tahun lepas, sebuah bot kayu dengan 97 penumpang karam kira-kira dua batu nautika dari Sungai Air Hitam di Banting, menjelang tengah malam.

14 daripada mereka lemas, termasuk 12 wanita dan seorang kanak-kanak berusia lima tahun. 61 berjaya diselamatkan. Bot itu meninggalkan sebuah jeti di Sungai Judah di Pulau Carey dan turut menuju ke Tanjung Balai. (mStar)

Siri 1: Pusing Balik, Mahfuz,Tolak Sertai Amanah, Kekal Dalam PAS



Mahfuz Tolak Sertai Amanah, Kekal Dalam PAS

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar tidak akan mengikut jejak langkah sepuluh wakil rakyat PAS keluar secara beramai-ramai dari parti itu untuk menyertai Parti Amanah Negara (Amanah).

"Saya tetap bersama PAS," katanya di sini, Khamis.

Selain itu menerusi kenyataan medianya, bekas ketua penerangan PAS itu juga mahu kemunculan Amanah tidak dianggap sebagai ancaman kepada parti politik sedia ada khususnya PAS.

"Kemunculan Amanah hendaklah diterima baik sebagai persaingan yang sihat daripada sudut politik dalam proses pemurnian demokrasi di Malaysia yang akhirnya akan memberikan keuntungan pada negara dan rakyat.
"Kepada yang terus kekal dalam PAS usah gusar dengan perkembangan, usah risau apa di hadapan, cabaran pasti mendatang. Tidak cukup kita hanya sekadar berslogan 'Istiqamah Hingga Kemenangan' tetapi rakyat sekali lagi  terlepas daripada kemenangan untuk perubahan yang diharapkan," katanya.

Mahfuz merupakan antara pemimpin progresif dalam PAS yang ditolak ahli parti itu melalui muktamar tahunannya Jun lepas.

Isnin lalu, sepuluh wakil rakyat PAS terdiri daripada lima ahli parlimen dan lima ahli dewan undangan negeri (Adun) gugur keahlian secara automatik selepas mengumumkan menyertai Amanah.

Sepuluh yang gugur keahlian PAS secara automatik itu ialah Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, Dr Siti Mariah Mahmud (Kota Raja), Dr Hatta Ramli (Kuala Krai), Khalid Samad (Shah Alam) dan Mohamed Hanipa Maidin (Sepang).

Sementara lima Adun yang meninggalkan PAS pula ialah Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (Changkat Jering), Aminolhuda Hassan (Parit Yaani), Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi (Pengkalan Kundor), Saari Sungib (Hulu Klang) dan Hasnul Baharuddin (Morib).

Kesemua wakil rakyat ini mempunyai jawatan di dalam Parti Amanah Negara.

Dua lagi Ahli Parlimen PAS iaitu Datuk Kamaruddin Jaafar (Tumpat) dan Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad (Kuala Terengganu) dijangka akan meninggalkan PAS dalam masa terdekat menjelang pelancaran rasmi Parti Amanah Negara pada 16 September depan.

Selain itu Mahfuz mengingatkan semua parti pembangkang supaya sentiasa mengadakan rundingan bagi mencapai kata sepakat dalam pelbagai isu.

"Kepada pemimpin parti pembangkang ingatan jujur saya jangan sampai rakyat muak dan meluat kepada anda semua hanya kerana keegoan dan kedegilan anda.
"Jika ini yang berlaku rakyat akan hilang kepercayaan kepada kepimpinan politik," katanya.

Oleh ARIFFUDDIN ISHAK
Sumber Link 

Komen Weblog IbnuHasyim: Mengapa disebut 'Pusing Balik Siri 1:'?  Kerana kita mengharapkan ramai lagi pemimpin yang dijangka akan sertai Parti Amanah tetapi pusing balik kekal dalam PAS. Itu baru siri 1, Insya Allah akan bersambung ke Siri 2 pula...

Jika Tuhan 'cemburu diduakan', Kata Artis Ini, Bagaimana Hukumnya?


HALAMAN HIBURAN

“JIKA Tuhan 'cemburu diduakan' oleh umat-Nya, bagaimana kalau manusia diduakan manusia?” kata pelakon Maia EstiantyWalaupun akhirnya berkata "Tidak perlu dikomen."

Dia yang dikatakan selama tujuh tahun hidup bersendirian, akhirnya membuka mulut mengenai punca perceraiannya yang membabitkan pihak ketiga.
Hal itu membuatkan Maia meluahkan perasaan berbuku dan perit diduakan menerusi akaun Twitter miliknya, dengan kata-kata di atas.

Pelakon tersebut diminta berhati-hati dalam membuat kenyataan, jangan menyamakan sifat-sifat Tuhan atau sifat Allah SWT sama dengan sifat manusia dalam hal 'cemburu diduakan'. Yakni cemburukan kekasihnya (manusia) yang menduakan kasihnya kepada sesama manusia. 

Kerana sifat Tuhan tetap Esa, tidak timbul sifat cemburu diduakan oleh makhluknya atau tidak.

Maaf, ini hanya sebuah sentuhan kecil perbincangan, dalam membongkar kebesaran mengenai ilmu Allah SWT. Kalau ada kawan-kawan yang ingin menambah komen perbincangan, silakan. (IH)

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-87: Cara Fikir Salah Artis
E-Buku IH-87: Cara Fikir Salah Artis

Bai'ah: Pas K'tan Pertahan Nik Aziz


Allahyarham Nik Aziz.

KOTA BHARU – Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob (gambar kanan) mempertahankan tindakan Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mewujudkan sumpah bai'ah mengandungi talak tiga kepada wakil rakyat Pas di negeri ini.

Beliau berkata, sumpah yang dibuat jelas dan mereka yang masih keliru boleh merujuk kepada pandangan Ketua Hakim Syarie Mahkamah Syariah Kelantan, Datuk Daud Muhamad yang dikeluarkan oleh media baru-baru ini.

“Banyak hujah mengenainya, kita hormati pandangan-pandangan itu sama seperti kita hormati apa yang dilakukan oleh Tok Guru, beliau telah mengkaji baik dan buruk sumpah bai’ah yang mungkin waktu itu ia dibuat untuk tujuan tertentu.

“Malah wakil rakyat Pas tiada masalah dengan perkara itu rumahtangga mereka kekal baik, aman damai dan bahagia sehingga kini,” katanya  selepas merasmikan Bangunan Akademik Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (Kias), di sini, hari ini.

Baru-baru, Ahmad telah menegaskan perkara itu terkandung dalam lafaz bai’ah atau sumpah taat setia yang dibuat setiap wakil rakyat Pas di negeri tersebut sejak 2004. Isu ba'iah Pas menjadi topik hangat apabila wujud di kalangan wakil rakyat Pas yang menyatakan hasrat untuk menyertai Gerakan Harapan Baru (Harapan Baru), mutakhir ini. (SH)

Fesyen Baju Mandi Plastik, Akan Terikut-ikutkah Penduduk M'sia?


Guna Plastik Barang Jadi Trend Baru Penduduk Taiwan

SEMAKIN hari, semakin pelik dunia ini dengan ketamadunan manusia yang dilihat semakin hilang kerana pelbagai perangai pelik yang seolah-olah membuatkan kita kini kembali mendur kebelakang dari segi pemikiran.

Mana tidaknya perangai manusia kini diliaht semakin pelik dengan tabiat dan perbuatannya.

Terbaru yang berlaku di Taiwan, di sebuah negara yang kaya dengan fabrik-fabrik menarik yang dihasilkan mereka sudah tentulah pakaian yang cantik perlu diguna atau dipakai, tetapi trend terbaru segelintir anak muda di sini adalah memakai baju mandi menggunakan plastik barang di tempat awam.

Trend yang menajdi ikutan golongan gadis remaja ini dikatakan semakin berkembang dan menajadi ikutan ramai anak muda kerana dikatakan ia satu fesyen yang lain dari yang lain.

Jadi dengan pemakaian baju ini, mereka bebas memakai baju pelbagai jenama dengan harga murah di mana jenamanya antara yang terkenal seperti 7-Eleven, Carrefour dan pelbagai lagi.



Berdasarkan kaji selidik yang dilakukan oleh aktivis awam, ternyata trend ini sebenarnya adalah satu trend pemakaian untuk menunjuk-nunjuk kecantikan aset badan gadis berkenaan.

Ini kerana dengan memakai beg plastik berkenaan ia terlalu nipis hingga menampakkan bentuk badan dan sudah pasti bagi mereka yang mempunyai bentuk badan cantik akan  terserlah keanjalan badan mereka yang menimbulkan rasa bangga.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Akan terikut-ikutkah trend fesyen jahiliah ini ke Negara umat Islam Malaysia atau Indonesia?

Lihat, pakaian begini juga sudah ada penggunanya..

Thursday, September 03, 2015

Presiden Chechnya Perintahkan Polis Dan Tentera Sholat Shubuh Berjamaah Di Masjid


Presiden Republik Chechnya Ramzan Akhmadovich Kadyrov mempunyai dasar yang banyak mendapatkan penghargaan dari masyarakat Muslim dunia. Antaranya, iaitu mewajibkan bagi polis dan tentera untuk solat Subuh dan Isya berjamaah di masjid.

Ramzan Akhmadovich Kadyrov memang dikenali sebagai presiden yang mempunyai akar ideologi Islam yang kuat. Lahir di Tsentoroi, Chechen-Ingush ASSR, Chechnya, 5 Oktober 1976, jadi usianya saat ini baru 39 tahun. Meski memimpin Chechnya belum sampai 10 tahun, Ramzan Akhmadovich Kadyrov telah banyak memperlihatkan karya pemerintahan yang menakjubkan.

Dibawah kepemimpinanya Chechnya merupakan negara dengan tahap pembangunan yang membuat takjub dunia. Negara yang sebelum ini hancur porak-poranda kerana perang kini bertukar menjadi negeri yang indah dan bersih.

Ayah Ramzan bernama Akhmad Kadyrov yang merupakan seorang Ulama sekaligus Mufti Pejuang Chechnya pada masa perang dan dilantik menjadi Presiden Republik Chechnya yang pertama, dua masa jabatan sebelum beliau.

Keluarga Kadyrov adalah keluarga yang disegani oleh masyarakat Chechnya dan kerajaan Rusia. Jadi jangan hairan bila anda ke Cehchnya akan melihat pemandangan yang sangat luar biasa, iaitu para polis dan tentera berbondong-bondong menuju masjid ketika azan berkumandang.
[Islamedia]

Khalid, Dr Mariah Bayar Kafarah Esok.

Dua ahli parlimen PAS yang menyertai parti baru - setakat ini dikenali sebagai Parti Amanah Nasional (AMANAH) - akan membayar kafarah dengan menjamu golongan fakir miskin di Shah Alam esok.
Mereka ialah Khalid Samad (Shah Alam) dan Dr Mariah Mahmud (Kota Raja).
Bercakap dalam sidang media di Shah Alam hari ini, Khalid berkata, mereka mengambil tindakan itu kerana meyakini "Allah Maha Adil dan Maha Mengetahui".
Adik kepada Ahli Parlimen Johor Bahru itu berkata, mereka melanggar baiah yang dilafazkan ketika menjadi calon untuk PAS sebelum ini bukan atas sebab kepentingan peribadi.
"Justeru, kita berani buat," katanya.
Khalid berkata seramai 100 orang fakir miskin akan dihidangkan dengan nasi beriani kambing di Dewan Merbau Seksyen 17 Shah Alam, malam esok.
Isu baiah diperkatakan apabila sebelum ini PAS mewajibkan semua calon mewakili parti itu dalam pilihan raya mengucapkan ikrar untuk taat.
Ikrar itu dianggap dilanggar apabila mereka memilih untuk menyertai parti lain dan keahlian dalam PAS tergugur secara automatik.
Mengulas lanjut, Khalid juga menyatakan baiah yang dibuat oleh Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli dan talak tiga yang dikenakan terhadap isterinya juga tidak sah.
Katanya, Hatta memberitahu bahawa beliau dipaksa untuk membaca baiah yang dibuat oleh PAS Kelantan itu, selain hanya mengikut arahan sahaja.
"Pendirian Hatta, baiah ini tidak sah. Dia tidak terkesan dalam soal itu, bahkan kita juga rasa amat pelik apabila mahkamah syariah telah menjatuhkan hukum sebelum mendengar hujah Dr Hatta," katanya. (MK)

Kongres Rakyat PAS Turut Undang GHB, Anina (UMNO)


Semua pemimpin politik, NGO, ahli akademik, golongan profesional termasuk Gerakan Harapan Baru (GHB) dan Umno dijemput menyertai Kongres Rakyat yang dijadualkan berlangsung pada 12 September depan.
"Kami jemput semua wakil parti politik di negara ini termasuk GHB dan Umno supaya mendengar suara rakyat.
"Surat jemputan umum juga sudah kami edarkan," kata Ketua Penerangan PAS, Nasruddin Hassan dalam sidang medianya hari ini.
Malah, menurut pengerusinya Azmi Abdul Hamid kehadiran bekas anggota Wanita Umno Langkawi, Anina Saaduddin ke kongres itu nanti bagi meluahkan ketidakpuasan hati beliau.
"Kita juga memjemput Ainina," kata Azmi.
Azmi juga turut menegaskan Kongres Rakyat bukannya rentetan daripada perhimpunan BERSIH 4 yang berlangsung pada hujung minggu lalu.
"BERSIH membawa pendekatan jalanan, Kongres Rakyat membawa pendekatan pemikiran", katanya.
"Kebetulan BERSIH sudah berlangsung dan ini bukan merupakan satu persetujuan yang dirancang bersama BERSIH,” katanya.
PAS sebelum ini tidak mengerahkan anggotanya ke perhimpunan BERSIH pada 29 dan 30 Oktober, antaranya atas alasan mahu memberi tumpuan pada kongres itu.
Acara itu bertujuan merangka resolusi dan pelan tindakan ke arah satu gerakan kebangkitan yang berkesan.
"Kongres Rakyat ini akan menjadi medan untuk mencari dan merumus mekanisme terbaik serta berkesan mewakili semua pihak dan peringkat pandangan rakyat,"katanya.
Manakala, speaker Kongres Rakyat Mustafa Kamil Ayub berkata, ini merupakan usaha yang penting dalam kemelut yang sedang melanda rakyat pada ketika ini.
"Tidak dinafikan bahawa pendekatan jalanan itu merupakan satu pendekatan yang popular.
"Cuma kita melihat kepada perubahan masyarakat di Malaysia pada ketika ini yang memerlukan pendekatan perundingan iaitu mengembleng pandangan secara teratur yang mungkin tidak sempat dilakukan oleh pelbagai pihak sebelum ini.

"Sebab itu, kita rasa setelah beberapa siri sebelum ini yang dijalankan melalui jalanan, kita rasakan dan kita terpanggil untuk menjalankan kongres ini dengan pendekatan berbeza", katanya. (TKO)

Wanita Ini Dianiaya, Berhati-Hati Ketika Melancong Ke Australia...


SEORANG pengguna Facebook telah menceritakan pengalaman pahitnya selepas pulang daripada bercuti di Australia baru-baru ini di mana beliau mendakwa telah dianiaya oleh pihak hotel di negara berkenaan.

Beliau yang menggunakan nama Yanie Raihan telah menulis luahannya selepas menginap di sebuah hotel bernama Copacabana Apartment Hotel di Surfers Paradise, Gold Coast, Australia.

Menceritakan pengalaman pahit tersebut dia mengatakan yang harga ditawarkan amat berpatutan selepas ditempah menggunakan web carian hotel terkenal, Agoda. Apabila sampai di hotel tersebut memang keadaan bilik hotel yang diinapnya cukup memuaskan hati.

Dia rakan-rakannya telah mendapat dua bilik di blok 4 iaitu nombor bilik 8 dan 23 untuk bermalam di sana selama 6 hari.

Pengalaman pahit mereka bermula apabila mereka telah berbincang dengan pengurus bagunan berkenaan bernama, Michael untuk meninggalkan bagasi mereka sementara waktu dengan membayar sebanyak AUD $ 60 untuk keluar membeli belah di saat akhir.

Setelah selesai membeli belah mereka telah kembali ke apartmen sekitar 05:30 dan mendapati beberapa barang barangan dan bagasi mereka telah hilang. Mereka dapat tahu bahawa pihak pengurusan hotel telah mengambil bagasi berkenaan dengan meninggalkan nota yang menyatakan ia adalah sebagai ganti rugi kerana terdapat kerosakan barangan di dalam bilik yang didiami sebelum ini.

Barangan yang rosak seperti dinyatakan ialah mentol lampu tandas dan ganti rugi kerana terdapat kerosakan pada barangan di dalam tandas.

Diangkat Dari http://www.siakapkeli.my/
oleh 
Muaz Jabal. 
Kini berada Di Malaysia, unttuk pengurusan pengambilan pekerja ladang di Australia.
Tel di Malaysia, sila pakai no 014 2225865. (Ibnu Hasyim akan menjawab, buat masa ini.) e-mil Ibnu Hasyim: ibnuhasyim@gmail.com

Ibnu Hasyim
3  Sept 2015
Lihat keseluruhan..
E-Buku IH-106: Kerja Ladang, Australia & Islam.
E-Buku IH-106: Kerja Ladang, Australia & Islam.

Mengapa Saya Keluar Dari DAP - Timbalan Pengerusi DAP Tenggaroh, Johor


lim kit siang marah
Sila lihat Pemikiran Pemimpin Bekas DAP
4. Selami Pemikiran Seorang Bekas Pemimpin DAP Shen Y...



Video:

Mengapa saya keluar dari DAP - Timbalan Pengerusi DAP Tenggaroh, Johor


Harapan Baru Tidak Boleh Guna Nama Rasmi Amanah -T/Mnteri Dalam Negeri.

Nur Jazlan Mohamed

KUALA LUMPUR - Parti Pekerja-Pekerja Malaysia tidak boleh dijenamakan semula sebagai Parti Amanah Negara (Amanah) kerana ia bukan parti politik tetapi sebuah parti yang memperjuangkan hak pekerja.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, oleh itu Harapan Baru tidak boleh menggunakan nama Amanah sebagai nama rasmi wadah politik mereka selagi perlembagaan parti pekerja itu tidak dipinda dan mendapat kelulusan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

"Sekarang ini mereka tiada rumah (parti). Ingin pakai rumah orang lain. Parti pekerja bukan parti politik. Kalau mereka ingin teruskan (jenamakan semula Parti Pekerja dan) pakai nama Amanah, mereka kena ubah (pinda) perlembagaan Parti Pekerja.
"Mereka juga kena ubah sistem pentadbiran Parti Pekerja dan tunjukkan terlebih dahulu kerja-kerja pentadbiran untuk membuktikan mereka mewakili sebuah parti politik dan bukannya parti pekerja," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan Pengerusi Harapan Baru, Mohamad Sabu pada Isnin lepas yang mengumumkan akan menukarkan nama Parti Pekerja-Pekerja Malaysia kepada Parti Amanah Negara (Amanah) sebagai nama rasmi wadah politik gerakan itu.

Bekas Timbalan Presiden Pas yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata, HB telah mengambil alih Parti Pekerja-pekerja Malaysia, dan butiran mengenai penjenamaan semula itu akan diserah kepada ROS secepat mungkin bagi mendapatkan
kelulusan.

Nur Jazlan yang juga Ahli Parlimen Pulai, Johor menegaskan, Amanah juga perlu melalui proses lantikan dalaman seperti keanggotaan, pengisian jawatan, dan sekurang-kurangnya perlu mengadakan mesyuarat parti.

Beliau berkata, setelah selesai proses tersebut, barulah Amanah boleh mendaftar diri ke ROS untuk kelulusan dan sebarang tindakan lanjut.

Sehingga kini, Nur Jazlan berkata, ROS belum menerima permohonan pendaftaran parti Amanah tersebut.

Sebelum ini, HB telah mengemukakan untuk mewujudkan parti politik baharu dengan menggunakan nama Parti Progresif Islam (PPI), bagaimanapun ROS menolak permohonan itu.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri Dalam Negeri, sebelum ini dilaporkan berkata, bahawa permohonan itu ditolak kerana Islam adalah hak untuk semua orang yang beragama Islam dan penggunaan nama Islam pada parti politik boleh menyebabkan kekeliruan. - Bernama

S'pura: Calon PAP Ditentang Di Semua Kerusi

 Hsien Loong diraikan oleh para penyokongnya sebaik sahaja selesai menghantar borang pencalonan untuk pilihan raya umum pada 11 September ini.

SINGAPURA – Parti pimpinan Perdana Menteri Si­ngapura, Lee Hsien Loong iaitu Parti Tindakan Rakyat (PAP) bakal dicabar oleh calon pembangkang di semua 89 kerusi parlimen buat pertama kalinya selepas 50 tahun kemerdekaan.
Singapura bakal mengadakan pilihan raya pada 11 September ini, setahun lebih awal daripada tarikh akhir untuk pilihan raya akan datang.
Diasaskan bersama oleh bapa Hsien Loong, Lee Kuan Yew, PAP telah memerintah Singapura sejak enam tahun sebelum kemerdekaan negara itu pada 1965.
Parti itu cuba meningkatkan prestasi bermula tahun 2012 apabila pungutan undi jatuh berikutan rasa tidak puas hati penduduk terhadap harga rumah tinggi, peningkatan kos sara diri dan isu imigresen.
Sejak itu, kerajaan telah memperkenalkan sekatan terhadap pekerja asing, langkah-langkah mengurangkan harga pasaran hartanah dan subsidi perlindungan kesihatan untuk warga emas.
“Ia adalah untuk masa depan anda. Undilah PAP bagi memastikan kami dapat berkerja bersama anda, untuk anda, untuk Singapura,” ujar Hsien Loong kepada penyokongnya selepas menghantar kertas pencalonan semalam.
Agensi berita tempatan, Channel NewsAsia melaporkan, calon-calon daripada 16 kumpulan perwakilan dengan masing-masing mempunyai empat hingga enam kerusi dan 13 calon bebas telah disahkan menghantar penyertaan pada hari pencalonan.
PAP pada pilihan raya sebelum ini memenangi 81 kerusi.
– Reuters

Bai'ah: Tuan Ibrahim Jelaskan Ahmad Awang, Tiada Perkataan 'Pakatan Rakyat'..



SHAH ALAM: Calon PAS yang bertanding dalam pilihan raya mengangkat lafaz baiah atas nama PAS sebagai mewakili parti Islam berkenaan, dan bukan atas nama Pakatan Rakyat, demikian tegas Timbalan Presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Malah Tuan Ibrahim turut membidas kenyataan beberapa bekas wakil rakyat PAS yang kini menyertai Parti Amanah Negara (Amanah) kerana menganggap baiah sudah tidak terpakai setelah Pakatan Rakyat (PR) roboh beberapa bulan lalu. 



"Cuba cari dalam (lafaz) baiah itu..ada tak sepatah perkataan Pakatan Rakyat? Dalam lafaz baiah itu, sepatah perkataan Pakatan Rakyat pun tak ada. Mereka berbaiah sebagai calon PAS, mewakili PAS bertanding dalam pilihan raya. Waktu baiah dibuat itu Pakatan Rakyat tak ada lagi, bagaimana mahu dikata baiah kepada Pakatan Rakyat," katanya kepada Antarapos.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan beberapa bekas wakil rakyatnya termasuk Penasihat Umum Amanah, Ahmad Awang yang enggan melayan 'tuntutan' baiah kerana bagi mereka, baiah yang dibuat adalah kepada Pakatan Rakyat (PR) dan bukan kepada parti saja.

Dalam sidang media penubuhan Amanah, Isnin lalu, Ahmad berkata baiah itu tidak lagi relevan memandangkan PR sudah berkubur. Mengulas berkenaan hal itu, Tuan Ibrahim menasihatkan Ahmad agar berlaku jujur dalam mengeluarkan kenyataa.  

"Saya harap Ustaz Ahmad Awang jujur dengan ilmu yang beliau ada.. kerana risiko kenyataan beliau berat dari segi syarak. Saya minta beliau nasihat (yang) betul kepada mereka yang terlibat baiah, kerana baiah ini dibuat sebagai calon PAS, bukan wakil Pakatan Rakyat.   
"Bagi PAS, kita tak ada apa-apa, kalau nak keluar itu hak mereka tapi nak mengingatkan mereka berbaiah atas nama Allah," ujarnya.

Beberapa bekas wakil rakyat PAS secara rasmi mengumumkan telah menyertai Amanah, parti baru yang ditubuhkan Gerakan Harapan Baru (GHB), sekaligus menyebabkan keahlian mereka dalam parti Islam itu tergugur secara automatik.
Bagaimanapun, kesemua mereka masih terikat dengan lafaz baiah yang dibuat semasa diangkat mewakili PAS dalam pilihan raya umum.

PAS memperkenalkan bai'ah atau sumpah kepada wakil rakyatnya di seluruh negara yang bertanding atas tiket parti itu sejak 2004, yang mana mereka mesti mengosongkan kerusi sekiranya meninggalkan atau melompat ke parti lain dengan sukarela.  

"Lafaz baiah ini ada tiga (bahagian).. bersumpah Wallahi Wabillahi Watallahi, dia akan patuh kepada arahan parti selagi mana tak bertentangan dengan syarak, itu yang pertama.

"Keduanya, dia bersumpah dengan nama Allah juga, dia tak akan lompat, keluar, atau meninggalkan parti.. Sekiranya dia lompat, keluar atau meninggalkan parti maka dia akan kosongkan kerusi, dan haramlah baginya pencen dan segala pendapatannya.

"Ketiga, dia bersumpah Wallahi Wabillahi Watallahi sekiranya lompat atau meninggalkan parti, dia akan dilaknat Allah, malaikat dan para pelaknat.. ini ikrar yang diucap secara sedar setiap orang (calon)," terang Tuan Ibrahim sambil mengingatkan semua bekas wakil rakyat berkenaan memahami implikasi sumpah berkenaan.             
Oleh Shuhaniza Said
Sumber Link

Gara-gara Baiah, Dr Hatta: Sah Gugur Talak Tiga -- Mahkamah Syariah

AHLI Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli. - Foto Asyraf Hamzah  

Status perkahwinan Dr Hatta: Sah gugur talak tiga - Mahkamah Syariah
KOTA BHARU: Perkahwinan antara Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli dan isterinya, sah gugur talak tiga selepas melanggar baiah yang dilafazkan sebelum ini, kata Ketua Hakim Mahkamah Syariah Kelantan, Datuk Daud Muhammad.

Daud berkata, perkahwinan itu tidak boleh dirujuk semula melainkan isteri kepada Dr Hatta itu berkahwin dengan individu lain dan kemudian bercerai. "Perkara itu berlaku berdasarkan kandungan baiah (yang dilafazkan).

Memandangkan mereka bukan lagi pasangan suami isteri, mereka tidak boleh lagi tinggal bersama," katanya ketika dihubungi, sebentar tadi.

Mengulas lanjut, Daud meminta pasangan terbabit hadir ke Mahkamah Syariah untuk pengesahan status mereka. "Sehingga kini, Dr Hatta dan pasangannya belum mendaftar mengenai status perkahwinan mereka di Mahkamah Syariah," katanya.

Rujuk. : http://www.bharian.com.my/node/79063?m=1

Mat Sabu Diakui Bersalah 'gadis sandar rapat kepala ke bahu' Nya...



Pengerusi atau bakal Presiden Parti Amanah Negara, Hj Mohamad Sabu setakat ini enggan mengulas kontroversi aksi 'mesranya' dengan wanita-wanita dalam BERSIH 4 yang tersebar meluas di Internet, seperti dilaporkan Malaysiakini hari ini.
“Buat masa ini saya tidak ingin ulas insiden bersentuhan wanita dalam BERSIH 4,” katanya.

Mohamad berkata beliau ketika ini berada di Kelantan dan mahu menumpukan kepada kempen mempromosi penubuhan Islam baru yang diumumkan pada Isnin. Beliau dan 21 orang lagi pada Hari Merdeka mengumumkan mengambil alih sebuah parti tidak aktif Parti Pekerja-pekerja Malaysia (PPM), yang akan dijenamakan semula sebagai Parti Amanah Negara (AMANAH).

"Sekarang saya ada di Kelantan, kempen AMANAH," katanya melalui SMS kepada Malaysiakini hari ini.

Tetapi, yang menariknya, semalam ketua pengiringnya Aris Awang memohon maaf ekoran kejadian itu dan menjelaskan ia berlaku di luar kawalan. Gambar yang tersebar memaparkan seorang wanita memegang memimpin tangan Mohamad serta seorang gadis remaja yang menyandar rapat kepalanya ke bahunya ketika bergambar.

Memohon maaf, ertinya bersalah? Amalan itu bukan kebiasaan bagi seorang pemimpin PAS, sebuah parti Islam, yang beliau pernah menjadi Timbalan Prsidennya.  Susulan kejadian itu, Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu, dikritik unruk membetulkan kesilapannya. Al-hamdulillah hebatnya, beliau tidak melatah dengan kritikan tersebut.

Shabas, Mohamad Sabu yang disebut-sebut bakal Presiden Parti Amanah Negara. (IH)

Wednesday, September 02, 2015

Untungkah Gambar Ini Kepada Parti Islam Baru?


Sokongan orang PAS terhadap Mat Sabu merudum?

Sebelum ini orang tidak tahu yang mat Sabu pernah bersalam dengan perempuan ketika berada di belakang Anwar Ibrahim dalam satu satu program bersama dengan Pakatan Rakyat. Anwar Ibrahim sudah sedia maklum yang beliau boleh bersalam dengan perempuan, kerana dia bekas Ahli umno. Akan tetapi Mat Sabu masih tidak boleh bersalam dengan perempuan kerana dia timbalan presiden Pas.
 
Sesungguhnya dalam perhimpunan bersih 4 yang baru lalu orang ramai termasuk orang PAS yang menyokongnya sedia maklum bahawa Mat Sabu sudah bertepek dengan perempuan sehingga ketua pengiringnya Aris Awang terpaksa memohon maaf dengan apa yang berlaku. 


Kebanyakan orang muda termasuk yang menjadi penyokong G18 terkejut dengan apa  yang menimpa Mat Sabu pengerusi parti pekerja itu. Saya tidak terkejut, kerana  itulah balasan orang yang kecewa dalam arena politik yang mana pada makna hawa nafsu suatu yang sangat baik, tetapi sangat buruk maknanya pada keimanan sesesorang.

Kekecewaan seseorang  setakat hari ini belum ada satu pun yang mendatang keuntungan hakiki kecuali keuntungan hawa nafsu punca sokongan penyokong akar umbi  berubah arah. Betullah kata sesetengah penganalisis politik tanah air parti yang akan ditubuhkan oleh kumpulan G18 tidak akan bertahan lama.

Walaupun ada sesetengah penganalisis politik berkata  tidak boleh dijadi hujjah kerana  itu adalah andaian semata mata belum tentu tepat. Tetapi pada saya sejarah telah membuktikan bahawa parti BERJASA  dan HAMIM  serpihan pas hayat hidupnya pendek berlaka. Demikian juga parti semangat 46 SERPIHSN UMNO pun sudah berkubur yang tiada batu niasannya.

Saya tetap berpegang dengan hujah tersebut bahawa tali hayat parti pekerja yang dipengerusikan oleh Mat Sabu  walapun  tak mati tetepi akan tertiarap sebelum PRU 14 nanti, kerana nama baik beliau sudah tercalar.

Dengan kata lain peristewa terkini  ketika sangat gembira dengan adanya wadah perjuangan untuk diperjuangkan  atas nama  sokongan peringkat awal dikatakan memuaskan tapi sudah mula merudum  dan tersangat payah untuk naik kembali.

Orang PAS peringkat akar umbi masih belum boleh menerima  pemimpinnya boleh bersalam dengan perempuan, walaupun  sepanjang  PAS bertalaluf siyasi dengan DAP sudah ada para pemimpin bersalam dengan perempuan ketika dalam majlis majlis anjuran pakatan rakyat ketika dibelakang Anwar Ibrahim.


Ini adalah berita yang dikabarkan kepada saya dan saya mendengarnya. Perawi adalah seorang yang jujur dan ianya bersambung dari satu mulut ke satu mulut yang saya sipatkan ianya adalah kabar ahad yang mungkin tidak boleh dijadikan hujah.

Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
anaabdullah

Bersih 4 Bukti PAS Parti Pembangkang Terbesar. -Tuan Ibrahim


Kekurangan penyertaan orang Melayu dalam perhimpunan Bersih 4 membuktikan parti Islam itu terus kekal sebagai pembangkang terbesar di negara ini, kata Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar).

Timbalan presiden PAS itu berkata, parti Islam itu hadir dengan sepenuh tenaga setiap demonstrasi Bersih mahupun anti Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang lepas dan kali ini ia tidak mengerahkan ahlinya.

Tuan Ibrahim berkata, melalui laporan pelbagai media, difahamkan ketiadaan PAS dirasai kali ini berbanding perhimpunan Bersih sebelum ini.

"Ini sekali gus membuktikan PAS sebagai parti pembangkang terbesar terus menjadi faktor besar dalam arus perdana politik negara," katanya kepada The Malaysian Insider.

Kekurangan penyertaan orang Melayu diakui pelbagai pihak termasuk kumpulan pecahan daripada parti itu, Gerakan Harapan Baru (GHB) yang kini sedang membentuk parti mereka sendiri Parti Amanah Negara (Amanah).


DAP juga mengakui kenyataan ini dan meminta semua pihak memberi peluang kepada parti baharu itu dibentuk dengan rasminya. Menurut Tuan Ibrahim, PAS menyokong tuntutan Bersih untuk pilihan raya yang bersih, dan kehadiran Naib Presiden Idris Ahmad merupakan buktinya ..

"PAS tidak melarang ahlinya menyertai perhimpunan kali ini.
"Yang berbeza - cuma PAS tidak kolar ahli kerana sudah ada banyak program parti yang diaturkan terlebih dahulu. Ahli boleh memilih sama ada pergi atau tidak, tanpa sebarang kongkongan," katanya.

Menurut Tuan Ibrahim, impak terbesar perhimpunan anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) ialah bermulanya era penerimaan demonstrasi aman sebagai sebahagian daripada amalan demokrasi negara kita.

"Rakyat Malaysia membuktikan demonstrasi boleh dibuat secara aman, pihak kerajaan Barisan Nasional (BN) pula menunjukkan mereka boleh mengawal demonstrasi dengan baik," katanya.

Menurut Tuan Ibrahim tindakan berlembut Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi selepas memberi amaran keras untuk mengambil tindakan terhadap sesiapa yang menggunakan t-shirt Bersih 4.

"Apakah beliau sedang menyiapkan dirinya untuk menggantikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak?" soal beliau.

Dalam pada itu, Tuan Ibrahim kesal dengan persepsi negatif dan fitnah yang sengaja dibina terhadap mereka terutamanya Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, sehingga wujudnya insiden-insiden tidak beradab dan melampaui batas seperti memijak gambarnya.

"PAS ingin melahirkan dukacita dan kekesalan yang amat sangat dengan insiden tidak bertamadun ini. Insiden-insiden penghinaan sebegitu, walaupun terpencil oleh para provokasi, sudah pasti akan menimbulkan ketidakselesaan yang tidak perlu. Ini membuktikan keputusan PAS adalah tepat kali ini untuk tidak mengerahkan ahlinya, "katanya merujuk kepada insiden segelintir peserta Bersih 4 yang memijak gambar Hadi yang dipotret berpeluk dengan Najib.

Bagaimanapun menurut Tuan Ibrahim, perjuangan PAS menuntut perubahan bersama rakyat Malaysia akan diteruskan melalui pendekatan lain seperti Kongres Rakyat yang bakal diadakan 12 September ini.

"Semua yang berminat melihat kejatuhan Umno-BN dialu-alukan menyertai Kongres Rakyat," katanya merujuk kepada kongres dianjurkan oleh PAS menjelang pelancaran rasmi Amanah pertengahan bulan ini.

Kongres Rakyat akan dianjurkan 12 September di Shah Alam manakala pelancaran Amanah dilakukan pada 16 September. - 2 September, 2015.

Kumpulan Jaringan 'Serigala Perak' Pula Terlibat Bom Bangkok..

BEBERAPA pegawai tentera mengiringi seorang suspek yang dipercayai terlibat dalam serangan letupan bom di Bangkok selepas berjaya menahannya di pusat pemeriksaan Sa Kaeo berhampiran sempadan Thailand-Kemboja semalam
KL (IH): Perkembangan kes letupan bom di Kuil Erawan, Ibu Kota Bangkok, Thailand, pada 17 Ogos lalu menukik tak terduga. Tiba-tiba saja, dalam 48 jam terakhir beberapa orang Turki ditangkap polis Negeri Gajah Putih. Mereka dianggap rangkaian yang merancang aksi keganasan itu.

Pelaku semula dituduh berasal dari kumpulan anti-kerajaan, alias penyokong bekas Perdana Menteri Thaksin Shinawatra yang digulingkan tentera. Spekulasi ini dilontarkan secara langsung oleh Perdana Menteri Prayuth Chan-ocha tanpa ragu-ragu di hadapan wartawan, sehari selepas insiden meragut nyawa 20 orang itu, termasuk seorang WNI, serta mencederakan 125 warga lain.

Kelmarin (1/9), Prayuth - bekas jeneral tentera itu - meralat teorinya sendiri. Dia mengatakan otak utama letupan bom Kuil Erawan adalah warga Turki. Sosok tak disebut identitinya ini ditangkap petugas imigresen dan polis ketika hendak menyeberang ke Kemboja dari kawasan Sa Kaeo.

"Kami masih terus menyoal. Dia adalah suspek utama," kata PM Thailand, seperti yang dilaporkan oleh Channel News Asia.

Juru cakap Polis Thailand, Prawut Thavornsiri, secara terbuka menyatakan organisasi keganasan yang mereka kejar berasal dari Turki. Ada data imigresen menunjukkan 15 hari sebelum letupan di pusat perniagaan Bangkok itu, 20 warga negara Turki datang serentak ke negara majoriti Buddha tersebut.

"Kemungkinan rombongan orang Turki yang datang di tarikh yang sama sebelum insiden lebih dari (20)," ungkap Prawut.

Lembaga Kajian Keganasan IHS-Jane, Anthony Davies, mengaku belum sepenuhnya yakin letupan di Bangkok, termasuk usaha membaling bom tangan sehari selepas insiden di dekat sungai Chao Praya, dilakukan rangkaian Turki. Tapi seandainya memang warga Turki menjadi puncanya, maka mereka kemungkinan kumpulan 'Serigala Perak'.

Organisasi keganasan ini berfahaman ultranasionalis, menyokong perjuangan etnik Turkistan di seluruh dunia. Ertinya, menurut Davies, keganasan di Kuil Erawan memang balas dendam atas keputusan Thailand mengusir 109 pendatang Uighur pada dua bulan lalu ke China.

'Serigala Perak' dikatakan selama ini menyokong pembebasan etnik Turkistan. (IH)

Militan 'Negara Tukistan Timur' Jadi Dalang Bom Di Bangkok?

Jaringan Serigala Perak Turki jadi kambing hitam bom Bangkok Benarkah Kumpulan 'Rangkaian Serigala Perak Turki'  menjadi kambing hitam bom di Bangkok. Suspek utama bom Bangkok (bertopi) ditangkap berhampiran sempadan Kemboja. © Reuters

KERANA ditindas, baik itu warga Uighur di China ataupun minoriti di Chechnya. Di Wilayah Xinjiang, China, beberapa kumpulan Uighur mengisytiharkan penubuhan 'Negara Turkistan Timur', kegiatan yang mengundang campur tangan tentera dari Beijing.

Sebelum menangkap 'suspek' utama di sempadan Kemboja, polis Thailand sudah menangkap lelaki bernama Adem Karadag pada Sabtu (29/8) lalu. Adem tidak jelas status warga negaranya, kerana punya lebih dari lima pasport ketika ditahan di salah satu pangsapuri Daerah Nong Chok, Ibu Kota Bangkok.

Belakangan, polis Negara Gajah Putih menambah suspek baru, yakni perempuan bernama Wanna Suansan. Wanita asli Thailand beragama muslim itu dituduh membantu komplot Turki menjalankan aksinya. Wanna menikahi warga negara Turki dan kini tinggal di sana.

Perempuan 26 tahun asal Desa Phang-nga, Thailand ini menafikan terlibat keganasan. Kepada surat khabar the New York Times, dia mengaku siap pulang ke tanah airnya untuk membuktikan bahawa dirinya tak bersalah.

"Surat perintah penahanan itu jelas sebuah kesalahan," kata Wanna dalam keterangan bertulis. (MC)

Sementara itu menurut AFP  Antara punca yang disyaki motif penyerang terma­suk perbalahan politik teruk di Thailand, kumpulan jenayah terancang, militan Islam, pemberontak di selatan negara ini dan penyokong pelarian minoriti Uighur dari China.

Thailand menghantar pulang 109 pelarian Uighur ke China pada Julai lalu sehingga menimbulkan kemarahan penyokong etnik minoriti tersebut yang mendakwa mereka berdepan seksaan dan penindasan di tanah air sendiri.

Seorang warga asing ditahan Sabtu lalu di sebuah pangsapuri di pinggir Bangkok dan didakwa memiliki bahan-bahan membuat bom selain memiliki berpuluh-puluh pasport palsu Turki. Suspek pertama itu kini dalam tahanan tentera tetapi identitinya belum didedahkan kepada umum. (IH)

Bekas Ahli PAS Wakil Rakyat Kena Letak Jawatan -SU PAS

SHAH ALAM - Bekas ahli Pas yang memenangi kerusi Dun serta Parlimen perlu meletakkan jawatan sekiranya mereka menyertai Parti Pekerja Malaysia.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, perkara ini perlu dilakukan berdasarkan bai’ah yang ditandatangani oleh bekas ahli parti itu.

“Mana-mana ahli Pas yang memenangi kerusi Dewan Negeri dan Dewan Rakyat atas tiket Pas tetapi menyertai parti lain, mereka perlu meletakkan jawatan sebagai berdasarkan bai’ah yang ditandatangani oleh mereka.
"Bai’ah ialah satu dokumen ‘Akujanji’ oleh ahli yang bakal menjadi calon wakil rakyat mewakili Pas supaya setia dengan parti,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Walaupun dari segi undang-undang bekas ahli parti itu masih sah menjadi wakil rakyat di kawasan masing-masing, menurut beliau, mereka perlu meletakkan jawatan kerana mereka telah menandatangani bai’ah tersebut.

Katanya, individu ini perlu meletakkan jawatan kerana ini adalah satu tanggungjawab moral.

“Mereka masih lagi sah menjadi wakil rakyat. Tetapi, sekiranya mereka bermoral, mereka perlu meletakkan jawatan.
“Sekiranya tidak meletakkan jawatan, mereka mengakui bahawa elaun yang mereka ambil ini adalah haram. Itu adalah dari segi agama dan mereka perlu mempertimbangkan perkara tersebut,” katanya.

Dalam pada itu, Takiyuddin mengesahkan bahawa tiada tindakan tatatertib akan diambil kepada mana-mana ahli parti yang keluar daripada Pas untuk menyertai Parti Pekerja Malaysia.

Beliau berkata, ia berdasarkan Fasal 15 Perlembagaan Pas iaitu keberhentian ahli Pas adalah disebabkan oleh tiga perkara iaitu atas permintaan sendiri, dipecat dan mengisytiharkan diri keluar Pas atau menyertai parti politik lain.

“Jadi, sekiranya mana-mana ahli parti yang menyertai Parti Pekerja Malaysia, maka secara automatik, mereka bukan lagi ahli Pas,” katanya. (SH)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails