Saturday, May 27, 2017

Dr Mahmud Bakal Pemimpin Negara Islam Selatan Filipina.


Bekas Pensyarah Malaysia Bakal Jadi Ketua IS Selatan Filipina?

RAKYAT Malaysia, Dr Mahmud Ahmad kini dikatakan menjadi sebutan sebagai bakal menjadi pemimpin Negara Islam (Daesh) di bandar selatan Filipina, Marawi yang sedang menyaksikan pertempuran sengit.

Bekas pensyarah Malaysia ini dipercayai bersembunyi di bandar di mana tentera Filipina sedang bertempur dengan kumpulan Maute, menyaksikan 44 orang, termasuk 2 rakyat Malaysia terbunuh.
Star Online melaporkan, Dr. Mahmud dikenali pasti sebagai individu berikutnya yang akan mewujudkan kubu Daesh di Asia Tenggara, yang kini di bawah perintah pemimpin Abu Sayyaf, Isnilon Hapilon.
Isnilon diisytiharkan sebagai ketua angkatan Daesh di Filipina pada awal tahun lepas tetapi dia dilaporkan cedera parah dalam satu serangan udara di Basilan kira-kira dua bulan lalu.
Menurut sumber, Dr Mahmud mengetuai anggota militan yang lain bagi menyelamatkan Isnilon dalam serangan Marawi.
Tambah sumber, mereka percaya Dr. Mahmud juga cuba untuk mengisi kekosongan dalam kepimpinan tersebut sekiranya Isnilon disahkan meninggal dunia.
Mereka menjelaskan bahawa pemimpin Abu Bakr al-Baghdadi begitu terdesak mencari ketua baharu bagi kumpulan di Asia Tenggara yang pernah diketuai Muhammad Wanndy Mohamed Jedi.
Bagaimanapun, Muhammad Wanndy terbunuh dalam serangan dron di Raqqa, Syria.
Menurut sumber, Dr. Mahmud yang juga dikenali sebagai Abu Handzalah, kini merupakan satu-satunya leftenan yang dipercayai dikaitkan dengan Baghdadi selain Isnilon di selatan Filipina.
Difahamkan, rancangan Mahmud adalah untuk membentuk puak Daesh rasmi di Asia Tenggara dengan menyatukan sel-sel pengganas yang berbeza di Malaysia, Indonesia dan Filipina.
Mahmud adalah antara 5 rakyat Malaysia yang meninggalkan negara ini. Yang lain adalah pembantunya paling dekat, Mohd Najib Husen (yang terbunuh di Filipina); pekerja Majlis Perbandaran Selayang, Muhammad Joraimee Awang Raimee dan ahli Darul Islam Sabah, Mohd Amin Baco dan Jeknal Adil.
Mereka telah bekerja dengan kumpulan militan lain yang termasuk Abu Sayyaf di pelbagai serangan dan aktiviti jenayah di selatan Filipina. 
Lapor  MYNEWSHUB.CC
Lihat: Peluang Kerja Kutip Buah Di Australia, Gaji RM40-48 Per Jam.. Bagaimana?
Peluang Kerja Kutip Buah Di Australia, Gaji RM40-48 Per Jam.. Bagaimana?

Pesta Onani Di Bulan Ramadhan… DAP PPg.




UMAT Islam akan menyambut Ramadhan pada hari sabtu ini 27 Mei 2017. Tahukah anda bahawa bulan Mei merupakan bulan onani bagi Pulau Pinang? Ini bermakna negeri yang ditadbir oleh kerajaan DAP itu akan mengadakan pesta onani ketika umat Islam menyambut bulan Ramadhan bulan yang penuh keberkatan.

Menurut satu poster yang sedang viral di media sosial, Pulau Pinang mengistiharkan bulan Mei sebagai “National Masturbation Month” yang bermaksud “Bulan Onani Nasional”.

Masihkah anda ingat bagaimana umat Islam dihina oleh pasangan Cina iaitu Alvin Tan dan Vivian Lee apabila mereka memuat naik status mengajak umat Islam berbuka puasa dengan babi? Kini pesta onani pula berlangsung dibulan Ramadhan.

Perlukah kita terus menerima penghinaan dari pihak pembangkang yang berselindung disebalik individu dan NGO tertentu bagi menjalankan agenda jahat mereka?

Pihak berkuasa didesak agar mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang terlibat dalam perkara ini termasuk mereka yang berada dibelakang tabir.

Perlu kita ketahui bahawa sebelum ini sebuah kolej swasta terkemuka telah menganjurkan pesta lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di mana mereka berbogel beramai-ramai di kawasan lapang sebuah resort di Bentong.

Kita melihat segala tindak tanduk biadap ini adalah bertujuan untuk menguji sejauh mana mereka boleh mengenakan tekanan kepada umat Islam. Kesemua ini mempunyai maksud tersirat yang perlu diterjemahkan dengan betul agar kita tidak menyesal suatu hari nanti.


Rafizi Sindir K/Wanita PKR ‘Bodoh’ Tonjol Kemewahan..


AIDCNews– 26/05/17 –Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli dipercayai menyindir Ketua Wanita Keadilan, Zuraida Kamaruddin kerana mengaku memiliki kereta mewah melalui peruntukkan permit import (AP) kepada umum.
“Saya adalah antara ahli Parlimen yang bodoh kerana tak pakai AP,”kata Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan dalam Twitter.
Zuraida yang juga Ahli Parlimen Ampang dalam kenyataannya hari ini berkata adalah bodoh jika beliau sebagai ahli Parlimen tidak menggunakan kemudahan AP untuk memiliki semua kereta mewahnya.
“Saya sebagai ahli Parlimen diberi peruntukan AP atas nama saya, jadi bodoh saya kalau ada AP, tidak digunakan kemudahan itu,” katanya dipetik Sinar Harian.
Beliau mengakui gemar memilih barang berkualiti termasuk kereta import.
“Sebelum terlibat dalam politik pun saya sudah bawa kereta berkualiti. Dalam kehidupan, saya sentiasa utamakan barangan tahan lama,” katanya.
Kenyataan itu bagi menjawab tuduhan beberapa pihak yang mengaitkan Zuraida mempunyai kekayaan luar biasa dan memiliki pelbagai kereta mewah.
Beliau juga dikaitkan dengan Ketua Pemuda PKR Ampang, Datuk Adam Rosly yang ditahan dan didakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana membuat pengisytiharan palsu mengenai kekayaannya.
Zuraida mencabar mana-mana individu yang mengaitkannya dengan isu rasuah membuat laporan kepada pihak berkuasa.
“Sesiapa anak jantan pergi buat laporan, sampai sekarang saya tidak pernah disiasat oleh SPRM,” katanya.
Beliau memberi jaminan bersedia memberi kerjasama sekiranya dipanggil SPRM untuk memberi keterangan.
“Mereka mengguna isu itu untuk serang saya kerana mereka tahu saya mengangkat integriti tinggi. Nampaknya mereka tiada cara lain untuk lancarkan serangan ke atas saya,” katanya.Lihat: Peluang Kerja Kutip Buah Di Australia, Gaji RM40-48 Per Jam.. Bagaimana?
Peluang Kerja Kutip Buah Di Australia, Gaji RM40-48 Per Jam.. Bagaimana?

Masa Menjadi Cepat. K/Jumaat Abd Hadi 14 Apr 2017

Hasil carian imej untuk masa menjadi cepat
24. Masa Menjadi Cepat. K/Jumaat Abd Hadi 14 Apr 2017 
KULIAH JUMAAT 17 REJAB 1438 / 14 APRIL 2017


Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-112: Kuliah Jumaat Abd Hadi Presiden PAS.
Ikutilah kuliah selanjutnya..

Kisah Ramas Payudara Sampai Meletup, Di Kelab Malam KL.


PENGUNJUNG sebuah kelab malam popular di ibu negara gempar apabila seorang wanita tempatan pengsan di lantai berlumuran darah akibat payudaranya ‘meletup’ memercikkan cairan melekit.

Menurut portal antarabangsa, insiden yang sebenarnya berlaku pada malam minggu lalu itu menyebabkan ratusan pengunjung premis yang dirahsiakan namanya cemas seketika apabila menyangka ada pembunuhan kejam berlaku.
Menurut sumber polis yang enggan didedahkan namanya, mangsa dikenal pasti sebagai penduduk Kuala Lumpur yang sering mengunjungi kelab malam itu untuk berhibur dengan menari sambil mabuk akibat pengaruh alkohol.
“Saya kebetulan dekat wanita seksi itu yang bersama seorang lelaki tinggi lampai mungkin warga Barat sepanjang malam berpegangan erat tangan dalam keadaan khayal,” kata seorang saksi yang tidak mahu namanya disiarkan.
Menurut beberapa saksi lagi, pasangan itu berdakapan agak ghairah dengan si lelaki asyik memasukkan tangannya ke dalam skirt mini sambil meramas bahagian pejal montok buah dada wanita muda tersebut beberapa kali.
“Mereka langsung tiada perasaan malu sehingga menyebabkan beberapa pengunjung menegur pasangan itu agar pergi melakukan hubungan seks di dalam bilik hotel berdekatan jika tidak tahan,” kata seorang saksi lain pula.
Namun kira-kira pukul 1.30 pagi, ketika lelaki tersebut khusyuk meramas kuat payudara pasangannya, tiba-tiba buah dada wanita itu meletup menyebabkan cairan bertaburan di lantai dan wanita berkenaan menjerit kesakitan.
Mangsa kemudian rebah mengakibatkan ramai pengunjung yang sedang menari turut panik ketakutan melarikan diri apabila mereka pada mulanya menyangka wanita itu diserang kerana bahagian buah dadanya dipenuhi darah.
Beberapa pengawal keselamatan kemudian bergegas memberi bantuan kecemasan dan kawasan itu ditutup untuk membolehkan pasukan perubatan yang datang melakukan rawatan awal sebelum dibawa ke sebuah hospital.
Pihak polis yang tiba juga menutup kelab malam itu sepanjang hari untuk siasatan forensik manakala mangsa dilaporkan terpaksa menjalani pembedahan untuk membaik pulih payudaranya yang agak rosak dipicit kuat.
Doktor mengesahkan bahawa buah dada wanita berkenaan dijangka mengambil masa agak lama untuk dipulihkan kembali kepada asal manakala pesakit tersebut bakal mempunyai kesan parut dan emosi untuk jangka masa lama.
Dalam pada itu, siasatan awal mendapati mangsa mungkin pernah menjalani pembedahan kosmetik untuk menjadikan payudaranya montok hebat di luar negara dengan kos murah.   -Agensi
Hasil carian imej untuk kelab malam
Hasil carian imej untuk kelab malam
Imej yang berkaitan
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kelab-kelab malam di bandar-bandar di Malaysia, mungkin semuannya menjadi pusat maksiat. Bukan lagi pusat hiburan, tetapi menjadi pusat yang menimbulkan malapetaka dan bencana kepada rakyat. Di situ ada arak kencing syaitan, penajis zina, judi, sebaran dadah dan lain-lain.
Sudah sampai masanya, pihak berwajib menanganinya, dengan menghapuskan  aktiviti-aktiviti hiburan palsu tersebut, sesuai dengan Perkara 3 Perlembagaan Persekutan 'Islam adalah agama bagi Persekutuan'. Bukan hiburan yang membawa ke neraka, samada neraka dunia dan akhirat.

Tanah Awam PP Kena Jual, CAP Ragui G/Eng.


KUALA LUMPUR – Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) bimbang semakin banyak tanah awam di Pulau Pinang dipindahkan kepada pihak swasta oleh kerajaan Pulau Pinang secara tidak telus dan tanpa pengetahuan orang ramai.


Presidennya, S.M. Mohamed Idris mendakwa, terbaru tanah kerajaan Pulau Pinang seluas 6.4 hektar milik Ketua Menteri Diperbadankan di Peel Avenue dijual dengan harga RM156 juta kepada pihak swasta.
“Ia dijual dengan pajakan selama 99 tahun untuk pembinaan projek ‘Medical City’ bernilai RM2 bilion oleh sebuah hospital swasta,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.
S.M. Mohamed tidak berpuas hati dengan alasan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng kononnya rundingan yang ditandatangani tahun lalu itu dirahsiakan kerajaan negeri kerana “menghormati untuk tidak mendedahkan perjanjian”
Katanya, CAP kesal kerana butiran projek itu tidak diumumkan lebih awal supaya orang ramai di Pulau Pinang boleh memberi maklum balas.
Menurut beliau, perkara itu tidak selaras dengan prinsip urus tadbir kerajaan yang baik dan telus yang sering dicanang kerajaan Pulau Pinang.
Beliau turut menyatakan kebimbangan ‘Medical City’ yang dicadangkan itu akan menjejaskan persekitaran dan lalu lintas di situ.
“Kami juga bimbang dengan barisan pokok di sepanjang jalan Peel Avenue dan bimbang mengenai sebarang kemungkinan ia akan dipindahkan atau mungkin ditebang,” katanya. 

Lapor MYNEWSHUB.CC



Lihat: Peluang Kerja Kutip Buah Di Australia, Gaji RM40-48 Per Jam.. Bagaimana?
Peluang Kerja Kutip Buah Di Australia, Gaji RM40-48 Per Jam.. Bagaimana?

Pegawai G/Eng, Kena Tampar Depan Masjid.


Pegawai Guan Eng, Zaidi bekas Major TUDM kena tampar depan masjid oleh ahli PAS 

Seorang bekas pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) ditampar peserta himpunan membantah campur tangan kerajaan Pulau Pinang di George Town hari ini. 

Zaidi Ahmad yang kini menjadi pegawai penerangan kepada Ketua Menteri Pulau Pinang dilaporkan cuba membuat provokasi ketika bekas ketua pemuda PAS negeri itu, Mohamed Hafiz Nordin, menyampaikan ucapan. Harian Metro melaporkan, kejadian berlaku di Masjid Simpang Enam kira-kira jam 2.30 petang tadi. 



Portal itu melaporkan Mohamed Hafiz kini mengetuai Jaringan Muslimin Pulau Pinang (JMPP). Tindakan Zaidi itu didakwa dihalang beberapa peserta sebelum seorang daripada mereka menjadi berang dan menampar mukanya. 

Bagaimanapun, kekecohan itu dikawal dengan bantuan anggota polis yang berada di tempat kejadian. Sementara itu Zaidi berkata, dia tidak terjejas dengan insiden berkenaan malah menganggapnya sebagai perkara biasa yang perlu dilaluinya. 

Bagaimanapun dia yang berpangkat major semasa menganggotai TUDM di Butterworth itu menafikan membuat provokasi semasa Mohamed Hafiz berucap. 

"Saya berada di masjid itu ketika Hafiz berucap menuduh kerajaan Pulau Pinang campur tangan dalam fatwa negeri. Jadi saya bertanya kepada dia," katanya kepada Malaysiakini. 

Menurut Zaidi, dia cuma ingin tahu fatwa mana yang ada campur tangan kerajaan negeri, tapi tiba-tiba dia diserang. Tidak terganggu dengan insiden itu Zaidi cuba bertanya kepada Mohamed Hafiz itu lagi namun perhimpunan berkenaan tamat kira-kira 10 minit kemudian.


Bangkit isu dakwat SPR

Bangkit isu dakwat SPR Ditanya sama ada akan mengambil tindakan ke atas penyerangnya, Zaidi berkata, tiada cadangan untuk berbuat demikian. 

"Dia pun orang dah tua," katanya. 

Mohamed Hafiz (gambar) adalah seorang daripada pemimpin pemuda PAS Pulau Pinang yang tidak senang dengan kerjasama parti itu dengan PKR sejak sebelum pilihan raya umum ke-13 lagi. 

Tempatnya digantikan oleh Mohd Yusni Mat Piah yang terlibat menjadi calon ketiga di kerusi Dewan Undangan Negeri Sungai Acheh pada 2013. 

Kemunculan calon PAS itu disebut-sebut menyumbang kepada kemenangan BN - yang diwakili Datuk Mahmud Zakaria. Calon kedua di kerusi itu ialah Badrul Hisham Shaharin yang dari PKR. 

Mohamed Hafiz pula terlibat dalam beberapa pertubuhan bukan kerajaan selain menjadi pendakwah di masjid dan surau. 

Zaidi pula dibesarkan di Kepala Batas dan menjadi perhatian ramai apabila membangkitkan isu kesahihan dakwat digunakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada PRU ke-13 lalu. Khidmatnya bersama TUDM ditamatkan oleh mahkamah tentera pada 2014. 

Zaidi sempat menyertai PAS seketika sebelum berpindah menjadi anggota Parti Amanah Negara (AMANAH). Zaidi kemudian mengumumkan penyertaannya ke dalam DAP. 

-malaysiakini




Lihat: Peluang Kerja Kutip Buah Di Australia, Gaji RM40-48 Per Jam.. Bagaimana?

Peluang Kerja Kutip Buah Di Australia, Gaji RM40-48 Per Jam.. Bagaimana?

Laman Anti-DAP: Kit Siang Mahu Pihak Berkuasa Bertindak.

Lim-Kit-Siang
Ahli politik veteran itu berkata laman DAP Laknatullah di Facebook masih boleh dikunjungi orang ramai dan bertanya adakah benar dalangnya dilindungi.


PETALING JAYA: Ahli Parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang mahu pihak berkuasa menjelaskan mengapa laman Facebook anti-DAP masih boleh dikunjungi orang ramai walaupun ancaman bunuh ditujukan pada ahli DAP Edry Faizal Eddy Yusof.

Dalam kenyataan hari ini, ahli politik veteran itu mengutuk laman DAP Laknatullah kerana “catatan tidak bertanggungjawab yang membuat ancaman mencedera dan bunuh pada Edry” dan mesej kebencian terhadap DAP.

Beliau juga bertanyakan mengapa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) tidak mengharamkan laman itu terutamanya sejak catatan terbaharu mencemuh Edry kerana membuat laporan polis terhadap mereka berhubung ancaman bunuh yang diterima.

“Apakah benar dalang laman FB ‘DAP Laknatullah’ dan catatannya dinaungi dan diberi perlindungan yang kuat?” soal Kit Siang, dan menambah sekiranya laman itu bernama “Umno Laknatullah” dan mengeluarkan ancaman terhadap ahli Umno, SKMM akan bertindak menutup laman itu.

Bagaimanapun DAP tidak akan melakukan taktik kotor terhadap musuh politiknya kerana menyebarkan “kebencian, curiga dan permusuhan antara kaum dan agama” mengancam keamanan, keharmonian dan kemajuan, katanya.

Beliau berkata sekiranya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bersungguh mengenai prinsip keadilan, keseimbangan dan kecemerlangan yang diuar-uarkan kepada dunia, Najib perlu pastikan kerajaannya mengamalkan prinsip yang sama.

“Pilihan raya umum ke-14 pertembungan antara rakyat Malaysia – antara mereka yang mahukan demokrasi menentang mereka yang mahukan kleptokrasi,” kata Kit Siang, dan menyoal adakah rakyat boleh harapkan tindakan pantas pihak berkuasa terhadap laporan polis Edry.


Lihat: Peluang Kerja Kutip Buah Di Australia, Gaji RM40-48 Per Jam.. Bagaimana?

Peluang Kerja Kutip Buah Di Australia, Gaji RM40-48 Per Jam.. Bagaimana?

Sindiket Macau Scam Berkubur Selepas Markas Diserbu.



WAN RUKMAN (tiga dari kanan) menunjukkan antara barangan yang dirampas daripada sindiket Macau Scam pada sidang akhbar di IPK Selangor, Shah Alam Selangor semalam.

SHAH ALAM – Kelicikan sekumpulan penjenayah siber menjadikan sebuah banglo tiga tingkat di Taman Subang Mewah, Subang Jaya dekat sini sebagai markas operasi sindiket Macau Scam berkubur selepas premis tersebut diserbu polis kelmarin.
Serbuan oleh sepasukan anggota dan pegawai daripada Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor itu dilakukan pada pukul 11.30 malam.
Difahamkan, banglo tersebut disewa oleh sindiket terbabit dengan bayaran RM10,000 sebulan sejak tiga bulan lalu semata-mata untuk mengoperasikan aktiviti penipuan menerusi panggilan telefon.

Lihat: Peluang Kerja Kutip Buah Di Australia, Gaji RM40-48 Per Jam.. Bagaimana?

Peluang Kerja Kutip Buah Di Australia, Gaji RM40-48 Per Jam.. Bagaimana?

6 Militan Indonesia, Malaysia Maut Di Marawi.


MANILA – Enam orang pelampau Islam termasuk rakyat Malaysia dan Indonesia terbunuh apabila tentera Filipina meneruskan operasi pengusiran kumpulan militan itu daripada bandar Marawi di daerah Lanao del Sur, Mindanao.
Helikopter penyerang dan pasukan khas telah bersiap sedia di bandar itu bagi menangani krisis tersebut.
Rabu lalu, sekumpulan militan bersenjata yang dipercayai mempunyai kaitan dengan Daesh telah dilaporkan menyerang bandar yang terletak di selatan Filipina itu.
Sekurang-kurangnya 15 orang lelaki bersenjata api daripada sebuah kumpulan pelampau Muslim bernama Maute menyerang bandar itu dengan membawa senapang.
Pada Mac lalu, Presiden Duterte meminta bantuan daripada datuk bandar di kawasan penduduk Islam di selatan negara itu bagi menangani militan Islam dan mengancam untuk mengenakan undang-undang tentera di sana jika masalah itu tidak diselesaikan.
Tahun lalu, Duterte berjanji untuk mengabaikan hak asasi manusia jika perpecahan kumpulan Daesh di Timur Tengah menjadikan pemberontakan Islam di negaranya bertambah buruk.
Maute merupakan kumpulan radikal Islam yang terdiri daripada bekas gerila Barisan Pembebasan Islamik Moro dan beberapa lagi kumpulan pejuang asing.
Mereka dipercayai telah mengambil nama mereka dari pengasasnya iaitu Abdullah Maute. 
Lapor MYNEWSHUB.CC


Lihat: Peluang Kerja Kutip Buah Di Australia, Gaji RM40-48 Per Jam.. Bagaimana?

Peluang Kerja Kutip Buah Di Australia, Gaji RM40-48 Per Jam.. Bagaimana?

Pemuda PAS Puji Siti Nurhaliza -Juara Gemagegarvaganza.

Hasil carian imej untuk siti nurhaliza

HALAMAN HIBURAN

ADALAH suatu perkembangan yang baik bagi industri nasyid tanah air melalui program Juara Gemagegarvaganza (#GGV) 2017 apabila artis-artis nasyid dapat diketengahkan ke dalam arus perdana industri hiburan di negara ini. 

Adalah diharapkan juga agar lagu-lagu bermesej kebaikan ini akan dapat terus dipopularkan di kalangan masyarakat, sesuai dengan mesej dan nasihat yang dibawa melalui karya-karya nasyid ini. 

Tahniah kepada Kumpulan UNIC yang menjuarai pertandingan realiti hiburan GemaGegarVaganza  anjuran ASTRO baru-baru ini. 




Lebih menarik lagi apabila sebuah pertubuhan politik Islam (PAS), melalui Dewan Pemuda (DPPM)nya tertarik dan dianggap memuji komen juri jemputan iaitu Datuk Siti Nurhaliza, yang menyatakan,

“Penyanyi nasyid adalah penyanyi terbaik, GGV membuktikan penyanyi nasyid adalah ‘first class’".

Bahkan pihak DPPM juga mengharapkan agar penambahbaikan dapat dibuat oleh penerbit penganjuran program-program hiburan agar dapat menepati sepenuhnya garis panduan hiburan dalam Islam, seperti yang telah dikeluarkan oleh pihak JAKIM (edisi Ke 2 Tahun 2015). 

"Pihak penerbit juga boleh mencontohi penerbitan program-program hiburan yang telah diadakan di Negeri Kelantan, dengan contoh penganjuran program hiburan yang mengambil kira Enakmen Kawalan dan Tempat-Tempat Hiburan 1998, yang telah diwartakan oleh Kerajaan Negeri Kelantan. 

"Ini bagi mempastikan program-program hiburan ini dapat memberikan impak yang positif dan baik untuk rakyat Malaysia. DPPM juga terbuka untuk berkongsi pengalaman dalam penganjuran program-program hiburan yang pernah diadakan di Negeri Kelantan sebelum ini kepada pihak penganjur penerbitan rancangan-rancangan hiburan di negara ini. 

"Pihak DPPM amat mengalu-alukan kerjasama dengan pemain industri hiburan seperti syarikat-syarikat penerbitan rancangan hiburan, produksi TV dan Media Internet, serta pihak artis sendiri demi memartabatkan industri hiburan di Malaysia." Kata Ir. Hj. Khairil Nizam Khirudin selaku Timbalan Ketua
Dewan Pemuda PAS Malaysia.

Nampaknya DPPM turut positif untuk sama-sama memberikan idea dan cadangan agar program-program hiburan yang disajikan kepada rakyat Malaysia adalah berkualiti, bermesej dan menghiburkan.

Blog Ibnu Hasyim juga mengucapkan tahniah kepada DPPM baru dipilih yang memungkinkan kekriatifan era baru di dunia hiburan.. As-salami 'alaikum. (IH)


Lihat: Peluang Kerja Kutip Buah Di Australia, Gaji RM40-48 Per Jam.. Bagaimana?

Peluang Kerja Kutip Buah Di Australia, Gaji RM40-48 Per Jam.. Bagaimana?

Friday, May 26, 2017

E-Buku IH-112: Kuliah Jumaat Abd Hadi Presiden PAS.

Hasil carian imej untuk abdul hadi awang
E-Buku IH-112: Kuliah Jumaat Abd Hadi Presiden PAS.


Video:
1438H +

01.Tidak Menghayati Hukum Allah, Tak Berkat.. -Kuliah  (6 Muharram)
02. Bebas, Perempuan Berpakaian Telanjang. Kuliah Juma... (13 Muharram)
03. Pembohong, Cerdik, Bijak, Bergabung Dengan Musyrik... (20 Muharram)
04. Tahun Penipuan: Bertukar Nilai 'Makruf', Berkhiana... (27 Muharram)

05. Aku Hendak Jadikan Khalifah Di Bumi. Kuliah Jumaat... (4 Safar)
     Ulama Yang Membawa Ideologi Penjajah
06. Lantik Pemimpin Orang Yang Tidak Layak. Kuliah Jum...(11 Safar)
07. Perang Penentu Antara Islam -Yahudi.. Kuliah Jumaa... (18 Safar)
08. Zahir Mahdi (Pemimpin Dapat Petunjuk). Kuliah Juma... (25 Safar)

09. Imam Mahdi & Nabi Isa AS. Kuliah Jumaat Abd H... (02 Rabiul Awal)
10. Imam Mahdi Perintah Negara, Bukan Tunggu Aje. Kuli... (09 Rabiul Awal)
11. Muncul Dajjal. Membawa Kesesatan. Kuliah Jumaat Ab...(23 Rabiul Awal)

12: Dajjal, Dah Ada Atau Belum? Kuliah Jumaat Abd Hadi... (07 Rabiul Akhir) 
13: Nabi Isa AS Membunuh Dajjal. Kuliah Jumaat Abd Had.. (14 Rabiul Akhir)
14. Nabi ISA Turun. Kristian Masuk Islam? Kuliah Jumaa...  (21 Rabiul Akhir)
15. Islam Jadi Kuasa Besar Dunia. Isa Ibnu Maryam. Kul... (28 Rabiul Akhir)

16. Yakjuj-Makjuj, Zulqarnain, Cukai. Kuliah Jumaat A... (06 Jamadil Awal)
17. Yakjuj-Makjuj, Menurut Syed Qutb. Kuliah Jumaat A.. (20 Jamadil Awal)
18. Serangan Besar-besaran Yakjuj-Makjuj. Kuliah Jumaa...  (27 Jamadil Awal)

19. Naik Matahari Sebelah Barat. Kuliah Jumaat Abd Had... (04 Jamadil Akhir)
20. Keluar Binatang Dahsyat Dari Bumi. K/Jumaat Abd Ha.. (11 Jamadil Akhir) 
21. Keluar Asap. Kuliah Jumaat Abd Hadi   (18 Jamadil Akhir)
22. Tiupan Angin Luar Biasa Lembut. K/Jumaat Abd Hadi ... (25 Jamadil Akhir)

23. Keluarnya Api Dari Bumi. K/Jumaat Abd Hadi 31 Mac ...(03 Rejab 1438)
24.

Video: 
1437H -

-01. Memilih Pemimpin & Amanah -Kuliah Jumaat  (29 8) Zulhijjah)
-02. Siapa Kumpulan Islam? -Kuliah Jumaat Abd Hadi 23 ... (21 Zulhijjah)
-03. Sejarah Fitnah Dalam Politik Islam. -Kuliah Jumaat... (14 Zulhijjah)
-04. Tanda-tanda Kiamat -Kuliah Jumaat Abd Hadi 9 Sept... (07 Zulhijjah)

-05. Kasih Bertemu Allah.. Kuliah Jumaat Abd Hadi 02 Se... (30 Zulkzedah)
-06. Pembinasa Kelazatan Mati... Kuliah Jumaat Abd Hadi... (23 Zulkzedah)
-07. Ingatkan Mati.. Kuliah Jumaat Abd Hadi 19 Ogos 201... (16 Zulkaedah)
-08. Kedudukan Ruh & Hutang.. Kuliah Jumaat Abd Hadi 12.(9 Zulkaedah)

-09. Ruh, Ziarah  Saling Bertemu. Kuliah Jumaat Abd Hadi 29 Jul (24 Syawal)
-10. Roh Kembali Kepada Jasad? Kuliah Jumaat Abd Hadi 22 Jula.(17 Syawal)
-11. Ruh, Urusan Tuhanku.. Kuliah Jumaat Abd Hadi 15 Ju... (10 Syawal)
-12. Syuhadak Di Alam Barzah. Kuliah Jumaat Abd Hadi 08... (03 Syawal)

-13. Nabi Daniel & Ambia' Di Alam Barzah. Kuliah Jumaat(26 Ramadhan)
-14. Dosa Penyebab Azab Kubur. Zina.. Kuliah Jumaat Abd...(19 Ramadhan) 
-15. Azab Kubur, Kaitan Dengan Jin. Kuliah Jumaat Abd H... (12 Ramadhan)

-16. Selamat Menyambut Ibadah Puasa. Kuliah Jumaat Abd ...(20 Syaaban)
-17. Azab Kubur, Siapa Tuhan Kamu? Politik.. Kuliah Ju... (13 Syaaban)
-18. Fitnah Kubur, Mengacum Melaga-laga. Kuliah Jumaat .(06 Syaaban)

-19. Ujian & Nikmat Dalam Kubur.Kuliah Jumaat 06 Mei ... (28 Rejab)
-20. Hentian Pertama Alam Akhirat. Kuliah Jumaat Abd Hadi (21 Rejab)
-21. Beriman Kpd Perkara Di Alam Sempadan. Kuliah Jumaa...  (14 Rejab)

Lihat seterusnya..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails