Saturday, May 28, 2022

‘Taney Nyor’ al Falah peringkat Dun Kadok.. Idea kreatif lagi?

 


Penanaman kelapa skala besar di Kelantan

KOTA BHARU: Kelantan merancang untuk mengurangkan kebergantungan bekalan kelapa import dengan mengenal pasti kawasan yang sesuai bagi penanaman skala besar untuk memenuhi permintaan tempatan.

Exco Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi, Teknologi Hijau dan Alam Sekitar negeri, Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail berkata, usaha itu akan dilakukan melalui anak syarikat kerajaan dan pelabur.

Katanya, kawasan seluas 100 sehingga 200 ekar sudah dikenal pasti untuk melaksanakan projek tanaman kelapa dalam skala besar.

“Kerajaan negeri menyasarkan dalam tempoh 10 tahun akan datang bekalan kelapa tempatan dapat memenuhi permintaan pengguna.

“Insya-Allah saya yakin dalam masa 10 tahun lagi keperluan kelapa dapat kita sediakan daripada sumber tempatan tanpa bergantung kepada bekalan kelapa luar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas pelancaran kempen ‘Taney Nyor’ al Falah peringkat Dun Kadok di Dewan Dato’ Kadok semalam.

Hadir sama Adun Kadok Dato’ Sr Azami Mohd Noor, penghulu dan pemimpin tempatan.

Tuan Saripudin juga berkata, kempen tanam kelapa melibatkan 13 Dewan Undangan Negeri (Dun) disertai seramai 100 peserta bagi setiap Dun.

Menurutnya juga mereka dipilih bagi menerima sumbangan lima benih kelapa dan bantuan baja daripada kerajaan negeri.

“Mereka menerima dua kelapa matag dan tiga kelapa Malay Yellow Dwarft (MYD) kerana variasi terbabit dilihat cepat membesar di mana tempoh dua tahun sudah mengeluarkan buah dan pokok tidak tinggi.

“Kerajaan negeri membelanjakan RM300,000 bagi menyediakan anak pokok kelapa dan bantuan baja bagi membantu penduduk meningkatkan pendapatan,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 25/5/2022 

Tolak DAP, pilih parti Islam dan kumpulannya dalam PRU 15 akan datang.


PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

Afghanistan: 'hak wanita', Wajar Taliban tolak PBB.

 

Kerajaan Afghanistan menganggap pematuhan hijab Islam adalah selaras dengan amalan agama dan budaya masyarakat. - Foto REUTERS

Taliban menolak kebimbangan PBB mengenai hak wanita di Afghanistan

KABUL: Taliban menolak gesaan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) untuk membatalkan sekatan berat ke atas wanita Afghanistan dengan anggapan kebimbangan mereka sebagai tidak berasas.

Kementerian Luar Afghanistan berkata, kerajaan menganggap kebimbangan Majlis Keselamatan sebagai tidak berasas dan mengesahkan komitmennya terhadap hak wanita Afghanistan.

"Memandangkan penduduk Afghanistan kebanyakannya beragama Islam, kerajaan Afghanistan menganggap pematuhan hijab Islam adalah selaras dengan amalan agama dan budaya masyarakat," menurut kementerian itu dalam satu kenyataan.

Terdahulu, Majlis Keselamatan sebulat suara menerima pakai resolusi yang mengkritik Taliban kerana mengehadkan akses kanak-kanak perempuan dan wanita kepada pendidikan, pekerjaan awam dan kebebasan bergerak sejak merampas kuasa tahun lalu.

Malah, pemimpin tertinggi Afghanistan, Hibatullah Akhundzada yang mengarahkan wanita untuk menutup muka ketika berada di khalayak ramai, turut mencetuskan kemarahan antarabangsa.

Ia juga menuntut agar semua sekolah dibuka kepada pelajar perempuan.

Sepanjang Taliban berkuasa antara tahun 1996 dan 2001, pelbagai pencabulan hak asasi manusia berlaku dan selepas merampas kembali, mereka menjanjikan peraturan lebih lembut kepada rakyat Afghanistan, tetapi sebaliknya.

Dalam dua dekad campur tangan tentera Amerika Syarikat (AS) selepas penyingkiran Taliban pada 2001, wanita dan gadis Afghanistan memperoleh hak mereka.

Wakil khas PBB mengenai hak asasi manusia di Afghanistan, Richard Bennett, berkata sekatan Taliban bertujuan menjadikan wanita "halimunan dalam masyarakat".

Tiada negara mengiktiraf kerajaan baru Taliban dan pihak berkuasa setakat ini gagal dalam usaha mereka untuk mengambil alih kerusi Afghanistan di badan dunia itu. - AFP

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kita bersetuju  dengan kenyataan Kementerian Luar Afghanistan,  "Memandangkan penduduk Afghanistan kebanyakannya beragama Islam, kerajaan Afghanistan menganggap pematuhan hijab Islam adalah selaras dengan amalan agama dan budaya masyarakat." 

Memang begitulah dasar penjajah AS ingin meneruskan penjajahan ke atas negara umat Islam. AS sendiri sebenarnya jadi 'barua' Zionis Israel untuk menakluk dunia. 

Di Malaysia ada puak-puak anti Islam yang menyalin balik kegiatan Islamfobia di barat, melaksanakan di sini, untuk menutup kegagalan dan kejahilan mereka, yang bersembunyi dibawah tempurung sempit perkauman kecinaan komunis yang sia-sia..

Tolak DAP, pilih parti Islam dan kumpulannya dalam PRU 15 akan datang.


PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

Friday, May 27, 2022

Tampung sumber protein negara. Infra Quest sumbang RM2.5 juta.

 


1. Kelantan tampung permintaan sumber protein negara

KOTA BHARU: Kelantan memperuntukan sebanyak RM1 juta bagi meningkatkan lagi pengeluaran ikan air tawar bagi menampung permintaan sumber protein di negara ini.

Menteri Besar, Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob berkata, peruntukan tersebut diagih melalui Jabatan Perikanan Negeri untuk melaksanakan pelbagai program pembangunan sektor perikanan air tawar.

Katanya, program tersebut mengutamakan peningkatan pengeluaran hasil dan kualiti penternakan akuakultur.

“Jabatan Perikanan menyalurkan pelbagai bantuan termasuk bantuan bencana bagi membantu mengurangkan kos operasi yang ditanggung penternak akuakultur.

“Selain itu pemulihan kolam terbiar dan meningkatkan pengeluaran benih ikan air tawar di Machang dan bantuan input makanan ikan kepada penternak dan nelayan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan program Jelajah Perikanan ‘Jom Makan Ikan Air Tawar’ di perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV Kota Bharu di sini hari ini.

Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi, Teknologi Hijau dan Alam Sekitar Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail dan Ketua Pengarah Perikanan Malaysia Mohd Mohtar Mahamud.

Pada majlis itu seramai 29 penternak menerima bantuan input ternakan dan peralatan akuakultur serta bantuan perolehan sistem ternakan dan input ternakan kepada peserta Zon Industri Akuakultur di Danau Tok Uban.

Selain itu kerajaan turut menyampaikan bantuan perlatan menangkap ikan kepada nelayan darat dan nelayan pantai serta bantuan bencana di bawah Program Peruntukan Pembangunan Semula Projek Agromakanan (PPSPA).

Ahmad juga berkata, program tersebut bagi mempromosikan penggunaan ikan air tawar di samping meningkatkan hasil jualan penternak serta pengusaha produk berasaskan ikan air tawar. – HARAKAHDAILY 26/5/2022

2. Infra Quest kendali 345 menara telekomunikasi sumbang RM2.5 juta kepada kerajaan negeri. 

KOTA BHARU: Anak syarikat Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK), Infra Quest Sdn Bhd menyumbang RM2.5 juta kepada kerajaan negeri melalui Tabung Serambi Mekah

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, Ab Aziz Yunus berkata, syarikat tersebut menjadi antara penyumbang terbesar dalam bentuk tanggungjawab sosial korporat (CSR) kepada rakyat.

Katanya, Infra Quest ditubuh pada 23 Januari 1997 merupakan agensi penyelaras bagi menguruskan, merancang serta menyelenggara infrastruktur telekomunikasi di Kelantan.

“Infra Quest mempunyai tahap kecekapan operasi yang agak tinggi. Syarikat ini antara penyumbang tegar dalam bentuk CSR kepada kerajaan negeri dan rakyat.

“Ini termasuk sumbangan sebanyak RM1.5 juta bagi membeli asrama pelajar di Mesir. Selain itu menyumbang RM 1juta di bawah Tabung Bencana Covid-19,” katanya pada majlis Sambutan Jubli Perak Infra Quest Sdn Bhd di sebuah hotel di sini malam tadi.

Program tersebut dirasmikan Menteri Besar, Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob.

Ab Aziz juga berkata sejak peringkat awal penubuhannya, Infra Quest hanya mempunyai 29 menara telekonumikasi, namun sekarang mengendalikan 345 menara termasuk teknologi terbaru Rapid Deployment System (RDS).

Bahkan kata beliau dalam tempoh 25 tahun syarikat itu memperolehi keuntungan terkumpul melebihi RM100 juta.

“Infra Quest bermula dengan hanya 10 kakitangan, hari ini mempunyai kekuatan seramai 20 pegawai yang mempunyai pelbagai kepakaran, sehingga mampu menjana pendapatan hampir RM50 juta setahun,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 24/5/2022

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kelantan tampung  RM1 juta untuk sumber protein negara. Infra Quest anak syarikat PKINK sumbang RM2.5 juta kepada kerajaan negeri. Tanda kerajaan prihatin rakyat.

Justeru PRU 15, Undilah PAS dan parti-parti kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

Ayam: Komen Rakyat, "idea terbaik setakat ni dari MP Kubang Kerian..." DAP?

 


Imej untuk satu rumah bela 5 ekoq ayam

Komen Rakyat dalam blog ini.. 

1 comment:

Anonymous said...

idea terbaik setakat ni datangnya daripada MP Kubang Kerian, satu rumah bela 5 ekoq ayam.. brilliant punya cadangan.. kami uncai amat puas hati dengan idea yang bernas ni.. takbirrrr...

2. Henti eksport ayam, batal AP tindakan ‘tergesa-gesa’, kata DAP 

Setiausaha Agung DAP Loke Siew Fook mengadakan lawatan ke Pasar Pudu hari ini bagi meninjau bekalan makanan dan harga barangan.

KUALA LUMPUR: DAP menyifatkan keputusan kerajaan menghentikan eksport ayam dan membatalkan permit import (AP) bagi bahan makanan sebagai satu langkah “tergesa-gesa”.

Setiausaha Agungnya, Loke Siew Fook berkata, keputusan itu hanya menyelesaikan masalah jangka pendek isu bekalan ayam.

Katanya, dengan tidak melihat masalah kekurangan bekalan, termasuk membabitkan barang makanan lain yang berlaku secara menyeluruh, perkara sama akan berulang.

“Apa yang dilakukan, keputusan seperti kerajaan kata batalkan AP untuk makanan dan sebagainya, itu satu tindak balas tergesa-gesa... dan seterunya... (FMT)

Tetapi tiada tindakan bermanfaat diambil.. Itulah DAP! Apa lagi sewaktu memerintah dan DAP jadi Menteri Kewangan yang ghuyup.. Kokoknya saja berderai-derai, ekor bergelumang tahi.. cis!!


Tolak DAP dalam PRU 15 akan datang.


PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

Perkauman di Australia terhadap bangsa Cina.

 

Cassandra Au berkata dia telah berulang kali mengalami tindakan perkauman di Australia.

KL/IH: Cassandra Au dan suaminya terpaksa meninggalkan percutian mereka di Kepulauan Cook apabila Australia menutup sempadan antarabangsa pada awal 2020, tetapi wabak itu bukan satu-satunya perkara yang dia alami semasa menaiki pesawat pulang.

Kepulauan Cook adalah sebuah negara pulau kecil di Pasifik Selatan dengan populasi kira-kira 17,000 orang, kira-kira 6730 km dari Australia.

'Saya memberitahu suami saya mengapa semua orang di dalam pesawat ini memandang saya dengan kebencian?' kata Cassandra.
"Wanita yang duduk di hadapan saya secara tidak sengaja berdiri dari kerusinya beberapa kali dan batuk pada saya semasa penerbangan."

Apa yang berlaku kepadanya masih diingati oleh Cassandra Au sehingga kini.

“Kejadian kecil seperti itu, sikap perkauman di sana sini sangat meletihkan rakyat berketurunan Asia di Australia,” katanya.

Serangan perkauman yang berterusan

Penyelidikan yang diterbitkan dalam laporan Being Chinese in Australia The Lowy Institute menunjukkan bahawa satu daripada lima orang Cina di Australia mengalami serangan perkauman lebih daripada dua tahun selepas permulaan wabak COVID-19.

Yanqi Wang, seorang pekerja sosial yang berpangkalan di Launceston di negeri Tasmania, berkata latar belakang etniknya masih menjadi isu bagi beberapa pelanggannya, yang meminta pekerja sosial lain selepas bercakap dengan Yangi Wang.

Katanya, dia juga mengalami diskriminasi di luar kerja.

"Ada seorang lelaki menunggang skuter ke arah kami," kata Yangi.
“Tanpa berlengah lagi, dia kemudian menjerit kata-kata lucah tentang orang Asia (bangsa Asia).
"Ada juga yang mengatakan 'balik sahaja ke negara asal' atau menyebut perkataan dengan konotasi yang menghina seperti 'chinks'."

Institut Lowy melaporkan sedikit penurunan dalam tindakan diskriminasi yang lebih ketara dengan warga China Australia melaporkan 'mereka berkelakuan berbeza' kerana etnik mereka, turun daripada 37% kepada 35%.

Ramai tidak melaporkan

Tetapi Erin Chew dari Asia Australia Alliance berkata angka itu mungkin tidak menggambarkan keadaan sebenar dengan banyak insiden tidak dilaporkan kerana masalah bahasa atau kerana mereka tidak tahu di mana untuk melaporkan.

"Ramai daripada mereka menderita tanpa keberanian untuk melaporkannya, atau mereka tidak tahu ke mana hendak pergi apabila mereka menghadapi insiden perkauman," kata Erin Chew.
“Kebencian terhadap orang kuning (peril Kuning) telah wujud sejak orang Cina pertama kali tiba di Australia semasa tempoh pencarian emas pada pertengahan 1800-an.
"Sehingga kini ia terus berlaku. Apakah bentuk yang berubah dari semasa ke semasa mengikut perkembangan dunia."

Profesor Mobo Gao, seorang pakar dalam kajian China di Universiti Adelaide, berkata kejadian ini adalah perkara biasa dalam pengangkutan awam.

“Kami cenderung melihat lebih banyak wajah Asia di dalam bas atau kereta api, contohnya di Adelaide kerana ramai pelajar antarabangsa cenderung tidak mempunyai kenderaan atau lesen memandu untuk memandu,” katanya.
"Di tempat kerja orang enggan menyatakan pendapat buruk tentang orang lain, juga sebagai contoh di perumahan, tetapi di pengangkutan awam orang berasa lebih bebas."

Dalam kajian yang dijalankan oleh Perikatan Asia Australia sahaja, Erin Chew berkata 61% daripada insiden perkauman yang dilaporkan berlaku di kalangan wanita Asia.

“Ada pendapat bahawa wanita Asia lebih mudah menjadi sasaran kerana mereka tidak berani melawan, kerana mereka lebih lemah, dan mereka tidak berani menentang pihak berkuasa,” katanya.
“Perkauman akan berterusan dan tidak akan pernah berhenti. (IH)

Perhatian: No telefon Ibnu Hasyim.com terkini 014-400 2015

PM berusaha martabatkan bahasa Melayu. &DHPP

 

Pameran barangan China seperti tulisan khat pada pinggan hiasan menarik perhatian sempena Simposium Pengantarabangsa Bahasa Melayu di Dewan Bahasa dan Pustaka, awal minggu ini

1. Bahasa Melayu bantu perkukuh persahabatan China-Malaysia 

ANTARA banyak negara di dunia yang menawarkan kursus bahasa Melayu, China adalah sebuah negara yang amat penting dalam mengembangkan pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu varian Tanah Melayu di persada dunia.

Seperti yang diketahui umum, hubungan China dan Malaysia bermula 2,000 yang lalu sejak Dinasti Han dan mencapai kemuncaknya ketika pemerintahan Dinasti Ming di China dan Kesultanan Melaka.

Selepas merdeka, Malaysia menjalinkan hubungan rasmi dengan China pada tahun 1974.

Perhubungan diplomatik antara China-Malaysia telah diangkat tarafnya sebagai "Perkongsian Strategik Komprehensif" semasa lawatan Presiden China, Xi Jinping ke Malaysia pada tahun 2013.

Secara keseluruhannya, perhubungan dua hala ini berkembang dengan positif sekaligus mendorong perkembangan pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di China.

Pada hakikatnya, seawal 1960-an, pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu telah mula membenih di China.

Pada tahun 1962, Beijing Foreign Studies University (BFSU) merupakan universiti pertama yang menawarkan kursus bahasa Melayu di China dengan Profesor Wu Zongyu sebagai pengasas dan perintisnya.

Usaha murni ini telah menjadi titik permulaan bagi penawaran dan perkembangan kursus bahasa Melayu di China dan hingga kini, institusi pengajian tinggi di seluruh China yang menawarkan Program Ijazah Bahasa Melayu telah mencecah 13 buah membabitkan 11 universiti dan dua kolej.

Menurut statistik setakat Mei tahun ini, sejumlah 41 orang pensyarah China dan tujuh orang pakar asing dari Malaysia menjadi tenaga pengajar di 13 institusi pengajian tinggi China.

Sejumlah 457 orang siswa peringkat sarjana muda dan enam orang sarjana sedang belajar di kampus.

Sejumlah 965 orang lepasan peringkat sarjana muda dan 10 orang sarjana berjaya menamatkan pengajian masing-masing dalam tempoh 60 tahun ini.

Pencapaian Perkembangan Program Ijazah Bahasa Melayu di China

Secara umumnya, program pengajian Melayu di China berfokus pada pengajaran bahasa dan persuratan Melayu, bermatlamat untuk memupuk individu yang mahir menguasai kebolehan mendengar, bertutur, memahami dan berkebolehan menterjemah apa sahaja bahan yang berkaitan dengan bahasa Melayu.

Di samping itu, jurusan-jurusan bahasa Melayu di China tidak terhad kepada kajian bahasa Melayu sahaja, sebaliknya merangkumi kajian kebudayaan dan kemasyarakatan Melayu.

Harus ditegaskan bahawa pencapaian dan kejayaan melahirkan graduan jurusan bahasa Melayu yang bermutu tinggi di China adalah berkait rapat dengan bantuan dan sokongan berterusan yang amat berharga daripada pihak-pihak Malaysia yang terlibat serta kerjasama erat yang terjalin antara kedua-dua pihak, misalnya Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia, Kedutaan Besar Malaysia ke China serta institusi-institusi pengajian tinggi Malaysia tempatan, misalnya UM, UKM, USM, UITM dan sebagainya.

Sebagai perkongsian kejayaan pelajar, setakat ini, siswa-siswi jurusan bahasa Melayu di China pernah mendapat johan dua kali, naib johan lima kali dan tempat ketiga satu kali dalam sejumlah 14 sesi Pertandingan Pidato Antarabangsa Piala Perdana Menteri. Inilah salah satu bukti kejayaan pendidikan program pengajian Melayu di China.

Detik-detik Bersejarah Penting dalam Perkembangan Pengajian Melayu di China

Dalam tempoh masa 60 tahun, iaitu sejak pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di China mula membenih, berakar, bertumbuh sehinggalah berbuah dengan subur, terdapat beberapa detik bersejarah penting yang bukan sahaja menandakan pencapaian perkembangan bahasa Melayu di China, tetapi juga menjadi lambang kepada hubungan ilmiah dan pendidikan antara China dan Malaysia.

Yang pertama ialah penubuhan Pusat Pengajian Melayu China. Pada 20 Jun 1997, Pusat Bahasa Melayu ditubuhkan di BFSU sebagai hasil persetujuan antara kerajaan Malaysia dan kerajaan China untuk bekerjasama dalam bidang pendidikan, khususnya tentang pengajaran bahasa Melayu di China.

Perasmian pusat ini disaksikan bersama oleh kedua-dua orang Menteri Pendidikan China dan Malaysia pada ketika itu, iaitu Tuan Zhu Kaixuan dan Datuk Seri Najib Razak.

Pada 1 September 2005 pula, Pusat Bahasa Melayu BFSU dinaikkan taraf menjadi Pusat Pengajian Melayu China. Sejak ditubuhkan, Pusat Pengajian Melayu China telah berfungsi sebagai pangkalan kegiatan ilmiah dan pengembangan bahasa, kesusasteraan dan kebudayaan Melayu di China.

Detik bersejarah yang kedua ialah penubuhan Kursi Pengajian Melayu Malaysia-China di BFSU. Pada awal tahun 2007, secara rasminya Kursi itu telah ditubuhkan dengan Prof Datuk Seri Dr Awang Sariyan dilantik sebagai Penyandang Kursi Pengajian Melayu China yang pertama dan yang ketiga, manakala Prof Datuk Dr Mohd Taib dilantik sebagai Penyandang Kursi Pengajian Melayu China Kedua oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

Kursi yang mula berfungsi pada awal tahun 2008 ini berperanan memperkenalkan bidang-bidang baharu dalam pengajian Melayu, meningkatkan program ilmiah pada peringkat ijazah pertama dan ijazah lanjutan, melaksanakan penyelidikan dan penerbitan, serta membantu penubuhan dan peneguhan program bahasa dan juga pengajian Melayu di institusi pengajian tinggi di China.

Satu lagi detik bersejarah ialah penubuhan Sekretariat Penggerak Pengajian Melayu China (SPPMC). Pada 4 Januari 2019, dengan bantuan dan sokongan Education Malaysia Beijing, Kedutaan Besar Malaysia ke China, Mesyuarat Meja Bulat Perkembangan Jurusan Bahasa Melayu di China Kali Pertama berjaya diadakan di BFSU.

SPPMC telah ditubuhkan dalam mesyuarat ini bertujuan untuk menggalakkan komunikasi dan kerjasama antara institusi-institusi pengajian tinggi yang menawarkan kursus bahasa Melayu di China, di samping memperkukuh hubungan kerjasama dalam bidang pendidikan dan kebudayaan antara China dan Malaysia.

Kesimpulan

Kini, kerajaan Malaysia yang dipimpin oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, sedang berusaha untuk memartabatkan bahasa Melayu di rantau Asia Tenggara khasnya dan di arena antarabangsa amnya.

Usaha-usaha Kerajaan Malaysia seperti ini akan menjadikan bahasa Melayu berkembang menjadi bahasa ilmu yang lebih hebat dan bahasa berwibawa lagi berpengaruh di peringkat antarabangsa.

Pepatah Melayu berkata, "Bersekutu bertambah mutu", kami yakin bahasa Melayu akan mempunyai masa depan yang lebih cemerlang dengan kerjasama kita semua. Persahabatan China-Malaysia juga akan terus diperkukuh dengan perkembangan pengajian Melayu di China.

Penulis:

1. Prof Dr Su Yingying @ Suria, Dekan Institusi Pengajian Asia, Beijing Foreign Studies University

2. Dr. Han Xiao @ Indah, Ketua Jabatan Bahasa Melayu, Institusi Pengajian Asia, Beijing Foreign Studies University

(BH)


2. PAS Selangor serius memperkasakan DHPP 

TANGGAL 23 Mei lalu merupakan ulangtahun Dewan Himpunan Pendukung PAS atau DHPP yang ke 12. Sayap yang menghimpunkan aktivis dan penyokong NonMuslim PAS ini dirasmikan penubuhannya di Negeri Selangor oleh Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di Dewan Pejabat Tanah Daerah Klang pada 23 Mei, 2010.

Ternyata Selangor menjadi pangkalan menghimpunkan kekuatan pendukung PAS dari kalangan Non-Muslim yang bersungguh dan ikhlas mahu menyumbang ke arah kejayaan dan kemenangan PAS. Selangorlah antara negeri yang paling ke hadapan mengiktiraf dan menghargai peranan serta sumbangan anggota DHPP nya sehingga mencalonkan mereka menjadi calon Pilihan Raya Umum dalam PRU ke 14, melantik mereka sebagai ahli-ahli Majlis PBT semasa PAS di dalam kerajaan dan kini melantik mereka sebagai Ahli Lembaga Pelawat Hospital dan Klinik Kesihatan.

Setelah 12 tahun bertapak di Selangor, PAS Selangor kini telah menubuhkan Sekretariat Khas DHPP yang dipengerusikan oleh Timbalan Pesuruhjaya 1, Tuan Mohd Shafie Ngah untuk memperkasakan lagi peranan DHPP di Selangor agar dapat berperanan membawa kejayaan kepada PAS dalam PRU akan datang. Ianya dianggotai oleh kesemua Ketua dan Setiausaha DHPP Kawasan-kawasan selain Setiausaha PAS Kawasan-kawasan.

Sekretariat Khas ini dengan kerjasama pimpinan DHPP Kawasan-kawasan bertanggungjawab memastikan DHPP Kawasan-kawasan sentiasa berkerjasama dengan Yang Dipertua dan PAS Kawasan-kawasan bagi menjayakan program dan aktiviti PAS khasnya di kalangan Non-Muslim.

Usaha serius dibuat untuk memastikan DHPP Kawasan-kawasan sentiasa bergerak selaras dengan Aturan dan Peraturan DHPP, memastikan keahliannya melalui proses yang telus, kewangannya diuruskan dengan cekap dan menyokong aktiviti dan program mereka.

PAS Selangor beriltizam menjadikan DHPP Selangor wadah yang kukuh yang mampu berperanan menarik seramai mungkin penyokong PAS di kalangan NonMuslim menginsafi keadaan masyarakat berbilang kaum di sini.

Sehingga kini Sekretariat Khas ini dengan kerjasama PAS kawasan-kawasan telah berjaya mensahihkan kewujudan 10 DHPP Kawasan iaitu di Kuala Langat, Hulu Langat, Puchong, Bangi, Pandan, Sg Buloh, Kota Raja, Gombak, Sepang dan Kuala Selangor. Di kawasan-kawasan lain, usaha giat sedang dilakukan untuk membimbing agar DHPP kawasan dapat diwujudkan dengan Shah Alam dijangka menjadi kawasan ke 11 dalam waktu terdekat. Sasarannya agar Selangor dapat menghidupkan kesemua 22 DHPP kawasan menjelang PRU ke-15.

Dari 10 DHPP Kawasan yang diuruskan oleh Sekretariat Khas ini, seorang Ketua DHPP dari kalangan masyarakat Cina telah dilantik di Kota Raja iaitu Sdr. Low Lee Leong manakala seorang Wanita iaitu Puan Sarojini mengetuai DHPP Gombak.

Adalah menjadi hasrat Pesuruhjaya PAS Selangor serta seluruh Jawatankuasa Badan Perhubungan PAS Selangor agar dengan pemerkasaan DHPP di Selangor ini, masyarakat NonMuslim tidak akan teragak-agak untuk menyokong dan memberi undi kepada PAS dalam PRU 15 nanti. Selamat meraikan ulangtahun penubuhan ke 12 kepada semua pimpinan dan ahli DHPP Selangor dan seluruh Malaysia.

ROSLAN SHAHIR DATO’ MOHD SHAHIR
Setiausaha Sekretariat Khas DHPP Selangor
Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor – HARAKAHDAILY 25/5/2022 

Perhatian: No telefon Ibnu Hasyim.com terkini 014-400 2015

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails