Thursday, May 26, 2022

Ini, idea kreatif, ke arah penyelesaian 'masalah ayam'..

 

Kilang makanan haiwan berasaskan isirung sawit

KUALA TERENGGANU: Sebuah kilang pemprosesan makanan haiwan ternakan berasaskan sumber alternatif iaitu sisa isirung kelapa sawit yang bernilai kira-kira RM20 juta, bakal beroperasi di Bukit Kor dekat Marang, hujung tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan Perladangan Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar Terengganu Dr Azman Ibrahim berkata kilang hasil kerjasama pelaburan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri dan syarikat swasta itu dalam proses akhir persiapan membabitkan kelulusan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

“Perbincangan telah diadakan secara terperinci dengan pakar-pakar formulasi makanan untuk haiwan ternakan agar kilang ini mampu mengeluarkan alternatif selain penggunaan jagung bijian dan kacang soya.

“Kita akan gunakan sisa isirung kelapa sawit sebagai bahan utama makanan haiwan ternakan yang akan diproses di kilang ini dan apabila beroperasi kelak, ia dijangka mampu memenuhi 80 peratus permintaan daripada penternak haiwan di negeri ini,” katanya kepada pemberita pada majlis sambutan Aidilfitri Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Terengganu di sini hari ini.

Terengganu mempunyai sumber sisa isirung kelapa sawit yang banyak kerana terdapat puluhan ribu hektar ladang kelapa sawit milik GLC negeri seperti TDM Berhad dan Ladang Rakyat Terengganu Sdn Bhd.

Katanya, bagi menggantikan kacang soya sebagai sumber protein makanan haiwan ternakan pula, formulasi yang digunakan di kilang itu nanti ialah campuran ikan tilapia hitam dan ikan baja.

“Ikan tilapia hitam ini jarang dimakan dan harganya pula murah, jadi tiada masalah kerana sumbernya terlalu banyak serta boleh didapati daripada nelayan tempatan, begitu juga dengan ikan baja.

“Harga untuk setiap satu beg (50 kilogram) makanan haiwan ternakan ini mampu dijual lebih rendah iaitu sekitar RM35 sahaja berbanding RM70 ketika ini dan ini dapat membantu penternak mendapatkan makanan haiwan dengan lebih murah sekali gus merancakkan lagi industri ternakan di Terengganu,” katanya. – BERNAMA

Komen Weblog Ibnu HasyimIni, idea kreatif,  ke arah penyelesaian 'masalah ayam'.. Kalau Malaysia mampu melahirkan pememprosesan makanan haiwan ternakan berasaskan sumber alternatif di negara ini iaitu sisa isirung kelapa sawit berbanding dengan bahan yang diimport dari luar negara, berarti harganya akan menjadi murah dan berpatutan.  

Maka pengusaha-pengusaha rakyat Malaysia akan mampu menghadapi saingan monopoli orang tengah lintah darat yang sedang memonopoli perniagaan ayam dan ternakan di negara ini. Pihak pemerintah juga perlu campur tangan. Itu, antara jalan selesainya.

Sekian.

Perhatian: No telefon Ibnu Hasyim.com terkini 014-400 2015

1 comment:

Anonymous said...

Lps ni, ikan talapia hitam pulak naik harga.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails