Saturday, March 13, 2021

312 batang balak haram dirampas di Sungai Batang Rejang.

 

Pembalak buat rakit hanyut balak haram

KUCHING: Sebanyak 312 batang kayu balak haram yang dijadikan rakit dan dihanyutkan di Sungai Batang Rejang dirampas Jabatan Hutan Sarawak (JHS) dan Pasukan Gerakan Am (PGA).

Rampasan itu dibuat pasukan pegawai penguat kuasa JHS dengan kerjasama PGA di kawasan Sungai Batang Rejang di sekitar Ng. Samaram baru-baru ini.

Menurut kenyataan JHS pelbagai saiz dan spesis kayu balak berjaya dirampas pada operasi tersebut.

“Kayu balak haram dijadikan rakit dan dihanyutkan oleh pembalak haram melalui Sungai Batang Rejang, di mana tidak mempunyai sebarang tanda fizikal kayu balak diluluskan Jabatan Hutan Sarawak,” katanya di sini.

Kes tersebut disiasat di bawah Section 96 (1), The Forests Ordinance 2015, (Chapter 71) dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak kurang RM25,000 dan tidak lebih RM150,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-dua sekali.

Dan tidak melebihi RM500,000 atau penjara tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya sekali.

Menurut kenyataan itu kes juga disiasat di bawah Section 97(a) ordinan yang sama dan jika sabit kesalahan, penalti akan dikenakan dua kali ganda kesalahan tersebut.

Kata beliau juga rampasan kayu balak haram tersebut berjaya dilaksanakan melalui risikan dan pemantauan yang dijalankan secara berterusan pegawai penguat kuasa JHS di sekitar kawasan Sungai Batang Rejang.

Katanya nilai royalti kepada kerajaan bagi kayu rampasan terbabit dianggar sebanyak RM25,000.

“Aktiviti penyeludupan kayu balak dijalankan pembalak-pembalak haram di sekitar kawasan Sungai Batang Rejang dengan bantuan penduduk tempatan.

“Penduduk mengiringi kayu balak yang dijadikan rakit tersebut menggunakan perahu-perahu kecil,” tambahnya.

Sehubungan itu, JHS berharap penduduk tempatan tidak bersekongkol dengan pembalak-pembalak haram untuk menjalankan aktiviti penyeludupan kayu balak.

Kata JHS sekiranya ditangkap dan didapati bersalah, hukuman berat akan dikenakan terhadap individu atau syarikat yang terlibat.

JHS turut meminta orang ramai menyalurkan maklumat mengenai segala aktiviti kegiatan pembalakan haram yang berlaku bagi membolehkan JHS mengambil tindakan. – Edisi UKAS

Lihat sebelum ini.. 

Seruan Presiden PAS: Merdekakan Perlembagaan!

"Disangka tiada lagi saki-baki buaya belaan penjajah British di dalamnya, namun tiba-tiba buaya itu mendongakkan kepalanya."

IHtv
IHtv
21 subscribers

“1+1+1+…… dan seterusnya". Membayang terus keruntuhan PKR &geng

 

Azmin beri bayangan lebih ramai keluar PKR

KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, memberi bayangan bahawa lebih ramai wakil rakyat pembangkang akan memberi sokongan kepada Perikatan Nasional (PN), selepas ini.

“1+1+1+…… dan seterusnya. Alhamdulillah. Kekal tenang,” katanya dalam ciapan ringkas, selepas pengumuman Ahli Parlimen Kuala Langat Datuk Dr Xavier Jayakumar meletakkan jawatan Naib Presiden PKR dan keluar parti itu hari ini.

Dengan pengumuman Xavier, tahun ini sahaja tiga pemimpin PKR telah mengumumkan keluar parti.

Sebelum ini, dua Ahli Parlimen PKR iaitu Ahli Parlimen Tebrau Steven Choong Shiau Yoon dan Ahli Parlimen Julau Larry Sng Wei Shien, mengumumkan keluar parti 28 Feb dan memberi sokongan kepada PN.

Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu turut tidak menolak kemungkinan lebih ramai pemimpin pembangkang di peringkat pusat, akan menyertai PN dalam masa terdekat.

“Akan ada beberapa lagi pemimpin yang akan menyertai kita, sama ada Bersatu atau parti-parti lain di dalam PN, bukan sahaja Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh Paul Yong Choo Kiong dan ADUN Buntong, A. Sivasubramaniam,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyampaikan sumbangan berjumlah RM100,000 kepada Akademi Bola Sepak DRZ, di Padang Bola Sepak Tanjung Rambutan di Perak, hari ini.

Mengenai hubungan Bersatu dengan Umno ketika ini, ADUN Chenderiang itu berkata, ia berjalan dengan baik dan beliau secara peribadi tiada masalah untuk bekerjasama dengan Umno di peringkat pusat atau negeri.

Turut memberi bayangan sama bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Tan Sri Annuar Musa, yang menyifatkan ia bukan perkara yang mengejutkan jika lebih ramai Ahli Parlimen memberi signal menyokong kerajaan PN, berikutan usaha yang dilakukan kerajaan untuk mengawal pandemik Covid-19, pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, program pemulihan ekonomi dan berjaya mengekalkan kestabilan negara.

“Difahamkan selain Datuk Dr Xavier, ada tujuh hingga lapan orang Ahli Parlimen yang ada, memberi indikasi bersedia menyokong kerajaan PN. Kalau kerajaan ini berprestasi maka akan ramai bersedia memberi sokongan,” katanya kepada media selepas program tinjauan mesra ke kiosk usahawan muda kota dan Anjung Floria, di Putrajaya hari ini. – BERNAMA

Komen Weblog Ibnu HasyimDengan pengumuman Xavier, tahun ini sahaja tiga pemimpin PKR telah mengumumkan keluar parti. Sebelum ini, dua Ahli Parlimen PKR iaitu Ahli Parlimen Tebrau Steven Choong Shiau Yoon dan Ahli Parlimen Julau Larry Sng Wei Shien, mengumumkan keluar parti 28 Feb dan memberi sokongan kepada PN.

Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu turut tidak menolak kemungkinan lebih ramai pemimpin pembangkang di peringkat pusat, akan menyertai PN dalam masa terdekat.

“Akan ada beberapa lagi pemimpin yang akan menyertai kita, sama ada Bersatu atau parti-parti lain di dalam PN, bukan sahaja Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh Paul Yong Choo Kiong dan ADUN Buntong, A. Sivasubramaniam,” katanya.

Makin jelas tanda-tanda keruntuhan PKR dan gengnya dalam PRU 15 yang sudah mula membayang...

IHtv
IHtv
21 subscribers

Terus kekal bersatu atas dasar akidah Islam – Mufti

 

Dato' Dr Luqman Abdullah

KUALA LUMPUR: Umat Islam di negara ini diseru agar kekal teguh memelihara kedaulatan agama Islam seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Ia berikutan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur baru-baru ini yang meluluskan penggunaan kalimah Allah oleh masyarakat bukan Islam.

Dukacita dengan keputusan itu, Mufti Wilayah Persekutuan, Dato’ Dr Luqman Abdullah berkata pihaknya masih percaya isu itu dapat diselesaikan dengan cara yang lebih harmoni dalam masa terdekat oleh pihak-pihak berautoriti dalam negara.

“Perlu diingat bahawa sebarang hal yang menyentuh perihal agama secara tidak langsung berkait dengan nilai sensitiviti yang mesti dijaga dengan baik.

“Sekiranya tidak mampu diselesaikan dengan cara yang lebih harmoni, dibimbangi ia bakal mencetuskan ketegangan di antara agama serta kaum,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, pihaknya berharap agar umat Islam di negara ini terus kekal bersatu atas dasar akidah Islam yang sahih berteraskan kerangka Ahlul Sunnah wal Jamaah.

“Ingatlah, bersatunya umat Islam adalah asas pembinaan khayra ummah (umat yang terbaik) sekali gus menjadi tauladan kepada sekalian umat manusia,” ujarnya.

Dr Luqman turut menasihati umat Islam supaya mengukuhkan tahap keimanan kepada Allah SWT dan berusaha memelihara ibadah wajib serta mendekatkan diri kepada Pencipta.

“Dalam tempoh pandemik yang sedang melanda, umat Islam dinasihatkan untuk mengukuhkan lagi tahap keimanan kepada Allah SWT.

“Marilah kita berusaha memelihara ibadah-ibadah seperti kewajipan solat fardu lima waktu, mendekatkan diri kepada Allah menerusi zikir munajat, meminta pertolongan kepada Allah dengan sentiasa berdoa kepada-Nya, menjaga adab serta tatasusila berasaskan akhlak Rasulullah s.a.w.

“Kesemua inilah yang akan menjadi dasar kekuatan umat Islam dalam mendepani apa jua cabaran yang mendatang,” katanya lagi.

Sebelum ini, Mahkamah Tinggi yang memutuskan penganut agama Kristian boleh menggunakan kalimah Allah dan tiga perkataan lain iaitu solat, kaabah dan baitullah dalam penerbitan agama itu, untuk pendidikan dalam komuniti mereka. – HARAKAHDAILY 13/3/2021

Xavier umum keluar PKR, sokong PN. PKR &geng meruntuh..

 

Ahli Parlimen Kuala Langat, Datuk Dr Xavier Jayakumar.

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kuala Langat, Datuk Dr Xavier Jayakumar mengumumkan peletakan jawatan Naib Presiden PKR dan keluar parti itu, hari ini.

Selaras pengumumannya untuk keluar PKR yang disertainya sejak parti itu tertubuh pada 1998, Xavier menyatakan sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN) sebagai Ahli Parlimen Bebas.

Jelasnya, faktor beliau berbuat demikian adalah kerana kerajaan ketika ini memerlukan sokongan bipartisan dalam usaha memerangi wabak COVID-19, usaha vaksinasi dan memulihkan semula ekonomi.

"Sehubungan itu, saya mengumumkan peletakan jawatan sebagai Naib Presiden dan ahli PKR berkuat kuasa serta-merta.

"Saya akan terus berkhidmat di kawasan saya dan menyokong kerajaan sebagai Ahli Parlimen Bebas dan saya yakin akan dapat terus menunaikan janji pilihan raya kepada penduduk Kuala Langat," katanya dalam satu kenyataan, hari ini. (BH)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Tanda-tanda keruntuhan PKR dan gengnya dalam PRU 15 sudah mula membayang...


IHtv
IHtv
21 subscribers


Tanda pemerintah benci maksiat -Ust Azhar Idrus

 


فتاوى معاصي اللسان والجوارح
Fatwa sekalian maksiat lisan dan anggota
فصل في الواجبات القلبية
Fasal pada menerangkan yang wajib yang bangsa hati
بغض المعاصي
Benci maksiat
يجب كراهية المعاصي من حيث إن الله تبارك وتعالى حرّم على المكلفين اقترافها ، فيجب كراهية المعاصي وإنكارها بالقلب من نفسه أو من غيره .
Wajiblah membenci sekalian maksiat dari pihak bahawasanya Allah Taala mengharamkan atas sekalian mukallaf mengerjakannya. Maka wajib bencikan sekalian maksiat itu dan wajib ingkarkannya dengan hati dari dirinya dan dari orang lain.

Keterangan
Erti Maksiat
Perkataan المعصية (maksiat) pada bahasa bererti derhaka atau tidak taat.

Berkata Imam Ar-Raghib Al-Asbihani:
المعصية: الخروج عن الطاعة، ومخالفة الأمر
Ertinya: “Bermula perkataan maksiat artinya ialah keluar dari taat dan menyalahi perintah.” (Kitab Al-Mufradat)
Dan erti maksiat pada syarak ialah
مخالفة أمر الله تعالى فهي فعل الحرام أو ترك الواجب
Ertinya: “Menyalahi perintah Allah iaitu melakukan perbuatan yang haram atau meninggalkan yang wajib.” (Kamus Mustalahat Fiqhiyah)
Dan termasuk juga menyalahi perintah Rasulullah SAW.
Berkata Imam Al-Jurjani:
المعصية في الشرع مخالفة أوامر الله تعالى ورسولِه صلى الله عليه وسلم
Ertinya: “Maksiat pada syarak ialah menyalahi segala perintah Allah Taala dan perintah Rasulullah SAW.” (Kitab At-Ta’rifat)
Dan erti maksiat yang masyhur di sisi ulamak ialah:
الخروج من طاعة الله
Ertinya: “Keluar dari patuhkan perintah Allah.”
Dan maksud tidak taat itu ialah pada perintah yang wajib dan pada melakukan yang haram sahaja.

Kerana itu siapa yang tidak taat perintah Allah melakukan yang diwajibkan atasnya disebut sebagai berbuat maksiat tetapi tidak dikatakan bagi orang yang meninggalkan perintah yang sunat itu sebagai berbuat maksiat.

Begitu juga siapa yang melakukan yang haram disebut sebagai berbuat maksiat tetapi tidak dikatakan kepada orang yang melakukan perkara yang makruh itu sebagai berbuat maksiat.

Dan orang yang melakukan derhaka itu disebut عاصٍ yaitu penderhaka. Manakala orang yang selalu melakukan maksiat disebut sebagai ahli maksiat.

Janji Allah kepada pelaku maksiat

Firman Allah Taala:
وَمَنْ يَعْصِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَيَتَعَدَّ حُدُودَهُ يُدْخِلْهُ نَارًا خَالِدًا فِيهَا وَلَهُ عَذَابٌ مُهِينٌ
Ertinya: “Barangsiapa yang derhaka ia akan Allah dan Rasul-Nya dan melanggar hukum-hukum Allah akan dimasukkan ke dalam api neraka jahannam kekal mereka di dalamnya dan bagi mereka azab yang hina.” (Surah An-Nisak: 14)

Maksud kekal dalam neraka itu ialah selama-lamanya bagi orang kafir dan masa yang lama bagi orang mukmin. 

Adalah maksiat itu sekalipun dosa yang kecil sangatlah dilarang oleh syarak oleh itu jangan merasa ringan melakukan dosa kecil kerana setiap dosa yang dilakukan sama ada dosa besar atau dosa kecil ialah derhakakan Allah Yang Maha Besar.

Berkata Imam Ahmad: Telah berkata Bilal bin Sa’ad:
لا تنظُرْ إلى صِغَرِ الخطيئةِ، ولكن انظُرْ مَن عصَيْتَ
Ertinya: “Jangan kamu pandang kepada kecilnya suatu dosa tetapi pandanglah kepada siapa yang kamu derhaka itu.” (Kitab Az-Zuhdu)

Erti bencikan maksiat

Wajib atas sekalian orang Islam benci kepada maksiat sama ada maskiat itu adalah dosa kecil atau besar dan sama ada maksiat itu dilakukan oleh orang lain atau dirinya sendiri dan sama ada yang melakukan maksiat itu orang-orang besar atau rakyat bawahan.

Dan wajib disertakan dengan benci itu akan tindakan menghalang perbuatan maskiat tersebut seperti mengenakan hukuman oleh pemerintah yang berkuasa atau memarahinya atau memukulnya oleh suami jika yang berbuat maksiat itu ialah anak isterinya dan menegur dan menasihati jika yang melihat maksiat itu ialah orang awam yang tidak mempunyai kekuasaan atas pelaku maksiat.

Rasulullah SAW bersabda:
مَنْ رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَراً فَلْيُغَيِّرْهُ بِيَدِهِ، فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ، فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِقَلْبِهِ وَذَلِكَ أَضْعَفُ اْلإِيْمَانِ
Ertinya: “Siapa melihat ia akan satu perkara munkar maka ubahlah dengan tangannya dan jika dia tidak kuasa maka dengan lidahnya dan jika tidak kuasa maka dengan hatinya. Dan yang demikian itu ialah selemah-lemah iman.” (Hadis riwayat Muslim)

Tanda pemerintah benci maksiat

Iaitu pemerintah umat Islam wajib melarang rakyat melakukan perkara maksiat dan memperuntukkan undang-undang menghukum pelaku maksiat dan wajib pula atas mereka melarang dari segala perkara yang ada hubungan dengan maksiat itu berlaku di dalam negara dan menutup semua perniagaan yang haram seperti arak dan judi atau yang ada unsur maksiat di dalamnya serta program-program hiburan dan sukan yang berunsur maksiat.

Maka jika ada berlaku maksiat di dalam negara sedangkan pemerintah umat Islam mengetahuinya dan ada kuasa untuk menghalangnya tetapi tidak bertindak, maka setiap dosa yang dilakukan itu ditanggung sama oleh pemerintah terbabit. Dan tidak diterima alasan pemerintah membenci maksiat dalam hati kerana benci di dalam hati itu hanya dimaafkan kepada orang yang lemah yang tidak berdaya.

Haram taat kepada manusia yang menyuruh berbuat maksiat

Bermula taat kepada perintah Allah dan Rasul-Nya itu ialah wajib secara mutlak bersalahan taat kepada makhluk maka iaitu wajib yang muqayyad.

Selama mana perintah makhluk itu tidak derhaka kepada Allah maka wajiblah taat kepadanya bagi mereka yang diwajibkan taat seperti rakyat taatkan pemerintah dan isteri taatkan suami dan anak taatkan ibu bapa dan pekerja taatkan majikan dan seumpamanya.

Maka jika makhluk menyuruh kepada perkara maksiat nescaya haramlah taat kepadanya.
Telah diriwayatkan daripada Abdullah bin Umar r.a. Nabi saw telah bersabda:
عَلى المَرْءِ المُسْلِم السَّمْعُ والطَّاعَةُ فِيما أَحَبَّ وكَرِهَ، إِلَّا أَنْ يُؤْمَرَ بِمَعْصِيَةٍ، فَإذا أُمِرَ بِمَعْصِيَةٍ فَلا سَمْعَ وَلا طاعَةَ
Ertinya: “Atas seorang Islam itu wajib dia dengar dan taat pada perintah yang dia suka dan yang dia tidak suka melainkan bahawa diperintah dengan perkara maksiat. Maka apabila seorang Islam diperintah dengan perkara maksiat maka tidak boleh dengar dan tidak boleh patuh.” (Hadis riwayat Bukhari)

Contoh perintah maksiat dari makhluk yang haram ditaati

Pemerintah menyuruh rakyatnya merayakan semua perayaan berbilang agama di dalam negara, maka haram rakyat yang Islam taat kepada perintah tersebut. Pemimpin menyuruh kakitangan bawahan mendapatkan projek untuk sanak saudara pemimpin tersebut, maka haram atasnya taat kepada arahan pemimpin tersebut.

Majikan menyuruh pekerjanya memakai seragam yang menampakkan aurat, maka haram atas pekerja tersebut taat kepada majikannya itu. Suami menyuruh isteri membuka tudung kepala kerana mahu hadir di majlis makan malam orang kenamaan, maka haram isteri itu taat kepada suaminya itu. Ibu bapa melarang anaknya belajar ilmu agama yang fardu ain, maka haram atas anaknya taat perintah kedua orang tuanya itu, dan lain-lain lagi.

Benci pelaku maksiat

Wajib orang Islam merasa benci kepada maksiat dan pelaku maksiat. Dalam satu riwayat Rasulullah SAW telah bersabda:
قَالَ عِيسَى ابْنُ مَرْيَمَ لِلْحَوَارِيِّينَ : تَحَبَّبُوا إِلَى اللَّهِ وَ تَقَرَّبُوا إِلَيْهِ . قَالُوا : يَا رُوحَ اللَّهِ ، بِمَا ذَا نَتَحَبَّبُ إِلَى اللَّهِ وَ نَتَقَرَّبُ ؟ قَالَ : بِبُغْضِ أَهْلِ الْمَعَاصِي ، وَ الْتَمِسُوا رِضَا اللَّهِ بِسَخَطِهِمْ
Ertinya: “Berkata Nabi Isa anak Maryam a.s. kepada sahabatnya: Kasihlah kamu sekalian akan Allah dan dekatkanlah diri kamu sekelian kepada-Nya. Berkata mereka itu: Wahai Ruh Allah! Dengan apa cara kami kasih dan dekatkan diri kepada Allah? Jawab Nabi Isa a.s.: Dengan bencikan ahli maksiat dan tuntutlah redha Allah dengan murka terhadap pelaku maksiat.” (Kitab Biharul Anwar)

Yang dimaksudkan dengan benci pelaku maksiat itu ialah bencikan keadaan mereka yang suka melakukan maksiat bukannya bencikan tubuh badan mereka.  Sesunggguhnya meninggalkan maksiat dan benci kepada maksiat itu sebab bagi dapat redha dan kasih Allah dan mati dalam keadaan yang baik. 

Telah berkata Imam Ali Zainal Abidin:
يا نفسُ، كُفِّي عن العصيانِ واكتَسِبي . فِعلًا جميلًا لعلَّ اللهَ يرحَمُني
يا نفسُ، ويحكِ توبي واعمَلي حسنًا . عسى تُجازَيْنَ بعد الموتِ بالحسَنِ
Ertinya: “Wahai nafsuku. Tahanlah dari maksiat dan lakukanlah perbutan yang baik mudah-mudahan Allah kasih Ia akan daku. Wahai nafsuku segeralah kamu bertaubat dan amalkan kebaikan semoga mendapat balasan baik selepas dari kematian.”

Wajib kasih orang yang taat kepada allah

Bermula bencikan maksiat itu kerana Allah maka wajib benci maksiat itu sekalipun dilakukan oleh diri sendiri atau sanak saudara atau sesama kumpulan dan apabila benci kepada maksiat itu wajib maka wajib pula kasih kepada orang yang taat pada perintah Allah dan Rasul-Nya.

Maka tanda seorang itu dikasih olih Allah Taala ialah dia benci kepada pelaku maksiat dan kasih kepada orang-orang yang taat bergama dan tanda seorang itu dimurkai oleh Allah Taala ialah dia kasih kepada pelaku maksiat dan benci kepada orang-orang yang taat.

Diriwayatkan daripada Abu Ja’far beliau berkata:
إِذَا أَرَدْتَ أَنْ تَعْلَمَ أَنَّ فِيكَ خَيْراً فَانْظُرْ إِلَى قَلْبِكَ فَإِنْ كَانَ يُحِبُّ أَهْلَ طَاعَةِ اللَّهِ وَ يُبْغِضُ أَهْلَ مَعْصِيَتِهِ فَفِيكَ خَيْرٌ وَ اللَّهُ يُحِبُّكَ وَ إِذَا كَانَ يُبْغِضُ أَهْلَ طَاعَةِ اللَّهِ وَ يُحِبُّ أَهْلَ مَعْصِيَتِهِ فَلَيْسَ فِيكَ خَيْرٌ وَ اللَّهُ يُبْغِضُكَ وَ الْمَرْءُ مَعَ مَنْ أَحَبَّ
Ertinya: “Kalau kamu hendak tahu ada kebaikan pada diri kamu maka lihatlah kepada hatimu. Maka jika hatimu itu kasih kepada orang yang taatkan Allah dan benci kepada orang yang derhaka akan Allah maka ada kebaikan pada kamu dan Allah pun mengasihimu. Dan jika hati kamu benci kepada orang yang taatkan Allah dan kasih kepada orang yang derhakakan Allah maka tiada kebaikan pada diri kamu dan Allah murka kepadamu. Dan bahawasanya seseorang itu akan bersama dengan orang yang dia kasih.”
Wallahua’lam– HARAKAHDAILY 10/3/2021

Tidak boleh dilarang menyebutkan perkataan Allah, namun ada sempadannya

 

PADA dasarnya tidak boleh dilarang sesiapa sahaja untuk menyebutkan perkataan Allah, sama ada seorang Muslim atau apa sahaja anutan agama selain daripada Islam.

Termasuklah penganut agama yang melantik paling banyak Tuhan, bahkan golongan yang tidak beragama dan ateis (tidak percaya akan adanya Tuhan), juga tidak boleh dilarang menyebutkan perkataan Allah, jika ia mahu diucapkan atau ditulis.

Tidak boleh juga dilarang kepada golongan yang berpelajaran tinggi, termasuklah orang yang paling bodoh dan buta huruf. Bahkan golongan yang paling gila dan tidak siuman serta tidak mempunyai akal langsung pun, jangan sekali-kali melarang mereka daripada menyebutkan perkataan Allah.

Namun, perlu diketahui bahawa maksud perkataan Allah yang sebenar adalah mengikut asal usul daripada bahasa Arab yang menjadi bahasa asal bagi al-Quran.

Perkataan Allah asalnya tidak terdapat dalam bahasa lain, termasuklah dalam bahasa Melayu, Turki, Parsi, Urdu dan bahasa lain daripada majoriti penganut Islam. Maka, perkataan Allah juga tidak berasal daripada bahasa Inggeris, Eropah, Asia dan Afrika yang bukan daripada bahasa Arab.

Semua bangsa yang menganut Islam tidak menterjemahkan perkataan Allah dalam bahasa masing-masing, kerana tiada perkataan yang seerti dengannya. Sehingga Kamal Ataturk pun gagal memaksa Turki untuk menterjemahkan makna bagi perkataan solat dan azan ke dalam bahasa Turki.

Sekiranya dirujuk kepada perkataan asal dalam Bahasa Arab, perkataan Allah mempunyai makna bahawa sesungguhnya Dia sahaja Tuhan yang Maha Esa, Tuhan yang layak disembah dengan beribadat kepada-Nya secara ikhlas, dipatuhi hukum dan undang-undang yang telah ditetapkan-Nya, beribadat kepada-Nya sahaja dan tiada lagi Tuhan selain daripada-Nya.

Huraian tentang makna ini telah dinyatakan oleh al-Quran yang diturunkan dalam bahasa Arab:

﴿بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ١ الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ٢ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ٣ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ٤ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ٥﴾

“Dengan nama Allah, Tuhan yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. (1); Segala puji bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. (2); Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. (3); Yang Menguasai pemerintahan Hari Pembalasan (Hari Akhirat). (4); Hanya engkau sahajalah (Ya Allah) yang kami sembah, dan kepada Engkau jualah sahaja kami memohon pertolongan. (5).” (Surah al-Fatihah: 1-5)

Semua nama dan pujian itu berada dalam satu perkataan Allah SWT bagi mengesakan-Nya dari segi ibadat (‘uluhiyyah) serta dari segi mencipta dan mentadbir alam (rububiyyah).

Al-Quran juga menghuraikan makna bagi nama Allah melalui firman-Nya:

﴿قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ١ اللَّهُ الصَّمَدُ٢ لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ٣ وَلَمْ يَكُنْ لَهُ كُفُوًا أَحَدٌ٤﴾

“Katakanlah (wahai Muhammad): ‘(Tuhanku) ialah Allah yang Maha Esa. (1); Allah yang menjadi tempat bergantung bagi sekalian makhluk. (2); Dia tiada beranak, dan Dia pula tidak diperanakkan. (3); Dan tiada seorang pun yang serupa (setara) dengan-Nya.’ (4).” (Surah al-Ikhlas: 1-4)

Maka, sebutan Allah oleh mereka yang percaya kepada adanya Tuhan selain daripada Allah SWT atau Allah SWT mempunyai anak dan sebagainya adalah tidak menepati makna yang sebenar.

Al-Quran menjelaskan tentang nama bagi Allah sebagaimana firman-Nya:

﴿وَلِلَّهِ الْأَسْمَاءُ الْحُسْنَى فَادْعُوهُ بِهَا وَذَرُوا الَّذِينَ يُلْحِدُونَ فِي أَسْمَائِهِ  سَيُجْزَوْنَ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ١٨٠﴾

“Dan hanya milik Allah segala nama-nama yang terbaik (yang mulia), maka serulah (dan berdoalah) kepada-Nya dengan menyebutkan nama-nama itu, dan pulaukanlah orang-orang yang berpaling dari kebenaran dalam menyebutkan nama-nama-Nya. Mereka akan mendapat balasan terhadap apa yang telah mereka kerjakan.” (Surah al-A‘raf: 180)

Perkataan Allah merangkumi nama-nama yang terbaik, bahkan semuanya terkandung dalam satu perkataan sahaja iaitu Allah. Begitu juga, segala sifat kepujian yang tiada pada makhluk terkandung dalam makna kalimah Allah.

Firman Allah SWT:

﴿فَاطِرُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ جَعَلَ لَكُمْ مِنْ أَنْفُسِكُمْ أَزْوَاجًا وَمِنَ الْأَنْعَامِ أَزْوَاجًا يَذْرَؤُكُمْ فِيهِ لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ وَهُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ١١﴾

“Dialah yang menciptakan langit dan bumi; Dia menjadikan bagi kalian pasangan-pasangan daripada jenis kalian sendiri, dan menjadikan daripada jenis binatang-binatang ternak itu pasangan (bagi binatang-binatang itu); dengan jalan yang demikian dikembangkan-Nya (zuriat keturunan) kalian semua. Tiada sesuatu apapun yang sebanding dengan (Zat-Nya, sifat-sifat-Nya, dan pentadbiran-Nya) dan Dialah yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat.” (Surah al-Syura: 11)

Allah SWT juga melarang sesiapa sahaja melantik tuhan-tuhan selain daripada-Nya berdasarkan firman-Nya:

﴿يَا أَيُّهَا النَّاسُ اعْبُدُوا رَبَّكُمُ الَّذِي خَلَقَكُمْ وَالَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ٢١ الَّذِي جَعَلَ لَكُمُ الْأَرْضَ فِرَاشًا وَالسَّمَاءَ بِنَاءً وَأَنْزَلَ مِنَ السَّمَاءِ مَاءً فَأَخْرَجَ بِهِ مِنَ الثَّمَرَاتِ رِزْقًا لَكُمْ  فَلَا تَجْعَلُوا لِلَّهِ أَنْدَادًا وَأَنْتُمْ تَعْلَمُونَ٢٢﴾

“Wahai sekalian manusia! Beribadatlah kalian kepada Tuhan yang telah menciptakan kalian dan orang-orang yang terdahulu daripada kalian, supaya kalian (menjadi orang-orang yang) bertaqwa. (21); Dialah yang menjadikan bumi ini untuk kalian sebagai hamparan, dan langit (serta segala isinya) sebagai bangunan (yang dibina dengan kukuhnya); dan diturunkan-Nya air hujan dari langit, lalu dikeluarkan-Nya dengan air itu pelbagai jenis buah-buahan yang menjadi rezeki bagi kalian; maka janganlah kalian mengada-adakan bagi Allah, sebarang sekutu, padahal kalian semua mengetahui (bahawa Allah ialah Tuhan yang Maha Esa). (22).” (Surah al-Baqarah: 21-22)

Firman Allah SWT:

﴿شَهِدَ اللَّهُ أَنَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ وَالْمَلَائِكَةُ وَأُولُو الْعِلْمِ قَائِمًا بِالْقِسْطِ لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ١٨ إِنَّ الدِّينَ عِنْدَ اللَّهِ الْإِسْلَامُ وَمَا اخْتَلَفَ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ إِلَّا مِنْ بَعْدِ مَا جَاءَهُمُ الْعِلْمُ بَغْيًا بَيْنَهُمْ وَمَنْ يَكْفُرْ بِآيَاتِ اللَّهِ فَإِنَّ اللَّهَ سَرِيعُ الْحِسَابِ١٩﴾

“Allah menerangkan (kepada sekalian makhluk-Nya dengan dalil-dalil dan bukti), bahawasanya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang sentiasa menegakkan keadilan, dan para malaikat serta orang-orang yang berilmu (mengakui dan menegaskan juga yang demikian); tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (18); Sesungguhnya agama (yang benar dan diredhai) di sisi Allah ialah Islam. Dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai agama Islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya (Islam); (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka. Dan (ingatlah), sesiapa yang kufur dan ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisab-Nya. (19).” (Surah Ali ‘Imran: 18-19)

Pada asalnya dalam semua kitab agama Allah SWT, telah ditegaskan bahawa Allah SWT sahaja Tuhan yang sebenar. Adapun kepercayaan yang muncul selepas itu telah terseleweng kerana diubah dan dipinda.

Penjelasan ini menunjukkan bahawa perkataan Allah SWT tidak mencapai maksud yang tepat, jika diterjemahkan ke dalam apa-apa sahaja bahasa di dunia ini.

Jika sebutan Allah mahu dipinjamkan kepada mana-mana penganut agama atau bangsa lain, maka ia tidak boleh mencapai maksud asal perkataan Allah kerana kepercayaan mereka bercanggah dengan perkataan Allah mengikut asal perkataan dalam Bahasa Arab.

Semua bahasa terdapat perkataan yang memberikan makna Tuhan. Mengikut bahasa Arab disebut dengan perkataan ‘Ilah’, manakala dalam bahasa Melayu dengan perkataan Tuhan atau bahasa lamanya dengan nama Dewata Mulia Raya, Sang yang Tunggal. Selain itu, bahasa Eropah dengan perkataan ‘God’, bahasa Parsi dan Urdu dengan perkataan Khuda dan perkataan lain. Namun, semua perkataan tersebut tidak mencapai maksud sebenar sebagaimana perkataan Allah dalam bahasa Arab. 

Namun begitu, kita tidak boleh melarang sesiapa sahaja untuk menyebutkannya. Akan tetapi, sekiranya sebutan kalimah Allah menyalahi daripada makna yang asal, seseorang itu hendaklah menanggung kesalahannya.

Jika penganut setiap agama menyebutkan perkataan Allah mengikut kepercayaan masing-masing akan adanya Allah (Tuhan), itu adalah hak kebebasan beragama.

Terdapat juga agama selain daripada Islam yang menggunakan perkataan Allah, termasuk masyarakat Arab yang tidak beragama Islam atau bukan Arab juga mengguna pakai perkataan Allah.

Saya pernah mendengar seorang sami Hindu menyebut ‘Yalla’ di hadapan saya dalam doa dan manteranya ketika dalam suatu majlis dialog.

Al-Quran juga menyebutkan secara khusus kepada penganut agama Kitab seperti Kristian yang menggunakan perkataan Allah:

﴿قُلْ يَا أَهْلَ الْكِتَابِ تَعَالَوْا إِلَى كَلِمَةٍ سَوَاءٍ بَيْنَنَا وَبَيْنَكُمْ أَلَّا نَعْبُدَ إِلَّا اللَّهَ وَلَا نُشْرِكَ بِهِ شَيْئًا وَلَا يَتَّخِذَ بَعْضُنَا بَعْضًا أَرْبَابًا مِنْ دُونِ اللَّهِ  فَإِنْ تَوَلَّوْا فَقُولُوا اشْهَدُوا بِأَنَّا مُسْلِمُونَ٦٤﴾

“Katakanlah (wahai Muhammad): ‘Wahai ahli Kitab, marilah (berpegang) kepada suatu kalimah (ketetapan) yang ada persamaan antara kami dengan kalian, iaitu kita semua tidak menyembah melainkan Allah, dan kita tidak menyekutukan dengan-Nya sesuatu jua pun; dan jangan pula sebahagian daripada kita mengambil akan sebahagian yang lain untuk dijadikan orang-orang yang dipuja dan didewa-dewakan selain daripada Allah.’ Kemudian jika mereka (ahli Kitab itu) berpaling (enggan menerimanya) maka katakanlah kepada mereka: ‘Saksikanlah kalian bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang Islam (yang berserah diri kepada Allah).’” (Surah Ali ‘Imran: 64)

Begitu juga dalam kalangan penganut berbagai-bagai agama yang lain. Firman Allah SWT:

﴿وَلَئِنْ سَأَلْتَهُمْ مَنْ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ وَسَخَّرَ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ لَيَقُولُنَّ اللَّهُ فَأَنَّى يُؤْفَكُونَ٦١ اللَّهُ يَبْسُطُ الرِّزْقَ لِمَنْ يَشَاءُ مِنْ عِبَادِهِ وَيَقْدِرُ لَهُ إِنَّ اللَّهَ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ٦٢ وَلَئِنْ سَأَلْتَهُمْ مَنْ نَزَّلَ مِنَ السَّمَاءِ مَاءً فَأَحْيَا بِهِ الْأَرْضَ مِنْ بَعْدِ مَوْتِهَا لَيَقُولُنَّ اللَّهُ قُلِ الْحَمْدُ لِلَّهِ  بَلْ أَكْثَرُهُمْ لَا يَعْقِلُونَ٦٣﴾

“Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: ‘Siapakah yang menciptakan langit dan bumi, dan yang memudahkan matahari dan bulan (untuk faedah makhluk-makhluk-Nya)?’ Sudah tentu mereka akan menjawab: ‘Allah.’ Maka bagaimana mereka tergamak dipalingkan (oleh hawa nafsunya daripada mengakui keesaan Allah dan mematuhi perintah-Nya)? (61); Allah melapangkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya antara hamba-hamba-Nya dan menyempitkan (rezeki itu) baginya; sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan segala sesuatu. (62); Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang Musyrik) itu: ‘Siapakah yang menurunkan hujan dari langit, lalu Dia hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya?’ Sudah tentu mereka akan menjawab: ‘Allah.’ Ucapkanlah (wahai Muhammad): ‘Alhamdulillah’ (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian), bahkan kebanyakan mereka tidak memahami (hakikat tauhid dan pengertian syirik). (63).” (Surah al-‘Ankabut: 61-63)

Firman Allah SWT:

﴿وَلَئِنْ سَأَلْتَهُمْ مَنْ خَلَقَهُمْ لَيَقُولُنَّ اللَّهُ فَأَنَّى يُؤْفَكُونَ٨٧ وَقِيلِهِ يَا رَبِّ إِنَّ هَؤُلَاءِ قَوْمٌ لَا يُؤْمِنُونَ٨٨ فَاصْفَحْ عَنْهُمْ وَقُلْ سَلَامٌ فَسَوْفَ يَعْلَمُونَ٨٩﴾

“Dan sesungguhnya! Jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka: ‘Siapakah yang menciptakan mereka?’ Sudah tentu mereka akan menjawab: ‘Allah!’ (Jika demikian) maka bagaimana mereka rela dipesongkan (dari menyembah dan mengesakan-Nya)? (87); Dan (Dialah Tuhan yang Mengetahui rayuan Nabi Muhammad) yang berkata: ‘Wahai TuhanKu! Sesungguhnya mereka ini adalah satu kaum yang tidak mahu beriman (maka terserahlah kepada-Mu untuk mengadilinya)!’ (88); (Tuhan menjawab rayuannya dengan berfirman): ‘Jika demikian, maka janganlah engkau (wahai Muhammad) hiraukan mereka, dan katakanlah: ` Selamat tinggal! Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yang buruk akibat keingkaran itu)!’ (89).” (Surah al-Zukhruf: 87-89)

Kadang-kadang perlu dilihat tujuan penggunaan sesuatu perkataan itu  berpandukan kepada kaedah hukum:

العبرة في العقود للمقاصد والمعاني لا للألفاظ والمباني.

“Ibrah dalam sesuatu aqad perjanjian itu dilihat kepada maksud tujuan dan maknanya, bukan kepada lafaz dan ungkapannya sahaja.”

الأمور بمقاصدها.

“Semua perkara dilihat kepada tujuannya.”

Jika tujuannya untuk mengelirukan atau menghina penganut Islam, maka ada sempadan (batas-batas) dan hukumnya.

Begitulah kalau diizinkan kepada hospital sakit jiwa yang hendak menghargai dan menggembirakan bekas pesakit yang telah mendapat rawatan dengan mengurniakan ijazah yang membawa gelaran Profesor. Kita terserah apa sahaja perasaan orang Inggeris kalau menggunakan perkataan dalam bahasa mereka pada perkara yang tidak munasabah. Namun, apakah perasaan yang sebenar dalam kalangan ilmuwan, sekiranya gelaran itu diberikan kepada orang-orang yang sedemikian?

Andai kata, kalau perkataan Allah dijadikan jenama kasut yang dipijak, adakah atas nama kebebasan, pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) boleh membenarkan ia berlaku? Bagaimana pula makanan yang diharamkan terhadap penganut Islam seperti daging babi, diletakkan namanya dengan perkataan ikan halal, adakah ia boleh dibenarkan atas nama kebebasan?

Islam juga melarang penganutnya menyentuh sensitiviti penganut agama lain yang boleh menimbulkan ketegangan dalam kalangan masyarakat majmuk. Firman Allah SWT:

﴿وَلَا تَسُبُّوا الَّذِينَ يَدْعُونَ مِنْ دُونِ اللَّهِ فَيَسُبُّوا اللَّهَ عَدْوًا بِغَيْرِ عِلْمٍ كَذَلِكَ زَيَّنَّا لِكُلِّ أُمَّةٍ عَمَلَهُمْ ثُمَّ إِلَى رَبِّهِمْ مَرْجِعُهُمْ فَيُنَبِّئُهُمْ بِمَا كَانُوا يَعْمَلُونَ١٠٨﴾

“Dan janganlah kalian mencerca sembahan-semabahan yang mereka sembah selain daripada Allah, kerana mereka kelak, akan mencerca Allah secara melampaui batas tanpa pengetahuan. Demikianlah Kami memperelokkan pada pandangan setiap umat akan perbuatan mereka. Kemudian kepada Tuhan merekalah tempat kembali mereka, lalu Dia memberitakan kepada mereka apa yang telah mereka lakukan.” (Surah al-An‘am: 108)

Islam juga membawa konsep kebebasan beragama mengikut sempadannya berpandukan perintah Allah SWT melalui firman-Nya:

﴿لَا إِكْرَاهَ فِي الدِّينِ قَدْ تَبَيَّنَ الرُّشْدُ مِنَ الْغَيِّ فَمَنْ يَكْفُرْ بِالطَّاغُوتِ وَيُؤْمِنْ بِاللَّهِ فَقَدِ اسْتَمْسَكَ بِالْعُرْوَةِ الْوُثْقَى لَا انْفِصَامَ لَهَا وَاللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ٢٥٦﴾

“Tiada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) daripada kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan taghut, dan dia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya dia telah berpegang kepada simpulan (tali agama) yang amat teguh, yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.” (Surah al-Baqarah: 256)

Firman Allah SWT:

﴿وَقُلِ الْحَقُّ مِنْ رَبِّكُمْ فَمَنْ شَاءَ فَلْيُؤْمِنْ وَمَنْ شَاءَ فَلْيَكْفُرْ إِنَّا أَعْتَدْنَا لِلظَّالِمِينَ نَارًا أَحَاطَ بِهِمْ سُرَادِقُهَا  وَإِنْ يَسْتَغِيثُوا يُغَاثُوا بِمَاءٍ كَالْمُهْلِ يَشْوِي الْوُجُوهَ بِئْسَ الشَّرَابُ وَسَاءَتْ مُرْتَفَقًا٢٩﴾

“Dan katakanlah (wahai Muhammad): ‘Kebenaran itu ialah yang datang daripada Tuhan kalian, maka sesiapa yang mahu beriman, hendaklah dia beriman; dan sesiapa yang mahu kufur ingkar, biarlah dia mengingkarinya.’ Kerana Kami telah menyediakan bagi orang-orang yang berlaku zalim itu api neraka, yang meliputi mereka laksana khemah; dan jika mereka meminta pertolongan kerana dahaga, mereka diberikan pertolongan dengan air yang seperti tembaga cair yang membakar muka; amatlah buruknya minuman itu, dan amatlah buruknya neraka sebagai tempat bersenang-senang bagi mereka.” (Surah al-Kahfi: 29)

Di sini semua pihak perlu meletakkan kebijaksanaan masing-masing dan menjaga sensitiviti dalam konteks masyarakat majmuk mengikut sempadannya yang sebenar dan secara saksama.

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 28 Rajab 1442 / 12 Mac 2021 – HARAKAHDAILY 12/3/2021

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails