Friday, November 23, 2007

Bulan.. Pandangan Tradisional Masyarakat Cina




Ibnu Hasyim CATATAN SANTAI:

KUEH Bulan adalah sejenis kueh tradisonal Cina। Dibuat dari tepung gandum, berintikan kacang atau daging, termasuk ayam, itek dan sebagainya. Kueh Bulan antara barangan lain seperti lampu tanglong dan buah-buahan (buah lai, limau manis, limau besar, ubi keledek atau kacang tanah) disediakan dalam menyambut tradisi Pesta Bulan yang dirayakan pada hari ke15 bulan lapan menurut kalender Cina॥ pada waktu malam di bawah sinaran bulan mengambang penuh yang terang benderang itu.

Mungkin kita dapat bayangkan, betapa syahdunya suasana hening malam. Pada waktu-waktu sebegitu, pemuda pemudi Cina didalam Pesta Bulan mengambil kesempatan mencari pasangan hidup mereka. Biasanya selepas berlalunya pesta tersebut akan ada pasangan-pasangan remaja Cina berjaya mendirikan mahligai rumahtangganya. Untuk memeriahkan pesta itu, pada malam tersebut diadakan pula pertunjukan pentas terbuka bagi menarik kunjungan generasi mudanya.
Dalam tulisan lalu dicatatkan Pesta Bulan dari segi sejarah। Kini kita lihat pula dalam cerita-cerita klasik mereka, seperti yang ditulis oleh Tuan Mei Jing dalam bukunya ‘Pesta-pesta Dalam Masyarakat Tionghoa’. Lebih kurang begini kisahnya॥

Hou Yi, adalah seorang pemburu muda professional di bidang ilmu pemanahan pada zaman purbakala। Tiap binatang yang dibidek panahnya, tetap mengenai sasaran. Itulah lambang kegagahannya. Hal itu menyebabkan seorang gadis jelita Cina bernama Chang Ge telah jatuh cinta padanya, dan berakhir dengan perkahwinan.

Adalah diceritakan, pada suatu petang di musim panas, tiba-tiba kelihatan 10 buah matahari di langit tinggi। Panasnya mengcengkam hebat dan dahsyat. Tanah-tanah menjadi retak-rekah dan tumbuh-tumbuhan menjadi layu-kuyu, hingga air sungai pun mendideh-dideh. Penduduk-penduduknya lari lintang-pukang mencari perlindungan di gua.

Pada suatu hari, Chang Ge isterinya yang baik budi itu meminta suaminya memanah dan menggugurkan 9 dari 10 matahari-matahari itu, supaya orang ramai terlepas bebas dari kepanasan dahsyat itu। Akhirnya, walaupun menghadapi pelbagai masalah dan memakan masa lama, namun Hou Yi berjaya menyelesainya, sehingga keadaan menjadi normal, sejahtera seperti biasa. Kerana jasanya itu, kini Hou Yi disanjung dan dijunjung tinggi sebagai hero oleh penduduk di situ.

Tetapi rupanya orang ramai itu salah sangka॥ Hou Yi sebenarnya seorang yang tamak dan kejam! Belangnya sudah nampak। Dia bercita-cita hendak jadi kaya dan senang macam seorang raja. Lalu dipaksanya penduduk yang menyanjungnya itu berkerja bersungguh-sungguh untuknya. Hal inilah yang membuat isterinya terasa pilu dan sedih. Berkali-kali dipujuk suaminya supaya menghentikan perbuatan kejam itu, tetapi tidak memberi kesan langsung. Sehingga orang ramai mulai membenci dan enggan menurut perintahnya lagi.

Kerana tiada jalan lain untuk mengatasinya, Hou Yi terpaksa menemui Datuk Dewi meminta ubat dewa untuknya। Ubat yang jika dimakan akan dapat masuk syurga dan kekal dalam kesenangan selama-lamanya. Permintaan itu dikabulkan juga akhirnya, tetapi dengan syarat mestilah dimakan pada hari ke15 bulan lapan. Maka dia pun pulang menemui isterinya.

Wah! Terkejut besar isterinya bila dapat tahu hal itu। Padanya, suaminya Hou Yi yang tamak dan kejam memang tidak layak menjadi Dewa Yang Maha Mulia. Bila sampai hari ke15 seperti disebutkan, isterinya lebih dahulu mencuri ubat itu, mematahkan busar panah suaminya dan keluar meninggalkan rumah. Bila tersedar, suaminya cepat-cepat mengejar isterinya. Sesampai didekat isterinya, ubat yang dalam gengaman tangan isterinya itu terus ditelan isterinya…

Tiba-tiba ketika itu juga, diri Chang Ge bertukar menjadi seperti awan, lalu naik menuju ke langit tinggi। Tinggal suaminya Hou Yi terkial-kial hendak memanahnya tetapi gagal kerana busarnya telah dipatahkan awal-awal lagi. Chang Ge terus naik ke langit menuju ke Istana Bulan. Disambut oleh Dewa Bulan dengan melantiknya sebagai salah seorang dari dewi-dewi petugas penyala tanglong hablor di Istana Bulan itu, supaya cahayanya lebih terang lagi indah.

Tinggallah penduduk kampungnya yang sentiasa merindu dan mengenangnya॥ mengenang kemurahan hatinya dulu। Lalu mereka pun menyembah dan berdoa kepada bulan yang terbit pada malam hari ke15 bulan lapan tiap tahun, iaitu ‘Malam Chang Ge Naik Ke Langit’, ke Istana Bulan… Sekian.

Dalam kisah dongeng Orang Melayu dari mulut ke mulut juga, terdapat cerita-cerita seperti ini। Teringat pula kepada cerita nenek saya, semasa saya kecil-kecil dulu…

Terdapat dua remaja adik beradik, kakaknya perempuan bersama adik lelakinya। Suatu malam sedang mereka berehat-rehat dalam Istana Bulan, sambil memandang ke bumi, Kata adik kepada kakaknya. “Nun, di perdu pokok kelapa yang melambai-lambai di bumi sana, terdapat bunga-bunga putih berhamburan diatasnya. Sungguh cantik॥ Aku nak pergi ambil!”

“Jangan adikku! Ingat pesan ibu kita॥ Takut engkau tak dapat naik balik।” Larang kakaknya. Tapi rupanya, adiknya sudah pergi turun ke bumi. Tak boleh buat apa-apa lagi.

Sesampai di bumi, dilihatnya diperdu kelapa itu rupanya bukan bunga seperti yang disangkakan। Tetapi hampas kelapa, sisa buangan kegunaan manusia. Betapa hampanya dia, hendak naik ke Istana Bulan semula sudah tidak boleh lagi. Nasihat orang tua tidak diikuti. Apa hendak dikata, sesal kemudian tidak berguna lagi. Maka pada waktu malam bulan mengambang penuh, dia menjelma menjadi seekor burung pungguk, keluar merayau dari pokok ke pokok॥ frust kecewa, menyeru, merayu yang dirindui, melihat keindahan bulan, tergambar wajah kakaknya di sana…

Berserulah dia dengan suara sayu merindu dan merintih seperti bunyi burung pungguk, “Kakak Oooo! Kakak Oooo! Kakak Oooo!! Kakak Oooo!!!”

Hingga wujudlah pepatah ‘Bagai pungguk rindukan bulan’। Dan menjadi adat atau pantang larang orang Melayu dulunya, supaya jangan buang hampas kelapa di perdu pokok kelapa! Sekian.

Melihat kisah Tuan Mei Jing di atas dan tulisan saya yang lalu, terdapat suatu budaya penghormatan orang-orang Cina kepada makhluk atau objek bulan, samada melalui Kueh Bulan, Pesta Bulan atau Istana Bulan... Di kalangan orang-orang Melayu pun hampir sama juga seperti cerita klasik saya di atas। Dikatakan lagu ‘Negaraku’ lagu kebangsaan Malaysia, konon asalnya diambil dari sebuah lagu Melayu bernama ‘Terang Bulan’. Betul tak betul, saya masih belum pasti lagi.

Kini ada sebuah parti Islam di Malaysia berlambangkan bulan purnama। Sebelumnya berlambangkan bulan sabit, tetapi kerana dituduh oleh lawannya parti pemerintah di zaman Perdana Menteri Malaysia ke 2, ‘menggunakan lambang Islam bagi mengelirukan orang ramai’, maka ditukarkan kepada lambang bulan purnama penuh, seperti yang ada sekarang. Khabarnya, ada lagi parti-parti luar negara juga menggunakan lambang bulan penuh seperti di Bangladesh dan negara-negara Asia Barat lain. Bendera negara Jepun, bentuknya pun bulat macam bulan atau bola pimpong, tetapi bukan lambang bulan.

Pada saya penukaran dari bulan sabit ke bulan purnama dalam lambang parti Islam di Malaysia adalah baik, kerana dapat menggambarkan peningkatannya yang terus mara ke arah menawan atau menjadi pembangkang berkesan di negara ini॥ Bulan.. yang tadinya masih sabit, kini sudah penuh purnama!!

Catatan santai: ibnuhasyim. blogspot.com (e-mail: ibnuhasyim@ gmail.com) KL. 23-11-2007. KL.

Wednesday, November 21, 2007

Strategi Politik 'Kueh Bulan' Dalam Pilihan Raya




Ibnu Hasyim CATATAN SANTAI:


PADA hari ke15 bulan lapan dalam kalender Cina (Disebut juga kalender Lunar, kalender Imlek atau kalender Qamariah) macam juga kalender Islam terdapat 12 bulan setahun, orang-orang Cina di mana-mana di seluruh dunia merayakan ‘Pesta Bulan’. Pesta tersebut sudah wujud kira-kira 1,000 tahun dulu, bermula di zaman kerajaan Tang di Negeri China. Kueh Bulan (kueh much), lampu-lampu tanglong dan buah-buahan disediakan pada malam perayaan waktu bulan mengambang penuh itu.

Apa rahsia dan strtegi politik, yang terdapat di dalamnya?

Menurut sejarah pada tahun 1271 Masehi Negeri China jatuh di bawah pemerintahan Kerajaan Yuan dipimpin oleh Hu Pi Lie, seorang berketurunan Mongolia. Orang-orang Cina dari keturunan Han menurut undang-undang di bawah pemerintahannya sentiasa ditindas, dihina dan dizalimi oleh puak keturunan Mongolia. Kaum Han tidak boleh memegang jawatan tinggi, kalau melawan akan dikenakan hukuman berat. Tetapi kalau orang Mongolia membunuh orang Han, hanya didenda dengan nilai se ekor kaldai sahaja.

Setiap 20 keluarga orang Han diletakkan dibawah seorang ketua bangsa Mongolia. Ketua itu perlu dipelihara dan dilayani dengan baik oleh kaum tersebut walaupun mereka dianaiaya. Mereka tidak boleh membantah atau melawan. Kerana takut kebangkitan golongan mustad’afin (tertindas) tersebut, kerajaan mustakbirin (penindas) Monggolia telah melarang orang-orang Han menggunakan alatan buatan dari besi. Contohnya pisau dapur.. Sebilah pisau cuma dihadkan kepada 3 keluarga sahaja menggunanya. Orang-orang Han juga dilarang guna lampu dan keluar waktu malam tak tentu fasal.

Sudah menjadi tabiat alam, tiap yang ditekan, ditindas dan dizalimi itu, akan memberontak atau bangun meletup juga akhirnya. Begitu juga kaum Han, mereka memulakan penentangan dengan gerakan bawah tanah, dipimpin oleh Chu Yuan Chang. Seterusnya, beliau dan tenteranya menyerang kota Chu Chou, tetapi gagal kerana benteng pertahanan Mongolia itu amat kukuh . Kukuh kerana tentera Mongolia ramai dan bekalannya pun cukup.

Chu Yuan Chang bersama penasihatnya Liu Po Wen merancang semula strategi penaklukan kota tersebut. Kini, Liu Po Wen masuk ke kota itu dengan menyamar sebagai ‘seorang ahli bertapa’, dan berjaya mempengaruhi pemimpin kongsi-kongsi gelap supaya menentang kerajaan. Esoknya isu-isu bertiup kencang bahawa:

“… Raja Syurga telah menitahkan Dewa Penular Wabak Penyakit datang menularkan wabak penyakit di Kota Chu Chou. Tetapi mujurlah ada seorang pertapa yang murah hati telah tiba di kota itu berusaha menyelamatkan mereka. Maka berduyun-duyunlah penduduk kota tersebut pergi menemui orang bertapa itu meminta pertolongan.” Demikian ditulis oleh Tuan Mei Jing dalam bukunya ‘Pesta-pesta Dalam Masyarakat Tionghoa’.

Menurut Tuan Mei Jing lagi, Liu Po Wen yang dianggap orang bertapa itu berpura-pura mengadakan upacara sembahyang dan berdoa selama 3 hari 3 malam berturut-turut di kota itu. Orang-orang Han disuruh memasang bendera dan tanglong. Memalu gong dan gendang pada tengah malam hari ke15 bulan lapan.. supaya penularan wabak yang disebutkan dapat ditolak. Selain itu, Liu menghadiahkan sekeping kueh yang disebut ‘Kueh Bulan’ kepada setiap keluarga Han.

Dikatakan dalam kueh itu ada selembar azimat. Kueh itu mesti dipotong dan dimakan pada tengah malam hari ke15 bulan lapan yang akan menjelang tidak lama lagi. Lepas makan hendaklah melakukan sesuatu menurut arahan azimat tadi. Dengan berbuat demikian semua jiwa penduduk kota tersebut akan terselamat. Bila ramai penduduk kota itu percaya segala kata-katanya, Liu pun pulang meninggalkan mereka. Kembali menemui ketuanya Chu Yuan Chang semula untuk melaksanakan gerakan penyerangan.

"Bila tiba hari ke15, orang-orang Han di Kota Chu Chou merayakan Pesta Bulan. Sampai waktu tengah malam mereka pun memasang bendera-bendera, tanglong-tanglong di hadapan rumah masing-masing serta memalu gong dan gendang seperti pesanan Liu. Mereka memotong kueh yang diberi Liu dan jumpa sepucuk surat berbunyi, ‘Bunuhlah orang-orang Tartar (keturunan Mongolia itu) pada hari ke15 bulan lapan!’” Tulis Mei Jing lagi.

Bangsa Han yang selama ini dianiaya merasa amat gembira bila membaca surat tersebut, mereka mengambil pisau dapur dan batang kayu terus membunuh ketua kaum masing-masing, lalu keluar menyerang tentera dan bangsa Mongolia di kota itu dari dalam. Di luar kota pula tentera Chu Yuan Chang sudah merempuh masuk menyebabkan tentera Mongolia tersepit antara dua serangan dan melarikan diri. Kerana strategi yang bijak, kota Chu Chou berjaya ditaklukkan dengan mudah. Itulah sebabnya kaum Cina merayakan Pesta Bulan setiap tahun, menurut Mei Jing lagi.

Apakah strategi begini boleh digunakan oleh PAS bagi menumbangkan lawannya dalam pertarungan melalui peti undi semasa pilihan umum akan datang ini? Siapa golongan mustakbirin dalam kes ini? Di mana peranan Lajnah Perpaduan Kaum dan Kelab Penyokong PAS? Cuba fikir-fikirkan!

Catatan santai: ibnuhasyim.com
(e-mail: ibnuhasyim@ gmail.com)
Nov21, 2007.KL.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails