Saturday, September 14, 2013

Aku Kayaaaaa!!



CATATAN SANTAI

'ISLAM mengajar umatnya jadi kaya...' antara tulisanku yang lalu, di bawah tajuk Usahawan: Yang Penting X Class, Bukan Ikhlas!  

Seorang pengomen mengomen  (Amin Nordin Ali said... Islam mengajar umatnya jadi kaya.. Boleh sapa tolong hurai..  aku tak berapa jelas.)

Terima kasih, komen tuan. Walaupun apa maksud tersirat tuan, saya ingn jelaskan, di sini..

Konsep 'Kaya' Menurut Syariat. Ini penting diketahui dulu... 

Orang paling kaya, jika diukur dengan timbangan syariat, adalah: orang yang paling boleh terima apa saja. Nabi SAW berkata.

لَيْسَالْغِنَىعَنْكَثْرَةِالْعَرَضِ،وَلَكِنَّالْغِنَىغِنَىالنَّفْسِ

  • “Kekayaan tidaklah diukur dengan banyaknya harta, namun kekayaan yang hakiki adalah kekayaan hati.” (HR. Bukhari dan Muslim; dari Abu Hurairah) 
Kaya hati, atau sering diistilahkan dengan “qana’ah“. Ertinya adalah ‘menerima' dan rela dengan berapa pun yang diberikan oleh Allah Ta’ala. Atau istilah mudah 'memada dengan yang ada'. Berapa pun rezeki yang dapat, dia tidak mengeluh. Mendapat rezeki banyak, bersyukur; mendapat rezeki sedikit, bersabar dan tidak mengumpat. Soal wajib berusaha, hal itu tetap diteruskan.

Kalau kita mampu mengamalkan hal di atas, kita sudah memilik harapan besar menjadi orang terkaya di dunia. Ujung-ujungnya, 'untung'lah yang menanti kita. Sabda Nabi SAW.

قَدْأَفْلَحَمَنْأَسْلَمَوَرُزِقَكَفَافًاوَقَنَّعَهُاللَّهُبِمَاآتَاهُ

  • “Beruntunglah orang yang berIslam, dikunia rezeki yang cukup, dan dia dijadikan menerima apa pun yang diberikan Allah (kepadanya).” (HR. Muslim; dari Abdullah bin ‘Amr)
Berdasarkan kayu ukur di atas, boleh jadi orang yang dapat RM60 sehari dikategorikan orang kaya, sedangkan yang berpendapatan  RM600 sehari
dikategorikan sebagai orang miskin. Kerana orang pertama bersikap 'memada dengan yang ada' dan orang kedua tetap 'tidak puas dan terus merasa kurang walaupun wang yang didapatnya sangat banyak.

Ada orang kata, "Ai, RM60 se hari boleh cukup ke? Makan minum anak isteri, pakaian, pembelajaran dan segala macam gedebuk-gedebak lain, mana boleh cukup?

Kata Nabi SAW..

مَنْأَصْبَحَمِنْكُمْآمِنًافِيسِرْبِهِ،مُعَافًىفِيجَسَدِهِ،عِنْدَهُقُوتُيَوْمِهِ،فَكَأَنَّمَاحِيزَتْلَهُالدُّنْيَا

  • “Barangsiapa yang melewati harinya dengan perasaan aman dalam rumahnya, sihat badannya, dan memiliki makanan untuk hari itu, maka seakan-akan ia telah memiliki dunia seisinya.” (HR. Tirmidzi; dinilai hasan oleh Al-Albani)
Ya, bukan sahaja kerana ukuran Nabi begiru, juga kerana ke'berkah'an yang Allah limpahkan dalam hartanya. Dalam pembelajaran ekonomi kapitalis, tidak ada perkataan 'berkah' dalam kamusnya.

Bagaimana membangunkan peribadi yang qana’ah atau kaya hati?

Di antara tip kejayaan membentuk jiwa yang qana’ah adalah dengan melatih diri menyedari seyakin-yakinnya bahawa rezeki hanyalah di tangan Allah dan yang kita dapatkan telah dicatat oleh Allah Ta’ala, serta tidak mungkin melebihi apa yang telah ditentukan-Nya, walaupun bersunguh-sungguh bekerja.

Allah Ta’ala mengingatkan,

وَمَامِندَآبَّةٍفِيالأَرْضِإِلاَّعَلَىاللّهِرِزْقُهَا

  • “Tidak ada satu pun makhluk bergerak (bernyawa) di bumi melainkan semuanya dijamin rezekinya oleh Allah.” (QS. Hud:6)
Rasulullah SAW menasihatkan,

إِنَّأَحَدَكُمْلَنْيَمُوْتَحَتَّىيَسْتَكْمِلَرِزْقَهُ،فَلاَتَسْتَبْطِئُواالرِّزْقَ،وَاتَّقُوااللهَأَيُّهَاالنَّاس، وَأَجْمِلُوْافِيالطَّلَبِ،خُذُوْامَاحَلَّوَدَعُوْامَاحَرُمَ

  • “Sesungguhnya, seseorang di antara kamu tidak akan mati kecuali setelah dia mendapatkan seluruh rezeki (yang Allah takdirkan untuknya) secara sempurna. Maka, janganlah kamu bersikap tidak sabar dalam menanti rezeki. Bertakwalah kepada Allah, wahai manusia! Carilah rezeki secara profesional, ambillah yang halal dan tinggalkan yang haram.” (HR. Al-Hakim; dari Jabir; dinilai sahih oleh Al-Albani)
Oh, Manisnya Qana’ah!

Sebagai suatu karakter yang terpuji, qana’ah dapat menumbuhkan sifat-sifat positif, Di antaranya:

Pertama: Qana’ah menjadikan seseorang tidak mudah tergiur untuk memiliki harta yang dimiliki orang lain. Macam anak ayam, berebut cacing walaupun sudah berada di dalam mulut anak-anak ayam lain.

Orang itu merasa cukup dengan apa yang telah dimilikinya, sehingga dia selalu hidup dalam ketenteraman dan kedamaian batin. Dia tidak pernah iri mahupun dengki dengan kelebihan nikmat yang Allah limpahkan pada orang lain. Karakter istimewa inilah yang Allah rakam sebagai salah satu perangai sahabat Rasul SAW semasa Beliau menceritakan keadaan mereka yang fakir..

يَحْسَبُهُمُالْجَاهِلُأَغْنِيَاءمِنَالتَّعَفُّفِتَعْرِفُهُمبِسِيمَاهُمْلاَيَسْأَلُونَالنَّاسَإِلْحَافاً

  • “(Orang lain) -yang tidak tahu– menyangka bahawa mereka adalah orang-orang kaya, kerana mereka menjaga diri (dari meminta-minta). Engkau (wahai Muhammad), mengenal mereka dari ciri-cirinya, mereka tidak meminta dengan cara mendesak kepada orang lain.” (QS. Al-Baqarah:273)

Kedua: Qana’ah menempa jiwa seseorang untuk tidak mengadu tentang kesusahan hidupnya melainkan hanya kepada Allah Yang Mahakaya.

Inilah salah satu tingkatan tawakal tertinggi, yang telah dicapai oleh para nabiyullah. Sebagaimana yang Allah ceritakan tentang Nabi Ya’kub ‘alaihis salam (AS),

قَالَإِنَّمَاأَشْكُوبَثِّيوَحُزْنِيإِلَىاللّهِ

  • “Dia (Ya’kub) berkata, ‘Hanya kepada Allah, aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku.’” (QS. Yusuf:86)
Mengapa para kekasih Allah hanya mengadu kepadaNya? Kerana keyakinan mereka yang begitu mendalam bahawa dunia seisinya tidak lain hanyalah kepunyaan Allah. Lantas mengapa tidak meminta terus kepada Yang Maha Memiliki segalanya, tetapi masih minta kepada zat yang juga bersumber dari Yang Maha Memiliki itu tadi?

Namun, realitinya lain. Rata-rata, kita masih suka mengetuk pintu makhluk sebelum mengetuk pintu Khalik. Kerana itulah, ulama mengingatkan.. “Ada ke, antara kita yang meminta keperluannya kepada Allah dulu, sebelum meminta kepada manusia?”

Qana’ah bukan bererti tidak berikhtiar.

Qanaah itu perlu dipahami dalam perspektif produktif. Qanaah itu setelah berikhtiar. Sehingga, seorang itu tidak boleh duduk berpangku tangan saja. Rasulullah menyatakan, Allah tidak pernah melemparkan emas dan perak dari langit, ketika beliau menegur seorang sahabat yang hanya berdzikir saja dalam masjid.

Qana’ah atau 'memada dengan yang ada' tidaklah seperti itu. Kerana qana’ah maksudnya, seorang hamba bekerja semampunya dengan tetap memperhatikan rambu-rambu syariat. Setelah itu, berapa pun hasil yang didapati dari kerjakuatnya, diterimanya dengan penuh rasa ridha tanpa cerewet.

Nabi SAW menjelaskan hakikat tawakal dan korelasinya dengan ikhtiar, dalam sebuah perumpamaan yang sangat detail,

لَوْأَنَّكُمْكُنْتُمْتَوَكَّلُونَعَلَىاللَّهِحَقَّتَوَكُّلِهِلَرُزِقْتُمْكَمَايُرْزَقُالطَّيْرُتَغْدُوخِمَاصًاوَتَرُوحُبِطَانًا

  • “Andainya kamu benar-benar bertawakal kepada Allah, niscaya kamu akan mendapat rezeki sebagaimana burung memperoleh rezeki. Dia pergi di pagi hari dalam keadaan perut kosong, lalu pulang petangnya dalam keadaan perut kenyang.” (HR. Tirmidzi, dan beliau berkomentar bahwa hadis ini hasan sahih)
Ya, perut burung itu tentu penuh, ia keluar mencari nafkah dari pagi hari bukan tidur di sarang! Inilah tawakal yang sebenar-benarnya; berikhtiar lalu hasilnya serahkan pada Allah Ta’ala. Di situlah lahirnya.. Kayaaaaa!

Tapi ingat, ada kaya yang dibenci Allah SWT, Kaya Tak Guna!!! Bersambung..

Wallahu a’la wa a’lam..
Catatan Santai Ibnu Hasyim  
Alamat: ibnuhasyim@gmail.com    
12 Sept 2013
KL


Sila lihat...
E-Buku IH-59: C/Santai (Minda) IH Mulai Jun 2012

E-Buku IH-59: C/Santai (Minda) IH Mulai Jun 2012

Friday, September 13, 2013

Ini, Ulama Ganti Mat Sabu.. -Subky Latif



Siapa ulama ganti Mat Sabu?

MASYARAKAT di luar PAS sedang mencarisiapa daripada kalangan ulama dalam PAS yang hendak dicalonkan bagi mengganti Mohamad Sabu?

Mungkin daripada kalangan PAS sendiri yang terdiri mereka yang berpendirian bahawa Timbalan Presiden mesti ulama juga mencari orang yang boleh menang menggantikan Mat Sabu. Apakah perwakilan PAS di era kepimpinan ulama bersedia menggantikan pimpinan tertingginya dengan seorang yang lain tidak dipastikan.

Bagaimana pun perwakilan PAS pernah menggantikan Timbalan Presidennya Ustaz Hassan Shukri dengan seorang yang lain, tetapi ada kalangan yang mengira keputusan itu tidak bijak kerana ganti Ustaz Hassan itu gagal memenuhi piawan yang diperlukan. Ketiadaan Ustaz Hassan dirasakan satu kehilangan.

Ketahanan berpolitik, keupayaan pimpinan dan wibawanya tidaklah kurang dibandngkan dengan rakan-rakannya yang lain. Jika orang kata dia banyak merugikan PAS, belum ada hal-hal memungkinkan dia dikenakan tindakan disiplin atau tidak diingini berada dalam pimpinan seperti yang pernah berlaku kepada satu dua pimpinan sebelum ini.

Jika dia kalah dalam pillihan raya baru-baru ini bukan disebabkan dia ditolak oleh pengundi PAS, tetapi mungkin dia tidak dapat sokongan undi atas pagar yang menjadi penentu dalam kawasan seperti itu.

Jika kalah itu dikira dia ditolak, Tok Guru Nik Aziz pernah kalah di Bachok dalam PRU 1982, Ustaz Hadi pernah kalah di Marang dan Ustaz Fadzil Noor hanya sekali menang di Pendang. Kalau kerana kalah piliihan raya, maka Mat Sabu mesti digantikan, maka Salahuddin Ayub dan Tuan Ibrahim Tuan Man juga kalah  dalam PRU lalu.

Mengapa masing-masing mencari tokoh ulama bagi menyaingi Mat Sasbu bukan kerana keupayaan berpolitik dan kepimpinan Mat SAbu, tetapi dia bukan dari golongan ulama.

Biasanya selepas PAS mengatasi krisis kepimpinannya dalam awal tahun 1980-an jawatan nombor satu  dan nombor  dua itu disandang oleh ulama. Konsep kepimpinan ulama yang diketengahkan PAS tahun 1982 ditafsirkan oleh setengah kalangan bahawa Presiden  dan Timbalan Presiden mesti dari ulama.

Kerana itulah Dato Mustafa Ali, seorang yang disegani dalam PAS tidak berjaya menyaingi Ustaz Hassan Shukri untuk menjadi Timbalan Presiden. Tidak ada apa-apa masalah pada Mustapa tetapi perwakilan PAS masa itu mengira jawatan itu untuk ulama.

Tetapi antara yang mentafsirkan jawatan parti itu tidak semestinya ulama walaupun PAS berpegang kepada konsep kepimpinan ulama ialah Mustafa Ali sendiri kerana itulah dia pernah bertanding untuk jawatan itu. Mustafa adalah Ketua Dewan Pemuda yang bertanggungajwab mengemukan usul konsep kepimpinan ulama itu tahun 1982 dulu.

Mat Sabu dan Husam Musa adalah antara yang sependapat dengan  Mustafa Ali. Mat Sabu adalah Eksko Dewan Pemuda PAS Pusat ketika usul itu dibentangkan dulu.

Sekalipun kebanyakan orang PAS mengira jawatan Timbalan Presiden itu adalah untuk ulama, tetapi mereka juga memerhatikan wibawa politik tokoh ulama itu apakah kepimpinannya meyakinkan atau sebaliknya. Majoriti memberikan undi kepada Mat Sabu kerana mereka yakin Mat Sabu lebih berwibawa.

Walaupun ulama masih relevan untuk memimpin PAS, tetapi wibawa dan keyakinan tetap menjadi perhatian PAS.

Tokoh ulama yang berwibawa itu dipercayai ada dan ramai, buat masa ini belum ada yang menyerlah seperti golongan ulama yang mengambil alih pimpinan dari zaman Dato Asri dulu.

Ustaz Nik Aziz sudah lama berada dalam pimpinan Dato Asri, tetapi beliau hanya menyerlah selepas pucuk pimpinan bertukar. Apakah suasana seperti itu berulang? (Hrkh)

Oleh Subky Latif 

Lihat Sebelum ini..
E-Buku IH-77: Pemilihan Kepimpinan PAS 2013

E-Buku IH-77: Pemilihan Kepimpinan PAS 2013

2 Pemain Pasukan Tok Gajah Ditangkap Khalwat. Bukan Zina..





SUKAN
KUANTAN - Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) menyerahkan kepada Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) untuk menyiasat dua pemain pasukan Tok Gajah itu yang ditangkap berkhalwat di sebuah hotel di sini, Kelmarin.

Setiausaha Agung PBNP, Fuzzeimi Ibrahim berkata, mereka tidak boleh mengambil tindakan ke atas dua pemain berkenaan memandangkan kes itu masih berada dalam siasatan JAIP.

"Tengku Muda Pahang Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah yang merupakan Presiden PBNP akan membuat pengumuman rasmi mengenai perkara ini selepas siasatan JAIP nanti...jadi saya tidak boleh memberikan apa-apa komen kerana bimbang ia akan mengganggu siasatan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Bernama pada majlis makan malam bagi meraikan pasukan yang bertanding pada Kejohanan Pestabola Merdeka 2013 di salah sebuah hotel di sini, malam tadi.

Media kelmarin melaporkan dua pemain Pahang ditahan oleh pegawai penguatkuasa JAIP kerana disyaki berkhalwat di sebuah hotel di sini.

Dua pemain berkenaan berusia dlam lingkutan 20-an ditahan bersama pasangan masing-masing di bilik berasingan kira-kira pukul 4.30 pagi Rabu. - Bernama

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Lagi bukan ditangkap kerana larangan najis zina seperti yang digariskan oleh pendidikan sistem perundangan Islam. Walaupun namanya Jabatan Agama Islam.........

Bantah Tak Bayar Bil Letrik, Mesir Rugi LE 2.5 Bilion

 
MESIR: Jabatan Elektrik Mesir kini berdepan masalah kewangan kesan dari tindakan boikot oleh rakyat negara itu yang membantah rampasan kuasa oleh tentera terhadap presiden sah Dr Mohammad Morsi.

Menurut agensi berita RNN, seramai 12 juta rakyat mesir bertindak tidak membayar bil-bil elektrik sekitar bulan Ogos lalu dan jumlah tersebut merangkumi 40 peratus dari keseluruhan pengguna elektrik di Mesir.

"Kadar bayaran bil sekitar bulan Ogos berada di tahap paling rendah berbanding enam bulan pertama dalam tahun 2013," kata satu sumber jabatan elektrik negara itu.

Seorang pegawai jabatan tersebut yang mahu namanya dirahsiakan berkata "Jumlah keseluruhan bil-bil yang tidak terbayar bersamaan dengan LE 2.5 bilion".

Sementara itu, Ketua Jabatan Elektrik Mesir Jabir Al Dasuki, berkata bahawa jabatan elektrik menderita krisis kewangan yang teruk akibat dari kekurangan hasil dari bayaran-bayaran bil. Katanya, jumlah kutipan bayaran bil elektrik yang diperolehi setiap tahun biasanya mencecah LE 34 billion. Dari jumlah itu, LE 12 billion setahun digunakan untuk mebayar gaji-gaji pekerja di jabatan elektrik tersebut.

Sementara itu, penyokong legitimasi meneruskan kempen boikot membayar bil elektrik dalam usaha memberi tekanan berterusan kepada kerajaan sementara. Mesej bantahan tersebut dapat dilihat dari ayat-ayat berikut.

"Aku tidak akan membunuh saudara-saudaraku dengan duitku sendiri!
"Bil-bil yang anda bayar kepada kerajaan haram As Sisi yang dijadikan pendapatan masuk yang digunakan untuk membunuh rakyat yang berjuang mempertahankan kemuliaan dan tanah airnya." (Hrkh)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Malaysia dan TNB kena tenguk tu..

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-78: I Support Dr Mohamed Mursi (2)

E-Buku IH-78: I Support Dr Mohamed Mursi (2) 

Beranak Dalam Asrama.. Tarbiah UMNO?

Gambar hiasan..
SETIU - Guru dan pelajar sebuah sekolah menengah di daerah ini gempar apabila seorang pelajar dipercayai bersalin di dalam bilik asrama sekolah berkenaan, pagi kelmarin.

Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Ab Rahman Raja Mohamed berkata, kehadiran bayi lelaki itu disedari penyelia asrama kira-kira jam 8 pagi di dalam sebuah bilik asrama perempuan sekolah berkenaan. Menurutnya, ketika melakukan pemeriksaan di dalam sebuah bilik, penyelia itu terkejut apabila mendapati seorang pelajar perempuan berusia 18 tahun terbaring lesu bersama bayi yang masih bertali pusat.

“Penyelia itu segera memaklumkan kejadian berkenaan kepada pengurusan sekolah, sebelum kedua-duanya dihantar ke Hospital Setiu untuk mendapatkan rawatan.
“Ketika ditemui, bayi lelaki dalam keadaan sempurna itu masih bernyawa, tetapi mengalami kecacatan otak dan keadaannya ketika itu agak lemah sebelum dirujuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu dan tiba di HSNZ kira-kira jam 1.15 petang untuk rawatan lanjut,” katanya.

Ab Rahman berkata lagi, bagaimanapun bayi malang itu disahkan meninggal dunia kira-kira jam 1.40 petang kerana kecacatan tersebut. Menurutnya, pemeriksaan lanjut mendapati tiada unsur jenayah atau kecederaan akibat dera pada bayi itu sebelum mayatnya diserahkan kepada keluarga untuk urusan pengebumian.

Katanya, ibu bayi itu masih dirawat di Hospital Setiu dan pihaknya akan mengambil keterangannya sebaik pulih bagi membantu siasatan.

"Ibu bapa pelajar terbabit sudah dimaklumkan mengenai kejadian ini. Buat masa ini, kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan jalan membuang mayat secara sulit,” katanya.

Difahamkan, pelajar terbabit amat sedih dengan berita kematian anaknya selepas polis memaklumkan bayinya tidak dapat diselamatkan dan dia mengandung dipercayai hasil hubungan sulit dengan teman lelakinya. (SH)

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Lihatlah sistem perundangan Malaysia, kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan jalan membuang mayat secara sulit. Mana dia undang-undang larangan najis zina? . Mana dia didikan melalui perundangan seperti yang digariskan Islam? Inilah tarbiah kerajaan pimpinan UMNO. Malu nak sebut negara Islam.. puuiih!!

Wanita Ini Ditemui Dalam Keadaan Separuh Bogel.

Wanita itu ditemui dalam keadaan separuh bogel.
Wanita itu ditemui dalam keadaan separuh bogel.
Curang dengan rakan isteri 
Pasangan kekasih disiasat anggota penguatkuasa Pejabat Agama Daerah Kuala Muda.  

Curang dengan rakan isteri
SUNGAI PETANI - Kepulangan isteri ke kampung halaman memberi peluang si suami melakukan adegan 'mesra' bersama kekasih yang juga rakan kepada isterinya.

Malangnya, perbuatan tidak senonoh itu berjaya dihidu orang ramai yang bertindak menyampaikan maklumat kepada pihak berkuasa Pejabat Agama Kuala Muda, sebelum serbuan dijalankan jam 2 pagi baru-baru ini.

Pegawai Penguatkuasa Agama Daerah, Zaiferi Zainul Abidin berkata, seorang wanita berusia 20-an warganegara Indonesia ditahan bersama seorang lelaki berusia 40-an yang dipercayai suami kepada rakannya sendiri dalam operasi banteras maksiat itu.

Menurutnya, ketika serbuan, lelaki itu dipercayai sedang leka menghabiskan masa dengan kekasih gelapnya melakukan perbuatan tidak senonoh dalam keadaan separuh bogel.

“Anggota penguatkuasa menunggu agak lama sebelum pintu dibuka oleh lelaki ini setelah diketuk beberapa kali.

“Kita juga menemui tilam dan beberapa bantal yang sedia diletakkan di hadapan televisyen dipercayai digunakan pasangan tersebut,” katanya.

Zaiferi berkata, wanita terbabit cuba bersembunyi di sebalik pintu dengan hanya memakai pakaian dalam serta berseluar pendek manakala lelaki tersebut hanya memakai seluar paras lutut.

Menurutnya, hasil soal siasat mendapati, isteri lelaki terbabit yang juga rakan kepada kekasihnya turut berasal dari Indonesia dipercayai sudah beberapa hari pulang ke kampung halaman.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 9 Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kedah 1988," katanya.

Sementara itu, Pegawai Agama Daerah, Sheikh Radzi Abd Mutlib mengucapkan terima kasih kepada masyarakat yang berkongsi maklumat bagi membantu membanteras kegiatan maksiat di kawasan masing-masing.

Beliau turut menasihati orang ramai yang mengetahui atau menyaksikan sebarang kegiatan mencurigakan supaya menghubungi imam, pejabat agama atau agensi berkaitan sekiranya mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian. (SH)

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Sepatutnya, kerajaan Malaysia kena selesaikan masalah ini dengan pendidikan perlaksanaan  hukum hudud. Orang Islam tentu yakin undang-undang ciptaan Allah lebih baik dari undangan ciptaan manusia. Kecuali kafirun, fasiqun atau zalimun..

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-46: Isu Hudud, K'tan & Nik Abd Aziz
E-Buku IH-46: Isu Hudud, K'tan & Nik Abd Aziz

Thursday, September 12, 2013

K'tan Beri Tender Pada Ahli UMNO..

Nik Aziz: Kelantan dan ketelusan

SALAH satu perkara yang amat saya tekankan semasa mentadbir Kelantan ialah ketelusan di dalam pemberian tender. Seringkali saya berpesan kepada anggota exco, mentadbir negeri ini ialah amanah daripada ALLAH SWT. Jangan perlakukan negeri seperti hak kita anak beranak. Jika pun kita terlepas dari proses audit di dunia, kita tidak mungkin terlepas dari proses audit di akhirat.

Di Kelantan, saya tidak pernah meletakkan kriteria seseorang itu perlu menjadi ahli Pas terlebih dahulu sebelum mendapat apa-apa tender. Sepanjang pentadbiran saya di Kelantan, seingat saya Jambatan Lepan Pari yang berada di dalam Dun saya iaitu Chempaka pernah dianugerahkan projek pembinaannya kepada sebuah syarikat yang dimiliki oleh ahli Umno.

Pesaingnya yang paling dekat ialah ialah sebuat syarikat milik ahli Pas tetapi atas prinsip ketelusan, syarikat milik ahli Umno mendapat projek tersebut. Pada masa itu, saya dihujani dengan pertanyaan oleh pelbagai pihak, ada yang datang merayu dan mempersoalkan keputusan yang dibuat.

Jawapan saya ada masa itu ialah, kita berpegang kepada ketelusan. Di Kelantan, ahli-ahli Umno boleh 'mencari makan'. Tiada batasan dan tiada sekatan sekalipun diketahui umum sebagai seorang ahli Umno. Pernah projek membina loji air dianugerahkan kepada syarikat yang turut dimiliki oleh seorang pemimpin Umno yang dikhabarkan pernah menerima watikah perlantikan sebagai calon untuk bertanding di dalam pilihan raya umum yang lepas.

Mengapa beliau akhirnya tidak bertanding dan tidak menggunakan watikah tersebut wallahualam, tetapi yang sahihnya projek yang diberikan tidak ditarik balik. Alhamdulillah, projek-projek di bawah kendalian kerajaan Kelantan terus berjalan dengan baik dan sempurna. Berbeza dengan Jambatan Kedua Sultan Yahya Petra yang disahkan Laporan Ketua Audit Negara 2011 lambat disiapkan ekoran banyak kelemahan.

Antara kelemahan itu termasuklah pelantikan kontraktor yang tidak berpengalaman serta masalah reka bentuk sistem cerucuk. Kosnya pun meningkat kepada RM177.76 juta iaitu peningkatan sejumlah RM34.76 juta (24.3%) berbanding kontrak asal yang bernilai RM143 juta. Paling menarik, projek jambatan dengan kos sebesar itu diberikan secara runding terus dan tidak melalui tender!

Itulah gambaran kerosakan Umno sebenarnya. Melalui ketirisan projek seperti inilah, mereka boleh mencari makan. Saya kira, tanpa peluang-peluang seperti ini, pelampung Umno akan bocor dan akan lemas di laut politik. Justeru, Umno sebenarnya langsung tidak layak bercakap soal telus dan jimat-cermat.

Sekian.

Nik Abdul Aziz bin Nik Mat,
Al-Mursyidul Am,
Parti Islam Semalaysia (Pas)


Bertarikh : 4 Zulkaedah 1434H bersamaan 10 September 2013M

Mujahid 11 Tahun, Bertekad Bunuh Bashar, Dia Singa Kecilku..

Muhammad Afar
TUBUHNYA kecil dan rendah, senjata yang dibawa lebih tinggi daripada ketinggianya. Namun bagi kanak-kanak berumur 11 tahun ini, dia tergolong dalam kumpulan yang mahir menggunakan senjata api jenis AK-47. Namanya Muhammad Afar, anggota paling kecil di Jaisyul Hurr as Suriyya atau Free Syrian Army (FSA).

"Dia seorang penembak yang hebat. Dia adalah singa kecilku," kata ayah kepada Muhammad Afar, Muhammad Saleh Afar.

Kemanapun dia pergi, Muhammad Afar yang tinggal di bandar Aleppo ini selalu membawa senjata lengkap dengan peluru dan walkie-talkie tergantung di jaketnya. Dengan tegas dan yakin, dia kemukakan tekadnya untuk membunuh Bashar al Assad, yang telah membunuh ratusan ribu saudaranya di Syria.
"Saya ingin tetap hidup sebagai seorang Mujahid hingga Bashar mati dibunuh," ucap Afar kepada vice.com dan dilaporkan news.com.au, Isnin 2 Sept 2013).

Di kalangan anggota FSA, Afar cukup dihormati walaupun dia masih seorang kanak-kanak. Beberapa mujahid memujinya sebagai penembak yang bagus. Tanpa ragu-ragu, Afar menunjukkan ketrampilannya dengan senjata. Afar mengagumi para mujahid yang bergabung pada Tandzim al-Qaeda, Jabhat al Nusrah.

"Mujahidin Jabhat al Nusrah benar-benar memahami Islam dan syariatnya. Mereka amat faham apa maknanya menjadi seorang muslim," kata Asfar.

"Ketika ayahku pergi ke barisan hadapan di medan petempuran, dia membawaku bersamanya. Ayah meminta aku supaya berhati-hati. Kami kemudian mencari tempat yang selamat untuk menembak musuh," tambah Afar. (IH)

Mesir Larang 55,000 Ulama Berkhutbah Di Masjid


MESIR: Kerajaan kudeta Mesir mengeluarkan larangan baru terhadap pendakwah bebas dan ulama yang disebut "tidak berlesen" dari menyampaikan khutbah atau mengajar di masjid di negara itu.

Menteri Wakaf Mohamed Mokhtar Gomaa berkata, seramai lebih 55,000 ulamak akan dihalang dari menyampaikan dakwah mereka di masjid-masjid sebagai tindakan terbaru mengekang kebangkitan penyokong Presiden Dr Muhammad Morsi.

Menurutnya, ulama tidak berlesen dianggap ahli fundamentalis serta menjadi satu ancaman kepada keselamatan Mesir. Reuters menyebut larangan itu menyasarkan masjid-masjid kecil yang tidak berlesen atau kawasan sembahyang secara rambang. Idea ini adalah untuk menyebarkan mesej tentang Islam secara sederhana dan menjauhkan orang Mesir dari idea radikal.

"Keputusan ini adalah supaya proses dakwah hanya dibolehkan semasa sembahyang Jumaat berjemaah dan hanya mereka yang berkuasa sahaja boleh melakukannya," kata Gomaa.

Sejak rampasan kuasa 3 Julai lalu, pelbagai tekanan dikenakan terhadap kumpulan ulama yang dilihat cenderung menyokong Morsi dan membantah tindakan rampasan kuasa oleh pihak tentera yang diketuai Jeneral Abdul Fatah Al-Sisi. Pihak berkuasa menjadikan ulama, pemimpin Ikhwan serta aktivis Islam sebagai sasaran dalam usaha mengekang penentangan terhadap rampasan kuasa.

Lebih daripada 2,000 aktivis-aktivis Islam telah ditahan dan kebanyakan pemimpin daripada Ikhwan Muslimin, termasuk Mursi, dipenjarakan atas dakwaan menghasut atau mengambil bahagian dalam keganasan.  Pihak berkuasa pimpinan tentera menuduh Ikhwan Muslimin sebagai satu kumpulan pengganas dan perbincangan sedang dijalankan mengenai kemungkinan mengharamkannya. (Hrkh)

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-78: I Support Dr Mohamed Mursi (2)

E-Buku IH-78: I Support Dr Mohamed Mursi (2)

Hijab Selebriti Indonesia, Macam K'jaan Sekular M'sia/Indo..


HALAMAN HIBURAN

RAMAI yang terkejut apabila Dewi Persik tidak ketinggalan mengenakan hijab. 

JIKA di Malaysia, ramai yang mengkritik penampilan selebriti- selebriti yang berhijab kerana menyarung pakaian ketat dan mengikut badan. Namun, lain pula di Indonesia apabila beberapa selebriti seksi mengambil keputusan untuk berhijab.

Demikian lapor Kosmo! Online hari ini.

"Bagaimanapun, hijab mereka cuma seketika iaitu pada bulan Ramadan, selepas mengerjakan umrah atau haji atau ketika membawakan watak berhijab." kata Kosmo lagi.
 
 

Rossa
Antanya, disebutkan, penyanyi Rossa, selebriti yang dikritik hebat oleh peminat- peminatnya kerana membuka hijab. Pelantun lagu Ayat-Ayat Cinta itu hanya mengenakan hijab selama dua bulan selepas menunaikan haji pada 12 Oktober tahun lalu. Ujarnya, dia hanya berniat untuk berhijab selama 40 hari dan kemudiannya melanjutkan niatnya itu sehingga dua bulan.

ROSSA kelihatan manis ketika dalam tempoh mengenakan hijab.

Julia Perez
Sebanyak 20 filem lakonan Julia Perez atau Jupe menonjolkan sosok tubuhnya. Begitupun, Jupe kemudiannya memuat naik gambarnya mengenakan hijab di laman sosial Twitter. Ramai peminat yang memuji perubahan bintang seksi itu. Bagaimanapun, Jupe hanya mengenakan hijab pada bulan Ramadan sahaja atau ketika membawakan peranan berhijab dalam sesebuah filem.

Dewi Persik
Pelakon Dewi Persik juga seperti Jupe apabila mengenakan hijab sekali dalam setahun iaitu semasa bulan Ramadan. Ketika mula-mula Dewi mengenakan hijab, ramai yang terkejut dengan perubahan pelakon yang penuh dengan kontroversi itu.

Cinta Penelope
Selama ini, penyanyi Cinta Penelope begitu terkenal dengan penampilan seksi. Bagaimanapun, selepas berkahwin dengan vokalis kumpulan Debu, Mustafa, Cinta berubah secara drastik. Dia tidak lagi memakai pakaian seksi, malah ketika bulan Ramadan, Cinta sering kali dilihat mengenakan hijab lengkap demi menghormati bulan mulia itu.

Trio Macan
Kumpulan Trio Macan yang dianggotai oleh Ifa, Lia dan Dian tidak akan beraksi seksi di pentas nyanyian semasa bulan Ramadan. Ini kerana menjelang Ramadan, ketiga-tiga mereka mengambil keputusan untuk menyarung hijab. Perubahan penampilan Trio Macan itu akhirnya membuahkan hasil apabila mereka terpilih menjadi salah seorang penyampai anugerah AMI Award 2012.

Donita
Bekas kekasih kepada pelakon terkenal, Randy Pangalila iaitu Donita juga memakai hijab ketika membawa peranan ustazah dalam sinetron Kami Bukan Malaikat. Malah, selama proses penggambaran tersebut Donita tidak membuka hijabnya. Bagaimanapun, selesai sahaja penggambaran, Donita menjalani kehidupannya seperti biasa tanpa menyarung hijab.

Nuri Maulida
Terkenal menerusi filem Me vs High Heels, Nuri Maulida mengambil keputusan untuk memakai hijab selepas mengerjakan umrah.

Begitulah kira-kira..

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Tidak hairan selebriti Indonesia, pakai-buka, pakai-buka hijab mereka. Kerana mereka ikut kerajaan sekular mereka. Tengok tv-tv mereka, lepas baca Quran terus keluar gambar telanjang.(kasiyatun ‘ariyatun ) Bulan puasa sikit-sikit ma'aruf, lepes puasa all mungkar! Ada masjid, ada tempat pelacur, ada sirap, ada kencing syaitan (beer), ada saham judi, ada saham akhirat dan ada macam-macam.

Kerajaan Malaysia pun begitu, 2X5, kerana satu hala tuju, satu guru, iaitu iblis! Lihat isteri PM Malaysia pun, sekejap pakai tudung, sekejap tidak.Apa lagi kuncu-kuncunya. Guru kencing berlari, anak muridnya pecut terus!! Berlinanglah maksiat. Keluarga puak-puaknya berbogel (kasiyatun ‘ariyatun ) pun ada. Na'uzubillhi min zalik.

Isteri-Isteri Ditahan Kerana Rogol Suami Sampai Mati..

 

Lelaki Nigeria maut 'dirogol' lima isteri

ABUJA - NIGERIA. Gara-gara cemburu, seorang ahli perniagaan di Nigeria meninggal dunia kerana 'diperkosa' lima daripada enam isterinya, Julai lalu.

Insiden itu berlaku selepas lima isterinya tidak berpuas hati kerana mangsa, Uroko Onoja mengadakan hubungan seks dengan isteri paling muda.

Kelima-lima mereka memaksa Onoja mengadakan hubungan seks secara bergilir-gilir hingga mangsa berhenti bernafas secara tiba-tiba.

Menurut DailyMail, susulan kejadian itu, dua daripada lima isterinya telah ditahan polis.

Datuk Husam Dicalonkan T/Presiden. -PAS Segamat

 http://mk-cdn.mkini.net/265/8de1344616b1aeaf09024af215892a3c.gif

PAS kawasan Segamat, Johor memilih Datuk Husam Musa untuk dicalonkan sebagai Timbalan Presiden untuk Muktamar parti itu yang ke-59 November ini. Pemilihan Husam dibuat oleh perwakilan muktamar yang bersidang 25 Ogos lalu, iaitu kawasan PAS yang pertama membuat mesyuarat agung.

Semalam, PAS kawasan Besut, Terengganu memilih Datuk Nik Mohamad Amar Nik Abdullah, Timbalan Menteri Besar Kelantan sebagai calon timbalan presiden mereka. Pemilihan Nik Amar dibuat melalui mesyuarat jawatankuasa PAS kawasan itu selepas diberikan mandat oleh Mesyuarat Agung PAS kawasan sebelum ini.

"Pemilihan kedua-dua tokoh ini membayangkan sikap dua kumpulan penting dalam PAS untuk jawatan timbalan presiden kali ini.
"Apa yang jelas ulama mahukan Nik Amar manakala akar umbi mahukan Husam," kata seorang pemimpin PAS yang tidak mahu namanya disiarkan.

Beliau membuat andaian ini berdasarkan siapa di belakang jawatankuasa PAS kawasan Besut yang memilih Nik Amar sebagai calon mereka. Antaranya Setiausaha Majlis Syura Ulama, Nik Zawawi Salleh dan Ketua Dewan Ulama PAS Terengganu, Datuk Husein Awang di samping Yang Dipertua PAS kawasan Besut, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad.

Bagi kawasan Segamat pula, ia membayangkan kehendak akar umbi PAS kawasan itu kerana pemilihan Husam dibuat oleh semua perwakilan mesyuarat agung kawasan itu. Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub merasmikan mesyuarat agung itu.

Yang Dipertua PAS Segamat, Firdaus Masod, berkata beliau menyerahkan pemilihan itu dibuat oleh semua perwakilan untuk mengelakkan sebarang masalah jika jawatankuasa beliau membuat pilihan.
"Bayangkan mesyuarat agung kawasan kami terpaksa habis jam 12 tengah malam selepas bermula jam 9 pagi bagi membolehkan perwakilan diberikan hak sepenuhnya membuat semua pilihan," kata Firdaus kepada The Malaysian Insider.

Penyandang jawatan timbalan presiden PAS sekarang, Mohamad Sabu sudah mengesahkan beliau akan mempertahankan jawatan itu dalam muktamar ini. Nama Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man juga disebut-sebut bakal mendapat pencalonan untuk jawatan ini tetapi belum dibuat secara rasmi oleh mana-mana kawasan.

Sementara itu, sehingga kini, hanya nama Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang dicalonkan sebagai Presiden PAS termasuk kawasan Besut dan Segamat. PAS akan mengadakan muktamarnya pada 22 - 24 November ini di Shah Alam, Selangor dengan pemilihan untuk semua jawatan dibuat. - 11 September, 2013 (KedahLanie.info)
 
Lihat Sebelum ini..
E-Buku IH-77: Pemilihan Kepimpinan PAS 2013

E-Buku IH-77: Pemilihan Kepimpinan PAS 2013

Wednesday, September 11, 2013

Membela Wanita Bertudung Bukan Isu Agama Tetapi... -YB Yeo Bee Yin

yeobeeyin 
DAP kecam diskriminasi syarikat terhadap wanita bertudung

YB Yeo Bee Yin Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Damansara Utama 

PETALING JAYA, 10 SEPTEMBER: DAP menggesa syarikat di Malaysia melayan calon pekerja secara adil dan saksama dalam proses pengambilan pekerja serta menilai mereka bukan daripada segi cara berpakaian tapi berdasarkan kecekapan, keupayaan dan produktiviti.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Damansara Utama, Yeo Bee Yin berkata, ekonomi negara akan mendapat manafaat jika semua syarikat bebas daripada diskriminasi dengan pekerja yang diambil menjalankan kelangsungan syarikat.
“Wanita Muslim sepatutnya bebas mengamalkan tuntutan agama dan tidak wajar bagi majikan atau mana-mana pihak memaksa mereka memakai atau tidak memakai tudung. Mereka seharusnya bebas daripada apa jua bentuk diskriminasi dan prejudis, tidak wajar menempatkan mereka pada kedudukan lebih lemah dalam proses pengambilan pekerja apatah lagi langsung tidak diterima seperti yang dilaporkan.
“Perkara ini bukan isu agama tetapi soal keadilan dan hak sama rata. Adalah amat perlu untuk melihat kembali keperluan memasukkan klausa pakaian dalam bahagian berkaitan diskriminasi di dalam Perlembagaan Persekutuan seperti yang terdapat dalam perlembagaan Amerika Syarikat dan Mexico.
“Perkara 8, Perenggan 2 Perlembagaan Persekutuan menyatakan ‘tidak boleh ada diskriminasi terhadap warganegara semata-mata atas alasan agama, ras, keturunan, tempat lahir atau jantina dalam mana-mana undang-undang atau dalam pelantikan kepada apa-apa jawatan atau pekerjaan di bawah sesuatu pihak berkuasa awam’,” katanya dalam kenyataan.
Beliau yang juga Strategis Sosial Media DAP berkata demikian merujuk kepada status laman sosial Facebook wanita Muslim, Mira Kamil, baru-baru ini yang mendedahkan pengalamannya di mana kebanyakan syarikat di Malaysia tidak mengambil wanita bertudung bekerja.
Permohonan kerja beliau di beberapa syarikat bertaraf antarabangsa di Kuala Lumpur City Centre (KLCC) ditolak dengan alasan syarikat terbabit tidak mengambil wanita bertudung.
Kejadian ini juga disahkan Harian Metro apabila seorang daripada wartawannya menyamar untuk mencari kerja di syarikat terbabit namun ditolak atas sebab sama.
“Saya sekali lagi menekankan bahawa syarikat sepatutnya mengambil pekerja berasaskan merit dan kecekapan bukan daripada segi cara pemilihan mereka untuk berpakaian mengikut kepercayaan agama yang diamalkan,” ujarnya. -Roketkini.com
Komen Weblog Ibnu Hasyim:  “Perkara 8, Perenggan 2 Perlembagaan Persekutuan menyatakan ‘tidak boleh ada diskriminasi terhadap warganegara semata-mata atas alasan agama, ras, keturunan, tempat lahir atau jantina dalam mana-mana undang-undang atau dalam pelantikan kepada apa-apa jawatan atau pekerjaan di bawah sesuatu pihak berkuasa awam’.”
 Itu sebabnya jabatan agama tak bela agaknya, pasal bukan soal agama?

Video: Wanita bertudung susah mendapat pekerjaan.mp4 
 
 Lihat sebelum ini..

Profesional/ Ulama: Cakap Lain, Tulis Lain. -Nik Aziz


 KOTA BHARU: “Akhbar tulis tu tidak betul, saya cakap lain mereka tulis lain. Bukan saya sebut tidak perlu pilih bukan ulama, kerana semuanya dalam PAS dipanggil ulama.

“Profesional pun ulama juga, begitu juga ulama pun profesional. Sengaja ada pihak hendak sebut dua nama, sedangkan sebenarnya satu sahaja,” kata Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam reaksi terbarunya.

Beliau ditemui hari ini ketika menghadiri persidangan khas Dewan Undangan Negeri Kelantan. Baru-baru ini akhbar arus perdana cuba memberi gambaran Mursyidul Am mahu ulama dipilih menduduki jawatan Timbalan Presiden PAS. Laporan tersebut dilihat banyak pihak seperti ada agenda tertentu bagi melaga-laganya kepemimpinan dalam PAS dengan mengasingkan golongan profesional dan ulama.

Polemik tersebut seperti sengaja diuar-uarkan memandangkan muktamar tahunan PAS dijangka berlangsung pada akhir November hadapan. Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, ulama adalah mereka yang boleh bercakap dengan dalil al Quran dan Hadis biar pun bertali leher atau memakai songkok.

“Percakapan dia berdasar kepada al Quran dan Hadis. Ada pihak sekarang sengaja hendak pelaga-lagakan ulama dan professional. Mereka ini orang yang berfikiran kebangsaan.
“Ini bukan cara memberi ilmu kepada rakyat tentang gerakan Islam. Kita bangun berucap bukan pandai-pandai kita sendiri. Orang pertama yang membuat ucapan ialah Nabi Muhammad saw.
“Jadi bila berucap kita sambung apa yang diberitahu Nabi Muhammad saw dengan membawa dalil al Quran dan Hadis. Ini barulah kita benar-benar jadi pendokong gerakan Islam, bukan sekadar ahli PAS sahaja,” ujarnya.

Oleh yang demikian katanya, mana-mana pemimpin PAS berucap hendaklah diikat dengan nas al Quran, Hadis dan Sirah. (Hrkh)

Nik Amar Lawan Mat Sabu, Abd Hadi Kekal -Resolusi PAS Besut.



PAS Besut mencalonkan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah untuk mencabar penyandang jawatan timbalan presiden Mohamad Sabu (gambar) dalam pemilihan parti itu tidak lama lagi.

Resolusi PAS kawasan itu sebulat suara supaya Datuk Seri Abdul Hadi Awang dikekalkan sebagai Presiden PAS bagi sesi akan datang. Muktamar tahunan PAS kali ke-59 akan diadakan pada 22 hingga 24 November ini bagi memilih kepimpinan baru sesi 2013-2015.

Pemilihan kali ini turut mendapat perhatian daripada Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mengeluarkan kenyataan bahawa timbalan presiden harus dipilih dari kalangan ulama. Dengan pencalonan Nik Amar oleh beberapa kawasan membuktikan saranan Mursyidul Am itu diambil kira oleh setiap kawasan bagi pemilihan PAS akan datang.

Nik Amar sudah mendapat layak untuk bertanding sebagai timbalan presiden PAS dalam pemilihan akan datang. Dalam pada itu, PAS Besut turut menamakan tiga calon untuk merebut jawatan naib presiden iaitu Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar.
Pengaruh Mursyidul Am dijangka memberikan impak besar dalam pemilihan kepimpinan PAS tidak lama lagi.

Media melaporkan pada Sabtu lalu, Nik Abdul Aziz berpendapat Abdul Hadi patut dikekalkan sebagai presiden PAS dan timbalannya pula dipilih di kalangan ulama. Katanya, semua pemimpin PAS perlu mempunyai ciri ulama, namun apa yang membezakan mereka adalah ilmu agama yang dituntut.
Kenyataan Nik Abdul Aziz sekali gus memberi isyarat kepada pewakilan supaya jawatan presiden PAS itu tidak dipertandingkan.

“Saya berdoa dan minta Hadi yang banyak pengalaman dan ilmu diteruskan jadi presiden, tetapi timbalan atas undi dan tentu saya mahu orang ulama jadi timbalan beliau,” katanya selepas kuliah mingguan di Dataran Ilmu, Kota Bharu.

Beliau berkata demikian selepas Yang Dipertua PAS Padang Serai, Fauzi Tahir mahu menawarkan diri bagi mencabar Abdul Hadi merebut jawatan nombor satu itu pada muktamar kali ini. Fauzi berkata, penawarannya itu bukan ingin berlawan atau mencabar Abdul Hadi tetapi adalah untuk menguji ahli PAS seluruh Malaysia tentang kefahaman mereka terhadap perlembagaan parti.

Nik Abdul Aziz yang juga bekas Menteri Besar Kelantan itu mengakui mempunyai calon pilihan sebagai timbalan presiden, namun tidak mahu mendedahkan sebaliknya menyerahkan kepada ahli PAS untuk membuat keputusan terbaik.

"Saya tidak boleh sebut nama orang pilihan saya, orang yang nak jadi timbalan kena calon nama dia, orang nak pilih atau tidak itu terpulanglah kepada ahli, saya tidak boleh sebut nama dia," katanya. - 11 September, 2013.

Lihat Sebelum ini..
E-Buku IH-77: Pemilihan Kepimpinan PAS 2013

E-Buku IH-77: Pemilihan Kepimpinan PAS 2013

Shamsul Ghau Ghau Berubah & Dalami Islam, Al-hamdulillah!






Shamsul berkata faktor usia juga mendorong untuk dia melakukan penghijrahan selain bersyukur kerana diberi kesempatan berbuat demikian.

HALAMAN HIBURAN
PETALING JAYA: Pelakon dan pelawak Shamsul Ghau Ghau semakin berubah ke arah yang lebih baik dengan mendalami ilmu Islam sejak pulang mengerjakan ibadah Haji pada tahun lalu.

Shamsul atau nama sebenarnya Shamsul Azahar Aliddin, 44, berkata, faktor usianya juga mendorong untuk dia melakukan penghijrahan selain amat bersyukur kerana diberi kesempatan berbuat demikian.

"Alhamdulillah sejak balik mengerjakan Haji pada tahun lalu pintu hati saya terbuka untuk memperbetulkan kesilapan dan kelalaian yang pernah saya buat dulu.
"Malah sejak berpindah rumah dan tinggal di Bangi yang terletak di hadapan masjid, perubahan itu semakin terasa. Saya bersyukur doa saya kepada Allah dimakbulkan," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Selasa.

Tambah Shamsul, perubahan itu bukan bererti dia akan meninggalkan dunia hiburan sebaliknya akan terus menerima tawaran berlakon dan nyanyian jika bersesuaian.

Shamsul memberikan nama Megat Ammar Azahar kepada bayi ketiganya yang dilahirkan secara pembedahan pada malam Isnin lalu.

Bagaimanapun kata Shamsul berkata, dia kini lebih selesa dengan program berbentuk keagamaan dan bakal muncul dengan sebuah program terbitan TV Al-Hijrah berjudul Hijrah Munarawah.

"Program berkenaan adalah mengenai individu yang mendapat tiupan hidayah daripada Allah tidak kira artis atau pun orang biasa dan saya dipilih mungkin kerana ingin memberikan keceriaan dan santai kepada program itu.
"Saya bukan terus melupakan dunia hiburan tetapi pada usia sekarang kita perlu ada perubahan dan peningkatan dalam hidup," katanya.

Dalam pada itu, isteri Shamsul iaitu Syarifah Azrinah Syed Ibrahim selamat melahirkan anak ketiga mereka pada pukul 10 malam Isnin lalu bernama Megat Ammar Azahar. Jelas Shamsul, Megat Ammar dilahirkan secara pembedahan di Hospital An-Nur Bandar Baru Bangi dan isterinya masih ditahan untuk pemerhatian lanjut.

"Pengalaman membesarkan dua orang anak sebelum ini banyak membantu malah doktor yang menyambut kelahiran anak kami iaitu Dr Kamsiah banyak memberi tip dan nasihat tentang penjagaan isteri yang dibedah dan nasihat-nasihat lain yang cukup berguna," ujarnya.

Shamsul bersama isterinya sebelum pembedahan dilakukan di Hospital An-Nur Bandar Baru Bangi. 
Selain Megat Ammar, Shamsul dan isteri mempunyai dua lagi orang anak hasil perkongsian hidup mereka iaitu Megat Ummar Azhar, 8 dan Puteri Qaseh Batrysha, 3. Bercakap mengenai perkembangan terbaharunya, Shamsul berkata, selain menjadi duta untuk produk Walid Gold sejak beberapa tahun lalu dia kini bertindak sebagai jurucakap untuk Tabung Haji Travel bagi membawa artis dan peminat untuk mengerjakan Umrah di Mekah.

Selain itu kata Shamsul, menerusi agensi pelancongan itu juga dia akan mempromosikan pakej percutian ke negara-negara Islam bagi yang berminat. Dalam perkembangan lain, Shamsul memberitahu dia telah menjual restoran yang diusahakan bersama keluarga mertuanya di Kajang, sejak tiga tahun lalu selepas salah seorang daripada mereka meninggal dunia pada 2012.

"Bagaimanapun ibu mertua saya ada membuka sebuah kedai makanan yang diberi nama Warung Resepi Bonda di Sungai Ramal, Ramal Junction di Kajang yang lebih kecil dan senang diuruskan," katanya. (mStar)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Ingin berubah dan berhijrah ke arah Islam, dengan mendalami ilimu.. Itu suatu contoh yang baik dan pilihan yang tepat. Al-hamdulillah!

Ingat 5 Perkara Sebelum 5 Perkara (Video)

Pemilihan PAS: M/Sabu Dicabar Dr Mujahid & Tuan Ibrahim?

Tokoh PAS yang disebut-sebut sebagai pencabar jawatan timbalan presiden sehingga kini masih belum memberi isyarat jelas, namun penyandangnya Mohamad Sabu sudahpun bertegas untuk mempertahankan jawatan tersebut.

Mohamad ketika dihubungi Malaysiakini berkata, berkata beliau akan tetap mempertahankan jawatan tersebut dalam pemilihan parti tersebut bagi sesi 2013-2015 pada November.

NONE
"Saya akan pertahankan (jawatan timbalan presiden) dan serah pada muktamar akan nasib perjuangan saya dalam PAS," katanya dalam satu SMS ringkas.

Reaksinya itu terbit susulan “isyarat” dari mursyidul am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat yang mahu golongan ulama dipilih sebagai pemimpin nombor dua parti.

Sementara itu, pencabar Mohamad yang disebut-sebut -- Datuk Mujahid Yusof dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man -- masih belum memutuskan hasrat untuk bertanding jawatan itu dan menyerahkan kepada pencalonan di peringkat kawasan.

"Soal persaingan jikalau ada pun mestilah dalam konteks menawarkan calon terbaik untuk PAS dan bukan persaingan yang meruntuhkan PAS," kata Mujahid dalam kiriman SMSnya kepada Malaysiakini petang ini.

"Setakat ini, saya lebih suka ahli menilai kerja dan usaha saya untuk membawa PAS maju ke hadapan dalam susana realiti politik yang sedang dilalui PAS," katanya yang yakin, akar umbi dan perwakilan matang untuk membuat penilaian.

NONE
Manakala Ketua penerangan PAS Tuan Ibrahim pula dilapor sedia mempertimbangkan untuk bertanding jawatan timbalan presiden jika mendapat pencalonan di peringkat akar umbi.

Bagaimanapun, katanya, perkara itu tidak dapat diputuskan selagi tiada pencalonan secara rasmi daripada peringkat kawasan, lapor Sinar Harian hari ini.

"Pencalonan belum lagi, terpulang pada pencalonan. Tetapi saya akan pertimbangkan untuk itu.

"Bukan sahaja untuk timbalan presiden, tetapi untuk jawatan lain pun, saya sedia pertimbangkan," katanya dipetik.

Laporan itu juga menyebut, antara pemimpin lain yang menjadi sebutan adalah Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Harun Taib, Ketua Pemuda Nasrudin Hassan dan bekas timbalan presiden Nasharuddin Mat Isa. (MK)

Lihat Sebelum ini..
E-Buku IH-77: Pemilihan Kepimpinan PAS 2013

E-Buku IH-77: Pemilihan Kepimpinan PAS 2013

Lagi Rogol Beramai-ramai Di India, 4 Bersalah.


 SEKUMPULAN remaja mengadakan tunjuk perasaan di hadapan kompleks Mahkamah Saket di New Delhi, India semalam. Mereka mendesak tertuduh dihukum gantung. 


NEW DELHI - Empat lelaki yang dituduh merogol seorang pelajar perubatan di dalam sebuah bas sehingga menyebabkan kematiannya didapati bersalah oleh sebuah mahkamah India semalam. Hakim Yogesh Khanna berkata, tertuduh yang kini boleh berhadapan hukuman mati didapati bersalah merogol, membunuh dan mencuri. Hukuman terhadap mereka dijangka dijatuhkan hari ini.

"Mereka didapati bersalah merogol secara berkumpulan, memusnahkan bukti dan membunuh mangsa tidak berdaya," ujar Khanna.

Bagaimanapun, keempat-empat tertuduh itu, Mukesh Singh, Akshay Thakur, Pawan Gupta dan Vinay Sharma mengaku tidak bersalah terhadap dakwaan- dakwaan tersebut. Wajah kesemua tertuduh didedahkan kepada umum buat pertama kali semalam sejak perbicaraan bermula tujuh bulan lalu.
Mangsa yang berusia 23 tahun meninggal dunia pada 29 Disember 2012 setelah menjalani rawa- tan di Hospital Mount Elizabeth, Singapura.

Pelajar perempuan itu diserang semasa dia bersama seorang rakan lelakinya menaiki sebuah bas sekolah yang dicuri enam lelaki mabuk pada 16 Disember 2012. Seorang suspek utama kes terbabit, Ram Singh membunuh diri dengan menggantung diri di penjara Tihar pada Mac lalu manakala suspek keenam, remaja berusia 17 tahun dihukum penjara selama tiga tahun. - AFP

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-64: Rogol Di India
E-Buku IH-64: Rogol Di India

Wanita Ini Ditangkap Khalwat.. Kesian! Bolehkah 'Hudud' Mendidiknya?

 Wanita yang ditangkap berkhalwat bersama kekasihnya.

KLUANG – Ketiadaan suami akibat dipenjara atas kesalahan dadah menjadi ‘tiket’ buat seorang isteri berlaku curang bersama kekasihnya.

Bagaimanapun tindakan wanita berusia 29 tahun itu terbongkar apabila dia dicekup bersama teman lelaki di rumahnya di sini, semalam.

Kelakuan sumbang yang difahamkan berlaku sejak lebih sebulan lalu oleh penduduk setempat yang pada mulanya menyangka lelaki terbabit adalah suaminya.

Pegawai Tadbir Agama Daerah Kluang, Khalil Md Noor berkata, berdasarkan laporan yang dibuat, satu pasukan anggota penguat kuasa Jaij melakukan serbuan ke rumah wanita terbabit.

“Setibanya di rumah berkenaan, pihak kami mendapati keadaan rumahnya gelap dan hanya lampu di bahagian dapur dipasang. Sebuah motosikal yang digunakan lelaki tersebut diletakkan di bahagian belakang rumah kononnya untuk mengaburi orang ramai agar tidak mengetahui kehadiran lelaki berkenaan.

“Selepas disiasat, pihak kami mendapati ada penghuni di rumah tersebut kerana kipas angin di ruang tamu terpasang selain terdapat kelibat pergerakan manusia menerusi cermin tingkap,” katanya.

Mohd Khalil berkata, selepas mengetuk pintu rumah berkenaan, pihaknya terpaksa menunggu hampir 20 minit sebelum seorang wanita bersama seorang lelaki berusia 29 tahun membuka pintu.

Ketika soal siasat dijalankan katanya, pasangan berkenaan menyatakan bahawa mereka adalah pasangan suami isteri yang sah.

“Namun hasil pemeriksaan dijalankan, pasangan terbabit gagal menunjukkan mereka adalah pasangan suami isteri sebelum mereka mengaku merancang untuk bernikah selepas wanita berkenaan bercerai.

“Apa yang lebih mengejutkan adalah anak perempuan wanita tersebut yang berusia empat tahun turut tidak mempunyai sah taraf melalui pemeriksaan terhadap surat beranak milik kanak-kanak berkenaan,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, pasangan itu disiasat di bawah seksyen Seksyen 27 (1)(a)&(b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997 dan boleh dikenakan denda maksimum RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

“Kami juga akan membuat siasatan lanjut ke atas kanak-kanak tersebut bagi menentukan kedudukannya yang sebenar,” katanya. (SH)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kasihanilah mereka. Bolehkah hukum Islam (hukum hudud) mendidiknya? Sayang.. kerajaan Malaysia buta matahatiperut nya melihat keindahan hukum hudud yang diciptakan Allah SWT untuk manusia..

Lihat ini..
E-Buku IH-46: Isu Hudud, K'tan & Nik Abd Aziz
E-Buku IH-46: Isu Hudud, K'tan & Nik Abd Aziz

Tuesday, September 10, 2013

Woow..... Sukan Lumba Kuda.

Foto Global  
NICOLA Philippaerts dari Belgium menunggang Vadetta VH Mettenhof bersaing dalam ekuestrian individu pada hari terakhir Kejohanan Masters di Spruce Meadows di Calgary, Alberta, Kanada. FOTO AFP.

SUKAN  

Komen Blog Ibnu Hasyim: Sekadar buka minda, samakah sukan di atas dengan sukan lumba kuda di zaman Nabi Muhammad SAW, di zaman awal kelahiran Islam pimpinan beliau?

Pertandingan Kuda:

Ibnu Umar menyatakan bahawa, Rasullullah SAW sering menganjurkan pertandingan lumba kuda dan baginda memberi hadiah kepada pemenang. Semua ini dilakukan oleh baginda untuk mengembang sukan berkuda, melatih kepintaran berkuda serta kesihatan tubuh badan.

Iman Ahmad bin Hanbali telah meriyawatkan dalam kitabnya 'Masnad' dimana Anas telah ditanya, "A
dakah Rasulullah SAW memasuki pertandingan kuda?" Anas menjawab "Ya"


"Demi Allah, baginda berlumba dengan kudaNya bernama Subbah. Kuda tersebut memenangi perlumbaan dan baginda amat gembira." Hadith Bukhari diriwayatkan oleh Abdullah bin Umar.

Rasullullah saw mengadakan pertandingan kuda dari Ath-Thaniya sehingga Masjid Banu Zurayk. Abdullah bin Umar juga menyatakan bahawa beliau juga menyertai pertandingan tersebut.

Jarak Pertandingan

Rasullah saw tidak melarang pertandingan lumba kuda, malah baginda sendiri memberi nasihat aturcara pertandingan, antaranya baginda pernah menganjurkan perlumbaan kuda di Madinah diantara:-

Dari Hafiya ke Thaniyyat al-Wada (60 ghalwa = 5 hingga 6 batu) untuk kuda dewasa
Dari Thaniyyat al-Wada ke Banu Zurayk (10 ghalwa = 1 batu) untuk kuda muda.

Banginda sendiri menyertai pertandingan tersebut dimana kuda baginda pernah memenangi pertandingan beberapa kali. Rasullullah saw amat gemar menunggang kuda dan mengalakkan pertandingan lumba kuda.

Berikut adalah beberapa keratan tentang minat bagida terhadap kuda, antaranya:-

" Terdapat banyak keberkatan dalam pemeliharaan kuda" (Kitab Masnab)
" Belajarlah memanah dan menunggang kuda" ( Hadith Muslim)
(2MA)


Rujukan:
Diantara kitab-kitab yang menyatakan perihal kuda ialah:-

1. Kitab Al-khayal oleh Attabi
2. Kitab Al-Khayal al-kabir oleh Ahmed Abi Tahir
3. Kitab Khalq al-faras oleh Asmai
4. Kitab al-sarj wal-lijam oleh Asmai
5. Kitab khalq al-faras oleh Washsha
6. Kitab Khasyl al-saghir & Kitab al-sarj wal-lijam oleh Ini Durayd
7. Kitab al-khayl bi khatt al-Kufi oleh Ahmed Habib
8. Kitab al-khayl al-sawabik oleh Khawlani
9. Kitab nasab al-khayl oleh Muhammad bin Ziad
10. Kitab al-khalq as faras oleh Ibrahim al-Zujaj


Terdapat lebih dari 30 kitab-kitab lain yang menceritakan tentang kuda.
(2MA)

Lihat sebelum ini..

Fikirkan Hala Tuju PAS, Bukan Isu -Abd Shukur Harun,


Ketika PAS Kawasan seluruh negara sedang rancak mengadakan mesyuarat agung dan disusuli oleh mesyuarat Dewan Ulama, Pemuda dan Muslimat peringkat negeri, menjelang Muktamar Tahunan PAS November nanti, pelbagai isu telah ditimbulkan oleh pelbagai pihak.

Terutamanya media massa, politikus Umno dan pihak yang menyokongnya yang sentiasa mencari salah PAS untuk menyerangnya. Ini biasa berlaku setiap menjelang Muktamar PAS.

Kini, isu yang hangat diperkatakan ialah isu Syiah iaitu ada pihak dengan segala prejudisnya menuduh PAS terlibat dengan Syiah, sedangkan Presiden PAS, Dato’ Seri Haji Abd Hadi Awang dan pemimpin PAS yang lain telah menjelaskan dengan sejelas-jelasnya dan menafikannya.

Bagaimanapun, isu ini terus diperhangatkan atas kepentingan tertentu dengan melabelkan Timbalan Presiden PAS, Haji Muhamad Sabu kononnya sebagai ‘orang Syiah’, padahal beliau telah menafikannya berulang kali.

Kemudian ditimbulkan pula isu sampingan – melaga-lagakan golongan ulama dan profesional - menjelang Muktamar PAS dan beberapa isu lain yang saling bermunculan yakni dijangka akan semakin rancak ditimbulkan semakin dekat Muktamar.

Bagi pendukung PAS yang setia, mereka sangat faham bagaimana musuh PAS memanipulasi isu ini setiap kali muktamar untuk memecahbelahkan PAS.

Oleh itu, mereka tidak perlu melayannya, menjelang Muktamar tahu lalu – sebelum PRU ke-13, masyarakat dihangatkan dengan isu supaya PAS menarik diri dari Pakatan Rakyat dengan melaga-lagakan PAS dengan DAP, namun pendukung PAS yang amat setia tidak terpengaruh dengan hasutan ini, yakni akhirnya PAS terus bersama Pakatan menghadapi PRU tersebut.

Kini musuh politik PAS bangun kembali dan berusaha menimbulkan isu-isu yang disebutkan tadi dan tidak mustahil akan berusaha lagi merekacipta isu untuk memecahbelahkan PAS. Tetapi kita yakin, usaha musuh politik PAS ini akan terus gagal, sama seperti kegagalan mereka pada masa lalu, justeru pengalaman dan ilmu yang ada pada pendukung PAS mampu mempertahankan keutuhan parti.

Mengenai isu Syiah, Presiden PAS telah mengingatkan umat Islam agar tidak terpengaruh dengan agenda Barat yang hendak melemahkan Islam dengan masalah mazhab Sunni-Syiah. Beliau menyifatkan isu kontroversi ini perkara lama yang sengaja ditimbulkan kembali.

Justeru, katanya, secara sedar tetapi bodoh atau jahil, isu perbalahan mazhab tersebut telah melekakan umat Islam mengenai kebangkitan Islam di seluruh dunia. Kata beliau, kerana asyik dengan pertikaian mazhab hingga umat Islam sendiri lupa musuh sebenarnya iaitu Israel serta kuasa-kuasa besar dunia. Untuk itu, Presiden PAS menyeru supaya umat Islam memahami bacaan politik antarabangsa yang dikuasai oleh kuasa-kuasa besar dunia termasuk Israel.

Orang Melayu dan masyarakat Islam di negara ini, katanya, masih lagi berpegang dengan mazhab Ahli Sunnah. Oleh itu, saya percaya isu Syiah ini tidak akan ‘menggegarkan’ Muktamar PAS November ini. Tetapi jika timbul juga, maka memang sangat malanglah.

Yang penting diberi fokas dalam Muktamar nanti ialah hala tuju PAS akan datang, melakarkan road-map parti dalam menghadapi politik baru negara ini iaitu PAS, sebagai parti politik Islam kontemporari, mesti menyediakan dirinya benar-benar kukuh dan berperanan penting dalam politik arus perdana Malaysia.

Ia tidak boleh lagi dilihat hanya ‘berlegar’ dalam kelompok atau lingkungan partinya saja, tetapi ia mesti menyerlah di mana-mana, mengambil bahagian  penting dalam semua situasi, justeru sebagai parti dan gerakan Islam, ia menjadi ‘pengimbang’ atau dalam bahasa yang mudah difaham sebagai pengadil dalam semua pergolakan dan keadaan.

Ini sesuai dengan sifat Islam sebagai agama wasatiyah, pengimbang dan penyaksi kepada manusia dan Rasul menyaksikannya, seperti yang disebut di dalam al-Quran Surah Al-Baqarah, 143.

Oleh itu para muktamirin perlu menyediakan gagasan dan idea besar ke arah itu, tidak perlu lagi mengulang-ngulang retorik dan slogan serta frasa lama. Atau membangkitkan isu yang bersifat remeh-temeh atau kritikan dalaman yang hanya ‘mencederakan’ sesama pendukung parti. Lebih-lebih lagi, seperti biasa, ada puluhan wakil media massa – dalam dan luar negara – yang membuat laporan Muktamar di samping para tetamu.

Mungkin ada hujah mengatakan bahawa bila lagi hendak mengkritik atau mengemukakan pandangan kalau bukan di Muktanar. Pada pendapat saya, itu memang benar bahawa kritikan atau teguran serta pandangan berbeza itu boleh saja dilakukan, tetapi pandangan dan teguran itu jangan sampai ke tahap dilihat sebagai tidak releven, tidak faham isu, malah bodoh. Maknanya, kritikan atau pandangan berbeza mestilah didukung dengan fakta, kemunasabahan atau logik akal serta dibawa dalam lingkungan akhlak Islam.

Sementara itu, saya percaya dalam Muktamar kali ini, akan timbul perihal kekalahan PAS di Kedah, kekalahan hingga 15 kerusi PAS di Kelantan, peningkatan prestasi PAS Terengganu yang sangat menjanjikan, kemenangan 15 kerusi PAS di Selangor, kemenangan beberapa kerusi PAS di Johor, sebuah kerusi PAS di Melaka, prestasi PAS Perak yang dan lain-lain akan dibahaskan dalam suasana yang tenang dan matang.

Juga perlu dibahaskan dalam Muktamar itu mengenai usaha PAS untuk menawan kerusi Melayu lebih banyak di luar bandar, di samping mengekalkan sokongan yang ada. Dalam masa yang sama mengeratkan kerjasama dengan semua parti dalam Pakatan rakyat dan berusaha memperkukuhkan lagi Tahaluf-Siyasi.

Kesimpulannya, Muktamar PAS kali ini mesti menghantar isyarat jelas bahawa PAS  sebagai parti politik Islam mampu berdiri gagah (Walking Tall) menghadapi cabaran yang ada betapapun kompeksnya. Ia bukan lagi parti yang berlegar di lingkungannya saja, tetapi ia parti yang hadir dan berperanan dalam arus perdana politik Malaysia. Untuk itu paduan antara ulama, profesional, veteran, tokoh aktivis dan pelbagai golongan lagi amat perlu. (Hrkh)

Lihat Sebelum ini..
E-Buku IH-77: Pemilihan Kepimpinan PAS 2013
E-Buku IH-77: Pemilihan Kepimpinan PAS 2013

K/Perpaduan: Giliran PKR Pula? -Khalid Samad

Oleh KHALID sAMAD

Khalid Samad

TERDAPAT bermacam komen sinis yang dilemparkan terhadap saya, tidak hairan, hasil dari berita kononnya Anwar ingin membentuk kerajaan Perpaduan dengan Umno/BN.

Yang paling kerap diulangi ialah bahawa saya mendiamkan diri dan tidak menyerang Anwar ‘sepertimana saya (kononnya) serang DS Presiden Pas’ apabila cadangan yang sama dikemukakan oleh DS Presiden.

Saya juga dituduh ‘mencemuh’ DS Presiden atas isu UG ini tetapi tidak berani menyentuh walaupun sedikit apabila Anwar sebut perkara yang sama.

Amatlah jelas bahawa mereka yang membuat tuduhan ini tidak tahu hujung pangkal. Selain dari maklumat yang didengari yang diulangi, seperti burung kakak tua, mereka tidak tahu apa-apa.

Untuk respon kepada tohmahan ini, yang datang siap dengan poster tersendiri yang disebar-luas melalui Facebook kumpulan tertentu, saya bawa kembali artikel asal saya yang saya tulis sekitar Mac 2009 berhubung cadangan DS Presiden tersebut.

Kalau ada didapati terdapat cemuhan atau serangan terhadap DS Presiden di dalam artikel tersebut, saya harap boleh ditunjukkan pada perenggan berapa dan ayat yang mana. Kalau tidak ada, harap diam serta jangan panjangkan lagi fitnah dan tohmahan anda dan mungkin saya akan maafkan.

Kerajaan Perpaduan

Kita baru-baru ini dikejutkan oleh cadangan DS Presiden PAS supaya difikirkan penyelesaian melalui ‘Unity Government’ atau Kerajaan Perpaduan. Oleh kerana konsep kerajaan Perpaduan ini adalah satu konsep yang baru, maka ramai yang tidak begitu jelas dengan apa yang dimaksudkan.

Ada yang menganggap ianya sebagai pergabungan di antara Pas dan Umno atau Pas dan BN.

Walaubagaimanapun, apa yang saya faham sebagai maksud DS Presiden ialah kerajaan gabungan di antara BN dan PR. Gabungan ini akan menjadikan semua pihak sebahagian dari kerajaan yang memerintah dan tiada pembangkang buat seketika.

Dengan itu persengketaan dapat dielak dan semua boleh tumpu kepada persoalan menghadapi dan mengatasi kegawatan ekonomi yang sedang menimpa.

Cadangan ini dikemukakan hasil dari suasana politik yang semakin tegang dan kegawatan ekonomi yang sedang menimpa. DS Presiden khuatir persengketaan politik yang sedang dialami sekarang ini, disebabkan persaingan yang begitu sengit di antara PR dan BN akan menyebabkan ketegangan semakin meruncing sehingga menjerumuskan negara ini ke dalam suatu suasana yang tidak terkawal.

Politik perkauman berserta pendekatan pihak berkuasa secara kuku besi akan menyebabkan pertelagahan yang tiada kesudahan sehingga masalah kegawatan ekonomi tidak terurus. Ini akan menyebabkan semua pihak, bukan sekadar parti-parti politik tetapi juga rakyat jelata mengalami kerugian yang amat besar.

Konsep ‘kerajaan Perpaduan’ ini menuntut supaya BN berkongsi kuasa dengan PR di peringkat pusat, khususnya. Setiap kementerian mesti dikuasai bersama dan dasar-dasar perlu ditentukan secara konsensus.

Ianya bukan satu keadaan di mana PR duduk di bawah penguasaan BN tetapi setaraf dengannya sebagai rakan kongsi. Parti-parti komponen PR tidak menyertai BN tetapi kekal dalam PR; dan PR yang ‘bergabung’ dengan BN.

Untuk cadangan ini berjaya, semua pihak yang terlibat mesti sanggup mementingkan negara lebih dari kepentingan parti atau diri sendiri.

Secara umumnya ia satu cadangan yang baik, sekiranya syarat-syarat ini dapat dipenuhi. Malangnya BN masih lagi istiqamah dengan budaya politik pengautan kekayaannya dan adalah amat sukar untuk saya membayangkan BN akan bersetuju.

Mereka tidak mungkin sanggup berkongsi kuasa dengan PR sedangkan mereka masih menganggap mereka mampu kekal berkuasa sepenuhnya secara bersendirian.

Kedua, mereka tidak pernah mampu meletakkan kepentingan rakyat dan negara melebihi kepentingan diri dan parti mereka. Lihat sahaja rompakan kuasa yang mereka lakukan di Perak.

Ketiga, mereka juga menyedari bahawa sekiranya mereka membenarkan PR memerintah bersama, PR akan tambah berpengaruh dan semakin diterima rakyat.

Pendedahan rakyat kepada kemampuan PR akan menyebabkan kuasa akan hilang dari genggaman mereka sedikit demi sedikit.

Walaupun idea ini merupakan penyelesaian yang paling ‘ideal’ untuk negara kita buat ketika ini, di mana kita boleh elak daripada satu suasana persengketaan yang mampu memusnahkan segala-galanya, tetapi pepatah Melayu ada berkata ‘Bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi’. Namun, kita boleh mencadangkan dan kita lihat bersama.

Mana tahu, mungkin mereka juga sudah serik dengan suasana ini dan akan membuang jenis pemimpin yang mementingkan diri. Tanpa pemimpin yang sebegini mereka akan mula menyedari betapa baiknya cadangan ini.

Sehingga keadaan itu berlaku dan hari bertuah itu tiba, kita tingkatkan azam kita bersama, sengsingkan lengan dan terus berusaha kearah kejatuhan kerajaan BN. Bermula di Bukit Gantang dan Bukit Selambau, menuju ke Batang Ai.

Dari artikel ini amat jelas bahawa:

1. UG yang saya faham dicadangkan oleh DS Presiden adalah antara PR dan BN. Bukan Paa dan Umno/BN. Kalau Pas dan Umno/BN, memang saya tolak dan saya akan sebut ianya pengkhianatan. Kenapa? Kerana setelah menang dengan bantuan PR, tiba-tiba Pas ingin tinggalkan PR untuk berUG dengan Umno/BN. Sedangkan yang undi Pas dan memenangkan Pas menyokong PR dan ingin menjatuhkan Umno/BN!

Maka kalau Pas tinggalkan PR untuk bersama Umno/BN maka ianya adalah jelas satu pengkhianatan.

2. UG di antara PR dan BN pula, dengan syarat kongsi-kuasa sebenar, saya sebut sebagai ‘penyelesaian ideal’. Tetapi saya tidak yakin Umno/BN ikhlas dalam soal ini kerana mereka pasti sedar akhirnya mereka yang rugi dan PR akan semakin mantap. Oleh itu tiada sebab mereka akan inginkan ianya berlaku.

3. Dengan itu saya rumuskan bahawa setelah dibuat cadangan, kita lihat sahaja sama ada Umno/BN ikhlas atau sebaliknya. Saya yakin ianya hanya isu yang bertujuan untuk memecah-belahkan PR.

Dalam kes Anwar, setakat ini yang sebut UG adalah hanya Utusan Malaysia. Walaupun kebelakangan ini ada yang semakin meyakini Utusan, sehingga meng‘whatsapp’kan berita darinya, minta maaf, saya tetap tidak percaya pada Utusan.

Setakat yang saya baca dan dengar, Anwar hanya meminta supaya PR dan BN bertemu untuk berbincang penyelesaian masalah negara, khususnya dalam persoalan ekonomi negara.

Dalam soal bertemu untuk berbincang isu negara, ianya tiada masalah. Pas sendiri pernah hadir dalam Majlis Perundingan Ekonomi Negara atau MAPEN pada 1992 kalau tidak silap saya. Saya sendiri salah seorang wakil Pas pada ketika itu.

Walau bagaimanapun, kalau Anwar ingin tubuh UG antara PKR dan Umno/BN sudah pasti akan saya serang.

Tapi bodohlah saya untuk menyerang sedangkan beliau menafikannya dan tiada bukti untuk menolak penafiannya itu kecuali Utusan yang sudah kita semua sedia maklum akan kredibilitinya.

Maaf untuk yang kesekian kalinya, tetapi saya tidak percaya Utusan dan memang kerja Utusan adalah untuk melaga-lagakan PR.

Wallahu 'Alam
KHALID SAMAD

Artikel ini dipetik dari blog Khalid Samad, http://www.khalidsamad.com/2013/09/persoalan-kerajaan-perpaduan giliran.html#more

Lihat sebelum ini.. 

E-Buku IH-77: Pemilihan Kepimpinan PAS 2013
E-Buku IH-77: Pemilihan Kepimpinan PAS 2013

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails