Saturday, November 23, 2013

Tidak RASMI: Mat Sabu MENANG, Husam TEWAS


Tidak Rasmi: Mat Sabu Pertahan Jawatan Timbalan Presiden PAS
[Mstar] KUALA LUMPUR: Penyandang Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu telah mengekalkan jawatannya dengan majoriti tipis, menurut kiraan tidak rasmi.
Penyandang naib presiden Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub telah mengekalkan kedudukan mereka manakala calon Ulama Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menewaskan Datuk Husam Musa.
Keputusan rasmi akan diumumkan tidak lama lagi.
P/s: Tahniah Brader Mat!!!

A/Hadi: PAS Ada Hak Ketuai Pakatan Tapi...


Presiden PAS Abdul Hadi Awang berkata terpulang kepada seluruh kepimpinan Pakatan Rakyat untuk menentukan pemimpin parti mana yang mengetuai gabungan pembangkang itu sekalipun PAS "ada hak".

Katanya, parti itu "tidak berhak" untuk mengumumkannya dan ia memerlukan kepada perbincangan dalam Pakatan Rakyat.

"Itu terpulang kepada seluruh pimpinan Pakatan Rakyat. PAS sendiri tidak berhak (mengumumkannya siapa ketuai Pakatan).

"PAS ada hak (mengetuai)... Perlu kita bincang semua parti-parti dalam Pakatan Rakyat," katanya dalam sidang media tengah hari ini selepas penangguhan sidang bagi sesi pagi.

Beliau mengulas perbahasan perwakilan Johor Firdaus Masood yang membangkitkan siapa pemimpin yang mengetuai Pakatan Rakyat.

Membahaskan ucapan dasar presiden, Firdaus berkata ia bagi memastikan supaya ahli PAS mengetahui siapa yang bakal menjadi perdana menteri selepas pilihan raya umum ke-14. (MK)

Konflik Tahaluf Siyasi Diselesai Secara Dalaman


Tuan Guru Abdul Hadi ditemubual Hijau.fm.

SHAH ALAM: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan segala perkara berkaitan tahaluf siyasi akan diselesaikan berdasarkan maklumat, bukan dari media perdana, elektronik mahupun alternatif.

Dalam masa sama, segala masalah yang timbul hasil tahaluf siyasi akan diselesaikan secara dalaman setelah mendapat maklumat terperinci.

Beliau berkata demikian ketika ditanya berhubung isu tahaluf siyasi di kalangan Pakatan Rakyat, khususnya di Pulau Pinang.

"Kita sangat menghargai Pakatan Rakyat Pulau Pinang yang memberi banyak tanggungjawab kepada PAS, walaupun hanya ada kerusi," kata beliau pada satu sidang media, di Stadium Malawati, hari ini.

Dalam pada itu, Ustaz Hadi turut menjelaskan PAS negeri tidak mempunyai hak berkaitan jawatan Ketua Pakatan Rakyat, sebaliknya ia terpulang kepada seluruh pimpinan dalam Pakatan Rakyat.

"PAS tiada hak, tetapi berhak dan tidak bersendirian. Perkara itu perlu dibincangkan dengan semua parti dalam Pakatan Rakyat," tegas beliau.

Dalam sidang media yang sama, Ustaz Hadi mengatakan PAS sudah terkehadapan dalam urusan melantik wakil Sabah dan Sarawak dalam jawatankuasa kerja PAS Pusat.

"Kita tidak pernah mengabaikan wakil dari Sabah dan Sarawak dalam jawatankuasa pusat, walaupun jawatankuasa pusat dipilih oleh muktamar. Kita pernah melantik wakil Sabah dan Sarawak bagi menganggotainya, sebelum ini," kata beliau. (hRKH)

PAS Tampil Keseimbangan Wawasan Negara Islam


 Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang (dua dari kanan) melancarkan gimik perasmian Muktamar PAS ke-59 di Shah Alam semalam. Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 23 November, 2013.  




Sejak pembentukannya pada 1951, PAS mempromosi pembentukan negara Islam di Malaysia namun parti Islam itu secara tiba-tiba mengubah slogannya kepada negara berkebajikan sejak dua tahun lalu.
Semalam, parti itu sekali lagi mengubah arah tujunya.

Mendakwa menegakkan Islam sebagai agenda utama parti, kepimpinan PAS berkata, mereka mahu menyuburkan kecintaan dan keamanan kepada semua rakyat Malaysia di samping membawa mesej ajaran Islam sebenar kepada rakyat.

"Ini bukan janji kosong. Agenda kami adalah Islam seperti mana ternyata dalam Klausa 3 perlembagaan parti," kata Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam ucapan dasarnya semasa Muktamar PAS kali ke-59.
Dalam ucapannya, Abdul Hadi berkata, PAS percaya bahawa perjuangan Islam adalah komprehensif seperti mesej yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW.

Ketika ahli parti gembira parti menyuburkan ajaran Rasulullah SAW, mereka juga mempersoalkan cita-cita PAS yang masih belum berjaya mewujudkan sistem kerajaan negara Islam dan pelaksanaan hukum hudud. – 23 November, 2013.(TMI)

Ketua Dewan Muslimat PAS Pertama Meninggal Dunia



SHAH ALAM: Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat yang pertama, Siti Zubaidah Ali, 84, telah meninggal dunia jam 7.15 malam tadi di rumahnya di Telok Gadong, Klang.

Allahyarham merupakan isteri kepada bekas Exco Kerajaan Terengganu, Ustaz Ahmad Azam telah diamanahkan sebagai Ketua Muslimat PAS Pusat dari tahun 1956 hingga 1960.

Dewan Muslimat PAS Pusat mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham dan berdoa semoga Allah SWT mencucuri rahmat dan dimasukkan ke dalam golongan orang yang beriman dan beramal soleh.

Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Dr Siti Mariah Mahmood berkata, Muktamar Dewan Muslimat PAS Pusat kali ke-53 telah menyampaikan anugerah Saidatina Khadijah kepada allahyarham bagi mengenang jasa beliau yang banyak melakukan pengorbanan.

"Anak beliau Dr Firdaus memberitahu, allahyarham menitis air mata dan terharu apabila diberitahu Dewan Muslimat memberi anugerah Saidatina Khadijah," katanya.

Beliau berkata, Dewan Muslimat PAS tidak akan melupakan jasa allahyarham sebagai ketua pertama yang merintis jalan menubuhkan Dewan Muslimat demi membantu parti mencapai matlamat perjuangan Islam.

"Allahyarham merupakan seorang daie yang gigih dan tidak berhenti berjuang untuk mendidik masyarakat dalam ilmku agama," katanya.

Menurut beliau, walaupun dalam keadaan kurang sihat allahyarham begitu teruja apabila bercakap tentang perjuangan dan dakwah Islam.

Allahyarham Ustazah Zubaidah mendapat pendidikan Islam di Bukit Tinggi, Sumatera.

Allahyarham bersama Ustaz Azam bergiat dalam politik PAS sejak  tahun 1950-an bermula di Perak.

Allahyarham berpindah ke Terengganu kerana berkhidmat sebagai guru agama di Sekolah Agama Khairiah Gong Kapas, Kuala Terengganu dan akhir di Klang, Selangor. (Hrkh)

Tolak Hudud Berfikiran Sempit -Nik Aziz

SHAH ALAM - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat hari ini berkata, beliau optimis hukum hudud yang diperjuangkan PAS akan dapat dilaksanakan di Kelantan.

Beliau mendakwa hukum hudud kini mendapat sokongan terbuka daripada pihak yang dahulunya senyap dalam isu ini, termasuk segelintir yang sebelum ini menentang pelaksanaannya.

Orang yang menolak hudud adalah orang yang berfikiran amat singkat tetapi mereka yang berfikir panjang akan meyakininya, kata beliau kepada pemberita selepas majlis perasmian Muktamar Pas ke-59 selama tiga hari yang bermula di sini hari ini.

Nik Aziz juga menafikan bahawa undang-undang hudud di Kelantan meniru Brunei walaupun terdapat seorang rakyat Brunei terlibat dalam penggubalan draf Undang-undang Hudud di Kelantan.
"Kalau ada kekurangan... tak ada undang-undang di dunia yang lengkap...mesti ada budi bicara hakim... itulah kelebihannya, Insya-Allah berdoalah bersama-sama supaya (hudud) dapat dilaksanakan (di Kelantan)," katanya. - Bernama


Karnival PAS For All Sempena Muktamar ke-59


SHAH ALAM: Bersempena Muktamar Tahunan PAS Pusat kali ke-59 yang sedang berlangsung hari ini, PAS menganjurkan Karnival PAS For All bermula hari ini hingga 24 November ini.

Karnival yang diadakan di perkarangan Stadium Malawati menghidangkan pelbagai acara menarik untuk orang ramai bermula jam 8.00 pagi hingga 12 tengah malam.

Berikut adalah aturcara Karnival PAS For All

22 November 2013 (Jumaat)

12.00 tengah hari: Tanyalah Ustazah bersama Ustazah Nuridah Salleh dan Aisyah (artis) dengan tajuk Bidadari Syurga.

2.30 petang: Parenting forum With Teh Izanuri (personaliti TV) dan Zaid Mohamad (Pakar Keibubapaan) dengan tajuk Oh! Anakku Generasi Gajet.

5.00 petang: Usrah Musika bersama Ustaz Syed Abdul Kadir Al-Jofree (Personaliti TV) dan artis Musika Bob Lokman, Muaz dan lain-lain.

7.00 malam: Munajat Perdana dan kuliah Maghrib bersama Ustaz Khairuddin At-Takiri dan penampilan khas iaitu Ustaz Azam.

9.00 malam: Sembang Dapur bersama seorang ustaz dan Chef Sabri Hassan dengan tema 'Membina Ummah daripada dapur'.

Pihak penganjur menyediakan cabutan bertuah hanya dengan menyertai program karnival.

23 November (Sabtu)

8.00 pagi: Pertandingan Basketball street,Pertandingan memanah dan pertandingan Shoot Hole.

9.00 pagi: Kids Got Talent dengan juri jemputan iaitu Harun Salim Bachik (Maharaja Lawak) dan Pn Nurul Iman.

9.00 pagi: Pertandingan Mewarna kanak-kanak.

2.00 petang: Pertandingan dekorasi kek

5.00 petang: Walk The Talk; Sumpahan 20 sen. Ahli Panel MP Pandan Rafizi Ramli dan Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Pusat Dr Mohd Zuhdi.

7.00 malam: Majlis Tahnik bersama ulama.

24 November (Ahad)

8.00 pagi: Fun Ride bersama Acc Selangor, Pertandingan Pocket Bike, Pertandingan Street Soccer dan Pertandingan Paint Ball (Shooting Target).

8.00 malam: Ceramah Perdana Pimpinan PAS tertinggi kepimpinan PAS Pusat. (Hrkh)

Konsert Gig Green Zone Anjuran Pemuda PAS

HALAMAN HIBURAN 
 
SHAH ALAM: PAS menjelaskan konsert Gig Green Zone yang diadakan di Stadium Malawati malam tadi tidak melanggar garis panduan yang ditetapkan PAS berhubung program-program hiburan.

Pengerusi Lajnah Kebudayaan dan Kesenian PAS, Dr Muhaimin Sulam berkata, PAS sudah kerap kali menganjurkan konsert bagi menarik anak muda.

Namun katanya, mungkin ada ahli PAS yang 'terkejut' dengan program sedemikian yang disifatkan sebagai 'keras'.

"PAS bukan baru sekali menganjurkan konsert melibatkan artis-artis namun pertama kali diadakan menjelang muktamar dan mungkin ada yang terkejut dengan perkara 'baru' sebegini," kata beliau pada sidang media di Stadium Malawati petang tadi.

Terdahulu, seorang perwakilan dari Kedah membangkitkan perkara tersebut sewaktu pembentangan laporan di Muktamar PAS Ke-59 hari ini.

Beliau mendakwa konsert malam tadi yang menampilkan kumpulan heavy metal Heart Attack tidak menepati budaya PAS.

Penyelaras Program Karnival PAS For All, Mohd Farhan Mazlan bagaimanapun menjelaskan kumpulan tersebut ditampilkan bersama artis yang sudah berhijrah, Sham Kamikaze dan Ustaz Nazmi Karim.

Program tersebut turut dimulakan dengan solat Isyak berjemaah dan tazkirah berhubung adab berhibur.

Bekas Ketua Pemuda PAS yang sekarang merupakan ahli jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Abu Bakar Chik turut memukul drum sebagai simbolik kepada persembahan.

"Program malam tadi bukan sahaja melibatkan konsert malah turut disertakan dengan alunan selawat. Jadi tidak timbul isu konsert malam tadi tidak sesuai dengan budaya PAS.

"Untuk menarik anak muda, kita perlu berani melakukan pembaharuan selagi tidak melanggar garis panduan yang ditetapkan," katanya.(hRKH)

Friday, November 22, 2013

Salleh Man Sangkal DAP Campur Urusan Agama

PAS nafi DAP campuri urusan agama Islam Pulau Pinang

Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAINPP), Datuk Mohd Salleh Man menyangkal laporan akhbar News Strait Times (NST) hari ini bahawa DAP campur tangan dalam urusan hal ehwal agama Islam di negeri itu.

Beliau berkata, dalam kenyataan media semalam yang dibuat Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Muhammad Fauzi Yusof, tidak langsung menyentuh nama mana-mana parti politik termasuk kepimpinan DAP.

“Kenyataan NST hari ini lebih kepada manipulasi media bagi memecah belah hubungan baik di antara parti komponen dalam Pakatan Rakyat (PR).

“Saya sebagai Pesuruhjaya PAS Negeri dengan tegasnya menafikan dakwaan tidak bertanggungjawab itu,” ujarnya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Pasir pada sidang media di Komtar, hari ini.

Turut hadir ialah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng; Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Rashid Hasnon; Exco Hal Ehwal Agama Islam, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Abdul Malik Kassim dan beberapa pimpinan lain.
bantuan dap pas perlis pix
Pada sidang media sama, Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP turut menasihatkan pimpinan tertinggi PAS dan DAP agar membincangkan semua perkara berbangkit mengenai hal ehwal umat Islam secara tertutup.

Katanya, langkah itu penting demi memartabatkan lagi Islam di negeri berkenaan selain mengelak manipulasi media.

“Perselisihan pendapat itu perkara biasa. Mereka telah bersetuju untuk berbincang secara dalaman untuk mengelak terjadinya manipulasi media terhadap apa yang diperkatakan.

“Kita mesti lebih berhati-hati demi mengukuhkan permuafakatan yang terjalin dalam PR,” ujarnya.

News Strait Times hari ini melaporkan, PAS Pulau Pinang mengancam untuk tidak lagi bekerjasama dengan kerajaan negeri.

Laporan itu menyebut, Muhammad Fauzi membantah campur tangan dalam pentadbiran hal ehwal agama Islam serta pelantikan wakil parti sebagai Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) di negeri berkenaan.

Mohammad Fauzi turut didakwa mengkritik pentadbiran Guan Eng yang kononnya tidak mengikut amalan sebenar Cekap, Akauntabel, Telus (CAT). -Roketkini

Mengapa Pemilihan AJK PAS Ditangguh Esok?

Proses pengundian bagi memilih kepimpinan PAS bagi 2013-2015 bermula petang ini dan mendapat tumpuan penuh media dan masyarakat negara ini. Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS Asmuni Awi menyatakan proses pengundian untuk Timbalan Presiden, tiga naib presiden dan 18 ahli jawatankuasa PAS Pusat bermula jam 4 petang dan dijangka selesai pada 7 petang ini.

NONE Bagaimanapun, kira-kira sejam kemudian beliau menyatakan pengundian bagi AJK Pusat PAS ditunda keesokan harinya berikutan masalah teknikal. Seramai 1,129 perwakilan layak mengundi dan keputusan rasmi hanya akan diumumkan oleh Asmuni (kiri) pagi esok.

Bercakap kepada media, Asmuni Awi menjelaskan, masalah teknikal hari ini melibatkan kesilapan mencetak nama bagi jawatan ahli jawatankuasa Pusat PAS.

"(Ada) satu nama ulang dua kali (pada kertas undi). Jadi esok kita sistem lama iaitu satu kertas ada 61 orang calon," jelasnya.
"Biar kita susah (untuk mengira). Kita tak nak berlaku lagi. Kita mengaku kesilapan dan kita nak pastikan semua pihak berpuas hati.

Katanya, proses pemilihan jawatankuasa PAS pusat akan berlangsung pada jam 8.15 pagi dan dijangka tamat pada jam 10 pagi. Keputusan rasmi untuk kesemua jawatan yang dipertandingkan akan diumumkan sekali, dijangka petang esok. Lapor Ma;aysiakini.

Menurut Harakahdaily pula, pengundian petang tadi hanya bagi jawatan Timbalan Presiden dan Naib Presiden PAS. Sementara bagi pemilihan 12  Ahli Jawatankuasa PAS Pusat yang sepatutnya diadakan petang ini ditangguhkan esok bermula jam 8.15 pagi.Pengundian dijalankan secara berperingkat-peringkat bermula dengan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Tetap, Ahli Majlis Syura, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.

Petang tadi, perwakilan dewan-dewan dari Negeri Selangor, Melaka dan Perlis membuang undi pada jam 4.30 petang. Perwakilan Negeri Sembilan, Kedah, Pulau Pinang dan Pahang pada jam 5.30 petang. Perwakilan Perak, Kelantan, Terengganu pada jam 6.00 petang manakala perwakilan Johor, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan pada jam 6.30 petang.  

Bagi jawatan timbalan, ketua dan naib presiden, pengiraannya akan dibuat malam ini namun akan diumumkan bersekali dengan keputusan pemilihan ahli jawatankuasa. (IH)

Pemilihan PAS: Undilah Datuk Husam Musa!

 
CATATAN SANTAI IBNU HASYIM
 
RAMAI yang tanya pandangan saya tentang  Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa dalam pemilihan kepimpinan PAS kali ini.

"Yang penting Undi saja beliau walau apa jawatan pun, paling tinggi paling baik. Supaya beliau ada dalam kepimpinan PAS.. dan ada kuasa membuat keputusan." Jawab saya.

"Pasai apa hang kata macam tu?"

"Mudah saja kerana 2 sebab...

Satu

Padaku, sejak pergaulan saya dengan dia, sejak dulu sampai sekarang, dia seorang pemimpin hebat, berani mencoba sesuatu pembaharuan, kreatif, bijaksana, dan sanggup tanggung risiko.

Sikit, mengenai beliau yang saya kenal.

Beliau yang lahir pada 14 Oktober 1959 di Kampung Kota, Kota Bharu, Kelantan, belajar di Sekolah Rendah Kota, Kota Bharu (1965-1971). Kemudian di Sekolah Menengah Sultan Ismail, Kota Bharu (1972-1975). Seterusnya di Maktab Sultan Ismail (1976-1979).Bachelor of Economics (BEc), University of Malaya, Kuala Lumpur.(1980-1983) dan mengikuti kursus Bahasa Arab di Jordan (1987).

Husam  turut memaklumkan posisinya akan kekal di Dewan Undangan Negeri (Dun) Salor, Kelantan, walaupun ditakdirkan menang di Putrajaya. Pengalaman beliau agak hebat, pernah menjadi Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan (1990-1993). Kemudian Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan (1993-1999).Beliau menjadi Ketua Pemuda PAS Kawasan Kota Bharu (1985-1987). Kemudian Ketua Pemuda PAS Negeri Kelantan (1996-1999) dan Naib YDP PAS Kawasan Kota Bharu (1999).

Antara jawatan parti PAS yang disandang ialah Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.YDP PAS Kawasan Kubang Kerian.Sekarang menjawat Naib Presiden PAS (2005-09) dan (2011 - sekarang) Beliau menjadi ahli Parlimen Kubang Kerian (1999 - 04) setelah menang dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1999. Dikatakan juga, beliau berpotensi menggantikan Menteri Besar Kelantan   Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Lalu Husam Musa bertanding di peringkat negeri Kelantan. Beliau menjadi Adun Kijang, Kelantan Darul Naim (2004 - 08) selepas menang Pilihan Raya Umum Malaysia 2004. Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 beliau menjadi menjadi Adun Salor. Dalam kerajaan PAS di Kelantan , Husam Musa ditugaskan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Pembangunan Masyarakat Negeri Kelantan Darul Naim (2004 - 08). Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri Kelantan Darul Naim.(2008 - sekarang ) dan Panel Penasihat PENGASIH. 

Tetapi selepas PRU 2013 baru lalu, suasana banyak berubah, tinggal satu saja jawatan pentingnyanya dalam parti, iaitu Naib Ptresiden PAS. Di Kelantan pada saya, dia dan Tok Guru Nik Aziz merudum teruk dari jawatan. (Dikhabarkan Tok Guru sudah pakai buju untuk majlis angkat sumpah depan Sultan tetapi rupa-rupa 'tercicir' namanya). Seolah tidak berperanan lagi, walaupun Datuk Husam pernah menerima  anugerah Newsmaker of the Year 2003 (malaysiakini.com). 

Kalau perwakilan PAS tidak memilih beliau kali ini, maka akan hilanglah 'permata yang paling bernilai' dari PAS dan negeri Kelantan. Moga-moga tidak begitu.

Dua

Dia yang saya kenal secara peribadi, cukup baik. Jarang kita jumpai kepimpinan seperti beliau. Yang penting sekali, kalau orang lain seperti beliau ada kuasa dan jawatan di Kelantan setanding beliau, saya rasa orang itu sudah agak boleh hidup mewah. 

Tetapi beliau, lihat saja cara hidup sederhana beliau, coba siasat berapa duit dalam akaun bank beliau."

Itu saia yang saya nak sebut, atas dasar cinta saya kepada Allah SWT, Rasul SAW dan mujahidin-mujahidin yang berjuang atas jalan NYA..
Ibnu Hasyim (kanan) bergambar bersama Datuk Husam (tengah) bersama pemimpin ekonomi dan persatuan di Negara China. (rujuk Lagi E-Buku IH-4: Ke China Bersama Datuk Husam)


Ibnu Hasyim editor weblog ini (dari kanan), Abul Razak & Ir Mustapa turut serta dalam majlis perbincangan dengan ahli DPR Aceh, bersama rombongan Datuk Husam memperkenalkan wang syariah. (Sila rujuk  (E-Buku IH-2: Wang Syariah: Tugas Kita Belum Selesa...)

Kesimpulan:

Mari kita lihat pencapaian yang telah dilakukan.. Antaranya pada saya ialah...
  • Membantu Perkembangan dan Perancangan strategik Ekonomi, Sosial dan Politik di Negeri Kelantan berasaskan Al-Quran dan Sunnah.
  • Kecemerlangan syarikat PMBK Sawit dan Kelantan Golden Trade adalah hasil nasihat dan pengurusan YB Dato Haji Husam Musa.
  • YB Dato Haji Husam Musa adalah orang kuat di belakang pengenalan dan perkembangan Dinar Emas dan Dirham Perak Kelantan yang kini diterajui oleh Kelantan Golden Trade. Saya sendiri pernah mengikuti rombongannya mengenai hal ini, ke negara China dan ke Aceh, Indonesia.
  • Program Anak Muda Tamu Ramadhan yang bermula pada 1 Ramadahan 2011 dan berakhir dengan program Tadarrus Al Quran Perdana Kelantan adalah hasil gerak kerja YB Dato Haji Husam Musa.
  • Beliau mewujudkan Program Salor Juara dan Salor Bistari untuk rakyat di dalam Dun Salor. 
  • Beliau juga mewujudkan Siaran Tayangan Skrin Besar acara bolasepak dan kuliah tok guru.
  • YB Dato Haji Husam Musa juga dilantik sebagai Pengerusi Jawatan Kuasa Tuntutan Royalti Petroleum Kelantan, yang ditubuhkan khas untuk menerajui isu Tuntutan Royalti Petroleum dan Gas Negeri Kelantan antara Kerajaan Negeri Kelantan dan PETRONAS, kes ini masih berjalan di mahkamah Malaysia.
  • Dalam hal ini, kerajaan negeri Kelantan menuntut antara RM850 juta dan RM1 bilion daripada kerajaan pusat mengikut Akta Petroleum 1974, yang membolehkan negeri Kelantan menerima royalti minyak sebanyak 5 % daripada hasil perolehan petroleum.
Begitulah kira-kira. UNDILAH DATUK HUSAm!  
Sekian, Wassalam. Sempena muktamar agung PAS bermula semalam ...


Catatan Santai Ibnu Hasyim  
Alamat: ibnuhasyim@gmail.com     
 
22 Nov 2013
KL

PAS Bukan Menumpang PR -Presiden PAS



 
Suasana di muktamar

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberi jaminan PAS akan terus menjadi rakan aktif Pakatan Rakyat (PR) dan bukan penumpang semata-mata.

Ia bertujuan untuk memenuhi mesej tema "PAS adalah Rahmat Untuk Semua" yang menjadi tema muktamar PAS ke-59 ini, katanya ketika memberikan ucapan dasar dalam majlis perasmian muktamar PAS di Stadium Melawati, Shah Alam pagi ini.

"Ingatlah, bahawa kita bukan penumpang semata-mata, rakan-rakan kita juga bukan penumpang, tetapi semua parti dalam PR adalah penggerak bersama untuk memperkukuhkan peranan dalam membawa persefahaman politik ini ke tahap lebih maju," katanya.


PAS Pulau Pinang yang diketuai Timbalan Pesuruhjayanya membuat sidang akhbar khas bagi mengkritik kerajaan negeri Pulau Pinang yang dipimpin DAP kononnya mereka (PAS) adalah penumpang  sahaja.
Dalam ucapan di depan kira-kira 1,300 perwakilan dari seluruh negara dan lebih 5,000 pemerhati, Abdul Hadi berkata, PAS dan Pakatan Rakyat adalah pilihan majoriti rakyat negara ini sebagaimana yang ditunjukkan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 lalu.

"Kita kekal di Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang. Kerajaan Persekutuan BN minoriti rakyat ini pula hanya mampu memperolehi 46.53% sokongan pengundi, berbanding Pakatan Rakyat yang mencapai sokongan 49.96% melalui jumlah undi keseluruhan," katanya.

Katanya, kedudukan itu sedikit pun tidak melemahkan semangat untuk ahli PAS terus berjuang.

"Kekalahan kita yang menyebabkan hilangnya kerajaan negeri Kedah pula wajar diteladani, tetapi janganlah sehingga melemahkan semangat sehingga kita lupa erti sebenar perjuangan.
"Kita masih menjadi pilihan di DUN Sungai Limau Kedah, dalam pilihan raya kecil yang baharu sahaja berlalu," katanya. - 22 November, 2013. (THI)

Ucapan Dasar PAS, 10 Arahan Presiden

Presiden PAS 
 
SHAH ALAM: Ucapan dasar Presiden PAS pada Muktamar PAS Pusat ke-59 kali ini mencatat kelainan apabila Tuan Guru Abdul Hadi Awang di fasa akhir ucapannya menyebut sepuluh arahan yang patut dilaksanakan aktivis PAS di setiap peringkat organisasi.

Sepuluh arahan itu menyentuh peranan yang perlu dilaksanakan oleh Dewan, Lajnah, Badan Perhubungan PAS negeri dan Wilayah Persekutuan bagi merealisasikan tema “Rahmat Untuk Semua”.

Sepuluh arahan yang terkandung dalam ucapan dasar Presiden itu adalah:

  1. Semua pihak dalam Dewan, Lajnah, Badan Perhubungan PAS Negeri dan Wilayah serta Kawasan mestilah mempunyai kefahaman yang jelas terhadap tema ”RAHMAT UNTUK SEMUA”, dan seterusnya bertindak merangka perancangan dan strategi pelaksanaan agar intipati ini dapat berada dalam masyarakat dan difahami bahawa dasar Islam ini dibawa oleh PAS. Jadikanlah tema ini sebagai sesuatu yang benar bernafas, bukan sekadar slogan kosong yang sedap didengar sebagai halwa telinga untuk Muktamar semata-mata.
  2. Badan Perhubungan PAS Negeri-Negeri dan Wilayah Persekutuan juga perlu lebih dinamik dalam gerakerja tersusun yang mempunyai sasaran bulanan dan tahunan, menambahkan ahli yang berkualiti, mendekati medan baharu dalam masyarakat, dan mempunyai sekurang-kurangnya 50% program di kalangan ahli baharu atau masyarakat awam di luar lingkungan ahli jamaah. Penentuan petunjuk prestasi perlu dibangunkan, sebagai sasaran kerja yang lebih terarah. Kukuhkan organisasi parti dengan berbagai ilmu pengurusan, kepimpinan perlu dibajai dengan tarbiyah untuk membentuk diri seterusnya mengikhlaskan niat perjuangan. Usaha yang berterusan untuk mengaktifkan ILHAM, dan modul-modul pembinaan diri ahli di berbagai peringkat mestilah diperkukuhkan dengan menjadikannya sebagai salah satu sasaran tahunan.
  3. Sabah dan Sarawak adalah rakan penting dalam pembentukan Malaysia. Rakyat di sana telah bersama dalam referendum yang melahirkan negara Malaysia, maka hargailah hasil yang turut sama dibina oleh rakyat Sabah dan Sarawak ini. Maka seluruh jentera PAS di medan ini perlulah berusaha gigih untuk menyedarkan rakyat tentang hak mereka ini supaya tidak dibuli oleh UMNO-BN disetiap masa dan ketika. Badan Perhubungan PAS di Sabah dan Sarawak pula perlulah melengkap dan memperkemaskan organisasi, mempertingkatkan kerja dakwah, menghilangkan phobia masyarakat di sana terhadap PAS, dan seterusnya merakyatkan PAS supaya diterima sebagai parti yang berupaya menjadi tempat bergantung mereka.
  4. Dewan Ulama pula merupakan nadi denyutan jamaah yang perlu bertindak pantas menjadi jurubicara jamaah dan menjelaskan isu di sekitaran dengan merujuk kepada panduan al-Quran dan as-Sunnah, ijma dan qiyas. Bahan-bahan penerbitan dalam pelbagai rupa dan bentuk yang bersesuai dengan masyarakat perlu lebih dinamik dan bertenaga menjelaskan pendirian jamaah khususnya menterjemahkan Islam bagi menangani masalah semasa, juga membantu kerajaan negeri melaksanakan Islam yang menjadi rahmat kepada seluruh alam. Perbincangan ilmiah dan seminar khusus dalam memahami persoalan maqasid syariah, siyasah syari’yyah, perlu dijalankan dari masa ke semasa untuk menangani ketidakfahaman dalam masyarakat kita ini dan seterusnya menyediakan penyelesaian yang sesuai untuk sepanjang zaman.
  5. Dewan Pemuda pula mestilah sentiasa dinamik, melengkapkan diri dengan ilmu Islam dan kefahamannya, serta bersedia menyambung legasi perjuangan kepimpinan terdahulu sehingga mampu untuk melakukan islah di dalam masyarakat Malaysia yang masih sarat dengan berbagai fikrah yang berlawanan dengan Islam. Inovasi baharu dakwah perlu diterokai. Pemuda juga perlu mendepani isu semasa nasional, tempatan dan antarabangsa; dan mampu mengenengahkan permasalahan ummah dan mencadangkan penyelesaiannya dengan menonjolkan Islam sebagai rahmat untuk sekalian alam.  Program siyasah yang bersifat inklusif perlulah diterokai untuk mendekatkan diri kepada masyarakat awam di luar sana.
  6. Dewan Muslimat perlulah mendepani berbagai isu dalam bahasa yang mudah dan menyentuh hati nurani masyarakat dalam negara kita ini, bahkan menerokai isu-isu antarabangsa. Program dalaman seperti tarbiyah wajar dimantapkan lagi, sejajar dengan keperluan semasa terutamanya untuk berdepan dengan zaman penggunaan pelbagai media supaya Dewan Muslimat berperanan besar dalam masyarakat terkini yang meletakkan kaum wanita menjadi penentu kepada wajah umat dan negara.
  7. Dewan Himpunan wajar untuk diperkembangkan peranan mereka dengan mempunyai modul-modul latihan khusus kepada ahlinya. Modul ini perlu dibangunkan, untuk melahirkan ahli Dewan Himpunan yang mampu bergerak dengan lebih baik lagi sebagai satu dari sayap parti yang penting, menjadi jambatan atau pintu yang menghubungkan rahmat Islam perjuangan PAS kapada kaum bukan Islam.
  8. Kawasan dan Cawangan perlu mempunyai sasaran kerja yang jelas yang dan dipantau oleh pimpinan negeri. Zaman mesyuarat tanpa fail dan tidak berkala itu adalah sudah berlalu. Program dalaman seperti program tarbiyah dan latihan mestilah menjadi agenda yang penting dalam aktiviti Kawasan dan Cawangan.
  9. Ahli dan kepimpinan PAS yang memikul amanah sebagai Ahli Dewan Negara, Ahli Dewan Rakyat, Ahli Dewan Undangan Negeri, Ahli Majlis dan Anggota Lembaga Pengarah, Ketua Kampung dan semua yang berkaitan perlulah melaksanakan amanah dengan sepenuhnya mengikut adab dan batas-batas akhlak, kerana peranan mereka yang telah dipilih oleh rakyat ini adalah sebagai wajah depan PAS. Prestasi mereka akan dipantau, dinilai dan akan dibantu oleh jemaah sekiranya terdapat kelemahan dalam melaksanakan tugas mereka. Semua dari kalangan mereka ini akan dijemput menyertai forum, perbincangan meja bulat, bengkel dan sesi latihan yang bersesuaian supaya lebih mahir dan dapat membantu dalam menjalankan tugas masing-masing.
  10. Ahli – ahli PAS secara keseluruhannya perlulah mempunyai disiplin dan akhlak yang tinggi, merapatkan saf ahli, mempunyai hubungan dengan Allah yang kuat, berada dalam suasana sentiasa dahagakan ilmu, dan seterusnya terlibat dalam aktiviti majlis ilmu, usrah, tamrin, muqayyam dan sebagainya dengan pelbagai pendekatan yang sesuai dengan waqi’ dan keupayaan masing-masing. (Hrkh)

Keputusan Penuh Pemilihan Pemuda & Muslimat PAS Pusat 2013-2015



Ketua Pemuda PAS Johor, Suhaizan Kaiat telah dipilih sebagai Ketua Pemuda PAS yang baru selepas meraih undi tertinggi iaitu sebanyak 320, mengalahkan rakan-rakan pencabarnya Kamaruzaman Mohamad dan Zulhazmi Shariff.

Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Kamaruzaman mengekori rapat di belakang dengan mendapat 307 undi manakala peguam Zulhazmi hanya berjaya 7 undi.

Keputusan telah dikeluarkan pada 9:50 malam tadi. Pengundian bermula pada pukul 10.30 pagi dan berakhir pada 4:15 petang. Seramai 638 perwakilan dari 162 kawasan telah membuang undi bagi pemilihan Pemuda PAS.

Mantan Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan Tantawi tidak mempertahankan jawatan kerana beliau telah mencapai usia 43 tahun ini.

Nasrudin berkata beliau tidak mempertahankan jawatan Ketua Pemuda untuk memberi laluan kepada calon-calon yang baru. Walau bagaimanapun, beliau akan bertanding untuk salah satu kerusi jawatankuasa PAS Pusat.

Untuk jawatan Timbalan Ketua Pemuda PAS, Mohd Khalil Abdul Hadi Awang menewaskan mantan naib ketua pemuda Raja Ahmad Iskandar Al- Hiss Raja Yaacob.

Mohd Khalil yang juga Ketua Pemuda PAS Marang dan juga merupakan anak presiden parti Abdul Hadi Awang.

Mohd Khalil mendapat 355 undi lebih suara 282 Raja Ahmad.

Mantan Timbalan Ketua Pemuda, Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz tidak mempertahankan jawatannya.

Peguam Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi - yang bertanding bagi kerusi Parlimen Titiwangsa dalam pilihan raya umum lepas tetapi tewas kepada Johari Ghani - telah dikalahkan oleh pesaingnya Khairil Nizam Khirudin untuk kerusi Naib Ketua.

Khairil mencapai 411 undi manakala Zamri mendapat 226 undi.

Lain-lain calon dipilih sebagai ahli jawatankuasa kerja Pemuda PAS Pusat untuk 2013-2015 istilah ialah:

Syed Abdul Kadir Al-Jofree (433)
Afnan Hamimi Taib Azamuddin (433)
Ahmad Fadhli Shaari (417)
Mohd Shahir Sulaiman (415)
Abang Ahmad Kerdee (404)
Zaharudin Muhammad (379)
Ahmad Yahya (377)
Mohd Faizol Salleh (371)
Mohd Fadhli Ghani (359)
Mohd Zawawi Abu Hassan (358)
Nurul Islam Mohd Yusof (355)
Mohd Sany Hamzan (340)



Berikut pula ialah senarai keputusan pemilihan Dewan Muslimat PAS Pusat Sesi 2013-2015

PENGERUSI TETAP
Norhashimah Deraman

TIMBALAN PENGERUSI TETAP
Nor Azlin Md Samsudin

KETUA DEWAN MUSLIMAT PAS PUSAT
Siti Zailah Muhd Yusoff

TIMBALAN KETUA DEWAN MUSLIMAT PAS PUSAT
Dr. Siti Mariah Mahmud

NAIB KETUA DEWAN MUSLIMAT PAS PUSAT
Mumtaz Md. Nawi

AHLI JAWATANKUASA KERJA DMPP

Aida Yusof Rawa
Aiman Athirah
Dr. Asiah Ali
Dr. halimah Ali
Khairiah Mohammad
Normala Sudirman
Wan Ubaidah Wan Omar
Mastura Mohammad
Siti Aisyah Ghazali
Azizah Khatib Mat
Wan Hasrina Wan Hassan
Kartini Ahmad

PEMERIKSA KIRA-KIRA - Menang tanpa bertanding

Basmatul ‘Uyun Yusoff
Siti Fathiah Daud

Thursday, November 21, 2013

Akademi Seni Islam Antara 3 Usul Muslimat


SHAH ALAM: Muktamar Tahunan Dewan Muslimat PAS Pusat kali ke-53 meluluskan lima usul untuk dibentangkan di dalam Muktamar PAS Pusat yang akan berlangsung esok hari di Stadium Malawati.

Lima usul tersebut termasuk satu usul dibahaskan iaitu usul keselamatan negara yang diusulkan oleh Muslimat PAS Kawasan Temerloh dan Maran.

Muslimat PAS Temerloh meminta Muslimat Pusat agar mendesak Kementerian Dalam Negeri mengkaji semula modul penguatkuasaan undang-undang dengan memberi penekanan aspek asas-asas agama, nilai murni, dan moral ke arah mewujudkan kawalan sosial secara menyeluruh.

Sementara itu dua usul telah diterima tanpa bahas iaitu usul mewujudkan Akademi Seni Islam yang dikemukakan oleh Dewan Muslimat PAS Kelantan.

Perwakilan Muslimat Kelantan menegaskan penubuhan Akademi Seni Islam ini wajar disegerakan memandangkan ramai golongan artis dan selebriti yang terlibat dalam nyanyian dan lakonan telah berhijrah untuk mengamalkan Islam dengan lebih sempurna melalui bimbingan dalam satu platform dakwah.

Usul mempertahankan dan memperkasakan kepimpinan ulama yang dikemukakan oleh Dewan Muslimat PAS Gombak turut diterima tanpa bahas. 

Muslimat Gombak menyedari bahawa usul ini dipertimbangkan sewajarnya bagi menjamin kesinambungan dasar-dasar dan hala tuju PAS selari dengan prinsip-prinsip Islam sebagaimana yang dinyatakan di dalam al-Quran dan as-Sunah.

Dua usul lagi yang diterima sebagai cadangan iaitu mencadangkan agar Kementerian Pelajaran Malaysia agar mengkaji semula fesyen uniform sekolah menengah kebangsaan, sekolah rendah dan menengah jenis kebangsaan daripada fesyen skrit kepada seluar panjang dan juga daripada baju kemeja putih kepada warna lain yang lebih sesuai.

Usul ini dikemukakan oleh Muslimat PAS Kawasan Balik Pulau.

Dan usul yang diterima sebagai cadangan kedua daripada Muslimat PAS Kawasan Batu Gajah menggesa agar Kementerian Kerja Raya menubuhkan Akta Peguatkuasaan Undang-undang atau etika berpakaian bagi mewajibkan semua papan tanda iklan atau katalog yang menggunakan model wanita supaya berpakaian sopan dan tidak mencolok mata umum kepada wanita bukan Islam dan mewajibkan wanita Islam dipakaikan tudung dan menutup aurat. (Hrkh)

Giatkan Dialog & Penerangan Kepada DHPP



PETALING JAYA: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) disaran agar turut mengadakan sesi dialog dan penerangan kepada Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) dalam usaha menyampaikan dakwah secara berterusan.

Saranan itu dikemukakan perwakilan Pahang, Nazri Ahmad ketika membahaskan ucaptama ketua pemuda, di Dewan Sivik, petang ini.

Malah, tambah beliau sesi usrah juga boleh dilaksanakan bersama-sama mereka sebagaimana yang dilakukan bersama para artis dan penggiat seni sebelum ini.

"Sebagai sebuah gerakan Islam, DPPM perlu membimbing DHPP agar boleh menjadi jurucakap yang lebih berkesan kepada masyarakat bukan Islam di luar sana untuk mendekati Islam," kata beliau.

Dalam masa sama, beliau turut menyeru agar program-program agama diperbanyakkan di tanah-tanah rancangan seperti Felda dan Felcra, dengan kerjasama NGO terpilih.

Program penerangan agama itu, tambah beliau perlu diadakan bagi memastikan anak-anak muda di tanah rancangan tersebut dapat memenuhi keperluan diri mereka.

Seramai 14 orang perwakilan diberikan peluang untuk membahaskan ucaptama ketua pemuda sempena Muktamar Tahunan DMPP kali ke-54. (Hrkh)

Bukan Semua Perlu Didedah – Siti Zailah





SHAH ALAM: Ketua Dewan Muslimat PAS Siti Zailah Mohd Yusof mengingatkan para perwakilan agar dapat memahami strategi dakwah dan politik parti yang tidak boleh didedahkan kepada umum.

Katanya, para perwakilan muslimat harus faham ada sesetengah strategi yang boleh didedahkan dan ada yang tidak boleh didedahkan.

"Para perwakilan kena faham persidangan yang berlangsung hari ini dapat disaksikan seluruh dunia, seluruh media memberi perhatian.

"Ada perkara boleh dijelaskan dan ada yang tidak boleh dijelaskan. Ini strategi dakwah dan politik parti," katanya di hadapan 638 perwakilan yang memenuhi Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz Shah.

Zailah berkata demikian apabila Perwakilan Pahang Wan Hamidah yang membangkitkan penglibatan Nisa di dalam Dewan Muslimat yang dilihat tidak berani untuk bergerak di atas nama parti.

Namun bagi Zailah penglibatan Nisa yang kini bergerak atas nama NGO adalah strategi parti untuk memperluaskan pengaruh PAS di segenap pelusuk terutama golongan wanita muda.

"Senarai ahli jawatankuasa ada yang terlibat dalam kerajaan mereka baru hendak berjinak dan menyokong kita.

"Apalagi mendedahkan program-program kita kepada umum. Ini sangat bahaya. Kita sudah 53 tahun, sudah matang," katanya.

Namun katanya, jika ketidakpuasan hati perwakilan yang membabitkan teknikal para kepimpinannya mencadangkan agar satu program khusus membincangkan soal anak muda selepas ini.

Isu Nisa menjadi hangat dan terus dipersoalkan menyebabkan beberapa pimpinan Muslimat termasuk Naib Ketua, Muslimat Mumtaz Mohd Nawi dan AJK, Aiman Athirah terpaksa menerangkan panjang lebar berkenaan kedudukan sebenar Nisa yang terikat dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).

Wan Hamidah pada awalnya mempersoalkan mengapa laporan tahunan aktiviti Nisa tidak dimasukkam sekali dalam Laporan Tahunan Dewan Muslimat PAS Pusat tahun 2012/2013. (Hrkh)

Ulamak: Kaji Tahaluf Perkukuh Pakatan.


Datuk Harun Taib 


SHAH ALAM: Muktamar Dewan Ulamak PAS Pusat hari ini menerima sebulat suara usul supaya Majlis Syura Ulamak dan PAS Pusat mewujudkan satu jawatankuasa bagi mengkaji Tahaluf Siyasi bagi mengukuhkan Pakatan Rakyat menghadapi PRU14.

Usul tersebut dikemukakan bersama oleh Dewan Ulamak PAS Wilayah Persekutuan dan Pulau Pinang.

Penjelasan usul berkenaan disampaikan oleh Setiausaha Dewan Ulamak PAS Wilayah Persekutuan, Usta Abdul Hadi Abdul Halim.

Usul itu mencadangkan kepada Majlis Syura Ulamak dan Jawatankuasa PAS Pusat mewujudkan jawatankuasa khusus bagi  mengkaji, menyemak serta menilai kekuatan dan kelemahan, kejayaan dan kegagalan pendekatan Tahaaluf Siyasi dalam Pakatan Rakyat sepanjang ia berlangsung dari sudut mafsadah (kerosakan) dan maslahah (kebaikan) syar'iyyah dengan niat dan tujuan penambahbaikan dan pengukuhan Pakatan Rakyat untuk lonjakan PRU ke 14.

Berikut usul-usul yang diterima untuk dibahas dan lulus tanpa bahas.

Usul-Usul yang diterima untuk dibahas:-

1.    Usul Dewan Ulamak PAS Negeri Pulau Pinang:

Maka Dewan Ulamak PAS Pulau Pinang mendesak supaya PAS Pusat mewujud dan menggerakkan mekanisma penyelarasan polisi dan dasar bagi negeri-negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat bagi memastikan segala dasar kerajaan negeri dan lantikan perjawatan di peringkat kerajaan negeri dibuat secara persetujuan bersama ketiga-tiga parti

2.    Usul Dewan Ulamak PAS Negeri Perak:

Dewan Ulamak PAS Perak dengan ini mengemukakan usul berkenaan bahaya pemikiran liberal dan pluralisme yang menyesatkan pemikiran Umat Islam dan manusia sejagat. Ancaman pemikiran Liberal dan Pluralisme adalah satu ancaman pemikiran  oleh sedang dihadapi oleh gerakan Islam di seluruh dunia.

Pemikiran Islam Liberal dan Pluralisme adalah pemikiran yang sedang dihadapi oleh gerakan Islam seluruh dunia. Dunia Arab dan negara jiran Malaysia iaitu Indonesia telah terlebih dahulu berhadapan dengan asakan pemikiran Islam Liberal dan Pluralisme. Fenomena ini tidak dapat disangkal lagi kerana pengharaman pemikiran Islam Liberal dan Pluralisme telah diwartakan.

Kini bahang pemikiran Islam Liberal dan Pluralisme sudah sampai ke Malaysia. Sebelum ini, pihak berkuasa agama seperti JAKIM telah menyenaraikan Sister In Islam (SIS) adalah sebuah NGO Islam Liberal yang wujud di Malaysia. Kini, Islamic Renaisansse Front (IRF) didapati membawa dakyah Islam Liberal dan Pluralisme.

Bagi menghadapi dan membendung penularan gejala Islam Liberal dan Pluralisme yang semakin  berleluasa ini,  maka dengan ini kami daripada Dewan Ulamak PAS Perak mengusulkan beberapa perkara seperti berikut :

i)    PAS sebagai Parti yang memperjuangkan dasar dan pemikiran Islam, wajiblah menghadapi IRF ini dengan tegas. Ketetapan perlu dibuat agar tiada pimpinan PAS samada di peringkat pusat, negeri, kawasan dan cawangan yang didakwa terbabit dengan Islam Liberal dan Pluralisme yang didokong oleh IRF. Malah, organisasi-organisasi PAS seperti harakah, harakahdaily dan  pengkaderan serta wacana-wacana PAS perlulah dijauhi dari IRF. Kita wajib memboikot aktiviti-aktiviti IRF dan segala pemikiran haddamah yang ditaja IRF.

ii)    Pemimpin-pemimpin PAS yang terpalit dengan segala aktiviti-aktiviti Islam Liberal dan Pluralisme hendaklah menafikan penglibatannya secara telus dan terbuka. Malah, kita menghendaki pemimpin-pemimpin terbabit menarik balik sokongan moral kepada Islam Liberal dan Pluralisme terutama yang didokong oleh IRF dengan segera sebelum UMNO dan BN menjadikannya sebagai alasan dan senjata untuk menghentam PAS dan kepimpinannya.

iii)    Melalui idea-idea asas Islam Liberal dan Pluralisme seperti penolakan negara Islam yang syumul, penolakan hukum hakam syariat dan memperlekeh ulama-ulama silam, maka hendaklah PAS dan seluruh pemimpin dan ahlinya menentang dengan segela kudrat yang ada. Tujuannya adalah untuk mengembalikan kekuatan PAS yang berteraskan Islam, matlamat menegakkan negara Islam, mendaulatkan syariat Islam dan memperjuangkan pemikiran Islam yang syumul. Semua ini adalah tunjang utama kekuatan PAS.

3.    Usul Jawatankuasa Dewan Ulamak PAS Pusat:

Menyedari bahawa konsep percukaian islam mensyaratkan perkara-perkara berikut:

i)    Keperluan mendesak terhadap kewangan negara yang tidak cukup untuk belanja pengurusan negara.

ii)    Kekurangan kewangan negara berlaku bukan kerana ketirisan dan pembaziran dalam pngurusan kewangan negara.

iii)    Cukai tidak dikenakan kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira kaya dan miskin.

Maka dengan ini muktamar Dewan Ulamak PAS Pusat yang bersidang pada hari ini menegaskan bahawa cukai GST (Good & Service Tax) adalah bercanggah dengan prinsip percukaian Islam dan perlu ditolak.

Muktamar DUPP juga mengusulkan PAS Pusat menegaskan pendirian ini dan mendesak kerajaan Malaysia menarik balik keputusan untuk melaksanakannya pada pertengahan 2015.

4.    Usul Bersama Dewan Ulamak PAS Wilayah Persekutuan dan Dewan Ulamak PAS Negeri Pulau Pinang

Menyedari bahawa Multaqa Ulamak Semalaysia anjuran Dewan Ulamak PAS Pusat yang  diadakan pada 14hb september 2013 dihadiri oleh para perwakilan dari Ahli Jawatankuasa Kerja Dewan Ulamak PAS Negeri-negeri dan Urusan Ulamak Kawasan maka Dewan Ulamak PAS Wilayah Persekutuan dan Dewan Ulamak PAS Pulau Pinang mencadangkan,

Muktamar Dewan Ulamak PAS Pusat yang bersidang pada hari ini:

Mencadangkan kepada Majlis Syura Ulamak dan Jawatankuasa PAS Pusat mewujudkan jawatankuasa khusus bagi  mengkaji, menyemak serta menilai kekuatan dan kelemahan, kejayaan dan kegagalan pendekatan Tahaaluf Siyasi dalam Pakatan Rakyat sepanjang ia berlangsung dari sudut mafsadah (kerosakan) dan maslahah (kebaikan) syar'iyyah dengan niat dan tujuan penambahbaikan dan pengukuhan Pakatan Rakyat untuk lonjakan PRU ke 14.

Usul-usul yang diterima tanpa bahas

1.    Usul Dewan Ulamak PAS Wilayah Persekutuan:

Menyedari bahawa Multaqa Ulamak Semalaysia anjuran Dewan Ulamak PAS Pusat yang  diadakan pada 14hb september 2013 dihadiri oleh para perwakilan dari Ahli Jawatankuasa Kerja Dewan Ulamak PAS Negeri-negeri dan Urusan Ulamak Kawasan maka Dewan Ulamak PAS Wilayah Persekutuan dan Dewan Ulamak PAS Pulau Pinang mencadangkan.

Muktamar Dewan Ulamak PAS Pusat yang bersidang pada hari ini menerima dan melaksanakan semua lapan resolusi Multaqa Ulamak Semalaysia untuk tujuan pengukuhan Dewan Ulamak PAS Pusat, Parti Islam Semalaysia dan Pakatan Rakyat.

2.    Usul Dewan Ulamak PAS Negeri Terengganu:

i)    Usul Dewan Ulama PAS Negeri Terengganu,

Umat Islam di Malaysia hari ini berhadapan dengan ancaman berbagai ajaran sesat dan aliran fahaman yang merosakkan akidah dan meruntuhkan akhlak mereka.

Menyedari umat Islam di negara ini sedang menghadapi ancaman pengaruh dari berbagai aliran fahaman dan pemikiran yang merosakkan akidah dan bercanggah dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang memecahbelahkan perpaduan ummah, maka muktamar Dewan Ulama PAS Negeri Terengganu yang bersidang pada hari ini mendesak PAS Pusat memainkan peranan secara lebih berkesan bagi membendung penularan fahaman/ajaran tersebut dan dalam masa yang sama memberi penjelasan tentang bahayanya fahaman/ajaran itu kepada umat Islam di Negara ini.

ii)    Usul Urusan Ulama PAS Kuala Nerus,

a)    Memandangkan ulama menjadi tonggak dalam kepimpinan PAS yang mesti didokong dan dipertahankan oleh semua ahli PAS, maka Dewan Ulamak PAS Negeri Terengganu yang bersidang pada hari ini mendesak PAS Pusat menaikkan taraf Urusan Ulamak PAS Kawasan kepada Dewan Ulamak PAS Kawasan.  Oleh yang demikian Fasal 30 (1) Perlembagaan Parti Islam Se Malaysia (PAS) hendaklah dipinda dan dimasukkan satu peruntukan mengenai penubuhan Dewan Ulama PAS Kawasan, manakala Fasal 20 (3) (e) juga hendaklah dipinda bagi membolehkan Dewan Ulamak PAS Kawasan memilih dan mengangkat perwakilannya seramai 15 orang ke Mesyuarat Agung PAS Kawasan.  Fasal 30 (2) Perlantikan AJK hendaklah dilantik oleh Mesyuarat Agung Dewan Ulamak PAS Kawasan.

b)    Menyedari kepimpinan ulamak menjadi tonggak kepada PAS yang digagaskan oleh Dewan Pemuda PAS Pusat pada 1982, maka menjadi tanggung jawab kepada parti untuk mempastikan kelangsungan kepimpinan ulamak supaya difahami dan dihayati oleh seluruh ahli-ahli PAS. Supaya tidak timbul kecelaruan dalam pemikiran kita berhubung dengan kepimpinan di peringkat tinggi iaitu Presiden, Timbalan Presiden dan Naib Presiden, maka Dewan Ulamak PAS Negeri Terengganu yang bersidang pada hari ini mendesak PAS Pusat memasukkan satu fasal yang memperuntukkan Presiden, Timbalan Presiden dan sekurang-kurangnya salah seorang Naib Presiden terdiri dari ulamak. (hRKH)

Muslimat Perlu Contohi Kebijaksanaan Ratu Balqis

Delegasi wanita PAS menghadiri pelancaran muktamar Dewan Muslimat PAS di Shah Alam malam tadi. Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 21 November, 2013. Delegasi wanita PAS menghadiri pelancaran muktamar Dewan Muslimat PAS di Shah Alam malam tadi. Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 21 November, 2013.

SHAH ALAM: Naib Presiden PAS, Datuk Paduka Husam Musa berharap Muslimat PAS menjadikan contoh Ratu Balqis sebagai model kepimpinan wanita yang berjaya memimpin kerajaan disamping taat dengan perintah Allah SWT.

Menurut beliau, kebijaksanaan dalam mentadbir kerajaan bukan sahaja perlu dicontohi oleh Muslimat tetapi seluruh negeri dan negara yang memerintah.

Katanya, Balqis ternyata dapat menguasai perjalanan kerajaan dengan cekap serta mempunyai pandangan dan perhitungan politik yang tajam.

"Saya bawa kisah Balqis ini untuk merangsang generasi Muslimat di era cabaran masa kini, untuk bangkit bersedia, tangkas dna berkebolehan membawa panji-panji Islam," katanya dalam ucapan perasmian Muktamar Tahunan Dewan Muslimat PAS Pusat kali ke-53 di Dewan Jubli Perak, SUK, Shah Alam.

Beliau berkata, pilihan raya umum ke-13 membuktikan kejayaan PAS untuk mengambil alih tampuk pemerintahan di Putrajaya apabila PAS berjaya mencapai prestasi setinggi 35 peratus daripada jumlah yang ditandingi.

Katanya, Pakatan Rakyat kini mempunyai 89 kerusi di dewan Rakyat dan perlu membentuk kerajaan dengan penambahan 23 kerusi menjadikan 112 kerusi.

"Daripada 133 kerusi Parlimen yang diperolehi BN hanya 43 kerusi iaitu satu majoriti kecil. Ini bermakna BN sedang menunggu saat untuk goyang. Kerusi BN kini berada di hujung tanduk," katanya.

Tambah beliau, kekuatan Umno-BN hanya kerana sokongan jentera kerajaan dan jika tiada kuasa dan kekayaan Umno-BN akan musnah.

Justeru tegasnya, menjadi tanggungjawab besar setiap ahli PAS khususnya Muslimat mencari jalan untuk mendapatkan kemenangan di semua kerusi yang ditandingi.

Dalam ucapan itu beliau turut menyentuh tentang kejayaan PAS menyertai Pakatan Rakyat yang berjaya menambah bilangan kerusi di Parlimen dan dewan undangan negeri.

"Kita dapat menguasai negeri-negeri di mana BN dapat ditumbangkan buat pertama kali dan mengekalkan kejayaan memerintah Kelantan," tegasnya.

Bagi Selangor tambah beliau, pencapaian PAS pada pilihan raya umum ke-13 adalah yang terbaik sejak pilihan raya pertama pada tahun 1955 daripada lapan kerusi pada PRU ke-12 menjadi 15 kerusi.

"Ini membuktikan bahawa rakyat negeri Selangor telah menerima parti lain selain Umno-BN untuk mewakili mereka," katanya.

Menurut beliau, selain pencapaian politik dalam gabungan Pakatan Rakyat, PAS turut berjaya melebar luaskan dakwah di kalangan orang bukan Islam. (Hrkh)

Rosmah Ke Qatar Bukan Rasmi, TPM Lulus Guna Jet, Kata Azalina





Ahli Parlimen Datuk Seri Azalina  Othman (gambar) hari ini mendedahkan bahawa jemputan Datuk Seri Rosmah Mansor ke Persidangan Wanita di Qatar bukan atas urusan rasmi kerajaan sebaliknya jemputan yang dibuat secara peribadi.

"Jemputan berkenaan bukan berdasarkan daripada kerajaan kepada kerajaan, tetapi lebih secara peribadi," katanya di Parlimen hari ini semasa pembentangan Bajet 2014.

Azalina turut mengakui beliau antara delegasi yang mengikuti  Rosmah dalam rombongan tersebut selain mendedahkan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah individu yang meluluskan penggunaan jet rasmi kerajaan dalam mesyuarat kabinet dan  bukannya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak seperti yang didakwa sebelum ini.

Kehadiran Rosmah dalam persidangan wanita di Doha Qatar pada minggu lalu dikritik ramai pihak apabila berita mengenai isteri Perdana Menteri itu menggunakan jet rasmi kerajaan didedahkan kepada orang ramai.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim sebelum ini mengakui kelulusan penggunaan jet rasmi untuk digunakan oleh Rosmah adalah keputusan kabinet bagaimanapun diselar pembangkang mendakwa ia tindakan tidak bertanggungjawab  sekaligus tidak boleh diterima.

Tambah Azalina, selain beliau, delegasi Rosmah ketika itu terdiri daripada pegawai rasmi kerajaan, media dan wakil daripada badan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Azalina  menjawab kritikan ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad  yang  kesal dengan tindakan kabinet meluluskan penggunaan jet rasmi biarpun ia secara terangan adalah salah.

Ahli Parlimen Tanjung Karang Datuk Seri Noh Omar turut dilihat mempertahankan Rosmah dengan berkata rakyat Malaysia sepatutnya  berbangga apabila isteri Perdana Menteri itu diberi penghormatan oleh kerajaan Qatar di mana peluang sebegitu itu jarang berlaku kepada isteri pemimpin di negara lain.

"Saya tidak faham kenapa mereka tidak boleh menghargai perkara begini.Ia selalu menjadi isu besar kepada pembangkang. Mereka mengharumkan nama negara dilayan seperti musuh, sementara mereka yang memburukkan nama negara dilayan sebagai hero," katanya.

Susulan itu, semasa di lobi Parlimen, Ahli Parlimen Rompin  Datuk Seri Jamaluddin Jarjis turut menyokong kenyataan Noh dengan berkata jemputan tersebut membuktikan Rosmah memberi imej baik dan mengharumkan nama negara.

"Pemergian beliau ke sana bukanlah memandai-mandai dan kita patut berbangga beliau diberikan penghormatan untuk bercakap dalam forum tersebut," katanya.

Beliau juga membidas pembangkang kerana sering memperbesarkan isu yang remeh sambil berkata perjalanan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim ke luar negara juga ditanggung oleh kerajaan negeri biarpun Anwar bukan anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor.

"Saya yakin rakyat boleh melihat bahawa isu berkenaan dicetuskan oleh pihak pembangkang," katanya.
10 November lalu Rosmah berada di Qatar menghadiri Forum Ahli Perniagaan Wanita Antarabangsa Qatar ke- 4 yang dianjurkan oleh Persatuan Perniagaan dan Rangkaian Interaktif Qatar.

Turut menemani Rosmah, Penasihat Khas Perdana Menteri  Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil, isteri  Menteri Luar Datin Seri Siti Rubiah Datuk Abdul Samad, isteri Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datin Seri Khamarzan Ahmad Meah dan isteri Menteri Pendidikan II Datin Seri Che Kamariah Zakaria. – 20 November, 2013. (TMI)

Saya Bersedia Memberi Tempat Saya Kepada... -Husam


SHAH ALAM: Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa berpendapat lebih ramai tokoh PAS dari Sabah perlu ada di peringkat tertinggi parti termasuk di peringkat Naib Presiden.

"Kalau saya diberi hak memilih, saya bersedia memberi tempat saya kepada tokoh Sabah,"katanya ketika menyampaikan ucapan Perasmian Muktamar Muslimat PAS Pusat kali ke-53.

Namun katanya, lebih ramai tokoh Sabah perlu ada sekurang-kurangnya di peringkat Jawatankuasa PAS Pusat dan dewan-dewan pada masa akan datang.

Dengan ucapan yang bertajuk ’Mendepani Perubahan Negara’ beliau mengakui PAS belum mencapai pencapaian yang membanggakan di Sabah dan Sarawak.

"Pilihan raya peringkat negeri Sarawak akan tiba. Kita belum menemui formula yang berkesan untuk kedua negeri tersebut," katanya di hadapan kira-kira  800 perwakilan Muslimat.

Bagaimanapun Husam menyerah kepada saf kepimpinan akan datang untuk mencari ramuan kekuatan bagi Sabah dan Sarawak. (Hrkh)

Syariah: PAS Telah Tunai Kewajipan, Tahniah Brunei!




SHAH ALAM: PAS telah menjalankan kewajipannya yang diarahkan oleh Allah apabila telah menjadikan undang-undang jenayah Islam sebagai sebahagian daripada undang-undang negeri di Kelantan pada tahun 1993 menerusi Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 dan Terengganu pada tahun 2003 menerusi Enakmen Jenayah Syariah Terengganu 2003.

Demikian ditegaskan Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP), Datuk Tuan Guru Harun Taib dalam ucaptama pada muktamar tahunan dewan itu kali ke-52 di dewan Majlis Bandaraya Shah Alam, di sini pagi ini.

Teks beliau dibacakan oleh timbalannya, Ustaz Datuk Ahmad Yakob pada muktamar yang bertemakan ‘Ulama Haraki Menangani Fasad Mengisi Kemenangan’.

Tambahnya, tinggal lagi kewajipan kerajaan pusat untuk memberikan laluan mudah bagi kedua-dua kerajaan ini melaksanakannya.

“Sejak 1992 lagi saya menegaskan bahawa Enakmen Jenayah Syariah II tidak bertentangan dengan Perlembagaan Malaysia dan boleh dilaksanakan di Kelantan,” ujarnya.

Justeru, DUPP menggesa negeri-negeri di bawah Pakatan Rakyat juga berusaha mengikut jejak langkah Kelantan dan Terengganu.

Sehubungan itu, ujarnya Dewan Ulamak PAS Pusat mengucapkan tahniah kepada kerajaan Brunei Darussalam yang telah mewartakan undang-undang jenayah Islam sebagai undang-undang negara baru-baru ini.

“Kita berdoa agar Allah berikan kekuatan kepada mereka dalam berhadapan dengan tekanan masyarakat antarabangsa yang sudah tentu tidak menyenangi undang-undang jenayah Islam,” ujarnya.

Beliau berkata, sangat memalukan apabila Malaysia sebagai sebuah negara yang meletakkan Islam sebagai agama persekutuan dalam keadaan majoriti rakyatnya adalah muslim sehingga kini masih berdolak-dalih dan tidak berusaha melaksanakan kewajipan yang diarahkan oleh Allah ini.

Maka, kata beliau menjadi kewajipan Ulamak Haraki untuk kehadapan membicarakan kewajipan masyarakat Islam menerima dan melaksanakan undang-undang jenayah Islam yang terbukti berjaya menjaga kehormatan nyawa dan harta benda manusia.

Katanya, seminar dan kolokium menjelaskan kebaikan dan keadilan Islam menerusi Hudud dan Qisas perlu dipergiatkan hingga akhirnya bukan sahaja masyarakat Islam sedar kewajipan mereka malah bukan Islam juga menyedari bahawa mereka juga perlu menerima kebaikan undang-undang Islam ini.

Beliau menambah, amat malang kerajaan dilihat masih belum bersedia untuk kembali kepada undang-undang jenayah Islam merangkumi Hudud dan Qisas termasuk juga diyat dalam menghadapi situasi jenayah berat yang mengancam keselamatan nyawa dan harta benda. (Hrkh)

Wanita Bogel Rampas Keretapi?

WANITA terbabit mengarahkan penumpang turun daripada kereta api.

Chicago: Seorang wanita menggemparkan penumpang kereta api komuter bandar ini apabila berbogel ketika menggunakan perkhidmatan awam itu dan mengisytiharkan dirinya sebagai Dewi Kereta Api dan merancang mengambil alih komuter itu.

Wanita yang tidak dikenali dan tidak berpakaian langsung itu muncul di Stesen Granville di Landasan Merah Chicago, laluan paling sibuk diurus Agensi Transit Chicago. Dia kemudian menampar beberapa penumpang komuter sebelum berjalan ke gerabak paling depan dengan niat untuk memandu kereta api itu.

Menurut saksi, wanita berusia 31 tahun itu mengarahkan semua penumpang turun menyebabkan perjalanan tertangguh 15 hingga 30 minit.

Foto
PEGAWAI polis mengiringi wanita terbabit keluar daripada Stesen Granville.

Polis tiba di stesen itu pada 12:45 tengah hari dan mengiringi wanita itu keluar daripada komuter. Wanita itu kemudian dibawa ke Hospital St Francis, Evanston untuk dinilai pakar perubatan. Jurucakap polis mendakwa wanita itu mengalami masalah mental, tetapi tidak menyatakan secara spesifik penyakit yang dihidapinya.- Agensi

Lihat...
E-Buku IH-67: Kisah-kisah Bogel (3)
E-Buku IH-67: Kisah-kisah Bogel (3)

Wednesday, November 20, 2013

T/Presiden: Undi Penentu, Penyokong Tuan Ibrahim & Husam..





Tinggal 48 jam sebelum pemilihan pusat PAS, persaingan antara dua calon timbalan presiden parti Islam itu masih sukar ditentukan kelebihan memihak kepada siapa, dalam pertembungan yang diibaratkan umpama 'buku bertemu ruas'.

NONEPenyandang Mohamad Sabu dan Timbalan Menteri Besar Kelantan Mohd Amar Nik Abdullah, masing-masing tidak dapat mendabik dada sudah benar-benar selamat. Bahkan, dijangka, yang menang tidak menang semua, yang kalah tidak kalah semua.

Menurut sumber-sumber PAS, keputusan pemilihan bergantung kepada undi menyokong Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Datuk Husam Musa yang dianggap mempunyai kuasa penentu.

Sokongan yang diperoleh mereka di peringkat kawasan perlu diambil kira memandangkan kedua-duanya memperolehi jumlah pencalonan tertinggi daripada Mohamad dan Nik Amar.

Masih tidak jelas undi itu akan pergi ke mana. Bagaimanapun, ia dilihat bergantung kepada hubungan kedua-dua calon dengan Tuan Ibrahim dan Husam.

Satu versi menyatakan, Mohamad mempunyai kelebihan berdasarkan hubungan 'tidak mesra' Nik Amar-Husam akibat politik dalaman PAS Kelantan dan kerajaan negeri.

Kedua-dua mereka pernah menjadi exco yang sama-sama berpengaruh bawah pimpinan tokoh terpenting PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat sebelum ini.

Bagaimanapun, hubungan Mohamad dan Husam juga mempunyai sejarah 'calarnya' sendiri apabila sama-sama berentap pada 2009 untuk jawatan sama dalam pertembungan tiga penjuru dengan bekas timbalan presiden Nasharuddin Mat Isa.

Mohamad dan Husam walaupun dianggap satu aliran, masing-masing gagal berkompromi - situasi yang memberikan kelebihan kepada Nasharuddin, calon proulama ketika itu.

Trend 4 tahun pemilihan
Sementara itu, di atas kertas, trend pengundian sejak empat tahun lalu tidak menyebelahi Mohamad yang hanya mendapat sokongan satu pertiga daripada lebih 1,000 perwakilan pada 2011.

Pada 2009, Mohamad tewas dengan sokongan terendah 261 undi, Husam (281 undi) dan Nasharuddin 480 undi. Perpecahan undi Mohamad dan Husam menjadi punca kekalahan kumpulan profesional.

NONE

Dalam pemilihan dua tahun berikutnya, trend sebaliknya pula berlaku apabila Mohamad - calon tunggal kumpulan profesional - menang tipis akibat perpecahan undi kumpulan ulama.

Mohamad menang jawatan timbalan presiden dengan 420 undi berbanding Tuan Ibrahim Tuan Man (399) dan Nasharuddin (224).

Berdasarkan angka itu, bermaksud Mohamad gagal mendapat sokongan bulat penyokong Husam selepas dua tahun.

petrol price hike protest 2 100306 mat sabuBahkan, kumpulan ulama menambah penguasaan mereka daripada 480 undi pada 2009 kepada 624 (gabungan undi Tuan Ibrahim dan Nasharuddin) pada 2011.

Ini menyebabkan Mohamad, walaupun mempunyai kelebihan penyandang, tetap tidak senang duduk.

Namun begitu, telahan ini hanya akan menjadi kenyataan dengan mengandaikan faktor-faktor lain tidak berubah. Tetapi itu tidak mungkin.

Menilai daripada aspek aktivisme dan kepimpinan, Mohamad dilihat lebih ke hadapan memimpin massa dalam isu-isu penting, antaranya melalui demonstrasi BERSIH dan Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Merdeka.

Beliau juga dilihat sebagai tokoh nasional berbanding Nik Amar yang hanya dikenali di peringkat negeri walaupun turut menganggotai jawatankuasa Pusat PAS.

Malah, kewujudan kumpulan-kumpulan dalam PAS Kelantan, yang Mohd Amar dianggap antara pemain utamanya, tidak menjanjikan kelebihan kepada ADUN Panchor itu.

Korban perjuangan sendiri?
Mohamad juga menyandarkan harapan kepada populariti sebagai pemidato 'bersuara emas' PAS dan aktivismenya yang menyaksikan beliau turun naik mahkamah dan ditahan bawah Akta Keselamatan dalam Negeri (ISA) sebelum ini.

NONEManakala Nik Amar (kanan) pula menyandarkan peluangnya kepada berpengalaman dalam kerajaan negeri yang diberi kepercayaan oleh Nik Aziz, termasuk mengantikan kuliah mingguan mursyidul am PAS itu.

Statusnya sebagai anak 'tok guru Nik Lah' yang memperoleh sarjana dalam bidang teologi di Birmingham, United Kingdom itu juga dilihat mempengaruhi keputusan pengundian Jumaat ini dalam parti berteraskan agama itu.

Nik Amar juga tidak dihantui kontroversi di peringkat nasional berbanding Mohamad yang masih berhempas pulas menepis tuduhan berfahaman Syiah dan isu khalwatnya lama dahulu, walaupun mahkamah telah membebaskannya.

NONESemua ini sudah tentu akan dipertimbangkan perwakilan bagi menentukan masa depan PAS, termasuk hubungan dalam Pakatan, prospek untuk pilihan raya umum ke-14 dan arah tuju parti dalam keadaan trend politik yang makin melampui sentimen.

Sesiapa pun yang menang pasti akan memainkan peranan besar menentukan semua ini, terutamanya ikatan PAS dalam Pakatan yang terbukti berhasil sejak awal kerjasama pada 2008.

Persoalannya, antara budaya aktivisme dan kepimpinan ulama, pihak manakah yang benar-benar diperlukan PAS buat masa ini?

Tetapi, jika Mohamad tewas, keputusan itu pastinya ironi sekali di mata penganalisis.

Mohamad, 30 tahun lalu antara tokoh yang paling terkedepan memperjuangkan kepimpinan ulama. Dan 30 tahun kemudian, adakah beliau akan menjadi korban perjuangannya sendiri?
NONENONE

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails