Wednesday, November 20, 2013

Bubarkan Majlis Syura Ulama? - Dr Mariah



KUALA LUMPUR: Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Dr Siti Mariah Mahmood menafikan dakwaan yang tersebar di beberapa laman web kononnya beliau menyarankan Majlis Syura Ulama PAS dibubarkan.

Bercakap kepada Harakahdaily, beliau kesal kerana pandangan yang dilontarkannya pada program Liqa ul Fikr di ibu negara baru-baru ini dipetik di luar konteks oleh pengendali laman web tertentu.

Menurut Dr Mariah, bagi menyelesaikan isu ulama dan profesional yang seringkali dibangkitkan pihak tertentu menjelang muktamar pemilihan, beliau menyarankan supaya perlembagaan PAS dipinda supaya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden dalam parti disandang oleh ulama.

Jika cadangan ini diterima dan perlembagaan PAS dipinda, jelasnya fungsi Majlis Syura Ulamak sebagai penasihat parti tidak lagi relevan memandangkan dua jawatan tertinggi parti telah sedia disandang oleh mereka yang fakih tentang agama.

"Saya kata bawalah ke Muktamar supaya nombor satu dan nombor dua dari kalangan ulama dan tidak jadi pertembungan (isu) setiap kali pemilihan. Kami yang bukan ulama ini sedia berkhidmat," jelas beliau. (Hrkh)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails