Saturday, January 20, 2018

Tun M Berjaya Tewaskan Anwar Sekali Lagi


Nik Abduh Nik Aziz

KUALA LUMPUR – Kejayaan terbesar Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam Pakatan Harapan bukan kerana berjaya melobi pimpinan tertinggi pakatan pembangkang supaya ‘angkat’ beliau sebagai calon Perdana Menteri jika Pakatan Harapan menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz sebaliknya berkata, kejayaan sebenar Mahathir dalam Pakatan Harapan adalah terus berjaya menumpaskan pencabar terkuatnya yang beliau sendiri pernah penjarakan satu waktu dahulu iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurut beliau, kejayaan besar lain Mahathir selepas menyertai Pakatan Harapan adalah memastikan pakatan pembangkang melupakan tonik keramat ‘reformasi’ Anwar yang merupakan simbol penentangan keatasnya sejak tahun 1998.
“Kejayaan Mahathir apabila mereka (pakatan pembangkang) mampu untuk terus ditipu dengan taubat palsu yang bersalut keangkuhan. Kejayaan Mahathir hari ini adalah menghilangkan ketajaman perseteruannya dengan DAP yang dimusuhinya.
“Kejayaan Mahathir hari ini ialah membenam Parti Amanah Negara (PAN) ke dalam lumpur. DAP menyucuk hidung PAN lalu membiarkan Mahathir menariknya ke kubang lumpur. Berkubanglah di situ dengan penuh amanah kepada tuan yang melahirkanmu..,” katanya lagi dalam satu kenyataan baru-baru ini.
Mahathir yang diketahui memiliki dana yang besar berjaya mengangkat dirinya sebagai Pengerusi Pakatan Harapan hanya dalam tempoh beberapa bulan selepas menyertai gabungan parti pembangkang tersebut.
Beliau seterusnya berjaya melobi pimpinan tertinggi Pakatan Harapan supaya dicalonkan sebagai Perdana Menteri jika pembangkang menang PRU Ke-14 walaupun perkara itu dibantah penyokong pembangkang.
Pencalonan Mahathir sebagai calon Perdana Menteri Pakatan Harapan sekali gus mengenepikan dan menidakkan peluang ramai pemimpin lain yang telah bertahun-tahun bersama pembangkang.
“Itulah kejayaan Mahathir, mengulangi
kejayaannya dulu menubuhkan UMNO Baru untuk mengalahkan Tengku Razaleigh Hamzah. Dia meninggalkan UMNO untuk mengalahkan Pak Lah. Dia menubuhkan PPBM untuk mengalahkan Najib. Aksi terbaiknya kini ialah memenjarakan Anwar di dalam dan memenjarakan pengikutnya di dalam jeriji telunjuknya di luar. What a Kajang kick!!,” kata Nik Mohamad Abduh.
Nik Mohamad Abduh seterusnya mengingatkan Mahathir adalah punca kepada kerosakan negara disebabkan keangkuhan dan pemerintahan kuku besinya selama lebih 20 tahun sebagai Perdana Menteri.
Menurut beliau, Mahathir namun akhirnya mengalami kegagalan untuk terus mengemudi lalu meletak jawatan sebagai Perdana Menteri dan meninggalkan Malaysia dalam kesakitan dan kelesuan.
Beliau turut mengingatkan negeri Kelantan dibina lebih 20 tahun lalu di bawah tekanan tinggi dan serangan bertalu-talu tanpa balas kasihan Mahathir.
“Kelantan disisihkan dengan kebencian dan dendam kesumat seorang diktator yang tidak mampu melihat keupayaan orang lain turut membangunkan negeri dan negara,” katanya.
Sebelum ini, pemimpin Pakatan Harapan turut menggelar Mahathir sebagai bapa kepada segala penyamun dan melabelkan bekas Perdana Menteri selama 22 tahun itu sebagai firaun dan diktator yang menzalami rakyat.
Ramai daripada mereka termasuk Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Mohamad Sabu dan Rafizi Ramli bagaimanapun membuat pusingan U menyanjungi Mahathir hanya selepas beberapa bulan tokoh korporat dan politik kaya itu menyertai Pakatan Harapan.
Perubahan mendadak pendirian pimpinan tertinggi Pakatan Harapan keatas Mahathir itu mengelirukan sebilangan besar penyokong pembangkang dan tiada penjelasan yang rasional mengenainya dibuat hingga hari ini. – MYNEWSHUB.CC


Sama saja, DAP, UMNO, PAN, BERSATU..

Islam Adalah Ancaman &Keganasan Menurut Keluarga Tun M.


BAGI keluarga Tun Dr Mahathir Mohamad, agama Islam dilihat sebagai ancaman kepada mereka. Perkara ini amat mendukacitakan rakyat Malaysia.
Baru-baru ini anak perempuan beliau Marina Mahathir menegaskan kononnya keganasan akan subur dan masyarakat negara ini akan berpecah belah sekiranya agenda Islamisasi yang berlaku di Malaysia berterusan.
Marina berkata demikian ketika melancarkan buku ‘Illusions of Democracy: Malaysian Politics and People Volume II’ di Kuala Lumpur pada 17 Januari.
Menurut anak Mahathir ini, Islamisasi adalah satu penjajahan dan konsep yang diketahui ganas.
“Ia satu bentuk penjajahan, satu konsep yang selama ini tidak pernah diketahui tidak ganas.”
Marina menggunakan satu kes terpencil seorang lelaki menampar seorang wanita tidak bertudung, lalu membuat dakwaan bahawa Islamisasi akan merobek Malaysia dan menjadikan negara ini merosot.
Menurutnya seperti yang dilaporkan oleh The Malaysian Insight, sekiranya seseorang itu tidak arif, kata-kata Raof Husin di Konvensyen Kebangkitan Ummah berkenaan bantuan pendidikan dihadkan kepada kaum Bumiputera sahaja dan cadangan Presiden PAS, Dato’ Seri Abdul Hadi berkenaan kabinet Melayu itu akan kedengaran seperti dilaungkan oleh kumpulan pengganas IS.
“Kalau kita tidak tahu, tidakkah kita akan berfikir bahawa IS (Daesh) juga berkata perkara yang sama?” dakwa Marina Mahathir lagi.
Selain daripada itu, Marina Mahathir turut membuat dakwaan bahawa terdapat juga nada toksik kumpulan Islam yang paling ganas di dunia yang kedengaran di negara ini.
Penyunting buku tersebut, Sophie Lemiere sebelum ini pernah membuat dakwaan bahawa pertubuhan bukan kerajaan seperti Pekida dan badan-badan yang bersekutu dengannya merupakan fenomena yang serupa seperti ‘Preman’ atau ‘samseng’ di Indonesia.
Perlukah orang Melayu terus bertolak ansur dengan penghinaan yang dibuat oleh anak Mahathir ini. Tidak cukupkah segala penghinaan yang keluarga ini lakukan terhadap orang-orang Islam. – pru14.tv
Apa hukum labur dalam dagang 'Bitcoin'?

Terowong: Ada A/Politik Terima Habuan Juta RM. Ini Dia..


Skandal Terowong P.Pinang: Ada Ahli Politik 'Masyuk'

MAKAN besar.. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapati ada ahli politik dipercayai menerima habuan jutaan ringgit, dalam kajian projek terowong dasar laut Pulau Pinang.

Sumber berkata, beberapa individu penting yang dipercayai terbabit dalam projek prasarana mega bernilai RM6.3 bilion itu, akan dipanggil untuk memberi keterangan kepada pihak SPRM dalam tempoh terdekat.
“Ada beberapa ahli politik yang menerima ratusan ribu ringgit, malah ada yang disyaki mencecah jutaan ringgit disebabkan ‘jalinan kerjasama’ itu. Setakat ini kita sedang mengesan, bagaimana salah laku itu berlaku.
“Kita hendak tahu bagaimana pembayaran dibuat. Namun, kita percaya, ia kemungkinan berkaitan pemberian dua lot tanah bernilai tinggi, yang menjadi cara untuk pembayaran kepada kajian projek mega itu,” kata sumber.
Bagaimanapun, sumber tersebut enggan mendedahkan siapa ahli politik yang dipercayai terbabit menerima habuan itu tetapi tidak menolak kemungkinan mereka itu adalah individu yang berkepentingan dalam projek berkenaan.
Akhbar tempatan semalam melaporkan, pihak SPRM memperoleh beberapa maklumat baharu, namun tidak dapat didedahkan kerana bimbang ia mampu menjejaskan proses siasatan terperinci yang sedang berjalan.
Sebelum ini, pakar mendedahkan kos kajian kebolehlaksanaan terowong dan tiga lebuh raya di Pulau Pinang itu dipercayai bernilai hingga RM80 juta, berbanding RM305 juta dibayar melalui pertukaran tanah di negeri itu.
Dalam perkembangan yang berkaitan, sumber tersebut berkata, pihak SPRM kini dalam proses untuk merekodkan segala keterangan daripada beberapa saksi penting untuk mengukuhkan lagi kertas siasatan.
Katanya, beberapa individu penting yang dipercayai terbabit dalam projek mewah tersebut juga akan dipanggil untuk memberikan keterangan kepada SPRM dalam tempoh terdekat.
“Saksi yang akan direkod ini mampu jawab bagaimana salah laku dan pembayaran itu berlaku,” katanya. Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki, ketika dihubungi, enggan mengulas lanjut.
Bagaimanapun ujar beliau, setakat ini SPRM sudah pergi sekurang-kurangnya 42 lokasi, membabitkan pelbagai syarikat perunding serta beberapa agensi kerajaan di Pulau Pinang dan Lembah Klang.
Malahan jelas Azam lagi, lebih 76 saksi sudah pun dipanggil untuk memberi keterangan mereka bagi membantu siasatan SPRM yang giat dijalankan terhadap projek raksasa kontroversi berkenaan.
Setakat ini, hanya dua individu bergelar datuk, ditahan bagi membantu siasatan itu dan masing-masing sudah dibebaskan dengan jaminan pihak mahkamah semalam. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA



Teka-teki, 3 Gambar, 3 Soalan, ... Apa Jawabnya?



1. Teka teki minggu ini..
Soalannya ialah...
"Berapa ramaikah audien yg mendengar ceramah dalam gambar dibawah.."

Kredit
Raziei Rahim‎ 





2. Kawan - kawan di sektor kerajaan sekarang jangan ragu-ragu. Inikalilah UBAH Kita sokong GAGASAN SEJAHTERA.


Kredit
Sdr Azam Mektar 




3. PH sibok tanya siapa PM dari PAS .. Macam mana kalau kami tanya ada ka petugas2 PH di setiap UPU dan Lokaliti ❓ Amacam 😅
Agen Musuh dlm PAS kalau ada la baik didedahkan Jgn Dibela macam bela hantu raya..mencelarukan gerakerja parti..jgn jd ulat dlm budu...😅
💚💚 Ukuran kemengan dlm Islam bersandarkan kepada tiga aspek ..
  1. kejayaan kita mmpertahakan iman pada setiap masa yg kita di uji oleh Allah SWT.. 
  2. kejayaan kita mentaati apa sahaja perintah Allah dan rasulmya kemenangan bagi org yg beriman... 
  3. Kemengan sebenar akan dicapai oleh setiap orng yg beriman apabila dia istiqamah dgan keimanannya.. 💚💚
Bui suter atas dahi..

Komen Weblog Hasyim: Jawabnya ialah, Undilah PAS dalam PRU 14 akan datang.

Apa hukum labur dalam dagang 'Bitcoin'?

PCM, Parti Rakan PAS Cadang Tanding 5 Kerusi.


Parti Cinta Malaysia (PCM) - salah satu komponen dalam Gagasan Sejahtera yang diterajui PAS - menyatakan hasrat untuk bertanding sekurang-kurangnya di lima kerusi pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).


Naib Presidennya, Datuk Huan Cheng Guan berkata, pihaknya akan membuat permohonan berhubung perkara itu kepada PAS dan sebuah lagi rakan parti komponen, Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN).

"Kalau bincang kedua-dua (PAS dan IKATAN) setuju kita tanding sahajalah. Tak pasti lagi berapa tapi kalau tanding lebih lima kerusi,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Bekas naib presiden Gerakan itu menjangkakan partinya akan bertanding di Pulau Pinang, Perak dan Selangor.

"Kita melihat kepada kawasan yang ada peluang untuk menang dan ada akar umbi, jika tiada akar umbi kita tidak bertanding," katanya lagi.

Selain PCM dan IKATAN, Gagasan Sejahtera yang diwujudkan PAS turut dikatakan mempunyai kekuatan 200 NGO.

PAS sebelum ini konsisten berkata mereka akan menyertai PRU ke-14 melalui gabungan itu, dan akan bertanding tidak kurang daripada 130 kerusi.
Pada masa sama, seperti yang dinyatakan Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Dr Mohd Zuhdi Marzuki, parti gabungan, NGO dan tokoh masyarakat yang bersama gabungan itu akan diberi ruang bertanding dan akan dibantu jentera PAS sendiri.
Hasil carian imej untuk PCM nyatakan hasrat sertai PRU ke-14, manakala IKATAN belum pasti.

Bagi IKATAN pula, presidennya Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir belum dapat mengesahkan jumlah kerusi yang bakal ditandingi parti itu.

Kadir bagaimanapun mengakui beliau sendiri tidak akan bertanding, manakala menyerahkan kepada pimpinan lain jika ada yang berminat untuk berbuat demikian.

“Mungkin ada (dalam IKATAN yang akan bertanding), tapi setahu saya mereka tak tunjuk minat setakat ini. Kami tak minta (kerusi), tak pernah bincang mengenai kerusi dengan PAS setakat ini," katanya.

Beliau berkata, buat masa ini IKATAN memperjuangkan isu rakyat melalui penghantaran memorandum kepada pihak berwajib.
“Buat masa ini kami tak fikir pasal PRU. Saya sendiri sebagai presiden tak bertanding,” katanya lagi.




Sama saja, DAP, UMNO, PAN, BERSATU..

Diktator & Gila Kuasa : Tun M Mudah Lupa – Dr Kamarul




Sungguh melucukan sekali bila melihat bagaimana sejak akhir-akhir ini Tun Dr Mahathir Mohamad, Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia merangkap Pengerusi Pakatan Harapan yang dinobatkan sebagai bakal Perdana Menteri Malaysia jika Pakatan Harapan memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14, berusaha keras menafikan bahawa beliau adalah seorang diktator sewaktu beliau menjawat jawatan Perdana Menteri Malaysia dari tahun 1981 ke tahun 2003.
Bahawa Tun Dr Mahathir telah menulis catatan bagi menafikan perkara ini, di bawah tajuk “The Dictator”, di dalam blog beliau pada 17 Ogos 2017 dan beliau telah sekali lagi menulis satu catatan yang jauh lebih panjang bagi menafikan perkara ini, juga di bawah tajuk “The Dictator”, di dalam blog beliau pada 17 Januari 2018 jelas menunjukkan usaha beliau bagi meyakinkan rakyat Malaysia bahawa beliau bukanlah seorang diktator menemui kegagalan.
Bahawa Tun Dr Mahathir adalah seorang diktator bukan sahaja dinyatakan oleh para pemimpin parti pembangkang yang menerima layanan teruk daripada beliau sepanjang pemerintahan beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia tetapi juga oleh para pemimpin yang pernah berdamping rapat dengan beliau di dalam UMNO dan di dalam kerajaan, termasuklah Tun Musa Hitam, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Di dalam buku beliau bertajuk “Frankly Speaking” terbitan Pelanduk Publications (M) Sdn Bhd pada 2016 contohnya, Tun Musa menulis mengenai corak pemerintahan authoritarian Tun Dr Mahathir yang beliau sifatkan sebagai satu kegagalan yang amat sangat (“an abject failure”), di mana Tun Dr Mahathir dikatakan mengelilingkan diri dengan “yes men”, mempunyai pandangan tetap mengenai sesuatu serta membenci perbincangan dan perdebatan.
Bahawa Tun Dr Mahathir adalah seorang diktator juga disebut oleh pelbagai tokoh lain seperti bekas Setiausaha Majlis Peguam Malaysia, Tommy Thomas, di dalam buku beliau bertajuk “Abuse Of Power” terbitan SIRD pada 2016 yang menyifatkan Tun Dr Mahathir sebagai “a very authoritarian leader who did not brook dissent”, begitu juga dengan Barry Wain yang, di dalam buku beliau bertajuk “Malaysian Maverick” terbitan Palgrave MacMillan pada 2009, malah menyifatkan Tun Dr Mahathir sebagai “an uncrowned king”.
Bahawa Tun Dr Mahathir adalah seorang diktator juga telah dihuraikan secara panjang lebar di dalam beberapa buah tesis kedoktoran yang dihasilkan oleh cendekiawan rakyat Malaysia bahkan oleh cendekiawan bukan rakyat Malaysia dari beberapa buah universiti ternama di dunia sekali gus menyebabkan dakwaan bahawa beliau bukanlah seorang diktator perlu dikemukakan oleh cendekiawan lain melalui tesis kedoktoran lain untuk dilihat berwibawa.
Antara tesis kedoktoran tersebut adalah tesis Tan Sri Dr Rais Yatim bertajuk “The Rule Of Law And Executive Power In Malaysia: A Study Of Executive Supremacy” dari King’s College, London, pada 1994 dan tesis In-Won Hwang bertajuk “Changing Conflict Configurations And Regime Maintenance In Malaysian Politics: From Consociational Bargaining To Mahathir’s Dominance” dari Australian National University, Canberra, pada 2001.
Tun Dr Mahathir sendiri mengakui pada 27 Mac 2016 bahawa beliau adalah seorang diktator tetapi ia tidak mendatangkan masalah kerana rakyat Malaysia kononnya tidak berdemonstrasi terhadap beliau. Beliau sebelumnya mengakui pada 18 Oktober 2010 bahawa beliau “enjoyed” dengan dakwaan bahawa Malaysia telah diperintah oleh seorang diktator selama 22 tahun kerana sekurang-kurangnya beliau fikir Malaysia telah mencapai kemajuan.
Bagaimanapun, berbanding memperkatakan segala rekod pemerintahan beliau yang sudah sedia diketahui umum, mungkin adalah lebih baik untuk kita meneliti kembali segala ucapan, kenyataan dan tulisan Tun Dr Mahathir sebelum ini yang menunjukkan bahawa, bagi beliau, sistem authoritarian adalah lebih baik berbanding sistem demokrasi, sekali gus menyebabkan beliau sepatutnya berbangga dengan gelaran diktator kerana ia selari dengan pemikiran beliau.
Di dalam ucapan beliau di “The Second Lecture Of The Ho Rih Hwa Public Lecture Series” di Singapura pada 11 Oktober 2004, Tun Dr Mahathir mendakwa demokrasi tidak akan menghasilkan kerajaan yang kuat dan memuji para pemimpin authoritarian Asia terdahulu, iaitu “The Meiji Emperor of Japan, the Kings of Siam, Chiang Kai Shek of Taiwan, Deng Xiao Peng of China, Park Chung Hee of South Korea”, kerana memajukan negara mereka.
Di dalam kenyataan beliau selepas menyampaikan ucapan bertajuk “Political Stability And Sustainability As A Key Success Factor In Developing Malaysia” di Putrajaya pada 12 April 2006, Tun Dr Mahathir mendakwa seorang diktator yang baik (“a benevolent dictator”) adalah jalan penyelesaian untuk mengembalikan kestabilan di negara Iraq. Kata beliau, demokrasi gagal kerana ia membawa ketidakstabilan dan memperlahankan pembangunan ekonomi.
Di dalam ucapan beliau di forum “The Creation Of The Global Citizen: Media Liberalisation And The New Political Realities” di Kuala Lumpur pada 18 Oktober 2010, Tun Dr Mahathir mendakwa demokrasi adalah satu ideologi yang gagal dan memuji sistem authoritarian yang diguna pakai oleh negara China yang telah membawa kemajuan sehingga menjadikan negara itu antara negara terkaya di dunia walaupun tanpa kewujudan “freedom, liberty and equality”.
Di dalam buku beliau bertajuk “A Doctor In The House” terbitan MPH Group Publishing Sdn Bhd pada 2011, Tun Dr Mahathir menyebut tidak boleh berlaku pemisahan kuasa penuh antara Legislatif, Eksekutif dan Kehakiman dalam demokrasi kerana ia akan menyebabkan negara dibawa ke pelbagai arah. Kata beliau, mesti wujud persefahaman dan penyelarasan antara ketiga-tiga badan ini di mana setiap badan mesti tahu batasan kepada domain mereka.
Di dalam kenyataan beliau selepas menyampaikan ucapan pada “HT Leadership Summit 2011” di New Delhi pada 3 Disember 2011, Tun Dr Mahathir mendakwa negara India boleh menjadi setanding dengan negara China dari segi pembangunan jika ia menjadi “kurang demokratik”. Kata beliau, demokrasi tidak sentiasa menjamin kestabilan dan kemakmuran kerana ada waktunya demokrasi boleh melumpuhkan proses pembuatan keputusan.
Di dalam ucapan beliau di “The University Santo Tomas’ Special Convocation And Conferment Of Honorary Professorship And The Neo-Centennial Lecture” di Manila pada 11 Jun 2012, Tun Dr Mahathir mendakwa demokrasi tidak menyebabkan rakyat menikmati satu kehidupan yang lebih baik berbanding waktu mereka berada di bawah pemerintahan autokratik kerana demokrasi akan menghasilkan satu kebuntuan (“would result in a stalemate”).
Malah, di dalam tulisan beliau di blog beliau pada 29 April 2014 sekalipun, Tun Dr Mahathir mendakwa demokrasi selalu gagal untuk membekalkan negara-negara dengan tadbir-urus baik (“has often failed to provide countries with good governance”) dan bahawa kebebasan bersuara, kebebasan media, demonstrasi dan mogok mesti disekat pada kadar yang tertentu (“free speech, free press, demonstrations and strikes must be circumscribed to some degree”).
Imej yang berkaitan
Oleh itu tidak sepatutnyalah Tun Dr Mahathir membuat sesuatu perkara yang sia-sia dengan cuba menepis dakwaan bahawa beliau adalah seorang diktator yang mungkin akan menjadi seorang diktator kembali jika beliau diberi peluang untuk menjawat jawatan Perdana Menteri Malaysia semula kerana, selain daripada segala rekod pemerintahan beliau, segala ucapan, kenyataan dan tulisan beliau sebelum ini menunjukkan bahawa, bagi beliau, seorang diktator/autokrat memang jauh lebih baik berbanding seorang demokrat.
Bila Tun Dr Mahathir sendiri berpandangan bahawa seorang diktator/autokrat memang jauh lebih baik berbanding seorang demokrat, maka sepatutnya tiada sebablah untuk beliau marah-marah bila beliau dipanggil sebagai seorang diktator/autokrat malah beliau sepatutnya kekal dengan prinsip beliau mengenai kebaikan sistem authoritarian dan keterukan sistem demokrasi di samping sepatutnya berbangga bahawa beliau seorang diktator/autokrat.
Bagaimanapun, jika Tun Dr Mahathir kekal dengan prinsip beliau mengenai kebaikan sistem authoritarian dan keterukan sistem demokrasi serta berbangga bahawa beliau seorang diktator/autokrat, maka apa pula yang akan terjadi dengan segala janji Pakatan Harapan untuk mendemokratikkan dengan sepenuhnya negara Malaysia jika ia memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14? Tak mengapa, demi kuasa, boleh lupa segala apa yang diucap, dinyata dan ditulis dulu.
Dr Kamarul Zaman Yusoff,
Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (MAPAN),
Universiti Utara Malaysia (UUM).




Marina Mahathir Gagal Pertahan Ideologi Feminisme SIS.


AIDCNews -19/01/18 -Ahli Lembaga Pengarah Malaysia sekular Sisters in Islam (SIS), Datin Paduka Marina Mahathir gagal mempertahankan ideologi feminisme ketika berhujah dengan penyelidik Muslim Debate Initiative (MDI), Zara Huda Faris.
Dalam forum anjuran Malaysia Progresif United Kingdom (MPUK), Marina dilihat kehilangan hujah sehingga berkali – kali mengatakan ‘saya bersetuju sepenuhnya dengan Zara Faris!’.
Namun tidak dapat dipastikan apakah yang dipersetujui Marina kerana Zara Faris dalam hujahnya telah meruntuhkan asas ideologi feminisme di mana katanya ideologi Islam dan feminisme tidak selari, malah saling bertentangan.
Zara Faris berkata pertubuhan yang bertopeng dengan jenama Islam sama ada di peringkat antarabangsa seperti Musawah (persamaan gender) atau SIS (Malaysia) adalah pertubuhan yang menganut fahaman ideologi sekular-liberal Barat.
“Sesetengah kumpulan feminis seperti SIS dan Musawah, mereka tidak menghidupkan Islam, tetapi meminta supaya Islam diterjemah semula, dibangkang atau direformasikan untuk diselarikan dengan kepercayaan sekular liberal Barat.
“Feminis secara terbuka mengatakan mereka mahu menyeragamkan Islam dengan konsep keadilan moden, teori feminis, hak kemanusiaan dan etika Barat.
“Bermakna mereka bukan menafsir ayat Al Quran, tetapi menokak tambah sekular liberal, dengan kata lain missionari.
“Mereka tidak menghidupkan semula kefahaman Islam yang asal dan tidak menginspirasikan mujaddid dalam Islam, feminis bagaimanapun cuba mencabut keluar mekanisme keadilan dalam Islam dan mereka juga tidak membantu Muslim keluar dari kemunduran akibat penjajahan..
“Sebaliknya feminis dilihat cuba menyempurnakan projek penjajahan dengan meniru bulat-bulat ideologi Barat. Ini bukan penyeragaman, tetapi perkahwinan paksa dan pemurtadan, “katanya.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails