Saturday, September 27, 2014

PAS Belum Putuskan Calon Jawatan T/Speaker DUN S'gor



Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Abdul Samad berkata akan mengadakan perjumpaan untuk membincangkan calon jawatan tersebut. – Gambar fail The Malaysian Insider, 27 September, 2014.  
Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Abdul Samad berkata akan mengadakan perjumpaan untuk membincangkan calon jawatan tersebut. – Gambar fail The Malaysian Insider, 27 September, 2014. 

PAS Selangor belum lagi memutuskan dalam kalangan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) parti itu yang akan menjawat jawatan Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.
Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Abdul Samad berkata keputusan hanya akan dibuat setelah perbincangan dengan semua pihak berkaitan dilakukan.

"Kami akan mengadakan perjumpaan untuk membincangkan perkara ini dalam masa terdekat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Undian dan Tawaran Rumah Selangorku hari ini.

Kerusi timbalan speaker DUN kosong berikutan penyandangnya, Adun Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad meletakkan jawatan bagi membolehkan beliau dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (Exco).

Perkara berkenaan diumumkan oleh menteri besar Selangor baru, Mohamed Azmin Ali dalam sidang media di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri semalam. – Bernama, 27 September, 2014.

90% Kes Rogol Bawah Umur Dilakukan Teman Lelaki

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh_mwgmFZkPtLc2LTpQa6n7imgiPfyyUYcQnDtp2mQymuJ5HR7nTpHklKUwe_Q96YK1bHWxRpi4b-5ZEhYWLN7vRUCRLcB3kBjB6MtIvG-tLk7Frr8J_oSgIKAXyheFbfAgKmMz5ItgCNk/s1600/budak-sekolah-terlampau.jpg
GEORGE TOWN: Hampir 90 peratus daripada kes rogol bawah umur dilaporkan melibatkan orang dikenali termasuk teman lelaki, kata Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk A. Thaiveegan.
  
Beliau berkata statistik kes rogol di negeri ini juga menunjukkan pelajar sekolah berumur antara 12 dan 16 tahun mencatatkan angka tertinggi menjadi mangsa rogol.
  
Katanya, statistik menunjukkan hanya 10 hingga 14 peratus suspek yang terlibat dalam kes rogol tidak dikenali oleh mangsa.
  
"Maksudnya hampir 90 peratus suspek dikenali mangsa seperti ahli keluarga, teman lelaki dan kenalan mangsa. Kajian juga menunjukkan teman lelaki mangsa adalah golongan yang paling banyak terlibat dalam kes ini," katanya semasa merasmikan 'Seminar Remaja dan Seks Bebas: Kesan dan Akibat" di sini hari ini yang dihadiri anggota polis, guru, pelajar sekolah dan universiti dan penjawat awam.
  
Seminar sehari itu bertujuan memberikan kesedaran kepada golongan remaja tentang kesan pergaulan seks bebas, mendidik golongan remaja untuk menjauhkan diri daripada gejala seks bebas dan memberikan pendedahan kepada masyarakat tentang kepentingan kemahiran mendekati dan mendidik golongan remaja.  
  
Ia dianjurkan Bahagian Siasatan Seksual/Wanita/Kanak-kanak Jabatan Siasatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang dengan kerjasama Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia dan Jabatan Pendidikan Pulau Pinang.
  
Thaiveegan berkata statistik dari tahun 2010 hingga Ogos 2014 menunjukkan penurunan peratusan kes rogol di negeri ini iaitu daripada 146 kes pada tahun 2010 kepada 62 kes pada bulan lepas.
  
Katanya ini berikutan peningkatan kesedaran dalam kalangan remaja berhubung isu itu hasil daripada tindakan ibu bapa dan guru yang memainkan peranan penting dalam mendidik mereka termasuk pendidikan agama dan juga seminar berkaitan.
  
"Mungkin selepas ini kami adakan seminar khusus untuk orang lelaki supaya mereka lebih menghormati dan menghargai wanita," katanya.
  
Katanya dalam tempoh Januari hingga Ogos tahun ini berdasarkan pecahan mengikut kaum, Melayu menunjukkan kaum yang tertinggi menjadi mangsa rogol iaitu 38 orang, diikuti Cina (sembilan), India (tujuh) dan kaum-kaum lain (lapan).
  
Sementara itu, guru kaunseling Norniza Kader Mydin, 35, berkata perkembangan teknologi dan penggunaan telefon bimbit yang meluas mendorong para remaja untuk mudah terdedah dengan budaya kurang sihat.
  
"Kalau dulu boleh kira berapa orang yang ada telefon bimbit... sekarang semuanya di hujung jari. Apa yang penting bagi seorang pelajar itu ada ilmu kerohanian dan disiplin untuk kawal diri mereka. "Dalam kawasan sekolah memang kami (guru) boleh pantau, dah keluar sekolah menjadi tanggungjawab mereka untuk jaga diri masing-masing," katanya dan menurutnya guru sentiasa membimbing pelajar termasuk meminta mereka menjaga maruah diri. - Bernama

Yang DiPecat K'jaan P/Pg, Dikaitkan Dengan Dr Mujahid?


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhzwiMwHzONScPi9jnUNBYUNZAtBsESfJDy4Re-IgM_GvPhw_lvikzT21Sf-RL_b_UY_crY-eodR9MJFrIFdD8fkDG40ONBGn2XbWBVQdQuxoBnUqyTl3xBv2ppagms1eZgxP55FDFL-8Q/s200/dr_mujahid+copy.gif

MP PAS Temerloh Nasrudin Hassan membidas tindakan kerajaan Pulau Pinang "mengeluarkan" ahli majlis PAS Iszuree Ibrahim daripada jawatankuasa tetap Majlis Perbandaran Pulau Pinang sekaligus membeku peruntukan terhadapnya.

Nasrudin percaya tindakan itu diambil ekoran "teguran dan kritikan" bendahari PAS Pulau Pinang itu dalam muktamar PAS terhadap polisi pembangunan khususnya melibatkan kepentingan umat Islam di negeri itu.

Katanya lagi, ucapan Iszuree bukan atas kapasiti peribadi sebaliknya mewakili PAS Pulau Pinang dan difahamkan teks ucapannya disemak oleh Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri Datuk Dr Mujahid Yusof.

"Malangnya tindak balas dari Kerajaan Pulau Pinang sangat drastik. Saudara Iszuree "dipancung" gara-gara kritikan yang membina itu.
"Seperti tersimpan satu dendam yang hanya menanti detik untuk dilunaskan. Akhirnya Iszuree terpaksa membayar "harga yang tidak sedikit"," kata Nasrudin.

Dalam kenyataannya, beliau itu mendakwa tindakan itu dilihat seperti kerajaan PAP Singapura yang mendiamkan pengkritik mereka dengan tekanan dan tindakan undang-undang.

"Saya kira ia sebagai satu langkah untuk menakut dan menggerunkan pihak yang mahu menegur dan mengkritik," katanya yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat.

Kesal dengan tindakan itu, Nasrudin tetap mempertahankan Iszuree yang menurutnya membangkitkan masalah yang sekian lama berlaku di negeri Pulau Mutiara itu.

Bukan fitnah

"Saudara Iszuree bukanlah memfitnah apatah lagi mengkhianati kerajaan sebaliknya beliau menggunakan forum muktamar tahunan PAS bagi membangkit isu ini agar ia menjadi perhatian PAS Pusat.
"Di mana secara kebetulannya pesuruhjaya PAS Pulau Pinang ialah timbalan presiden PAS.
"Malangnya belum sempat PAS Pusat mengambil apa-apa langkah wajar, saudara Iszuree telah dimangsakan," kata Nasrudin.

Nasrudin turut mempersoalkan sama ada kerajaan DAP di negeri itu mahu menyembunyikan sesuatu daripada pengetahuan umum mengenai masalah penempatan dan tanah yang dibangkitkan oleh Iszuree yang menurutnya mempunyai asas dan fakta.

Pemimpin muda PAS itu juga berkata beliau maklum dan pernah turun padang berhubung isu itu sewaktu menjadi ketua Pemuda PAS dan Lajnah Tanah PAS Pusat sangat maklum mengenai masalah itu.

Sehubungan itu, Nasrudin menggesa supaya PAS Pusat campurtangan mengenai hal ini dan mendesak PAS negeri membela Iszuree dalam hal tersebut.

"Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu pastinya boleh berperanan untuk menangani isu berbangkit dan berkait kepentingan ummat Islam khasnya tindakan kerajaan Pulau Pinang ke atas bendahari PAS negeri.
"Sewajarnya Pas Pulau Pinang mengambil tindakan yang bertanggungjawab bagi membela saudara Iszuree yang telah dizalimi oleh DAP," katanya.(MK)

Ahli Majilis P/Pinang Dipecat Selepas Ucapan Di Muktamar PAS


Bendahari PAS Pulau Pinang, Iszuree Ibrahim dipecat daripada semua jawatan dalam kerajaan tempatan selepas mengkritik projek pembangunan di negeri itu. – Gambar The Malaysian Insider, 27 September, 2014. Bendahari PAS Pulau Pinang, Iszuree Ibrahim dipecat daripada semua jawatan dalam kerajaan tempatan selepas mengkritik projek pembangunan di negeri itu. – Gambar The Malaysian Insider, 27 September, 2014. Bendahari PAS Pulau Pinang, Iszuree Ibrahim dipecat daripada semua jawatan dalam kerajaan tempatan di negeri itu berikutan ucapan kritikal beliau pada Muktamar PAS minggu lepas.

Iszuree, Ketua Whip Majlis Perbandaran Pulau Pinang semalam menerima surat yang ditandatangani oleh setiausaha MPPP Ang Aing Thye yang berkata, exco kerajaan negeri memutuskan Khamis lepas dia diketepikan daripada semua jawatankuasa dan membekukan semua peruntukan untuk beliau daripada majlis itu.

Langkah itu segera dikritik oleh Pemuda PAS Pulau Pinang yang menyifatkan tindakan itu sebagai pendendam walaupun ia satu kritikan membina daripada Iszuree.

Iszuree pula dalam Facebook pagi ini menulis: "Kebebasan bersuara mati di Pulau Pinang. Apa gunanya Speaker Corners di Padang Kota? Peraturan Muo Tze Tong (sic) ... penuh dengan iri hati dan dendam."

Iszuree pada 19 September lalu semasa berucap sebagai perwakilan di Muktamar PAS ke-60 di Batu Pahat berucap mengenai mengenai pengusiran penduduk tradisional untuk memberi laluan kepada projek-projek pembangunan baru di negeri ini.

Beliau berkata, pemimpin Pakatan Rakyat kini lebih mesra dengan pemaju daripada dalam mendengar suara rakyat.

Beliau ditegur oleh rakan-rakannya dalam majlis perbandaran daripada DAP dan PKR yang berkata, kerajaan negeri mempunyai dasar untuk meluluskan sesuatu projek pembangunan yang diduduki oleh setinggan, tambahan lagi ada usaha untuk membina lebih banyak rumah mampu milik. – 27 September, 2014. (TMI)

Dr Halimah: Exco Baru S'gor Tak Berdasar 'Semangat Pakatan'



Barisan baru Exco kerajaan negeri Selangor tidak dilakukan mengikut "semangat Pakatan", dakwa ADUN PAS Selat Klang, Halimah Ali.

"...Itu bermakna nama-nama (dalam barisan exco)... tidak ada semangat Pakatan, itu pemahamannya," kata bekas ahli exco negeri itu, yang digugurkan daripada senarai exco baru Menteri Besar Azmin Ali.

Ditanya mengenai barisan exco baru itu, respon awal beliau adalah, "Apa lagi yang saya boleh komen?

Beliau yang juga bekas exco negeri berkata demikian sewaktu diminta mengulas senarai exco baru yang menyaksikan hanya tiga wakil rakyat PAS dilantik berbanding empat orang sebelum ini. Pentadbiran Selangor menyaksikan PKR kini mempunyai empat orang exco, DAP kekal dengan tiga orang sementara PAS pula dengan tiga orang sahaja.

Sebelum itu, Halimah secara ringkas turut mengucapkan selamat maju jaya kepada exco-exco yang baru dilantik.

"Selamat maju jaya. Tunaikan tanggungjawab anda," katanya.

Halimah yang ditemui wartawan selepas menghadiri taklimat ringkas pembinaan jambatan ketiga Klang, tidak mahu mengulas lanjut mengenai apa yang beliau rasakan masalah dengan barisan baru itu dari segi semangat gabungan itu.

Ketika ditemui di bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor kemudian, Azmin menolak kenyataan itu Halimah dengan berkata pemimpin PAS telah bersetuju dengan barisan barisan baru Exco itu.

"Saya secara peribadi telah berkomunikasi dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang;,Timbalan Presiden Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali, dan mereka telah bersetuju," katanya. (MK)

Sii ruu 'ala barakatillah. -Dr Halimah




Semoga bakti dipandang jua oleh Allah
- Dr Halimah

KL: Dr Halimah Ali memohon ampun dan maaf kepada semua pihak sekiranya ada tersilap dan tersalah sama ada dengan sengaja atau tidak sengaja.

Adun Selat Klang itu juga mengucapkan setinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada suami dan keluarga yang banyak berkorban, rakan taulan serta penjawat awam yang membantu beliau dalam misi mahu menjadikan Selangor baldatun tayyibatun wa rabbbun ghafur melalui program SPIES dan segala-galanya yang telah diikhtiarkan.

Mantan Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi Dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor itu menyatakan demikian menerusi blognya semalam, sebagaimana di bawah.

ALLAHU AKBAR! ALLAHU AKBAR! ALLAHU AKBAR!

Allah Maha Besar Kuasa dan Tuhan Yang mencipta langit, bumi dan insan serta segala makhluk. Allah memilik segala-galanya.

Insan dicipta di muka bumi ini untuk hidup sementara. Transit. Sebentar sahaja. Dilengkapi dengan jasad sebagai kenderaan rohnya. Diberi akal untuk berfikir bagaimana mencorak dan memilih jalan hidupnya. Akal diberi untuk memandu kerangka jasad yang dihuni roh untuk mengendalikan diri dan persekitarannya termasuk sesama insan dengan cara yang mengikut piawaian Penciptanya.

Kepatuhan kepada 'set of rules' mengendalikan dirinya di dalam sistem persekitaran manusia, haiwan dan segala sumber hidupnya akan melayakkannya nanti untuk mendapat ganjaran lumayan di akhirat kelak.

Hari ini Allah swt membebaskan saya daripada tanggungjawab berat terus memikul amanah selaku Exco Kerajaan Selangor. Mulai Mac 2008 selepas menang kerusi Dun kawasan Selat Klang saya  diberi amanah oleh parti untuk menjadi Exco Kerajaan Pakatan Rakyat. Kemudian ditentukan menjadi Exco merangkap Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan.

Misi ialah untuk mengilmukan rakyat dan merakyatkan ilmu dengan kerangka yang berpandu sumber Ilahi agar menjadi insan berguna yang akan taat kepada Penciptanya, ibubapa serta menyumbang kepada masyarakat. Pada tahun 2010 saya wujudkan pula GeMS, iaitu satu jawatankuasa untuk menangani gejala sosial. rebranding kepada Generasi Idaman Selangor yang disingkatkan kepada GeMS agar bunyi lebih 'cool' dan menarik kepada remaja belia.

Segalanya agar menyokong visi Selangor mahu menjadi begeri idaman, maju, sejahtera dan berkebajikan atau baldatun tayyibatun wa rabbun ghafur.

Banyak perkara yang telah diusahakan, meneroka perkara baru, think out of the box, berani mengambil risiko, berjaya menarik anak muda ke program positif agar terhindar daripada program destruktif, lagha dan berpotensi menatijahkan perkara buruk di masa depan seperti berzina, dadah dsb.

Program amar makruf (SPIES) dan nahi munkar (GeMS) dirancang untuk melahirkan khaira ummah.

Alhamdulillah, tapak telah ditebas, benih telah disemai. Harap pimpinan kerajaan baru boleh meneruskannya.

Yang paling penting, saya telah menebas hutan belukar jahiliyyah, menanam sukses mentaliti dan iklusiviti di kalangan penjawat awam serta pihak yang terbabit. Adakah saya sudah berjaya. Belum lagi. Banyak lagi liku-liku yang harus ditempuhi.

Segala benih kebaikan yang disemai, dibajai selama ini diharapkan boleh menghasilkan buah yang ranum akhlaknya kelak.

Semoga khidmat bakti dipandang jua oleh Allah swt.

Saya mengucapkan setinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada suami dan keluarga yang banyak berkorban, rakan taulan serta penjawat awam yang membantu saya dalam misi mahu menjadikan Selangor baldatun tayyibatun wa rabbbun ghafur melalui program SPIES dan segala-galanya yang telah diikhtiarkan.

Saya memohon ampun dan maaf kepada semua pihak sekiranya ada tersilap dan tersalah sama ada dengan sengaja atau tidak sengaja.

Sii ruu 'ala barakatillah.

Pulihkan Keyakinan Rakyat Kepada Pakatan - Iskandar




KL: Exco Kerajaan Selangor, Iskandar Abdul Samad mahu keyakinan rakyat terhadap Pakatan Rakyat dipulihkan sepenuhnya setelah melalui kemelut politik hampir sembilan bulan.

Beliau menyatakan demikian selepas Istiadat Angkat Sumpah Jawatan dan Ikrar Aku Janji serta Pengurniaan Surat Cara Pelantikan Exco di Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang petang semalam.

Adun Chempaka itu berkata, terdapat banyak agenda yang perlu diteruskan demi membela nasib rakyat.

“Masanya kini adalah untuk memandang ke hadapan,” katanya yang juga Pesuruhjaya pasa Selangor dipetik Selangor Kini.
Selain beliau, Adun PAS yang turut mengangkat sumpah sebagai exco yang dipilih Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali ialah Dr Ahmad Yunus Hairi (Sijangkang) dan Zaidy Abdul Talib (Taman Templer).

Tips Hijab, Bagaimana Jangan Ternampak 'Jilboobs'

Tips Gaya Hijab Agar Tak Terlihat Jilboobs RAMAI muslimah yang bebas berkreasi dalam berhijab tanpa memperhatikan dari segi hukum syar'ie. Sampai akhirnya mendapatkan padangan negatif dan dilabelkan 'Jilboobs'

Jilboobs diertikan sebagai tudung boobs (berjilbab tetapi bahagian dada tetap kelihatan), kerana fesyen atau hijab yang dikenakan terlalu ketat atau membentuk lekuk tubuh. Mungkin di luar sana masih ramai muslimah yang tidak ambil kisah terhadap gaya berpakaian  jilboobs.  

Maka agar penampilanmu tidak ikut-ikutan atau disebut seperti jilboobs, sebaiknya ikuti tips berikut...

Satu: Kenali bentuk tubuhmu

Hal pertama yang perlu dilakukan adalah kenali terlebih dahulu bentuk tubuhmu. Jika kamu termasuk yang bertubuh cukup gemuk dengan bahagian dada cukup besar, gunakan fesyen yang agak longgar. Atasan batwing, oversized blouse, oversized cardigan, boleh menjadi pilihan yang tetap ingin tampil bergaya. Selain itu, baju sejuk juga boleh menjadi pilihan ketika berpergian.

Ini juga berlaku untuk yang bertubuh kurus dan langsing, bukan bererti kamu merasa tidak gemuk lantas boleh dengan bebas mengenakan pakaian ketat. Tetaplah gunakan busana sopan dan perhatikan apakah bahagian penting tubuhmu kelihatan menarik.

Dua: Gunakan hijab panjang dan syar'ie

Syarat penting berhijab adalah menjulurkan hijab hingga menutupi dada, untuk itu gunakanlah hijab panjang seperti pashmina atau selendang. Tudung segiempat pun tetap boleh digunakan asal masih tetap menutupi dada.

Tiga: Tambah selendang

Jika bahagian dada masih kelihatan juga, tambah selendang sebagai variasi dalam berhijabmu. Selain lebih syar'ie, gayamu juga akan kelihatan lebih fashionable.
Selamat bergaya cara syar'e. (IH)

PAS Selangor Tidak Setuju Azmin Kurangkan Kuota Exco



Setiausaha Badan Perhubungan PAS Selangor Mohd Khairuddin Othman berkata, beliau dimaklumkan PAS Pusat juga tidak pernah bersetuju dengan pengurangan Ahli Majlis Kerajaan Negeri (Adun) parti yang diputuskan Menteri Besar Mohamed Azmin Ali.  
Setiausaha Badan Perhubungan PAS Selangor Mohd Khairuddin Othman berkata, beliau dimaklumkan PAS Pusat juga tidak pernah bersetuju dengan pengurangan Ahli Majlis Kerajaan Negeri (Adun) parti yang diputuskan Menteri Besar Mohamed Azmin Ali. PAS Selangor menafikan sebarang dakwaan ia bersetuju agar bilangan ahlinya yang menduduki Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dikurangkan daripada 4 sebelum ini kepada 3.

Setiausaha Badan Perhubungan PAS Selangor Mohd Khairuddin Othman berkata, beliau dimaklumkan yang PAS Pusat juga tidak pernah bersetuju dengan pengurangan yang diputuskan menteri besar baharu itu.

"Kami berasakan tindakan ini bukanlah satu permulaan yang baik. Bagaimanapun, PAS mahu melihat kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor terus stabil dan dapat melaksanakan agenda-agenda rakyat," katanya.

Khairuddin yang juga Adun Paya Jaras berkata, sebelum ini, 4 exco PAS kekal di dalam kerajaan negeri walaupun yang lain dipecat oleh menteri besar terdahulu Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Katanya, mereka mengambil keputusan kekal demi memastikan kerajaan PR Selangor tidak tumbang walaupun rakan dalam PR lain mempertikaikan tindakan mereka.

"Oleh demikian, PAS akan tetap kekal mempertahankan kerajaan tersebut," katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Terdahulu hari ini, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali menyifatkan kehilangan itu di luar jangkaan tetapi menerimanya dengan hati terbuka kerana memahami kesukaran Azmin membuat pilihan, lapor Harakahdaily.

Manakala, Dr Ahmad Yunus Hairi, seorang daripada dua exco PAS yang dilantik semula berkata pihaknya terpaksa berpuas hati dengan keputusan itu sambil menyifatkan mungkin ada hikmah di sebaliknya.

Sebelum ini, 4 exco daripada PAS ialah Yunus, yang juga Adun Sijangkang, Iskandar Abdul Samad (Adun Cempaka), Sallehen Mukhyi (Adun Sabak) dan Dr Halimah Ali (Adun Selat Klang).

Bagaimanapun, di dalam exco baru diumumkan Azmin pagi tadi, Sallehen dan Dr Halimah digugurkan, digantikan dengan Adun Taman Templer Mohd Zaidy Abdul Talib.

Khairuddin berkata PAS Selangor juga berpandangan penguguran Dr Halimah dan Sallehen yang berkhidmat dengan cemerlang sebelum ini adalah tidak berasas.

Dalam sidang medianya pagi tadi, Azmin menjelaskan keputusan mengurangkan kuota exco PAS itu dibuat setelah mengambil kira pandangan semua pihak dan dipersetujui pemimpin tertinggi PAS.

"Ini mengambil kira pandangan terbaru dan pandangan semua pihak, dan ia disampaikan kepada semua parti berkenaan, dan itu muafakat yang dicapai semalam," katanya.

Beliau menafikan keputusan dibuat kerana PAS tidak menyokong calon menteri besar yang dikemukakan PKR dan DAP sebelum ini sehingga dianggap mengkhianati permuafakatan PR.

"Itu bukan isu. Kita mahu maju ke hadapan dan perkara itu sudah dibincangkan beberapa hari lalu," katanya. – 26 September, 2014. (TMI)

Friday, September 26, 2014

'Kajang Move' Ilham PKR, Punca Kemelut PR.. -Sultan S'gor.

 Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah kesal dengan kebuntuan berhubungan isu menteri besar Selangor yang dimulakan oleh 'Langkah Kajang' yang diilhamkan PKR untuk menyingkirkan bekas menteri besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. – Gambar fail The Malaysian Insider, 26 September, 2014. Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah kesal dengan kebuntuan berhubungan isu menteri besar Selangor yang dimulakan oleh 'Langkah Kajang' yang diilhamkan PKR untuk menyingkirkan bekas menteri besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. – Gambar fail The Malaysian Insider, 26 September, 2014. 

Sultan Sharafuddin Idris Shah menegur Pakatan Rakyat (PR) kerana mencetuskan kebuntuan menteri besar Selangor dan menegaskan tugasnya sebagai pemerintah negeri bukan sekadar satu istiadat kerasmian, mempertahankan peranannya melantik Mohamed Azmin Ali sebagai menteri besar yang baharu.

Katanya, kebuntuan itu dimulakan oleh 'Langkah Kajang' yang diilhamkan PKR bertujuan menyingkirkan bekas menteri besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, yang kini dipecat daripada parti itu kerana enggan berundur.

Demikian lapor The Malaysian Insider.

"Seperti yang kita sedia maklumm, pelantikan ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) yang baru ini adalah disebabkan PKR dan DAP tiada mempunyai keyakinan kepada Khalid yang menyandang menteri besar Selangor, yang dilantik selepas Pilihan Raya Umum ke-13.
"Oleh itu, seorang menteri besar yang baharu dan exco baharu juga perlu dilantik untuk mentadbir kerajaan negeri Selangor ini," titahnya semasa Istiadat Angkat Sumpah Jawatan dan Ikrar Aku Janji serta Pengurniaan Surat Cara Pelantikan Exco di Istana Alam Shah, Klang, hari ini.

Sultan Selangor bertitah, baginda tidak gembira apabila timbul pelbagai hasutan dan tohmahan memburukkan Khalid supaya dapat diturunkan daripada jawatannya sehingga tidak menghormati bulan puasa.

"Hasut-menghasut dan melempar tohmahan terhadap Khalid berterusan walaupun semasa bulan suci Ramadan, di mana umat Islam sepatutnya membuat ibadah dan kerja amal yang diredhai  Allah untuk membersihkan dosa dan maksiat."

Titahnya, baginda sudah menyeru dan mengingatkan beberapa kali kepada rakyat Melayu beragama Islam di Selangor agar sentiasa bertaqwa kepada Allah dan melakukan amal jariah di bulan Ramadan supaya diterima Allah.

"Tetapi PKR tetap meneruskan agenda mereka walaupun dalam bulan suci Ramadan dengan terus menghina dan mencaci sehingga mereka berjaya dalam niat mereka untuk menjatuhkan Khalid sebagai menteri besar Selangor," katanya.

Sultan berkata krisis yang berlaku membuka mata dan hati serta pandangannya terhadap politik di negeri itu dan mempertahankan peranannya dalam melantik seorang yang bukan pilihan PKR dan DAP sebagai menteri besar.

Selepas Sultan mengumumkan Azmin sebagai menteri besar minggu lepas, dan bukan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, beberapa peguam Perlembagaan dan pengkritik mengatakan pelantikan itu cacat dan tidak mengikut Perlembagaan negeri.

"Ahli politik datang dan pergi, mereka akan berkhidmat untuk selama 5 tahun dan mungkin akan diganti pada pilihan raya akan datang.
"Tetapi kedudukan beta sebagai Sultan yang memerintah negeri Selangor akan berterusan sehingga akhir hayat beta."

Katanya, baginda kecewa dengan sikap segelintir ahli politik yang sengaja tidak faham peranan dan kuasa institusi raja kerana mereka ada agenda tersembunyi.

Titahnya, oleh kerana rakyat tidak diberi kefahaman fungsi sebenar Sultan, rakyat beranggapan institusi raja itu sebagai lambang sahaja tanpa ada peranan dan kuasa yang diperuntukkan di bawah undang-undang.

"Sebagai Sultan yang memerintah, tugas-tugas beta amatlah berat untuk memastikan rakyat Selangor yang beta kasihi ini dapat menikmati hidup yang berkualiti dan pembangunan yang sempurna.
"Beta tidak campur tangan dalam pentadbiran negeri yang dijalankan oleh menteri besar. Beta hanya menasihat menteri besar jika terdapat sesuatu perkara yang boleh menyusahkan rakyat," titahnya.

Baginda juga berterima kasih kepada rakyat Selangor kerana menyokongnya dan percaya kemampuannya menyelesaikan kemelut menteri besar. Titahnya, faktor ketenteraman, kemakmuran dan keharmonian rakyat Selangor menjadi keutamaannya mengendalikan krisis ini.

Sultan Sharafuddin turut menitahkan 10 exco baharu supaya memberi sokongan padu kepada Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali.

"Lupakan segala sengketa lalu dan tumpukan segala tenaga, kepakaran dan pengalaman disertakan dengan keikhlasan untuk berkhidmat kepada rakyat Selangor yang memberi mandat kepada tuan puan sebagai wakil rakyat mereka.
"Rakyat tidak suka melihat negeri Selangor ini di dalam kucar-kacir dan mereka tinggal di dalam ketakutan dan kesengsaraan," tegas baginda.

Baginda berharap dengan pelantikan Azmin, parti PAS, PKR, DAP yang diberi mandat memerintah Selangor akan dapat bekerjasama demi kesejahteraan dan kemakmuran rakyat. Titahnya, rakyat  menaruh harapan supaya mereka dapat menetap di Selangor yang kaya dan maju ini serta dapat menikmati segala kemakmuran yang ada di dalamnya. Pada masa sama, baginda turut menasihati orang Melayu-Islam tidak berpecah-belah dan tidak ekstremis atau mengelirukan rakyat hingga mengikut ajaran agama sesat.

"Janganlah mudah sangat orang Melayu diperdaya sehingga maruah tergadai demi kepentingan sendiri," katanya.

Baginda khuatir jika perkara ini berterusan, orang Melayu akan menuju kehancuran.

"Beta sentiasa berdoa supaya negeri Selangor yang kita kasihi ini dirahmatiNya dan dilindungi daripada segala malapetaka dan apa juga yang boleh menyusahkan rakyat Negeri Selangor yang beta kasihi ini," titahnya.

Menurut The Malaysian Insider lagi.

Akhirnya, untuk pimpinan negeri Selangor, lihatlah firman Allah swt, Al Anfaal: 27. 
  • "Wahai orang-orang yang beriman! janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah swt dan Rasul-Nya, dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah yang dipercayakan keatas kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya)." 
Sabda Rasulullulah saw; 
  • ‘Apabila disandarkan pekerjaan kepada orang yang bukan ahlinya, maka tunggulah kiamat (saat kehancuran)’.
Sabda Rasulullulah saw lagi; 
  • ‘Barang siapa melantik seseorang sebagai pemimpin/pegawai di dalam sebuah kumpulannya sedangkan masih ada di kalangan mereka orang yang lebih layak, orang yang lebih disukai Allah swt daripadanya maka sesungguhnya dia telah mengkhianati Allah swt dan Rasul-Nya dan mengkhianati orang-orang yang beriman’.
(IH)

Exco PAS Kurang. Tahniah, Satu Lagi Pengorbanan PAS!



KUALA LUMPUR: PAS menerima dengan hati terbuka pengurangan jumlah Exco Kerajaan Selangor daripada empat kepada tiga orang biarpun ianya di luar jangkaan. Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, PAS memahami 'kesukaran membuat pilihan' oleh Menteri Besar.

"Apapun kita yakin beliau (menteri besar) telah berusaha mengimbangi suasana yang ada sebaik-baiknya.
"Apa yang lebih penting bagi kita ialah, ini satu lagi pengorbanan yang PAS perlu lakukan untuk melihat krisis di negeri Selangor selesai, dan Pakatan boleh bergerak ke hadapan," katanya kepada Harakahdaily.

Mustafa menegaskan, semua pihak perlu menghargai setiap pengorbanan yang dilakukan oleh mana-mana pihak. Tegasnya, musuh sebenar Pakatan adalah BN dan bukan sesama parti dalam Pakatan Rakyat.  

Pagi tadi, menteri besar, Mohamed Azmin Ali mengumumkan pelantikan 10 exco dengan kuota 4 PKR, 3 DAP dan 3 PAS.

Adun PAS terdiri daripada Iskandar Abdul Samad (Chempaka), Dr Ahmad Yunus Hairi (Sijangkang) dan Zaidy Abdul Talib (Templer). Zaidy adalah muka baru manakala exco yang tidak dikekalkan ialah Ustaz Sallehen Mukhyi (Sabak) dan Dr Halimah Ali (Selat Klang). Sebelum ini, komposisi exco ialah 4 PAS, 3 PKR dan 3 DAP.
Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali semasa sidang media di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Raiezal, 26 September, 2014.
Mengenai pengurangan kuota exco PAS, Azmin menjelaskan keputusan dibuat setelah mengambil kira pandangan semua pihak dan dipersetujui pemimpin tertinggi PAS.

"Ini setelah mengambil kira pandangan terbaru dan pandangan semua pihak dan ianya disampaikan kepada semua parti berkenaan dan itu muafakat yang dicapai semalam," katanya.

Beliau menafikan keputusan dibuat kerana PAS tidak menyokong calon menteri besar yang dikemukakan PKR dan DAP sebelum ini sehingga dianggap mengkhianati permuafakatan PR.

"Itu bukan isu. Kita mahu maju ke hadapan dan perkara itu sudah dibincangkan sejak beberapa hari lalu," katanya.

Ditanya mengenai portfolio yang diberikan setiap exco, katanya perkara itu akan dibincangkan dan diputuskan hujung minggu ini.

"Kita akan jumpa pemimpin parti untuk muktamadkan portfolio masing-masing," katanya.

Katanya walaupun nama terbabit dikemukakan dan diperkenankan Sultan petang semalam, tetapi pihaknya masih mahu membuat rundingan dengan setiap parti sebelum memutuskan untuk mengumumkannya pagi tadi.

"Sebelum buat pengumuman saya kena yakinkan senarai nama akhir itu kepada tiga parti sebelum umumkan. Itu yang saya buat malam tadi," katanya.

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Komposisi exco itu menunjukkan kuasa PAS dalam pentadbiran negeri berkurangan walaupun kerusi DUN PAS di Selangor adalah 15, lebih banyak berbanding PKR 13 kerusi, manakala DAP 15. Tahniah atas pengorbanan PAS, yang menunjukkan PR bertambah matang. Kadang-kadang mengalah itu suatu kemenangan.  Gelombang kopi di dalam cawan mulai tenang. Al-hamdulillah!

Siap sedia untuk gempur terus BN. Jahannam BN! (IH)

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-93: Kemelut MB S'gor Tanda Kematangan Berpolitik?
E-Buku IH-93: Kemelut MB S'gor Tanda Kematangan Berpolitik?

Pakatan S'gor: Tanda-tanda Retak Sudah Terbayang.. Ini Buktinya?

http://1.bp.blogspot.com/-DEoctYWuwaA/URBidi0ZlmI/AAAAAAAAh9k/BFvkBEAiOSY/s1600/khalid-ibrahim-anwar-ibrahim-di-majlis-pkr.jpg

Barisan Exco Selangor : PAS 'kena main'....?

Sehingga berita ini ditulis 10.45 pagi Khamis belum ada reaksi rasmi dari PAS lagi.Juga belum diketahui samaada ia satu formula yang dipersetujui PAS.

Menteri Besar Selangor Azmin Ali sudah potong satu kerusi Exco Kerajaan Negeri dari PAS.Dulu PAS ada empat Exco dan kini tinggal tiga sahaja. Sebaliknya beliau tambah jumlah Exco dari PKR dari tiga dulu jadi empat.

DAP kekal dengan tiga Exco. Azmin umum barisan Exconya dalam satu sidang akhbar di Shah Alam pagi ini.Majlis angkat sumpah jawatan 3 petang ini. Dua Exco PAS lama yang digugurkan ialah Sallehin Mukhyi dan Dr Halimah Ali. Yang kekal ialah Iskandar Samad dan Dr Yunus Hairi manakala baru ialah Zaidy Talib ADUN Templer Park.

Exco PKR lama yang kekal ialah Elizabeth Wong dan Dr Daroyah Ali. Dua muka baru ialah ADUN Batu Caves,Amiruddin Saari yakni orang kanan Azmin dan ADUN Seri Setia Nik Nazmi Ahmad yang juga Ketua Angkatan Muda Keadilan.

Jawatan Nik Azmi yang sebelum ini Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri akan diambil alih oleh ADUN dari PAS. Yang gugur ialah Rodziah Ismail yang dulu dikatakan penyokong Tan Sri Khalid IBrahim.

Tiga Exco DAP lama yang kekal ialah Datuk Teng Chang Khim, Ean Yong Hian Wah dan V. Ganabatirau. Jawatan Speaker Dewan Undangan Negeri kini disandang oleh Hannah Yeoh dari DAP.

Azmin berkata barisan Exconya ini telah mendapat perkenaan Sultan Selangor. Para pemerhati menilai PAS jelas ' turun pangkat' dalam komposisi baru ini.

Sebelum ini memang ada desakan dari kalangan pimpinan PKR agar kuota Exco PAS dipotong kerana pendirian parti itu tidak sokong pencalonan Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail dalam isu Menteri Besar baru ini.

Pimpinan PAS sebaliknya mahu mereka kekal dengan empat Exco. DAP pula marah kerana empat Exco PAS tidak letak jawatan selepas Khalid dipecat dari PKR. PAS kata mereka bertindak demikian kerana hendak menyelamatkan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.- 26/9/2014 (Agenda Daily)

Komen Weblog Ibnu Hasdyim: PAS Selangor difahamkan mengadakan mesyuarat pagi tadi dipercayai ada kaitan dengan pengumuman terbaru komposisi exco negeri Selangor oleh Menteri Besar Mohamed Azmin Ali. Mesyuarat tersebut turut dihadiri wakil PAS Pusat dan juga wakil Pejabat Presiden PAS.

MB Baru Azmin mula dicabar. Apa akan berterusanlah muqaddimah keretakan PR Selangor?

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-93: Kemelut MB S'gor Tanda Kematangan Berpolitik?
E-Buku IH-93: Kemelut MB S'gor Tanda Kematangan Berpolitik?

Bajet 2015: Rampas Duit Rakyat Miskin Tambah Pendapatan

GST Grafik Baru

KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar menyifatkkan kerajaan gagal dalam mencari punca pendapatan baru negara pada Bajet 2015 apabila hanya menumpukan pendapatan melalui Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Beliau yang dihubungi berkata, pada bajet kali ini kerajaan sepatutnya membentangkan kerangka baru selain GST sebagai sumber pendapatan negara bagi menampung keperluan negara masa akan datang.

"Kita mengharapkan GST ini dihapuskan pada bajet yang akan dibentangkan nanti tetapi bukan itu yang difikirkan kerajaan kerana mereka berpendapat itu merupakan sumbar pandapatan negara yang baru.
"Ini jelas membuktikan kelemahan kerajaan yang ada sekarang, gagal memikir atau membuat penyelidikan untuk sumber-sumber baru, bagi mereka lebih mudah ambil duit dari seluruh rakyat," jelasnya kepada Harakahdaily.

Menurut beliau, sebelum pelaksanaan GST hanya 15 hingga 20 peratus sahaja rakyat Malaysia yang layak membayar cukai.

"Lebih kurang 80 peratus rakyat yang tidak layak membayar cukai kerana pendapatan mereka yang rendah.
"Tetapi dengan GST 80 peratus golongan terdiri dari rakyat miskin terpaksa membayar cukai, ini jelas membebankan rakyat di bawah, ambil duit rakyat miskin untuk menambah pendapatan negara," sambung beliau.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu turut berpendapat kerajaan akan turut membentangkan beberapa insentif kepada rakyat bagi meredakan kemarahan sebelum pelaksanaan GST sepenuhnya April 2015.

"Insentif sudah pasti ada mungkin melalui pemberian BR1M yang dinaik tetapi ia hanya bergantung kepada pendapatan yang diperolehi melalui GST dari poket rakyat miskin," kata beliau lagi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan membentangkan Bajet 2015 di parlimen pada 10 Oktober ini. - HARAKAHDAILY 26/9/2014

3 Suspek Jihad (IS) Warga M'sia Ditahan. Ini Solusinya!


KUALA LUMPUR: Seorang arkitek, juruteknik dan peniaga merupakan tiga suspek jihad warganegara Malaysia terbaru yang ditahan selepas negara membuat pendirian tegas dengan melabelkan Kumpulan Negara Islam (IS) sebagai 'pertubuhan pengganas'.

Ketiga-tiga suspek ditahan ketika mereka dalam perjalanan ke Turki. Difahamkan kumpulan berkenaan juga akan ke Syria untuk menyertai IS.

Mereka ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) oleh Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas, Bukit Aman pada pukul 8.55 pagi semalam.

Pada hari yang sama, Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNSC) telah meluluskan resolusi menggesa negara-negara lain membendung aktiviti keganasan yang semakin menular di Iraq dan Syria.

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman, yang kini berada di mesyuarat UNSC di New York, berkata Malaysia akan memperkukuhkan undang-undang sedia ada dan keupayaan memerangi keganasan.

Sementara itu, pihak polis berkata arkitek tersebut berasal dari Pahang sementara juruteknik berkenaan dari Perlis yang mana kedua-dua mereka berusia 26 tahun. Suspek ketiga yang merupakan pemilik kedai serbaneka, berusia 42 tahun itu dipercayai berasal dari Kelantan dan telah berkahwin serta memiliki enam orang anak.

"Siasatan awal mendapati suspek merancang untuk menaiki pesawat untuk ke Istanbul, dan transit di Doha," kata Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman Datuk Ayob Khan , pada Khamis.
"Dari Turki, mereka akan bergerak ke Syria untuk menyertai kumpulan IS  di sana."

Beliau berkata sebelum ditahan, polis telah menyerbu rumah suspek tanpa pengetahuan mereka. Dalam serbuan tersebut polis menemui bukti antara lain, bendera IS.

"Kami percaya mereka ini diambil menjadi ahli oleh kumpulan militan Malaysia, melalui media sosial seperti Facebook.
"Suspek juga turut mempunyai hubungan dengan seorang pejuang jihad warga Malaysia yang kini berada di Syria."

Pihak polis kini sedang berusaha mengesan individu yang merekrut lelaki berkenaan.  Dengan penahanan terbaru ini menjadikan jumlah militan Malaysia yang ditahan oleh Bahagian Counter Terrorism kini meningkat kepada 22 orang sejak 28 April lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar turut memuji Bahagian Counter Terrorism atas kejayaan mereka menahan suspek. Polis kini sedang memburu lima suspek militan yang dipercayai mempunyai kaitan dengan IS dan Abu Sayyaf, sebuah kumpulan pengganas yang berasal dari Filipina.

Bekas pensyarah Dr Mahmud Ahmad (yang lebih dikenali sebagai Abu Hanadzlah) dan pemilik kedai serbaneka, Mohd Najib Husen, kedua-duanya berusia 36 tahun dipercayai merupakan ketua kumpulan militan tempatan yang melatih dan menghantar ahli mereka berjuang di Syria dan Iraq.

Sumber berkata pihak berkuasa percaya dua suspek lelaki tersebut merupakan individu yang bertanggungjawab dalam merekrut ahli baru turut menguruskan perjalanan empat orang rakyat Malaysia yang dihantar ke Syria pada 5 Mac lalu termasuk Ahmad Tarmimi Maliki, yang merupakan pakar pembuat bom pertama warga Malaysia

Ahli ketiga yang berjaya dikenalpasti ialah bekas pekerja Majlis Perbandaran Selayang, Muhammad Joraimee Awang Raimee, yang lebih dikenali sebagai Abu Nur, 39.  Dua lagi suspek yang dicari ialah ahli kumpulan Darul Islam Sabah, Mohd Amin Baco, 31, dan Jeknal Adil, 30, kedua-dua mereka berasal dari Tawau.

Sumber turut mendedahkan kedua-dua lelaki berkenaan telah menjalani latihan dengan kumpulan Abu Sayyaf di Selatan Filipina sejak 2005. Khalid menggesa sesiapa sahaja yang mempunyai maklumat supaya menghubungi balai polis berhampiran atau bahagian counter terrorism di talian 03-2266 7010 atau 011-2104 6850 . Anda juga boleh menghantar e-mel kepada CTD.E8M@gmail.com. (mStar)

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Salah satu cara untuk menentang apa yang disebut 'kepengganasan' orang Islam, ialah negara-negara umat Islam perlu melaksanakan undang-undang Islam untuk melayakkan negara tersebut menuju sebagai 'negara Islam' sebenarnya. Kerana hal ini adalah suatu tuntutan yang wajib dalam Islam. Tidak timbul soal dasar agama yang liberal atau juga disebut Islam liberal.. Islam adalah Islam!

Exco S'gor PKR + 1, PAS -1 Tukar Dg T/Speaker = 4 PKR, 3 DAP, 3 PAS


 
SHAH ALAM: PKR mendapat tambahan satu kerusi anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (exco) yang diumumkan oleh Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali pada sidang media di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), di sini, hari ini.

Beliau mengumumkan 10 exco dengan kuota 4 PKR, 3 DAP dan 3 PAS.
  
Adun PKR terdiri daripada Elizabeth Wong Keat Ping, Dr Da‎royah Alwi, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Amirudin Shari, sementara DAP pula ialah Datuk Teng Chang Khim, Ean Yong Hian Wah dan V Ganabatirau.
  
Adun PAS ialah Iskandar Abdul Samad, Dr Ahmad Yunus Hairi dan Zaidy Abdul Talib.

Beliau memaklumkan Nik Nazmi telah meletakkan jawatan sebagai Timbalan Speaker Dewan Negeri Selangor dan bersetuju supaya jawatan itu disandang oleh PAS bagi mewakili Pakatan Rakyat.
Sebelum ini, komposisi exco ialah 4 PAS, 3 PKR dan 3 DAP.

Senarai baru Exco kerajaan negeri Selangor adalah seperti berikut:

  • Amirudin Shari (PKR) **
  • Daroyah Alwi (PKR)
  • Elizabeth Wong (PKR)
  • Nik Nazmi Nik Ahmad (PKR) **

  • Ean Yong Hian Wah (DAP)
  • Teng Chang Khim (DAP)
  • V Ganabatirau (DAP)

  • Ahmad Yunus Hairi (PAS)
  • Iskandar Abdul Samad (PAS)
  • Zaidy Abdul Talib (PAS muka baru))
(IH)

Shila Amzah: Konsert Itu Bukan Ditaja Syarikat Judi..

Shila ditemani bapanya, ND Lala pada sidang media berhubung kenyataannya yang menyinggung media Melayu tempatan di Instagramnya, semalam.
Shila ditemani bapanya, ND Lala pada sidang media berhubung kenyataannya yang menyinggung media Melayu tempatan di Instagramnya, semalam.

HALAMAN HIBURAN 

"KONSERT itu bukan ditaja syarikat judi. Saya benar-benar tersinggung dengan kenyataan sebuah akhbar sebelum ini," demikian menurut penyanyi Nur Shahila Amir Amzah, 24, atau lebih dikenali sebagai Shila Amzah.

Katanya, konsert sulungnya 'Shila Amzah Love Live In Malaysia' mendapat tajaan daripada syarikat Mega Ultimate, sebuah syarikat penganjur terkemuka.

"Syarikat berkenaan adalah penganjur konsert dan bukan syarikat judi seperti didakwa. Kenyataan seumpama itu mencalarkan reputasi saya sebagai seorang Muslim dan bapa saya yang begitu kuat mendukung budaya dan agama.

“Kerana kenyataan itu juga, ibu saya sedih dan menangis. Sesiapapun yang ada keluarga yang difitnah seperti ini akan berasa cukup sedih," katanya dalam satu sidang media di sini, semalam.
Berikutan kontroversi tersebut, pemenang Asian Waze 2012 itu terpaksa membatalkan urusan kerjanya di China.

“Saya terpaksa batalkan rakaman album Mandarin saya di Beijing, China untuk balik ke Malaysia untuk sidang media ini.
"Saya sangat berharap, kenyataan saya ini dapat membetulkan keadaan yang berlaku," katanya yang ditemani bapanya, penyanyi ND Lala yang juga pengurus kerjayanya.

Demikian antara lapor media tempatan. 

Rupanya begitu sekali terhinanya orang Islam di Malaysia bila dikaitkan dengan kegiatan judi. Cuma kerajaan Malaysia pimpinan UMNO saja yang masih bangga dengan kegiatan judi yang di'perhalal'kan oleh ulama-ulama upahan 'syaitan bisu'nya. Contohnya seperti judi bola tajaan Najib, loteri kebajikan (sebenarnya kemaksiatan), pusat judi, judi di pusat hiburan, empat nombor ekor dan 1001 maksiat lagi..
 (IH)

Larangan Berhijab FIBA, Satu Penghinaan Agama. -Pasukan Qatar


PASUKAN bola keranjang wanita Qatar meninggalkan gelanggang sebelum bermula perlawanan menentang Mongolia di Kompleks Sukan Hwaseong, Incheon kelmarin selepas pemainnya yang memakai hijab tidak dibenarkan memasuki gelanggang oleh FIBA. Tindakan mereka diulang semalam sebelum perlawanan menentang Nepal. - REUTERS

SUKAN 
Qatar kecam larangan berhijab oleh FIBA
INCHEON - Pemain bola keranjang wanita Qatar semalam mengecam larangan terhadap mereka yang memakai tudung kepala dan menganggapnya sebagai satu 'penghinaan' selepas sekali lagi membuat keputusan meninggalkan gelanggang untuk perlawanan kedua Sukan Asia.

Pasukan negara Teluk itu telah membantah keras larangan oleh Persekutuan Bola Keranjang Antarabangsa (FIBA) ke atas pemakaian tudung kepala di gelanggang.

"Ini satu penghinaan kepada kami, mereka tidak menghormati agama kami," kata penyerang Qatar, Refaa Morjan Mohammed yang menambah bahawa pasukan itu banyak kali memakai tudung dalam Kejohanan Arab tanpa masalah.

Ketua pasukan Qatar, Amal Mohammed Saleh yang bermain di bahagian tengah dengan berhijab berkata, larangan itu tidak masuk akal kerana sukan tempur membenarkannya. Qatar tidak dibenarkan bermain untuk perlawanan menentang Mongolia dalam pusingan kelayakan kelmarin dan perlawanan mereka menentang Nepal semalam.

Mereka berkata, mereka tidak akan ke stadium bagi perlawanan menentang Kazakhstan hari ini kecuali mereka boleh memakai hijab.

"Kami sudah bersedia untuk perlawanan itu, tetapi kami terkejut di stadium apabila kami tidak boleh bermain dengan memakai tudung - ini satu penghinaan kepada kami.
"Apa isu keselamatannya? Judo, karate dan bola baling sukan yang jauh lebih ganas daripada bola keranjang - dalam bola keranjang ada pembatalan jika berlaku sebarang pertembungan, jadi apa isu keselamatan yang kita cakapkan?," kata pemain berusia 34 tahun itu.

Pemain tengah Amal Mohamed Awad, 28, memberi amaran bahawa sukan itu akan bermasalah di negara Asia Barat kecuali FIBA berubah hati.

"Saya meminta pihak berkuasa berkenaan untuk membenarkan kami bermain dengan berhijab - ada banyak negara Arab mahu menyertai (pertandingan bola keranjang) tetapi keberatan untuk melakukannya kerana undang-undang FIBA," katanya.

Skuad Qatar mempunyai lima pemain yang memakai hijab dan enam yang tidak berbuat begitu.
Slogan Sukan Asia Incheon ialah 'Kepelbagaian menyinar di sini", tetapi warga Qatar itu merungut mengenai peraturan hijab yang bercanggah dengan prinsip Olimpik dalam menghormati budaya dan agama.

FIBA tidak mengulas. Badan induk itu tertekan namun akur dengan banyak sukan lain termasuk bola sepak membenarkan pemakaian skaf kepala. Warga Qatar itu mendapat sokongan Majlis Olimpik Asia yang ketua pengarahnya, Husain Al-Musallam berkata, hak atlet wajar menjadi "keutamaan tertinggi".

Jurucakap Sukan Asia Incheon, Park Dal-Hwa bagaimanapun berkata, penganjur menyerahkannya kepada persekutuan sukan berkaitan untuk mengendalikan bantahan itu. - AFP

Exco Kekal 4-3-3. Tapi Speaker Untuk PAS, Jika..

http://news.abnxcess.com/bm/wp-content/uploads/2013/06/Azmin-Alicrr.jpg
KUALA LUMPUR: Komposisi Exco Kerajaan Negeri Selangor di bawah pentadbiran Menteri Besar yang baharu Mohamed Azmin Ali kekal seperti sebelum ini. Sepuluh Exco yang akan dilantik iaitu wakil PAS seramai empat orang, sementara DAP dan PKR masing-masing kekal untuk tiga jawatan exco.

Menurut Azmin, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah telah menerima kesemua nama exco yang dicadangkan beliau.

"10 orang (exco), komposisi kekal 4-3-3, esok saya akan umumkan (senarai nama mereka)," kata beliau yang dipetik Sinar Harian.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di depan Istana Mestika, Shah Alam hari ini. Barisan Exco Selangor ini akan mengangkat sumpah di Istana Alam Shah, Klang esok.

Sementara itu, ada sumber berkata jawatan Speaker akan diberikan kepada PAS sekiranya parti tersebut menggorbankan satu daripada empat kerusi exco milik mereka. Dikatakan, ini adalah formula yang dibincangkan dan dipersetujui pada 2008 apabila Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan PAS membentuk kerajaan di negeri Selangor.  (IH)

Thursday, September 25, 2014

P/Kubur: Seperti Ada Sesuatu Yang Tidak Kena. -Datuk Tuan Ibrahim

 

Pengarah Jentera PAS Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Pengkalan Kubor Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, faktor ketidakhadiran pemimpin Pakatan Rakyat dan masalah dalaman parti bukan punca kekalahan PAS.
 
"Secara keseluruhan, ketidakhadiran pemimpin Pakatan terutama DAP tak jadi masalah besar. Bukan faktor. Cuma ia hanya polemik dalaman tentang apa yang berlaku.
"Kalau kita tengok, semua orang pun turun (berkempen). Tak timbul soal ada masalah (dalaman). Saya reda dengan apa yang berlaku. Soal sedih memanglah, cuma hak kita ialah usaha, ikhtiar dan tawakal," katanya pada sidang media selepas pengumuman kemenangan calon BN di markas besar PAS Kampung Geting, Tumpat.


Demikian lapor Malaysiakini.

BN mendapat 9,961 undi manakala PAS mendapat 7,326 undi. Calon bebas pula mendapat 38 undi. Seramai 73 peratus daripada 23,929 pemilih berdaftar keluar mengundi, lebih rendah daripada kadar 80 peratus pada pilihan raya umum lepas.

Dalam pilihan raya umum ke-13 pada Mei tahun lalu, bekas ADUN BN Datuk Noor Zahidi mengalahkan calon PKR Saharun Ibrahim dan calon bebas, Izat Bukhary dengan majoriti 1,736 undi. PRK itu menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon BN Mat Razi Mat Ail, calon PAS Wan Rosdi Wan Ibrahim dan calon Bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary.


Seperti ada sesuatu yang tidak kena.

Antara faktor ringkas kekalahan menurut Tuan Ibrahim seperti dilaporkan media, 
  • faktor bantuan yang diberikan oleh kerajaan kepada masyarakat miskin di kawasan itu juga menjadi salah satu punca kekalahan PAS/PKR. 
  • mungkin disebabkan faktor pengundi luar yang tidak balik untuk mengundi.
  • pengundi muda di kawasan ini juga di luar jangkaan kerana prestasi pengundi muda di kawasan ini seperti ada sesuatu yang tidak kena.
  • dalam masyarakat miskin, bantuan yang terlalu besar mungkin menjadi elemen. 
  • selain itu sogokan yang tidak dapat dinafikan juga akan pengaruhi golongan miskin.
  •  PAS akan buat post-mortem mengenainya. 
Sementara itu, Wan Rosdi pula berkata, beliau mengucapkan terima kasih kepada seluruh jentera dan turut reda dengan kekalahan tersebut.

"Saya reda dan sebagai calon parti saya ucapkan terima kasih pada seluruh jentera parti dari seluruh kawasan dan negeri," katanya ringkas. (IH)


Seorang pengundi wanita ditolak menggunakan kerusi roda untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi yang diringi jeritan penyokong Barisan Nasional dan PAS luar pusat mengundi di SK Bendang Pa'Yong, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 25 September, 2014.

BN Pertahan Dun Pengkalan Kubor


Mat Razi Mat Ail, mendapat 9,991 undi, berbanding calon PAS, Wan Rosdi Wan Ibrahim yang memperolehi 7,326 undi.

TUMPAT: BN mengekalkan kerusi Dun Pengkalan Kubor dalam pilihan raya kecil (PRK) yang diadakan hari ini dengan majoriti 2,635 undi.

Calon BN mendapat 9,961 undi, PAS memperoleh 7,326 undi sementara calon Bebas pula mengutip 38 undi dan hilang deposit.
Sebanyak 230 undi rosak.
Pegawai Pengurus Pilihan Raya untuk PRK Dun Pengkalan Kubor, Mohd Sobri Ramli mengumumkan keputusan itu di pusat penjumlahan rasmi undi di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato' Biji Wangsa, malam ini.

Tiga calon iaitu Mat Razi Mat Ail (BN), Wan Rosdi Wan Ibrahim (PAS) dan Izat Bukhary Ismail Bukhary (Bebas) bertanding pada PRK ini.

Sebanyak 73 peratus daripada 23,929 pemilih berdaftar keluar mengundi apabila pusat pengundian ditutup pada jam 5 petang tadi. - HARAKAHDAILY 25/9/2014

P/Kubor: Menunggu Desiran Angin Perubahan. Sebentar Lagi..


HANYA pengundi masyarakat Siam di Jubakar Darat menjadi benteng taruhan akhir Barisan Nasional (BN).

Pada pilihan raya umum lepas calon PKR, Shaharun Ibrahim hanya mendapat 83 undi, manakala BN membolot 782 undi di situ. Umno juga berkubu utuh di unit peti undi (UPU) Simpangan, Bunohan dan Teluk Jering sejak pilihan raya umum 1995.

Namun kubu Umno di UPU Bendang Pak Yong pernah dimenangi calon PAS, Wan Hussin Wan Ahmad pada PRU 1999 dengan kelebihan 159 undi. Selain itu Wan Hussin juga menang di UPU Pengkalan Kubor dengan majoriti 78 undi.

PAS sejak dahulu sehingga sekarang mendominasi UPU Tebing, Geting, Tujoh dan Telaga Bata. Berdasar kepada gerak kerja kempen PAS dan Pakatan Rakyat sepanjang kempen 12 hari, apakah ada kemungkinan berlaku pertambahan undi PAS di UPU terbabit.

Ini kerana ada kalangan mereka yang tidak keluar mengundi pada PRU memberi komitmen baru sekarang. Di Kampung Neting ada penduduk tidak mengharapkan bantuan jentera kempen dari luar bagi memasang sendiri poster kempen.

Mereka memasang sendiri poster dan bendera PAS di hadapan rumah. Mereka lebih bersemangat kerana Wan Rosdi sudah lama dikenali. Begitu juga di UPU Bendang Pak Yong. Situasi baru juga diharap ada sedikit anjakan di UPU Jubakar Darat dan Mertua. Masyarakat Siam yang rata-rata bekerja sebagai petani mengakui sudah lama mengenali calon Pakatan Rakyat.

Eh Ron, 67 dari Kampung Mertua berkata, masyarakat Siam hanya suka pemimpin yang lebih dekat dengan mereka. Katanya, kalau tidak kenal macam  mana hendak diharap dapat membantu masyarakat Siam.

“Wan Rosdi kita sudah lama kenal. Dia selalu datang ke Kampung Mertua. Sejak enam tahun lepas hubungan rapat. Pemimpin macam inilah yang kita harapkan.
“Calon BN kita tidak kenal biar pun bertugas sebagai guru. Kalau tak kenal payah sikit hendak pilih. Dahulu wakil rakyat BN kita kenal dia,” katanya di sini.

Beliau memberitahu masyarakat Siam menerima banyak kemudahan disediakan kerajaan negeri termasuk bantuan Skim Takaful Kifaalah sebanyak RM1,500 apabila berlaku kematian warga emas.

“Selain itu pemuda miskin yang hendak berkahwin diberi bantuan RM1,000. Wan Rosdi datang sendiri ke rumah penduduk menyampaikan bantuan.
“Sebab itulah penduduk Siam rapat dengan dia. Saya yakin ada perubahan undi masyarakat Siam kali ini,” katanya.

Beberapa lagi penduduk Siam ketika ditemui turut mengakui perkara sama. Paling acap mereka sebut sudah lama kenal Wan Rosdi. E Chian, 66 dari Mertua juga kenal rapat dengan Wan Rosdi kerana dia selalu datang ke kampung tersebut.

Mek Deng Chan Ho, 73 juga dari Kampung Mertua memberitahu sering bertemu dengan Wan Rosdi. Pengundi Siam di Mertua dan Jubakar Darat membuang undi di Sekolah Kebangsaan Sri Neting. Ramai yang keluar mengundi pada pagi tadi.

Pada pilihan raya umum lepas calon PAS kerusi parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaffar mendapat 104 undi Siam di SK Sri Neting, manakala calon BN, Mansor Salleh pula mendapat 767 undi. Undi BN juga tinggi di UPU Simpangan, UPU Telaga Bata dan UPU Pengkalan Kubor. Apakah ada perubahan kali ini atau statik dengan keputusan lama?

Apakah angin Laut China Selatan akan melanda Pengkalan Kubor. Tunggulah keputusan muktamad malam ini. - HARAKAHDAILY 25/9/2014

"Tidak kena apa dengan ambo.. kalau ada yang salah beritahu. Kita kena ingat kita akan mati, dan selepas mati kita akan hidup balik. Perkara seperti ini Umno tidak ajar kepada rakyat. Ianya hanya ada pada politik Islam,” kata Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz.

Tuan Guru Abdul Hadi pula berkata, pilihan raya di Pengkalan Kubor ini, esok  bukan perkara suka-suka sebaliknya ada kewajipan bagi memikul amanah yang sangat besar (IH)

Bogel Dulu Baru Boleh Sertai Acara Ini. Dah Ada Di M'sia?


5 Acara ini wajibkan pesertanya bugil
BOGEL depan umum dulu baru boleh ikut 5 acara ini. Mereka konon maju tetapi menuju zaman batu. Jahiliah, perpakaian tapi telanjang. Walau 1/2, 2/3 atau 3/4 telanjang, semuanya membawa ke durjana, sengsara, neraka dan dunia tiga suku.. 

Satu
5 Acara ini wajibkan pesertanya bugil
Lakeside Shopping Centre di Essex memberikan hadiah kepada 100 wanita pertama yang datang pada hari minggu pagi. Namun syaratnya, mereka cuma boleh mengenakan bra, seluar dalam, dan kasut tinggi.

Setelah mendapat kad hadiah dari pihak Lakeside Shopping Centre, para wanita yang berani telanjang itu kemudian dialu-alukan untuk memilih sendiri barang-barang yang akan mereka beli.

Kylie Minor dari Lakeside Shopping Centre mengatakan: "Kami senang melihat semua wanita kelihatan cantik dalam balutan pakaian dalam dan kasut tinggi. Saya yakin mereka semua suka memilih koleksi musim bunga yang kami tawarkan."


Dua
sssDalam acara ini, peserta lelaki dan wanita hanya memakai seluar dalam dan topi keledar untuk melindungi kepala mereka. Mereka kemudian turun ke piste salji sepanjang 90 meter untuk mengikuti lomba sledging terkenal di Jerman. Acara ini berjaya menarik lebih daripada 17,000 pengunjung. Pada tahun 2011 lalu, ada lebih dari 400 orang yang mendaftar untuk ikut lomba tahunan ini. Tetapi, hanya ada 30 orang yang terpilih untuk mengambil bahagian di dalamnya.

Tiga
5 Acara ini wajibkan pesertanya bugil
Pertandingan ragbi yang diikuti oleh peserta yang telanjang ini pernah dihelat di Dunedin, New Zealand. Acara tahunan ini rupanya cukup popular di Dunedin.

Nude Rugby International dianggap sebagai pembuka dari National Nude Day (Hari Telanjang Nasional) di New Zealand. Aktiviti unik ini dianggap sebagai pemanasan untuk merayakan event besar tersebut.

Empat:
5 Acara ini wajibkan pesertanya bugil
Berbasikal bogel di London
sss 
Meski hampir sebahagian besar yang mengikuti acara tersebut tidak memakai sehelai benang pun di tubuh mereka, beberapa seolah-olah masih merasa malu untuk tampil bogel sehingga tetap memilih untuk menutup organ vital mereka. 
sss
"Ini sangat penting dan begitu berwarna. Ada banyak orang yang berteriak dan sibuk mengambil gambar. Saya menikmatinya," kata Ryan Edward Chua, salah satu peserta World Naked Bike Ride 2014, di London kepada london24.com.

Hari Sabtu (14/6), beribu-ribu penunggang basikal bugil berpawai keliling London untuk memeriahkan World Naked Bike Ride 2014.

World Naked Bike Ride (WNBR) adalah acara tahunan yang berlangsung di lebih daripada 50 bandar di seluruh dunia. Acara ini bertujuan untuk memprotes budaya naik kereta, serta meningkatkan kesedaran untuk berbasikal sebagai pilihan yang mesra alam sekitar.

Ribuan penunggang basikal berkumpul di pusat bandar London, sebelum memulakan perarakan tersebut. Mereka yang mengambil bahagian di World Naked Bike Ride 2014 London ini datang dari segala usia, bermula dari remaja hingga kaum tua. Laluan perarakan ini melewati spot-spot popular di bandar London, termasuk Marble Arch, Regents Park, King 's Cross, Clapham Junction, West Norwood dan Tower Hill.
Lima
5 Acara ini wajibkan pesertanya bugil
Ini adalah pertandingan tahunan di Amerika Syarikat yang dihadiri oleh lelaki dan wanita yang bogell. Nudes-A-Poppin pun dikenal luas sebagai acara telanjang paling terkenal di Indiana. Pertandingan ini diadakan setiap tahun sejak pertengahan 1970-an.

Nudes-A-Poppin sendiri dianjurkan oleh Ponderosa Sun Club, sebuah resort yang terletak di ROSELAWN, Indiana. Mereka yang mengambil bahagian dalam acara ini sebahagian besar berprofesi sebagai bintang porno, penari telanjang, dan kaum nudis. Acara ini pun berjaya menarik ribuan penonton setiap tahun.

Inilah lima acara yang pesertanya perlu datang dalam keadaan setengah bogel atau tanpa pakaian sama sekali.

"Ini sangat penting dan begitu berwarna. Ada banyak orang yang berteriak dan sibuk mengambil gambar. Saya menikmatinya," kata Ryan Edward Chua, salah satu peserta World Naked Bike Ride 2014, di London kepada london24.com. 
Di Malaysia dah ada ke acara-acara begini?  Kalau undi BN mungkin ada. (IH)

Lihat ini..
 E-Buku IH-67: Kisah-kisah Bogel (3)
E-Buku IH-67: Kisah-kisah Bogel (3)

Penyanyi Pengkritik Assad Ditangkap Di Libnan



Penyanyi tukang kritik Assad ditangkap di Libanon
Assalan Nasri. english.alarabiya.net

HALAMAN HIBURAN 
Penyanyi asal Syria dan selebriti cantik Assalan Nasri ditahan di Lubnan. Pasport Suriahnya juga dicabut oleh kerajaan. Banyak pihak menduga ini lantaran dia pengkritik utama dan paling vokal menentang Presiden Syria Basyar al-Assad.

Stesen televisyen Al Arabiya melaporkan, Rabu (24/9), Assalan diserang hendap di bandar udara antarabangsa Ibu Kota Beirut. Dia dibawa ke pejabat pendakwa tempatan dan berada dibawah pengawasan atau disebut tahanan rumah.

Assala melawat Lubnan dalam rangka undangan menjadi juri dalam acara bakat televisyen Star Academy hujung minggu ini.

Penyanyi juga diangkat menjadi duta perdamaian Timur Tengah oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa (PBB) ini salah satu seniman paling menonjol. Namanya tersohor dan albumnya laris di pelbagai penjuru Negara Teluk.

Perempuan 45 tahun ini sudah menjadi pengkritik nombor satu Assad terutama selepas dia mencetuskan perang saudara. Sementara Lubnan menjadi sekutu nombor satu Assad. (IH)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails