Thursday, September 25, 2014

‘4 exco PAS Pengkhianat’ Pendirian Rasmi DAP.

Pendirian DAP ialah empat ahli exco kerajaan negeri Selangor pengkhianat kerana tidak meletakkan jawatan dalam krisis menteri besar negeri itu, kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng. Gambar fail The Malaysian Insider.





Pendirian DAP ialah empat ahli exco kerajaan negeri Selangor pengkhianat kerana tidak meletakkan jawatan dalam krisis menteri besar negeri itu, kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng. Gambar fail The Malaysian Insider. DAP sekali lagi mengulangi pendirian 4 Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) Selangor daripada PAS sebagai pengkhianat kerana enggan meletakkan jawatan selepas 6 exco PKR dan DAP dipecat Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semasa kemelut jawatan menteri besar di negeri terkaya itu.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata kenyataan pengkhianat itu merupakan pendirian bersama parti dan bukan pandangan peribadinya.

"Ia adalah usul tergempar yang diluluskan dalam mesyuarat jawatan kuasa eksekutif pusat (CEC). Ia bukan pandangan peribadi saya," katanya di Pulau Pinang hari ini.

Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai kenyataan Sallehin Mukhyi yang mengatakan dirinya mementingkan diri sendiri dan tidak memahami Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor.

Sebelum ini, Lim pada Isnin mengeluarkan kenyataan tersebut setelah selesai mesyuarat CEC berkenaan jawatan menteri besar Selangor. Lim pada ketika itu berkata 4 ahli exco PAS, Sallehin, Iskandar Abdul Samad, Dr Ahmad Yunus Hairi dan Dr Halimah Ali secara jelas mengkhianati demokrasi dan solidariti terhadap 6 ahli exco lain yang dipecat bekas menteri besar Selangor.
Sallehin dalam reaksinya berkata, keputusan untuk tetap memegang jawatan exco adalah kerana khuatir sekiranya Khalid akan melantik exco baharu di kalangan ahli Umno.

"Jadi kami harap Lim akan menarik balik tuduhan menggelar kami pengkhianat," katanya.
 
Sementara itu, Lim yang juga ketua menteri Pulau Pinang mengucapkan tahniah kepada rakan sejawatnya di Selangor dan berkata DAP akan memberi sokongan sepenuh kepada Azmin.

"Kami yakin beliau akan berkhidmat berdasarkan prinsip Pakatan Rakyat (PR), seperti mana dipersetujui PKR dan DAP. Kita mesti sentiasa menjadi kerajaan untuk berkhidmat demi kepentingan rakyat bukannya hanya untuk sesetengah pihak," katanya. – 24 September, 2014. (TMI)

2 comments:

Anonymous said...

kesiaann....
orang tak Tanya pun
dap dok sibuk ulang-ulang pendirian yang tak perlu.

Ronn said...

bila terlalu taksub dengan parti dan demokrasi

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails