Friday, September 26, 2014

Exco Kekal 4-3-3. Tapi Speaker Untuk PAS, Jika..

http://news.abnxcess.com/bm/wp-content/uploads/2013/06/Azmin-Alicrr.jpg
KUALA LUMPUR: Komposisi Exco Kerajaan Negeri Selangor di bawah pentadbiran Menteri Besar yang baharu Mohamed Azmin Ali kekal seperti sebelum ini. Sepuluh Exco yang akan dilantik iaitu wakil PAS seramai empat orang, sementara DAP dan PKR masing-masing kekal untuk tiga jawatan exco.

Menurut Azmin, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah telah menerima kesemua nama exco yang dicadangkan beliau.

"10 orang (exco), komposisi kekal 4-3-3, esok saya akan umumkan (senarai nama mereka)," kata beliau yang dipetik Sinar Harian.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di depan Istana Mestika, Shah Alam hari ini. Barisan Exco Selangor ini akan mengangkat sumpah di Istana Alam Shah, Klang esok.

Sementara itu, ada sumber berkata jawatan Speaker akan diberikan kepada PAS sekiranya parti tersebut menggorbankan satu daripada empat kerusi exco milik mereka. Dikatakan, ini adalah formula yang dibincangkan dan dipersetujui pada 2008 apabila Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan PAS membentuk kerajaan di negeri Selangor.  (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails