Tuesday, September 23, 2014

Husam Musa: Mencari Tenaga Atom Dalam PAS?


Naib Presiden PAS Datuk Husam Muda menegaskan kekuatan Pakatan Rakyat (PR) tidak bergantung kepada sesiapa tetapi agenda PR dalam menentang rasuah dan kronisme dalam Barisan Nasional. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 23 September, 2014.
Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa di Pengkalan Kubur.
 
MENGENAI apa yang disalah erti mengenai kononnya 'pergeseran yang berlaku di antara kumpulan ulama dan profesional' dalam PAS, Husam Musa Naib Presiden PAS berkata partinya masih mencari keseimbangannya dan ia merupakan satu fenomena biasa.

“Dalam PAS ini saya tak panggil kemelut. Ia tenaga atom positif dan negatif sedang mencari titik keseimbangannya.
“Bumi pun berlaku gempa kemudian jadi betul balik bumi ni. Daripada dulu pun gempa bumi ada lepas tu berlaku lagi. Ia tak berhenti,” katanya.

Husam juga diminta mengulas mengenai ucapan penggulungan Datuk Seri Abdul Hadi Awang semasa muktamar baru-baru ini. Katanya, ucapan presiden PAS itu jelas menunjukkan ketegasan parti dan menampakkan parti Islam itu mempunyai hala tuju sendiri.
 
“Saya seronok nampak beliau tegas kerana ketegasannya penting untuk menunjukkan PAS sebuah parti yang ada pendirian,” katanya.
 
 Pelantikan Mohamed Azmin Ali sebagai menteri besar Selangor yang baharu hari ini tidak memberi jaminan pergeseran yang berlaku dalam Pakatan Rakyat (PR) selama ini akan berakhir, kata Datuk Husam Musa.

Naib presiden PAS itu berkata, kekuatan PR yang sebenar adalah apabila Barisan Nasional (BN) terus mengamalkan budaya rasuah dan kronisme yang terus meresap dalam kepimpinan yang diketuai Datuk Seri Najib Razak itu.

“PR ni bukan bergantung pada sesiapa (sama ada) Azmin atau Datuk Seri (Dr Wan Azizah Wan Ismail). Ia bergantung pada agenda PR.
“Selagi BN mengamalkan nepotisme, kronisme, rasuah dan tiada urus tadbir yang baik. PR akan terus kuat. Azmin atau Datin Seri bukan masalah penting,” katanya ketika ditemui pemberita di Markas PKR Ketil, Pengkalan Kubor Kelantan malam tadi.

Semalam, menerusi sepucuk surat yang dikeluarkan Setiausaha Sulit Sultan Datuk Mohamad Munir Bani, Azmin sah dilantik sebagai menteri besar Selangor ke-15. Azmin, yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa, akan mengangkat sumpah di hadapan Sultan Selangor di Istana Alam Shah, Klang pada jam 10.30 pagi hari ini.

Menurut surat itu, Sultan Sharafuddin Idris Shah memperkenankan pelantikan Azmin menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.  (IH)

2 comments:

Anonymous said...

Kronisme Anwar nak lantik bini jadi MB tak ada pulak Husam bising.

Anonymous said...

Sebab Husam Musa tahu isu itu hanya kecil aje.Yang susahnya husam nak ulas komen bodoh daripada Anonymouse 10.18

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails