Saturday, May 01, 2010

Tiada Gerabak Wanita Di LRTC -Ong Tee Keat

Gerabak KTM Komuter khas untuk wanita. — Gambar oleh Choo Choy May

KL.1 Mei 10:
Kementerian Pengangkutan tidak bercadang memperkenalkan gerabak khas untuk penumpang wanita dalam perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) seperti mana yang dilakukan oleh perkhidmatan KTM Komuter, baru-baru ini.

Menterinya Datuk Seri Ong Tee Keat berkata langkah itu diambil memandangkan pihak pengurusan LRT lebih memfokuskan untuk memenuhi keperluan penumpang kerana faktor itu adalah lebih mendesak.

“Jika Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) lebih menumpukan kepada kehendak dan keselesaan pelanggan namun LRT pula lebih memberi tumpuan untuk memenuhi permintaan tanpa mengira jantina.”

“Bagaimanapun, ia terpulang kepada inisaitif pihak pengusaha sendiri,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Karnival Kaunseling SPM dan STPM di Sekolah Menengah Kebangsaan Pandan Mewah, di sini, hari ini.

Ong berkata buat masa ini sistem pengangkutan LRT lebih tertumpu untuk meningkatkan mutu perkhidmatan seperti mengurangkan masa menungggu bagi menampung jumlah penumpang yang ramai.

“Kita akan menambah 26 gerabak lagi untuk LRT menjelang tahun 2011 bagi mengurangkan masa menunggu dari 2.8 minit kepada dua minit sahaja memandangkan peningkatan pengguna LRT sebanyak tujuh peratus bagi laluan ke Kelana Jaya sejak tahun lepas,” katanya.

Mengenai perkhidmatan Bas Ekspres Transit (BET), Ong berkata kementerian akan merombak semula jadual perjalanan dari Seri Muda, Shah Alam ke Pasar Seni memandangkan laluan ke dua lokasi itu didapati masih mengalami kesesakan lalu lintas.

Sejak diperkenalkan pada 12 Jan lalu, sistem BET mempunyai empat laluan termasuk laluan dari Seri Muda, Shah Alam ke Pasar Seni, manakala laluan lain iaitu dari Sungai Long ke Pasar Seni, Subang Mewah ke Pasar Seni dan Kota Damansara ke Pasar Seni.

“Kita akan semak semula jadual perjalanan tersebut supaya ia tidak lalu ke kawasan sesak pada waktu puncak. Bagaimanapun perjalanan bagi tiga laluan ternyata dapat dikurangkan sebanyak 50 peratus,” katanya. — Bernama

Klik di sini..

Husam Ulas Jawab Pak Lah


Oleh Husam Musa

Friday, April 30, 2010:
Medan Minyak Tergadai: Ya Dalam Nafi

Tahniah dan terima kasih kepada Pak Lah yang kali ini bersikap responsive.

Pak Lah memberikan penjelasan terhadap isu tergadainya dua medan minyak milik Sarawak kepada Brunei lewat petang ini, Juma'at, 30 April 2010.

Dari penjelasan ini kita dapat simpulkan;

a. Bukan medan minyak sahaja terlepas, tetapi sempadan negara kini mengecil kerana perairan di mana terletaknya dua medan minyak L dan M kini diiktiraf sebagai milik Brunei. "In a statement today, the former prime minister confirmed that Block L and Block M concessions now belonged to Brunei but...." (Bernama)

“This agreement serves to settle certain overlapping claims that existed in the past which included the area of the concession blocks known before as Block L and Block M.

“Sovereign rights to the resources in this area now belongs to Brunei." Laporan The Star berdasarkan kenyataan akhbar Pak Lah.

b. Cuma Malaysia diizinkan untuk menyertai perkongsian operasi pengeluaran minyak bagi kedua-dua blok itu untuk 40 tahun.

c. Terma ini dipersetujui Kabinet pada 11 Februari 2009. Bermakna PM sekarang juga terlibat dalam keputusan tersebut.

Penjelasan Pak Lah ini tidak mengubah inti berita sebelum ini bahawa kita telah terlepas dua medan minyak sekali gus kepada Brunei dan kini, kita sebenanya terlepas bukan sahaja medan minyak bahkan kedaulatan sempadan laut berkenaan juga untuk selama-lamanya.

Balasan yang diperolehi oleh Malaysia ialah kita boleh menyertai perkongsian operasi berasaskan perniagaan di medan berkenaan untuk selama 40 tahun. Selepas itu, kawasan berkenaan kekal dalam wilayah Brunei.

Bagi Pak Lah dan Kerajaan Malaysia, terlepas kedaulatan wilayah adalah kecil asal dapat merasa seteguk dua minyak dari kawasan yang kita lepaskan. Aduhai!

Dalam kes kawasan pertindihan sumber minyak Malaysia Thailand, negara mengambil ketetapan berbeza iaitu kawasan berkenaan kekal sebagai sebahagian wilayah Malaysia dan hasil minyak dibahagi mengikut peratusan tertentu antara dua negara. Kita tidak melepaskan kedaulatan wilayah kita tetapi kita menggunakan kaedah 'joint development'.

Mengapa susunan yang sama tidak digunakan dalam kes Brunei dan dengan itu kita tidak terlepas wilayah kita?

Atas murah hati kita melepaskan perairan di mana terletaknya dua medan minyak itu, kita mendapat kedaulatan ke atas Limbang.

Soalnya, kini pun Limbang adalah milik kita dan ia sebahagian dari Sarawak. Sungguh pun Brunei ada menuntut haknya ke atas Limbang, dari inti pati perjanjian-perjanjian sebelum ini termasuk apa yang disebut oleh Pak Lah dalam kenyataannya, isu Limbang sudah pun memihak kepada Malaysia.

Bermakna, kita mendapat apa yang sudah menjadi hak kita dan kita terlepas apa yang sepatutnya juga menjadi hak kita.

Nampaknya, kita mengambil jalan mudah dalam perkiraan ini. Apa lagi, Brunei masih secara terbuka menyatakan bahawa tuntutan ke atas Limbang belum digugurkan. Bererti, harapan kita untuk menyelesaikan isu tuntutan Limbang secara tersirat melalui 'pengukuran semula sempadan' berasaskan perjanjian-perjanjian 1920, 1931, 1933 (dua perjanjian berasingan) dan 1939 masih dalam proses sedangkan kedaulatan kita ke atas perairan yang terkandung di dalamnya dua medan minyak yang kaya itu sudah pun terlepas.

Bermakna, Brunei telah mndapat apa yang mereka mau serta merta dan kita menunggu satu tempoh dan proses yang akan memakan masa. Apa akan terjadi jika pendirian kerajaan Brunei atas apa sebab nanti, akan berubah?

Mengikut laporan, Brunei telah pun menganugerahkan konsesi dua medan itu kepada Total dari Perancis dan kedudukan Petronas dalam susun atur perkongsian yang disebut belum dijelaskan.

Akhirnya, bagaimana dengan Sarawak? Adakah kerajaan negeri dirundingi ketika wilayah laut kita ingin dilepaskan bersekali dengan sumber minyaknya?

Jika Pak Lah telah tampil 'menafikan tetapi sebenarnya mengiyakan', adakah PM kini hanya akan berdiam diri?

Datuk Paduka Husam Musa,
Exco Kanan Kerajaan Kelantan.

http://cetusan-hati.blogspot.com/

P/UMNO Ugut Bunuh Nik Aziz, Apa Tindak Polis..


Info dari Blog Saloran Penerangan DPP Shah Alam...
http://infodppsa.blogspot.com/2010/04/nik-aziz-terima-ugutan-bunuh-dari.html

Friday, April 30, 2010 :Nik Aziz Terima Ugutan Bunuh Dari Pemuda Umno…..

Saya terkejut membaca Facebook saya hari ini. Rakan-rakan facebook memaklumkan bahawa seorang pemuda Umno mengugut untuk membunuh Mursyidul Am Pas, Tok Guru Nik Aziz.
Mohd Safuan Hilmi, 24 yang mengaku graduan UiTM dan kini bekerja di Syarikat Prasarana Negara Berhad membuat ugutan mahu membunuh Nik Aziz dalam komennya di satu wall perbincangan dalam facebook.

“Belum lengkap lagi sebab seekor lagi barua tak mati iaitu Nik Aziz. Tunggu aku pi bunuh Nik Aziz dulu baru lengkap. Setan tu tak layak duduk kat muka bumi ni lagi”
“Senang bunuh orang. Tikam jer. Aku sanggup dihukum gantung jika aku dapat bunuh Nik Aziz al Dajal tu”….begitulah kata-kata biadap pemuda Umno ini.

Saya minta pimpinan PAS khususnya PAS kelantan dan Tok Guru Nik Aziz sendiri membuat laporan Polis. Ini adalah satu perkara yang serius kerana jelas, Umno telah merosakan pemikiran generasi muda dan menjadikan ugutan bunuh sebagai permainan biasa. Umno harus bertanggungjawab kerana melahirkan makhluk sebiadap ini.

Saya dapati laman Facebook beliau sudah ditutup…tapi ini maklumat yang saya sempat ambil. Harap disiasat kerana kita tidak boleh memadang kecil hal ini. Kalau dibiar, nanti lebih ramai yang besar kepala dan buat ugutan serupa.

HARAKAH hari ini ...

KUALA LUMPUR, 1 Mei:
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan menggesa pihak polis menyiasat ugutan bunuh terhadap Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat oleh seorang pemilik akaun Facebook, Mohd Safuan Hilmi.

Nasrudin yang membaca kenyataan berbaur ugutan itu pada 30 April 2010 meminta supaya kes tersebut ditangani secara berkesan bagi mengelakkan budaya mengugut yang mengancam keselamatan orang lain berleluasa.

"Saya juga meminta supaya pergerakan Pemuda Umno menafikan bahawa Mohd Safuan ini adalah ahli mereka," kata beliau merujuk pendirian politik Mohd Safuan di dalam profil Facebooknya.

Dalam profil tersebut juga turut menyatakan bahawa Safuan bekerja di Syarikat Prasarana Berhad.

Nasrudin turut menyatakan bahawa Facebook Safuan Hilmi telah di tutup selepas perkara itu menjadi perbincangan orang ramai di laman web sosial tersebut.

"Perkara ini jelas bertentangan dengan norma masyarakat dan adat ketimuran orang Melayu.

"Saya juga menyeru kepada semua pihak supaya mengamalkan politik sihat dan mengelakkan budaya ugut dan kekerasan antara sesama kita," tambahnya yang membuat laporan di Balai Polis Chot Kit, di sini tengah hari tadi.

Turut hadir bersama ialah timbalannya, Azman Shapawi Abdul Rani dan Kamaruzaman Mohamad.

Sementara itu, Nasrudin dipanggil untuk memberi keterangan berhubung perkara itu di Balai Polis Dang Wangi pada jam 3.00 petang ini.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Kita nak tengok bagaimana cekapnya polis kita yang profesional itu..

Selamat Hari Buruh... kau, aku & NYA


kau adalah aku,
aku adalah kau
Di bawah pantauanNYA
mereka ingat kau
kerana pantauanNYA
TiadaNYA tiada kau...
selamat hari buruh..

ibnuhasyim 1/5/10. kl.

KAU '10 Tampil Artis Wanita, Bagaimana Dlm Hukum?

HALAMAN HIBURAN
SEBUAH badan bukan kerajaan (NGO) Wanita Islam, Nisa' mengambil tanggungjawab menyediakan alternatif kepada masyarakat khususnya golongan belia untuk berhibur, dengan menganjurkan Karnival Aura Ungu (KAU '10). Demikian Harakahdialy,net melaporkan.

Karnival yang dijadualkan berlangsung pada 21 dan 22 Mei di Kompleks Belia dan Kebudayaan, Shah Alam ini merangkumi tiga aktiviti utama iaitu ekspo aura ungu, pertandingan nyannyian (PESONA) dan konsert aura ungu (ekslusif untuk wanita) yang merupakan acara kemuncak kepada karnival ini.

Konsert berkenaan akan menampilkan dua selebriti terkenal tanah air iaitu Aishah yang terkenal dengan lagu 'Syurga di Bawah Telapak kaki Ibu' dan bekas pelajar Akademi Fantasia (Af 5).

Bercakap pada satu sidang media di Intekma Resort & Konvensyen Centre, Shah Alam hari ini, pengarah program, Dian Adline Md Jalaluddin berkata, KAU '10 mensasarkan remaja dan belia terdiri daripada pelajar sekolah, penuntut Institut Pengajian Tinggi (IPT), ibu bapa serta masyarakat umum dengan menetapkan beberapa objektif.

" KAU '10 berhasrat untuk memperkenalkan Nisa' sebagai gerakan dakwah kepada umum dan menjadikan hiburan sebagai salah satu wasilah dakwah bagi meraikan komuniti setempat yang terdiri daripada semua lapisan masyarakat terutama golongan wanita," katanya.

Selain itu, KAU '10 bermatlamat untuk menjadikan hiburan Islam sebagai alternatif kepada hiburan semasa untuk golongan wanita serta dapat mengeratkan hubungan antara masyarakat, pemimpin, dan pihak kerajaan negeri.

Karnival berkenaan mendapat kerjasama daripada Green Tea Colustrum (GTC) sebagai penaja utama, Kolej Masterskill, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Kerajaan Negeri Selangor, dan Nasyeed.com.

Sementara itu, Pengarah Nisa' Malaysia. Dr. Rosni Adam berharap karnival berkenaan dapat membuka mata masyarakat agar lebih memahami konsep kepelbagaian dalam berdakwah.

"Kita nak tunjukkkan kepada masyarakat bahawa Islam tidak menutup ruang untuk kita berhibur. Sebanarnya banyak aktiviti yang kita boleh lakukan asalkan betul caranya," katanya.

Bagi Pengarah Eksekutif Ar Raihan Food Industries, Zulaimi Kazin pula, beliau sangat berbesar hati untuk menaja KAU '10 sebagai salah satu usaha menyokong program-program yang dapat mendekatkan masyarakat khususnya wanita kepada Islam.

"Apa-apa sahaja program yang baik kita kena taja. Bagi saya program Nisa' ini adalah untuk menarik minat golongan muda wanita khususnya untuk melibatkan diri dengan aktiviti yang baik dan mengelakkan mereka terjebak ke dalam gejala sosial.

"Saya dah kenal Nisa' lama masa mereka anjurkan Nisa' games di kelantan dulu.Ini satu program yang menarik dan memang kita menyokong program dakwah dan ada rezeki kita taja lebih banyak lagi," katanya.

Tiket konsert boleh didapati di kaunter pendaftaran Nisa' atau tempahan melalui online di website Nisa' malaysia, http://kau2010.webnisa.net/

Komen Blog Ibnu Hasyim: Masalahnya..

1.. Adakah konsert berkenaan "akan menampilkan dua selebriti terkenal tanah air iaitu Aishah yang terkenal dengan lagu 'Syurga di Bawah Telapak kaki Ibu' dan bekas pelajar Akademi Fantasia (Af 5)" itu, menyanyi menepati seperti yang dikehendaki oleh agama Islam?

2.. Apalagi bila "berhasrat untuk memperkenalkan Nisa' sebagai gerakan dakwah kepada umum", maka aurat wanita perlu di ambil kira dan diperjelaskan, jangan sampai membuat baik tetapi melalui cara mungkar.

3. Apakata ulama-ulama PR?

Syurga Di Telapak Kaki Ibu

<div id="" class="yt-alert yt-alert-error yt-alert-player yt-rounded"> <div class="yt-alert-icon master-sprite"></div> <div id="" class="yt-alert-content"> You need Adobe Flash Player to watch this video. <br> <a href="http://get.adobe.com/flashplayer/">Download it from Adobe.</a> </div> <div class="clear"></div> </div>

Rai Hari Buruh: Bantah Cukai Barang & Khidmat, 6 Ditahan




Gambar majlis tersebut

KL. MEI 1, 10
, HARI BURUH: Pihak polis sejak awal pagi mengepung Dataran Merdeka - tempat acara bagi meraikan hari buruh sedunia dan membantah cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Pada jam 11 pagi, kira-kira 500 penunjuk perasaan berkumpul di luar bangunan Majlis Peguam Malaysia, kira-kira sebatu daripada Dataran Merdeka - tempat acara utama selalu dijalankan.

Penyelaran program S Arutchelvan dan Adun Kota Damansara Dr Nasir Hashim - kedua-duanya daripada Parti Sosialis Malaysia (PSM) - pada mulanya cuba berbincang dengan pihak polis supaya membenarkan kumpulan tersebut berkumpul. Bagaimanapun, polis memberikan lima minit kepada penunjuk perasaan untuk bersurai. Lima trak polis kelihatan berada di tempat kejadian, tetapi meriam air tidak kelihatan.

Selepas lima minit, dipimpin kedua-dua pemimpin PSM, kumpulan tersebut - termasuk anak kecil - bergerak beramai-ramai daripada Dataran Merdeka ke arah Jalan Petaling dengan perasaan kecewa. Kumpulan yang riuh itu kemudiannya melencong ke Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) dan menjadikan bangunan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sebagai tujuan akhir mereka.

Kira-kira sepuluh minit berarak, enam penunjuk perasaan ditahan polis, dipercaya kerana membawa kain rentang membantah cukai baru GST. Kumpulan penunjuk perasaan itu - kebanyakannya memakai kemeja-t merah - berjalan melalui Jalan Petaling sehingga menarik perhatian peniaga dan pelancong di kawasan tersebut.

Mereka melaungkan slogan "Bantah, bantah, GST", "Hidup, hidup, rakyat" "Gaji, gaji minima".

Turut hadir enam pemerhati daripada Majlis Peguam Malaysia. Setibanya di tempat letak kereta KLSCH, penganjur memimpin kumpulan tersebut ke bangunan LHDN yang terletak tidak jauh daripada dewan itu. Bagaimanapun, pihak polis kali ini bertindak bagi menghalang penunjuk perasaan daripada melaksanakan rancangan itu. Sebahagian daripada mereka dikejar kembali ke tempat letak kereta KLSCH.

Kumpulan itu akhirnya terpaksan berkerumum di KLSCH, di mana penunjuk perasaan kini duduk di kawasan parkir terbuka itu. Sementara itu, Arutchelvan memberitahu, 10 bas darpada luar ibu negara yang mahu menyertai mereka telah diberhentikan pihak polis di Jalan Duta.

Tambahnya, kumpulan yang diketuai ahli parlimen Sigai Siput Dr D Jeyakumar itu kini di bangunan parlimen. Arutchelvam kemudiannya memberitahu, mereka telah mendapat persetujuan polis supaya kumpulan yang dipimpin Dr Jeyakumar itu dapat menyertai mereka di KLSCH.

Katanya, kesemua mereka hanya mahu membaca deklarasi hari buruh dan bersurai selepas itu.

"Saya baru saja menghubungi OCPD, dan beliau membenarkan mereka (kumpulan dalam bas tersebut) menyertai kita di sini.

"Kita akan bersama-sama membaca deklarasi hari buruh dan beredar," kata Arutchelvam kepada kumpulannya.

Bas tersebut akhirnya kelihatan tiba juga di KLSCAH. Selepas habis membacakan deklaras, mereka bersurai. (AK)

Itik Pulang Petang Panik Lintas Jalanraya New York

Gambar yang disiarkan akhbar New York Post semalam menunjukkan ibu itik bersama anak-anaknya menyeberangi sebatang jalan raya di New York kelmarin.

Ibu itik panik di jalan New York

NEW YORK - Seekor ibu itik yang membina sarang di kawasan trafik yang sibuk terbang meninggalkan beberapa ekor anaknya selepas panik apabila beberapa penduduk cuba menyelamatkan anak-anaknya di sebatang jalan raya yang sibuk di sini, lapor New York Post semalam.

Seorang pekerja di Institut Kebudayaan Itali di sini, Valeria Anzolin yang melihat ibu itik yang panik itu sanggup menggunakan kertas akhbar untuk membawa sebahagian daripada anak haiwan tersebut ke tempat ibunya di tepi sebatang jalan raya.

Namun, ibu itik itu hinggap di tempat lain.

Dua anggota renjer di bandar raya itu, Sheridan Roberts dan Sunny Corrao mendapat idea dengan meletakkan anak-anak itik tersebut ke dalam sebuah bekas yang diletakkan di tepi sebatang jalan raya.

Ibu itik itu mendekati bekas itu dan semua anaknya kemudian dibebaskan sebelum renjer tersebut memberi panduan kepada haiwan berkenaan untuk menuju ke sebuah tasik berdekatan. - Agensi

Atas Dasar Kasih Pada Tok Guru...

BLOG Ibnu Hasyim tolong panjangkankan...

Blogger Raja Budak Lestari said...

Atas dasar kasih kepada Tok Guru Nik Aziz kami telah cipta satu page goup facebook "Kami akan lindungi Tok Guru Nik Aziz"

http://www.facebook.com/group.php?gid=117576414938578

Ini janji kami Anak-anak Kelantan yang berada di IPTA/S

harap pihak admin sebar2kan lama page facebook ini demi rasa kasih kita kepada Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat ... Tok Guru kami

May 1, 2010 11:17 AM

Lagi Kes Raba, Askar Wanita Raba Askar Lelaki..

Tidak. Mereka tidak raba siapa-siapa. Cuma mereka antara yang bertanggung jawab ke atas wanita-wanita di Malaysia..

Askar wanita didakwa raba rakan sekerja

MELBOURNE - Kapal HMAS Success sekali lagi berhadapan dengan satu skandal seks dan alkohol selepas seorang askar wanita berkelakuan tidak senonoh di Singapura baru-baru ini, lapor sebuah akhbar semalam.

Wanita tersebut didakwa turun ke sebuah pelabuhan di Singapura pada bulan lalu tetapi dia kemudian mabuk seterusnya meraba rakan-rakan lelakinya.

Salah seorang daripada lelaki tersebut telah membuat aduan rasmi mengenai kelakuannya.

Perkhidmat Pasukan Pertahanan Tentera Australia telah melancarkan siasatan berhubung kes berkenaan. - Agensi

Sebelum ini...

Hadiah Hari Jadi, Contoh Keluarga Islam Yang Rosak..


ZAHIA DEHAR

Teman seks Ribery dedah cerita

MUNICH - Bintang bola sepak pasukan kebangsaan Perancis, Franck Ribery menjadikan seorang pelacur bawah umur, Zahia Dehar sebagai hadiah hari lahirnya dengan membayar kos penerbangannya dari Paris ke sebuah bilik hotel di sini, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Akhbar berkenaan memetik Zahia memberitahu majalah Perancis, Paris Match bahawa Ribery membayar beribu-ribu euro untuk penerbangan kelas pertama dan bermalam bersamanya di sebuah hotel lima bintang sempena hari jadi ke-26 bintang bola sepak antarabangsa itu pada 7 April tahun lalu.

"Saya ialah hadiah hari jadi yang comel untuk Ribery," kata Zahia yang ketika itu cuma berusia 17 tahun.

Zahia ialah antara 18 gadis yang disoal siasat dalam satu serbuan polis pada bulan lalu di rumah pelacuran Cafe Zaman, Paris yang sering dikunjungi oleh pemain-pemain bola sepak.

"Ribery berkenalan dengan saya di sebuah kelab malam di Paris. Dia menempah saya dan membayar tiket penerbangan," jelas gadis itu.

Skandal seksnya dengan Ribery yang telah berkahwin dan dianggap pemain terbaik Perancis, dikhuatiri menjejaskan persiapan pasukan kebangsaan negara itu pada pertandingan Piala Dunia di Afrika Selatan, Jun depan.

Zahia memberitahu beberapa pegawai polis antipelacuran bahawa dia dibayar 1,724 (RM7,317) euro sebagai habuan seks satu malam dengan tiga pemain bola sepak.

Zahia yang kini bersembunyi di sebuah vila di selatan Perancis selepas skandal itu terbongkar pada 12 April lalu, turut menyatakan kepada Paris Match bahawa dia memberitahu Ribery umurnya 18 tahun ketika itu kerana undang-undang Perancis hanya membenarkan individu berusia 18 tahun ke atas untuk menjadi pelacur.

Dalam wawancara sama, gadis kelahiran Maghribi itu menyatakan, dia mula terbabit dalam aktiviti pelacuran semasa berusia 16 tahun.

"Kali pertama saya melakukannya (melacur) juga sempena dengan sambutan hari jadi seorang lelaki.

"Saya sentiasa nampak lebih tua berbanding usia sebenar saya dan apabila saya mula menyedari bahawa saya mampu menggembirakan lelaki, saya terfikir mengapakah tidak membuat keuntungan daripada kelebihan saya?," kata Zahia yang menganggap dirinya sebagai teman sosial dan bukan pelacur.

"Semua wang yang saya peroleh milik saya kerana saya tidak bergantung kepada ibu atau bapa ayam. Saya juga menjalin hubungan seks dengan orang yang saya suka sahaja dan tiada sesiapa yang memaksa saya untuk melakukannya," tambahnya.

Menurut Zahia, keluarganya yang patuh kepada ajaran Islam tidak mengetahui kegiatan gelapnya itu sehinggalah berita mengenai skandal terbarunya di siar akhbar tempatan.

"Ibu dan bapa tiri saya tidak mengetahui aktiviti saya sehingga pendedahan skandal ini. Kini saya telah membuatkan mereka 'terkejut'," katanya. - Agensi

Komen Blog Ibnu Hasyim: Inilah contoh sebuah keluarga Islam yang rosak.

1.. Menganggap dirinya sebagai teman sosial dan bukan pelacur.

2.. Keluarganya patuh kepada ajaran Islam tetapi tidak mengetahui kegiatan gelap anak perempuannya. Bagaimana boleh jadi begitu sedang anak perempuan masih dalam pantauan keluarganya?

Saingan Model Bertudung Ini, Haram!


Sebahagian daripada 31 finalis Pencarian Model Tudung Fareeda bersedia untuk sesi akhir latihan di Plaza Masalam, Shah Alam semalam.

SHAH ALAM Plaza Masalam di sini hari ini akan menjadi medan persaingan sengit 31 orang wanita yang mengidamkan kejuaraan sempena acara final pertandingan Pencarian Model Tudung Fareeda.

Apa yang menarik, barisan finalis pertandingan itu bukan sekadar gadis jelita yang merupakan pelajar institusi pengajian tinggi tempatan tetapi juga wanita yang sarat hamil. Pemilik Fareeda House of Scarf, Faridah Zakaria berkata, pertandingan yang akan bermula pada pukul 2 petang itu menampilkan calon-calon akhir yang berbakat dalam bidang peragaan fesyen terutama gaya tudung.

Katanya, peserta berusia antara 20 hingga 40 tahun itu mempunyai penampilan wajah Melayu serta campuran Arab. “Kesemua peserta cantik-cantik belaka dan ia mungkin memberi saingan sengit kepada para juri untuk memilih siapa paling layak bergelar juara,’’ katanya ketika ditemui pada sesi latihan pertandingan itu semalam.

Peserta akan diadili sepenuhnya oleh barisan lima panel juri termasuk dari Fareeda House of Scarf dan Kumpulan Utusan selaku penganjur. Juara akan membawa pulang hadiah RM3,000 dan 15 helai tudung Fareeda bernilai RM2,000 sementara hadiah kedua berupa wang tunai RM2,000 dan 10 helai tudung bernilai RM1,000.

Tiada pemenang untuk tempat ketiga tetapi tiga hadiah sagu hati akan diberikan berupa wang tunai RM500 dan lima helai tudung bernilai RM500 setiap seorang. Seorang peserta, Siti Nazira Abdul Aziz, 28, bertekad memberikan persembahan terbaik walaupun sarat mengandung tujuh bulan.

Suri rumah dari Klang itu sangat berminat dalam bidang peragaan dan begitu bersemangat untuk menyertai pertandingan itu. “Keadaan badan yang tengah sarat mengandung ini menjadikan penampilan saya unik berbanding orang lain,’’ katanya.

Pelajar Politeknik Seberang Perai, Pulau Pinang, Aida Adilah Al-Bakri Mustafa Al-Bakri, 22, pula sanggup datang dari jauh semata-mata untuk mencuba nasib. “Ibu, ayah, dua adik dan kawan rapat saya pun datang untuk beri sokongan,” jelasnya.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Walaupun model-model itu bertudung, tapi ia tetap salah dari sudut agama kerana mempamerkan aurat di khalayak ramai. Kerana 'bentuk tubuh wanita' masih aurat, walaupun bertudung atau berlapek. Maaf sekadar menjelaskan, takut masyarakat keliru, seolah-olah pameran tubuh begini dianggap kerja mulia dan tidak salah dari sudut agama.

Sama juga seperti artis atau aktres wanita yang mendedahkan aurat, namun bila bercakap berlapik 'Insya Allah', 'Al-hamdulillah' dan lain-lain seolah kerja mereka itu kerja mulia, pada hal sebenarnya kerja maksiat. Juruhebah tv memberi salam yang hukumnya sunat, tetapi membuka aurat itu hukumnya haram. Salam '1 Malaysia' bagaimana? Ikuti tulisan-tulisan lepas. (2MA)

Lihat sebelum ini...

Turki: Siasat Kayu Bahtera Nuh Pamer Di Hong Kong

Turki arah kayu bahtera Nabi Nuh dibawa keluar disiasat



Gambar menunjukkan rak kayu yang didakwa sebahagian daripada bahtera Nabi Nuh yang ditemui di dalam lereng Gunung Ararat, Turki.

Turki arah kayu bahtera Nabi Nuh dibawa keluar disiasat

ANKARA - Menteri Kebudayaan dan Pelancongan Turki, Ertugrul Gunay mengarahkan siasatan dilakukan bagi mengetahui bagaimana serpihan kayu yang didakwa daripada bahtera Nabi Nuh berjaya dibawa keluar dari negara itu ke China, lapor media semalam "Bagaimanakah objek-objek itu boleh berada di sana (China)?," kata Ertugrul.

Kenyataan itu disiarkan oleh akhbar Milliyet semalam.

Satu ekspedisi dari China dilaporkan telah mempamerkan serpihan kayu yang didakwa daripada bahtera Nabi Nuh pada satu sidang media pada awal minggu ini di Hong Kong.

Kumpulan ekspedisi yang mengandungi 15 anggota tersebut mendakwa serpihan itu ditemui di dalam lereng Gunung Ararat pada ketinggian 4,000 meter di timur Turki.

Pada sidang akhbar yang diadakan pada awal minggu ini, salah seorang anggota ekspedisi itu yang merupakan seorang pembikin filem dokumentari, Yeung Wing-cheung berkata pihaknya 99.99 peratus yakin telah menemui bahtera Nabi Nuh.

Kumpulan ekspedisi berkenaan mendakwa telah menemui spesimen kayu dan ujian penentuan tarikh karbon mendapati serpihan kayu yang ditemui di Gunung Ararat itu berusia 4,800 tahun iaitu tarikh yang dianggap berlakunya banjir besar di zaman Nabi Nuh.

Menurut kitab Injil, banjir besar itu berlaku selepas banyak kejahatan berlaku di bumi menyebabkan Nabi Nuh diminta membina bahtera dan membawa bersamanya sepasang haiwan daripada setiap spesies.

Ertugrul berkata, siasatan itu juga bertujuan untuk mendapatkan maklumat mengenai kehadiran seorang pegawai Turki pada sidang akhbar penemuan bahtera Nabi Nuh di Hong Kong. Pegawai itu hadir tanpa kebenaran daripada pemerintah Turki.

Namun, menteri tersebut menegaskan, beliau menyokong penemuan bahtera Nabi Nuh itu di Turki dengan memujinya sebagai satu bonus untuk sektor pelancongan. - AFP

Sila lihat lanjut..

Mencari tapak kaki kesan turunnya Nabi Adam AS ke dunia, di Sri Lanka..

Kes Aminulrasyid: Kata Dua Untuk Ketua Polis Negara


KL, 30 April 10: Beberapa wakil rakyat Pakatan Rakyat telah memberi tempoh sebulan kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan supaya meletak jawatan atau berdepan dengan demonstrasi di seluruh negara.

Kata dua itu diberikan sebagai respons kepada laporan yang menyebut Musa berkata beliau bersedia mengarahkan anggotanya tidak lagi mengawal sekiranya itu kehendak rakyat, ekoran kecaman terhadap insiden seorang remaja Aminulrasyid Amzah mati ditembak polis di Shah Alam awal pagi Isnin lalu. Ahli parlimen DAP Segambut, Lim Lip Eng, serta ahli parlimen PKR Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dan ADUN Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad, hari ini menghantar memorandum kepada pengarah lembaga disiplin polis, Datuk Abdul Razak Bokhari, menuntut Musa meletak jawatan.

Komander Kem Bukit Aman, Supt Ali Ahmad menerima memorandum tersebut. Lim mendakwa kenyataan kontroversi Musa itu 'hanya akan menjejaskan keselamatan negara'. Beliau juga menggesa Abdul Razak supaya menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk menyiasat Musa dan sama ada menasihatkan beliau bersara atau memecatnya dalam tempoh sebulan, dan jika gagal berbuat demikian, mereka akan menganjurkan protes di Bukit Aman dan di seluruh negara untuk menuntut Musa meletak jawatan. (AK)

Lihat sebelum ini...

Kes Aminulrasyid: Pendedahan 2 Saksi & YB Khalid Samad

SHAH ALAM, 30 April 10:Pendedahan 2 Saksi & YB Khalid samad

Saksi Pertama:

Saksi utama insiden Aminulrasyid Amzah mati ditembak polis berkata, remaja itu rebah di ribanya selepas terkena tembakan ketika dikejar kereta peronda polis di kawasan Seksyen 11 di sini, awal pagi Isnin lalu. Pengakuan saksi utama itu terkandung dalam laporan polis yang salinannya diedarkan kepada media hari ini.

Laporan polis dibuat kira-kira 9.40 malam hari kejadian. Menceritakan detik-detik yang membawa kepada insiden itu, saksi berkata, dia dan Allahyarham Aminulrasyid memutuskan untuk berjumpa dengan seorang rakan mereka Seksyen 7 Shah Alam kerana tayar motosikalnya pancit kira-kira 12 tengah malam.

“Semasa hendak ke sana, kereta yang dipandu Aminulrasyid telah tergesel dengan sebuah kereta lain menyebabkan arwah menjadi takut dan melarikan diri untuk pulang ke rumah di Seksyen 11.

“Ketika hendak keluar dari kawasan restoran Ali Mamak, kami dikejar oleh beberapa motosikal dipercayai rakan kepada kereta yang kami tergesel.

“Sebaik sahaja sampai di Bulatan Kayangan Seksyen 12, salah sebuah motosikal tadi hendak memotong kami tetapi terlanggar bahagian belakang kereta menyebabkan penungggang itu terjatuh,” kata saksi itu dalam laporannya. Menurutnya, rakannya dikatakan terlalu takut dan terus memandu laju kereta lalu memotong kereta peronda polis menyebabkan kenderaan itu terus mengejar mereka.

“Aminulrasyid bertambah takut dan memandu dengan laju tanpa menghiraukan keselamatan kami dan orang awam.

“Kereta peronda terus mengejar kami sehingga ke Stesen Minyak Caltex Seksyen 11 dan ketika itu saya terdengar bunyi tembakan bertubi-tubi mengenai tayar belakang menyebabkan kereta yang dipandu terhoyong-hayang dan tergelincir tetapi masih dapat dikawal.

“Semasa mendengar tembakan terakhir yang terkena kepala Aminulrasyid menyebabkannya jatuh ke atas riba saya dan saya nampak bahagian kepalanya berlubang dan berdarah,” kata saksi yang juga seorang pelajar.

Saksi yang juga kawan baik mangsa berkata, kereta tidak lagi dapat dikawal lalu melanggar tembok rumah lalu berhenti.

“Saya keluar untuk menyerah diri tetapi salah seorang anggota polis menendang saya dari belakang dan kemudian anggota yang lain turut memukul dan memijak saya beramai-ramai.

“Saya meronta-ronta serta dapat melarikn diri daripada mereka lalu balik ke rumah. Saya cedera di tangan kanan, kaki dan sakit kepala,” katanya dalam laporan polis itu yang diedarkan pada sidang media Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad.

Saksi Kedua:

Khalid berkata saksi kedua telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini malam tadi. Laporan itu dibuat oleh Zafrullah Ahmad Zainal Abidin yang merupakan jiran mangsa. Dalam kejadian awal pagi Isnin lalu, Aminulrasyid mati terkena tembakan polis manakala rakannya, saksi itu didakwa berjaya melarikan diri selepas terserempak dengan kereta peronda polis di kawasan Seksyen 11 Shah Alam.

Berdasarkan laporan media sebelum ini dalam kejadian kira-kira pukul 2 pagi itu, Aminulrasyid, anak bongsu daripada lapan beradik dilaporkan terkena tembakan yang dilepaskan oleh anggota polis peronda apabila dia disyaki cuba mengundurkan kenderaan yang dipandunya untuk melarikan diri daripada satu sekatan jalan raya.

Ahli Parlimen Shah Alam

Ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad juga, menyeru lebih ramai saksi kes pelajar - Aminulrasyid Amzah - yang kena tembakan polis, tampil memberikan maklumat berhubung kejadian pada awal pagi Isnin itu. Katanya, langkah itu dapat membantu polis mendapat gambaran menyeluruh berhubung kejadian tersebut, sekaligus dapat menyelesaikan siasatan mereka dengan segera.

Khalid berkata, mungkin ramai lagi saksi dalam kes tersebut, seperti pelanggan di restoran berdekatan tempat kejadian, tidak tampil ke hadapan kerana merasakan maklumat mereka tidak relevan.

"Saya menyeru dan berharap lebih ramai saksi (pada malam kejadian) dapat tampil menceritakan apa yang berlaku.

"Jangan anggap maklumat yang ada pada mereka, walaupun sedikit, tidak relevan kepada kes tersebut," katanya ketika mengulas laporan polis berhubung kejadian tersebut, yang dibuat oleh seorang jiran arwah malam tadi.

Jiran arwah tersebut - Zafrullah Ahmad Zainal Abidin - yang mendakwa berada di tempat kejadian selepas insiden berlaku, membuat laporan di ibu pejabat polis daerah (IPD) Shah Alam di Seksyen 11 pada jam 10 malam tadi. Beliau ditemani peguamnya Fadiah Nadwa Fikri dan empat lagi peguam daripada kumpulan peguam Lawyers for Liberty. Khalid turut hadir mengiringinya Zafrullah bagi tujuan itu malam tadi.

Dalam aduannya itu, Zafrullah Ahmad mendakwa melihat keadaan mangsa dan kereta arwah sejurus selepas kereta yang dipandunya terbabas dalam parit di Jalan Makyong, berdekatan dengan rumahnya di Jalan Silat Gayong.

Khalid turut menolak gesaan sesetengah pihak supaya ahli politik tidak membabit diri dalam kontroversiti tersebut. "Saya rasa apa yang dimakudkannya itu ialah (supaya ia) tidak dipolitikkan. Sebagai ahli parlimen, kejadian menimpa penduduk dalam kawasan saya, mestilah saya turut terlibat," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, polis hari ini dilaporkan telan menghantar kertas siasatan berhubung kes tersebut kepada timbalan pendakwa raya (DPP) bagi tindakan selanjutnya. (AK)

Lihat sebelum ini...

Friday, April 30, 2010

RM 4 Juta: Husam Jawab Kickdefella?

Oleh HUSAM MUSA

KALAU ada seorang blogger yang hebat dan kita ada RM 4 juta, kita sudah boleh jatuhkan seorang PM - nampaknya kerja menjatuhkan PM tidaklah begitu sukar.

Setengah orang mungkin kata 4 juta terlalu mahal dan setengah pula akan kata, kalau 4 juta PM boleh jatuh, ia cukup murah.

Apa sebab mahal dan apa pula sebab murah?

PM macam Pak Lah, adakah perlu lagi belanja sebesar empat juta untuk burukkan dia? Rasanya tak payah. Imej buruknya jadi sendiri atas kelemahan kepimpinannya.

Ada sesetengah blogger buat kerja itu percuma saja. Gambar Pak Lah terlentok tertidur dan segala macam kelemahan dia dah ada dalam beratus blog sejak lama. Ada blogger yang meng-kartunkan karakter Pak Lah dalam blog-blog mereka. Sejuta pun tak payah, usahkan empat juta, kerana rasanya blogger-blogger itu semua buat kerja itu sebagai tindakan spontan mereka saja atas kelemahan Pak Lah yang begitu ketara.

Seorang petugas tegar UMNO seperti Sang Kelembai melanyak Pak Lah dalam blognya lama sebelum adanya cerita orang tertentu dapat empat juta untuk burukkan sesiapa.

Kalau ada orang habiskan wang empat juta nak burukkan lagi Pak Lah yang dah pun buruk, rugi sakan lah rasanya orang itu.

Sehari dua ini,Tun M masih membantai Pak Lah atas tergadainya medan minyak kita di Sarawak kepada Brunei. Bekal Tun M tak sampai sepuluh duit pun. Dia hanya petik laporan The Edge dan Brunei Times online saja. Bukan susah nak burukkan Pak Lah hatta dia dah tak jadi PM tapi tinggalan-tinggalan keputusannya yang merugikan negara terbongkar satu lepas satu.

Kalau nak jatuhkan Pak Lah sampai berbelanja empat juta, rasanya terlebih bayar.

Kalau boleh jatuhkan PM sekarang dengan belanja empat juta, rasanya itu tak mahal dan mana-mana pihak boleh mencuba nasib mereka. Ini kira bagus dan murah.

Jadi saya tak tau tulisan blogger yang dibesarkan oleh Utusan itu boleh untungkan sapa?

UMNO Kelantan ada ulas, bagaimana besarnya belanja yang digunakan untuk tewaskan UMNO Kelantan. Empat juta.

Kalau dengan empat juta rancangan Datuk Mustapha tawan Kelantan boleh dikuburkan dan itu dianggap mahal, saya tak tau nak kata. Untuk menang Hulu Selangor saja UMNO belanja entah berapa ratusan juta. Tapi untuk tewaskan UMNO satu negeri, belanja empat juta dah cukup kira jimat dan hebat.

Rupanya tak susah sangat nak tewaskan UMNO Kelantan dan kalau dengan empat juta UMNO satu-satu negeri boleh ditewaskan, mana yang berminat boleh buka tabung untuk cukupkan empat juta satu negeri cuba tewaskan baki UMNO seluruh Malaysia. Rasanya UMNO akan kecut.

Dunia blogger ada indahnya.

Kadang-kadang kita boleh jadi tukang kek. Gandumnya tak sampai secawan tapi kalau kena campur dengan serbuk penaik, sebiji kek yang besar boleh kita buat. Campur pula majerin sama telur. Tengok kemahiran kita. Asalnya gandum secawan saja.

Setahu saya, gerak saraf tak burukkan orang. Itu perang saraf. Gerak saraf ajak orang sokong kita atas kebaikan kita.

Saya pun tak tahu sangat apa beza gerak saraf perang saraf dan operasi berkaitan saraf.

Apa kata kalau saya kata empat juta itu memang ada dan empat juta itu ditaja oleh kumpulan UMNO tertentu? Mereka nak jatuhkan Pak Lah kerana mereka sama tak suka.

Untuk jatuhkan PM sekarang pun dah ada empat juta lagi yang juga ditaja oleh orang UMNO yang tak puas hati Pak Lah dijatuhkan.

Lepas saya kata, nak tahu betul tak betul kena siasat tapi yang penting saya dah kata. Nasib elok keluar muka depan Utusan esok lusa, tenggelam cerita telaga minyak berharga tak kurang RM 340 billion yang hilang, gara-gara empat juta! Empat juta kalahkan 340 billion..... Ini pun mungkin masuk dalam kategori saraf juga, samada gerak atau perang atau saraf mana satu, saya tak berapa tau kerana cabang saraf ada bermacam-macam...

Maknanya, nak kata tak lah payah. Lepas itu kita minta lah mana badan yang patut siasat, menyiasat.

Datuk Paduka Husam Musa,
Exco Kanan Kerajaan Kelantan
.


(Dicabut dari APR 30 2010: Murahnya nak jatuhkan PM kita.Weblog Husam Musa http://cetusan-hati.blogspot.com)

Ada kaitan...

RM18,000: Amy Search Diarah Bayar Kepada Budak Melecur

HALAMAN HIBURAN

KUALA LUMPUR, 30 April — Mahkamah Sesyen di sini hari ini memerintahkan penyanyi Amy Search membayar ganti rugi berjumlah RM18,000 kepada seorang kanak-kanak lelaki yang melecur akibat terkena tomyam panas di Restoran Cheng Ho milik penyanyi itu.

Hakim Sabariah Othman memutuskan bahawa sebagai majikan, Amy boleh dipertanggungjawabkan apabila kecuaian dilakukan oleh pekerja ketika dalam tugas.

Sabariah menetapkan RM8,000 bagi ganti rugi am terhadap kecederaan di bahagian badan kanak-kanak itu, RM10,000 untuk ganti rugi khas dan enam peratus faedah atas jumlah penghakiman.

Pada 24 Sept 2008, Nik Zahir Nik Mohd Idris memfailkan saman bagi pihak anaknya, Nik Muhammad Zakwan, 4, kerana mendakwa pekerja Restoran Cheng Ho milik Amy di Wangsa Maju cuai sehingga menyebabkan bahagian belakang badan anaknya melecur.

Dalam saman itu, Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman, 51, sebagai pemilik restoran Cheng Ho, di mana kejadian itu berlaku, telah dinamakan sebagai defendan.

Amy diwakili peguam Ahmad Zaharil Muhaiyar manakala plantif diwakili Adnan Seman. —Bernama

Sebelum ini..

Perangkap Seks Strategi Perdaya Pembangkang

Satu klip video di Internet menunjukkan Mikhail Fishman yang masuk perangkap hanya memakai seluar di sebuah flat di Rusia.

MOSCOW– Berita Agensi melaporkan, seorang wanita jelita yang dikenali sebagai Katya memperdaya pengkritik-pengkritik Perdana Menteri Rusia, Vladimir Putin dengan merakamkan adegan seksnya bersama mereka, lapor sebuah akhbar semalam.

Mangsa terbaru model amatur itu ialah wartawan radio, Viktor Shenderovich, 52, yang telah berkahwin dan mempunyai seorang anak perempuan.

Shenderovich mengakui curang terhadap isterinya kerana menjalin hubungan sulit dengan Katya atau nama sebenarnya Ekaterina Gerasimova, tetapi pada masa yang sama lelaki itu mendakwa, dia diperangkap oleh agensi perisikan rahsia Rusia, terutamanya konco-konco Putin.

Shenderovich sebelum ini mengkritik hebat Putin kerana mengamalkan rasuah dan membunuh musuh-musuh politiknya. Wartawan itu mengaku curang setelah klip video yang menyiarkan adegan seksnya bersama Katya di sebuah flat di sini, disiarkan di Internet. Semua enam pengkritik Putin yang menyokong pihak pembangkang Rusia telah diperdayakan oleh Katya untuk melakukan hubungan seks di flat berkenaan, pusat bandar Moscow.

Selain Shenderovich, klip-klip video seks melibatkan Katya yang disunting dengan teliti, turut menampilkan dua pemimpin pembangkang, Alexander Potkin dan Eduard Limonov. Potkin mengakui aksinya dirakam secara rahsia semasa bersama Katya. “Kini, tiada lagi jaminan bahawa kehidupan peribadi anda dilindungi (oleh pemerintah Rusia),” katanya.

Seorang lagi mangsa Katya, Ilya Yashin iaitu ketua kumpulan pembangkang Solidarity, mengakui menjalin hubungan seks singkat dengan Katya yang didakwanya seorang ejen perisikan rahsia. Yashin memberitahu, dia menamatkan hubungan dengan Katya sejak 2008 lalu setelah tindak tanduk wanita itu yang menawarkan hubungan seks ganjil telah menyebabkannya mengesyaki bahawa dia ialah seorang ejen perisik.

Dia bertanya kepada Katya sama ada aksi mereka sedang dirakamkan namun wanita itu menafikannya. Namun, sejurus selepas Katya mengeluarkan sejumlah kecil dadah kokain, Yashin berkata, dia terus keluar dari flat tersebut. Yashin bertegas bahawa dia tidak berasa bersalah kerana melakukan hubungan sulit itu.

Sebelum ini, satu lagi klip video seks membabitkan seorang pengarang majalah Newsweek edisi Rusia, Mikhail Fishman disiarkan di Internet selepas dia menyiarkan beberapa laporan mengkritik pentadbiran Putin. Klip itu menunjukkan dia menghisap kokain manakala Kayta dilihat mundar-mandir sambil berbogel di dalam flat itu, yang dipercayai disewa oleh agensi perisikan Rusia.

Kesemua rakaman adegan seks itu dilakukan secara profesional, dipercayai oleh pihak berkuasa Rusia untuk memenuhi dua obejktif iaitu memusnahkan reputasi dan memeras ugut individu yang mengkritik pentadbiran Putin. “Sekiranya mereka enggan tunduk kepada Putin, klip video itu akan disebar,” kata Shenderovich.

Pihak pentadbiran Putin bagaimanapun, menafikan bahawa pihak berkuasa negara itu terbabit dalam komplot tersebut. –(Sumber Agensi)

Blog Ibnu Hasyim: Apakah strtegi ini juga berlaku di Perak sehingga tumbang sebuah kerajaan PAKATAN? Strategi ini jugakah berlaku di Selangor kepada YB Bukit Lanjan? Strategi ini juga pernah berlaku kepada bekas Presiden Indonesia satu masa dulu.

Jelas, salah satu bentang ketahanannya ialah perlu parti yang berteraskan Islam.. Setakat ini pemimpin-pemimpin PAS masih belum terjebak ke perangkap begini.. (AK)

Sila lihat...

Kedah Bantu Langsai Hutang Rumah -Datuk Phahrolrazi



APR 31 10: Kerajaan Kedah memberi jaminan akan membantu penduduk perumahan awam di negeri itu termasuk di Taman Wira Mergong bagi meringankan beban penghuni melangsaikan hutang kediaman mereka.

Exco Perumahan Dan Kerajaan Tempatan negeri Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi berkata kerajaan negeri melalui bahagian perumahan sedang mengenal pasti jumlah penghuni yang tidak membuat bayaran setelah menduduki perumahan tersebut sejak lebih 10 tahun lalu.

"Kita sedang membuat kaji selidik, adakah mereka ini tidak mampu atau sengaja tidak mahu bayar. Sekiranya mereka tidak mampu kerana kesusahan, kita boleh berunding.

"Kalau mampu, langkah yang ada, kita panggil mereka untuk membuat penjadualan semula pembayaran. Itu tindakan kita," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Tegasnya, berdasarkan perjanjian sewa beli rumah, kerajaan negeri boleh merampas rumah tersebut sekiranya gagal mendapat kerjasama daripada penghuni rumah awam tersebut. Bagaimanapun, Phahrolrazi yang juga ADUN PAS dari Pengkalan Kundor berkata tindakan tersebut adalah jalan terakhir yang akan diambil oleh kerajaan negeri. Phahrolrazi mengulas kebimbangan penduduk di Taman Wira Mergong berhubung ura-ura kerajaan negeri akan menyerahkan kuasa menuntut hutang perumahan awam kepada pihak bank.

Taman tersebut dibina lebih 20 tahun lalu yang terdiri daripada kira-kira 2,500 rumah melibatkan sekitar 10,000 penghuni. Phahrolrazi berkata terdapat sebahagian penghuni di taman tersebut ada membayar kadar sewa yang ditentukan sebanyak RM124 kepada dan terdapat sebahagian tidak membayarnya. Bagaimanapun beliau tidak dapat memastikan jumlah sebenar bilangan yang membayar dan tidak membayar hutang tersebut.

Mengulas lanjut, Phahrolrazi berkata kerajaan negeri setakat ini tidak bercadang untuk memberi kuasa kepada pihak bank untuk menuntut hutang tersebut.

"Tindakan terrsebut akan merupakan langkah terakhir kerajaan negeri yang dipimpin oleh Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

"Kita hendak tahu kumpulan yang mampu bayar (atau tidak). Pegawai perumahan di bawah kerajaan negeri sedang mengkaji latar belakang mereka yang tidak membayar termasuk (menentukan) tindakan yang diambil," katanya sambil menambah tindakan tersebut bermula sejak bulan lalu.

Phahrolrazi berkata hutang sebanyak RM27 juta yang dikenalpasti adalah meliputi keseluruhan perumahan awam di negeri itu antaranya di Langkawi, Baling, Sik, Kuala Kedah dan di Paya Nahu dalam parlimen Sungai Petani. Beliau yang juga timbalan pesuruhjaya PAS Kedah mendakwa kerajaan dahulu gagal bertindak untuk menuntut tunggakan hutang daripada penghuni perumahan awam sejak lebih 10 tahun dahulu.

Ditanya mengapa kutipan itu dibuat pada masa sekarang, Phahrolrazi berkata, ia menjadi tanggungjawab kerajaan untuk mengutip segala hutang yang tertunggak untuk memperbaiki rekod pentadbiran kerajaan negeri. Dilaporkan Februari lalu, kira-kira 200 wakil penduduk taman berkenaan berhimpun bagi membantah tindakan kerajaan negeri menyerahkan kuasa kepada pihak bank untuk menuntut hutang perumahan awam.

Sementara itu, Pengerusi Rukun Tertangga (RT) kawasan perumahan itu, Ahmad Mashan Mat Isa memberitahu Malaysiakini bahawa RT di situ akan melancarkan kempen bulan depan untuk menggalakkan penghuninya membayar hutang perumahan mereka kepada kerajaan negeri. Ia ekoran penduduknya bimbang rumah mereka akan dirampas sekiranya kerajaan negeri meneruskan hasratnya untuk menyerahkan kuasa kepada pihak bank untuk menuntut hutang mereka.

Ahmad Mashan berkata, butiran lanjut mengenai kempen itu masih belum diputuskan oleh RT taman berkenaan. "Kita akan bayar (tunggakan) supaya kerajaan negeri tidak mengambil tindakan terhadap kami," katanya.(AK)

Telaga Minyak Malaysia Tergadai: Kesilapan Siapa?

Oleh HUSAM MUSA

TUN dalam posting terbarunya mempersoalkan terlepasnya dua medan Minyak Blok L dan M milik Malaysia kepada Brunei.

Ia mungkin sebahagian dari persetujuan yang ditandatangani oleh Pak Lah dengan Sultan Brunei pada 16 Mac 2009 - Letters of Exchange (LoE) - 19 hari sebelum Najib mengambil alih sebagai Perdana Menteri.

Apa yang dipersetujui Pak Lah diteruskan oleh Najib. Surat Petronas untuk menamatkan perjanjian perkongsian pengeluaran dengan Murphy Oil Corp telah dikeluarkan pada 7 April baru lalu. Di Bawah CEO baru Petronas dalam era Najib. Lagipun, Najib masa itu adalah TPM.

Murphy Oil mengeluarkan kenyataan rasmi memaklumkan penamatan perjanjian oleh Petronas itu dan seorang Menteri Brunei pula mengesahkan kedua-dua blok minyak yang dulunya menjadi milik Malaysia telah secara rasmi menjadi milik Brunei.

Acara penandatanganan itu ikut dihadhiri oleh kedua-dua Ketua Menteri Sarawak dan Sabah, serta Menteri Luar waktu itu, Rais Yatim dan Menteri Kabinet, Hishammuddin Tun Hussien - seperti laporan Bernama bertarikh 16 Mac 2009.

Rais dan Hishamuddin masih menjadi anggota Kabinet sekarang dan tentulah mereka boleh memberikan penjelasan atas pelepasan khazanah berharga kita semudah itu. Bahkan seluruh kabinet Najib harus bertanggungjawab dan memberikan penjelasan.

Tun M mengganggarkan paling kurang USD 100 B atau RM 320 B khazanah kekayaan negara kita terlepas kepada Brunei.

Bayangkan! Untuk membayar royalti yang terhak kepada Kelantan yang bernilai hanya beberapa billion, mereka menggunakan berbagai alasan untuk menafikannya. Pada masa yang sama, mereka sanggup melepaskan khazanah yang beribu kali lebih tinggi nilainya dengan sebegitu mudah.

Janganlah Tun M hanya nampak kelemahan Pak Lah tanpa berani bertanya Najib kenapa surat penamatan rasmi dikeluarkan oleh Petronas dan secara terang menyebut pemilikan Malaysia ke atas Blok L dan M tidak lagi menjadi milik Malaysia.

Isu sebesar ini hanya layak dijawab oleh PM.

Pilihanraya Sibu memberi peluang rakyat Sarawak memberikan pandangan awal mereka tentang sebahagian kekayaan negeri mereka juga telah tergadai. (Dicabut dari Weblog Datuk Husam Musa)

Elak Diri Ke S'ngor, Sultan Serang Tok Guru Nik Aziz?

APR 29 10: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, hari ini bertitah sesiapa yang tidak bersetuju dengan peraturan larangan berpolitik di masjid dan surau supaya tidak perlu datang ke negeri itu. Jelas baginda, tujuan larangan masjid daripada digunakan sebagai pentas politik adalah untuk menjaga kesucian dan keharmonian tempat ibadah itu.

"Ini adalah kerana masjid dan surau merupakan tempat umat Islam berkumpul bagi melaksanakan amal ibadat dan mengeratkan silaturahim sesama mereka.

"Sekiranya masjid dan surau dibiarkan sebagai pentas kempen politik adalah dikhuatiri ia akan disalahgunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab dengan melakukan perbuatan yang boleh mencemari kesuciannya seperti caci mencaci, fitnah memfitnah, tohmahan yang tidak berasas dan memburukkan keperibadian seseorang," titah baginda ketika merasmikan Sekolah Agama Menengah Tinggi Hisamuddin di Jalan Kota, Klang.

Baginda berititah, jika ingin datang ke Selangor, mereka yang terbabit hendaklah mematuhi segala peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan. "Jika sekiranya seorang itu tidak bersetuju dengan peraturan yang telah ditetapkan di Selangor ini, maka hendaklah beliau mengelakkan diri daripada datang ke negeri ini." Sultan Sharafuddin memberikan penjelasan itu memandangkan ada sesetengah ahli politik mempertikaikan titah baginda dan menganggapnya sebagai karut dan peninggalan penjajah.

Menurut baginda, keadaan adalah berbeza pada zaman Nabi Muhammad SAW yang berceramah di masjid pada zamannya untuk menyedarkan umat Islam supaya mengukuhkan perpaduan kerana ketika itu umat Islam diancam dan diserang oleh musuh-musuhnya. Baginda bertitah Rasullullah tidak menyebar fitnah atau menghina orang lain di dalam masjid sebagaimana yang berlaku sekarang.

"Justeru adalah tidak munasabah bagi membandingkan peranan Rasullullah SAW menggunakan masjid untuk berpolitik dengan keadaan sekarang yang mana ahli-ahli politik mengambil kesempatan untuk menggunakan masjid sebagai platform untuk menyebarkan agenda politik mereka," titah baginda.

Menurut Malaysiakini, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 23 April lalu menempelak Jabatan Agama Islam (JAIS) yang melarang pemimpin politik berceramah di masjid untuk kepentingan politik.

"Siapa ajar tak boleh cakap politik dalam masjid. Allah memerintah manusia dengan keadilan. Keadilan ada urusan politik, dibaca dalam al-Quran, dalam masjid," katanya sambil membaca sepotong ayat al-Quran.

"Allahu Akbar, kita azan, ini politik. Mengajak orang ramai pergi ke masjid, ini politik... Ini kerja-kerja saki baki ajaran penjajah barat yang mengasingkan ajaran agama dan politik... Ini adalah ajaran karut yang ditinggalkan oleh Inggeris yang diterima oleh manusia Muslim. (Saya) rasa dukacita," katanya.

Harakah pula melaporkan, hari ini Sultan Selangor dilaporkan membuat kenyataan umum yang difahami ditujukan kepada Nik Aziz. Kenyataan itu berikutan kenyataan Nik Aziz yang menyatakan bahawa tindakan melarang bercakap soal politik di masjid sebagai mengarut dan ketinggalan zaman.

Menurut penulis di harakah itu lagi, istana dilihat diheret untuk membicarakan soal orang politik. Suasana itu sangat bahaya kerana ternyata bagaimana Umno berjaya mengheret institusi istana Perak hingga kerajaan Pakatan Rakyat Perak jatuh. Bermula dengan isu pemecatan serta merta Pengarah yang terpaksa ditarik balik oleh DS Nizar hinggalah kemuncaknya perkenan istana tanpa melalui DUN yang meruntuhkan kerajaan Pakatan. Dii Kedah juga usaha itu dikatakan terus berlangsung .

Kerajaan Selangor terutama PAS nampaknya sekali lagi mahu dilagakan dengan institusi Istana. Ia mungkin usaha terbaru Umno merampas Selangor yang dilihat agak kukuh setelah beberapa insiden yang dicipta termasuk usaha mengheret pimpinan Selangor ke mahkamah melalui SPRM gagal. Datuk Nik Abdul Aziz telah menjelaskan kenyataan beliau bukanlah respon kepada kenyataan Sultan Selangor. (2MA)

ARB, PERKESO, Arak & Judi. Mufti, Perkasa, Umno Dicabar

KL, 29 April 10: Para mufti khasnya Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria diminta memberikan fatwa tentang maklumat kononnya Amanah Raya Berhad (ARB) mempunyai saham dalam syarikat perjudian, Magnum Corporation Berhad. Exco Dewan Pemuda PAS Pusat, Abdullah Karim dalam facebook menulis, Harussani adalah Penasihat Shariah ARB.

Menurutnya, ARB yang dimilki sepenuhnya oleh kerajaan Malaysia bukan sahaja mempunyai saham dalam syarikat arak, Carlsberg tetapi juga dalam Magnum. "Rujuk Laporan Tahunan Magnum Corporation 2006. ARB miliki lebih 11 juta unit saham dalam syarikat judi Magnum Corporation Berhad," tulis Abdullah dalam facebooknya.

Abdullah adalah Naib Ketua Pemuda PAS Pahang. Beliau yang merupakan seorang peguam kini sedang bercuti panjang di London (gambar di atas). Selain meminta para mufti bersuara dalam hal ini, beliau juga mempersoalkan kenapa Perkasa yang dipimpin oleh Datuk Ibrahim Ali yang sentiasa mendakwa sebagai pejuang Islam dan Melayu mendiamkan diri.

Menurut Abdullah, laporan tahunan 2009 Carlsberg Brewery, Perkeso yang terletak di bawah Kementerian Sumber Manusia mempunyai saham dalam syarikat itu iaitu sebanyak 2,155,700 unit. Amanah Raya Berhad pula mempunyai saham sebanyak 585,300 unit saham dalam Carlesberg.

"Perkeso duduk di bawah Kementerian Sumber Manusia. ARB pula GLC di bawah Kementerian Kewangan dan menguruskan hal ehwal pesaka orang Islam. Kenapa Umno tak bising?" soal beliau. (2MA)

GMC & 4 Juta: Serangan Kickdefella Dijawab


KOTA BHARU, 29 April 10: Menjelang pilihan raya umum ke-12, Global Media Channel (GMC) diwujudkan lengkap dengan pasukan petugas media bagi menjawab isu semasa yang dibangkitkan pemimpin Umno. Namun syarikat itu tidak ada kaitan dengan kerajaan negeri dan PAS Kelantan.

GMC lengkap dengan bilik sidang media dan peralatan audio visual yang canggih. Pejabatnya menumpang di bahagian bawah bangunan tiga tingkat milik sebuah yayasan. Ketika itu Syed Azidi Syed Abdul Aziz yang lebih dikenali sebagai Kickdeffela diberi amanah mengetuai GMC.

Menurut sumber, Azidi diberi tanggungjawab mengendalikan GMC kerana dikata orang ada kepakaran dalam bidang berkaitan.

”Namun hampir dua tahun beroperasi GMC bermasalah sehingga seorang demi seorang kakitangan berhenti kerja sehingga ada yang membawa diri ke Kuala Lumpur.

”Mereka tidak senang dengan cara pengurusan yang diketuai Syed Azidi dan isterinya. Ramai yang tidak dapat mendapat gaji, sedangkan pada peringkat awal ada pihak memberi modal bagi mengurus operasi GMC.

”Persoalan mengapa syarikat itu kini lingkup, ke mana duit peruntukan yang disumbang pelbagai pihak. Kita bimbang berlaku silap urus sehingga GMC berkubur,” kata sumber berkenaan.

Sebuah akhbar hari ini memetik blog milik Azidi yang mendakwa beliau menerima RM4 juta bagi melemahkan kepimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi ketika menjadi perdana menteri dan memperkuatkan PAS Kelantan. Sumber itu berkata, sepatutnya satu siasatan dilakukan kerana amanah yang diberi untuk mengurus GMC akhirnya lingkup di tengah jalan.

Ditanya mengenai dakwaan sebanyak RM4 juta diberi pihak tertentu kepada Azidi, katanya, hanya dia yang sahaja tahu kedudukan sebenar sama ada betul atau sebaliknya. Mengenai dakwaan Azidi mengatakan dia banyak membantu PAS mempertahankan Kelantan pada pilihan raya tersebut kata sumber terbabit, tidak ada asas untuk menyokong kenyataan itu.

Katanya, rata-rata pemimpin PAS di Kelantan pun tidak tahu kewujudan GMC ketika itu sehingga dikatakan Azidi kononnya memainkan peranan untuk melemahkan kepimpinan Pak Lah.

Sementara itu, Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari berkata, kenyataannya sebelum ini yang mencabar penulis blog Kickdefella membuat laporan polis berhubung tuduhannya terhadap kerajaan negeri dan PAS tidak ada kaitan dengan jawatannya sebagai Setiausaha Akhbar Menteri Besar.

“Suka saya memaklumkan kenyataan saya baru-baru ini yang mencabar beliau membuat laporan polis dibuat di atas nama Dewan Pemuda PAS Kelantan dan tiada kaitan langsung dengan posisi saya di Pejabat Menteri Besar,” ujarnya. (AK)

Lahir Anak, Francaiskan Pada Masyarakat -Shahrizat


KL APRIL 29, 10: MENTERI Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, di Dewan Negara hari ini menyelar ibubapa, nenek, atuk semuanya kelihatan sibuk dan sudah jadi masyarakat yang individualistik. "Kita lahirkan anak lepas tu kita francaiskan pada masyarakat untuk mendidik dan beri kasih sayang."

Katanya berikutan kemarahan dan kesal dengan begitu banyak kes buang bayi di negara ini, apabila seorang senator Ahmad Hussin menyarankan agar bapa kepada bayi yang berkenaan dikenakan hukuman 'kasi', seperti yang dilaporkan BERNAMA hari ini.

Ahmad Hussin berkata hukuman itu adalah wajar untuk 'mengajar' golongan lelaki yang terbabit agar lebih bertanggungjawab. "Sekarang kita lihat dalam kes ini (buang bayi) bapa dah ghaib. Saya cadang kita 'kasi' bapa-bapa ini," katan Ahmad ketika mengemukakan soalan tambahan kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu.

Dalam jawapannya, Shahrizat berkata cadangan itu perlu dikaji terlebih dahulu memandangkan bukan semua bapa mengabaikan tanggungjawab mereka. Sebaliknya kata beliau, gejala buang bayi boleh dielakkan jika anggota keluarga lebih bertanggungjawab dalam mendidik dan memberi kasih sayang kepada anak-anak.

Ini kerana katanya, gejala buang bayi dilihat berpunca daripada keruntuhan institusi kekeluargaan apabila tanggungjawab mendidik dan memberi kasih sayang kepada anak-anak diserahkan kepada pihak lain. Shahriat melihat sekarang tugas dan tanggungjawab oleh anggota keluarga semakin terhakis.

Terdahulu menjawab soalan Senator Datuk Seri Empiang Jabu, Shahrizat berkata antara langkah yang dilaksanakan bagi mengekang gejala itu ialah menyediakan khidmat kaunseling dan bimbingan kepada mereka yang terdedah terhadap bahaya moral. "Selain itu kita juga mewujudkan Pusat Remaja kafe@TEEN bagi membantu remaja mengatasi masalah fizikal, mental dan sosial remaja," kata Shahrizat.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Kesalahan ini seperti yang disebut 'memfrancaiskan anak pada masyarakat' tidak boleh dibebankan kepada ibubapa 100%. Kita kena lihat juga dasar pemerintahan tidak Islamik, sistem pembelanjaran, ekonomi keluarga tertindas, undang-undang, media yang menggalakkan, mengheret dan menjerumus kepada keruntuhan moral.

Akibatnya melahirkan masyarakat individualistik, penyelewengan, buang bayi, jenayah dan segala macam lagi. 'Kasi', itu 'cadangan gila', tidak ada dalam Islam! Bukan menyelesaikan masalah. Yang Islam suruh tak mahu ikut, nak buat yang tak disuruh agama. (2MA)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails