Wednesday, April 28, 2010

Kes Aminulrasyid: Gobind Sigh, Dr Lo' Lo' & Saksi.


Apr 28, 10: POLIS akan merakamkan petang ini keterangan saksi utama dalam kes remaja 15 tahun ditembak mati oleh polis awal pagi Isnin lalu.

Saksi tersebut yang dilaporkan berada bersama mangsa - Aminulrasyid Amzah - semasa kejadian tersebut, akan memberi keterangan di ibupejabat polis kontinjen Selangor, di Seksyen 9, Shah Alam.

Peguam Gobind Singh Deo (kanan) yang mewakili saksi tersebut, mengesahkan perkara itu ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Ketika menjawab soalan Malaysiakini melalui SMS, Gobind memberitahu beliau akan mengiringi anak guamnya itu untuk memberi keterangan pada jam 3 petang ini.

Sementara itu, Gobind Singh tiba di IPK Selangor pada kira-kira 3.15 petang. Sebelum itu, kira-kira jam 3 seorang pelajar - dipercayai saksi - tiba bersama ahli parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Ghazali dalam sebuah kereta. Gobind kemudiannya memberitahu media bahawa proses anak guamnya memberi keterangan bermula jam 3 petang dan dijangka selesai dalam tempoh sejam setengah hingga dua jam.

"Saya dimaklumkan siasatan hampir siap dan akan dihantar ke pejabat timbalan pendakwa raya untuk diambil tindakan," katanya.

Saksi ditemani anggota keluarga dan ahli parlimen Titiwangsa Dr Lo' Lo' Ghazali. Gobind yang juga ahli parlimen Puchong berharap siasatan kes tersebut dalam diselesaikan dengan segera bagi mengheret pihak yang bersalah ke muka pengadilan. (AK)

Sebelum ini..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails