Saturday, March 11, 2023

Mengapa dengan Ella? Padam entri IG, selamat tinggal..

 

Ella bakal tampil dalam Konsert 35 Tahun - Jilid Akhir: Ella Puteri Kota yang bakal berlangsung di Axiata Arena Bukit Jalil pada 10 Jun depan. - NSTP/Rohanis Shukri

HALAMAN HIBURAN

1. Ella belum nak bersara, padam entri IG bukan gimik.  Mac 10, 2023 

KUALA LUMPUR: Ratu Rock, Ella menepis dakwaan tindakannya memadam gambar dalam Instagram (IG) dan meninggalkan hanya satu entri sahaja sebagai gimik.

Ella atau nama sebenarnya, Nor Zilla Aminuddin, 57, berkata tujuan berbuat demikian adalah untuk menarik perhatian pengikut supaya fokus kepada ucapan penghargaan ditulis atas sokongan yang diberikan sepanjang 35 tahun pembabitannya dalam bidang seni.

"Itu bukanlah gimik, tetapi saya mahu pengikut memberi fokus kepada entri yang saya muat naik.

"Selalunya mereka akan 'scroll' tanpa memberi tumpuan apa yang saya muat naik. Bila hanya tinggal satu hantaran sahaja, sekurang-kurangnya mereka akan baca apa yang saya ucapkan.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih atas sokongan yang diberikan selama ini," katanya kepada BH Online.

Dalam perkembangan berkaitan, Ella mengakui, tindakannya turut mengundang salah faham peminat apabila menyangka tindakannya memberi petanda bakal bersara dari bidang seni.

"Ada yang menangis dan merayu supaya saya mempertimbangkan kembali keputusan untuk bersara.

"Setakat ini, saya memang tak terfikir pun nak bersara dan akan terus beraksi," ujarnya.

Spekulasi tercetus apabila Ella memadam entri dan hanya meninggalkan satu hantaran berbunyi "Terima Kasih Untuk 35 tahun - Ella," dengan latar belakang hitam.

Terdahulu, Ella mengumumkan bakal mengadakan Konsert 35 Tahun - Jilid Akhir: Ella Puteri Kota yang bakal berlangsung di Axiata Arena Bukit Jalil pada 10 Jun depan.

Meskipun menggunakan perkataan Jilid Akhir, namun Ella berkata, konsert anjuran Hitman Solutions itu bukanlah konsert terakhirnya. 


2. Terima kasih untuk 35 tahun, Ella ucap selamat tinggal? Mac 1, 2023  

Ella memadam gambar dalam IG, sekali gus meninggalkan tanda tanya menerusi hantaran dimuat naik, hari ini.

KUALA LUMPUR: Ratu Rock, Ella memadam gambar dalam Instagram (IG), sekali gus meninggalkan tanda tanya menerusi hantaran dimuat naik, hari ini.

"Terima Kasih Untuk 35 tahun - Ella," tulisnya dengan latar belakang hitam.

Ia dianggap tindakan mengejut penyanyi yang popular menerusi lagu Sepi Sekuntum Mawar Merah dan Sembilu yang sudah hampir empat dekad memperjuangkan bakat dalam arena seni itu.

Seolah-olah figura disayangi itu memberi bayangan mahu mengundurkan diri apabila meninggalkan hantaran sedemikian.

Usaha mendapatkan kakak kepada Jojie itu tidak berjaya apabila Ella atau nama sebenarnya, Nor Zila Aminuddin tidak menjawab panggilan telefon mahupun membalas pesanan menerusi aplikasi WhatsApp yang dihantar. 

Ella memuat naik hantaran yang mengejutkan, seolah-olah ingin mengucapkan selamat tinggal dunia seni. - Foto IG Ella

Sementara itu, pengurus penyanyi berusia 57 tahun yang dikenali sebagai Peah, dia tidak tahu kenapa Ella bertindak memadam gambar-gambarnya dalam IG.

"Saya tidak tahu kenapa Ella berbuat demikian dan tidak berani memberikan sebarang komen.

"Insya-Allah, saya akan berjumpa Ella petang ini," katanya.

Dalam perkongsian sebelum ini, Ella berkongsi kegembiraan mendapat sambutan hangat peminat ketika tampil dalam persembahan di Tawau, Sabah.

Karnival anjuran  Lowcost Fiesta Tour itu membariskan empat penghibur termasuk Azlan The Typewriter dengan tiada dikenakan sebarang caj tiket untuk penonton.

Menerusi IG pada 26 Februari lalu, Ella membuat perkongsian lebih 20,000 penonton hadir menyaksikan konsert itu. 

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Mengapa dengan Ella? Padam entri IG, selamat tinggal..

Itulah, terbaru dari Ella.

Punca RM susut 4.50? Tanya BNM, jawab Anwar. Mana penasihat?

 

Anwar berucap pada Invest Malaysia anjuran Bursa Malaysia dan Maybank - Foto BERNAMA

1. 'Itu kena tanya Bank Negara'

KUALA LUMPUR: "Itu kena tanya Bank Negara (Malaysia)," kata Datuk Seri Anwar Ibrahim ringkas ketika ditanya sama ada Kadar Dasar Semalaman (OPR) berpotensi dinaikkan susulan prestasi mata wang tempatan yang terus melemah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika ini.

Nilai ringgit kembali dibuka rendah berbanding dolar AS selepas mencatatkan kenaikan pada hari-hari sebelumnya apabila dolar AS mengukuh, didorong oleh laporan monetari separuh tahun kepada kongres oleh Rizab Persekutuan (Fed) yang lebih memihak kepada menaikkan kadar faedah.

Mata wang tempatan menyusut nilai menjadi 4.5065/5140 berbanding dolar daripada penutupan Selasa pada paras 4.4710/4730.

Pada 18 Januari lalu, Bank Negara Malaysia (BNM) menerusi Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) membuat keputusan mengejut dengan mengekalkan OPR pada paras 2.75 peratus.

Ia selepas kenaikan OPR empat kali berturut-turut sejak tahun lalu bermula Mei, Julai, September dan November lalu, dengan masing-masing meningkat sebanyak 25 mata asas kepada 2.75 peratus berbanding paras rekod terendah 1.75 peratus sebelumnya.

Penganalisis berpandangan BNM dijangka mengulangi langkah sama dalam mesyuarat MPC hari ini bagi memerhati kesan kenaikan kadar faedah terdahulu terhadap momentum pertumbuhan ekonomi negara.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Firdaos Rosli, kebarangkalian untuk BNM mengekalkan OPR pada tahap sekarang adalah agak tinggi selepas mengambil kira kadar pengangguran masih lagi statik di paras 3.6 peratus, pengurangan impak suntikan fiskal, manakala kadar inflasi yang perlahan juga mungkin akan dipertimbang.

Sementara itu Ketua Ahli Ekonomi ASEAN dan Asia Selatan Standard Chartered Bank (Singapore) Limited, Edward Lee, berkata kenaikan OPR dijangka dibuat pada Mei ini selepas BNM mengambil langkah di luar jangkaan mengekalkannya pada paras 2.75 peratus Januari lalu.


2. Punca ringgit susut lepasi 4.50 berbanding dolar AS  

KUALA LUMPUR: Pengukuhan dolar Amerika Syarikat (AS) berbanding mata wang utama dunia berikutan jangkaan kenaikan agresif kadar faedah ekonomi terbesar dunia menyaksikan nilai ringgit susut melepasi 4.50 sedolar.

Pada tengahari nilai mata wang tempatan itu berada pada paras 4.52 berbanding dolar AS, susut 1.12 peratus berbanding penutup hari sebelumnya.

Sejak awal Februari lalu, ringgit sudah susut kira-kira 5.5 peratus iaitu daripada 4.22 kepada 4.52.

Kebimbangan kembali tercetus setelah Pengerusi Rizab Persekutuan (Fed), Jerome Powell, dilaporkan memberitahu penggubal undang-undang AS bahawa bank pusat AS itu bersedia untuk menaikkan kadar faedah dengan lebih agresif jika petunjuk ekonomi mencadangkan langkah lebih tegas diperlukan untuk mengawal inflasi negara itu.

Kenyataan itu menyusuli data terkini yang menunjukkan peningkatan inflasi AS yang kekal tinggi pada 6.4 peratus pada bulan Januari.

Susulan itu, pelabur menjangkakan Fed akan menaikkan kadar faedahnya sehingga 50 mata asas pada bulan ini.

Ketua Ekonomi, Analisis Pasaran dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, ketika dipetik Bernama berkata Powell masih tetap dengan pendirian kepada menaikkan kadar faedah.

"Rizab Persekutuan bersedia untuk menaikkan kadar dana Persekutuan, malah mungkin lebih tinggi daripada apa yang diharapkan oleh pasaran sekiranya data terus menunjukkan daya tahan lebih lanjut terhadap ekonomi AS.

Dalam perkembangan lain, Mohd Afzanizam turut berkata Indeks Dolar AS (DXY) telah meningkat 1.21 peratus kepada 105.616 mata.

"Justeru, ringgit dijangka berada di sisi yang lebih lemah hari ini dengan tahap rintangan semasa sekitar RM4.5293 berbanding dolar AS dan akan bergerak ke arah ini dalam jangka masa terdekat," katanya.

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya lebih tinggi terhadap sekumpulan mata wang utama setakat tengahari.

Unit tempatan mengukuh berbanding pound Britain kepada 5.3321/3410 daripada 5.3715/3739 pada hari Selasa dan meningkat berbanding euro kepada 4.7539/7618 daripada 4.7647/7669 tetapi rendah berbanding yen menjadi 3.2813/3.2870 daripada 3.2909/2926 sebelumnya.

Kebimbangan tentang tekanan inflasi menyebabkan dolar AS mengukuh berbanding mata wang utama lain.

Ia setelah laporan baru-baru ini bahawa Indeks Perbelanjaan Penggunaan Peribadi (PCE), yang man menjadi petunjuk utama inflasi oleh Rizab Persekutuan, meningkat kepada 0.6% untuk Januari dan harga naik 4.7% berbanding tahun lalu.

Inflasi yang tinggi akan memaksa Fed untuk terus menaikkan kadar faedah dan mengekalkannya sepanjang tahun.

Sebelum ini, penurunan harga komoditi pada tahun lalu menyebabkan ramai pelabur percaya inflasi akan reda dan kemelesetan ekonomi utama tidak akan berlaku. (BH)

Komen Weblog Ibnu HasyimPunca RM susut 4.50? Tanya BNM, jawab Anwar. Mana penasihat? 

Oh, mungkin kerana suku sakat kerabat penasihat terlampau ramai?   

Friday, March 10, 2023

Petua reda kecoh -Tuan Ibrahim. & Muhyiddin dakwa terpilih pula..

 


1. Tuan Ibrahim beri petua reda kekecohan

KUALA LUMPUR: Sidang Dewan Rakyat, petang ini menjadi gamat apabila Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, dilihat cuba memprovokasi pembangkang dengan memberi gambaran mereka tidak arif mengenai ekonomi.

Datuk Sri Tuan Ibrahim Tuan Man (PN-Kubang Kerian) ketika bangkit memberi petua bagi meredakan suasana berkata, menteri ketika menggulung perbahasan tidak sepatutnya memprovokasi pembangkang.

Namun, katanya apa yang berlaku menteri menyebut beberapa kali nama Ahli Parlimen tertentu sehingga menyebabkan Ahli Parlimen berkenaan bangkit bagi mempertahankan hujah.

“Sepatutnya menteri mengelakkan menyebut nama Ahli Parlimen secara direct (langsung) bagi mengelakkan Ahli Parlimen terbabit bangun bagi meminta penjelasan,” katanya ketika mencelah.

Sebelum itu, Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul, mengarahkan Datuk Awang Hashim (PN-Pendang) direhatkan selama dua hari selepas cuba beberapa kali bangkit bagi mencelah ucapan menteri, namun tidak dibenarkan.

“Pendang direhatkan selama 2 hari, ‘out now’,” katanya. Ini disusuli petugas Dewan Rakyat mengiringi Awang supaya keluar. – HARAKAHDAILY 8/3/2023


2. Kesal pendakwaan terpilih terhadap Muhyiddin 

PAS Negeri Selangor menyatakan solidariti ke atas Tan Sri Muhyiddin Yassin (TSMY) yang ditahan oleh SPRM yang akan didakwa di Mahkamah pagi ini berkaitan isu-isu yang melibatkan peniaga Melayu dan Bumiputera melalui inisiatif JANAWIBAWA dan pengecualian cukai khas terhadap Yayasan Al-Bukhary.  

Pendakwaan ini dilihat dilakukan secara tergesa-gesa selari dengan naratif ‘hoi ya hoi di sebelah sana‘ yang sentiasa dimainkan oleh Perdana Menteri ketika pembentangan dan perbahasan Belanjawan 2023 dengan tujuan utama untuk mengekang suara oposisi dan menjejaskan reputasi PERIKATAN NASIONAL sebelum PRU Negeri ke-15 yang akan berlangsung tidak lama lagi.  

PAS Selangor mendukung prinsip kedaulatan undang-undang Negara dan yakin bahawa pihak berwajib berhak menyiasat mengikut undang-undang negara, namun kuasa tersebut mesti dilaksanakan dengan suci hati dan hanya dalam kes tulen (collateral purposes) bukannya berpilih-pilih atas agenda dan kepentingan politik.  

PAS dan rakan-rakannya di Selangor komited mendukung Budaya Politik Matang dan Sejahtera, dan akan terus membela golongan yang dizalimi tanpa mengira ras dan agama.  

ROSLAN SHAHIR DATUK MOHD SHAHIR
Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor  
10 Mac 2023/ 17 Shaaban 1444 – HARAKAHDAILY 10/3/2023


3. Muhyiddin didakwa enam pertuduhan

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk suapan berjumlah RM232.5 juta bagi parti Bersatu dan dua pertuduhan menerima wang hasil aktiviti haram RM195 juta.

Muhyiddin, 75, yang memakai sut biru gelap, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Azura Alwi.

“Saya mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan,” kata Muhyiddin.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, Muhyiddin didakwa sebagai Perdana Menteri Malaysia dan Presiden Bersatu telah menggunakan kedudukannya untuk menerima suapan RM200 juta daripada Bukhary Equity Sdn Bhd dan RM1 juta daripada Nepturis Sdn Bhd, bagi parti Bersatu.

Bagi pertuduhan ketiga dan keempat pula, beliau didakwa sebagai perdana menteri dan presiden parti itu telah menggunakan kedudukannya untuk satu suapan, iaitu wang berjumlah RM19.5  juta daripada Mamfor Sdn Bhd dan RM12 juta daripada Azman Yusoff bagi parti berkenaan.

Ahli Parlimen Pagoh itu didakwa melakukan kesemua kesalahan itu di Pejabat Perdana Menteri, Blok Utama, Bangunan Perdana Putra, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan di Putrajaya, antara 1 Mac 2020 dan 20 Ogos 2021.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama.

Seksyen tersebut memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan yang menjadi hal perkara kesalahan itu jika suapan tersebut dapat dinilai atau berbentuk wang, atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Selain itu, Muhyiddin juga didakwa atas dua pertuduhan iaitu sebagai Presiden Bersatu telah menerima wang hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM195 juta daripada Bukhary Equity Sdn Bhd yang dimasukkan ke dalam akaun CIMB Bank milik parti berkenaan.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di CIMB Bank Cawangan Menara KL, Jalan Stesen Sentral, di sini, antara 25 Feb 2021 dan 16 Julai 2021 serta 8 Feb dan 8 Julai 2022.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 4(1)(b) dibaca bersama seksyen 87(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan juga boleh didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram atau peralatan kesalahan itu pada masa kesalahan itu dilakukan atau RM5 juta, yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Peguam Cara Negara Datuk Ahmad Terrirudin Mohd Salleh, Timbalan Pendakwa Raya Datuk Faridz Gohim Abdullah dan Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin manakala Muhyiddin diwakili peguam Datuk K.Kumaraendran, Datuk Rosli Dahlan dan Datuk Takiyuddin Hassan. – BERNAMA

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Petua reda kecoh -Tuan Ibrahim. & Muhyiddin dakwa terpilih pula..

Begitulah kira-kira.

Thursday, March 09, 2023

Komen Rakyat: Universiti Baru Terpesat Di Dunia. M'sia Mana?

 

Imej untuk Universiti Baru Terpesat Di Dunia. M'sia Mana?

Maklum balas
Lihat semua

Komen Rakyat dalam blog ini..

2 comments:

1 Anonymous said...

Sampai bila presiden parti kencing rakyat nak membisu pasal wang haram yang melibatkan komunis dapig. Yang dibongkar hanya dari ahli politik pembangkang.

Kata telus. Tapi ada pembongkaran berpilih.

Presiden yang tentukan mana yang perlu bongkar dan mana yang tidak. Asasnya ialah yang sokong presiden dan yang tidak sokong presiden. Bukan rangkum setiap yang boleh dibuktikan bersalah.

Udah sama stail macam atok. Rakyat dah bijak. Rakyat sokong yang bijak. Sokong yang tidak terpalit dengan mahkamah. Apatah lagi yang pernah diberi tempat tinggal dilayan oleh warden. Tentulah mencurigakan.

Tu yang pendatang cina satu juta. Susah sangat ker nak cari.

Manis tapi pahit tu sokong sangat. Komunis dapig pun ada jarum. Ada ubat pelali buat presiden. Khayal dan pak turut dalam suara yang tegas.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails