Saturday, January 29, 2022

'Memalukan'. Ibu muda 20 tahun dirogol beramai-ramai, diaibkan, diarak di jalan..

Wanita dirogol beramai-ramai, diaibkan, diarak di jalanan di Delhi

NEW DELHI: 11 orang termasuk tujuh wanita ditahan selepas seorang ibu muda berusia 20 tahun diculik, dirogol beramai-ramai dan kemudian diarak di jalanan di New Delhi pada siang hari, kata polis India hari ini.

Kes terbaru keganasan seksual di India itu mendapat kecaman meluas termasuk Suruhanjaya Wanita Delhi dan Ketua Menteri Delhi, yang menyifatkannya sebagai 'memalukan'.

Rakaman di media sosial yang tidak dapat disahkan menunjukkan muka mangsa dihitamkan dengan dakwat dan rambutnya dicukur sebelum ditolak dan dicemuh oleh beberapa wanita ketika penonton bersorak, malah merakamnya menerusi telefon.

Timbalan Pesuruhjaya Polis, R Sathiyasundaram, berkata kes di daerah Shahdara di timur Delhi kelmarin itu adalah akibat 'permusuhan masa lampau' antara jiran.

Beliau enggan mengulas lanjut tetapi menurut laporan media, seorang remaja lelaki berusia 16 tahun membunuh diri dengan melompat di hadapan kereta api selepas wanita yang sudah berkahwin itu menolak cintanya.

Tindakan itu menyebabkan ahli keluarga remaja lelaki terbabit, yang kebanyakannya terbabit dalam jualan arak haram, bertindak membalas dendam atas kematiannya.

"Kesemua 11 yang ditahan termasuk dua kanak-kanak bawah umur, yang tidak boleh dibicarakan sebagai orang dewasa, adalah dari satu keluarga dan video jelas menunjukkan bahawa mangsa ada di situ," katanya.

Mangsa memberitahu polis bahawa dia diculik oleh ahli keluarga remaja lelaki terbabit sebelum dirogol oleh beberapa lelaki dan kanak-kanak di bawah umur, dikasari oleh wanita dan kemudian dipukul dengan kayu serta diarak di jalanan.

"Kami sedang meneliti video untuk mengenal pasti orang lain yang terbabit dan akan ada lebih banyak tangkapan," kata pesuruhjaya tambahan polis Delhi, Chinmay Biswal, kepada AFP.

Mangsa yang mempunyai seorang anak berusia dua tahun itu kini menerima kaunseling selepas tragedi yang dilaporkan berlaku hanya 50 meter dari sebuah pondok polis.

Undang-undang rogol India diubah selepas kes rogol beramai-ramai pada 2012 menjadi terkenal di New Delhi tetapi sehingga kini jumlah kesalahan masih tinggi, dengan lebih 28,000 kes rogol dilaporkan pada 2020.

Banyak lagi yang dianggap tidak dilaporkan dan polis juga lama dituduh tidak mengambil tindakan tegas untuk mencegah jenayah kekerasan dan gagal membawa kes serangan seksual ke mahkamah. - AFP

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Di mana pembela wanita dan hak asasi manusia se dunia? Hanya nampak wanita berhijab tutup aurat ikut syariat Islam di Afghanistan sahaja, tetapi bisu-pekak terhadap kes-kes penindasan ke atas wanita seperti kes-kes begini di India?

Mana lebih 'memalukan' tutup aurat yang baik, dari rogol beramai-ramai yang tiada pembelaan keadilan?

Sila lihat: E-Buku IH-64: Rogol Di India

Duit PAS dari poket ahlinya, tidak guna dana kerajaan

 


KULIM-BANDAR BAHARU: PAS walaupun telah menjadi kerajaan di beberapa negeri dan peringkat Persekutuan, namun masih kekal sebagai parti perjuangan yang disuburkan dan dilonjakkan pencapaian oleh ahli-ahlinya sendiri.

Menteri Besar, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, perjuangan tersebut termasuklah ditunjukkan ahli-ahli PAS dalam membiayai perjalanan parti dan pemilikan aset yang terhasil dari amal memberi infak dana kewangan.

Jelas beliau, infak tersebut menjadi pengorbanan setiap ahli PAS sebagai perjuangan yang semata-mata mengharap balasan pahala di akhirat serta terus menabur bakti melalui prinsip-prinsip ditentukan jemaah.

“Hari ini kita buktikan sekali lagi walaupun kita telah menjadi kerajaan di peringkat negeri dan Persekutuan, (tetapi) untuk aktiviti parti kita untuk ahli dan rakan-rakan dalam jemaah kita, kita tetap meneruskan budaya infak, derma dan wakaf untuk mengembang dan menyuburkan parti kita. 

“Saya yakin 70 tahun yang telah kita lepasi dalam serba kekurangan, tak pernah kaya, kita tak pernah ada harta yang berbilion-bilion, tetapi kita kekal istiqamah, tidak pernah terkurang walaupun serba kepayahan. Di mana ada pertandingan, kita akan berlawan. 

“Kita ada markas di semua Cawangan, di semua UPU, di semua Kawasan, di semua Negeri. Semua itu adalah titik peluh duit poket ahli PAS. Bagi parti yang mengharapkan duit daripada sumber lain, bila hilang kuasa di dalam kerajaan, mereka teraba-raba, tercari-cari nak mesyuarat pun tak ada tempat, tak ada. 

“Alhamdulillah kelebihan kita dan saya harap kelebihan ini kita akan kekalkan. Ini pun tempat yang akan kita bangunkan,” ujar beliau yang juga Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat dan Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri berucap pada Majlis Pelancaran Pusat Latihan PAS Kedah di Kampung Lubok Jong, Sedim, di sini semalam.

Tegasnya, duit PAS ada dalam poket ahli-ahli PAS, sedang duit kerajaan adalah milik kerajaan dan rakyat seluruhnya di mana PAS berprinsip sama sekali tidak menggunakan dana daripada kerajaan untuk membiayai kegiatan parti. 

Jelas beliau, sikap tersebutlah membezakan PAS dengan parti-parti lain di mana terdapat parti hidup dengan dana begitu banyak yang diambil dengan berbagai-bagai kaedah hingga akhirnya memusnahkan parti tersebut.

Kerana katanya, parti politik sedemikian telah menjadi tempat mencari makan dan membina kekayaan diri serta keluarga di mana hakikatnya mereka telah hancur luluh walaupun pada kelihatan masih bernyawa.

Beliau menyebut demikian menceritakan pengalamannya didatangi ahli-ahli yang tidak memahami perjuangan PAS dan mempersoalkan kerana tidak mengambil wang dari sumber kerajaan untuk gerak kerja parti.

Iktibar Abu Darda R.A

Sanusi terdahulu dalam ucapannya membawakan renungan daripada ayat 261 dan 266 surah al-Baqarah mengenai kelebihan diungkapkan Allah mengenai infak dan kisah pemilikan tanah yang diuji senang dan susah bersilih ganti.

Meneguhkan lagi pengajaran cuba dibawanya, beliau mengupas kisah Sahabat Nabi SAW iaitu Abu Darda RA di mana menawarkan membeli sebuah pohon kurma yang menjadi pergaduhan dua Sahabat lain.

Tindakan Abu Darda itu adalah dengan ‘bayaran’ seisi kebun kurma miliknya yang sangat luas dan subur dengan mempunyai 600 batang pokok, telaga serta rumah-rumah sangat indah.

Pembelian itu semata-mata kerana mengambil jaminan Rasulullah kepada Sahabat yang bertelingkah tersebut bahawa kebenarannya kepada jiran akan beroleh ganti sebuah kebun kurma di syurga kelak.

Meninggikan teladan dari kisah itu, Sanusi juga menyeru bahawa bukan sahaja semangat infak seperti Abu Darda mesti diikuti, tetapi juga isteri dan anak-anaknya kerana sanggup melepaskan harta dimiliki mereka itu.

“Selalunya akan terdetik di hati dan sering terhalang oleh pihak-pihak yang berada di samping kita, isteri dan anak-anak mahu pun suami. Ini kerana kita berasa mereka juga layak untuk memiliki apa yang ada di tangan kita.

“Namun dalam kisah Abu Darda tadi, apabila isteri dan anak-anak dididik dengan ilmu yang mencukupi, mantap, yang akan meneguhkan keimanan insya-Allah mereka akan faham dan jual beli yang sangat tinggi di sisi Allah itu pun berlaku tanpa sebarang halangan,” ujarnya.

Kisah itu juga dibawakan beliau sebagai menyatakan perkara ‘di sebalik’ yang sama dan merakamkan penghargaan atas infak diterima PAS Kedah hingga membolehkan pembangunan tapak tersebut.

Maklum beliau, tanah itu disumbangkan seorang peneroka FELDA Jengka, Pahang, Hasan Napiah seluas 3 relung dengan kedudukan yang strategik dan telah ditanam dengan pelbagai pokok buah-buahan.

Infak segalanya untuk perjuangan

“Nak menyumbang kepada perjuangan Islam tidak perlu tunggu sehingga kita kaya dan memiliki duit yang banyak. Cukuplah kita memiliki jiwa dan keyakinan yang tinggi bahawa ini adalah urusan jual beli yang tidak ada tolok bandingnya di dunia ini. Jika tidak mampu mewakafkan tanah, kita dermakan duit. 
“Jika tidak mampu menginfakkan duit, kita menginfakkan tenaga, masa, buah fikiran atau apa sahaja yang termampu oleh kita. Yang penting jangan ada perasaan kedekut dan bakhil di dalam hati kerana sebagai orang yang beriman, kita yakin bahawa apa jua sumbangan atau sedekah kita ke jalan Allah tidak ada yang tersia-sia.

“Dalam sebuah Hadis Rasulullah mengingatkan “Tiada satu pagi pun yang dilalui oleh seorang hamba, melainkan akan ada dua malaikat turun dan berdoa, ya Allah, berikan kepada pemberi sedekah ganti sedekahnya, manakala malaikat yang satu lagi berdoa, ya Allah berikan orang yang menahan sedekah yakni orang kedekut dengan kemusnahan”.

“Alhamdulillah selama berada dalam PAS ini, kita sendiri dapat menyaksikan sahabat-sahabat kita yang masih ada ataupun yang telah pergi meninggalkan kita, yang berlazim dengan amalan sedekah dan infak sama ada sedekahkan duit wang ringgit ataupun infakkan tenaga dan masa diberi macam-macam kelebihan oleh Allah S.W.T. 

“Ada saksi hidup dan kita boleh masih dapat melihatnya pada hari ini di semua peringkat, di peringkat kepimpinan, mahupun di peringkat ahli, di semua peringkat kita dapat lihat ketenangan, kebahagiaan orang-orang yang memiliki hati yang pemurah. 

“Insya-Allah semua pengalaman-pengalaman yang kita saksikan, kita himpunkan sepanjang kita berada dalam Parti Islam Se-Malaysia PAS di dalam jemaah yang berkat ini menjadi pedoman dan panduan untuk kita sampaikan kepada generasi waktu ini dan generasi selepas daripada kita. 

“Tuan-tuan sekalian, kita maklum dan kita yakin hidup ini hanyalah sementara. Akhiratlah yang menjadi tempat kekal abadi selama-lamanya. Di tempat yang kekal, kita akan kekal abadi itulah yang memerlukan simpanan dan saving yang banyak untuk kita hidup selama-lamanya di sana.

“Dengan amal yang kita sumbangkan dalam bentuk kebajikan untuk tujuan ilmu seperti yang telah ditunjukkan oleh Tuan Haji Hassan pada hari ini, ia akan mengalir dan terus terus mengalir selama-lamanya walaupun setelah kita tidak ada lagi di dunia ini, pahala akan terus merahmati sampai kepada kita di alam barzakh dan di alam akhirat. 

“Pada masa itu tidak ada yang lebih kita harapkan selain pahala amalan seperti ini dan doa anak-anak yang soleh dengan memikirkan ganjaran di akhirat, sesungguhnya tidak ada yang lebih menguntungkan, tidak ada yang lebih kita harapkan melainkan hasil pelaburan dalam bentuk wakaf dan infak di jalan Allah.

“Dialah yang memberi dan Dialah Yang Maha Membalas apa jua yang kita ada di dunia ini. Sesungguhnya tidak membawa apa-apa nilai untuk hidup yang sementara melainkan jika kita jadikan sebagai jambatan untuk kehidupan yang kekal abadi di akhirat,” ucapnya.

Pusat Kecemerlangan PAS

Beliau turut melahirkan harapan agar Pusat Latihan PAS Kedah ini kelak diimarahkan sebagai mercu tanda sebuah pusat kecemerlangan bukan sahaja untuk ahli PAS tetapi juga masyarakat sebagaimana Masjid Nabawi.

Katanya, sejak zaman Rasulullah dan Khulafa’ Ar-Rasyidin masjid itu tidak hanya menjadi tempat solat, tetapi juga pusat tamadun, pentadbiran, pendidikan, peperangan dan segala aktiviti.

Dari pusat tersebut jelasnya, berjaya mendaulatkan Islam menguasai satu pertiga dunia, sekali gus pusat latihan itu nanti mesti diaktifkan hingga mampu mendidik masyarakat mencintai Islam.

Beliau juga berharap budaya infak dalam kalangan ahli PAS terus subur dan menjadi pemadam api sebagaimana hadis disebut Rasulullah SAW. – HARAKAHDAILY 28/1/2022

Friday, January 28, 2022

Tidak Bermoral: Pemimpin UMNO enggan bersama PAS PRN Johor..

 

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang

'PRN Johor strategi kluster mahkamah dan mereka yang kalah PRU-14' - Hadi

MARANG: Tindakan segelintir pemimpin UMNO yang enggan bekerjasama bersama PAS dalam pilihan raya negeri (PRN) Johor selepas bersama membentuk gabungan Muafakat Nasional (MN) disifatkan seperti tidak bermoral.

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang, berkata PAS pernah menyelamatkan UMNO yang pernah mengalami kekalahan ketika pilihan raya umum ke-14 (PRU-14) namun parti itu seakan-akan mahu meninggalkan gabungan berkenaan.

Wanita Iran raikan kemenangan ke atas Iraq di stadium

Wanita Iran bersorak meraikan kemenangan ke atas Iraq pada perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022 di Stadium Azadi. - Foto EPA

SUKAN

TEHRAN: Wanita Iran menonton perlawanan bola sepak di stadium membabitkan pasukan kebangsaan pada Khamis, buat pertama kali dalam tempoh hampir tiga tahun selepas kebenaran diberikan.

"Ia sempurna. Sekarang suara kami hilang," kata dua pelajar wanita yang mahu dikenali sebagai Kimia dan Hasti yang membawa bendera kebangsaan.

Republik Islam itu secara umumnya melarang penonton wanita ke stadium bola sepak dan stadium lain selama hampir 40 tahun.

Golongan ulama yang memainkan peranan utama dalam membuat keputusan di negara itu berpendapat wanita perlu dilindungi daripada persekitaran golongan maskulin.

Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) pada September 2019 mengarahkan Iran untuk membenarkan akses wanita ke stadium tanpa sekatan dan jumlah berdasarkan permintaan tiket.

Sebulan selepas itu, golongan wanita dibenarkan untuk menghadiri perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022 antara Iran dan Kemboja di Stadium Azadi.

Untuk perlawanan pertama sejak itu 2,000 daripada 10,000 tiket diperuntukkan kepada wanita pada Khamis, untuk menyaksikan perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022 antara Iran dan Iraq, lapor agensi berita ISNA.

"Saya beli tiket secara dalam talian dan dapat SMS mengesahkannya," kata seorang wanita bekerja sebagai jurutera awam berusia 26 tahun yang hanya mahu dikenali sebagai Mahya.

"Jika kita menang, kita akan pergi dan meraikan kejayaan itu di jalanan," katanya.

Impiannya termakbul apabila Iran berjaya menumpaskan Iraq dengan keputusan 1-0. Keadaan itu menyaksikan trafik sesak teruk, hiruk-pikuk dengan bunyi hon kereta dan hadirin meraikan kejayaan itu di seluruh stadium.

"Saya sangat gembira. Ini adalah kali pertama saya hadir ke perlawanan di Stadium Azadi," tambah Mahya yang memakai tudung berwarna kelabu sambil membawa bendera kebangsaan berwarna hijau, putih dan merah.

Golongan wanita masuk menerusi pintu masuk khas melalui tempat letak kereta yang dikawal oleh polis wanita yang memakai pakaian berwarna hitam dan lencana merah di lengan mereka.

"Saya harap suami berada di sisi saya tetapi mereka kata lelaki dan wanita dipisahkan," kata seorang lagi penonton wanita, Golnaz Bahari, 24, yang membawa anaknya dan hon vuvuzela ke stadium.

Zon penonton wanita terletak di belakang gawang gol pasukan Iraq.

Sambil memakai kot tebal kerana cuaca sejuk, kelihatan peminat bola sepak Iran melukis warna di pipi mereka dan ada membawa bendera negara atau hon vuvuzela ke stadium. - AFP

Niaga sawit rekod tertinggi, apa kata bekas menteri PH tak cerdik?

 

Sekatan Indonesia terhadap eksport MSM terus merangsang sentimen harga komoditi itu - Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup pada paras tertinggi sepanjang masa hari ini apabila sekatan Indonesia terhadap eksport MSM terus merangsang sentimen, kata peniaga minyak sawit, David Ng.

Penanda aras kontrak minyak sawit untuk April 2022 meningkat sebanyak RM115 kepada RM5,444 satu tan.

Beliau berkata, keuntungan juga dipengaruhi oleh prestasi minyak kacang soya yang lebih kukuh di Lembaga Perdagangan Chicago (CBOT).

"Dengan sekatan eksport berkenaan, pembeli memilih minyak sawit Malaysia sehingga mendorong lagi permintaan.

"Kami mencari sokongan pada RM5,200 satu tan dan rintangan pada RM5,500 satu tan," katanya kepada Bernama.

Indonesia mengenakan peraturan mulai hari ini membabitkan sebahagian besar minyak kelapa sawit yang akan dijual secara domestik pada harga maksimum 9,300 rupiah bagi sekilogram untuk minyak sawit mentah dan 10,300 rupiah sekilogram bagi olein, kata Menteri Perdagangan Indonesia, Muhammad Lutfi.

Menurut Lutfi, Obligasi Pasaran Domestik (DMO) akan digunakan untuk semua pengeksport minyak masak dan mereka akan dikehendaki menjual 20 peratus daripada eksport mereka yang dirancang ke pasaran tempatan.

Sementara itu, Pemilik dan Pengasas Bersama Palm Oil Analytics yang berpangkalan di Singapura, Dr Sathia Varqa, berkata MSM diniagakan pada harga yang lebih tinggi hari ini selepas dipacu oleh dasar eksport Indonesia.

Katanya, keuntungan yang lebih baik dalam minyak kacang soya di CBOT dan harga minyak mentah yang lebih kukuh juga turut meningkatkan sentimen positif.

Pada penutupan, kontrak niaga hadapan MSM untuk Februari 2022 meningkat RM107 kepada RM5,613 satu tan, Mac 2022 menokok RM121 kepada RM5,613 satu tan, April 2022 bertambah sebanyak RM115 kepada RM5,444 satu tan, Mei 2022 naik RM100 kepada RM5,260 satu tan, Jun 2022 adalah RM89 lebih tinggi kepada RM5,089 satu tan dan Julai 2022 mengukuh RM75 kepada RM4,931 satu tan.

Jumlah dagangan bertambah baik kepada 73,815 lot daripada 41,163 lot yang dicatatkan semalam, manakala kepentingan terbuka melebar kepada 285,416 kontrak daripada 252,652 kontrak sebelum ini.

Harga MSM fizikal untuk Februari Selatan naik sebanyak RM90 kepada RM5,640 satu tan daripada RM5,550 satu tan.

-BERNAMA

Komen Weblog Ibnu HasyimNiaga hadapan sawit cecah rekod tertinggi dalam sejarah. Apa komen bekas menteri PH X cerdik, yang cadang tebang sawit tanam buluh? Mana muka nak sorok? Barua-barua baculnya mengapa membisu 1,000 bahasa?

Islamfobia, P'cis makin gila, sekat demokrasi, dunia jadi bisu.

 

Menteri Dalam Negeri Perancis, Gerald Darmanin. - Foto REUTERS

Perancis semakin ‘galak’ tutup laman web Islam, sekat demokrasi

PARIS: Kerajaan Perancis menutup platform media milik aktivis dan laman web Muslim kerana dianggap bertentangan dengan 'nilai kebangsaan'.

Tindakan itu dikritik kumpulan hak asasi manusia dan peguam kerana melanggar kebebasan demokrasi.

Susulan tunjuk perasaan mengenai hak asasi di Nantes, Menteri Dalam Negeri, Gerald Darmanin, berkata beliau akan menutup Nantes Revoltee, platform media tempatan yang menyampaikan maklumat mengenai bantahan itu.

Terdahulu, beliau mengumumkan rancangan untuk menutup laman web 'La Voie' yang menyiarkan kandungan Islam.

Dalam tempoh dua tahun, kerajaan menutup 12 organisasi dan kumpulan berbanding tujuh antara 2016 dan 2019, menurut rekod awam Perancis.

Sebelum pertubuhan dibubarkan, Menteri Dalam Negeri memaklumkan kepada pihak berkenaan bahawa mereka mempunyai 15 hari untuk memberikan maklum balas.

Kemudian, apabila perintah disiarkan, organisasi terbabit boleh membawa kes ke Majlis Negara iaitu sebuah mahkamah pentadbiran.

Sehingga kini, Nante Revoltee berkata pihaknya tidak menerima sebarang makluman daripada Kementerian Dalam Negeri mengenai hal itu.

Daripada organisasi yang diperintahkan untuk ditutup sejak Januari 2020, tujuh berkaitan individu beragama Islam termasuk pertubuhan yang menguruskan masjid, sebuah organisasi kemanusiaan dan kumpulan anti-Islamofobia.

Perintah penutupan itu turut merangkumi tiga kumpulan berhaluan kanan.

Darmanin ketika bercakap di Parlimen pada Selasa menegaskan keputusan menutup Nantes Revoltee dibuat kerana kumpulan ultra kiri itu berulang kali menyeru keganasan terhadap negara serta polis dalam tunjuk perasan pada hujung minggu.

Peguam kepada Nantes Revoltee, Raphael Kempf, berkata laman web berkenaan berkongsi maklumat mengenai acara itu tidak boleh dipertanggungjawabkan atas apa yang berlaku di sana.

"Kami lihat sebuah kerajaan menggunakan alat perundangan untuk menyerang suara yang mengkritik mereka," dakwa Kempf sambil menambah kerajaan sekarang mempunyai kuasa yang dikukuhkan di bawah perundangan 2021, yang menjadikan hasutan keganasan sebagai alasan untuk pembubaran. - REUTERS

Komen Weblog Ibnu HasyimIslamfobia, Perancis makin gila kuasa, sekat demokrasi, kalau dalam hal merugikan Islam dunia jadi pekak, bisu bengap dan bengong.

Thursday, January 27, 2022

Rasuah, pencabar di M'sia tidak berani seperti di Filipina..

 

Manny Pacquiao. - Foto AGENSI

Pacquiao cabar penjawat awam Filipina isytihar kekayaan

MANILA: Bekas peninju terkemuka, Manny Pacquiao, menyatakan kesediaan mengisytiharkan hartanya dan mencabar semua pegawai untuk mengambil tindakan sama.

Tekad bagi memerangi kegiatan penyelewengan dalam Kerajaan Filipina itu disuarakan Pacquiao sekiranya dilantik sebagai Presiden.

"Saya bekerja keras untuk harta saya. Saya pertaruhkan darah, peluh dan nyawa saya untuk mendapatkannya.

"Semua penjawat awam perlu dedahkan (isytihar harta mereka)," katanya dalam temu bual bersama radio DZBB.

Kenyataan Pacquiao itu dibuat selepas seorang lagi pesaing bagi merebut jawatan presiden, Ferdinand Marcos Jr. sebelum ini dilaporkan berkata beliau akan mengambil pendekatan berhati-hati dalam mengeluarkan penyata asetnya kerana bimbang ia disalahgunakan oleh seteru politik.

Presiden Rodrigo Duterte, yang menerajui tampuk pemerintahan kerajaan dan dikritik oleh Pacquiao kerana didakwa gagal merintis usaha bagi memerangi penyelewengan, tidak mengisytiharkan aset kekayaan kepada awam sejak 2017.

Pacquiao yang juga seorang senator menjadikan perjuangan memerangi rasuah sebagai kempen utama dalam pilihan raya presiden, dengan menyamakan pegawai terbabit rasuah adalah kanser dalam kerajaan.

Beliau turut menzahirkan janji dan tekad untuk memenjarakan kesemua pegawai yang terbabit dengan rasuah.

"Saya ada banyak cara dan strategi untuk memerangi rasuah, tetapi tidak boleh dedahkan lagi kerana mungkin pegawai ini akan bersedia dengan lebih awal.

"Tuhan kurniakan saya pengetahuan dan kebijaksanaan mengenai bagaimana untuk membanteras rasuah," kata bekas juara tinju lapan kali berturut-turut itu.

Sementara tiada pihak yang mempersoalkan kehebatannya di dalam gelanggang, segelintir pemerhati politik mempertikai kemampuan bekas juara tinju itu dalam menerajui tampuk pemerintahan kerajaan.

Turut disanggah ialah kemampuan Pacquiao untuk mengembalikan ekonomi Filipina ke arah pemulihan selepas teruk terkesan akibat pandemik COVID-19.

"Saya tidak akan bertanding (untuk menjadi presiden) jika rasa tidak mampu. Kenapa perlu saya malukan diri sendiri?

"Saya tahu semua masalah dalam negara dan cara penyelesaiannya," katanya.

Pacquiao mempunyai latar belakang keluarga susah dan mula berkecimpung dalam kejuaraan tinju, berbekalkan hadiah kemenangan AS$2 (RM8.39).

Berdasarkan kenyataan aset Filipina, nilai bersih aset dimilikinya setakat 2020 ialah AS$69 juta (RM289.62 juta). - REUTERS

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Di Malaysia, parti-parti yang ingin merebut jawatan PM Malaysia, nampaknya tidak berani menjanjikan mengenai pembersihan rasuah. Mungkin tuduhan rasuah ke atas pemimpin mereka sudah tak dapat nak dielakkan lagi.

DAP dari PH lagi teruk, sedang menunggu keputusan kes-kes besar dan luar biasa, seperti rasuah terowong KM P/Pinang dan kematian, ADUN rogol dan ADUN dadah, dan segala macam lagi. Termasuk janji lidah biawak setelah merudum 22 bulan.

PAS mungkin boleh menjanjikan mengenai tiada rasuah, kerana sudah membuktikan selama memerintah Kelantan puluhan tahun masih '0' rasuah, bahkan sudah diiktiraf dan diakui.

Laku jual durian di Hong Kong. M'sia berpotensi tarik pelabur.

 

Karen berharap usaha memperkenalkan menu Malaysia menerusi perniagaan dapat menjadi perangsang untuk lebih dikenali di Hong Kong. - Foto IG Karen Kong

1. Penyanyi Malaysia 'laku' jual durian di Hong Kong

KUALA LUMPUR: Penyanyi Malaysia berbangsa Cina yang berpangkalan di Hong Kong, Karen Kong, 37, mendedahkan pernah tidak mempunyai pendapatan hingga memaksanya melakukan pelbagai kerja pejabat termasuk menjual durian sejak berhijrah ke negara berkenaan sejak 11 tahun lalu.

Karen yang mendirikan rumah tangga dengan jejaka Hong Kong berkata, dia mengalami kesukaran meneruskan hidupnya dan kerjaya seni ekoran kos sara hidup di Hong Kong yang tinggi.

"Saya mengalami banyak jatuh bangun sepanjang 11 tahun hidup di Hong Kong. Jujurnya, ada yang menggembirakan dan menyedihkan, tetapi saya melalui dengan semangat Malaysia Boleh.

"Ada suatu masa saya pernah tidak mempunyai pendapatan, jadi, saya melakukan pelbagai kerja pejabat untuk mencari wang. Saya sanggup melakukan apa sahaja kerja asalkan ada pendapatan untuk sara diri, membayar bil dan sewa rumah.

"Memang susah nak terima realiti kesusahan ketika itu, tetapi saya tak boleh buat apa-apa. Sewa di sana sangat tinggi, jadi saya buat apa sahaja kerja untuk sara hidup.

"Ketika itu, saya sangat rindukan Malaysia, tetapi perlu banyak bersabar. Tahun lalu, ada berita baik apabila saya menerima anugerah artis paling banyak peningkatan dari sebuah stesen radio

"Saya merasakan kesabaran saya berbaloi. Sekarang, saya bersyukur semuanya beransur baik," katanya kepada BH Online.

Dalam masa sama, Karen berkata, dia gembira apabila bisnes kecil-kecilan, iaitu berniaga durian dari Malaysia mendapat sambutan sangat menggalakkan.

"Saya import durian dari Malaysia, iaitu dari Pahang dan Pulau Pinang. Seperti ramai tahu, tawaran persembahan tiada dan kena cari sumber pendapatan lain kepada pandemik COVID-19. Jadi, saya terfikir ada bagusnya saya menjual durian di Hong Kong.

"Saya terkejut, ia mendapat sambutan sangat memberangsangkan. Orang Hong Kong sangat sukakan durian Malaysia mengalahkan durian dari Thailand. Durian juga ada musimnya, jadi saya akan berniaga pada musim buah," katanya.

Tambah Karen, dia juga mengusahakan perniagaan kafe salon bersama suami dan bersyukur apabila ia berjalan lancar sejak beroperasi tiga bulan lalu.

"Saya dan suami membuka kedai kopi dan salon sejak tiga bulan lalu. Membuka kafe salon adalah impian kami memandangkan suami adalah pereka rambut.

"Jujurnya, sewa kedai sangat tinggi, apatah lagi pada musim pandemik. Peningkatan varian Omicron juga memberi impak pada perniagaan, kami mengalami kerugian dari segi jualan.

"Di Hong Kong, semua kedai perlu ditutup pada jam 6 petang, ia sedikit sebanyak memberi impak kepada banyak perniagaan. Disebabkan itu, saya perlu bekerja lebih keras untuk membantu suami," katanya yang mendirikan rumah tangga sejak empat tahun lalu.

Di kafe salon itu, Karen turut memperkenalkan menu Malaysia iaitu laksa dan berbangga apabila ia menerima banyak komen positif.

"Orang Hong Kong sukakannya dan memuji keaslian laksa dari Malaysia. Saya selalu berkongsi mengenai keistimewaan makanan Malaysia sebab ramai yang tidak tahu dan tidak kenal. Jadi, ini adalah salah satu inisiatif saya.

"Saya juga membuat saluran YouTube sendiri, yang mana saya berkongsi mengenai keistimewaan Malaysia seperti makanan, budaya dan pelbagai lagi.

"Sekarang saya di Malaysia, saya mahu bercuti dan merakamkan lokasi menarik untuk berkongsi bersama pengikut di Hong Kong," katanya.

Karen berharap usahanya menerusi perniagaan dapat menjadikan perangsang buatnya terus mengembangkan kerjaya nyanyian.

Terbaru, Karen baharu mengeluarkan dua single baharu di Hong Kong.

"Saya menyertai program realiti, King Maker 3 dan berjaya mendapat Top 30. Dari situ, saya berjaya bernaung di bawah sebuah syarikat rakaman dan baru mengeluarkan dua single baharu.

"Lega dan rasa berbaloi kerana usaha keras semakin membuahkan hasil dan tidak sia-sia, biarpun lebih 11 tahun menunggu," katanya.

Pada 2007, Karen pernah popular dalam kalangan peminat tempatan selepas melancarkan album Melayu. Lagu popularnya, Cinta Hello Kitty juga berjaya menaikkan namanya di Malaysia.

2. Malaysia negara Asia Tenggara paling berpotensi tarik pelabur selepas kegagalan pemerintahan PH.

Malaysia mengambil langkah untuk melonggarkan sekatan dan menggubal dasar bagi memanfaatkan perkembangan perdagangan - Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Malaysia berada pada kedudukan pertama dalam kalangan negara Asia Tenggara baharu muncul yang paling berpotensi untuk menarik pelabur asing, menurut Indeks Peluang Global Milken Institute 2022.

Berdasarkan indeks itu, Malaysia mendapat kedudukan paling tinggi di rantau itu disebabkan oleh prestasinya yang kukuh merentasi semua kategori yang diukur.

Malaysia, Thailand dan Indonesia menduduki tempat teratas di Asia Tenggara yang baharu muncul, manakala Vietnam dan Filipina melengkapkan lima negara teratas di Asia Tenggara yang baharu muncul, mengikut susunan indeks itu.

Milken Institute berkata, Malaysia yang juga pasaran bon ketiga terbesar di Asia selepas Jepun dan Korea mengambil langkah dalam beberapa tahun kebelakangan ini untuk melonggarkan sekatan dan menggubal dasar bagi memanfaatkan perkembangan perdagangan, sekali gus membantunya meraih tempat pertama dalam indeks tahun ini.

"Dalam laporan tahun ini, kami mengenal pasti beberapa dasar yang akan membantu negara Asia Tenggara yang baharu muncul kekal berdaya saing apabila membabitkan peluang pelaburan.

"Kerajaan di rantau ini mesti mengukuhkan rangka kerja institusi, memperdalamkan integrasi serantau untuk memanfaatkan sumber dan peluang unik bagi setiap negara, selain memaksimumkan impak sosial dengan memanfaatkan aliran modal global untuk memajukan pembangunan," kata Ketua Jabatan Penyelidikan Milken Institute, Claude Lopez.

Penilaian tahunan itu dibuat Milken Institute untuk membantu memaklumkan keputusan pelaburan global pelabur dan pembuat dasar, menilai sebuah landskap pelaburan ekonomi dengan menggunakan pembolehubah seperti prospek ekonomi makro, akses kepada perkhidmatan kewangan, potensi untuk inovasi dan pembangunan masa depan.

Indeks Peluang Global 2022 itu termasuk satu laporan yang memberi tumpuan kepada Asia Tenggara yang baharu muncul, rantau yang mana kemasukan modal boleh membawa kepada peningkatan inovasi, penciptaan peluang pekerjaan dan berdaya saing.

Asia Tenggara yang baharu muncul mendapat markah yang baik berbanding dengan ekonomi baharu muncul dan ekonomi membangun lain dalam tiga bidang utama iaitu prestasi ekonomi yang kukuh; menawarkan tenaga kerja berkelayakan tinggi dan bersepadu teguh dengan ekonomi global.

Bagi membina indeks, Milken Institute menilai peluang pelaburan melalui 100 pembolehubah yang disusun kepada lima kategori dan 14 sub-kategori.

Lima kategori utama termasuk Persepsi Perniagaan; Perkhidmatan Kewangan; Piawaian & Dasar Antarabangsa; Asas Ekonomi dan Rangka Kerja Institusi.

Pembolehubah di dalam kategori itu mengukur semua sudut bagi potensi pelaburan negara, termasuk keterbukaan dan prestasi ekonomi, kekangan perniagaan serta bakat dan kepelbagaian tenaga kerja.

Sumber data termasuk Bank Dunia, Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Bank untuk Penyelesaian Antarabangsa dan Pertukaran Data Kesihatan Global.

Penemuan utama daripada Indeks Peluang Global 2022 itu termasuk Sweden mengekalkan kedudukan pertama dari 2021 sebagai negara paling berpotensi untuk menarik pelaburan asing, diikuti oleh United Kingdom (UK) di tempat kedua dan Denmark di tempat ketiga.

Amerika Syarikat (AS) jatuh dari tempat ketiga pada 2021 ke tempat kesembilan tahun ini, didorong oleh asas ekonomi dan keadaan kewangan yang lemah.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kalau dia Muslim, berniaga apa pun boleh, di mana saja pun boleh, dengan syarat patuh syariah. Walaupun di peringkat antarabangsa. Insya Allah, al-hamdulillah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails