Sunday, December 25, 2022

Lagi, mabuk punya hal..Filem Mahgribi, Mesir, Iran.. & Doktrin DAP

 


1. Maut selepas bergaduh ketika mabuk

JOHOR BAHRU: Seorang lelaki ditemui maut selepas dipercayai bergaduh dengan seorang lelaki lain ketika kedua-duanya mabuk di Jalan Sungai Segget di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 9.40 malam itu, lelaki warga tempatan berusia 50-an terbabit ditemui dalam keadaan cedera parah di atas jalan raya dan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat, berkata orang awam berjaya membantu menahan seorang lelaki tempatan berusia 34 tahun yang dipercayai bergaduh dengan mangsa sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.

Katanya, semakan ke atas suspek mendapati dia mempunyai lima rekod jenayah lampau dan dua rekod dadah.

:"Hasil siasatan awal mendapati berlaku pertengkaran mulut antara suspek dan mangsa yang kedua-duanya dalam keadaan mabuk.

"Suspek dipercayai telah memukul mangsa di bahagian muka dan kepala menggunakan tangan dan kakinya.

"Akibat pergaduhan itu, mangsa mengalami cedera parah di bahagian muka dan kepala," katanya.

Menurut beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Pada masa sama, Raub mengucapkan terima kasih atas kerjasama orang awam yang bertindak pantas dalam membantu menahan suspek sehingga kes itu dapat diselesaikan dalam masa kurang 24 jam.


2. Filem Mahgribi, Mesir, Iran disenarai pendek untuk Oscar 2023 

Salah satu adegan filem, Cairo's Conspiracy. (FOTO: MoMA)

DUBAI: Selangkah lebih dekat untuk mengetahui calon-calon Oscar 2023, Academy of Motion Picture Arts and Sciences pada Rabu (21 Dis) telah mengeluarkan senarai pendek untuk 10 kategori yang dipertandingkan, dengan tiga filem adalah masing-masing dari Maghribi, Mesir dan Iran.

Filem The Blue Caftan oleh penerbit Maghribi, Maryam Touzani telah disenarai pendek untuk Anugerah Akademi untuk Filem Cereka Antarabangsa Terbaik,  bersama-sama filem terbitan penerbit Mesir-Sweden, Cairo’s Conspiracy; dan naskhah arahan pengarah Iran, Ali Abbasi, Holy Spider.

Dibintangi pelakon Palestin, Saleh Bakri serta Lubna Azabal dan Ayoub Messioui, The Blue Caftan yang meraih sambutan memberangsangkan di  Festival Filem Cannes 2022, mengisahkan tentang pasangan suami isteri yang menjalankan bisnes kedai kaftan buatan tangan di Maghribi, namun kedua-duanya menyembunyikan suatu rahsia yang tidak mahu didedahkan.

Cairo Conspiracy yang judul asalnya, Boy From Heaven pula berkisar tentang anak seorang nelayan, Adam yang ditawarkan keistimewaan tertinggi untuk belajar di Universiti Al-Azhar di Kaherah, namun Imam Besar tiba-tiba meninggal dunia, Adam menjadi bidak dalam perebutan kuasa  antara golongan elit agama dan politik Mesir.

Sementara Holy Spider menyoroti kisah benar seorang pekerja binaan dan veteran perang Iran-Iraq pada tahun 2000 dan 2001, yang membunuh 16 pekerja seks wanita di bandar Mashhad, Iran.

Pengundian untuk calon-calon final akan bermula pada 12 Jan 2023 sebelum ditutup menjelang 17 Jan, sebelum senarai akhir calon-calon yang bertanding akan diumumkan pada 24 Jan.

Nama pemenang-pemenang Oscar 2023 akan diumumkan dalam majlis Anugerah Academy ke-95 yang dijadualkan berlangsung pada 23 Mac di Dolby Theatre Hollywood, Los Angeles, California, Amerika Syarikat. – HARAKAHDAILY 22/12/2022


3. Doktrin rasis DAP takutkan bukan-Muslim kepada PAS  

TELUK INTAN: Doktrin rasis DAP telah lama dimainkan parti tersebut dalam kalangan masyarakat bukan-Muslim untuk menakut-nakutkan mereka terhadap PAS.

Ketua Penerangan PAS Kawasan Teluk Intan, Nurhafizul Badrul Hisham berkata, kaum bukan-Muslim telah ditakutkan oleh DAP dengan pelbagai perkara yang tidak masuk akal.

“Momokkan seperti kalau PAS perintah Malaysia, negara akan jadi seperti Negara Taliban kerap diulang dan kini mula diserapkan dalam minda generasi muda mereka.

“Antara lain yang ditakutkan, semua orang Cina akan dipaksa masuk Islam, kalau tak masuk Islam akan dipotong tangan, masuk Islam pula nanti akan dipotong (sunat).

“Bagi kita yang Muslim mungkin nampak kelakar, tetapi bagi mereka, ia adalah ketakutan yang nyata,” jelas beliau selepas pertemuan bersama sahabatnya yang bukan-Muslim.

Difahamkan, orang bukan-Muslim juga tidak suka DAP, tetapi oleh kerana lebih takutkan PAS, mereka tiada pilihan selain terpaksa juga memilih DAP.

“Maka, tugas dakwah dan penerangan perlu diteruskan untuk mengubah pandangan bukan-Muslim kepada PAS agar mereka dapat melihat wajah PAS yang sebenarnya. 

“Jika ini berlaku, tidak mustahil PRU16 gelombang Melayu-Islam akan bergabung bersama bukan-Islam membentuk tsunami rakyat Malaysia menyokong Perikatan Nasional,” ujarnya menjangkakan. – HARAKAHDAILY 17/12/2022

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Lagi, mabuk punya hal.. Filem Mahgribi, Mesir, Iran.. & Doktrin DAP

Rakyat Malaysia perlu menghayati agama fitrah, tolak doktrin rasis dan mabuk yang mengganggu kenormalan kehidupan rakyat Malaysia.

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

2 comments:

Anonymous said...

Ingat lagi masa okt fest. Yg mabok langgar nyawa sampai mati. Pengalaman mengajar jadi dewasa.

Anonymous said...

Rafizi Formula guna formula cikai hingat kan canggih bebeno formula nyer.. Haramjadah punya formula..!!

Formula Rafizi 'klu harga ayomm naik jangan makan ayommm..!! puiiii..!!

Kerajaan perlukan bantuan pengguna untuk tekan penjual. Guna kuasa beli untuk tekan harga agar lebih rendah. Makanya, boleh lah kurang beli ayam buat masa ini. Agar kurangkan harga dimanipulasi.

Protein alternatif lain yang boleh dibeli ialah sekian2 dengan harga sekian2 di tempat sekian2. Team saya akan edarkan maklumat segera di website.

Ramai pun dah mula sedar, tiada magical formula. Alih2 kuasa pengguna juga.

Kalau itu formula yang Rafizi Formula katakan kalau harga ayom naik jangan makan ayommm.. sama juga dah menteri lama punya cara...

Yang Rafizi Formula bukan mintak kerajaan tekan kartel ayoom tapi mintak pengguna jangan makan ayommm.. hang tangkap, tarik lesen kartel ada jugak helok nyerr... kikiki.. bodo punya formula..

kikikiki... Ko pi lah tekan kartel ayommm tuhh ini ya patut kerajaan Rafizi Formula kena buat weeiii..!! Yang ko suruh orang jangan makan ayomm ko dah kenapooo..!?

#bergegarformularupanyaformulataik

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails