Saturday, February 16, 2013

WIFI Percuma, Di 112 Lokasi S'ngor

KL: Masyarakat sekitar Bandar Baru Salak Tinggi kini boleh mengakses internet secara percuma selepas Kerajaan Negeri memasang internet jalur lebar (WiFi) percuma di sini. WiFi ini dipasang di Pusat Penjaja Taman Seroja di sini dan telah dilancarkan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semalam.

Program yang dinamakan WiFi Selangorku ini adalah di bawah peruntukan Geran Selangorku manakala Bandar Baru Salak Tinggi adalah antara 112 lokasi WiFi percuma yang dirancang dipasang seluruh Selangor. Abdul Khalid dalam ucapannya berkata, sebanyak RM2.74 juta diperuntukkan untuk projek ini dengan kerjasama syarikat-syarikat swasta yang diadakan melalui tender terbuka.

“Pelbagai projek diperuntukan melalui Geran Selangorku seperti projek infrastruktur jalan, gelanggang futsal serta penyediaan WiFi percuma ini supaya kita mahu seluruh rakyat Selangor dapat menikmati kemudahan teknologi maklumat,” katanya dipetik Selangorku.

Tambah beliau, semua kawasan yang dikenalpasti sebagai ‘HotSpot’ WiFi Selangorku akan siap dipasang akhir Mac ini.

“Kawasan luar bandar akan menjadi tumpuan pemasangan WiFi ini yang juga digunakan untuk menyalurkan maklumat kepada rakyat bagi mendapatkan maklumat mengenai Kerajaan Negeri yang boleh didapati melalui portal TVSelangor,” katanya.

Sementara itu, WiFi Selangorku ini berkelajuan 2 Megahertz(MHz) dan liputan minima boleh dicapai berkeluasan 200 meter serta had capaian selama 30 minit bagi setiap 100 orang pengguna pada satu-satu masa. (Hrkh)

Ini MB Kedah, Bonceng Motosikal 3 KM..



KL: Puluhan ribu rakyat Kedah semalam telah turun beramai-ramai tanda memberikan sokongan padu dan jitu kepada Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri pimpinan Datuk Seri Azizan Abdul Razak dengan berhimpun secara aman di Charok Genting Bunga, Empangan Pedu, Kuala Nerang, Kedah selepas solat Jumaat.

Menurut blogger Omak Kau, Jalan ke lokasi Himpunan Kebangkitan Rakyat Kedah sesak sehingga lebih tiga kilometer menyebabkan ribuan rakyat terperangkap dan tidak dapat ke lokasi himpunan.


MB Kedah Azizan Razak, Terpaksa Naik Motosikal Sejauh 3 KM Ke Himpunan Kebangkitan Rakyat Kedah..


Ustaz Azizan pergi program naik motorsikal, bukan sebab untuk menunjuk, tapi jalan sesak teruk di Pedu



Ustaz Azizan Dibawa Menaiki Motor Ke Tapak Himpunan Petang Tadi Oleh Konvoi Bermotor ARC Apabila Kereta Yang Beliau Naiki Tak Dapat Meneruskan Perjalanan Akibat Kesesakan Luarbiasa Ke Tempat Himpunan Kebangkitan Rakyat Kedah.. Sempoi Baq Hang!!!


Himpunan Kebangkitan Rakyat Kedah Dan Himpunan Menyokong Projek Ladang Buah Buahan Di Charok Genting Bunga Alahamdulillah Berjaya..Tapi Sayang Ribuan Manusia Tak Dapat Masuk Tapak Himpunan Sebab Jalan Sesak 3 KM..Nantikan Gambar2 Menarik Malam Ini...



Peserta Konvoi Mula Bergerak..

Gambar Himpunan Kebangkitan Rakyat Di Charok Genting Bunga Tasik Pedu Petang Tadi..



Tanpa Di Sediakan Bas..Tanpa Upah..Tanpa Baju Free...Rakyat Kedah Hadir Memberi Sokongan Penuh Kepada Kerajaan Negeri Kedah Di Bawah Pakatan Rakyat...


Gambar Himpunan Kebangkitan Rakyat Di Charok Genting Bunga Petang Tadi.... (IH/Hrkh)

Kisah-kisah Khalwat/Bogel Hari Kekasih, Di KL

khalwat
Antara pasangan yang ditangkap khalwat di hotel bajet di Jalan Tiong Nam, awal pagi semalam.
Wang RM 15,000 yang ditemui dalam beg milik seorang pemuda.
Wang RM 15,000 yang ditemui dalam beg milik seorang pemuda.
Penguat kuasa Jawi
Penguat kuasa Jawi memeriksa dokumen mereka yang ditahan ketika serbuan di sebuah hotel di Jalan Tiong Nam, semalam.
Wanita hamil lapan bulan antara yang ditahan.
Wanita hamil lapan bulan antara yang ditahan.

KUALA LUMPUR - “Jangan ambil wang itu, takut hilang. Saya sudah kumpul lama untuk beli rumah,” kata seorang lelaki selepas pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) menemui wang RM15,000 ketika pemeriksaan dilakukan di bilik sebuah hotel, di sini, semalam.

Lelaki berusia 20 tahun itu ditahan bersama pasangannya, seorang remaja berusia 16 tahun antara 10 pasangan yang ditahan sempena pada malam sambutan Hari Kekasih. Ketika disoal penguat kuasa, lelaki dari Kuala Lumpur itu berkali-kali memberitahu wang itu adalah untuk membayar pendahuluan pembelian rumah yang disimpan hasil perniagaan yang diusahakan.

Sementara itu, sepasang pelajar berusia 17 tahun yang cuba menipu pihak berkuasa kononnya mereka adik-beradik, ditahan kerana disyaki berkhalwat, di bilik sebuah hotel. Apabila diberitahu pegawai penguat kuasa bahawa kes mereka akan dimaklumkan kepada ibu bapa mereka, mereka menangis dan minta dilepaskan.

Datuk dicekup dengan janda

Dalam operasi sama juga, seorang ahli perniagaan berpangkat datuk ditahan bersama seorang janda di sebuah bilik di hotel bajet di Jalan Tiong Nam, awal pagi semalam. Datuk yang berumur 60 tahun berada dalam bilik bersama wanita berusia 29 tahun apabila pihak penguat kuasa mengetuk pintu bilik.

Setelah pintu dibuka selepas diketuk kira-kira 15 minit, datuk itu didapati dalam keadaan separuh bogel, sementara wanita itu berkemban. Janda itu difahamkan memberitahu pihak penguat kuasa bahawa dia susah dan sedar apa yang dilakukan adalah satu kesalahan. Datuk itu pula mengaku tiada pertalian sah dengan wanita berkenaan.

Pihak penguat kuasa juga menahan seorang wanita hamil lapan bulan dan seorang lelaki yang disyaki berkhalwat.

Jumlah tangkapan menurun

Jawi menyifatkan jumlah tangkapan khalwat yang rendah pada malam sambutan Hari Kekasih semalam membuktikan umat Islam di negara mempunyai kesedaran untuk tidak terlibat dalam gejala kemaksiatan. Pegawai Penguat Kuasa Kanan Perhubungan Awam Jawi, Tuan Asmawi Tuan Umar berkata, operasi di lapan hotel murah sekitar Kuala Lumpur dan Tasik Titiwangsa mencatatkan penahanan paling sedikit, iaitu sebanyak 10 pasangan.

“Tangkapan ini adalah melalui operasi pihak kami secara berterusan di kawasan Kuala Lumpur.
“Ini tangkapan paling kecil bilangannya dan ia menunjukkan penurunan daripada tangkapan pada tahun sebelumnya,” katanya di pejabat Jawi, semalam.

Menurutnya, pasangan yang ditahan berusia 13 hingga 50 tahun itu turut menerima tiga surat perintah hadir di bawah Akta Kesalahan Jenayah Syariah 1997 yang membawa hukuman denda dan penjara jika sabit kesalahan.(SH)

Friday, February 15, 2013

Bekas Artis Aishah Bertanding Di Parlimen Jelebu?

Aishah kini di Hospital Ampang Puteri sejak tiga hari lalu akibat demam panas.

KL:: Hari ini myMetro melaporkan, penyanyi Wan Aishah Wan Ariffin, 48, atau Aishah menyifatkan wujud spekulasi pihak tertentu mengatakan dirinya bakal diletakkan sebagai calon Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13)bagi Parlimen Jelebu, Negeri Sembilan hanyalah andaian semata-mata.

Aishah dilaporkan berkata demikian selepas sumber memaklumkan penyanyi itu adalah artis pertama negara yang bakal bergelar Yang Berhormat (YB) berikutan akan diletakkan sebagai calon bertanding dalam PRU akan datang. Penyanyi terbabit yang juga ahli sebuah parti politik berkata, beliau menyedari perkara itu hangat diperkatakan tambahan pula tarikh menjelang pilihan raya semakin hampir.

“Setakat ini saya belum mendapat kepastian mengenai pencalonan itu dan beranggapan ia hanyalah khabar angin. Lebih baik tunggu Parlimen dibubarkan dulu, barulah boleh dapat kata putus,” katanya.

Menurut Aishah, dia tidak pernah mengharapkan bergelar calon sebaliknya menyedari timbulnya ‘cakap-cakap orang’ mengenai penamaan itu. “Sebelum ini ramai yang bercakap mengenai perkara ini, tetapi tak tahulah, tunggu dan lihat saja,” katanya ketika dihubungi, semalam. Ditanya sama ada akan bertanding sekiranya diberi peluang, Aishah berkata, dia perlu memikirkan sebaik-baiknya tambahan pula tanggungjawab untuk memimpin adalah sesuatu yang sukar.

“Kalau ada peluang, saya kena fikir tindakan selanjutnya, kena solat istiqarah dan kena tahu sama ada masyarakat akan menerima atau sebaliknya,” katanya tidak mahu menganggap spekulasi itu sesuatu yang serius.

Sementara itu, Aishah yang dimasukkan ke Hospital Ampang Puteri sejak tiga hari lalu akibat demam panas turut meminta rakan artis yang `berhijrah’ tidak menghentam individu lain sebaliknya istiqamah dalam menambah ilmu agama.

"Pelek!,  mengapa myMetro yang pro BN, tolong kempen untuk Aishah yang jadi ahli PAS?" Komen seorang pembaca Metro, sewaktu ditemui weblog Ibnu Hasyim sebentar tadi. (IH)

Van Siam Curi Penumpang Kami, Mana Janji BN?


Mana janji Datuk Johari antara sepanduk yang dinaikkan

BUKIT KAYU HITAM: 'Van Siam Curi Penumpang Kami! Mana Janji Dato' Johari. Antara sepanduk yang dipamerkan. Seramai lebih 120 orang pemandu teksi yang tidak berpuashati dengan kehadiran van pengangkut penumpang dari negara jiran, Thailand mengadakan demonstrasi di Bukit Kayu Hitam semalam.

Demonstrasi diadakan di stesen teksi Bukit Kayu Hitam bermula jam 10.00 pagi dengan para pemandu teksi terbabit berbaris di tepi jalan sambil mengangkat kain sepanduk dan poster yang tertera slogan-slogan bantahan serta keluhan mereka. Mereka turut melaungkan suara bantahan seperti "Kami tuntut hak kami" dan "Mana Janji Ahli Parlimen Kubang Pasu?"

Masalah kemasukan van dari Thailand ini sudah berlarutan semenjak lebih 10 tahun lalu yang mana pada masa kini telah menjejaskan pendapatan pemandu teksi tempatan dengan teruknya. Para pemandu yang mengadakan demonstrasi tersebut terdiri daripada pemandu teksi dari Persatuan Pemandu Teksi Luar Bandar Bukit Kayu Hitam, Changlun dan Bandar Baru Sintok. Mereka turut disertai wakil dari pemandu teksi Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim dan Shahab Perdana, Alor Setar. (IH)

Kumpulan Waris Raja Sulu Filipina Ceroboh Sabah


KOTA KINABALU - Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata polis telah mengenal pasti kumpulan warga Filipina yang mendarat di persisir pantai Lahad Datu, Sabah sebagai pewaris berketurunan 'Raja Sulu' dari Selatan Filipina.

Beliau berkata kumpulan terbabit menuntut mereka dikenali sebagai Askar Diraja Kesultanan Sulu dan mereka tidak mahu rakyatnya berketurunan Sulu dihantar pulang ke negara asal.

"Kita telah hantar pasukan untuk berunding dengan mereka dan perbincangan berjalan baik dan kita beritahu mereka bahawa mereka kena tinggal (Sabah) secara baik dan kita tidak mahu apa-apa keadaan yang boleh menggugatkan keselamatan rakyat di negeri ini," katanya pada sidang akhbar di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu di sini hari ini.

Ismail berkata kumpulan itu yang kini berada di Kampung Tandau, Labian di Lahad Datu memberi jaminan akan meninggalkan tempat itu (Sabah) secepat mungkin dengan syarat tuntutan mereka dipenuhi. Beliau berharap anggota kumpulan berkenaan akan meninggalkan negeri ini secepat mungkin dan menegaskan tuntutan seharusnya dibuat secara diplomatik, bukan secara mengejut seperti yang dilakukan itu.

"Kita lihat perbincangan dalam keadaan terkawal dan pasukan keselamatan telah mengambil tindakan awal dengan mengepung kampung itu sejak semalam dan saya percaya perkara ini dapat diselesaikan secara baik dalam masa terdekat," katanya.

Beliau berkata pihaknya mengganggarkan kumpulan itu melebihi 100 orang dan tidak menolak kemungkinan mereka bersenjata, namun demikian polis mengambil pendekatan 'berhati-hati' bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

"Setakat ini keadaan tidak tegang dan mereka kelihatan berkelakuan baik. Kita percaya kumpulan itu mempunyai sahabat di kampung itu tetapi tidak mempunyai rumah di situ. Mereka pergi duduk di surau dan menumpang rumah-rumah di kampung," katanya sambil menambah kumpulan itu tidak mahu dikaitkan dengan mana-mana kumpulan militan di Filipina.

Pada peringkat ini, katanya, rundingan sedang berjalan dan beliau menasihati penduduk di sekitar Lahad Datu supaya tidak percaya pada khabar angin. Beliau turut memberi jaminan bahawa keadaan adalah baik serta selamat dan polis Sabah akan melakukan yang terbaik untuk menangani kemelut itu segera.
Katanya kumpulan itu difahamkan menggunakan bot pancung dan pihaknya akan menyiasat bagaimana mereka berjaya memasuki negara ini. - Bernama

Bisnes Sewa Teman Lelaki Sudah Ada Di M'sia?


Penduduk awam bersuka ria menyambut ketibaan tahun baharu 2013 di Tugu Peringatan Abad Beijing.

DI CHINA, kini sama ada lelaki atau wanita semakin terdesak dan me-ngalami kesukaran mencari pasangan hidup kerana sibuk bekerja untuk dapatkan kehidupan lebih baik. Menyedari hakikat ini, ada pihak yang memanfaatkan peluang dengan menawarkan khidmat (?) menyewa teman lelaki.

Perkhidmatan ditawarkan secara dalam talian dan mula menghiasi laman web China. Khidmat yang kononnya terlalu sayang untuk dilepaskan begitu saja, terutama demi menjaga hati orang tua pada musim perayaan seperti dalam menymbut Tahun Baru Cina baru-baru ini. Kepentingan menjaga nilai murni iaitu menghormati orang tua, yang mahukan anak masing-masing mempunyai teman dan membawanya balik ke rumah sempena Tahun Baru Cina.

Bagaimanapun, keinginan ibu bapa ini memberi tekanan kepada sesetengah golongan muda di China terutama wanita yang berasa terbeban dengan harapan keluarga dan tuntutan cinta moden. Sehingga kini, lebih 300 maklum balas dipaparkan dalam laman web beli-belah terkenal di China, Taobao.com untuk menyewakan teman lelaki sepanjang cuti tahun baru. Tahun Baru Cina kali ini terkenal sebagai saat berlakunya migrasi tahunan (manusia) terbesar di dunia.

“Golongan muda memang mahu balik ke kampung halaman tetapi ramai yang rasa bimbang. Kalau balik tanpa teman lelaki atau wanita, ibu bapa mereka akan berleter panjang. Kebanyakannya akan mula sibuk mengaturkan temu janji atau mencarikan seseorang yang boleh menemukan anak mereka dengan wanita atau lelaki bujang lain,” kata Meng Guangyong, 29, dari wilayah Guizhou yang terletak di barat daya China tetapi tinggal di Beijing.

Dia antara individu yang menjalankan perniagaan broker teman lelaki sewa malah pada masa sama, turut menyewakan dirinya sendiri.

“Walaupun anda balik ke kampung untuk bergembira dan berseronok menyambut tahun baru, oleh kerana tiada teman istimewa dan disusuli usaha ibu bapa menemukan anda dengan seseorang, ia akan menimbulkan suasana tegang. Akhirnya semua orang berasa tidak gembira,” katanya.

Meng sendiri mengakui, menziarahi ibu bapa setahun sekali pada hari besar itu memang mudah tetapi mencari pasangan hidup di China kini menjadi perkara yang amat payah. Cara hidup moden di kota besar, hidup dikelilingi orang yang tidak dikenali dan terpaksa bekerja lebih lama menyebabkan jaringan sosial menjadi lebih kecil serta menyempitkan peluang untuk mencari pasangan.

Selain itu, perkembangan ekonomi yang pesat sejak beberapa dekad kebelakangan ini mengubah pandangan hidup kerana penduduk China kini lebih mementingkan kebendaan dan sasaran perkahwinan juga sudah berubah, kata pakar ekonomi dan pengulas sosial di Institut Teknologi Beijing, Hu Xingdou. 
Tradisi menempel kuplet sempena Tahun Baharu Cina bermula pada zaman Dinasti Song. Orang Cina suka menempel kertas merah yang ditulis Selamat Tahun Baharu atau harapan baik di kedua-dua belah daun pintu, atau menempel bermacam-macam lukisan tradisi yang melambangkan bahagia di daun pintu, jendela atau dinding, sebagai harapan kedatangan nasib yang baik pada tahun yang akan datang. Ini telah menjadi cara yang paling biasa untuk merayakan Tahun Baharu Cina di desa dan sebahagian bandar dan pekan.

Pasangan Perkahwinan

Golongan lelaki khususnya lebih merasakan tekanan dan terpinggir daripada pasaran perkahwinan yang semakin mahal belanjanya. Ini kerana selain bertanggungjawab mencari nafkah keluarga, mereka juga dikehendaki menyediakan rumah dan kereta. Pada masa sama, mereka juga perlu memenuhi syarat seterusnya iaitu mempunyai pekerjaan yang baik. Lelaki yang mempunyai kerjaya baik lebih dipandang tinggi.

Bagi wanita pula, ‘saham perkahwinan’ mereka merudum selepas melewati umur 27 tahun iaitu sebaik memasuki alam ‘shengnu’ atau ‘wanita baki’ (yang tidak terpilih untuk berkahwin muda). Ini adalah stigma sosial yang menyebabkan ramai wanita tertekan.

Kata Hu, ibu bapa mengharapkan anak-anak mereka berkahwin awal supaya boleh melahirkan cucu lelaki yang akan mewarisi nama keluarga dan mengelakkan anak perempuan mereka menjadi anak dara tua jika masih tidak berkahwin pada usia 28 tahun.

“Di sini tidak seperti di Barat iaitu seseorang itu boleh hidup berdikari sepenuhnya dan ibu bapa tidak campur tangan dalam percintaan mereka. Orang China sangat mementingkan pandangan keluarga. Inilah sebabnya kami mesti menggembirakan ibu bapa,” katanya.

Pada masa sama, perkahwinan di China kini mula kelihatan seperti urus niaga. Hu mengakui kewujudan perkhidmatan menyewa teman lelaki atau wanita ada kebaikannya kerana ia boleh membuat-kan ibu bapa berasa lega apabila melihat anak mereka balik ke kampung dengan seseorang.

Urusniaga

Sama dengan perniagaan lain, perkhidmatan menyewakan teman lelaki ini juga banyak syaratnya yang menyebabkan usaha mencari teman lelaki palsu sesukar mencari teman lelaki sebenar. Bayaran yang dikenakan juga berbeza-beza mengikut ‘tugas’. 

Contohnya,
  • bersembang (30 yuan sejam atau RM15).
  • Jika keluar makan, harga makanan perlu dibayar oleh pe-nyewa selain 50 yuan sejam (RM24) untuk bayaran kehadiran. 
  • Berbual dengan orang tua (ibu bapa): percuma. 
  • Pakej sehari suntuk: 1,000 yuan (RM497).
  • Pegang tangan, peluk dan cium masuk dalam kategori perkhidmatan pilihan. 
  • Pada satu iklan tertulis harga perkhidmatan iaitu 10 yuan (RM5) untuk pegang tangan, 
  • 20 yuan (RM10) bagi yang mahu pelukan 
  • dan 500 yuan (248) untuk bercium.
Ada agensi yang mengenakan syarat tidak boleh mengadakan hubungan intim dan perlu membiarkan pintu bilik terbuka. Bagaimanapun, ada yang membenarkannya tetapi meminta penyewa memberikan laporan kesihatan.

Walaupun mahukan wang, individu yang menyewa diri sendiri tetap mahukan jaminan keselamatan. Dalam satu iklan menyewakan teman wanita tertulis, ‘saya mahu wang, tetapi saya juga mahu terus hidup’. Wanita berkenaan mengenakan bayaran 15 yuan (RM7.50) sejam untuk menjadi teman ke pesta dengan syarat ia diadakan di tempat yang selamat.

Menurut Meng, menjadi broker teman lelaki bukan mudah dan ada banyak kerja yang perlu dilakukan, apatah lagi jika wanita mahukan lelaki yang tinggi, tampan dan cukup menarik untuk berlakon sebagai pasangannya supaya boleh membuatkan bekas teman lelaki di kampung berasa cemburu.

Apabila persetujuan dicapai, Meng menggalakkan pasangan ini berjumpa terlebih dulu untuk berkenalan supaya mereka boleh berlakon dengan baik di depan ibu bapa penyewa. Mempunyai teman lelaki atau wanita palsu ini bukan saja boleh menggembirakan ibu bapa tetapi pasangan itu sendiri akan berasa seronok, apatah lagi Hari Kekasih jatuh empat hari selepas Tahun Baru Cina.

“Tidak kira sama ada anda menyewa diri sendiri atau menyewa orang lain untuk menghabiskan cuti bersama dan menghilangkan kesunyian. Walaupun tidak mempunyai teman istimewa, anda boleh berpura-pura menyambut Hari Kekasih,” kata Meng. 

Di Malaysia kalau ada wanita-wanita muda yang membawa lelaki ke rumahnya di kampung, untuk ditunjukkan kepada ibubapa dan kaum keluarganya sebagai bakal pasangan perkahwinannya, adakah itu juga termasuk 'sewa teman lelaki? Sewanya bukan dengan wang, tapi ditukar dengan keseronokan, kebanggaan dan kebebasan dari tradisional budaya? (IH)

Thursday, February 14, 2013

Seorang Mati, Pengambilan Coca-cola. -D/Crecar

WELLINGTON: Pakar jantung New Zealand mengesahakan punca utama kematian seorang wanita di negara itu disebabkan oleh habitnya yang suka minum Coca-cola dalam kuantiti yang banyak. Natasha Harris, 30-an, meninggal dunia tiga tahun lalu mendapat serangan jantung akibat dan dilaporkan kerana mengambil minuman bergas itu sehingga 10 liter setiap hari.

Malah, wanita malang itu turut dilaporkan mengambil kafein secara berlebihan dengan jumlah gula 11 kali ganda daripada yang disyorkan setiap hari. Pakar jantung, David Crecar berkata, pengambilan Coca-cola secara berlebihan boleh menyebabkan jantung berdegup terlalu cepat atau terlalu lambat.


“Meminum Coca-cola sebanyak 10 liter adalah sama dengan pengambilan satu kilogram gula dan 970 miligram kafein.
“Tetapi syarikat itu tidak sepatutnya dipersalahkan kerana adalah menjadi hak pengguna untuk mengambil tahu sama ada implikasi sekiranya mengambil minuman itu secara berlebihan atau dalam kadar yang sepatutnya,” katanya.


Dalam perkembangan berkaitan, Coca-cola turut mengakui bertanggungjawab terhadap perkara itu kerana kematian wanita tersebut tidak dapat dibuktikan berpunca daripada pengambilan minuman itu secara berlebihan. Natasha yang berasal dari selatan New Zealand mengalami sakit tenat sebelum menemui ajal.
Menurut keluarganya, Natasha ketagih minum Coca-cola dan jika kehendaknya tidak dipenuhi, dia akan mula bertindak luar kawalan. 


“Dia akan berlari keluar rumah untuk semata-mata bagi mendapatkan minuman itu,” kata ibu mertuanya, Vivien Hodgkinson ketika disoal dalam inkues kematian tahun lalu.

Katanya, Natasha minum minuman tersebut sepanjang hari dan giginya juga rongak akibat mengalami kerosakan serius.


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Teruskan boikot. Jangan jadi pembunuh melalui botol Coca-Cola. (IH)

Lihat sebelum ini..

(IH/SH)

Nostalgia Banggul Peradung... Aishah & KS Bawani





KUALA TERENGGANU: Mulai semalam hingga Sabtu ini, semua penyokong dan pimpinan PAS Terengganu berkampung untuk program PAS Ganti Umno (PGU). Kali ini, Kampung Banggul Peradung yang terletak di DUN Telok Pasu yang terkenal dengan "Amanat Haji Hadi' telah dijadikan tapak perhimpunan PGU yang terakhir menjelang pilihan raya umum ke 13.

Di kampung inilah pada awal tahun 1980an dahulu, Amanat haji Hadi direkodkan dan dijadikan modal kempen Umno untuk memberikan imej negatif kepada PAS. Namun, PAS telah menjadikannya sebagai tapak untuk menyerang kembali Umno dan bakal menggantikan parti yang disifatkan oleh Tun Dr Mahathir sebagai sudah busuk hingga ke usus itu.
Semalam, program bermula sejak jam 10 pagi lagi dengan karnival jualan dan aneka permainan kanak-kanak. Malam tadi, hiburan alternatif dipersembahkan oleh penyanyi dari Shoutul Amal, Iwan Shahman, Pondok Darul Muhajirin dan juga Dikir Barat Jen KL dan Megat Nordin.

Pagi ini, program  khas dengan beberapa selebriti diadakan termasuk bertemu muka dengan KS Bawani, gadis India yang menggoncang negara melalui video klip listen! listen! Listen!. Turut serta adalah Aishah dan juga Dr Khairudin at-Takiri. Petang ini pula dipersembahkan pentomen dan nasyid manakala malam ini ceramah NGO akan diadakan di sini.

Besok pula akan diadakan larian ekspedisi hijau PGU dan pertandingan bola sepak.  Malam esok pula akan diadakan ceramah khas oleh Datuk Dr Haron Din (timbalan mursyidul am PAS), Haji Mohamad Sabu (timbalan presiden PAS) dan Datuk Nasrudin Daud (Speaker DUN Kelantan)

Sabtu 16 Februari pula adalah hari kemuncak PGU ini dan majlis perasmian akan diadakan pada sebelah petangnya. Ia bermula dengan pelbagai permainan, ekspresi muslimat, ziarah perubatan pada sebelah pagi dan jamuan rakyat pada tengaharinya.

Majlis perasmian PGU ini akan bermula pada sebelah petang di mana ia akan dirasmikan sendiri oleh Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Malamnya pula akan ada ceramah umum yang akan diberikan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi serta beberapa pimpinan yang lain. (IH/Hrkh)

Lagi Aksi Bogel, Perjuangan Femen Ada Di M'sia?

Mereka merayakan pengunduran diri Paus Benediktus dan keputusan parlemen Prancis terkait RUU pernikahan sesama jenis.
REUTERS
 
KEMASKINI
AKSI bogel aktivis Femen di Gereja Notre Dame de Paris pula. Mereka merayakan pengunduran diri Paus Benediktus dan keputusan parlemen Perancis berkait pernikahan sesama jenis. 

Para aktivis dari organisasi hak-hak perempuan Femen beraksi di depan loceng perunggu baru yang berada di Gereja Katedral Notre Dame de Paris di Paris (12/2). Menurut aktivis, protes ini diakukan untuk merayakan pengunduran diri Paus Benediktus dan keputusan parlemen Perancis untuk menyetujui rancangan undang-undang yang memungkinkan pernikahan sesama jenis.
Para demonstran memasuki bandara kemudian menggelar aksi dan melepas pakaian mereka untuk memprotes wisata seks.
REUTERS: Pendemonstran Femen memasuki lapangan terbang, londeh pakaian memprotes 'pelancungan seks'.

MEREKA yang mendemo adalah aktivis dari Kiev, Ukraine kelompok feminis 'Femen', melancarkan aksi protes di sebuah lapangan terbang Internasional di Rio de Janeiro, Brazil (8/2). Mereka memasuki lapangan terbang,  berbogel  memprotes 'Pelancungan Seks' selama perayaan karnaval di Brazil.itu.

Adakah perjuagan seperti ini di Malaysia? 

Bunyinya baik 'memprotes pelancungan seks' tetapi menurut cara salah dengan berbogel, tidak bermoral dan lain-lain. Di negara-negara umat Islam, pemimpin dan keluarga pemimpin negara juga berbogel seperti puak Femen ini, walaupun cuma berbogel rambut atau berpakaian tetapi berbogel (istilah dalam hadis Nabi). Sama saja dari segi hukum.

Contoh lagi.. Ada kerajaan mahu melakanakan Islam kononnya, tetapi..
  •  kerajaan itu sendiri jadi taukeh judi, 
  • taukeh pusat hiburan maksiat, 
  • taukeh pelacuran di hotel-hotel, kelab golf dan lain-ain, 
  • menolak hukum Allah 'hudud' dan sebagainya. 
  • melanjutkan perjuangan asobiah jahiliah sehingga membelakangi keadilan, 
  • tidak mampu banteras rasuah, 
  • kroni dalam maksiat, 
  • mengekalkan undang-undang penjajah Lord Read yang tidak Islamik 
  • dan banyak lagi.
Kini, sampailah masanya bagi rakyat Malaysia yang berbagai kaum, memberi peluang kepada parti Islam membuktikan perlaksanaan sebuah negara kebajikan yang adil dan merdeka dari kezaliman. Tuan-tuan dipelawa, tunjukkan sokongan kepada Islam dan keadilan dalam PRU 13 ini, dengan menolak dan meranapkan BN! Sekian.

Kalau nak tengok gambar berkaitan hal ini boleh, kalau nak bising-bising jangan tengok lagi baik....
Ini gambar lagi teruk...
FOTO LAKNAT DI SINI
 (IH)

Wednesday, February 13, 2013

RM403J, 11Projek Kedah Rugi, Ada Penyelewengan?


KL: Teras Pengupayaan Melayu (Teras) menggesa pendedahan terhadap kerugian yang didakwa bernilai RM403 juta dalam 11 projek awam ketika kerajaan BN memerintah negeri Kedah perlu mendapat penjelasan daripada pentadbiran ketika itu dan pihak Jabatan Audit Negara perlu membuat siasatan.

Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, jumlah kerugian yang dinyatakan itu sangat signifikan bagi negeri seperti Kedah yang bukan sahaja memberi kesan  kepada aliran kewangan pembendaharaan negeri malah boleh menjejaskan integriti kerajaan di kaca mata kerajaan Pusat dan institusi kewangan.

“Kami mempersoalkan bagaimana pihak kerajaan persekutuan mengawal projek-projek awam di negeri yang menggunakan peruntukan Kerajaan Pusat. Jika perbelanjaan tersebut dikeluar di zaman BN memerintah negeri Kedah sewajarnya semua dokumen yang ada dalam agensi-agensi pelaksana pusat dan negeri disiasat,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Beliau berpendapat jika segala pengurusan 11  projek tersebut berjalan mengikut prosedur, pihak ketua kerajaan di zaman BN itu tidak perlu takut untuk memberi penjelasan asalkan fakta dan rekod yang ada tidak diselewengkan. Tetapi, ujarnya jika jelas ada penyelewengan, maka tindakan mengikut undang-undang perlu diambil kerana ia melibatkan wang awam.


Semalam, Pengerusi Bongkar 403 juta, Mohd Firdaus Jaafar menjelaskan, sebanyak 11 penyelewengan yang telah dilakukan oleh BN sebelum ini yang mengakibatkan rakyat Kedah terpaksa menanggung hutang sebanyak RM403 juta. Bercakap dalam sidang akhbar di Pejabat Agung PAS, beliau berkata, penyelewengan yang dilakukan oleh BN adalah berkenaan dengan loji air Padang Sanai dan Lubuk Buntar yang melibatkan kerugian RM145 juta

"Kerajaan negeri di zaman BN telah menolak status geran membina loji pembersihan air di Lubuk Buntar dan Padang Sanai yang diberikan oleh kerajaan pusat, dengan memilih untuk mengambil status pinjaman.
"Pembinaan loji pembersihan air Lubuk Buntar yang berkapasiti 25 juta liter sepatutnya bernilai RM25 juta, tetapi harganya menjadi RM65 juta apabila ditukar status pinjaman," katanya.

Justeru, kata Mohd Azmi, Teras kesal isu penyelewengan dalam pelaksanaan projek kerajaan masih berleluasa seperti yang digambarkan dalam Laporan Audit Negara. Menurutnya lagi, rekod salahguna kuasa dan mengaut keuntungan untuk kepentingan peribadi telah merosakkan imej negara di kacamata pelabur dalam dan luar negara.

Beliau berkata, jika kerajaan BN Negeri Kedah mencatat rekod kerugian dalam projek-projek yang dilaksanakan atau terbukti berbelanja di luar prosedur yang sepatutnya sehingga kos sengaja dibesarkan (over inflate) untuk memberi keuntungan kepada pihak tertentu, maka tindakan tegas perlu diambil dan pihak kerajaan yang memerintah ketika itu perlu dipertanggungjawabkan.

“Kami mengingatkan segala kerugian ini bukan sahaja akhirnya akan ditanggung oleh rakyat Kedah sendiri namun kerugian itu juga menjadi hutang yang akan terbeban kepada kerajaan negeri sekarang dan juga generasi mendatang.
“Kami menegaskan ini jelas adalah satu perompakan harta generasi selanjutnya. Pecah amanah dalam menjaga perbendaharaan negeri adalah suatu pengkhianatan yang tidak boleh dikompromi,” katanya.

Pihak berkuasa yang bertanggungjawab melulus dan mengeluarkan pembayaran hendaklah dijejaki sehingga mereka yang terlibat menyebabkan kerugian yang ditanggung diambil tindakan sewajarnya. Mohd Azmi berkata, Teras akan turut mengesan pelbagai projek negeri dan Persekutuan yang  mengeluarkan perbelanjaan besar yang tidak sepatutnya supaya dapat mendedahkan kepincangan dan penyelewengan yang terjadi.

Katanya, rakyat tidak lagi boleh bertolak ansur dengan kerajaan yang mengurustadbir kewangan awam dengan cara menyalah guna kuasa dan penyelewangan dalam melaksana projek kerajaan.

“Kami menuntut ketelusan pihak kerajaan yang bertanggungjawab ketika 11 projek tersebut dilaksanakan. Pihak Audit Negara harus menghantar pasukan khas untuk menyiasat semua rekod projek yang berkenaan,” ujarnya lagi. (IH/Hrkh)

Deepak: 'Black Magic Women' Najib-Rosmah?


 
KL: Peniaga permaidani, Deepak Jaiskishan akan menerbitkan buku keduanya, Black Rose 2.0 bertajuk "Black Magic Women' tidak lama lagi.

Menurut satu kenyataan yang dihantar beliau kepada wartawan, buku 47 halaman berbahasa Inggeris ini akan mengandungi pelbagai pendedahan terbaru.

"Buku ini akan mengandungi nama, gambar, alamat, bayaran yang dibuat dan amalan yang selalu dibuat oleh (Datuk Seri) Najib & (Datin Seri) Rosmah termasuk amalan yang berlawanan dengan penyokong politiknya menggunakan ahli sihir dan bomoh dari Kelantan," tulis Deepak dalam kenyataan itu.

Sebelum ini, buku bertajuk 'Black Rose: Black Rose 1.0' telah diedarkan melalui internet namun ketika dihubungi Harakahdaily Deepak enggan mengesahkan apakah itu bukunya yang pertama. Buku itu kemudiannya dibuat dalam bahasa Malaysia dengan dimasukkan sekali akuan bersumpah P Balasubramaniam yang pertama dan kedua serta wawancara Harakahdaily dengan Deepak.

Minta Dr M amal wisdom


Dalam kenyataan terbarunya, Deepak juga memaklumkan beliau berharap Tun Dr Mahathir Mohamad, bekas Perdana Menteri juga mengamalkan 'wisdom' sebagaimana yang dimintanya dari petugas Proton. Dr Mahathir juga, kata Deepak, patut meminta Datuk Seri Najib Razak mengamalkan 'wisdom' bukan 'wifedom' sebagaimana yang berlaku sekarang. (Hrh)

Tuesday, February 12, 2013

Temuan Baru,Bangsa Cina Temui Amerika 2250 SM..

 CATATAN SANTAI IBNU HASYIM

BANGSA China sudah menemui benua Amerika sejak tahun 2250 SM, setelah ditemukanya beberapa artefak-artefak, Dr.Charlotte Harris Rees merilis buku ''Asiatic Fathers of The Americas''. Hasil temuannya berdasarkan hasil arsip Peta Cina, dan Koleksi peta antik dari seluruh dunia.

Banyak kesamaan antara budaya Cina Kuno dengan Suku Amerika Asli dan budaya Mesoamerika termasuk bahasa,adat istiadat,seni,praktik ritual, dan lain-lain. Juga telah ditemukan topeng pada peradaban tertua di Amerika iaitu budaya Olmec.

Telah kita lihat kedua topeng ini, bila dianalisa mungkin ini mirip dengan ukiran-ukiran khas China pada zaman Dinasti Shang.. iaitu dinasti tertua di China sekitar 1766 SM, tahun lahirnya peradaban China pertama kalinya. walau dilihat mukanya memang agak mirip orang China kerana satu DNA, namun sudah terpisah pada zaman batu besar dahulu. Pada masa itu peradaban belum muncul.

Dengan penemuan kedua ini mungkin kamu akan terkejut, kerana salah satu penemuan dari Dr. Harris Rees dari hasil catatan Shan Hai Jing 2200 SM , terdapat peta yang menunjukan seluruh dunia. Amerika, Eropah, Australia pun tercantum di peta itu, kita dapat lihat benua Amerika di kiri dan di kanan, dan dicantumkan juga sebuah peta kedua iaitu peta interpretasinya dari David Allen Deal, seperti gambar di atss sekali

Apa itu 'shan hai jing'?

Shan Hai Jing: yang berarti ''Kumpulan Pegunungan dan Lautan'' / ''Collection of the Mountains and Seas'', adalah sebuah kumpulan/kompilasi mengenai geografi, sumber daya alam, fiksi, mitologi, pengubatan, dan ritual kuno pra Dinasti Qin, dianggarkan1000 SM ke belakang. 

Dr Harris Rees percaya ianya ditulis pada 2200 SM dan, telah dibuktikan bahawa mereka sudah melakukan ekspedisi dari China menuju Timur Jauh melalui lautan luas ke sebuah tanah yang indah bernama Fusang. Dr Harris Rees percaya bahawa ini adalah California, iaitu pantai barat Amerika Syarikat (sekarang). 

Catatan Shan Hai Jing terdapat beberapa bab tentang sebuah tempat-tempat di dunia iaitu
  • Bab 1 : Nanshan Jing (Classic of The Mountains: South) Menceritakan pegunungan di dunia selatan contoh australia, new zealand, salah satunya dicantumkan pegungan di selatan yang mirip dengan uluru/ayers rock di Australia.
  • Bab 2: Xishan Jing (Classic of The Mountains:West) Menceritakan pegunungan di dunia barat, bahkan konon pegunungan Himalaya, Cappadocia, dan Alps diceritakan karena mirip dengan apa yg dicantumkan SHJ* (Shan Hai Jing)
  • Bab 3: Beishan Jing (Classic of The Mountains: North) Menceritakan pegunungan di dunia utara bahkan konon Pegunungan Ural disebutkan
  • Bab 4: Dongshan Jing (Classic of the Mountains: East) Menceritakan pegunungan di negeri Cina itu sendiri
  • Bab 5: Zhongshan Jing (Classic of the Mountains: Central) Menceritakan pegunungan di Asia Tengah contoh Hindu Kush,Tian Shan, Himalaya,
  • Bab 6: Haiwainan Jing (Classic of Regions Beyond The Seas: South) Menceritakan sebuah tanah subur di belahan dunia selatan dari laut Timur diperkirakan Amerika Selatan
  • Bab 7: Haiwaixi Jing (Classic of Regions Beyond The Seas: West) Menceritakan Tanah subur Fusang yang sangat indah, orang yang bermigrasi di sana tidak akan balik ke China.
  • Bab 8: Haiwaibei Jing (Classic of Region Beyond The Seas: North) Menceritakan Dingin nya tanah subur di Utara, diperkirakan Kanada dan Alaska.
  • Bab 9: Haiwaidong Jing (Classic Region Beyond The Seas: East) Menceritakan Tanah subur bagian Timur dengan orang-orangnya yang liar yang dipenuhi kepulauan diperkirakan ini adalah orang suku Karibia di Kepulauan Karibia itu sendiri.
  • Bab 10: Haineinan Jing (Classic Region Within The Seas: South) Menceritakan keadaan laut di belahan dunia selatan diperkirakan Samudera Hindia.
  • Bab 11: Haineixi Jing (Classic Region Within The Seas: West) Menceritakan keadaan laut di belahan dunia barat diperkirakan Laut Mediterannia dan Atlantik, bahkan Dr.Harris Rees berkata Bangsa China sudah berteman dengan Orang Pelasgia di Yunani (bangsa berkebudayaan tinggi di Yunani sebelum budaya Yunani datang), dan bangsa Babilonia.
  • Bab 12: Haineibei Jing (Classic Region Within The Seas: North) Menceritakan laut belahan dunia utara, dan menceritakan manusia berbulu lebat, diperkirakan Bangsa China bertemu dengan Suku Ainu di Pulau Sakhalin di Russia.
  • Bab 13: Haineidong Jing (Classic Region Within The Seas: East) Menceritakan bangsa ia sendiri melakukan pelayaran menuju lautan Timur.
  • Bab 14: Dahuangdong Jing (Classic of the Great Wilderness:East) Menceritakan informasi penting di belahan dunia timur (khususnya Fusang).
  • Bab 15: Dahuangnan Jing (Classic of the Great Wilderness: South) Menceritakan informasi penting belahan dunia selatan (Australia).
  • Bab 16: Dahuangxi Jing (Classic of The Great Wilderness: West) Menceritakan informasi penting belahan dunia barat.
  • Bab 17: Dahuangbei Jing (Classic of The Great Wilderness: North) Menceritakan informasi belahan dunia utara.
  • Bab 18: Hainei Jing (Classic Regions Within The Seas) Menceritakan keseluruhan informasi lautan/samudera di seluruh dunia.
Zheng He/Cheng Ho Mencari Jawapan dan Menemuinya Lagi

Cheng Ho pada tahun 1421 melakukan ekspedisi besar-besaran yang berdasarkan buku sejarah 7 pelayaran 30 tanah, namun seorang Veteran Kapal Selam Inggeris Terkemuka Gavin Menzies meneliti bahawa Cheng Ho melakukan pelayaran menuju 3000 tanah, bukan 30 tanah. Diperkirakan bawahannya Zhou Wen telah melakukan pelayaran dari kepulauan Cape Verde di Afrika menuju Kepulauan Karibia sampai membuat pangkalan di Rhode Island, AS. contoh peta yang muncul sebelum Colombus muncul di China. 

Ini gambarnya:



Dalam judul ini '' it concludes'' (disimpulkan bahawa..) Mungkin Colombus adalah Orang Sepanyol yang pertama kali menemui Amerika, dan nampaknya sangat logik (bukan orang Eropah pertama), (kerana) di antara itu Orang Eropah yang pertama kali menemukan Amerika adalah Leif Ericson iaitu pelaut Viking yang membuat Koloni di Kanada. 

Begitulah, kira-kira...

Rujukan:

Wassalam.

Catatan Santai Ibnu Hasyim  
A lamat: ibnuhasyim@gmail.com    
12 Feb 2013
KL


Sila lihat...
E-Buku IH-59: C/Santai (Minda) IH Mulai Jun 2012
E-Buku IH-59: C/Santai (Minda) IH Mulai Jun 2012
 

Arab Spring Berlaku Jika PRU13... -Mat Sabu


SHAH ALAM – Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu (gambar)  menegaskan, 'Arab Spring' hanya akan berlaku di negara ini jika pilihan raya umum dicemari dengan penipuan pihak-pihak berkepentingan sehingga menimbulkan kemarahan rakyat.

Katanya, keadaan itu tidak mungkin berlaku hanya kerana mana-mana parti politik yang bertanding itu tewas dan tidak berpuas hati dengan keputusan pilihan raya.

“Arab Spring itu berlaku kalau berlaku penipuan dalam pilihan raya, tak ada demokrasi, bukan soal kalah, kita dah banyak kali kalah, tak ada masalah, tak ada pun turun ke jalan raya.
"... Pas sendiri dah banyak kali bertanding dan kalah dalam pilihan raya, tapi kita tak turun jalan pun,” katanya yang dihubungi Sinar Harian Online, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas lanjut kenyataan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan kelmarin yang percaya 'Arab Spring' boleh berlaku di negara ini sekiranya pihak yang kalah pilihan raya umum akan datang tidak puas hati dengan keputusannya.

Pandangan itu diberi susulan kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad minggu lalu. Kata Musa, pihak yang kalah akan menggunakan penyokong-penyokong mereka untuk membuat huru-hara dan rusuhan bagi menjatuhkan kerajaan sebagaimana berlaku di Asia Barat. (SH)

Psy: Bangga Pakai Buju 'T' 'Bersih' & 'Save Lynas'..


 
GEORGE TOWN:Meskipun kehadirannya ke Pulau Pinang mendapat bantahan dari ribuan peminatnya, Superstar Korea Selatan, Psy akhirnya hadir juga untuk menjayakan program sambutan Tahun Baru Cina anjuran Barisan Nasional Pulau Pinang.

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak dilaporkan telah tiba ke Pulau Pinang sejak dari semalam lagi bagi menumpang populariti superstar tersebut. Mengambil kesempatan dari jumlah hadirin yang melebihi 50,000 orang dalam program tersebut Najib telah memberikan ucapan sebelum Psy memulakan persembahan.

Malangnya sambutan yang diterimanya hambar sekali kerana kebanyakkan yang hadir itu bukannya mahu melihat dan mendengar apa yang Najib mahu sampaikan.. tetapi mereka mahu melihat persembahan Psy.. Najib dalam ucapannya menjanjikan akan mempertimbangkan akan menaik taraf Kolej Han Chiang kepada taraf Universiti jika Barisan Nasional diberikan mandat untuk memerintah Pulau Pinang selepas PRU13 nanti.

Mengakhiri ucapannya Najib sekali lagi menjanjikan masa depan yang lebih cerah buat Pulau Pinang jika Barisan Nasional kembali berkuasa... cerah?.. mungkin cerah macam Sabah kot? Ketua Menteri Pulau Pinang yang sebelum ini dilaporkan akan turut hadir dalam majlis Barisan Nasional ini telah membatalkan kehadirannya itu.

Namun begitu ianya bukanlah sebagai tanda boikot atau protes tetapi beliau ke Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas bagi menyambut ketibaan DYMM Raja Permaisuri Agong. Apa yang membuktikan bahawa bukan semua yang hadir dalam majlis anjuran Barisan Nasional itu menyokong Barisan Nasional ialah kehadiran ramai penyokong Pakatan Rakyat yang berbangsa Cina ke majlis tersebut.

Mereka dengan bangganya memakai baju 'T' Bersih dan juga baju 'T' Save Lynas.. yang menyebabkan blogger-blogger UMNO mengelupur bagai cacing kepanasan kerana propaganda yang mereka bakal mainkan kononnya rakyat Pulau Pinang telah kembali menyokong Barisan Nasional digagalkan mereka ini..














LinkWithin

Related Posts with Thumbnails