Tuesday, February 12, 2013

Arab Spring Berlaku Jika PRU13... -Mat Sabu


SHAH ALAM – Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu (gambar)  menegaskan, 'Arab Spring' hanya akan berlaku di negara ini jika pilihan raya umum dicemari dengan penipuan pihak-pihak berkepentingan sehingga menimbulkan kemarahan rakyat.

Katanya, keadaan itu tidak mungkin berlaku hanya kerana mana-mana parti politik yang bertanding itu tewas dan tidak berpuas hati dengan keputusan pilihan raya.

“Arab Spring itu berlaku kalau berlaku penipuan dalam pilihan raya, tak ada demokrasi, bukan soal kalah, kita dah banyak kali kalah, tak ada masalah, tak ada pun turun ke jalan raya.
"... Pas sendiri dah banyak kali bertanding dan kalah dalam pilihan raya, tapi kita tak turun jalan pun,” katanya yang dihubungi Sinar Harian Online, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas lanjut kenyataan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan kelmarin yang percaya 'Arab Spring' boleh berlaku di negara ini sekiranya pihak yang kalah pilihan raya umum akan datang tidak puas hati dengan keputusannya.

Pandangan itu diberi susulan kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad minggu lalu. Kata Musa, pihak yang kalah akan menggunakan penyokong-penyokong mereka untuk membuat huru-hara dan rusuhan bagi menjatuhkan kerajaan sebagaimana berlaku di Asia Barat. (SH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails