Saturday, August 01, 2015

Demo Tangkap Najib, Tapi.. Aktivis Ini Ditangkap Polis, Sebentar Tadi..



Auntie Bersih - wanita warga emas yang dikenali ramai dalam kebanyakan perhimpunan - atau nama sebenarnya Anne Ooi, adalah antara penunjuk perasaan ditahan polis di Kuala Lumpur hari ini.

Turut ditahan, pembantu Ahli Parlimen Klang, Jay Jay Dennis.

Seorang lagi peserta ditahan kerana didakwa melontar mercun ke arah pihak berkuasa.

 
 
 
 
 
 
Peguam hak asasi manusia Eric Paulsen berkata, dia terkejut kerana polis memulakan penahanan sebelum perhimpunan bermula.
Pada jam 1.30 petang, hampir 100 anggota polis dikerah bertugas di kawasan pusat beli-belah Sogo yang menjadi pusat perhimpunan berkenaan.

Turut dilihat, tiga trak dan sebuah van polis - biasanya digunakan untuk mengangkut tahanan - diletakkan di depan kompleks berkenaan.

Pagi tadi polis menyatakan akan bertindak terhadap penganjur serta peserta perhimpunan #TangkapNajib.

Antara individu ditahan polis ialah aktivis anak muda Adam Adli Abdul Halim, Mandeep Singh dan Shukri Abd Razab.

[Lihat galeri foto di sini]

Seorang lagi aktivis Hishammuddin Rais turut ditahan tengah hari tadi.

Menurut Hishamuddin, dia dibawa ke Ibu Pejabat Polis Dang Wang.

Himpunan #TangkapNajib dianjurkan oleh kumpulan Demi Malaysia bagi mendesak perdana menteri Datuk Seri Najib Razak ditangkap kerana didakwa terbabit dalam rasuah serta salah guna kuasa.

Turut hadir, Adun Teja, Chang Lih Kang, dan Simpang Pulai, Tan Kar Hing. (MK)

Pengganas Gereja Injil Diundang Jokowi Ke Istana, Tapi Ustadz Ditangkap.

Jokowi beserta para pendeta dan tokoh Kristian Papua di istana negara!

JAKARTA; Pasca tragedi Tolikara, penyerbuan gerombolan Gereja Injil Di Indonesia (Gídí) terhadap jamaah solat Aidil Fitri disertai pembakaran masjid dan berpuluh-puluh kedai umat Islam di Tolikara Papua yang sangat intoleran... Tiba-tiba kerajaan Jokowi mengundang pengganas dan anarkis Gídí itu ke istana negara.

Ketua Forum Komunikasi Umat Beragama (FKUB) Papua, Pendeta Lipiyus Binilub yang meminta supaya pihak polis tidak menahan dua suspek insiden Tolikara yang saat ini tengah menjalani pemeriksaan di Polda Papua. Alasannya, pendeta itu bimbang penahanan terhadap dua suspek ini boleh menimbulkan kesan negatif di Tolikara.

"Kalau boleh tak perlu ada penangkapan kerana komunikasi yang tak jalan tadi. Hal remeh hanya tak jalan komunikasi. Tak perlu menangkap-menangkap itu nanti keterlaluan jadi tak baik, "kata Lipiyus, seusai bertemu Presiden Joko Widodo, di Istana Presiden, Jakarta, Jumaat (24/7/2015).

Tak berselang lama polis justru menangkap ustadz Samsuddin Uba saat sedang mendakwahkan Islam di Baranusa Alor, Nusa Tenggara Timor. Baca: Dituduh sebarkan paham radikal, polisi tangkap 2 orang di Alor.

Terkait hal itu Pengarah The Community Of Islamic Ideology Analyst (CIIA) Harith Abu Ulya mengulas sungguh ironi kerajaan negeri ini, seperti negara tidak bertamadun alias undang-undang rimba yang berlaku. Katanya, Ini tindakan menyalahi undang-undang kesewenang-wenangan melanggar hak asasi warga negara.

"Kita bandingkan dengan perlakuan terhadap pelaku jenayah pengganas Kristian Gidi. Sangat bertolak belakang, yang satu hanya berdasarkan sangkaan dan dugaan tanpa bertapak dan payung hukum kemudian di tangkap. Tapi yang jelas-jelas sebenar pelaku jenayah pengganas di Tolikara didiamkan dan hanya 2 orang biasa yang ditangkap, "kata Harits.

Menurutnya, seseorang tidak boleh dikriminalkan kerana menyampaikan atau mempunyai sebuah gagasan atau konsep pemikiran.

"Dan jika ini berlaku maka mundur ke belakang dan melanggar kebebasan berfikir dan menyatakan pendapat, "terangnya.

Kata dia, ini kezaliman yang melampaui batas. Pegawai pemerintah, tambah Harith, sewenang-wenangnya memutarbelit undang-undang untuk berbuat zalim. Mencari-cari kesalahan dengan pelbagai rancangan jahat.

"Para petinggi negeri ini perlu celik atas kes ini, sekecil apapun kezaliman yang menimpa warga negaranya dan dilakukan oleh aparatur negara, sangat tidak boleh di tolerir kecuali negara ini minta dimaklumi oleh rakyatnya bahawa Indonesia sudah berubah jadi seperti negara tidak bertamadun alias undang-undang rimba yang berlaku, "tutupnya. (Azmuttaqin / arrahmah.com/IH)

Lihat mengenai hal ini sebelum ini..
  • Pekan Kecil Papua, Tapi Bendera Israel Popular.
  • Serangan Pengganas Kristian Atas Jamaah Solat Aidi...
  • Lapor Langsung Dari Tolikara: Solat Jumaat Pertama...
  • Rusuhan Agama Di Papua: Ibnu Hasyim Sokong Desak C...
  • Interbiau Khas Dengan Imam Masjid Tolikara. Rusuha...
  • Toleransi Islam Dibalas Pembakaran..
  • Mengapa Presiden Jokowi Diam Semasa Teroris Kristi...
  • NGO & Orang Kaya Malaysia, Jengok-jengoklah Ke Sin...

  • PKR Perli GHB, 'jambatan pun tak nampak lagi.. '

    Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, berkata PKR terbuka untuk semua bagi bersama-sama menentang kezaliman, salah guna kuasa dan rasuah. - Gambar fail The Malaysian Insider, 31 Julai, 2015.

    PKR mengulangi pendiriannya untuk menerima mana-mana pihak, termasuk Gerakan Harapan Baru (GHB), menyertai pakatan pembangkang.

    "Kita terbuka untuk semua sekarang ini, untuk kita sama-sama menentang kezaliman, menentang salah guna kuasa, menentang rasuah," kata presidennya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

    Beliau berkata demikian pada sidang akhbar bersempena program Jelajah Amanat Presiden di Tanah Merah hari ini bagi mengulas kenyataan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din baru-baru ini bahawa PAS bersedia menamatkan hubungan dengan PKR jika parti itu menyertai DAP dan GHB membentuk satu pakatan pembangkang yang baharu .

    Naib Presiden PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin, yang turut hadir pada sidang akhbar itu, enggan mengulas lanjut berhubung penyertaan GHB dalam pakatan pembangkang.

    "Kita pun tak tahu GHB jadi parti atau tidak. We cross the bridge (when we come to it) ... bila dah sampai dekat jambatan, baharu kita cakap. Ini jambatan pun tak nampak lagi ... 'pre-mature' untuk komen, "katanya. (Bernama, 31 Julai, 2015.)


    Komen Weblog Ibnu Hasyim: 'Ini jambatan pun tak nampak lagi ... ' Adakah PKR perli GHB? Atau memberi perangsang bagi percepatkan penubuhan?

    Sementara itu, GHB akan mengambil alih parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) dan bercadang melancarkan semula parti itu 31 Ogos ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Interim GHB Pulau Pinang Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa.
    (IH)

    Siapa 3 MB, Kedah, Pahang & Perak Yang Baru?


    KL: Terbaru dilaporkan dua orang Menteri Besar dijangka bakal digugurkan bagi mengukuhkan saf kepimpinan parti menjelang Pilihan Raya Umum akan datang.
    Menurut portal pro-UMNO, myKMU dua menteri besar yang bakal digugurkan itu Datuk Seri Mukhriz Mahathir (Kedah) dan Datuk Seri Adnan Yaakob (Pahang).

    Pertukaran ini turut membabitkan jawatan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri.

    MB Kedah

    Tempat Mukhriz dijangka bakal digantikan dengan Timbalannya, Senator Datuk Ahmad Bashah Hanipah yang merupakan ADUN sejak 1999.  Ahmad di anggap sebagai arkitek utama ketika merampas Kedah dari Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum yang lalu namun atas desakan Tun Dr. Mahathir Mohamad jawatan tersebut diberikan kepada Mukhriz atas alasan untuk menarik sokongan orang muda.

    Menurut portal tersebut hubungan Mukhriz dengan istana Kedah turut dikatakan tidak sehaluan. Selain daripada itu dua nama lain yang turut dipertimbangkan untuk jawatan tersebut ialah ADUN Bukit Lada, Datuk Ahmad Lebai Sudin dan ADUN Bukit Kayu Hitam, Datuk Haji Ahmad Zaini Zapar.

    MB Pahang

    Manakala di Pahang, Perdana Menteri dikatakan bakal melantik Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Dato’ Haji Mohd. Sharkar Bin Haji Shamsudin sebagai Menteri Besar yang baharu.

    Selain daripada itu Pengerusi Jawatankuasa Koperasi, Keusahawanan dan Kepenggunaan Negeri, Dato’ Haji Shahiruddin Bin Ab. Moin, ADUN Dong juga antara yang disebut-sebut bagi mengisi jawatan tersebut.

    Shahirudin merupakan Ketua Bahagian UMNO yang pertama membatalkan jemputan ke atas Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyidddin Yassin untuk merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian. Beliau membatalkan jemputan tersebut sebelum rombakan kabinet lagi

    MB Perak

    Sementara itu, beberapa blog politik sebelum ini melaporkan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir antara yang disebut akan digugurkan. Beliau juga difahamkan telah ada penama untuk menggantikan Zambry sebagai menteri besar dan individu tersebut merupakan orang yang cukup rapat dengan Zahid dan pernah bekerja dengannnya satu ketika dahulu. (Stv/FMT/IH)

    RON95, RON97 Dan Diesel Turun 10 Sen



    KL: Perubahan harga petrol dan diesel akhirnya terjawab apabila harga runcit petrol RON95, RON97 dan diesel turun 10 sen seliter bagi Ogos 2015 berkuat kuasa tengah malam ini (1 Ogos).Memetik laporan bernama, harga baru RON95 ialah RM2.05 seliter, RON97 pula RM2.45 seliter selepas Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), dan diesel RM1.95 seliter.

    "Harga tersebut berkuat kuasa mulai 12.01 pagi, 1 Ogos ini,
    " kata Timbalan Presiden Persatuan Penjual Pengusaha Stesen Minyak Malaysia Datuk Zulkifli Mokti. 

    P'raya Sarawak: GHB Pecahkan Undi Pakatan.. -Iskandar A/Samad



    Gerakan Harapan Baru (GHB) tidak sepatutnya memecahkan undi Pakatan Rakyat (PR) pada Pilihan Raya Negeri Sarawak akan datang sekiranya ia ikhlas mahu mengukuhkan kedudukan pembangkang di negara ini.

    Naib Presiden PAS Datuk Iskandar Abdul Samad (gambar) berkata tindakan gerakan itu yang ingin meletakkan calon pada pilihan raya tersebut dilihat lebih cenderung "mengganggu" undi PR berbanding Barisan Nasional (BN).


    "Sekiranya GHB benar-benar ikhlas dengan agenda mereka dalam dunia politik, mereka sepatutnya lebih fokus untuk menarik pengundi BN dan yang atas pagar, bukan PR.
    "Kita (GHB dan PR) sedang berdepan dengan BN dan pada pendapat saya, kita tidak sepatutnya memecahkan undi pembangkang," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Sambutan Aidilfitri PAS Selangor di Shah Alam, malam tadi.

    Iskandar berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan GHB Sarawak sebelum ini, yang bersedia meletakkan calon pada pilihan raya negeri itu akan datang.

    Tempoh penggal Dewan Undangan Negeri Sarawak ketika ini adalah sehingga Jun 2016. - Bernama

    Friday, July 31, 2015

    Tak Betul Berita 'Hadi beri amaran jangan sokong undi tidak percaya'.. -Dr Ahmad Samsuri.


    TAJUK berita dalam akhbar cetak Berita Harian "Hadi beri amaran jangan sokong undi tidak percaya" bertarikh 31 Julai 2015 itu adalah salah dan mengelirukan.

    Presiden PAS menyebut bahawa undi tidak percaya di parlimen adalah salah satu proses demokrasi. PAS akan menelitinya.

    Bagaimana pula ia telah dispin sedemikian rupa oleh Berita Harian dengan tajuk dan isi yang bercanggah dengan apa yang disebut oleh Presiden PAS. Melainkan Berita Harian berniat jahat dan mempunyai agenda pecah perintah.

    Kami mendesak pihak Berita Harian meminta maaf dan membuat pembetulan dalam masa 24 jam.
     
    Sekiranya pihak Berita Harian enggan berbuat demikian, pihak kami akan mengambil tindakan selanjutnya.
     
    Disertakan pautan temuramah tersebut:
    Watch "UNDI TIDAK PERCAYA ADALAH PROSES DEMOKRASI" on YouTube -https://youtu.be/FrtduqAGCBU
    DR AHMAD SAMSURI MOKHTAR
    Setiausaha Politik Presiden PAS
    31 Julai 2015.

    Muhyiddin Khianati UMNO, Lepas Ni Mukhriz Pula? -DS Azalina Othman Said



    Menteri yang baru dilantik semula ke Kabinet, Datuk Seri Azalina Othman Said (gambar kanan) berkata, bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu dipecat jika didapati bertindak khianat kepada parti.

    Laporan Berita Harian menyebut, menteri di jabatan perdana menteri itu turut kecewa kerana Muhyiddin terus mempertikaikan perdana menteri dalam isu 1MDB.

    Pemimpin Umno Johor itu mengulas video menunjukkan Muhyiddin menyebut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengaku bahawa wang sebanyak RM2.6 bilion dimasukkan ke akaun peribadi.

    “Saya tidak faham, siang kata hendak beri sokongan padu, malam keluar video. Bagi saya kalau orang derma duit kat saya suruh jaga anda semua dan simpan atas nama saya, itu hubungan saya dengan penderma...
    “Apa salahnya?,” kata Azalina seperti dipetik dalam laporan Berita Harian.

    Lainlah jika wang yang disimpan dalam akaun itu adalah untuk parti atau badan lain.

    “Kecuali orang kata 'Datuk, saya derma duit ini untuk Umno, untuk Parlimen, untuk NGO,' saya kena ikut cakap penderma.
    “Dalam isu duit (RM2.6 bilion), saya tidak melihatnya sebagai isu besar... bagi saya itu budi bicara orang yang derma duit,” katanya.

    MP Pengerang itu seterusnya menegaskan, Muhyiddin tidak kebal dari tindakan disiplin parti, termasuk pemecatan sekiranya khianat kepada Umno. Bagaimanapun, Azalina berkata beliau tidak dapat menentukan jika tindakan Muhyiddin setakat ini merupakan perbuatan khianat.

    “Bagi saya, sesiapa pun boleh dipecat kalau dia mengkhianati parti. Dia perlu dipecat.
    “Saya tidak tahu lagi (sama ada Mukhriz mengkhianati parti), tidak tahu hari ini dia buat apa, esok lusa (mungkin) dia bakar bendera Umno ke, tidak tahu,” katanya lagi. (Mk)

    Gadis Kerja Pengimpal, Tutup Aurat Tapi Macam Tomboi?

    TERBACA berita ini dalam Media Orang Kampung...

    Perghhh !!! Gadis berniqab kerja Pengimpal (Welder) jadi perhatian

    MENGGUNAKAN nama Saya Tyra di laman sosial Facebook, seorang gadis yang memakai niqab walaupun berkerja sebagai Pengimpal di sebuah syarikat terkemuka menarik perhatian netizens.

    Di laman Facebooknya, gadis itu dilihat mengenakan berseluar jeans dan seragam kerjanya serta berniqab.

    "Walaupun saya seorang Pengimpal dan bekerja di Sapura Kencana. Jangan pelik dengan pemakaian saya.
    "Berseluar besar. Berniqab dan berbaju besar. Tak ada nampak bentuk badan. Dari belakang orang fikirkan lelaki. Bila dengar suara orang baru tahu saya perempuan," tulis gadis itu dilaman Facebook miliknya.
    Tambahnya lagi, aurat wanita wajib dijaga tidak kira apa pekerjaan kita. Rata-rata netizen kagum dengan penampilan dan prinsip yang dipegang gadis yang berasal dari Perak ini.

    "Tahniah! Mudah-mudahan adik istiqamah dalam menjaga aurat dan berniqab," tulis Hanan Hamzah

    Manakala Nur Azmina mengucapkan tahniah dan diharap perilaku gadis ini harus dijadikan contoh kepada wanita lain terutamnya yang bekerja dalam bidang teknikal
     
     Di luar tempat kerja saya tetap memakai niqab. Di tempat kerja pun saya pakai. Ikutkan di tempat kerja takpayah pakai pun takpe. Tapi disebabkan debu pasir dan debu besi. Saya beranikan diri untuk pakai. Tapi bila saya bekerja.

    Niqab ni saya lipatkan keatas sorok kat topi sebab saya nak pakai mask. Habis kerja saya turunkan balik. Yang penting safety 1st.

    Komen Weblog Ibnu Hasyim: Syabas! dan Tahniah kepada beliau. Seorang gadis muslimah pekerja contoh dalam menghadapi cabaran menutup aurat zaman ini.

    Bagaimana dengan nampak macam tomboy?  Tidak! Melihat gambar dan berita ini, beliau orang baik-baik, bukan tomboy.. Sebut 'tomboi' itu, hanya gurau-gurau saja.. maaf!

    Semoga, Allah percepatkan jodoh beliau, dengan lelaki yang baik-baik pula. Amin!! Ini hadiahku untukmu..
    Jom sama-sama berdoa..
    (IH)

    NGO & Orang Kaya Malaysia, Jengok-jengoklah Ke Sini.. Mangsa Pembakaran Masjid..

    Warga Wamena dan Tolikara disalurkan 2000 paket Superqurban.

    WAMENA: Rumah Zakat (RZ) kembali menyalurkan 2000 pakej kornet Superqurban ke wilayah Wamena dan Tolikara, Papua Indonesia. Kornet Superqurban ini diharapkan dapat membantu pemenuhan zat atau gizi warga disana.

    Hingga kini, pasukan kemanusiaan RZ bersama dengan agensi kemanusiaan lain terus berupaya untuk mewujudkan pembangunan kembali masjid Tolikara, yang saat ini sedang dalam peringkat awal pembangunan. Di wilayah lain, tepatnya di sekitar kawasan Wamena, Jaya Wijaya, RZ bekerjasama dengan pasukan kemanusiaan lain melakukan assesment hingga pemberian bantuan yang diperlukan.

    "Semalam, Rabu (29/07) kami melawat satu perkampungan muslim Hitigima, Desa Assotipo. Disana terdapat Masjid Nurulhuda yang dikelilingi penempatan, jumlah warga disana sekitar 30 kepala keluarga, "ungkap Herlan Wilandariansyah, Pasukan Kemanusiaan RZ, Khamis (30/7/2015) .

    Lokasi perkampungan Muslim ini diapit bukit dan masih kelihatan rumah-rumah adat khas Papua. Hal tersebut yang mendasari RZ mengedarkan penyaluran kornet Superqurban untuk membantu peningkatan pemakanan mereka. Selain itu RZ juga memberikan 1 unit portable wireless untuk menunjang kegiatan edukatif disana.

    "Rancangan itu, pasukan kemanusiaan RZ juga akan melawat 10 perkampungan muslim lain. Selain untuk mengedarkan bantuan, juga untuk menggali pelbagai keperluan yang kedepannya akan diwujudkan dalam bentuk program pemberdayaan, "Jelas Herlan. (Azmutaqin / arrahmah.com)

    NGO dan orang kaya di Malaysia, silalah jengok-jengok ke sini.. lihat dan bantulah saudara-saudara kita mangsa pembakaran masjid, seperti yang dikisahkan. Kan orang Mukmin laksana satu badan. Tugas weblog Ibnu Hasyim hanyalah menyampaikan, walau satu ayat. (IH)

    Lihat mengenai hal ini sebelum ini..
  • Pekan Kecil Papua, Tapi Bendera Israel Popular.
  • Serangan Pengganas Kristian Atas Jamaah Solat Aidi...
  • Lapor Langsung Dari Tolikara: Solat Jumaat Pertama...
  • Rusuhan Agama Di Papua: Ibnu Hasyim Sokong Desak C...
  • Interbiau Khas Dengan Imam Masjid Tolikara. Rusuha...
  • Toleransi Islam Dibalas Pembakaran..
  • Mengapa Presiden Jokowi Diam Semasa Teroris Kristi...

  • Sebelum ini, Weblog Ibnu Hasyim di Malaysia menyokong penuh terhadap sejumlah tokoh bergabung dalam Jawatankuasa Umat untuk Tolikara (Komat Tolikara), Papua Indonesia, yang telah mengeluarkan tujuh pernyataan sikap berkaitan rusuhan di Tolikara.

     Mereka meminta, Mendagri Tjahjo Kumolo mencabut peraturan daerah yang menyekat pembangunan rumah ibadah. Permintaan itu masuk dalam tujuh sikap Komat Tolikara.

    Mengapa Presiden Jokowi Diam Semasa Teroris Kristian Serang Masjid?

     Mengapa Sikap Presiden Jokowi Diam Saja Semasa Teroris Kristian Menyerang Masjid?

    SATU perkara pelek dan luar biasa, bila Presiden Indonesia, presiden negara umat Islam terbesar di dunia tidak mengeluarkan sebarang kenyataan menentukan sikap, apabila masjid atau rumah ibadat orang Islam diserang oleh golongan yang disifatkan sebagai teroris Kristian?

    Sikap presiden yang diam saja, bahkan cenderung dengan aksi terorisme di Tolikara, semakin mengaburkan substansi masalah. Pegawai kerajaannya pun menjadi bingung kerana seakan-akan belum mendapat restu bertindak dari kepala negara, maka tindakan mereka pun setengah hati, sehingga proses pencarian fakta menjadi berlarutan.

    Peristiwa sebuah masjid Muttaqieb di Tolikara, Papua, Indonesia dibakar ketika solat Aidil Fitri, Jumaat (17/7/2015) lalu. Segera, peristiwa itu menjadi berita di hampir seluruh media. Namun, ternyata banyak pemberitaan yang kabur dari kebenaran.

    Berikut ini cara media mengaburkan kes pembakaran Masjid Baitul Muttaqien di Tolikara Papua:

    Pertama, yang dibakar adalah disebut mushollah atau surau.


    Banyak media memberitakan bahawa yang dibakar adalah mushollah. Baik di judul mahupun badan berita, yang disebut adalah mushollah. Istilah mushollah tentu membuat awam mempunyai persepsi berbeza. Mushollah itu kecil, tidak dipakai solat Jumaat. Hakikatnya, yang dibakar adalah Masjid Baitul Muttaqin.
     

    Kedua, yang dibakar adalah kedai.
     

    Lebih berat sebelah lagi, berita-berita yang menyebutkan bahawa yang dibakar adalah kedai bukan masjid atau mushollah. Berita-berita tersebut berpunca dari Kepala Staf Presiden Republik Indonesia, Luhur Binsar Panjaitan. CNN Indonesia menurunkan dalam berita bertajuk "Luhut: Pembakaran Berlaku di Gerai Bukan di Musala"
     

    Ketiga, tindakan tidak ditujukan kepada umat Islam.
     

    Selain menyebut yang dibakar adalah kedai, Luhut juga menyebut bahawa tindakan tersebut tidak ditujukan kepada umat Islam. Padahal, kelompok massa yang diketahui berasal dari Jemaat Gereja Injili Di Indonesia (Gídí) itu sempat menyerang ke arah jamaah solat Aidil Fitri sebelum akhirnya membakar masjid.
     

    Keempat, tukar berita menjadi berat sebelah.
     

    Laman Metrotvnews misalnya, diketahui melakukan perubahan berita yang semula berjudul "Saat Imam Takbir Pertama, sekumpulan orang datang dan lempari Musala di Tolikara" menjadi "Amuk massa berlaku di Tolikara".

    Isi berita pun diubah, yang semula menyebut "Sejam kemudian, orang-orang itu melempari Musala Baitul Mutaqin yang berada di sekitar lokasi kejadian. Mereka juga membakar rumah ibadah tersebut "diubah menjadi" Sejam kemudian, orang-orang itu membaling batu dan membakar bangunan di sekitar lokasi kejadian. Enam rumah dan sebelas kedai pun menjadi sasaran amukan orang-orang itu. "
     

    Kelima, mengarahkan pada persepsi umat Islam yang salah

    Kendati memberitakan rumah ibadah umat Islam dibakar, sejumlah media banyak memberitakan dari sumber yang menyebut punca peristiwa tersebut adalah umat Islam yang memakai speaker atau umat Islam telah diingatkan tidak merayakan hari raya. Berita-berita tersebut agaknya membentuk persepsi pembaca bahawa bagaimanapun juga yang salah adalah umat Islam.
     
    Keenam, tidak menyebut tindakan keganasan.
     
    Ketika ada pemusnahan rumah ibadat bukan Muslim, dengan serta merta media-media menyebut tindakan tersebut sebagai tindakan keganasan dan pelakunya adalah pengganas. Namun ketika yang dibakar adalah masjid, banyak media enggan menyebut tindakan tersebut sebagai keganasan dan pelakunya adalah pengganas.
     
    Ketujuh, membesar-besarkan info jatuhnya korban dari pihak non-Muslim.
     
    Mereka juga memesongkan pendapat dengan mempengaruhi pandangan lain seakan-akan jatuhnya korban dari pihak non-Muslim. 1 orang ditembak mati dan yang lainnya luka-luka.
     
    Ingat di mana-mana yang namanya korban adalah objek perbuatan jenayah, dalam hal ini tentu saja pihak Muslim yang diserang, jika ada yang terluka dari pihak penyerang maka bukan "korban / victim" dalam erti kata sebenarnya, itu akibat perbuatan jahat.
     
    Kelapan, mencipta pendapat bahawa mereka diserang.
     
    Mereka membuat berita bahawa sebenarnya kumpulan non-Muslim mahu datang untuk berdialog bukan menyerang, tiba-tiba pegawai penjaga menyerang mereka. Ini tidak masuk akal, mana mungkin pegawai kerajaan tiba-tiba menyerang tanpa ada syarat-syarat yang menurut mereka mengancam keselamatan atau membahayakan.
     
    Fitnah mereka luar biasa bahawa mereka berani menyudutkan / mengorbankan aparat keamanan Indonesia sebagai pihak yang patut disalahkan. Ini juga menyedarkan kita betapa akses dan peranan umat Islam dalam pemerintahan kita begitu lemah.
     
    Kesembilan, Presiden tidak mengeluarkan kenyaaan sikap, seperti yang disebutkan di atas.
     
    Sikap presiden yang diam saja, bahkan cenderung cuek dengan aksi terorisme di Tolikara, semakin mengaburkan masalah. Sikap pegawai kerajaan menjadi bingung untuk bertindak.

    Sebelum ini, Weblog Ibnu Hasyim di Malaysia menyokong penuh terhadap sejumlah tokoh bergabung dalam Jawatankuasa Umat untuk Tolikara (Komat Tolikara), Papua Indonesia, yang telah mengeluarkan tujuh pernyataan sikap berkaitan rusuhan di Tolikara.

     Mereka meminta, Mendagri Tjahjo Kumolo mencabut peraturan daerah yang menyekat pembangunan rumah ibadah. Permintaan itu masuk dalam tujuh sikap Komat Tolikara.


    Sekian.

    Thursday, July 30, 2015

    Nor Albaniah Jawab Imej Seksi...

    Nor Albaniah dikenali sebagai pelakon seksi ketika zaman kegemilangannya.

    HALAMAN HIBURAN
    PETALING JAYA: Pelakon Nor Albaniah menganggap hinaan pengikut laman sosial terhadap penampilan seksinya kerana mereka tidak mengenali dia sebagai pelakon zaman 90-an yang sudah sinonim berimej sedemikian.

    Pemilik nama sebenar Nor Albaniah Raffie, 45, berkata, kebanyakan yang mengutuk tentang imejnya itu merupakan generasi baharu.

    "Apa yang saya lihat mereka yang kutuk-kutuk saya ini adalah budak baru yang tidak kenal saya pun, saya bukan sekarang ni baru nak seksi. Mungkin emak mereka yang kenal saya lebih tahu penampilan seksi saya sejak dulu lagi.
    "Saya juga bukan perasan untuk jadi muda seperti yang sering mereka katakan sebaliknya saya sudah biasa berpakaian dengan imej sedemikian," ujarnya ketika dihubungi mStar Online di sini pada Selasa.
     
    Nor Albaniah akui selesa dengan imej ringkas.

    Nor Albaniah berkata demikian ketika diminta mengulas apabila terdapat segelintir pihak yang mengecam penampilan seksinya yang dianggap sudah tidak lagi sesuai untuk umurnya yang kini mencecah 40 an.

    Tambahnya, penampilan tersebut tidaklah keterlaluan dan apa yang lebih penting ialah keselesaannya.

    "Saya tidak rasa ia seksi kerana dulu pun saya pakai begini tiada pula yang kecam dan pada saya ia normal sahaja. Apa yang saya pakai itu ringkas dan selesa," katanya.

    Sementara itu, Nor Albaniah berkata, dia tidak pernah mengambil peduli tentang komen-komen negatif pengikut di laman Instagram terhadapnya. Dia hanya membaca dan memadam komen yang dianggap terlalu melampau sehingga boleh menjajaskan maruah.

    "Saya okey sahaja orang nak kutuk-kutuk kat Instagram, tidak pernah pun layan dan balas komen mereka kerana tidak mahu berbalah.

    "Tapi kalau ada yang benar-benar melampau saya akan padam kerana tidak mahu orang lain baca dan terpengaruh," katanya.

    Dalam pada itu, ditanya mengenai pasangan hidup, aktres yang sudah 20 tahun bergelar ibu tunggal ini mengakui sukar untuk menerima lelaki dalam hidupnya. Dia sentiasa berhati-hati terhadap lelaki yang cuba mendekatinya dengan niat tertentu.

    "Saya tidak ada kawan lelaki yang istimewa kerana saya sendiri membataskan diri untuk berkenalan dengan mana-mana lelaki.
    "Bagi saya banyak lelaki yang tidak ikhlas untuk berkawan dan ada niat lain yang tidak baik. Lagi pula saya sudah selesa dan boleh berdikari sendiri," ujarnya.

    Nor Albaniah terkenal dengan filem Adik, Main-Main Hantu dan Kekasih Awal Dan Akhir. (MStar)

    Sikit Tazkirah ..

    Tazkirah ini hanya secara umum, tidak ditujukan secara individu atau kelumpuk kepada siapa-siapa. Sekurang-kurangnya untuk ingatan kepada diri kita sendiri, pembaca dan kawan-kawan budiman.

    Satu:

    Kata Rasulullah SAW yang Dirwayatkan oleh Bukhari.
    • "Idza lam tahtahyi fashna 'maa syi'ta" (Ertinya: Apa bila kamu tidak malu, maka berbuatlah sekehendakmu) .Sejatinya, tertutubnya suatu aib seseorang dari pengetahuan khalayak umum, merupakan' kebaikan 'Allah yang dianugerahkan kepadanya.
    Sekali pun dia telah melakukan pelanggaran terhadap hukum-hukum Allah, namun Dia tetap mengasihinya dengan cara mentabiri atau menutupi keburukkan yang telah ia buat. Dengan demikian, sepatutnya orang tersebut 'bersyukur' kerana aibnya tidak terbongkar, bukan sebaliknya, membuka tabir yang telah tertutup rapat-rapat.
     
    Lebih celaka lagi, tidak sedikit orang yang bangga dengan menyebarluaskan keburukkan tersebut. Sungguh perilaku macam ini, adalah seburuk-buruk tindakan. Bahkan dosanya, jauh lebih besar melebihi dosa perbuatan yang telah dia lakukan.

    Dalam suatu riwayat, Rasulullah SAW pernah bersabda, bahawa sungguh celaka atau terlaknat orang yang melakukan perbuatan dosa di malam hari, kemudian, esoknya ia menceritakan segala perkara yang telah dia lakukan kepada orang lain, padahal Allah telah menutupinya. Begitu pula sebaliknya, orang yang melakukan maksiat kepada Allah pada siang hari, kemudian, malam harinya, dia menceritakan kepada kerabat-kerabatnya, padahal Allah pun telah menyerkapnya rapat-rapat.

    Maka bertaubatlah!

    Dua:

    Kata Pepatah,
    • "Al insaanu mahallul khoto wan nisyaan," Ertinya, bagaimana pun jua usaha kita menghindari kesalahan, sedar atau tidak sedar, manusia terkadang telah terjerumus dalam suatu kesalahan.
    Lihat kisah kekasih Allah Nabi Muhammad SAW .. Pernah suatu hari, ketika Rasulullah tengah asik mendakwahi para pemimpin Quraisy, tiba-tiba datang di tengah forum tersebut seorang lelaki buta, yang kalau ditinjau dari kelas sosialnya, dia berada di level bawah, di banding tokoh -tokoh Quraisy yang berada di hadapan beliau.

    Kerananya Rasulullah SAW kurang mempedulikan (Abdullah bin Ummi Maktum), padahal, kedatangannya untuk memenuhi panggilan Allah dan Rasul-Nya, mengucapkan kalimat syahadat. Kerana tingkah laku tersebut, Rasulullah pun ditegur oleh Allah dengan diturunkannya surat 'Abasa,

    عبس وتولى
    أن جاءه الأعمى

    • Ertinya: Ertinya: "Dia (Muhammad) berwajah masam dan berplaing. Kerana seorang buta telah datang kepadanya. "(QS: Abasa: 1-2).

    Kita boleh simpulkan bahawa manusia tidak dapat mengelakkan kesalahan seratus peratus. Yang jadi masalah, bukan perilaku salah itu, namun cara pandang kita, atau tindak balas kita terhadap kesalahan itulah yang perlu kita perbaiki.

    Maka bertaubat merupakan kafarah dari kesalahan yang telah kita perbuat (Wa khairu khathaiina Thawwabiina.) Kalau pelanggarannya tersebut hanya berkaitan dengan Allah, maka yang perlu dia lakukan, ialah menyesali dan tidak mengulangi lagi untuk yang ke 2X nya (Taubatan Nashuha).

    Tetapi, apa bila ia berkaitan dengan urusan bani adam -mencuri- misalnya, maka, selain dia harus melakukan dua perkara di atas, dia juga perlu meminta maaf kepada siapa yang telah dia sakiti.

    Rasulullah SAW bersabda,
    • "Bertaqwalah kamu kepada Allah di mana pun kamu berada, ikutilah perbuatan buruk dengan perbuatan baik, niscaya perbuatan baik tersebut akan menghapus perbuatan buruk tersebut, dan pergauilah sesama manusia dengan akhlak yang baik", (HR Tarmidzi).
    Marilah kita ciptakan budaya malu berbuat maksiat dengan cara memperbanyak kebaikan. Sebagaimana firman Allah.

    وأقم الصلاة طرفي النهار وزلفا من الليل إن الحسنات يذهبن السيئات ذلك ذكرى للذاكرين
    • "Sesungguhnya kebaikan-kebaikan itu menghapuskan keburukan-keburukan." (QS: Hud: 114).
    Tiga:

    Jika ada rakan yang bertanya tentang keburukan masa lalu, "You cerita le fasal kekasih lu dulu?" Dah, tak usah perpanjang, cukup katakan "Itu masa lalu kawan, aku telah bertaubat dan telah membuka lembaran baru".

    Cukuplah dengan hadis dari Abu Hurairah ini, Rasulullah SAW bersabda ..
    • "Semua ummatku dimaafkan (kesalahannya) kecuali Mujahirin (orang yang memberitahu kemaksiatannya pada orang lain). Dan sesungguhnya termasuk Al-majanah bila orang itu pada malam hari berbuat kejahatan, kemudian pada waktu paginya dia berkata, 'Wahai fulan, malam tadi aku berbuat demikian dan demikian' padahal malam harinya Robb-nya telah menutupi (aibnya tersebut), namun pagi hari dia sendiri yang membuka apa yang telah ditutup oleh Allah, "(HR.Bukhori 5/3254).
    Bila Allah telah menutupi aib kita, maka tak perlu kita memberitahu pada orang-orang. Bukankah malu adalah sebahagian dari tanda orang beriman? So the points are; bertaubatlah dahulu apabila kita tahu bahawa kita berdosa. Ceritakan saja kesalahan kita pada orang yang bolehkan kita mendapat bimbingan untuk menapaki jalan hidup yang lebih baik.

    Jika kita sekadar cerita pada orang lain tentang aib kita, tidak ada manfaat bagi yang mendengarnya, lebih baiklah diam. Berkatalah yang baik atau diam. Jangan sampai ada yang mencontohi dosa kita hanya kerana kita telah bercerita pada salah orang dan dengan cara yang salah pula.

    Bermaksiat di masa lalu? Selesai sudah, jangan berbangga atas kemaksiatan kita, lebih-lebih lagi jika kita telah bertaubat dan Allah telah menutupi aib kita dari orang-orang sedunia.

    Wallahu 'aklam. (IH)

    Lihat sebelum ini..
    E-Buku IH-87: Cara Fikir Salah Artis

    E-Buku IH-87: Cara Fikir Salah Artis 

    DAP Akan Hilang Kuasa Di P.Pinang. -Mohd Amar


    Datuk Mohd Amar Nik Abdullah Mohd Amar

    Kota Bharu – PAS menyifatkan `saham’ mereka turut menyumbang ke atas kemenangan DAP di Pulau Pinang dan menasihatkan pemimpin mereka supaya jangan terlalu angkuh. Pemimpin DAP juga diingatkan supaya sedar mereka menang bukannya atas usaha mereka semata-mata.
     
    Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, semua pihak ada sumbangan masing-masing kepada kemenangan itu dan apabila Pakatan Rakyat (PR) berpecah, semua pihak akan rugi. Itulah yang DAP perlu ingat.
     
    “Orang Melayu undi DAP kerana ada PAS bersama mereka. Apa yang kita bimbang apabila PAS disisihkan, mereka pula turut disisihkan pengundi Melayu.
    “Sekiranya DAP mengatakan kita akan kalah dalam PRU-14…bagi kami itu semua ketentuan tuhan dan tidak ada orang yang boleh tentukan mesti kalah atau menang. Kita hanya boleh merancang, berusaha dan berkerja,” katanya menjawab isu Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang meramalkan PAS bakal kalah teruk pada pilihan raya umum akan datang.
     
    Katanya apa yang dibimbangkan ialah DAP pula yang akan hilang kuasa di Pulau Pinang. Mohd Amar menegaskan DAP sebenarnya terlalu banyak cakap.
     
    “Guan Eng sepatutnya belajar untuk `reserve’ sikit dengan kenyataan-kenyataannya dan jangan selalu bercakap sebab terlalu banyak bercakap kadang kadang boleh menyusahkan.
    “Jika beliau mengatakan PAS baik dengan UMNO…apa yang PAS baiknya, PAS baik dengan semua orang, dengan DAP pun kita baik,” katanya dengan nada sinis.
     
    Sementara itu mengulas mengenai perlantikan dua timbalan menteri dari Kelantan (Datuk Ahmad Jazlan Yaakob dan Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki) Mohd Amar menyatakan tidak tahu daripada sudut mana dan apa asas pemilihan dilakukan.
     
    Katanya pada pandangan PAS Kelantan ianya tidak memberi kesan kepada senario politik negeri Kelantan.
     
    “Sekiranya ia dikatakan bertujuan untuk mengukuhkan UMNO di Kelantan, saya tidak nampak dua orang tokoh ini boleh beri sumbangan yang besar,” katanya. (Stv)

    Zahid Dicabar, Jangan Hapuskan Judi Haram Bagi Negara Saja, Tetapi Tidak Yang Haram Bagi Islam.

    Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berucap pada majlis sambutan Aidilfitri Warga Perumahan Polis Desa Tasik, Sungai Besi, di Kuala Lumpur malam tadi.

    Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dicabar supaya jangan menghapuskan atau memerangi premis judi habis-habisan yang dilarang pemerintah sahaja, tetapi libatkan juga prenis-premis judi yang ditaja pemerintah tetapi tetap haram di sudut Islam.

    Demikian dinyatakan oleh weblog Ibnu Hasyim sebentar tadi.

    "Di Malaysia ada dua jenis judi, satu judi yang dilarang oleh negara, satu lagi yang dilarang oleh agama, terutamanya agama Islam yang menjadi agama bagi Persekutuan.
    "Contohnya, judi TOTO, judi bola, lumba kuda Empat Nombor Ekor, pusat judi di pusat-pusat peranginan dan lain... Yang ini kerajaan jaga, 'halal' bagi negara, walaupun haram dari sudut Islam.
    "Berdegar-degar kerajaan akan bertindak tegas, bahkan memberi jaminan, tiada pihak yang akan terlepas jika memberikan perlindungan kepada premis perjudian yang hanya dilarang oleh pemerintah saja." Kata editornya Dr Hj Mohd Hasyim.

    Sebelum itu, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi selepas bergelar timbalan perdana menteri, yang juga menteri dalam negeri turut mengingatkan ketua polis di setiap negeri agar memastikan premis judi di kawasan mereka dihapuskan 100% berkuatkuasa semalam.

    "Saya ingin memberitahu bukan sekadar amaran.
    "Mana-mana pegawai dan anggota polis, individu sama ada mewakili organisasi bukan kerajaan (NGO) atau kumpulan tertentu, memberikan perlindungan kepada rumah judi ini, mereka tidak akan pernah terlepas daripada tindakan yang dilakukan Kementerian Dalam Negeri (KDN).
    "Saya harap kepada ketua polis negeri seluruh negara. Ini arahan menteri dalam negeri. Hapuskan. Mulai semalam saya minta hapuskan 100%," katanya ketika menghadiri sambutan Hari Raya Aidilfitri Warga Perumahan Polis Desa Tasik, Sungai Besi, di Kuala Lumpur malam ini.

    "Tahniah Timbalan Perdana Menteri baru, mengenai penghapusan judi. Tapi biarlah penghapusan kepada semua jenis judi, bukan yang di'haramkan'oleh negara sahaja." Jelas Dr Hj Mohd Hasyim lagi.  (IH)

    Isu Pecat AG: Ancaman Amat Kritikal? -Husam Musa


    Isu pecat AG: Pandangan Husam Musa AG digugur untuk elak PM ditahan?

    Pengguguran tak sah? Menggantikan AG bukanlah satu kesalahan. Namun, menggugurkan AG yang terlibat dengan siasatan skandal yang melibatkan PM yang mencadangkan pengguguran itu ketika kemuncak siasatan, menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena.

    Apa lagi tuan punya diri, seperti dilaporkan Malay Mail Online, tidak tahu menahu dengan pengguguran itu. Jika tuan punya diri masih sihat tetapi alasan beliau digugurkan adalah sakit, lebih menimbulkan tanda tanya. Apalagi ada berpandangan pemecatan AG memerlukan penubuhan sebuah tribunal terlebih dahulu.

    Kenapa AG perlu digugurkan begitu gopoh? Jika ia bertujuan untuk mengubah haluan siasatan 1MDB, ternyata negara berhadapan dengan ancaman yang amat kritikal.

    SELAMATKAN NEGARA!!!

    Husam Musa
    28 Julai 2015

    LAMPIRAN 

    Petikan satu pandangan undang undang mengenai pengguguran AG. A check by showed that the Federal Constitution stipulates that the person holding the position of AG can only be removed via a tribunal appointed by the Yang di-Pertuan Agong.

    Article 145 (6) states: The person holding the office of Attorney General immediately prior to the coming into operation of this Article shall continue to hold the office on terms and conditions not less favourable than those applicable to him immediately before such coming into operation and shall not be removed from office except on the like grounds and in the like manner as a judge of the Federal Court.

    In relation to the removal of a Federal Court judge, Article 125 (3) states: If the Prime Minister, or the Chief Justice after consulting the Prime Minister, represents to the Yang di-Pertuan Agong that a judge of the Federal Court ought to be removed on the ground of any breach of any provision of the code of ethics prescribed under Clause (3b) or on the ground of inability, from infirmity of body or mind or any other cause, properly to discharge the functions of his office, the Yang di-Pertuan Agong shall appoint a tribunal in accordance with Clause (4) and refer the representation to it; and may on the recommendation of the tribunal remove the judge from the office.

    Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ

    Letak Jawatan Ahli Dewan Negara Kerana Skandal Seks

    LONDON – Seorang ahli politik Britain meletak jawatan daripada Dewan Negara semalam selepas sebuah akhbar menerbitkan gambar yang menunjukkan beliau menghidu dadah jenis kokain bersama beberapa orang pelacur.
    Lord John Sewel, 69, memohon maaf atas ‘kesakitan’ dan ‘rasa malu’ disebabkan perbuatannya selepas akhbar The Sun menerbitkan gambar beliau memakai coli oren sambil berbual dengan dua pelacur.
    Scotland Yard telah melancarkan satu siasatan terhadap tindakan beliau dan membuat serbuan ke atas rumahnya di sebuah blok pangsapuri eksklusif berhampiran bangunan Parlimen malam kelmarin.
     
    “Saya telah menulis kepada pejabat Parlimen hari ini (semalam) mengenai peletakan jawatan sebagai anggota Dewan Negara. Saya mahu memohon maaf atas kesakitan dan rasa malu akibat perbuatan saya itu,” kata Sewel.
     
    Kelmarin, Perdana Menteri, David Cameron mempersoalkan kewajaran untuk Sewel terus kekal sebagai ahli Dewan Negara berikutan tuduhan serius terhadapnya.
    Sewel sebelum ini mewakili pembangkang daripada parti Buruh dalam Dewan Negara iaitu dewan tinggi yang anggotanya tidak dipilih melalui pilihan raya. – AFP

    Bimbang Wujud Gangguan, Zeti Dedahkan Segera Nama Petugas Khas 1MDB -PAS

    Tuduhan yang dibuat terhadap Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz melalui satu 'blog misteri' tidak boleh dipandang apatah lagi rekod, prestasi dan integriti beliau diiktiraf masyarakat antarabangsa. - Gambar fail The Malaysian Insider, 29 Julai, 2015.

    PAS hari ini melahirkan kebimbangan apabila salah seorang ahli utama pasukan petugas khas kerajaan yang ditubuhkan bagi menyiasat syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Bhd (1MDB) kini dikaitkan dengan dakwaan terlibat sebagai konspirator dalam plot untuk menjatuhkan kerajaan.

    Justeru, timbalan presiden parti Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar)  menggesa agar semua nama penyiasat dalam pasukan tersebut didedahkan segera kerana bimbang wujudnya gangguan dan campur tangan yang bakal menghalang siasatan.

    Beliau berkata, tuduhan yang dibuat terhadap Tan Sri Zeti Akhtar Aziz melalui satu "blog misteri" itu tidak boleh dipandang ringan susulan tindakan Putrajaya memecat Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail semalam.

    "Rekod, prestasi dan integriti Zeti bertugas sebagai gabenor Bank Negara diiktiraf masyarakat antarabangsa.
    "Oleh itu, sebarang usaha menjatuhkan atau mengganggu Zeti tatkala siasatan 1MDB rancak dijalankan hanya akan menambahkan persepsi umum yang memang terdapat penyelewengan di dalam 1MDB dan kebenaran dakwaan yang duit 1MDB dimasukkan ke akaun persendirian Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak," katanya dalam satu kenyataan.


    Tuan Ibrahim merujuk blog https://therecounter.wordpress.com/ semalam yang menyiarkan satu entri bertajuk "Ops Lalang 2015: Special Branch leads investigation into the conspirators".

    Blog tersebut mendedahkan 12 nama yang dikatakan terlibat dalam konspirasi untuk menjatuhkan kerajaan termasuk Zeti.

    Tuan Ibrahim berkata, Zeti selaku salah seorang yang menerajui pasukan petugas khas siasatan 1MDB itu boleh bertindak mendedahkan nama semua penyiasat di dalam pasukan itu dengan segera.

    "Ini bagi membolehkan mereka dikenali umum sambil menerima sokongan rakyat untuk meneruskan siasatan terhadap 1MDB," katanya.

    Tindakan tersebut menurutnya dapat memberikan tekanan terhadap mereka yang berkepentingan daripada mencampuri apa-apa urusan siasatan dijalankan. - 29 Julai, 2015. (TMI)

    Tiba-tiba, Bangunan Menara Bukit Aman Terbakar, Disyaki.....

    Kebakaran di bangunan lama Bukit Aman boleh dilihat dari jarak jauh.

    Kebakaran berlaku di tingkat 9 dan 10 Bangunan Menara Dua, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di Kuala Lumpur, petang tadi. Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (Komunikasi Korporat) PDRM Datin Asmawati Ahmad berkata kebakaran itu berlaku pada kira-kira 5.20 petang.

    "Tingkat 9 adalah bahagian Jabatan Narkotik, manakala tahap 10 Jabatan Siasatan Jenayah," katanya.

    Sementara itu, kebakaran dipadamkan pada 8 malam oleh anggota polis dan Jabatan Bomba dan Penyelamat. - Bernama, 29 Julai, 2015.

    Disyaki siapa? Tunggu... (IH)
    (IH)

    LinkWithin

    Related Posts with Thumbnails