Thursday, July 30, 2015

Bimbang Wujud Gangguan, Zeti Dedahkan Segera Nama Petugas Khas 1MDB -PAS

Tuduhan yang dibuat terhadap Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz melalui satu 'blog misteri' tidak boleh dipandang apatah lagi rekod, prestasi dan integriti beliau diiktiraf masyarakat antarabangsa. - Gambar fail The Malaysian Insider, 29 Julai, 2015.

PAS hari ini melahirkan kebimbangan apabila salah seorang ahli utama pasukan petugas khas kerajaan yang ditubuhkan bagi menyiasat syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Bhd (1MDB) kini dikaitkan dengan dakwaan terlibat sebagai konspirator dalam plot untuk menjatuhkan kerajaan.

Justeru, timbalan presiden parti Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar)  menggesa agar semua nama penyiasat dalam pasukan tersebut didedahkan segera kerana bimbang wujudnya gangguan dan campur tangan yang bakal menghalang siasatan.

Beliau berkata, tuduhan yang dibuat terhadap Tan Sri Zeti Akhtar Aziz melalui satu "blog misteri" itu tidak boleh dipandang ringan susulan tindakan Putrajaya memecat Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail semalam.

"Rekod, prestasi dan integriti Zeti bertugas sebagai gabenor Bank Negara diiktiraf masyarakat antarabangsa.
"Oleh itu, sebarang usaha menjatuhkan atau mengganggu Zeti tatkala siasatan 1MDB rancak dijalankan hanya akan menambahkan persepsi umum yang memang terdapat penyelewengan di dalam 1MDB dan kebenaran dakwaan yang duit 1MDB dimasukkan ke akaun persendirian Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak," katanya dalam satu kenyataan.


Tuan Ibrahim merujuk blog https://therecounter.wordpress.com/ semalam yang menyiarkan satu entri bertajuk "Ops Lalang 2015: Special Branch leads investigation into the conspirators".

Blog tersebut mendedahkan 12 nama yang dikatakan terlibat dalam konspirasi untuk menjatuhkan kerajaan termasuk Zeti.

Tuan Ibrahim berkata, Zeti selaku salah seorang yang menerajui pasukan petugas khas siasatan 1MDB itu boleh bertindak mendedahkan nama semua penyiasat di dalam pasukan itu dengan segera.

"Ini bagi membolehkan mereka dikenali umum sambil menerima sokongan rakyat untuk meneruskan siasatan terhadap 1MDB," katanya.

Tindakan tersebut menurutnya dapat memberikan tekanan terhadap mereka yang berkepentingan daripada mencampuri apa-apa urusan siasatan dijalankan. - 29 Julai, 2015. (TMI)

5 comments:

Anonymous said...

Titm kata wujud blog misteri?? Macam ada pengalaman je

Anonymous said...

hahhahaha.... ada konspirator la pulak. Conmen bila nak tangkap?
Dalam 13 orang kenapa muka Najib takde? kan dia dah buat confession A LOT.
Tangkaplah yg curik duit bukan penyiasat baluk. Perompak yang mencurik penyiasat yg kene tangkap.

Unknown said...

Apa ni.segala pandangan dari pas semuanya dipandang negatif.celaka punya blogger.

Unknown said...

Apa ni.segala pandangan dari pas semuanya dipandang negatif.celaka punya blogger.

Unknown said...

Apa ni.segala pandangan dari pas semuanya dipandang negatif.celaka punya blogger.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails