Friday, July 31, 2015

Tak Betul Berita 'Hadi beri amaran jangan sokong undi tidak percaya'.. -Dr Ahmad Samsuri.


TAJUK berita dalam akhbar cetak Berita Harian "Hadi beri amaran jangan sokong undi tidak percaya" bertarikh 31 Julai 2015 itu adalah salah dan mengelirukan.

Presiden PAS menyebut bahawa undi tidak percaya di parlimen adalah salah satu proses demokrasi. PAS akan menelitinya.

Bagaimana pula ia telah dispin sedemikian rupa oleh Berita Harian dengan tajuk dan isi yang bercanggah dengan apa yang disebut oleh Presiden PAS. Melainkan Berita Harian berniat jahat dan mempunyai agenda pecah perintah.

Kami mendesak pihak Berita Harian meminta maaf dan membuat pembetulan dalam masa 24 jam.
 
Sekiranya pihak Berita Harian enggan berbuat demikian, pihak kami akan mengambil tindakan selanjutnya.
 
Disertakan pautan temuramah tersebut:
Watch "UNDI TIDAK PERCAYA ADALAH PROSES DEMOKRASI" on YouTube -https://youtu.be/FrtduqAGCBU
DR AHMAD SAMSURI MOKHTAR
Setiausaha Politik Presiden PAS
31 Julai 2015.

1 comment:

bat8 said...

Xletih dan xrasa bodoh ke SUP HH ni kena kaber setiap kali HH dok merapu kat wartawan BH dan Utusan. Dr Samsuri ni org amat cerdik, pakar aeronautik, ada phd.

b3rhenti le buat kerje bodo ni. HH dah 30-40 tahun dlm politik perdana, takkan xtahu perangai BH dan Utusan. Kalau org selama tu rok asyik kena belit dgn dgn BH dan Utusan, patut lagi ke betmain pokitik? Memang, maaf cakap le, dah xleh pakai dan xleh diikut lgi.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails