Tuesday, July 28, 2015

13 Adun S'gor Tetap Bersama PAS, Mana AP Shah Alam?

PAS Selangor hari ini menyatakan 13 daripada 15 Ahli Dewan Undangan Negeri daripada parti itu tetap bersama PAS dan menyokong penuh kerajaan negeri tersebut.

Walaupun sebelum ini ada desas-desus menyatakan 3 daripada 13 Adun parti itu turut dipujuk menyertai Gerakan Harapan Baru (GHB), namun mereka tetap menyokong PAS, kata Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Iskandar Abdul Samad.

"Dalam satu mesyuarat hari ini, 10 daripada 13 Adun hadir bagi berbincang isu-isu harian selain mengesahkan berapa ramai lagi masih bersama kita (PAS).
"3 Adun yang tidak hadir iaitu bagi Sabak, Bangi dan Paya Jaras saya dah berjumpa sebelum ini dan kesemua mereka menyatakan sokongan kepada parti. Hanya 2 Adun yang sertai GHB," katanya kepada pemberita di Shah Alam hari ini.

Dilaporkan Adun Morib Hasnul Baharuddin dan Adun Hulu Kelang Saari Sungib serta Ahli Parlimen Kota Raja Siti Mariah Mahmud akan menyertai GHB.


Ketika ini PAS mempunyai 15 kerusi DUN Selangor, DAP 15 dan PKR 13 manakala Barisan Nasional mempunyai 12. Terdapat seorang Bebas.

Iskandar berkata sebarang tindakan disiplin terhadap Hasnul dan Saari terserah kepada PAS Pusat kerana ia melibatkan polisi parti bagi menentukan keperluan mereka untuk mengosongkan kerusi yang dimenangi atas tiket PAS itu. - (Bernama, 27 Julai, 2015.)

Mana Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah Alam? (IH)

13 comments:

Anonymous said...

Apa perlu tanya Khaldi samad? apa kena mengena dengan dia ,jagalah adab dan persaan orangmtunggulah ,insyallah akan terbukti benar tak cakap Iskandar samad tu.tunggu selepas GHB mnejadi parti ,kita tenguk berapa adun yang kekal dengan Pas ,jangan takbur dan somong wahai Iskandar samad ,musibah akan kena pada kamu ,kau bohonglah sekarang ,

Anonymous said...

SEMUA ini kerana DIA dan jemaahnya kunun pewaris nabi TAPI
1.dia fitnah calon pkr sbg penjual pil kuda?
2.dia hina presiden pkr konon tak ada kelayakan jadi mb?
3. dia cuba hasut azmin dgn jawatan mb?
4. Muktaman dan dewan ulama memutus dgn DAP Penang TAPI MASIH KEMARUK nak pegang jawatan di Penang, letak jawatan la KALAU MASIH ADA TELUR DAN MARUAH- lain le kalu masih cinta duit untuk bayar bil letrik dan kereta ha ha ha
5. ahli mendoa laknat pemimpin2 pro?
6. ahli mengeboo pemimpin2 pro?
7. ahli2 memijak gambar2 pemimpin2 pro?
8. dia gagal bentang ruu dlm mesyuarat pr wlpn dah janji?
9. dia dan penyokong2 melabelkan pemimpin2 pro dgn pelbagai gelaran jebon, tolol, barua yg tak Islam? tp mulut isle isle kunun padahal mcm mulut Longkang
10. masih lagi bertahaluf siyasi dgn dap di Selangor?
11. pas yg masih bertahaluf siyasi berlaku khianat?
12. dia selalu ponteng sidang parlimen?
13. dia mencanangkan hudud Allah swt tapi tak ada satu hudud pun dlm ruu yg nak dibentangkan diparlimen yg DIA ponteng?
14. Macam merestui pemilihan muktamar lebih jilake dari Israel @ yahudi dengan MENGGUNAKAN CAI, Ulama pas pula seronok gila guna Cai
dan banyak lagi...AKU MEMERHATI KEHAIRANAN KELAKU MEREKA

Anonymous said...

Ko bagi 1000 alasan pun tkpe.. hati dah tkmoh kt parti pas nk buat cmner.. kami yg masih setia ada alasan sendiri utk bersama2 pas.. kalau aku bg 1100 alasan pun ko bukan boleh terima..
mari kita lihat nnti siapa yg kenaaa!!!!

Anonymous said...

Aku sokong GHB walaupun PAS beri 1001 alasan.Aku takkan sokong Ketua yang mengaku Ulamak tapi Akhlaknya rendah.Dan aku takkan sokong pengikut yg meyokong Ketuanya sacara membabi buta.

Anonymous said...

Aku tetap sokong PAS. Bab mengata ulamak ni , Nabi saw dulu pun kena kata. Jadi x heran kalau ulamak sekarang kena serang dr kelompok yg ngaku hebat tp jahil agama.

Anonymous said...

Bunyi cm GHB nie org yg kecewa jee.....klau rasa diri 2 dh hebat baik letak jawatan kemudian bertanding pulaq.....baru dpt mbukti kn brape ribu org yg suka kat kita.....x payah ckap dok mgarut ,,,,nanti org dh naik meluat kat GHB klau buat cm nie......

Anonymous said...

No more PAScai.. ramai pengundi pas dh bijak.. nak mengundi tgk siapa yg nak diundi.. kalau menyamar ulama... bole blah.. tapi masih ada yg ikut dgn membabi buta.. saling tk tumpah mcm pengikut totok umnu..

Anonymous said...

Mengapa perlu bergaduh?Amat memalukan jika kita yang berasal dari parti Islam menunjukkan watak yang sama seperti mereka yang mewakili parti sekular.....bekerjasamalah...PAS di Pantai Timur...GHB di Pantai Barat.Kitakan Islam...

Anonymous said...

Hadi pimpin pas terengganu asyik kalah dalam pilihanraya macamana saya nak harapkan dia menang untuk pilihanraya seluruh malaysia, perbezaan pendapat dalam parti pun tak dapat nak kawal inikan pula malysia mempunyai pekbagai agama, kaum dan budaya lagila hancur

Anonymous said...

Betul, kita tak terima assabiyah... sifat assabiyah bukan sebahagian umat Nabi SAW.

Anonymous said...

Aku nampak PAS dah tak relevan sebagai parti politik sejak lebai2 moden ambil alih kepimpinan yg ada. Untuk badan dakwah aku sokong. Untuk sebuah parti politik..maaf le. Memalukan. Lebai2 moden ni mempunyai pemikiran yg kolot...terkebelakang...

Sorry...sorry....no more vote.

IrWrWs said...

SEMUA ini kerana DIA dan jemaahnya kunun pewaris nabi TAPI
1.dia fitnah calon pkr sbg penjual pil kuda? (Tak ada bukti pun..)
2.dia hina presiden pkr konon tak ada kelayakan jadi mb? (Kenapa sultan tak pilih dia..)
3. dia cuba hasut azmin dgn jawatan mb? (PAS berhak ke sultan yg berhak..)
4. Muktaman dan dewan ulama memutus dgn DAP Penang TAPI MASIH KEMARUK nak pegang jawatan di Penang, letak jawatan la KALAU MASIH ADA TELUR DAN MARUAH- lain le kalu masih cinta duit untuk bayar bil letrik dan kereta ha ha ha.. (DAP guna duit poket sendiri ke bayar gaji.. ingatkan guna duit rakyat.. GHB pulak bila nak letak jawatan..)
5. ahli mendoa laknat pemimpin2 pro? (Doa umum macam doa ke umno jgk la..)
6. ahli mengeboo pemimpin2 pro? (Benar kerana masih tak mahu keluar PAS wpun dah isytihar parti baru..)
7. ahli2 memijak gambar2 pemimpin2 pro? (Tak de bukti tuh..)
8. dia gagal bentang ruu dlm mesyuarat pr wlpn dah janji? (Sdg diusahakan..)
9. dia dan penyokong2 melabelkan pemimpin2 pro dgn pelbagai gelaran jebon, tolol, barua yg tak Islam? tp mulut isle isle kunun padahal mcm mulut Longkang.. (Salah ke gelaran2 tu kerana apa yg dah berlaku skrg mmg hasil kerja diaorg..)
10. masih lagi bertahaluf siyasi dgn dap di Selangor? (Tak.. nape..)
11. pas yg masih bertahaluf siyasi berlaku khianat? (Nape di sgor pun DAP byr gaji jgk ke..)
12. dia selalu ponteng sidang parlimen? (LGE x pernah ponteng ke..)
13. dia mencanangkan hudud Allaha swt tapi tak ada satu hudud pun dlm ruu yg nak dibentangkan diparlimen yg DIA ponteng? (Itu baru permulaan dan akan dibuat peringkat demi peringkat.. x perlu gopoh..)
14. Macam merestui pemilihan muktamar lebih jilake dari Israel @ yahudi dengan MENGGUNAKAN CAI, Ulama pas pula seronok gila guna Cai.. (Ikut kata asmawi muni tidak langgar peraturan kempen.. so x de isu..)

IrWrWs said...

Kita tunggu berapa lama GHB nak berenang sebelum lemas.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails