Tuesday, July 28, 2015

Najib Sahkan Sekarang Zahid TPM Baru, Tolak Muhyiddin Kerana ... (97)

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak (tengah) bersama Datuk Seri Zahid Hamidi (kiri) semasa mengumumkan rombakan semula Kabinet di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya hari ini. - Gambar The Malaysian Insider oleh Kamal Ariffin, 28 Julai, 2015.

LIHAT pendedahan ini, Perdana Menteri Najib perlu letak jawatan? 
E-Buku IH-102: Pendedahan Ini, PM Akan Letak Jawatan?

E-Buku IH-102: Pendedahan Ini, PM Akan Letak Jawatan?

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dilantik sebagai timbalan perdana menteri yang baharu hari ini, dan pada masa sama akan mengekalkan portfolionya sekarang sebagai menteri dalam negeri.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membuat pengumuman tersebut hari ini dalam satu siaran secara langsung, mengesahkan laporan The Malaysian Insider pagi ini mengenai rombakan kabinet.

Najib turut mengumumkan penyingkiran Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai timbalannya, menyifatkannya satu "keputusan amat sukar" tetapi terpaksa dilakukan bagi memastikan Kabinet bergerak sebagai satu pasukan yang jitu.

"Saya boleh terima perbezaan pendapat dan kritikan sebagai sebahagian daripada proses dalam membuat keputusan.
"Namun sebagai anggota Kabinet, perbezaan pendapat dan pandangan tidak sepatutnya dilakukan pada forum terbuka yang boleh menjejaskan pandangan umum terhadap kerajaan serta negara," katanya.


Ia juga bertentangan dengan konsep tanggungjawab bersama Kabinet (collective responsibility), kata Najib.
Beliau berkata, rombakan Kabinet itu dilakukan selepas mengambil kira pertimbangan politik dan keperluan pentadbiran beliau bagi memastikan ia komited dan sentiasa memberi tumpuan kepada usaha pembangunan negara. - 28 Julai, 2015.

2 comments:

Anonymous said...

Calling from God yang tak tahan tu dia buat statement. Mentang2 lah depa masa tu meeting kat mekah masa gempa sabah. Kira makbul berhasil lah ye tak perancangan 3 sekawan ni. Piron, darun , haman.
Ada ke kau buat cai kat depan kaabah. Dah tentu Allah balas balik rancangan tipu muslihat korang. Nampak mcm dah jadi, tapi hukum Allah pasti.
Nanti kita tengoklah sama2 apa yang Allah kehendaki. Kau antara menteri awal bertanggungjawap bakar quran Dia dgn harussani. Jangan haraplah boleh lepas.

Anonymous said...

Mat Indon

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails