Saturday, April 26, 2014

Obama Tiba Di M'sia, Lawat Masjid Negara Antara Aturcara.


Pesawat yang membawa Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama selamat tiba di Subang, petang ini. Gambar fail.Pesawat yang membawa Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama selamat tiba di Subang, petang ini. 













Peserta demonstrasi memegang plakad ketika melakukan flash mob membantah Perjanjian Kerjasama Trans-Pasifik (TPPA) di luar pusat beli-belah di Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 26 April, 2014.
Peserta demonstrasi memegang plakad ketika melakukan flash mob membantah Perjanjian Kerjasama Trans-Pasifik (TPPA) di luar pusat beli-belah di Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 26 April, 2014.

Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama tiba di Malaysia pada hari ini untuk mengadakan perbincangan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika negara berdepan tragedi kehilangan pesawat Malaysia Airlines, dan misi mencari turut dibantu kapal selam drone Tentera Laut AS.

Pesawat Air Force One yang membawa Obama mendarat di pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Subang pada kira-kira jam 4.50 petang selepas enam jam penerbangan dari Korea Selatan, disifatkan beliau sebagai lawatan bersejarah ke Malaysia.

Lawatan tiga hari ke negara Asia Tenggara ini yang mempunyai kira-kira 30 juta penduduk adalah sebahagian daripada lawatan Obama ke empat negara di Asia, julung kali oleh presiden AS yang memegang jawatan dalam tempoh 48 tahun selepas lawatan Presiden Lyndon B Johnson pada 1966.
Memakai sut berwarna hitam, Obama muncul daripada Boeing 747-200B - yang dilengkapi kemudahan dan merupakan pejabat presiden di udara yang juga pesawat paling dikenali di dunia - dengan disambut mesra oleh pegawai kanan kerajaan Malaysia.

Hadir menyambut beliau dengan ucapan Selamat Datang ialah Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman; Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin; Duta Malaysia ke AS, Datuk Dr Awang Adek Hussin dan Duta Khas Malaysia ke AS, Datuk Seri Dr Jamaluddin Jarjis.

Sebelum ke Malaysia, presiden ke-44 AS itu yang mula memegang tampuk pemerintahan pada 2009 dan dipilih semula untuk penggal kedua pada 2012, melawat Jepun dan Korea Selatan. Selepas Malaysia, beliau akan meneruskan lawatan ke Filipina.

Kawalan keselamatan di pangkalan udara itu yang terletak di pinggir ibu negara Malaysia Kuala Lumpur amat ketat dengan beratus-ratus anggota keselamatan ditugaskan untuk berkawal.
Obama beredar dari pangkalan udara itu untuk ke bangunan Parlimen di Kuala Lumpur bagi upacara sambutan rasmi dengan menaiki limousin presiden beliau.

Semalam, Anifah berkata, lawatan presiden AS itu menandakan bermulanya peningkatan hubungan dua hala Malaysia-AS kepada sebuah perkongsian komprehensif.

Beliau berkata, hubungan baik yang terjalin antara Obama dan Najib akan memastikan perbincangan berkaitan ekonomi, keselamatan dan hubungan rakyat kepada rakyat adalah terbuka, konstruktif dan produktif.

Menurut pegawai, usaha untuk mengesan MH370 yang sedang giat dijalankan di selatan Lautan Hindi mungkin akan disentuh dalam perbincangan di Putrajaya.

Kenderaan Dalam Air Automatik Bluefin-21 yang dilengkapi alat sonar telah menjalankan misi mencari di kawasan dikenal pasti di Lautan Hindi sejak 14 April dengan harapan untuk mengesan sebarang serpihan pesawat yang hilang itu.

Penerbangan MH370 bersama-sama  239 orang hilang daripada imbasan radar ketika terbang di ruang udara Laut China Selatan pada 8 Mac setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41 tengah malam. Ia sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari sama.

Malam ini, presiden dijadual menghadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan menghadiri jamuan negara di Istana Negara.

Esok,Obama akan mengadakan perbincangan dengan Najib di pusat pentadbiran kerajaan persekutuan di Putrajaya sebelum ke Cyberjaya yang terletak berdekatan untuk majlis pelancaran Malaysian Global Innovation and Creative Centre (MaGIC) yang akan menyediakan platform untuk usahawan melebarkan sayap mereka.

Aturcara lawatan Obama termasuk sesi perjumpaan tidak formal dengan pemimpin belia dari seluruh Asia Tenggara dan melawat Masjid Negara. – Bernama, 26 April, 2014.

Ramas Payudara Penumpang Didepannya, Mabuk Punya Hal..

 

Kanan, gambar hiasan sahaja..
LONDON: Seorang penumpang lelaki ditangkap sedang meramas payu dara penumpang wanita selama lebih lima minit ketika mangsanya itu sedang tidur dalam pesawat British Airways penerbangan dari sini ke San Francisco, baru-baru ini.


Portal berita The Mail Online melaporkan, wanita itu yang identitinya dirahsiakan oleh pihak polis, sedang tidur apabila suspek yang bernama Vinay Pochampally, yang berada di tempat duduk belakang mangsa memasukkan tangannya ke dalam baju wanita itu dan mula meramas buah dada mangsa.


Dia melakukan perbuatan itu selama lebih kurang empat hingga lima minit di hadapan penumpang-penumpang yang lain. Yang menghairankan ialah walaupun insiden itu disaksikan oleh beberapa penumpang mereka tidak pula melakukan apa-apa tindakan untuk menghalang perbuatan suspek. Bagaimanapun mereka melaporkan kejadian itu kepada krew kabin yang kemudiannya datang menghalangnya dengan serta merta.


Insiden itu dilaporkan berlaku dua jam selepas pesawat Boeing 747, BA285 berlepas dari sini pada 15 April lalu. Pochampally dilaporkan berada dalam keadaan mabuk ketika itu. Menurut portal itu lagi, mangsa menduduki barisan kerusi yang mempunyai laluan kecil di belakangnya. Pochampally, mengambil kesempatan dari ruang kecil yang kosong itu untuk berdiri di situ dan kemudian melakukan perbuatan terkutuk itu.


Apabila mangsa terjaga dari tidur, Pochampally dengan segera menarik tangannya keluar dari baju wanita berkenaan dan terus bergegas menuju ke bahagian belakang pesawat. Krew pesawat kemudiannya mengarah Pochampally duduk di tempat duduk berlainan di belakang pesawat sepanjang perjalanan 10 jam itu.


Sebaik sahaja mendarat di San Francisco, krew pesawat telah melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa tempatan. Kes itu sekarang dirujuk kepada Mahkamah Persekutuan San Francisco.
British Airways mengesahkan kejadian itu tetapi enggan mengulas lanjut. (mStar)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Lagi, sekilas mengenai arak..

Mengapa Islam Mengharamkan Arak?

Larangan arak sebetulnya telah wujud dari zaman awal-awal lagi, arak telah menghabiskan begitu banyak perbelanjaan serta menyebabkan kesengsaraan yang begitu dasyat di dunia ini. Arak telah menyebabkan masalah sosial dan hubungan kejiranan, mengikut statistik jenayah dan perceraian meningkat disebabkan oleh arak.

I. Islam melarang minum arak secara bertahap.

Sila rujuk ayat di bawah ini :
  • Dan daripada buah tamar dan anggur, kamu jadikan daripadanya minuman haram dan rezeki yang baik, sesungguhnya pada yang demikian itu ada tanda bagi orang yang mahu menggunakan akalnya (An-Nahl 16;67).
Ayat di atas memberi peringatan tentang bahaya arak secara halus dan belum diharamkan. Sila rujuk ayat larangan seterusnya :

  • Mereka bertanya kepadamu mengenai arak dan judi. Katakanlah (Muhammad) pada keduanya ada dosa yang cukup besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya... (Al-Baqarah 2;219).
Ayat ini membuktikan bahawa bahaya arak lebih besar daripada manfaatnya. Sila rujuk ayat seterusnya:

  • Jangan kamu menghampiri solat sedangkan kamu dalam keadaan mabuk sehingga kamu sedar apa yang kamu ucapkan (An-Nisaa' 4;43).
Larangan minum arak dalam ayat ini terhad dalam shalat sahaja. Perintah larangan dalam ayat ini sudah tegas sungguhpun dalam masa terhad sehingga turunlah ayat di bawah ini :
  • Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya meminum arak, berjudi, Qurban untuk patung berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji termasuk perbuatan setan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu memperolehi kejayaan (AL-Maidah 5;90)

II. Bible juga melarang meminum arak.
Bible juga melarang meminum arak, seperti tersebut dalam ayat di bawah ini:

  • Minuman keras membuat orang mabuk dan merepek. Bodohlah orang yang menjadi mabuk (Proverb 20;1) 
  • Arak adalah minuman untuk orang-orang yang hampir mati dan sengsara. Biarlah mereka meminumnya untuk melupakan kemiskinan dan kesengsaraan (Proverb 31;6-7) 
  • Janganlah kamu menjadi mabuk oleh wain, kerana hal itu akan merosakkan hidup kamu(Ephesians 5;18)
Ayat-ayat di atas tidak mengharamkan arak secara langsung tetapi peringatan tentang bahaya arak.

III. Kesan minum arak.

1. Pusat kawalan manusia terletak pada otak, otak yang mengawal atau menghalang manusia jika bertindak salah. Manusia yang tidak sedar diri kerana pengaruh arak akan menggunakan bahasa kesat/kotor terhadap ibubapa atau saudara-mara serta anak-anak mereka. Semasa manusia mengambil arak, maka kawalan otak tidak dapat berfungsi dengan sepatutnya. Ini adalah satu sebab kenapa orang mabuk akan melakukan sesuatu di luar kebiasaan harian. Ia akan menggunakan kata-kata kesat dan tak dapat mengawal kesilapan yang dilakukan bahkan terhadap ibubapa sendiri. Bahkan sampai kencing dalam seluar, jalan tidak terkawal dan berperangai buruk.

2. Kes pelacuran, rogol, sumbang mahram (incest) dan pesakit AID berlaku pada peminum arak. Mengikut soal selidik yang dibuat oleh U.S. Department of Justice pada tahun 1996 setiap hari ada 2.713 kes rogol di USA. Statistik menunjukkan kebanyakan perogol adalah mabuk (di bawah pengaruh arak) yang melakukan pelbagai jenayah lain. Mengikut statistik juga 8% rakyat Amerika melakukan sumbang mahram maknanya 1 daripada 12 rakyat Amerika melakukan sumbang mahram. Begitu juga dengan penularan penyakit AID pesakit utamanya adalah peminum arak. 

3. Semua peminum arak bermula daripada parti sosial. Pada mulanya mereka hanya berjinak-junak dengan minum sedikit arak, mereka mendakwa dapat kawal diri dalam pengambilan arak sehingga tidak akan mabuk. Mengikut kajian semua peminum arak bermula dengan social drinker, tidak ada seorangpun peminum arak berniat untuk menjadi peminum arak sejati. Peminum arak tidak pernah berkata selepas lama minum arak dengan dapat kawal diri tidak pernah mabuk. 

4. Sekiranya peminum arak mabuk dan melakukan satu kesilapan maka dia akan menyesal seumur hidup. Sekiranya peminum arak melakukan satu kesilapan sebab tak dapat mengawal dirinya sebab mabuk misalnya rogol atau sumbang mahram, sungguhpun selepas itu insaf dan bertaubat maka manusia akan pulaukan seumur hidupnya. Mereka dianggap sebagai penjenayah berat dan tidak dapat dipulihkan semula dan melakukan kerusakan yang tak dapat ditebus semula.

IV. Arak, kata Nabi Muhammad SAW.

Nabi Muhammad SAW berpesan :
  • Arak adalah ibu daripada segala kejahatan dan itu adalah kejahatan yang cukup memalukan (Sunan Majah I Buku 3, Buku tentang orang mabuk, Chapter 30 Hadith NO. 3371) 
  • Barang yang memabukkan diharamkan maupun sedikit ataupun banyak (Sunan Majah I Buku 3, Buku tentang orang mabuk, Chapter 30 Hadith NO. 3392) 
  • Bahkan bukan hanya orang yang minum arak sahaja mendapat dosa bahkan yang menjual atau memudahkan transaksi untuk mendapatkan arakpun sama. 
  • "Allah akan melaknat sepuluh kumpulan manusia termasuk yang menjual atau memudahkan transaksi membekalkan arak. Orang yang menghasilkan, menghantarnya, orang yang tolong membelinya, orang yang melayannya untuk minum, orang yang menjualnya, orang yang menggunakan wang hasil jualan arak, orang yang membelinya dan juga orang yang membeli arak daripada seseorang" (Sunan Majah I Buku 3, Buku tentang orang mabuk, Chapter 30 Hadith NO. 3380 dilaporkan oleh Anas).
V. Penyakit yang disebabkan oleh arak. 

Pelbagai hasil kajian menguatkan lagi kenapa minum arak dilarang, kematian tertinggi di dunia ini disebabkan oleh arak. Beberapa contoh penyakit yang disebabkan minum arak seperti :
  • Penyakit Limpa dan hati yang disebabkan oleh minum arak 
  • Kanser Osofagus/kerongkong, Kanser kepala dan leher, kanser hati (Hepatoma), dan kanser usus. 
  • Penyakit osofagus, gastrik, sakit pankreas, dan Hepatitis disebabkan oleh pengambilan alkohol. 
  • Kardimiopati, tekanan darah tinggi, Koroni Arteroklerosis, Angina dan kerosakan hati disebabkan pengambilan arak berlebihan. 
  • Penyakit Stroke, Apofleksi, sawan dan pelbagai jenis Paralisis yang disebabkan oleh arak 
  • Pheripheral Neuropathy, Cortical Atrophy, Cerebeller Atrophy merupakan sindrom yang disebabkan oleh pengambilan arak. 
  • Wernicke; sindrom Korsakoff serta amnesia kehilangan kawalan dalam bercakap dan hilang daya ingat disebabkan pengambilan arak 
  • Beriberi dan Pellagra disebabkan oleh pengambilan arak. 
  • Meracau yang melampau semasa atau selepas minum arak bahkan dapat menyebabkan kematian, 
  • Penyakit kulit, Eczema dan pelbagai penyakit lain yang cukup serius.
Di Malaysia, sepatutnya pembasmian arak atau 'kencing syaitan' itu perlu dikuatkuasakan sama seperti dadah. Bahkan arak lebih bahaya lagi, kerana penagihnya kebanyakan pemimpin-pemimpin, konglomerat-konglomerat yang 'keparat' dari sudut agama-agama di dunia. (IH)

Hudud: PAS Berpendirian Bersetuju Untuk Tidak Bersetuju. -Datuk Mohd Amar

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mengakui masih belum ada perbincangan dengan PKR dan DAP mengenai penolakan mereka dengan hudud, namun apa yang paling penting ialah persetujuan daripada PAS pusat. – Gambar The Malaysian Insider, 26 April, 2014.  
Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mengakui masih belum ada perbincangan dengan PKR dan DAP mengenai penolakan mereka dengan hudud, namun apa yang paling penting ialah persetujuan daripada PAS pusat. – Gambar The Malaysian Insider, 26 April, 2014. 

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mengakui masih belum ada perbincangan yang dibuat kerajaan negeri bersama PKR dan DAP mengenai penolakan dua parti pak‎atan itu untuk menerima pelaksanaan hukum hudud.

Menurut Mohd Amar, bagi kerajaan negeri, paling diutamakan adalah persetujuan daripada PAS pusat.

"Kita belum berbincang apa-apa lagi, dia (PKR, DAP) hendak bercakap, cakaplah lagipun kenyataan tersebut dikeluarkan sebelum kita bincangkan apa-apa lagi.
"‎Paling penting kita jumpa PAS pusat dan mereka sudah bersetuju, itu sudah cukup," katanya dipetik daripada akhbar Sinar Harian hari ini.


Beliau juga berkata tiada perpecahan yang boleh berlaku dalam Pakatan Rakyat (PR) sekiranya PKR dan DAP bijak mengambil pendirian mengenai isu hudud.

 "Jika sebaliknya berlaku, ia akan membawa kepada keretakan hubungan, kita berharap PKR dan DAP bertindak bijaksana.
"Sebagai sebuah parti, kita tidak tahu apa respons mereka dan kita akan meminta pimpinan PAS pusat bawa perkara itu kepada pimpinan PKR," katanya.

Berikutan daripada hasrat kerajaan negeri Kelantan untuk melaksanakan hukum hudud dengan membentangkan Rang Undang-Undang Persendirian di Parlimen, ia mendapat tentangan daripada PKR dan DAP. Kerana kritikan keras yang dikeluarkan parti PR, terutamanya DAP, ia menimbulkan khabar angin bahawa isu tersebut bakal membawa perpecahan kepada tiga parti gabungan tersebut.

Menurut Mohd Amar, kerajaan negeri juga sudah bertindak berjumpa dengan pemimpin PR sebelum Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU 13) bagi berbincang mengenai pelaksanaan hududd. Katanya, dalam perbincangan tersebut PAS mengambil pendirian bersetuju untuk tidak bersetuju, di mana pelaksanaan hukum akan diteruskan biarpun tidak menerima sambutan daripada DAP.

"Hudud diluluskan pada 1993 di Dewan Negeri sebelum wujudnya PR, lagipun kita hendak laksanakan di negeri ini.
"Ini bukannya soal terlalu cepat atau tidak, kalau mahu bercakap soal demokrasi, kita harus hormati hasrat kerajaan negeri kerana kita menang dengan cara demokrasi," katanya.

Tambahnya lagi, parti PR yang lain perlu menghormati kehendak dan hasrat pengundi Kelantan untuk melihat undang-undang Islam dilaksanakan.

"Orang sokong kita sebab ingin lihat undang-undang Islam dilaksanakan, sekurang-kurangnya di negeri ini.
"Mereka harus hormat, bukan demokrasi jika nafikan hak rakyat," katanya.

Pada masa yang sama, Mohd Amar menafikan adanya perbincangan yang dibuat bersama Umno dengan menyatakan PAS hanya mengambil peluang daripada kerjasama yang diberikan  parti tersebut dalam pelaksanaan hudud.
"Kita tidak berbincang apa-apa, tidak nampak keperluan untuk tujuan itu, kita tahu kemungkinan ini satu perangkap (Umno) kita akan masuk dengan berhati-hati jadi memandangkan sekarang dia sudah beri kerjasama, dan kita ambil peluang tersebut," katanya‎.

Beliau juga berpendapat bahawa penolakan DAP mengenai pelaksanaan hukum hudud kerana bimbang akan menjejaskan sokongan kaum Cina.

"Jika ramai yang menyokong, pasti DAP akan menyokong secara terbuka. Saya yakin ramai orang bukan Islam menyokongnya, bukan di negeri ini sahaja malah di seluruh negara juga," katanya.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Nik Abduh Nik Abdul Aziz berkata kepada akhbar Utusan Malaysia bahawa kerjasama antara DAP, PKR tidak akan berubah meskipun parti itu mendapat sokongan daripada Umno. Beliau juga mendakwa bahawa sokongan yang ditunjukkan Umno adalah sebagai taktik menarik undi Melayu sebagai helah memecah belahkan pakatan pembangkang.

"Kita tahu Umno hendak memecah be‎lahkan pakatan ini, tetapi kita akan buat segala persediaan.
"Apabila pemimpin Umno di negeri dan pusat menyatakan sokongan hudud, maka kita berharap tindakan mereka akan konsisten," katanya dalam Utusan Malaysia.

Semalam, Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke berkata PAS perlu berundur daripada PR jika ingin tetap dengan keputusannya berhubung pelaksanaan hudud di Kelantan. Ahli Parlimen Seremban itu berkata sebagai parti politik yang berprinsip dan bertanggungjawab, PAS perlu menghormati dan mengikuti asas permuafakatan yang  dipersetujuinya.

Katanya, PAS tidak boleh terus bertindak bertentangan dengan Dasar Bersama Pakatan Rakyat tetapi pada masa yang sama tetap bersandar kepada PR‎. – 26 April, 2014. (TMI)

Editor IH
Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Menurut Mohd Amar, kerajaan negeri juga sudah bertindak berjumpa dengan pemimpin PR sebelum Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU 13) bagi berbincang mengenai pelaksanaan hududd. Katanya, dalam perbincangan tersebut PAS mengambil pendirian bersetuju untuk tidak bersetuju, di mana pelaksanaan hukum akan diteruskan biarpun tidak menerima sambutan daripada DAP.

Mungkin hal ini juga boleh menguji pendirian orang Islam dalam PKR samada, sama pendiriannya dengan PAS atau sama dengan UMNO dalam hal hudud ini.

Lihat kenyataan..
"Anwar bagaimanapun berkata, walaupun sebagai Muslim beliau percaya dengan hukum Allah, pelaksanaannya hanya boleh dilakukan secara jitu jika negara yang diterajui pemerintah yang adil dan mengikut prinsip Islam.  Justeru beliau tetap dengan pendirian agar isu tatakelola diselesaikan terlebih dahulu sebelum hudud diimplementasikan.Klik..  Hudud: Dolak-dalih Anwar,' isu tatakelola' Selesai...

Sama dengan kenyataan Perdana Menteri dari UMNO, "Kerajaan tidak pernah menolak hudud sebagai hukum yang telah ditetapkan oleh Allah SWT tetapi banyak perkara yang perlu diselesaikan sebelum ia dapat dilaksanakan, kata Datuk Seri Najib Tun Razak."  Klik.. Datuk Seri Najib: K'jaan Tak Pernah Menolak Hudud....

Lihat..
E-Buku IH-86: Hudud Selepas Nik Abdul Aziz MB K'tan.
E-Buku IH-86: Hudud Selepas Nik Abdul Aziz MB K'tan.

Felixia Yeap Belum Islam Pakai Tudung, Minat Ustaz Don?


gambar felixiayeap bertudung 3felixia yeap bekas model playboy ditemuramah tv al hijrah
FELIXIA YEAP BEKAS MODEL PLAYBOY DITEMURAMAH TV AL-HIJRAH



KUALA LUMPUR: Cute and kelakar betul Ustaz Don, tulis bekas model majalah Playboy Felixia Yeap di dalam facebooknya.

Beliau menulis demikian merujuk kepada video di Youtube cara membaca surah al-Fatihah yang betul yang ditunjukkan oleh Ustaz Don.

Tulisnya lagi, especially bila dia sampai part "ihdinas-siraatal mustaqeem"...

Susah juga nak baca bila berpelat macam saya ni...haha. Saya yang dengar cara saya sendiri baca pun rasa nak tergelak...berpusing2 berbelit2 lidah ni jadinya...
Video Ustaz Don


Siapa Felixia Yeap?
FELIXIA YEAP BEKAS MODEL PLAYBOY DITEMURAMAH TV AL-HIJRAH

Perubahan imej seorang wanita berbangsa cina, Felixia Yeap berusia 27 tahun dahulunya duta dan model iklan pakaian dalam dan juga model bagi majalah playboy yang memilih untuk berpakaian muslimah kini menarik perhatian ramai pihak

Yang terkini beliau telah ditemuramah oleh rancangan TV Al-Hijrah. Dalam program bual bicara itu, Felixia turut menceritakan tindakan beliau membuat keputusan untuk berhenti dari menjadi model seksi dan mula menutup aurat dengan busana muslimah

Meskipun bukan seorang Muslim, baginya dengan penampilan muslimah itu beliau menjelaskan dirinya terasa lebih selesa, selamat(terlindung) dan dihormati Felixia Yeap yang fasih berbahasa melayu itu mula tertarik dengan Islam dan juga sedang memahami tentang agama Islam
video felixia yeap tv al hijrahfelixia yeap bekas model playboy ditemuramah tv al hijrah
Dalam perkembangan yang sama, Felixia sudah ada perancangan membuat bisnes fesyen busana muslimahnya sendiri
Terdahulu, tindakannya memilih memakai pakaian muslimah memandangkan Felixia masih belum memeluk Islam turut mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai dan ada yang menyokong malah ada juga segelintir pihak yang sangsi dengan tindakannya itu
Klik – Facebook Felixia Yeap
 Video Felixia Yeap di TV Al-Hijrah


Upacara Pukul Bantal Sedunia, Salahkah Dari Sudut Islam?

KECERIAAN jelas terpancar pada wajah salah seorang peserta.  Acara pukul bantal diharap dapat mengurangkan tekanan mereka yang tinggal di bandar-bandar besar di seluruh dunia sambil berseronok.

BERATUS-RATUS orang berkumpul di lebih 100 bandar raya di seluruh dunia pada awal bulan ini bagi meraikan Hari Lawan Bantal Sedunia.

Sambutan tahun ini merupakan kali kelapan diadakan secara berturut-turut yang disambut pada 5 April. Dalam acara ini, para peserta akan memenuhi ruang awam untuk bertarung antara satu sama lain menggunakan bantal. Di Washington, sekumpulan profesional muda yang dikenali sebagai Capitol Improv menggunakan laman sosial untuk mengelola satu acara lawan bantal secara besar-besaran di National Mall.
PARA peserta diwajibkan memukul bantal ke arah lawan masing-masing.


Acara yang berlangsung tepat pada pukul 2 petang itu, disertai berpuluh-puluh ahli kumpulan tersebut. Mereka berlari secara bertentangan di antara Monumen Washington dan Memorial Nasional Perang Dunia Kedua sambil membawa bantal dan menjerit-jerit kegembiraan.

Pertempuran yang berlangsung itu berjaya menarik perhatian orang ramai yang berada di taman tersebut. Bantal-bantal dipukul ke arah lawan masing-masing, manakala isi kekabu atau bulu-bulu ayam berterbangan. Pada hari itu sahaja beratus-ratus biji batal telah pecah akibat pertempuran hebat ahli-ahli Capitol Improv.

Tarikan

Ketua pengelola acara tersebut, Oscar Soto berkata, acara itu telah berjaya menarik lebih 500 pelajar dari dalam dan luar negara, golongan profesional serta kanak-kanak.
KANAK-KANAK tidak melepaskan peluang untuk sama-sama memeriahkan acara dengan berpakaian seperti adi wira Spider-Man. 
Menurut Soto, tarikan sejagat terhadap acara lawan bantal telah menjadi kunci kepada mereka untuk menjadikannya sebagai acara tahunan.

"Semua orang mengingati detik seperti ini ketika bergelar kanak-kanak.
"Kini, setelah dewasa dan menetap di kawasan bandar seperti Washington diharap acara ini dapat mengurangkan tekanan sekeliling," kata Soto.

Adegan yang sama turut berlaku di berpuluh-puluh lagi bandar lain di Amerika Syarikat, Eropah dan Asia. Pihak penganjur menjadikan taman permainan sebagai lokasi acara tersebut.

"Jika anda mahu acara lawan bantal di bandar anda, sila layari laman web, pillowfightday.com.
"Acara ini berlaku di seluruh dunia dan anda perlu menjadi sebahagian daripadanya," ujar Soto.

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Sekadar memandang dan berfikir jauh, cuba tinjau-tinjau, apa hukumnya upacara ini dalam Islam. Kesan dan baik-buruknya kepada masyarakat. Perlu diawasi supaya jangan merayap masuk dalam negara umat Islan, kalau jelas membawa keburukan.



Lihat sebelum ini..

Ini, Penipu Cinta Di Internet.. 30 Warga Afrika Diberkas.

SEBAHAGIAN warga asing termasuk wanita yang ditahan dalam Ops Tiong bagi membanteras penipuan cinta internet di Taman Connaught, Cheras semalam. 

KUALA LUMPUR – Sebanyak 30 termasuk empat wanita warga Afrika ditahan bagi disiasat mengenai pembabitan mereka dalam kes penipuan cinta internet menerusi Ops Tiong di Sri Cendikia Kondominium dan Coolge Cyber Cafe Taman Connaught, Cheras di sini semalam.

Timbalan Pengarah Risikan dan Operasi, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Abdul Jalil Hassan berkata, mereka yang ditahan terdiri daripada 22 lelaki Nigeria, dua lelaki Zimbabwe, masing-masing seorang lelaki warga Cameroon dan Sudan.

“Empat wanita tersebut merupakan warga Nigeria, Mauritius, Cameroon dan Tanzania,” kata beliau kepada pemberita selepas operasi selama lapan jam bermula pukul 11 malam kelmarin.

Menurut beliau, semua yang ditangkap berusia 20 hingga 40 tahun dengan lapan tidak memiliki apa-apa dokumen manakala bakinya memasuki negara ini menggunakan pas pelajar. Abdul Jalil memberitahu, mereka ditahan bagi membantu siasatan polis berhubung 239 laporan polis yang membabitkan kerugian RM10 juta kebanyakannya dibuat oleh wanita yang mendakwa tertipu dengan cinta palsu warga asing sehingga April tahun ini.

Bersama tangkapan itu, beliau berkata, polis merampas enam buah komputer riba yang dipercayai digunakan oleh warga asing itu untuk melakukan godaan cinta palsu atau jenayah penipuan lain. (Kosmo)

Lihat sebelum ini...
E-Buku IH-55: Bongkar Penipuan Dalam Internet
E-Buku IH-55: Bongkar Penipuan Dalam Internet

Hudud: Cadangan Bodoh MMA, Guna Penjual Daging Potong Tangan..


Presiden Persatuan Perubatan Malaysia, Datuk Dr NKS Tharmaseelan berkata persatuan itu tidak akan bekerjasama dengan PAS untuk laksana hudud pada sidang media di pejabat MMA, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 25 April, 2014. Presiden Persatuan Perubatan Malaysia, Datuk Dr NKS Tharmaseelan berkata persatuan itu tidak akan bekerjasama dengan PAS untuk laksana hudud pada sidang media di pejabat MMA, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 25 April, 2014.



















Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) mencadangkan kerajaan PAS Kelantan menggunakan khidmat  pemotong daging untuk melaksanakan hukuman hudud. Presiden MMA, Datuk Dr NKS Tharmaseelan, berkata petugas perubatan yang bertauliah tidak sanggup untuk melakukan perkara sedemikian.

"Prosedur (potong tangan) sangat rumit.
"Jika doktor tidak tergamak melakukannya maka anda perlu cari tukang potong daging," katanya pada satu sidang media di Kuala Lumpur, hari ini.

Beliau berkata, pihaknya tidak akan campur tangan jika ada mana-mana pihak tidak bertauliah melakukan prosedur pembedahan terbabit.

"Kalau ada yang buat kita tidak boleh buat apa-apa cuma boleh buat laporan polis mengatakan individu itu tidak mendapat pentauliahan yang sah," katanya.

Tharmaseelan berkata, pihaknya tidak akan bekerjasama dengan kerajaan PAS Kelantan untuk melaksanakan undang-undang syariah di negeri tersebut. Katanya, doktor dan jururawat bertauliah terikat di bawah bidang kuasa Kementerian Kesihatan dan tidak perlu patuh kepada arahan kerajaan negeri.

"Semua hospital di Kelantan hanya menerima arahan daripada Kementerian Kesihatan kerana gaji mereka dibayar oleh kerajaan pusat," katanya.

Tharmaseelan  berkata, MMA akan mengambil tindakan saman dan membatalkan kelayakan tauliah jika mendapati ada doktor yang melakukan perkara tersebut. Beliau berkata, MMA juga sedang mengkaji untuk meminda undang-undang bagi membolehkan pihak yang tidak ada tauliah perubatan dikenakan tindakan undang-undang yang tegas kerana melanggar etika perubatan.

Kelmarin, Kelantan merancang menggunakan khidmat pakar bedah untuk memotong tangan penjenayah yang disabitkan kesalahan di bawah Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 sekiranya undang-undang Islam itu mula dikuatkuasakan tahun depan.

Pengerusi Jawatakuasa Teknikal Kanun Jenayah Syariah (2) 1993, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, apabila selesai hukuman tersebut pesalah terbabit sudah boleh pulang ke rumah tanpa perlu menjalani sebarang hukuman lain seperti penjara atau sebaliknya.

Bagaimanapun, katanya, pertimbangan akan diambil sebelum dijatuhkan hukuman sekiranya pesalah mencuri atas sebab tertentu seperti lapar atau terpaksa.

"Hukum hudud ini agak berbeza di mana pesalah yang dipotong tangan khususnya untuk kesalahan mencuri itu dibenarkan pulang ke rumah untuk bersama keluarga dan kerajaan juga tidak akan menanggung apa-apa kos penjagaan tahanan di dalam penjara," katanya dipetik daripada laporan Utusan Malaysia. – 25 April, 2014. (TMI)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kalau betul berita Utusan Malaysia sebagai di atas dan kenyataan yang dibuat oleh MMA, mengapa bodoh  sangat persatuan perubatan itu? Mengapa takut sangat hendak berbincang, berunding dan dapat penjelasan terus dari PAS?

Hudud: Apa Komen Kit Siang, Anthony Loke Cabar PAS ?

 
Ketua anggota Parlimen DAP, Lim Kit Siang menegaskan bahawa parti itu belum menetapkan pendiriannya tentang ketekalan PAS untuk melihat hudud dilaksanakan walaupun ia bukan kesepakatan dalam Pakatan Rakyat.

"Parti belum menetapkan pendirian (tentang perkara ini)," katanya kepada Malaysiakini sewaktu mengulas kenyataan MP Seremban, Anthony Loke yang membidas ketegasan PAS dalam undang-undang hudud.

Anthony Loke dalam kenyataannya lewat petang ini menggesa PAS mengambil "langkah terhormat dan wajar berundur dari Pakatan Rakyat" sekiranya mereka bertegas untuk membuat keputusan yang tiada dalam konsensus Pakatan Rakyat. Beliau berkata demikian dengan merujuk kepada pendirian PAS Kelantan yang mahu membentangkan rang undang-undang persendirian di Parlimen untuk memastikan hudud dilaksanakan.

Mat Sabu anggap pandangan peribadi

Sementara itu, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menganggap kenyataan Loke itu sebagai "satu pandangan peribadi".

"Saya anggap itu (kenyataan Loke) pandangan peribadi dia, dan kita tidak ada masalah," katanya kepada Malaysiakini.

Jelasnya lagi, PAS akan menghantar wakil seramai enam orang untuk membincangkan perkara itu dengan DAP dan juga PKR. Bagaimana pun, tarikh pertemuan khas itu belum ditetapkan, katanya.

"Kita akan bertemu dengan DAP untuk berbincang tidak lama lagi.
"Sebelum itu saya tak nak buat apa-apa komen," katanya. (MK)

Friday, April 25, 2014

Hudud: Anthony Loke Cabar PAS Undur Dari PR?

Oleh 
ANTHONY LOKE
Setiausaha 
Organisasi Kebangsaan DAP 
dan Ahli Parlimen Seremban.
PAS perlu berundur daripada Pakatan Rakyat jika teruskan hudud, kata Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Loke Siew Fook. Gambar fail.
 













ULASAN Sekali lagi isu pelaksanaan hukum hudud di Kelantan menjadi polemik yang hangat dalam media massa arus perdana. Isu ini timbul semula selepas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom menyatakan di Parlimen kesediaan Kerajaan Pusat yang ditunjangi oleh Umno untuk membantu PAS melaksanakan undang-undang tersebut di Kelantan.

Isu pelaksanaan hudud sebenarnya bukan satu isu baru dalam persada politik Malaysia. Enakmen Kanun Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) telah diluluskan di DUN Kelantan pada tahun 1993 dan di DUN Terengganu pada tahun 2002.

Namun, enakmen ini tidak dapat dilaksanakan kerana undang-undang yang melibatkan jenayah adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan dan hanya boleh diluluskan melalui Parlimen. Jadi, itulah sebabnya dikatakan bahawa pelaksanaan Hudud adalah tidak selari dengan Perlembagaan Persekutuan.

Semua pihak mengetahui pendirian DAP dalam isu ini iaitu DAP tidak pernah dan tidak akan bersetuju dengan pelaksanaan undang-undang tersebut kerana ia tidak pratikal dan tidak sesuai dalam keadaan masyarakat majmuk di Malaysia.

Bagaimanakah penguatkuasaan undang-undang jenayah dapat dijalankan dengan berkesan sekiranya ada dua set undang-undang yang diaplikasikan secara berlainan kepada orang yang beragama Islam dan bukan Islam. Jenayah tidak ada sempadan warna kulit dan agama dan adalah mustahil penjenayah hanya melakukan jenayah ke atas mangsa dari kalangan agamanya sendiri sahaja.

DAP tidak bersetuju dengan pelaksanaan hudud tidak sama sekali bersamaan dengan DAP menentang agama Islam ataupun anti-Islam. DAP tidak pernah mempersendakan hukum Islam untuk menimbulkan ketakutan ataupun phobia di kalangan orang bukan Islam terhadap agama Islam seperti yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin MCA.

Malah, saya sendiri pernah mempertahankan Tok Guru Nik Aziz di Parlimen apabila pemimpin MCA mendakwa kononnya Tok Guru mengizinkan wanita yang tidak menutup aurat dirogol. Saya juga pernah mengatakan kepada masyarakat bukan Islam bahawa tidak ada apa yang perlu ditakuti sekiranya kita tidak mencuri dan merompak.

Ya, DAP sanggup mempertahankan PAS untuk membantu PAS dalam proses mengikis ketakutan dan perasaan phobia di kalangan masyarakat bukan Islam terhadap PAS dan agama Islam supaya PAS boleh diterima oleh semua rakyat Malaysia.

Kita mahu mereliasasikan perubahan politik di bawah Pakatan Rakyat untuk membawa agenda politik yang baru yang menekankan prinsip-prinsip keadilan untuk semua, pentadbiran yang baik tanpa rasuah dan meninggalkan politik perkauman warisan Umno dan Barisan Nasional. Kita menghayati dan serius dalam misi tersebut.

DAP juga mengetahui bahawa pelaksanaan hudud merupakan salah satu matlamat utama perjuangan politik PAS. Prinsip yang telah dimeterai dalam kerangka Pakatan Rakyat ialah parti masing-masing boleh mengekalkan matlamat perjuangan asalnya namun apa-apa keputusan dari segi pelaksanaan dasar dan undang-undang di mana-mana peringkat kerajaan perlu mendapat konsensus bersama dari semua parti dalam Pakatan Rakyat iaitu PAS, PKR dan DAP.

Dokumen yang mengikat permuafakatan dan kerjasama ketiga-tiga parti ialah Dasar Bersama Pakatan Rakyat yang dimeterai oleh pimpinan tertinggi ketiga-tiga parti dalam Konvensyen Pakatan Rakyat yang pertama pada 19 Disember 2009 di Shah Alam.

Semangat yang paling utama dalam Dasar Bersama tersebut ialah mempertahankan Perlembagaan Persekutuan dan dengan jelas mempertahankan kedudukan Islam sebagai agama untuk Persekutuan dan hak kebebasan beragama untuk agama-agama lain, melindungi kedudukan istimewa orang Melayu, mempertahankan institusi Raja Berperlembagaan dan memartabatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan.

DAP tidak pernah membelakangkan prinsip-prinsip tersebut termasuk di negeri Pulau Pinang yang dipimpin oleh setiausaha agung DAP. Seluruh pimpinan dalam Pakatan Rakyat membuat keputusan tersebut secara sedar dengan mendahulukan perkara-perkara yang kita persetujui bersama dan tidak menyentuh isu-isu yang tidak dipersetujui. Amat jelas bahawa, pelaksanaan hudud di mana-mana negeri bukan merupakan agenda yang dipersetujui dalam kerangka Pakatan Rakyat.

Justeru itu, apabila ada sebahagian pimpinan PAS khususnya pimpinan kerajaan negeri Kelantan yang bertegas secara persendirian untuk mengemukakan satu Rang Undang-undang Persendirian (Private Member’s Bill) di Dewan Rakyat melalui Ahli Parlimen PAS dari Kelantan tanpa mencapai kata sepakat atau konsensus dalam Majlis Presiden atau pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat, maka keputusan dan tindakan tersebut adalah dilihat sebagai mencabuli permuafakatan Pakatan Rakyat.

Sebagai parti politik yang berprinsip dan bertanggungjawab, PAS perlu menghormati dan mengikuti asas-asas permuafakatan yang telah dipersetujuinya.

Sekiranya PAS bertegas untuk membuat sebarang keputusan dan tindakan yang tidak ada konsensus dalam Pakatan Rakyat, maka langkah yang paling terhormat dan sewajarnya untuk PAS ialah berundur dari Pakatan Rakyat.

PAS tidak boleh terus bertindak bertentangan dengan Dasar Bersama Pakatan Rakyat tetapi pada masa yang sama tetap bersandar kepada Pakatan Rakyat.

Sebagai pendukung Pakatan Rakyat, saya amat berharap kerjasama di antara kita tidak berkesudahan sebegitu kerana pertalian di antara PAS dan DAP terutamanya di peringkat akar umbi telah terjalin dengan begitu akrab dan utuh sekali.

Namun begitu, kami perlu membuat satu keputusan yang berprinsip daripada terus berdolah-dalih di depan rakyat. Seperti ungkapan mendiang Sdr Karpal Singh, “tidak ada kawan atau musuh yang kekal dalam dunia politik, tetapi kita mesti mempunyai prinsip yang berkekalan”! (MK)

Lagi Kerana Mabuk, Cetus Amaran Pesawat Dirampas.

Ini foto pemabuk di pesawat Virgin Australia saat ditangkap
Matt Christopher Lockley. ©The Australian. Ini gambar pemabuk bernama Matt Christopher Lockley itu adalah warga Australia berusia 28 tahun.

Seorang penumpang pesawat Virgin Australia yang dalam penerbangan ke Denpasar, Bali dari Brisbane, Australia hari ini dilaporkan cuba memasuki kokpit menyebabkan pesawat berkenaan dikatakan dirampas, ketika mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai, Bali.

Pada awalnya, laporan tentang pesawat Boeing 737-800 itu dirampas, disahkan seorang pegawai kanan Tentera Udara Indonesia, Hadi Tjahjanto dalam temubual secara langsung dengan stesen televisyen tempatan, MetroTV, hari ini.

Bagaimanapun, jurucakap Virgin Blue kemudian dilaporkan berkata, penumpang yang ditangkap itu berada dalam keadaan mabuk ketika cuba memasuki kokpit dan tidak berniat merampas pesawat tersebut.

Sementara itu, jurucakap Tentera Udara Indonesia berkata, semua penumpang tidak dicederakan dan dibawa keluar dari pesawat berkenaan di Denpasar. Penumpang berumur 28 tahun itu kini ditahan pihak berkuasa untuk siasatan lanjut.

Syarikat penerbangan Virgin Australia yang sebelum ini dikenali sebagai Virgin Blue, adalah syarikat penerbangan kedua terbesar Australia. – Bernama, 25 April, 2014.

Lihat bahaya mabuk..

Setuju Henti Jual Arak Dalam Pesawat -Persatuan Hindu, Kristian


KUALA LUMPUR: Persatuan Hindu Sangam Malaysia bersetuju agar penjualan arak dalam peswat penerbangan dihentikan kerana ajaran agama tersebut melarang perbuatan itu.

Presidennya Datuk RS Mohan Shan berkata, arak dilarang kepada penganut Hindu kerana ianya boleh membawa mudarat kepada peminumnya.

"Arak boleh membawa kepada satu tahap di mana peminumnya boleh hilang kesedaran diri. Seterusnya individu tersebut mungkin akan melakukan sesuatu di luar kawalan.
"Oleh itu Hindu melarang minum arak kerana mendatangkan banyak keburukan daripada kebaikan," katanya seperti dilapor akhbar Sinar Harian hari ini.

Beliau yang juga Naib Presiden Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Taois (MCCBCHST) berkata, walaupun ada ajaran yang tidak menghalang penganutnya meminum arak, namun beliau mencadangkan agar isipadu yang dihidang dalam pesawat dihadkan.

"Syarikat penerbangan perlu memastikan agar penumpang tidak terlebih minum sehingga mabuk kerana ia mungkin boleh membawa keburukan kepada penumpang lain," katanya.

Sementara itu, Setiausaha Eksekutif National Evengelical Christian Fellowship (NECF) berkata, ajaran Kristian juga tidak menggalakkan penganutnya mengambil minuman keras.

Menurut beliau, oleh kerana penumpang dalam pesawat terdiri daripada pelbagai negara dan budaya, pramugari harus sensitif dan menghidangkanya kepada penumpang yang tiada larangan sahaja. Bagaimanapun ujarnya, hidangan arak dalam pesawat sebenarnya tidak relevan kerana boleh mendatangkan keburukan dalam peswat.

"Sesuatu penerbangan pesawat mengambil masa yang lama. Apabila dihidangkan dengan arak, maka akan menyebabkan mereka mabuk dan mungkin akan mengganggu penumpang lain.
"Tindakan tidak rasional ketika mereka mabuk ini yang menyebabkan ajaran Kristian menghalang mereka daripada mengambil minuman keras," katanya dipetik akhbar berbahasa Melayu itu. (HD)

Lihat..

Carafikir Rozita Che Wan: Didik Anak Mewah, Larang Jadi Pelakon.

 
Rozita(kanan) tidak akan membenarkan anaknya (kiri) terlibat dalam bidang lakonan biarpun ada pihak menawarkan anaknya itu berlakon. Foto IZZRAFIQ ALIAS.

HALAMAN HIBURAN
Cara fikir pelakon Rozita Che Wan. Dia tidak akan membenarkan anak lelakinya, Ammar Effendy, 18, terlibat dalam bidang lakonan dan akan memastikan remaja itu memberi tumpuan kepada pengajiannya yang bakal bermula Mei ini. Demikian Lapor mStar.

Rozita atau lebih mesra dengan sapaan Cik Ta, 41, berkata, sebelum ini ada beberapa syarikat produksi menawarkan tawaran berlakon kepada Ammar namun ditolak secara baik olehnya.

"Jika dia berminat pun saya tidak akan benarkan dia berlakon biarpun ada beberapa tawaran diberikan kepadanya tetapi saya tolak dengan baik," katanya kepada mStar Online.

Rozita ditemui pada majlis pelancaran wajah baharu mStar Online yang diadakan di Alexis The Gardens, Mid Valley, Bangsar di sini pada Khamis. Ammar bakal memulakan pengajian peringkat asasi di Universiti Nottingham yang terletak di Semenyih dekat sini dalam bidang pengurusan perniagaan.


Dia turut memberitahu tidak berminat untuk terlibat dalam bidang seni seperti ibunya.

Dalam pada itu, Rozita kesal apabila ada pihak yang menuduhnya suka menunjuk-nunjuk kemewahan yang dimilikinya selepas membuat keputusan untuk  memberi hadiah sebuah kereta mewah kepada Ammar kerana kejayaan anaknya itu mendapat keputusan cemerlang 8A 1B dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) baru-baru ini.

Jelas Rozita, dia tidak pernah berniat untuk menghebohkan perkara itu  sebaliknya hanya menjawab pertanyaan pihak media ketika ditemubual baru-baru ini.

"Apabila ditanya mengenai kesahihan tentang cerita saya ingin beli kereta untuk Ammar saya jawab tetapi bukan dengan niat untuk menunjuk-nunjuk apatah lagi bersikap riak.
"Tetapi malangnya orang salah faham dengan kenyataan saya dan menuduh yang bukan-bukan tanpa mengetahui cerita sebenar," jelasnya.

Ammar bakal memulakan pengajiannya pada Mei ini. Sementara itu, Rozita berkata, hadiah yang akan diberikan kepada Ammar adalah sebagai galakkan kepada anak kesayangannya itu selain pemangkin semangat untuk berusaha lebih keras dalam pelajaran pada masa hadapan.

"Dia anak saya dan apa yang saya ingin berikan kepadanya adalah hak saya kerana saya tahu dia sudah berusaha keras selama ini dalam memastikan mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan," katanya.

Lihat sebelum ini, cara fikir artis yang salah..


IKLAN    
Stevia Ganti Gula Dalam Makanan Dan Minuman, Untuk Diabetes.
  100% SteviA, tanpa kelori, tanpa bahan kimia, tiada pewarna, tiada pengawet.
(klik gambar ini..)
Stevia Ganti Gula Dalam Makanan Dan Minuman, Untuk Diabetes.  
HMH STEVIA HERBA.  
Wakil Penjual: 
Selangor Salina-01112804271 (Kajang)
Badli-0175464055 (Ampang),
Man -01 111281452 (Selayang),

Hasibullah-012 2190400 (Kelang/Meru)
W/Persekutuan
Norzaidah - 0123702437 (Putrajaya)
  
Bakhtiar- 0183968580 (Lembah Pantai) 
Mail - 0178807326 (KL Jln P.Ramlee)
Perlis, Kedah
0134384797 (Perlis)
Asri 0125445084 (Jitra) 
Norriehan 0175278832 (Alor Star),
P.Pinang
CT Rahmah 0132289576
Pahang 
Roslan 0132132967 (Temerloh)
Melaka 
Rahmat 0147266599 (Jasin)  
Johor 
Syed 0176778774 (JB)  
Lihat artikel

Untuk Suri Rumah, Ini Resepi Masakan Terkecil Di Dunia.

Buku resep masakan ini memiliki panjang dan lebar hanya 1 cm. Buku resipi masakan ini panjang dan lebar hanya 1 cm. Dipamerkan di Colombo, Sri Lanka, Khamis (24/4). Di ditulis oleh seorang chef terkenal di Sri Lanka, Publis Silva.

JOM KREATIF
Buku resep masakan ini memiliki panjang dan lebar hanya 1 cm. Buku resipi kecil ini mempunyai berat kira-kira 5 miligram.  
Buku resep masakan ini memiliki panjang dan lebar hanya 1 cm. Buku resipi kecil saat berbanding dengan buku bersaiz normal.


Buku resep masakan ini memiliki panjang dan lebar hanya 1 cm.  Buku resipi kecil ini hanya diterbitkan sebanyak 40 naskhah .

Lihat sebelum ini.. 
E-Buku IH-68: Kisah-kisah Jom Kreatif (3)
E-Buku IH-68: Kisah-kisah Jom Kreatif (3)
E-Buku IH-53: 'Siri Jom Kreatif, Pelik-pelik..' (2)
E-Buku IH-53: 'Siri Jom Kreatif, Pelik-pelik..' (2)
E-Buku IH-10: 'Siri Jom Kreatif, Pelik-pelik..' (1)
E-Buku IH-10: 'Siri Jom Kreatif, Pelik-pelik..' (1)

Jom 'belah mulut' Anak, Di Rumah TG Nik Aziz..



Perkarangan Rumah TG Nik Aziz Sibuk Awal Pagi Tadi

Hampir 100 orang datang bawa bayi masing-masing ke masjid tok guru untuk buat 'tahnik' ke atas anak masing-masing.

Ya allah, mereka mohon keberkatan alim ulama. Panjanglah umur dan berikan lah kesihatan kepada tok guru.
(Kerabu Bersuara)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Tahnik atau orang kampung sebut 'belah mulut' adalah sunnah Nabi.


Belah Mulut


Anak adalah anugerah Allah SWT yang berharga di dunia ini. Ramai kalangan pasangan yang berkahwin menanti saat berbahagia seperti ini iaitu saat kehamilan isteri dan kelahiran anaknya. Apabila si anak telah lahir, Islam menggariskan pelbagai perkara sunnah yang mana ibu bapa dituntut melakukannya.


Selain daripada melakukan ibadat akikah, mencukur rambut bayi kemudian bersedekah mengeluarkan emas atau nilainya dengan kadar timbangan rambut tersebut, azan di telinga bayi, memberi nama yang baik. Terdapat satu amalan yang juga disunatkan iaitu amalan tahnik.


Apakah dia tahnik atau 'belah mulut?


Ia merupakan satu perkara yang sangat dituntut. Tahnik dari segi bahasa ialah lelangit di dalam mulut.(al-Marbawi, Kamus Idirs al-Marbawi : 153). Pakar bahasa menyebut maksud amalan tahnik ialah dikunyah buah tamar atau seumpamanya lantas digosok tamar tersebut pada lelangit mulut bayi. (al-Nawawi, Sharh sahih Muslim 1/462).


Ia merupakan sunnah nabi yang perlu dilakukan oleh seseorang terhadap bayinya. Para ulama bersepakat mengatakan tahnik sunat dilakukan. Barangsiapa yang melakukannya, maka baginya pahala, sebaliknya barangsiapa yang tidak melakukannya, ia tidak berdosa. Ia seperti juga hukum akikah, ia adalah sunah bukan wajib.


Tahnik afdal dilakukan dengan buah tamar. Jika tiada tamar, boleh gunakah rutob (tamar segar). Jika tiada juga, boleh gunakan sesuatu makanan yang manis tetapi madu manis lebih awla daripada makanan lain. Dan jangan menggunakan makanan yang telah dimasak. Seeloknya, dibukakan sedikit mulut bayi supaya ia boleh menelan buah tamar tersebut. Tujuan tahnik mengikut ulama adalah melatih bayi untuk makan dan menguatkannya. (Ibn Hajar, Fath al-Bari 15/390).


Anas bin Malik menceritakan, aku telah membawa Abdullah bin Abi Talhah ketika beliau dilahirkan kepada Rasulullah SAW. ketika baginda memakai jubah (aba’ah) sambil menginaikan untanya. Rasul bertanya : “Adakah kamu mempunyai buah tamar?” 
 

Aku menjawab, ya. 

Lalu aku menghulurkan beberapa biji buah tamar, dan Rasulullah SAW memasukkan ke dalam mulutnya. Baginda mengunyahnya kemudian membuka mulut baginda dan mengeluarkan semula tamar yang dikunyah dan diletakkan ke mulut bayi itu. Lantaran itu bayi tersebut menggerakkan lidahnya meghisap tamar tersebut. 

Kemudian baginda menyebut : “Yang disukai orang ansar ialah tamar dan namakannya dengan nama Abdullah”. (HR Muslim 3995, Lihat al-Nawawi, Sharh sahih Muslim 7/269). 

Hadis ini menunjukkan sunnah tahnik bayi yang baru dilahirkan dan ia adalah sunnah sebagaimana ijmak ulama. Ia juga menunjukkan afdal melakukan tahnik dengan buah tamar
 
Bilakah sunat dilakukan tahnik? Adakah sebaik sahaja kelahiran atau perlu menunggu hari ketujuh?. 

Al-Bukhari membuat satu bab khusus dalam kitab sahihnya iaitu “Bab menamakan bayi dan mengtahniknya petang kelahirannya sekalipun belum dilakukan akikah”. (Ibn Hajar, Fath al-Bari 15/390).

Bermakna sekiranya bayi tersebut lahir pada pertengahan siang hari, tahnik boleh dilakukan selepas waktu tengahari pada hari kelahirannya. Ini yang dapat difahami melalui bab yang dibuat oleh al-Bukhari. Disebutkan dalam
al-Majmuk, bahawa sunnah melakukan tanhik dengan tamar kepada bayi ketika dilahirkan. Maksudnya hari kelahiran (al-Nawawi, al-Majmuk 8/443).

Bahkan tujuan atau hikmah tahnik sebagaimana disebut ulama ialah bertujuan untuk melatih bayi makan atau minum. Oleh itu, ia perlu disegerakan pada hari kelahirannya dan tidak perlu ditangguhkan sehingga hari ke tujuh sebagaimana yang dilakukan oleh segelintir masyarakat Melayu di sini.


Dalam negara kita, kebiasaanya orang awam suka meminta tolong para ustaz atau alim ulama melakukan tahnik kepada anaknya. Mereka mungkin menganggap ini adalah satu sunnah atau mungkin kerana mereka inginkan keberkatan ustaz tersebut.  Apa yang dilakukan oleh para sahabat dengan membawa anak mereka berjumpa Rasulullah SAW. dan Rasulullah melakukan tahnik kepada bayi tersebut adalah suatu perkara yang mulia.


Ini kerana Rasulullah SAW mempunyai keberkatan pada diri atau zat baginda. Manakala selain daripada Rasulullah SAW berlaku khilaf di kalangan ulama. Pendapat yang agak kuat lebih cenderung kepada keberkatan zat hanya ada pada para nabi dan rasul AS. Ya, ada nas-nas daripada al-Qur’an dan al-Sunnah yang juga menunjukkan bahawa wujud benda-benda yang diturunkan keberkatan oleh Allah kepadanya. Sama ada tempat, masa atau makhluk-makhluk dari kalangan manusia.


Sheikh Soleh bin Abdul Aziz (Lihat
al-Tamhid, hlm 125-127) menjelaskan, berkat yang dijadikan oleh Allah ada dua bahagian :
  1. Berkat pada tempat atau masa. Seperti Allah Taala memberkati Baitillahilharam dan memberkati kawasan sekeliling Masjidil Aqsa. Maksud berkat di sini adalah dari segi makna dalaman, iaitu ada kebaikan yang banyak dan berkekalan di dalamnya. Dengan kata lain, keberkatannya adalah untuk tujuan beribadat padanya. Begitu juga keberkatan pada masa atau waktu. Allah memberkati bulan Ramadan dengan makna barangsiapa yang melaksanakan ibadat setulusnya dalam bulan ini, nescaya akan mencapai kebaikan dan ganjaran pahala yang berlipat ganda.
  2. Berkat pada manusia. Iaitu berkat yang dijadikan Allah pada diri orang-orang mukmin. Dimulai oleh berkat pada diri Rasulullah SAW dan para nabi serta rasul-rasul AS. Berkat mereka adalah berkat pada zat, iaitu jasad dan tubuh mereka adalah berkat. Manakala selain daripada mereka, keberkatan orang yang beriman bukan pada zat mereka. Berkat pada mereka merujuk kepada berkat amalan, keimanan, ilmu dan dakwah mereka.
Dalam masalah tahnik, seeloknya bapa atau ibu atau ahli kelaurganya yang lain seperti datuk atau nenek kepada bayi itu sendiri yang melakukan tahnik. Adapun jika seseorang ingin juga meminta para ustaz atau ulama melakukan tahnik kepada bayinya, ada yang menasihatkan janganlah sampai menganggap kerana zat air liur atau tangan ustaz tersebut boleh membawa berkat kepada anaknya.

Sekalipun ada ulama yang mengatakan sunat diminta kepada orang alim atau soleh melakukan tahnik untuk anak kita (Lihat al-Nawawi, Sharh sahih Muslim 1/462), namun perkara tersebut ditolak oleh ulama lain. Al-Nawawi ketika mensyarahkan hadis Anas bin Malik di atas menyebut beberapa pengajaran hadis tersebut. Antaranya beliau menggariskan sunat dilakukan tahnik oleh orang soleh lelaki atau wanita dan boleh tabarruk dengan kesan-kesan orang soleh. (al-Nawawi, Sharh sahih Muslim 7/269).


Tetapi jika kita melihat hadis-hadis atau athar para sahabat, selepas kewafatan Rasulullah s.a.w. tiada satu pun cerita yang diriwayatkan mengisahkan orang ramai berjumpa para sahabat besar seperti Abu Bakr, Umar, Uhtman, Ali dan lain-lain untuk meminta mereka melakukan tahnik kepada bayi-bayi yang baru dilahirkan.


Ini jelas membuktikan bahawa perbuatan meminta orang-orang soleh atau alim ulama melakukan tahnik tidak dilakukan oleh para al-salaf al-soleh. Justeru, bapa atau ibu kepada bayi tersebut boleh melakukan sunnah tahnik sendiri tanpa perlu pergi mencari ustaz-ustaz untuk melakukannya.


Selain itu, perkara lain yang ingin dikongsi bersama ialah berkaitan melakukan tahnik dengan menggunakan air zam-zam. Dalam hadis-hadis, kesemuanya menceritakan bahawa Rasulullah SAW hanya menguyah buah tamar apabila melakukan tahnik. Apakah terdapat dalil yang mengharuskan kita menggunakan air zam-zam ketika tahnik.


Dalam kitab
Akhbar Makkah karangan al-Fakihi, beliau membawa satu athar yang mursal daripada Ata’ bahawa Habib berkata kepada Ata’, aku perlu membawa air zam-zam? Jawab Ata’ : Ya, sesungguhnya Rasulullah SAW. membawa air zam-zam dalam botol lalu mengtahnikkan Hasan dan Husain dengannya menggunakan tamar ajwah. (al-Fakihi, Akhbar Makkah 3/198).

Walaupun hadis ini mursal, namun ia masih disokong oleh dalil-dalil umum yang menjelaskan kewajaran mengambil berkat dengan air zam-zam, atau berubat dengannya. Jadi ada yang berpendapat tidak menjadi kesalahan menggunakan air zam-zam untuk melakukan tahnik.


Ini adalah beberapa perkara penting yang perlu diketahui oleh orang ramai berkaitan sunnah tahnik. Mudah-mudahan sunnah yang kita lakukan dengan niat ikhlas mendapat ganjaran yang besar di sisi Allah s.w.t. Amin.

Apa Akan Berlaku Jika MH370 Tidak Ditemui? Bagaimana Kosnya..


Semakin lama misi pencarian pesawat MH370, semakin harapan menipis bagi ahli keluarga penumpang dan krunya. - Gambar The Malaysian Insider. Semakin lama misi pencarian pesawat MH370, semakin harapan menipis bagi ahli keluarga penumpang dan krunya. - Gambar The Malaysian Insider.

















Meskipun Malaysia dan Australia memberi jaminan pencarian akan diteruskan terhadap pesawat Malaysia Airlines MH370, kurangnya petunjuk membuatkan ramai tertanya-tanya: Bagaimana jika pesawat Boeing 777-200ER itu tidak ditemui?

Semasa permulaan misi carian antarabangsa itu, persoalan sedemikian tidak terlintas oleh penyiasat dan orang ramai, namun semakin lama, ia bakal menjadi kenyataan yang pahit. CNN melihat apa akan berlaku sekiranya pesawat dengan 239 penumpang dan anak kapal itu hilang tanpa dapat dikesan.  

1. Ia akan lenyap dan menjadi misteri dunia.

Kehilangan pesawat mungkin akan setara dengan misteri kehilangan Amelia Earhart. Juruterbang wanita yang hilang ketika cubaan pertama mengelilingi dunia menaiki pesawat Equator pada Jun 1937 menimbulkan pertanyaan.

Misi carian gagal mengesan sebarang jejak, pemandu arah Frederick Noonan mahupun pesawatnya. Sesetengahnya percaya mereka kehabisan minyak dan terhempas di laut – teori sama yang berlaku kepada pesawat Malaysia Airlines, kata CNN.

Kemudian, adanya Segitiga Bermuda. Banyak kapal laut, pesawat dan orang hilang di kawasan pertemuan Lautan Atlantik, "segitiga" dari Bermuda, Miami dan San Juan, Puerto Rico. Pegawai AS melaporkan puting beliung, ribut petir secara tiba-tiba, arus Teluk dan perairan Caribbean yang cetek bukti munasabah kehilangan kapal. Namun sehingga kini tiada penjelasan kehilangan pesawat MH370, kata CNN.

Misteri tidak semuanya kekal misteri.
Dua tahun pasukan pencari menemui kotak hitam pesawat Air France 447, yang terhempas di Lautan Atlantik pada 1 Jun 2009 ketika dalam perjalanan ke Paris dari Rio dengan 228 penumpang. Meskipun lokasinya diketahui, sukar untuk mencari pesawat itu.

Tiada GPS mahupun carta lautan ketika 1912 ketika RMS Titanic karam di Utara Atlantik. Hanya pada 1985 kapal pelayaran mewah British itu ditemui. Tempoh 73 tahun itu suatu tempoh yang lama, namun sesetengah jawapan memerlukan masa, kata CNN.

2. Keluarga tidak didedahkan berkenaan tragedi.

Wajah-wajah muram keluarga menaiki pesawat MH370 menjawab segalanya.

"Semakin lama peluang anak saya dan penumpang lain untuk ditemui semakin kecil," kata waris penumpang warganegara China.
"Untuk mengetahui orang itu hidup kita perlu melihat mereka. Untuk tahu orang itu mati kita nampak mayatnya. Itu sahaja," kata Wen.

Emosi keluarga berkecamuk. Percanggahan maklumat dan kelewatan pegawai Malaysia menimbulkan kemarahan. Semakin sebak apabila tiada mayat untuk dikebumikan. Bagaimana mahu melepaskan tanpa mengucapkan selamat tinggal? Harapan masih membara di jiwa Prahlad Shirsath, suami kepada isterinya yang menaiki pesawat itu.

"Jauh di lubuk hati saya merasakan dia akan kembali," katanya kepada CNN.
"Dia akan pulang kerana tiada sebab untuk putus harapan," katanya.

3. Penemuan palsu yang memusnahkan harapan

Setiap beberapa bulan atau tahun, akan timbul teori kehilangan pesawat – atau menemui apa yang mereka percaya sebagai cebisan pesawat. Ibu bapa Madeleine McCann mengetahui perkara ini, kata CNN. Ketika berusia 3 tahun dia hilang pada 2007 ketika percutian keluarga di resort Portugis di bandar Praia da Luz. Kehilangannya menjadi perhatian luas media seluruh dunia dan kekal misteri selama 7 tahun.

Sejak itu juga timbul kisah kelibat McCann selepas diculik. Mereka menerima pelbagai janji. Namun Madeline masih tidak ditemui.

4. Pembayaran insurans besar-besaran

Masih belum diketahui jumlah pembayaran insurans yang akan dibayar Malaysia Airlines kepada waris penumpang, namun sudah pasti ia jumlah yang besar, kata CNN. Sebahagian peguam yang berpengalaman menguruskan perkara seperti ini berkata jumlah setiap penumpang berkemungkinan US$400,000 (sekitar RM1.3 juta) hingga US$10 juta (RM33 juta).
Jumlah insurans yang diambil syarikat adalah antara US$2.5 bilion dan US$2.5 bilion setiap pesawat, kata CNN memetik Firma Dan Rose of Kreindler & Kreindler.
Jumlahnya sekitar US$10 juta setiap penumpang. Dengan 239 penumpang, ia lebih besar.

Di bawah amalan antarabangsa dikenali sebagai Konvensyen Montreal, syarikat penerbangan perlu membayar keluarga penumpang sejumlah pampasan US$150,000 hingga US$175,000, namun itu hanya permulaan. Keluarga mangsa boleh membuat tuntutan. Pembuat pesawat Boeing, juga bakal menjadi sasaran. Namun, sehingga pesawat itu ditemui, keluarga tidak mempunyai banyak kes. Melainkan kematian tanpa mayat.

5. Akan berlaku perubahan polisi

Setiap nahas menyebabkan berlakunya perubahan polisi. Namun bila tidak diketahui puncanya, ia semakin sukar. Penguatkuasa AS meluluskan 90 hari 'ping' isyarat disertakan dengan perakam data, jadi pasukan pencari mempunyai peluang lebih besar untuk menemui pesawat. Beacon pengesan seharusnya memindahkan data 90 hari untuk memudahkan misi mencari pesawat di dalam air.

Pesawat MH370 mempunyai ketahanan bateri selama 30 hari. Isyaratnya semakin lemah ketika alat pengesan dilepaskan untuk mengesan kotak hitam. Tambahan 60 hari mungkin akan membantu. Menjelang 2015, Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) menetapkan kesemua pesawat baru mempunyai keupayaan 90 hari. Menjelang 2020, setiap pesawat akan memilikinya, kata FAA.

Malaysia sudah menghantar laporan awal pesawat MH370 kepada Badan Penerbangan Awam Antarabangsa, sebuah badan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk penerbangan. Namun belum didedahkan kepada umum. Namun, terdapat begitu banyak persoalan.

Adakah terdapat cara yang lebih baik untuk mengesan pesawat? Mampukah pesawat diikuti dengan satelit untuk mengesan pergerakan yang tidak boleh dimatikan? Setiap telefon mempunyai GPS, mampukah kita menemui pesawat bernilai jutaan ringgit?

Agensi penerbangan PBB berkata kepada CNN, Malaysia berkata dunia industri penerbangan perlu melihat pengesan secara langsung pesawat. Ia cadangan sama dikeluarkan selepas kejadian nahas Air France. Namun "tiada yang berubah". Buat masa ini, harapan semakin menipis bagi menjumpai pesawat dan merungkai misterinya. – 24 April, 2014. (TMI)

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Apa akan berlaku jika MH370 tidak ditemui? Jawapan berkisar 5 perkara. Cuma kita nak tahu satu perkara lagi...

6. Bagaimana kosnya?

Berapa banyakkah Malaysia telah, sedang dan akan keluarkan wang dalam kes MH370 ini samada ditemui atau tidak bangkainya? Bagaimana kosnya? Mungkinkah semuanya itu berlalu dengan percuma sahaja? Siapa yang tanggung? Atau bayarannya dalam bentuk hutang yang akhirnya akan mem'papa-kedana'kan negara ini?

Rakyat nak tahu juga. Fikir-fikirlah.

Hudud: Peguam PAS Puji Gerakan...

Oleh MOHAMED HANIPA MAIDIN




Hudud: Jawapan balas terhadap ugutan Gerakan

Pertama saya selaku Pengerusi Lajnah Undang Undang PAS mengucapkan terima kasih pada Parti Gerakan di atas surat atau notis undang undang bertarikh 24.4.2014 yang dihantar kepada PAS berkenaan isu hudud.

Keduanya, PAS yang mendokong amalan demokrasi termasuk kebebasan bersuara menghormati hak dan kebebasan parti Gerakan melalui sayap pemudanya atas pandangan mereka berkenaan hudud itu. PAS mungkin tidak setuju dengan pandangan Gerakan namun yakin dan percayalah kami akan mempertahankan hak dan kebebasan bersuara anda dengan segala kudrat kami.

Ketiganya, jika dilihat kepada isi kandungan surat itu sebab utama penentangan Gerakan kepada hasrat perlaksaaan hudud oleh PAS adalah berkisar kepada isu Perlembagaan.  Gerakan berpendapat undang undang hudud bertentangan dengan Perlembagaan kerana dikatakan tiada peruntukkan dalam Perlembagaan bahawa hudud boleh dilaksanakan.

Peruntukan mana  dilanggar oleh PAS?

Amat malang pihak Gerakan hanya menyatakan secara umum bahawa hudud bertentangan dengan Perlembagaan namun tidak dinyatakan peruntukan mana di dalam Perlembagaan yang dikatakan dilanggar oleh PAS atau Kerajaan Kelantan. Ketiadaan perincian dakwaan mereka ini menimbulkan andaian adakah pihak Gerakan menghantara notis tindakan undang undang kepada PAS hanya berdasarkan sentimen semata mata dan sikap gopoh tanpa terlebih dahulu menghalusi Perlembagaan dan peruntukkan di dalamnya.

Kewujudan dua sistem jenayah

Dakwaan Gerakan dalam Notis mereka kepada PAS bahawa kewujudan hukum hudud akan mengakibatkan kewujudan dua sistem perundangan jenayah dalam negara kita adalah, dengan hormat, satu dakwaan yang gopoh, tidak berasas dan juga menunjukkan ketidakfahaman mereka tentang  perjalanan sistem undang undang jenayah dalam negara ini.

Untuk makluman Gerakan, kewujudan dua sistem jenayah dalam negara ini telah pun wujud sejak Perlembagaan Persekutuan itu wujud. Sejak awal lagi negara kita dan Perlembagaan merestui kewujudan dua sistem jenayah itu iaitu jenayah yang dibicarakan di Mahkamah Sivil dan jenayah syariah yang dibicarakan di Mahkamah Syariah. Oleh itu sama ada hudud wujud atau tidak , hakikatnya negara kita telah pun mempunyai dua sistem jenayah dan ini diperuntukkan oleh Perlembagaan. Nampaknya bukan Pas yang melanggar Perlembagaan sebaliknya hujah Gerakan yang menyalahi Perlembagaan.

Malahan jika kita mengambil kira wujudnya Mahkamah Tentera yang membicarakan kes jenayah yang melibatkan tentera maka terdapat lebih dari dua sistem jenayah dalam negara kita. Bagaimana pula dengan kewujudan mahkamah seperti Mahkamah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang juga diberi kuasa membicarakan kes saman berunsur jenayah!

Kita patut memuji Gerakan

Apa pun kita patut memuji Gerakan kerana meskipun mereka menghantar Notis yang boleh dikatakan pra matang kepada PAS, mereka tidaklah dilihat menghina hukum hudud seperti para pemimpin Umno, sekutu mereka yang beragama Islam , yang pernah dan diketahui menghina hukum hudud  secara terbuka sebelum ini.

Alexender Pope menyatakan " Little knowledge is dangerous thing" maka atas ruh kata kata tersebut saya ingin menasihatkan pemimpin Gerakan pelajarilah hukum hudud sebelum kamu ingin menentangnya. Adil kah menentang hudud tanpa mengetahui dan  memahami undang undang hudud itu terlebih dahulu ?

Saya juga berharap Gerakan juga perlu bersikap konsisten. Mengapakah kita tidak mendengar Gerakan menentang undang undang zalim dan drakonian seperti ISA , Akta Hasutaan, Akta Penerbitan Dan Pencetakan, SOSMA , Akta Pencegahan Jenayah dan banyak lagi.

Mengapakah apabila kerajaan BN luluskan Akta Pencegahan Jenayah yang mengembalikan kuasa menahan tanpa bicara Gerakan tidak membantah malahan menyokong. Bukankah ia adalah Akta yang zalim dan melanggar hak asasi manusia yang dijamin oleh Perlembagaan?Mengapakah tiada notis dihanta kepada Umno , MCA dan MIC?

Adakah Gerakan sedar dan tahu bahawa tiada penahanan tanpa bicara dalam hudud malahan prinsip dalam undang undang jenayah Islam jauh lebih baik iaitu "lebih baik hakim tersilap bebaskan 10 orang bersalah dari hakim tersilap sabitkan seorang yang tidak bersalah sebagai bersalah".

Saya mengambil kesempatan ini mengajak Gerakan untuk kita sama sama berdialog atau berdebat secara rational dan matang dalam isu hudud ini. Gerakan sediakanlah tempat, tarikh dan masa insya Allah PAS bersedia datang bila bila masa.

*Penulis adalah Pengerusi Lajnah Undang-undang PAS merangkap Ahli Parlimen Sepang.


Sila lihat...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails