Saturday, April 19, 2014

Lagi Cara Fikir Artis Yang Salah.. Lihat Pula Erma Fatima


Andai Kemban Membawaku Ke Neraka, Aku Redha   Erma Fatima
Antara foto yang diselar oleh para pengikut Instagram Erma Fatima

HALAMAN HIBURAN
BEGINI Lapornya..

Andai Kemban Membawaku Ke Neraka, Aku Redha – Erma Fatima 
Andai Kemban Membawaku Ke Neraka, Aku Redha   Erma Fatima 
Bak kata pepatah ‘takkan Melayu hilang di dunia’. Mengambil inspirasi daripada pepatah lama itu, pengarah tersohor tanah air, dikatakan Erma Fatima kini sedang sibuk dalam sesi penggambaran drama berjudul ‘Takhta 3 Ratu’.

Namun, disebalik keghairahan Erma menyiapkan naskah sejarah ini, timbul pula isu di mana para pengikut di laman Instagramnya menyelar cara pemakaian pelakon wanita dalam drama ini yang dilihat tidak bersesuaian dengan agama Islam.



“Bila MELAYU berkata-kata ! KEMBAN LEBIH BESAR ISUNYA dari sejarah kejatuhan Melaka! Malunya menjadi MELAYU yg melihat dgn lutut berkata kata dgn siku. Soal hukum tdak ada sesiapa mampu mempertikaikanya. TAPI menghukum bukan kerja yg tuhan tugaskan kpd manusia.

AKU SALAH kerana melanggar hukum KEMBAN ! Kalian BENAR kerana menjadi juri d bumi tuhan? Aku terima hukuman kalian! Andai KEMBAN membawa ku ke neraka…aku redha…TAPI aku ada tugas yg besar yg harus ku laksanakan utk melengkapkan hidup aku di ats bumi Allah ini.” 

Erma turut memberitahu bahawa sejarah bukannya perkara yang boleh ditukar begitu sahaja dan dia mahu naskhah tersebut dinilai bukan melalui babak berkemban, sebaliknya jalan cerita yang ingin disampaikan. (seperti gambar di atas)

Andai Kemban Membawaku Ke Neraka, Aku Redha   Erma Fatima

Watak utama drama ‘Takhta 3 Ratu’

“Bukan hanya utk agama tetapi juga utk bangsaku. Jadi kpd yg berniat utk mengutuk… silakan… ianya tidak sama sekali meninggalkan kudis ke ats aku. TAPI kepada yg menegur, terima kasih dan mohon maaf kerana aku melakarkan sejarah. Sudah pasti sejarah tdk akn menghalalkan cara.

Tp sejarah bkn sesuatu yg bole di tukar suka2 dan bila2. Salam maaf dr sy. Kpd yg sudi… jemput2lh menonton TAKHTA sy bila d tayangkan nanti. NAMUN jgn hanya d tonton KEMBANNYA…di lihat juga bgaimana kekuatan sebuah empayar Melaka runtuh kerana rakyatnya sendiri.” 

Laman Instagram menjadi medan perdebatan antara para pengikutnya, Erma juga menegaskan bahawa dia berbuat demikian untuk melunaskan tanggungjawabnya sebagai seorang Melayu.
Dalam pada itu, ada juga para peminat yang dilihat menyokong prinsip yang dipegang oleh Erma dan memberikan sokongan penuh kepada drama terbabit. 


Erma Fatima tampil menjawab isu pelakon berkemban dalam drama arahannya yang bertajuk Drama Takhta 3 Ratu. Drama menampilkan beberapa pelakon hebat tempatan seperti Erra Fazira, Awie, Elli Suriati dan aktres kelahiran Indonesia, Feby Febiola. Seperti biasa, terdapat komen positif dan negatif mengenai isu pelakon berkemban dalam drama ini.

Jawapan Erma Fatima.

Ini pula antara komen-komen peminat Erma.

Seperti yang kita tahu, pelakon berkemban memang telah ada sejak zaman P. Ramlee.

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Lagi kita lihat cara fikir artis Melayu/Islam di Malaysia.. Fikir-fikir sendirilah, sesuaikah dengan kehidupan berdasarkan Al-Quran dan Hadis..

13 comments:

Unknown said...

Dengan nama Allah SWT
Soalan
Kenapa kita yang berugama Islam mempertikai kan kata kata pompuan yang bernama Erma Fatimah ? Atau kenapa kita yang berugama Islam nak salahkan idealogi fahaman pompuan yang bernama Erma Fatimah . Kita kena faham bahawasanya pompuan yang bernama Erma Fatimah kerja jayanya menjual filem untuk orang ramai. Kita ada kuasa membeli . Jadi kalau kuasa membeli berada di tangan kita ( berugama Islam )kenapa kita nak beli jualan produk dari pompuan bernama Erma Fatimah . Jika produk yang di jual oleh pompuan yang bernama Erma Fatimah menyalahi HUKUM ALLAH SWT. Kenapa kita yang berugama Islam subahat membeli produk yang nyata HARAM . Tak ke bodoh namanya . Contoh produk arak dan nombor ekor ternyata HARAM kenapa orang Islam membelinya? Begitu juga dengan pompuan yang bernama Erma Fatimah yang menjual produk yang nyata HARAM . Pompuan yang bernama Erma Fatimah kerjanya hanya pandai menjual produk yang nyata HARAM di beli . Jadi kita sebagai orang yang berugama Islam tak payah subahat membeli produknya kerana kuasa membeli ada di tangan kita . Please lah jangan jadi BODOH . KUASA MEMBELI ADA DI TANGAN SIAPA. Dan pompuan yang bernama Erma Fatimah tak pernah memwajibkan orang Islam membeli produk beliau .Apa yang penting bagi kita yang berugama Islam tekad diri jangan beli produk produk keluaran pompuan yang bernama Erma Fatimah . Habis cerita !!!!

zaidun said...

'Kita' tu sapa? Lu. Gua tidak.

Anonymous said...

cuba erma ambik tangan letak atas api dapor gas...agaknya berapa minit bole tahan....cakap jgn ikut sedap mulut.

Anonymous said...

Jadi Zaidun......

Awak redha dengan kemungkaran ini ?

Memang sejarah tetap sejarah tetapi hukum Allah lebih tinggi dan Allah tidak menyuruh kita buat itu dan ini melainkan ianya baik.

Matlamat tidak menghalalkan cara.

Apakah berkemban itu ada kena-mengena dengan Kemelayuan ? Adakah ia penting bagi menunjukkan jatuh bangunnya Melaka ? Apakah ianya begitu intrinsik kepada sejarah dan politik Melaka yang jika berkemban itu tidak ditunjukkan ia akan mencacatkan kebenaran ?

Tentunya tidak.

Maka itu, jika berkemban itu tidak penting untuk jalan cerita, mengapa ia perlu dipaparkan ?

Harus kita ingat bahawa realiti perkahwinan adalah suami dan isteri menjalin hubungan jasmani selayaknya suami dan isteri.

Tetapi jika di dalam sebuah filem - adakah babak tersebut perlu dilakonkan demi menunjukkan bahagianya dan sempurnanya hubungan suami isteri ?

Tentu sekali tidak.

Hakikatnya ialah banyak benda yang tidak dipaparkan dalam filem walaupun ianya berbentuk realiti - namun tidak sedikit pun mencacatkan jalan cerita atau kebenaran yang ingin disampaikan.

Hujah Erma Fatimah cacat.

Anonymous said...

rasanya tak salah seseorang berkarya mencukil sejarah silam.perjalanan hidup warisan orang melayu mencari sesuatu dari adat kepercayaan kepada adat kepercayaan yang berlandaskan islam.inilah sejarah melayu jangan harus dilupakan.dari titik noktah ini buka lembaran bagaimana islam bertapak berjuang dibumi gugusan kepulauan melayu,disemenanjong tanah melayu.kepahlawanan wira agama menentang yang bathil.kehebatan para wanita yang berganding berjuang bersama dari adat kepercayaan semata mata kepada adat berlandaskan islam.saya mohon erma fatima maju setapak lagi kearah ini,berkaryalah dari warisan berkemban kearah terserlahnya kehebatan islam.berkemban silam masih lagi diera pencarian cahaya islam berkemban sekarang bagaimana?.melayu sebelum islam tentu berbeza dengan melayu setelah datangnya islam.

Anonymous said...

Kenapa manusia sekarang lebih pendek akalnya dan berfikir selapis?? Filem adalah manifestasi kehidupan manusia yang diangkat ke layar sama ada genre sejarah, komedi,seram, dan lain2. Filem juga mencatatkan pengalaman kebudayaan dan tamadun sesuatu bangsa. Orang sekarang tidak kenal kehebatan P. Ramlee dan kritikan sosialnya jika tiada filem2 beliau. Begitulah kerja orang seni yang memadankan kesemua itu dalam semua filem.
Jika anda pemuja tegar Islam, apakah Islam sebegitu?? Komen2 sebegini tidak menampakkan kematangan umat Islam, cuma perlihatkan kematangan anda setakat darjah 6.
Usah menjadi munafik kerana dalam diam2 ramai yang mengaku Islam juga peminat tegar filem2 porno. Blog ini juga banyak kali menerbitkan gambar2 separa lucah. Apakah kerana gambar itu bukan Melayu menyebabkan ianya 'halal'? atau Ibnu Hasyim semakin keliru.

Anonymous said...

Orang Islam tidak boleh mendedahkan aibnya. Betul, dulu orang Melayu berkemban. Tapi tak perlulah kita ceritakan atau hidupkan aib itu semata2 konon untuk tontonan kita zaman ini.

Biarlah ia menjadi sejarah. Tak ada faedah pun.

Anonymous said...

Masyarakat tentu ingat tindakan 'pompuan'itu (pinjam ungkapan salah seorang pembahas) membayar tuntutan ganti rugi melalui wang syiling.

Fikirkanlah!!

Anonymous said...

Matlamat tidak menghalalkan cara.
Siapa punya ajaran la yg diikutnya tu ?
Neraka dan hukum Tuhan, not to be played, you don't know how serious your words, and how Neraka are.

Ibnu Hasyim said...

Kepada Anon April 19, 2014 at 8:39 AM
dan lain-lain.


T.kasih.

Anonymous said...

anon 8:39 AM, cuba menegak benang basah. Antara "art for art sake" dengan "rules of Allah"...mana yang akan menyelamatkan anda at d end of d day? tiada paksaan dalam islam...it's ur choice.

Eman said...

sebb kita tk pernh tgk neraka, tu sebb dgn senang ckp aku redho.

cuba baca kisah pramugari yg pengsan di Mekah dan diperlihatkan siksaan Allah dlm koma nya.

pedih tk terkira...yg hj jamal pula asyik ckp KUASA MEMBELI. memang tk dipaksa beli atau tonton, tp dh jadi isu umum, wajib pihak yg berilmu menegur.

nk kira kuasa membeli, dadah lagi bagus bisnesnya.

Mat Tiga Suku said...

mcm ni susah lah kalau nk buat filem TENGGELAMNYA KAUM NABI LUT. kena tunjuk real ke perbuatan mungkar mereka atas alasan itu benar2 berlaku malah disebut dlm Quran lagi?

disini lah nilai kesenian kreativiti perfileman tercabar. bagaimana hendak tunjuk yg benar tanpa melanggar syarak? umpama filem mengenai Nabi2, tidak boleh tunjuk wajah tapi masih ada karektor itu.

ada sebuah filem melayu lama, bila sampai adengan ber'ehek', dia tunjuk clip kerja2 piling(cerucuk) di tapak bina. kan kreatif begitu. sebab tiang piling(cerucuk) bukan aurat.

hihihih

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails