Thursday, April 17, 2014

Ahli Parlimen Ini, Guna Islam Untuk Hina Gambar Karpal Singh

Gambar jenazah Karpal Singh dan keratan akhbar berkait dengan mendiang disiarkan di akaun Facebook Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Nawawi Ahmad. Gambar jenazah Karpal Singh dan keratan akhbar berkait dengan mendiang disiarkan di akaun Facebook Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Nawawi Ahmad.
















Tatkala ahli-ahli politik daripada kerajaan dan pembangkang bersedih dengan kematian bekas Pengerusi DAP, Karpal Singh, Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Nawawi Ahmad menghina mayat pemimpin veteran pembangkang itu di laman Facebooknya.

Sambil memuatkan gambar mayat Karpal dan menyiarkan keratan akhbar penentangan pemimpin itu terhadap hukum hudud, Nawawi mengeluarkan kenyataan yang memperlekehkan pemimpin itu.

"Siapa nak sambut cabaran Karpal Singh? Sila bagi nama he he," tulis Nawawi di akaun Facebook ‘Dato Ir Nawawi Ahmad’ merujuk kepada keratan akhbar bertajuk "Mahu wujudkan negara Islam langkah mayat kami dulu - Karpal Singh".

Bekas Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dalam reaksinya terhadap sesetengah pihak yang tidak menghormati jenazah Karpal meminta semua pihak menunjukkan nilai baik Islam dengan menghormati seseorang yang sudah meninggal dunia.

"Inilah ketinggian akhlak dan budi yang menjadikan Islam itu dihormati. Kegagalan untuk menampilkan akhlak yang baik inilah yang menimbulkan prasangka manusia terhadap Islam dan sekali gus mereka membenci umatnya," katanya dalam satu kenyataan kepada The Malaysian Insider.

Selain itu, Nawawi yang juga ahli Umno turut menulis tentang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Karpal Singh.

"Anwar berahim mesti lega bila orang yang arah 'anwar ibrahim harus bertaubat' sudah tiada," tulis Nawawi.

Tulisan bekas Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru, Datuk Zulkifli Noordin dalam akaun twitternya.Tulisan bekas Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru, Datuk Zulkifli Noordin dalam akaun twitternyaSementara itu, bekas Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru, Datuk Zulkifli Noordin seolah-olah 'lega' dengan kematian pemimpin DAP itu.

Zulkifli berkata, laluan ke arah pelaksanaan hudud Kelantan akan lebih mudah dengan ketiadaan Karpal.

“Dalam keadaan kemelut kerajaan PAS Kelantan mahu melaksanakan hudud dengan bantuan Umno, Allah matikan Karpal yang menjadi penentang utama pelaksanaannya!” tulisnya di akaun Twitter @zulkiflinoordin.

“Moga perjuangan untuk melaksanakan hudud di Kelantan berjaya.
"Alhamdulillah dengan kesatuan akidah Umno-PAS dan ketiadaan Karpal, saya percaya laluan makin dipermudahkan!”

Zulkifli yang kalah dalam Pilihan Raya Umum ke-13 di Shah Alam yang juga pengamal undang-undang bagaimanapun menganggap kematian Karpal sebagai perginya seorang peguam veteran yang hebat.

“Nama Karpal akan terus tercatat sebagai satu legenda dalam sejarah,” tulisnya.

Mohd Asri yang juga pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) berkata, umat Islam perlu memikirkan sebab mengapa seseorang bukan Islam menolak sesuatu berkaitan Islam.

"Jika dia menolak tafsiran Islam yang dibuat oleh pihak tertentu, bukan semestinya dia membenci Islam.
"Saya tidak tahu hakikat YB Karpal Singh, namun atas nama akhlak Islam yang mulia, saya ucapkan takziah kepada kaum keluarganya," kata Mohd Asri.

Karpal yang juga ahli Parlimen Bukit Gelugor itu maut dalam satu kemalangan ngeri di kilometer 301.6, Lebuh Raya Utara-Selatan menghala utara berhampiran Gua Tempurung, Perak pada kira-kira jam 1.30 pagi ini.

Turut terkorban dalam kemalangan itu ialah pembantu peribadinya, Michael Cornandez sementara anaknya, Ram Karpal mengalami cedera parah. Karpal yang dipercayai sedang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang bagi menghadiri satu kes mahkamah meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah. – 17 April, 2014. (TMI)

2 comments:

Anonymous said...

zul nordin buta fakta, bukankah mahathir yang menentang keras dan mengugut kerajaan kelantan yang hendak melaksanakan enakmen hudud di kelantan.

dengan fakta ini:
penentang keras mahathir dan pemimpin umno, karpal menetang mungkin kerana kurang kefahaman dan kerana pemimpin umno dan BN yang lebih keras tentangannya.

Anonymous said...

Semua org pun mati, kita pun akan mati. Ke tanah juga jasad kita nanti, kemudiannya akan sebatilah dgn tanah. Dan adatnya tanah, dipijak dan dilangkah org juga.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails