Friday, April 18, 2014

NGO: Wardina Tegur Ustaz Don Tak Biadap



Sebuah NGO Islam hari ini mempertahankan tindakan selebriti terkenal Wardina Safiyyah membangkitkan persoalan sama ada pendakwah terkenal Don Daniyal menggunakan hadis palsu dalam sebuah rancangan televisyen.

Pertubuhan Kebajikan al-Qayyim Malaysia (IQ), yang bekas mufti Datuk Prof Dr Mohd Asri Zainul Abidin menjadi penasihatnya, berhujah, tindakan Wardina tidak sesekali biadab atau radikal.

“Ia adalah manifestasi semangat disiplin ilmu Islam yang mana sesiapa sahaja dibenarkan mengisi ruang pertanyaan dan perbincangan yang sihat di dalam Islam,” kata Ketua Pemuda IQ Abu Hafiz Salleh Hudin.

Wardina sebelum ini dilapor mempersoalkan ceramah Don Daniyal atau nama sebenarnya Don Daniyal Don Biyajid, yang dikatakan mengetengahkan hadis palsu dalam rancangan televisyen di TV Al Hijrah.

Banyak pihak kemudian menimbulkan reaksi negatif, termasuk menganggapnya cuba mengaibkan personaliti tersebut di mata umum.

Wardina bagaimanapun menjelaskan tidak mempunyai niat demikian dan hanya mewakili pihak yang musykil bagi mencari kebenaran

Don Daniyal, 30, pengacara program “30 Minit Bersama Ustaz Don” pula semalam dilapor meminta pihak yang menuduhnya agar menyelidik terlebih dahulu dakwaan berkenaan.

Katanya, tidak adil dia dinilai berdasarkan kepada sebuah video yang diedit daripada ceramah terdahulunya bagi digunakan untuk menfitnahnya.

Don juga dilapor berkata, dia tidak akan lagi menjawab sebarang pertanyaan mengenai isu berkenaan kerana bimbang ia mengundang pelbagai pandangan negatif.

TV AlHijrah dalam kenyataannya kepada mStar Online pada Rabu memberitahu akan meneliti kandungan rakaman video kontroversi itu terlebih dahulu sebelum memikirkan tindakan lanjut.

'Merbahaya, memalukan, tak akademik'

Sementara itu, dalam kenyataannya hari ini, Abu Hafiz berkata, kecaman terhadap Wardina sebenarnya “cubaan yang amat berbahaya”, bersangka buruk, memalukan dan tidak akademik.

“Kami menegaskan supaya mana-mana pihak tidak menggunakan prinsip: 'habis hujah digunakan fitnah',” katanya.

Abu Hafiz juga menegur pengubahan fokus perbincangan daripada kandungan ceramah kepada latar belakang dan sejarah silam Wardina.

“Sekatan terhadap hak bertanya sebegini dibimbangi akan menatijahkan kesan yang buruk iaitu sesiapa sahaja bebas bercakap tentang urusan agama tanpa perlu membawa bukti hujah al-Quran dan al-Sunnah yang thabit dan tidak boleh dipersoalkan,” katanya.(MK)


Lihat Ustaz Dom/Wardina..

2 comments:

RE4FM said...

Wardina nie menyebuk je.

Anonymous said...

Adakah ini konsep Islamik terkini. Dengar, cuba faham dan jangan banyak soal.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails