Monday, April 14, 2014

Hudud: PKR Tunggu PAS, Respon Yang Baik.


 

KEMASKINI
PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengambil pendirian menunggu keputusan dan penjelasan daripada Lajnah Politik PAS berhubung usaha Kerajaan Kelantan menguatkuasakan hudud di negeri itu.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, perkara itu sudah dibincangkan di peringkat Jawatankuasa PAS Pusat tetapi belum ada keputusan sehingga diperincikan di peringkat Lajnah Politik PAS Pusat.

"Barulah PKR boleh mengambil pendirian selepas PAS memberi penerangan, mekanisma, kesan undang-undang itu. Sudah tentu kami kena bincang semula. Kami sedia berbincang," katanya dalam sidang media di ibu Pejabat Keadilan di Tropicana hari ini.

Katanya, Pakatan Rakyat telah mencapai tiga perkara dalan isu ini antaranya, Majlis Presiden menghormati enakmen Kanun Jenayah Syariah yang dikemukakan oleh Kerajaan PAS Kelantan yang melalui Dun yang sah pada 1993 sebelum Pakatan Rakyat ditubuhkan.

Bahkan katanya, Majlis Presiden juga akui kerjasama politik Pakatan Rakyat untuk mengalahkan kerajaan BN jika tidak ketidakadilan rakyat akan terus dirasai.

"Pakatan Rakyat akan menggunakan saluran politik pilihan raya untuk kalahkan BN. Ini keputusan terakhir yang masih kekal.
"Kaputusan sekarang Pakatan Rakyat terikat dengan keputusan itu. PKR juga terikat," katanya.

Tegas Saifuddin, seluruh pimpinan Pakatan Rakyat memberi keutamaan kepada kerjasama ke arah politik untuk jatuhkan BN.

"Ini harus diberi keutamaan seluruh pimpinan. Saya suka anjurkan keutamaan kukuhkan Pakatan Rakyat bagi mendepani Umno BN," tambahnya. Demikian Harakah Daily.

Sedangkan, melalui The Malaysian Insider Saifuddin berkata, konsensus berhubung pelaksanaan hukum Islam, hudud masih belum diwujudkan di kalangan parti politik dalam Pakatan Rakyat (PR), namun atas dasar persendirian, PAS boleh membawa perkara itu ke Parlimen. Bagaimanapun katanya, PAS perlu membawa isu hudud sebagai usul PR sekiranya konsensus berhubung hudud ingin dibawa atas tiket gabungan pembangkang.
  
Mengenai respon terhadap sokongan Umno terhadap usaha PAS melaksanakan hudud di Kelantan, PKR hari ini berkata, Umno patut mengambil langkah itu di negeri yang ditadbirnya terlebih dahulu seperti di Terengananu. Menurut Saifuddin melalui Malaysiakini pula.
 

Beliau berkata demikian sebagai reaksi terhadap kenyataan menteri agama Datuk Jamil Khir Baharom yang mengistiharkan sokongan terhadap usaha membentangkan rang undang-undang persendirian di Parlimen bagi mengetepikan halangan sedia ada.

“Saja anjur nasihat Datuk Ahmad Said menteri besar Terenganu.
"Juga bawa rang undang-undang yang sama di Parlimen kalau benar Jami Khir ini betul bersungguh mahu melaksanakannya,” katanya.

Kedua-dua negeri Kelantan dan Terengganu mempunyai enakmen hudud masing-masing yang diperkenalkan pada tahun 90-an ketika PAS berkuasa. Ia bagaimanapun tidak dilaksanakan kerana didakwa bertentangan dengan perlembagaan persekutuan.
  (IH)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Suatu respon dari PKR yang baik.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails