Saturday, May 20, 2017

PKR Pecah, Esok Tubuh Parti Baru..


Sebuah parti baru akan diumumkan esok terdiri daripada bekas ahli PKR yang kecewa dengan politik kotor sedang berlaku dibawah pemerintahan Presiden, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.
Satu jemputan media juga sudah diedarkan bagi menghadiri pengumuman penubuhan parti berkenaan di Hotel Vistana, Kuala Lumpur jam 11 pagi, Sabtu.

Bagi mendapatkan pengesahan, Malaysian Digest menghubungi wakil kumpulan berkenaan Johari Musa yang mendakwa parti itu akan disertai ahli PKR pro bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Khalid dipecat oleh PKR pada 2013, menerusi agenda Langkah Kajang ekoran enggan menuruti perintah PKR untuk melepaskan jawatan Menteri Besar bagi memberi laluan kepada Wan Azizah yang memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kajang.

“Apabila pemecatan Tan Sri Khalid dahulu, lebih kurang 41% orang PKR tidak sebulu (bersetuju) dengan keputusan parti. Jadi mereka tidak lagi mengikuti PKR dan menjadi penyokong bebas seperti Tan Sri Khalid secara senyap.
“Kami membentuk suatu kumpulan dan kami bersetuju untuk menubuhkan satu platform bagi menggantikan PKR sekarang yang sudah runtuh.
“Mereka terdiri daripada penyokong PKR seluruh Malaysia,” ujarnya kepada Malaysian Digest.

Sehinnga parti tersebut ditubuhkan, masih terlalu awal untuk menjangkakan nilai dan kekuatan pengaruhnya untuk mencabar PKR yang turut bernaung dibawah Pakatan Harapan bersama PAN, DAP serta parti Dr Mahathir, PPBM.

Ujar Johari, parti baru ini dijangka akan berganding bersama Gagasan Sejahtera – blok ketiga pembangkang menggabungkan PAS bersama Parti Ikatan.

“Kemungkinan apabila diluluskan kelak, kami akan bergabung dengan Gagasan Sejahtera.
“Kita akan pelawa Tan Sri Khalid sebab kami adalah penyokong beliau. Tan Sri Khalid sebagai ikon kami,” jelasnya.

Diminta samaada ahli PKR daripada kem Azizah atau kem Timbalan Presiden Datuk Seri Azmin Ali akan turut serta, Johari berkata parti itu akan disertai semua ahli PKR seluruh Malaysia yang tidak lagi bersama kepimpinan sekarang.

“Kami cuma mahukan politik yang bersih dan tulen. Bukannya politik pecat-memecat atau baling-baling kerusi seperti yang berlaku ketika pemilihan PKR sebelum ini.
“Mereka yang tidak menyokong politik sebeginilah yang keluar dari PKR secara senyap,” katanya lagi.
mD

Lihat: Peluang Kerja Kutip Buah Di Australia, Gaji RM40-4...

Peluang Kerja Kutip Buah Di Australia, Gaji RM40-48 Per Jam.. Bagaimana?


Lagi Bukti DAP Berselindung Kristianisasi.. Seret Ke Mahkamah?


D.E Leaks – Pendedahan oleh Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (MAPAN), Universiti Utara Malaysia, Dr. Kamarul Zaman Yusoff tentang agenda Kristianisasi yang dibawa oleh YB Hannah Yeoh melalui gerakerja politiknya bukanlah sesuatu yang baharu.
Ia sebaliknya memanjangkan lagi senarai bukti dan hujah yang telah dikemukakan oleh pelbagai pihak sebelum ini tentang gerakan Kristianisasi di Malaysia khususnya di Selangor.
Hannah Yeoh dalam buku tulisannya, Becoming Hannah, seperti yang didedahkan oleh Dr. Kamarul Zaman (DKZ) itu, secara terbuka mengakui penglibatannya dalam bidang politik telah dibantu oleh gereja baik dari segi dana, kempen dan sebagaimanya.
Lebih menarik, Hannah juga menceritakan bagaimana beliau menggunakan pengaruhnya dalam politik untuk menyebarkan dakyah Kristian khususnya dalam kalangan anak muda.
Agenda Hannah Yeoh juga boleh dilihat melalui usaha beliau, secara efektif, menggunakan kedudukannya sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor untuk menghalang sebarang usul yang dibawa oleh ahli-ahli dewan yang beragama Islam untuk memperkasakan Islam di negeri ini termasuk usul menambahbaik fungsi dan peranan mahkamah syariah.
Sebagai contoh, pada 26hb Julai 2016, ADUN Permatang Pasir, YB Datuk Haji Sulaiman bin Haji Abdul Razak telah menghantar surat memaklumkan akan membawa usul memperkasa institusi mahkamah syariah di negeri ini tetapi ditolak oleh Hannah Yeoh seperti yang dinyatakan melalui satu surat balas bertarikh 2hb November 2016.
Tindakan ini jelas sekali telah mencampuri urusan hal ehwal agama Islam di Selangor sekaligus membelakangi kedudukan, fungsi dan peranan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah selaku Ketua Agama Islam di negeri ini.
Ia juga menjelaskan lagi kenapa DAP lebih berminat terhadap jawatan Speaker berbanding jawatan Menteri Besar. Melalui jawatan ini, DAP mempunyai kuasa penuh mengawal dan menentukan sebarang usul yang akan dibentangkan dan dibahaskan oleh ahli dewan.
Ternyata, kuasa ini telah dimanfaatkan dengan sebaik mungkin oleh Hannah Yeoh untuk mengawal perkembangan dan kemajuan agama Islam di Selangor.
Malangnya masih ramai orang Islam yang gagal memahami helah dan muslihat DAP. Malah, lebih mendukacitakan kita apabila melihat segelintir orang Islam sendiri beriya-iya membela Hannah Yeoh dan DAP seolah-olah mereka ini langsung tidak terkesan dengan agenda Kristianisasi yang sedang melanda negara ketika ini.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Mengembangkan Kristian di kalangan orang yang sudah beragama di Malaysia adalah suatu kesalahan. Bolehkah Hannah Yeoh diseret ke mahkamah seperti Ahok bekas pimpinan Jakarta di Indonesia?

Lihat: Peluang Kerja Kutip Buah Di Australia, Gaji RM40-4...

Peluang Kerja Kutip Buah Di Australia, Gaji RM40-48 Per Jam.. Bagaimana?

3 Perkara Untuk Pengkritik Dr Kamarul Yusuf.


“SAYA BUKAN BODOH DAN BUKAN EKSTRIMIS, DAN UUM PULA BUKAN LOW CLASS UNIVERSITY”
BEBERAPA orang pengkritik saya mempertikaikan tahap kecerdikan saya dan mengaitkannya dengan kualiti universiti tempat saya berkhidmat mahupun universiti-universiti tempatan lain.
Pengarah Komunikasi AMANAH merangkap Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, menyifatkan saya sebagai “bodoh tahap maksima”.
Setiausaha DAP Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng, mempertikaikan kualiti kesarjanaan saya dan pensyarah universiti tempatan lain. Tulis Lim Lip Eng: “Many citizens are worried about the quality of our local university lecturers after Kamarul’s statement”.
Ahli Dewan Undangan Negeri Damansara Utama, Yeo Bee Yin, dilapor mempersoalkan kredibiliti saya sebagai ahli akademik yang sepatutnya berfikiran matang memahami konsep penulisan buku Hannah Yeoh.
Penolong Setiausaha Publisiti Wanita Kebangsaan DAP, Syerleena Abdul Rashid, mempersoalkan kelayakan saya sebagai ahli akademik. Tulis Syerleena Abdul Rashid: “Any sound minded Malaysian would laugh at the absurdity of his remark and quite possibly question his credentials as a learned academician”.
Kolumnis Malaysiakini, Stephen Ng, menyifatkan saya memalukan dunia akademik, dengan menyifatkan saya sebagai separuh masak dan berpandangan sempit, dan ini dikaitkan beliau dengan ranking UUM yang didakwa rendah. Tulis Stephen Ng: “Kamarul Zaman Yusoff, a lecturer at Universiti Utara Malaysia (UUM), has indeed joined the ranks of controversial academic figures who continue to bring disgrace to the academia. Half-baked and narrow-minded political scientist is how I would describe him. If this is the kind of academic staff that we have at UUM, it is no wonder why UUM has never been ranked highly, locally and internationally.”
Ada di antara pengkritik saya ini yang turut melabelkan saya sebagai ekstrimis dan mengaitkannya dengan kesesuaian saya untuk berkhidmat di universiti.
Penasihat DAP merangkap Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, mendakwa laporan polis saya menimbulkan soalan sama ada saya cocok dan sesuai untuk menjadi seorang pensyarah sebuah universiti awam. Tulis Lim Kit Siang: “Kamarul Zaman Yusof’s false and malicious police report against Selangor Speaker and DAP Selangor State Assemblywoman for Subang Jaya, Hannah Yeoh, accusing her of proselytization of Muslims with the publication of her autobiography “Becoming Hannah”, raises the question whether he is fit and proper to be a lecturer of plural Malaysia’s public universities.”
Naib Pengerusi DAP merangkap Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok, mendakwa pandangan sempit dan ekstrim saya menyebabkan saya tidak sesuai untuk terus menjadi seorang pendidik. Tulis Teresa Kok: “Being a university lecturer, Kamarul’s narrow and extreme way of looking at Yeoh’s book makes one wonder if he is suitable to continue to be an educationist.”
Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen, menyebut saya sebagai seorang pelampau yang tidak sesuai menjadi seorang pensyarah. Kata Chong Chieng Jen: “Not only is his bigotry act a shame to a multi-racial country of ours, but he, as a lecturer, will influence the minds of the younger generation to be more intolerant towards other religion.”
Kolumnis Free Malaysia Today, Dennis Ignatius, menyebut saya sebagai seorang ahli akademik yang tidak berkaliber, berpandangan sempit dan pelampau. Tulis Dennis Ignatius: “It’s hard to make sense of such convoluted and confused reasoning. That it should come from a university lecturer speaks volumes about the calibre of those now occupying positions of influence in our universities today. How long must our nation suffer the narrow-mindedness and bigotry of insecure people who still find it hard to accept that Malaysia is a secular, multiracial nation?”
Kepada semua pengkritik saya ini, suka saya tegaskan beberapa perkara.
Pertama, komentar saya bertajuk “Hannah Yeoh Contoh Hipokrasi Terbesar DAP” pada 10 Mei lalu, mahupun komentar-komentar lain yang berkaitan, hanyalah komentar peribadi yang dimuatkan di dalam Facebook saya sahaja. Begitu juga dengan laporan polis saya terhadap Hannah Yeoh pada 17 Mei lalu yang turut merupakan laporan polis yang dibuat di atas kapasiti peribadi saya.
Kedua-duanya tidak mempunyai sebarang hubung-kait pun dengan institusi pengajian tinggi tempat saya bertugas sekarang, iaitu Universiti Utara Malaysia (UUM), dan adalah cukup tidak kena untuk anda semua mengaitkan tindakan yang dibuat di atas kapasiti peribadi saya ini dengan UUM mahupun mana-mana institusi pengajian tinggi tempatan lain.
Tambahan pula, saya hanya mula bertugas di UUM pada 26 Januari 2015 dan tidak mempunyai sebarang jawatan tinggi di sini melainkan sebagai Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (MAPAN), sedangkan UUM sendiri telah berpuluh tahun wujud, jadi lebih tidak adil untuk mengaitkan tindakan saya dengan UUM.
Kedua, saya tidaklah sebodoh dan seekstrimis seperti yang anda sangkakan. Bukanlah niat saya untuk berbangga, tetapi disebabkan terpaksa, maka sukalah saya maklumkan kepada anda bahawa ijazah pertama saya adalah diperolehi dari sebuah institusi pengajian tinggi sekular dari sebuah negara sekular, iaitu dari Indiana University at Bloomington (IUB), Amerika Syarikat.
Ijazah Bachelor of Arts, Double Major, yang saya perolehi dari IUB adalah Dengan Kepujian Tertinggi (With Highest Distinction), iaitu yang dikhususkan kepada graduan yang menamatkan pengajian dengan memperolehi Cumulative Grade Point Average (CGPA) antara 3.90 ke 4.00.
Selain itu, saya juga adalah penerima Senior Achievement Award, iaitu satu anugerah yang dikhususkan kepada pelajar yang mempunyai rekod akademik yang cemerlang dan yang ditunjuk oleh jabatan atau pusat pengajian mereka sebagai mempunyai potensi luar biasa dalam bidang mereka (who have outstanding academic records and who are designated by their departments or schools as having unusual potential in their field).
Sewaktu berada di Amerika Syarikat, saya tidak mempunyai sebarang masalah untuk belajar dan bergaul bersama masyarakat bukan Islam dari luar negara. Saya juga tidak mempunyai sebarang masalah untuk bekerja dan bergaul bersama masyarakat bukan Islam di Malaysia. Malah, saya cukup menyenangi dan disenangi oleh mereka, termasuklah dengan para pelajar mahupun rakan setugas saya di UUM.
Setakat ini, pendapat yang saya kemukakan juga belum ada lagi yang mencerminkan kebodohan dan keekstrimisan. Saya selalunya akan berhujah berdasarkan kepada fakta dan sentiasa mengikut undang-undang.
Jadi sangatlah tidak betul jika anda menyifatkan saya sebagai bodoh, tidak berkualiti, tiada kredibiliti, tidak berkelayakan, tidak berkaliber, separuh masak, berpandangan sempit, ekstrimis atau pelampau.
Ketiga, walaupun saya sendiri baru lebih dua tahun bertugas di UUM, saya cukup berbangga dengan pelbagai pencapaian memberangsangkan yang telah diterima oleh UUM sama ada di peringkat kebangsaan atau di peringkat antarabangsa.
Terlalu panjang senarai anugerah yang telah diterima oleh UUM sejak beberapa tahun kebelakangan ini, tetapi dua contoh yang boleh diberikan adalah anugerah “the Best Eminent Management University in Malaysia” yang diberikan oleh Global Brands Magazine dan anugerah GIFA Market Leadership Award 2016 (Bagi Pendidikan dalam Perbankan & Kewangan Islam) yang diberikan kepada Islamic Business School (IBS) UUM oleh Global Islamic Finance Awards (GIFA) pada tahun 2016.
Jadi sangatlah tidak betul jika anda memandang rendah kepada UUM mahupun universiti-universiti tempatan lain yang setiap satunya tentulah mempunyai kekuatan masing-masing.
Yang sebenarnya bodoh dan yang sebenarnya ekstrimis adalah mereka yang tidak berhujah berdasarkan kepada fakta dan yang tidak mahu mengikut undang-undang, termasuklah juga mereka yang sanggup memperlekehkan semua perkara yang berbau keMelayuan atau keIslaman semata-mata untuk undi.

Ditipu Jadi Ahli PAN, 79 Sertai Semula PAS.


"SAYA dijemput hadir pada program jamuan laksa di Kampung Kebakat II tahun lepas. Tengok-tengok pada program  itu ada Pengerusi PAN Kelantan.  
“Ada pula bendera warna oren yang tidak pernah saya lihat sebelum ini. Ada orang minta nombor kad pengenalan untuk  diberi bantuan. Beberapa bulan kemudian, nama saya keluar sebagai ahli PAN,” kata Mohd Radzi Awang Kechik, 45.


Katanya beliau tidak diberi tahu program jamuan laksa itu anjuran PAN kerana ada orang suruh datang.
“Sebagai bilal masjid saya pergi kalau ada orang jemput.  Orang Umno minta sembelih lembu pun saya pergi. Tapi di majlis anjuran PAN mereka minta IC pula,” ujarnya ketika ditemui selepas menyerah borang menyertai semula PAS di Kampung Kebakat, Tumpat malam tadi.

Beliau bersama  34 rakan-rakan kalangan penduduk Melayu di Kampung Kebakat menyertai semula PAS. Selain itu 45 penduduk Cina dari Taman Sri Kebakat juga kembali ke pangkuan PAS diketuai Loke Kuan Seong.
Mereka menyerah borang kepada Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad pada program ceramah di kampung tersebut. Hadir sama Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah, Setiausaha Perhubungan PAS negeri, Datuk Che Abdullah Mat Nawi dan Naib Yang Dipertua PAS Tumpat, Ustaz Wan Ruslan Wan Hamat.
Biarpun hujan agak lebat sejak menjelang Maghrib sehingga program ceramah berakhir, namun orang ramai dalam kalangan penduduk tempatan ramai yang hadir.
Kenderaan diparkir di kiri kanan jalan dan kawasan lapang  tempat berlangsung ceramah.
Mohd Radzi mengakui pada awalnya terpengaruh dengan pujukan pemimpin PAN yang mendakwa mereka juga parti Islam.
Beliau juga diberi peranan mendapatkan kad pengenalan penduduk bagi  membolehkan mereka diagih bantuan.
“Ada orang PAN yang menyamar sebagai penyokong PAS mendapatkan kad pengenalan penduduk untuk membolehkan mereka menjadi peserta Ladang Rakyat.
“Orang PAN juga akan masuk kedai kopi tempat orang PAS berhimpun bagi menghasut mereka dengan pelbagai fitnah,” katanya.
Radzi berkata, beliau tidak tahan lagi untuk terus berpura-pura dengan masyarakat sehingga ramai yang memulaunya.
“Jadi malam ini saya terpaksa bercakap di hadapan orang ramai dan meminta maaf kepada mereka terhadap tindak tanduk saya sebelum ini,”  ujarnya.
Seong, 63 juga mengakui beliau terpengaruh dengan hasutan pemimpin PAN sehingga menyertai parti itu sebelum  ini.
Katanya selepas beberapa bulan bersama dengan parti itu, beliau melihat  perjuangan mereka tidak jelas dan tiada hala tuju.
Beliau sebelum ini pernah dilantik sebagai penghulu tanpa mukim Dun Wakaf Bharu, namun terpengaruh dengan ajakan pemimpin PAN sehingga menyertai mereka seketika.
“Selepas sedar terhadap tindak tanduk PAN, saya bersama keluarga dan rakan-rakan kembali semula ke pangkuan PAS bagi mempertahankan Dun Wakaf Bharu bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang,” katanya. – HARAKAHDAILY 19/5/2017

3 Exco PAS, Anwar Arah Teruskan Perbincangan.



Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim 
KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan PKR untuk meneruskan perbincangan berhubung isu tiga exco Pas yang masih berkhidmat dalam pentadbiran kerajaan Negeri Selangor.

Anwar berkata, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, akan meneruskan perbincangan sebelum membuat keputusan muktamad mengenai perkara berkenaan.

“Kita masih berbincang dan saya telah meminta Mohamed Azmin untuk meneliti perkara itu pada pertemuan yang  diadakan petang ini,” katanya kepada pemberita di mahkamah, hari ini.

Anwar berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kedudukan tiga exco Selangor. (SH)

Dr Kamarul! 7 Perkara P/PAS Sokong Kamu, Syabas!

DPPM menyokong penuh usaha ahli akademik seperti Dr Kamarul yang telah membuka mata masyarakat terhadap usaha-usaha terpencil namun merbahaya seperti ini.
LAPORAN POLIS OLEH DR KAMARUL YUSUF: PEMUDA PAS SOKONG USAHA HALANG PENYEBARAN KRISTIAN TERHADAP ORANG ISLAM

1. Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengikuti rapat perkembangan laporan polis oleh Dr. Kamarul Zaman Haji Yusoff, pensyarah Pusat Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia terhadap Yang Berhormat Hannah Yeoh, Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor berhubung buku bertajuk Becoming Hannah yang dikatakan mempunyai unsur-unsur penyebaran agama Kristian kepada masyarakat awam di negara ini.

2. Buku tersebut merupakan sebuah buku bibliografi yang ditulis oleh Hannah Yeoh sendiri memngisahkan perjalanan hidupnya sebagai seorang penganut Kristian yang menurutnya berusaha untuk membina masa depan yang cemerlang untuk Malaysia berasaskan ajaran agama yang diimani olehnya.

3. Mengikut dakwaan Dr Kamarul Zaman Yusuf, terdapat beberapa bahagian di dalam buku tersebut yang mengandungi dengan jelas mesej-mesej memperlihatkan keindahan dan kebaikan agama Kristian. Di atas premis bahawa buku ini turut dijual di tempat awam dan dibuka jualannya kepada masyarakat Islam, ia dianggap telah bertentangan dengan Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan yang menyebut bahawa agama Islam adalah agama Persekutuan selain bertentangan dengan Perkara XLVIII(1) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan yang menyebut bahawa agama Islam adalah agama Negeri.

4. Manakala Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan telah memperuntukkan bahawa “Undang-undang Negeri dan, berkenaan dengan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, undang-undang Persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama di kalangan orang yang menganuti agama Islam” dan ekoran itu diwujudkan Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam di peringkat negeri di mana salah satu daripada seksyen kecilnya memperuntukkan bahawa, 
“Seseorang adalah melakukan kesalahan jika ia memujuk, mempengaruhi, atau menghasut seseorang lain yang beragama Islam supaya menjadi penganut atau anggota suatu agama bukan Islam atau supaya cenderung kepada agama itu”.

5. DPPM menyokong penuh usaha ahli akademik seperti Dr Kamarul yang telah membuka mata masyarakat terhadap usaha-usaha terpencil namun merbahaya seperti ini. Sekatan yang diwujudkan oleh perlembagaan persekutuan tersebut dengan jelas sekali bertujuan untuk menghalang pengembangan agama-agama lain ke atas umat Islam dalam apa jua bentuk termasuklah penerbitan bahan-bahan bertulis seperti buku bibliografi.

6. Perbahasan isu ini sudah menjadi perbahasan undang-undang dan bukannya perbahasan akademik. DPPM menjunjung kebebasan bersuara dan kebebasan memberikan pandangan namun ia bukan dalam lingkup menyebarkan jarum halus dakyah agama lain kepada khalayak awam. Justeru, usaha membongkarkan dakyah seperti ini adalah amat dipuji dan dihargai.

7. DPPM beranggapan tiba masanya untuk dunia akademik turut bangkit untuk menyelamatkan negara dan juga agama dari ancaman yang zahir mahupun tersembunyi. Syabas Dr Kamarul, daripada DPPM!
"Mara Menuju Cita"
"Sejahtera Bersama Islam"

AHMAD FADHLI SHAARI
Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia
19 Mei 2017 | 22 Sya'ban 1438 



Lihat: Peluang Kerja Kutip Buah Di Australia, Gaji RM40-4...
Peluang Kerja Kutip Buah Di Australia, Gaji RM40-48 Per Jam.. Bagaimana?

Azmin Baru Pulang, Beri Amaran, Tapi Tiada Apa-apa..

Orang Kanan Azmin Gesa PPBM & PAN Bertanding Luar Selangor
PAS dengar baik-baik…ini amaran Azmin. Itu tajuk berita Agenda Daily. Beritanya begini...

[Bunyinya memang garang.Namun tidak pasti samaada pimpinan PAS boleh gabra atau tidak mendengar Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali memberi amaran tegas jangan sesiapa cuba gugat kestabilan negeri Selangor.

Memang ramai yang tertunggu-tunggu nak dengar suara hati Menteri Besar Selangor ini di tengah-tengah kehangatan isu PAS bertegas nak kekal pegang jawatan tiga Exco selagi diperkenaan oleh Sultan Selangor.

Azmin baru pulang dari misi pelaburan ke Belgium dan Jerman petang Jumaat dan malamnya selaku orang nombor dua PKR terus merasmikan Kongres Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Wanita PKR di Petaling Jaya.

Beliau ‘ miss’ mesyuarat Biro Politik PKR Selasa lalu dimana keputusan dibuat tangguh keputusan isu tiga Exco PAS sehingga beliau pulang.

Pada mesyuarat itu biro berkenaan yang dipengerusikan oleh Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail juga memutuskan untuk arah semua wakil PKR yang pegang jawatan atas lantikan politik dalam kerajaan Kelantan letak jawatan.

PAS bagaimanapun tidak ambil pot pada keputusan berkenaan yang diandaikan oleh pemerhati politik macam sindiran agar PAS ikut teladannya dan angkat kaki di Selangor.

Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat pada Khamis tidak berganjak dengan pendirian tiga Exco mereka akan kekal pegang jawatan sehingga ada titah Sultan Selangor arah letak jawatan.

Pada ucapan perasmian di kongres AMK dan Wanita PKR yang dikira satu ucapan dasarnya,Azmin sepatah pun tidak sebut nama parti PAS.

Namun  beliau ada menyentuh tentang isu politik semasa di Selangor dengan memberi amaran PKR tidak akan benarkan mana-mana parti politik atau individu ‘ hold us to ransom’ yakni jangan nak main ugut.

“Semenjak akhir-akhir ini ada individu dan kumpulan kembiri politik yang dengki dan cemburu dengan kejayaan Selangor dan cuba menggasir pencapaian dan kestabilan negeri.

Mana-mana pihak sama ada individu atau kumpulan yang cuba mengugat kestabilan Negeri Selangor, mereka adalah pengkhianat amanah rakyat. Mereka adalah musuh kita dan kita akan lawan habis-habisan,”tegasnya.

Semua orang tahu isu politik semasa di Selangor kini ialah polimek tiga Exco PAS setelah PAS rasmi memutuskan kerjasama politik dengan PKR Khamis lalu.

Keputusan itu dibuat oleh Majlis Syura PAS setelah usul sokong putus hubungan dilulus tanpa bahas di Muktamar PAS di Kota Sarang Semut dekat Alor Star hujung bulan lalu.

Pada ucapan itu Azmin hanya menyebut “DAP rakan setia untuk membawa perubahan. AMANAH dan BERSATU adalah teman seperjuangan.”

Juga tanpa merujuk kepada mana-mana parti tetapi dipercayai macam dituju kepada PAS,Timbalan Presiden PKR itu mempersoal pihak yang didakwanya anggap Islam jadi hak mutlak mereka.

“KEADILAN mempunyai keupayaan dan kesediaan untuk memberikan definasi tentang Melayu Islam. 
“Islam tidak boleh dimonopoli oleh mana-mana golongan seolah-olah menjadi milik mutlak mereka sahaja.
“ Melayu yang sejati dan menjiwai nilai-nilai murni Islam akan berpegang kepada prinsip kesederhanaan dan keadilan. 
“Melayu Islam yang sejati adalah Melayu yang berintegriti,Melayu yang berdaya saing, tidak rasuah,tidak hasad dengki dan senantiasa tawadu.Inilah definasi Melayu yang diangkat oleh KEADILAN,”katanya.

Pada sidang akhbar selepas merasmikan kongres itu,Azmin enggan sebut pada pihak mana ucapannya ditujukan. Beliau juga enggan memberi kepastian mengenai kedudukan tiga Exco PAS.

Katanya pimpinan PKR akan bincang hal berkenaan sebelum membuat sebarang keputusan.- 19/5/2017]

Keputusannya, tiada apa-apa. Cuma Azmin puji DAP, Amanah dan BERSATU. (IH)

Tak Sengaja 'teramas' Payudara' Montok Di 'Live' BBC Tv...

Pengulas BBC 'Live' Teramas Te*t*k Dilempang
LONDON – Seorang pengulas stesen Perbadanan Penyiaran British (BBC)mendapat malu apabila secara tidak sengaja ‘teramas’ payudara seorang wanita ketika bersiaran langsung pada Selasa lalu.



Aksi bersahaja Ben Brown yang memegang tepat sebelah buah dada montok wanita tersebut disaksikan penonton ‘live‘ ketika dia sebenarnya cuba menepis pejalan kaki berkenaan yang seperti mahu mengganggu siaran ke udara.
Semasa insiden itu, Brown dalam sesi wawancara dengan penolong editor hal ehwal politik BBC, Norman Smith langsung di kawasan terbuka di bandar Bradford mengulas isu pilihan raya umum kebangsaan tidak lama lagi.
Secara tiba-tiba, wanita tidak dikenali itu muncul ketika perbualan seolah-olah cuba ‘mengacau’ siaran langsung tersebut menyebabkan Brown spontan menolak pejalan kaki berkenaan tetapi terkena pula bahagian payudaranya.
Terkejut dengan tindakan dramatik Brown itu yang halang penampilan dirinya, wanita berkaca mata warna hitam tersebut ‘melempang’ pula bahu kanan pengulasBBC berkenaan sebelum dia berlalu pergi dari kawasan terbabit.
Pengulas BBC 'Live' Teramas Te*t*k Dilempang
Brown dalam reaksi menerusi akaun Twitter miliknya menjelaskan bahawa beliau cuba meminimumkan gangguan yang tidak diduga berlaku ketika siaran langsung itu dan tidak sengaja meramas buah dada wanita tersebut pula.
Status kicauan Brown itu menerima reaksi positif netizen malah ramai pengguna media sosial di Britain turut menyifatkan insiden berkenaan adalah tidak disengajakan dan lebih kepada reaksi spontan apabila diganggu.
Dalam pada itu, pihak pengurusan stesen penyiaran awam tersebut dilaporkan tidak mengambil sebarang tindakan disiplin terhadap Brown dan menganggap ia jelas satu kes kemalangan terpencil. – Agensi


Lihat: Peluang Kerja Kutip Buah Di Australia, Gaji RM40-4...


Peluang Kerja Kutip Buah Di Australia, Gaji RM40-48 Per Jam.. Bagaimana?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails