Friday, May 19, 2017

Komplot ADUN Aktivis Kristian Mandulkan Institusi Islam S'gor. -Helen Ang.

ADUN Evangelis DAP Mahu Mandulkan Institusi Islam Di Selangor

AIDCNews– 18/05/17 –ADUN-ADUN evangelis DAP sedang berkomplot untuk memandulkan (kembiri) institusi Islam di Selangor khususnya Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), dedah Helen Ang.
Evangelis merujuk kepada aktivis Kristian yang berdakwah menyebarkan kandungan kitab Injil kepada pihak lain. Kebiasaannya kumpulan evangelis atau penginjil itu tidak mempunyai pendidikan formal dalam bidang teologi sepertimana paderi.
Helen Ang mendedahkan ramai di kalangan ADUN-ADUN DAP Selangor terdiri daripada evangelis yang tidak menukar nama kepada identiti Kristian, sebaliknya mengekalkan nama asal sama ada Cina atau India.
Misalnya, Adun DAP Bukit Gasing, Rajiv Rishyakaran, merupakan seorang evangelis yang juga bekas pembantu peribadi ADUN DAP Subang Jaya, Hannah Yeoh.
Dedah Helen Ang, pada 2014, Adun DAP Bukit Gasing pernah menggesa Menteri Besar Selangor, ketika itu Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memandulkan kuasa-kuasa eksekutif MAIS daripada memainkan peranan sebagai pelindung Islam di negeri itu.
“Dia (Adun DAP Bukit Gasing) menuntut agar Menteri Besar Selangor segera mengambil tindakan meminda undang-undang negeri untuk “mengembiri” (dalam bahasa Inggeris “neuter”, sila rujuk laporan FMT ) bidang kuasa MAIS,” dedah Helen Ang dalam artikel bertajuk “Adun evangelista DAP mahu MAIS “dikembiri””
Selain mensasarkan MAIS, Helen Ang mendedahkan ADUN-ADUN evangelis DAP itu juga berusaha untuk meminda Enakmen 1988 yang menjadi penghalang agama lain disebarkan kepada umat Islam di negeri itu.
“Sebelum ini, Rajiv bersama dua orang Adun evangelista DAP yang lain pernah mencadangkan supaya usul dibawa di Dewan berkaitan pindaan Enakmen 1988 – Enakmen Agama Bukan Islam Selangor (Kawalan Penyebaran Kepada Umat Islam).
“Dua orang YB yang disebutkan itu ialah Yeo Bee Yin, Adun DAP Damansara Utama, dan Lau Weng San, Adun DAP Kampung Tunku (PJ Utara),” dedahnya.

4 comments:

Anonymous said...

Di waktu puak kafir harbi sibuk menghina, memfitnah, memburuk-burukkan dan memusuhi agama Islam dan menafikan hak umat Islam,terdapat pelacur jalanan yang bersekutu, bekerjasama dan bersekongkol dengan kafir harbi kerana mereka sanggup menjual agama kerana habuan seguni dedak cap roket!


yee said...

apa bezanya berkerjasama dgn golongan yang terang-terangan ada ciri2 MUNAFIK

yee said...

bagi aku senang saja. pinda semula akta YDPA. berikan semula kuasa eksekutif kpd raja2 melayu tapi jgn bagi kekebalan. sapa2 shj yang dapat kuasa perintah Malaysia tdk akan dpt kuasa mutlak 100%. bilamana ada sahaja ancaman kpd Islam maka peranan YDPA...mungkin rampasan kuasa spt di Thailand.

yee said...

jangan ckp pasal dedak la saudara. Puak jahanam yg ada skrg lagi berjuta x ganda pelahap dedak, sampaikan bdk ipt yang x kena mengena pun diangkut ke satu event apa entah hari tu...pun diberi dedak. khakkk...ptuihhh

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails