Monday, December 31, 2012

Gajah Pun Kreatif, Main Bola Sepak


BEBERAPA ekor gajah menyertai acara bermain bola sepak di Sauraha pada Jumaat lalu. - REUTERS

JOM KREATIF
SAURAHA, Nepal: Lapan ekor gajah bermain bola sepak dalam pertandingan gajah terbaik yang diadakan di sini baru-baru ini. Pertandingan tersebut diadakan selama tiga hari yang bermula pada Rabu lalu dan berakhir Jumaat lepas. Selain bermain bola sepak, haiwan-haiwan itu perlu menyertai acara lain seperti gajah tercantik.
Haiwan-haiwan tersebut dikalungkan bunga dan mempunyai corak lukisan pada acara gajah tercantik itu.
Setiap haiwan itu dikendalikan oleh pengembala. - Agensi

Kawal Hamil Gereja Roman Katholik Bantah.

MANILA:Gereja Roman Katholik.membantah keras Presiden Filipina menandatangani undang-undang bagi menggalakkan kaedah pencegahan kehamilan secara semula jadi dan buatan manusia di samping pendidikan seks serta program perancangan keluarga.

Timbalan jurucakap Presiden, Abigail Valte berkata, Presiden Benigno Aquino III menandatangani undang-undang itu pada 21 Disember lalu tetapi pengumuman mengenainya hanya dibuat semalam ekoran isu tersebut dianggap sensitif di Filipina.

Menurut Valte, perkembangan tersebut "menamatkan percanggahan (pendapat) ketara dalam sejarah negara kami" dan "membuka peluang jalinan kerjasama dan perdamaian" dalam kalangan mereka yang menentang dan menyokong undang-undang itu.

Bekas Presiden Persidangan Biskop Katholik Filipina, Bsikop Besar (Besara) Oscar Cruz yang mengecam kerahsiaan dalam menandatangani undang-undang tersebut.
Tegasnya, Aquino III berbuat demikian kerana malu dan takut akan akibatnya. Gereja Katholik menganggap undang-undang itu tidak bermoral dan akan menggalakkan seks bebas.
Undang-undang itu ditandatangani bagi mengekang pertambahan penduduk Filipina yang kini berjumlah 94 juta orang. (IH)

Siapa Sangka Wanita Ini Pembunuh Ganas?


Sadis! Wanita Ini Dorong Pria ke Rel KA
Suasana Stesyen keretapi bawah tanah Times Square di New York. (ilustrasi)
NEW YORK: Polis New York menemui penyebab korbannya seorang di jalur Keretapi bawah tanah setempat pada hamis (27/12) lalu. Lelaki tersebut ditolak oleh seorang wanita hingga masuk ke rel dan terkorba. Kekerasan tersebut tercatat merupakan yang kedua kalinya terjadi di jalur keretapi bawah tanah dalam sebulan terakhir. 
Korban ditolak seorang wanita yang mendekatinya dari belakang di stesyen borough of Quenns, Khamis malam. Korban terjepit di bawah gerbong 11 KA. Polis belum mengidentifikasi korban kerana parahnya luka-luka.

Wanita tersebut melarikan diri dari tempat kejadian. Polis melihat rekaman CCTV yang memperlihatkan wanita itu lari ke jalan raya. Saksi mata mengatakan wanita itu berusia sekitar 20 tahun. sistem keretapi bawah tanah New York itu berusia lebih dari 100 tahun dan merupakan yang tersibuk di dunia, tidak memiliki penghalang antara platform dan rel.

"Ini adalah sistem kuno. Tentu saja orang-orang boleh jatuh, " kata warga New York, Tom Walker. (IH/Reuter)

Dapatkan Buku Ini, Sebelum Diharamkn!


KUALA LUMPUR: Buku yang berkaitan dengan penukaran Akuan Bersumpah P Balasubramaniam (PI Bala) dari SD kepada SD-2 mula tersebar hari ini dengan tajuk "The Black Rose - Black Rose 1.0"

Harakahdaily mula menerima buku itu hari ini. Sebelum ini, peniaga karpet, Deepak Jaikishan berjanji akan menerbitkan sebuah buku selepas isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor menerbitkan bukunya. Namun ketika dihubungi, Deepak enggan mengesahkan buku ini ditulis dan diedarkan oleh beliau.

Buku kecil 26 muka surat yang ditulis dalam Bahasa Inggeris itu menamakan Spirit of Altantunya's sebagai penulisnya. Dengan menggunakan nama samaran bagi setiap watak  yang terlibat yang skandal ini, buku ini menceritakan bagaimana SD-2 PI Bala boleh dikeluarkan.

Selain cerita bagaimana SD kedua dibuat, dalam buku ini juga dimasukkan beberapa dokumen yang mengaitkan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dengan pembelian barangan berharga mahal. Sehingga kini, Deepak telah membuat beberapa pendedahan melalui media alternatif termasuk Harakahdaily.

Setiap kali temubual beliau dengan Harakahdaily disiarkan, Deepak akan menerima tindakan dari pelbagai pihak. Selepas wawancara disiarkan Harakahdaily buat pertamanya pada 27 November lalu, Deepak terpaksa meletakkan semua jawatannya dalam 66 buah syarikat. Selepas wawancara kedua disiarkan dalam Harakahdaily pada 22 Disember, Deepak menerima surat dari sebuah syarikat guaman terkenal, Shane & Delamore bagi pihak sebuah bank.

Salah seorang adik Perdana Menteri, Datuk Johari Abdul Razak adalah pemilik utama syarikat guaman ini. Wawancara dalam bentuk video itu disiarkan pada tengahari, manakala pada sebelah petangnya Deepak menerima surat yang melibatkan wang sebanyak RM30 juta itu. Pada hari yang sama, Deepak memberitahu Malaysiakini, beliau akan menerbitkan buku bagi menjawab buku Datin Seri Rosmah.

Namun, dengan pelbagai tekanan ini, menurut sumber, Deepak masih bertahan dan melawan balik. Beliau dikatakan akan membuat satu lagi sidang media penting petang esok. (IH)


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Ada kemungkinan dihararmkn, dapatkan segera!!

Ini 7 Pengkhidmat Pelacur Ditahan? Bukan Tapi...

TUJUH pelacur warga asing diberkas selepas polis menyerbu sebuah salun yang dijadikan markas persundalan di Kepong kelmarin.

Pelacur salun diberkas ketika ‘beraksi’ di ranjang
KL: Kegiatan haram pemilik salun yang menyediakan khidmat pelacur warga asing sejak beberapa bulan lalu berakhir apabila sebuah premis persundalan dua tingkat di kawasan Kepong di sini diserbu kelmarin.
Dalam serbuan pukul 9 malam itu polis dapat menahan lima wanita China dan dua rakyat Thailand berusia antara 20 hingga 28 tahun selepas disyaki menawarkan perkhidmatan seks kepada pelanggan.

Ketika serbuan oleh sepasukan polis daripada Bahagian Cegah Judi, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) Bukit Aman itu dilakukan, terdapat tiga pelacur sedang melakukan hubungan seks dengan tiga pemuda tempatan.
Empat lagi pelacur sedang menunggu pelanggan di bilik tidur yang ditempatkan di tingkat atas. Pegawai operasi, Inspektor Muhammad Mohd. Jais berkata, selain pelacur, pihaknya turut menahan tiga pelanggan tersebut.


Komen Weblog Ibnu Hasyim: 'Khidmat pelacur'? Bukan. Itu pemaksiat 'najis zina' di pusat persundalan. Mengapa tidak boleh di banteras habis? Kerana tidak ada undang-undang larangan 'zina' seperti larangan dalam Islam.   

Larangan Najis Zina

Dalil Dari Al Quran:
  • “Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, maka deralah tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali dera, dan janganlah belas kasihan kepada keduanya mencegah kamu untuk (menjalankan) agama Allah, jika kamu beriman kepada Allah, dan hari akhirat, dan hendaklah (pelaksanaan) hukuman mereka disaksikan oleh sekumpulan orang-orang yang beriman. Lelaki yang berzina tidak mengahwini melainkan perempuan yang berzina, atau perempuan yang musyrik; dan perempuan yang berzina tidak dikawini melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik, dan yang demikian itu diharamkan atas oran-orang yang mukmin,” (an-Nuur: 2-3).
  • “Dan janganlah kamu dekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk,” (al-Israa’: 32)

  • “Dan orang-orang yang tidak menyembah tuhan yang lain beserta Allah dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah (membunuhnya) kecuali dengan (alasan) yang benar, dan tidak berzina, barang siapa yang melakukan yang demikian itu, niscaya dia mendapat (pembalasan) dosa(nya), (yakni) akan dilipat gandakan azab untuknya pada hari kiamat dan dia akan kekal dalam azab itu, dalam keadaan terhina,” (al-Furqaan: 68-69).
  • “Hai Nabi, apabila datang kepadamu perempuan-perempuan yang beriman untuk mengadakan janji setia, bahwa mereka tiada akan menyekutukan Allah, tidak akan mencuri, tidak akan berzina, tidak akan membunuh anak-anaknya, tidak akan berbuat dusta yang mereka ada-adakan antara tangan dan kaki mereka dan tidak akan mendurhakaimu dalam urusan yang baik, maka terimalah janji setia mereka dan mohonkanlah ampunan kepada Allah untuk mereka. Sesungguhnya Allah maha Pengampun lagi Maha Penyayang,” (al-Mumtahanah: 12).
Dalil dari Hadist Rasulullah SAW.

  • Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a, ia berkata, Rasulullah saw. bersabda, “Tiga jenis orang yang Allah tidak mengajak berbicara pada hari kiamat, tidak mensucikan mereka, tidak melihat kepada mereka, dan bagi mereka adzab yang pedih: Orang yang berzina, penguasa yang pendusta, dan orang miskin yang sombong,” (HR Muslim [107]).
  • Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a, bahwasanya Rauslullah saw. bersabda, “Tidaklah berzina seorang pezina saat berzina sedang ia dalam keadaan mukmin,” Masih diriwayatkan darinya dari Nabi saw. beliau bersabda, “Jika seorang hamba berzina maka keluarlah darinya keimanan dan jadilah ia seperti awan mendung. Jika ia meninggalkan zina maka kembalilah keimanan itu kepadanya,” (Shahih, HR Abu Dawud [4690]).
Diriwayatkan dari al-Miqdad bin al-Aswad r.a, ia berkata, Rasulullah saw. bersabda kepada para sahabatnya, “Bagaimana pandangan kam tentang zina?” Mereka berkata, “Allah dan Rasul-Nya telah mengharamkannya maka ia haram sampai hari kiamat.” Beliau bersabda, “Sekiranya seorang lelaki berzina dengan sepuluh orang wanita itu lebih ringan daripada ia berzina dengan isteri tetangganya,” (Shahih, HR Bukhari dalam Adabul Mufrad [103]).
(IH)

PR, PPPS & APS Mampu Ambil-alih Sabah?


Lajim dan Aminudin Aling dalam sidang media semalam

KOTA KINABALU: PAS, PKR, DAP, Pertubuhan Pakatan Perubahan Sabah (PPPS) dan Angkatan Perpaduan Sabah (APS) akan menggempur dan mengambil alih Sabah dalam PRU 13 akan datang. Mungkin sebab itu, PAS Sabah bersedia berunding semula dalam pembahagian kerusi bagi menghadapi piliharaya umum ke 13 nanti, demi kebaikan rakyat di Sabah.

Pesuruhjaya PAS Sabah, Mohd Aminudin Aling memberitahu hari ini, PAS sebelum ini telah mengadakan perbincangan dengan PKR dan DAP serta telah mendapat keputusan kedudukan kerusi bagi parti masing-masing. Namun tambah beliau lagi, apabila terdapat pengumuman baru mengenai kemasukan Pertubuhan Pakatan Perubahan Sabah (PPPS) dan Angkatan Perpaduan Sabah (APS) dalam Pakatan Rakyat di Sabah, maka sekretariat Pakatan peringkat negeri akan mengadakan pertemuan bagi membincangkan kedudukan kerusi.

"Kita dari awal lagi sudah mengadakan perbincangan dengan parti utama dalam Pakatan Rakyat dan persetujuan telah diperolehi bagi kedudukan kerusi di negeri ini.
"Bila ada pengumuman terbaru mengenai kemasukan PPPS dan APS dalam Pakatan Rakyat maka kita akan mengadakan pertemuan dengan segera bagi memdapat keputusan tentang kedudukan kerusi," jelasnya pada sidang media selepas masjis Pelancaran PPPS di Kota Kinabalu semalam.

Tambah beliau lagi, perkara tersebut telah pun dimaklumkan kepada Pengerusi PKR Sabah, Ahmad Thamrin Jaini bagi mencari waktu yang sesuai untuk perbincangan.

"Keputusan berapa kerusi yang kita bertanding itu biarlah diputuskan oleh pucuk pimpinan utama PAS dan Pakatan Rakyat.
"Kita (PAS) bersedia mengurangkan kerusi bagi memberi laluan kepada dua parti baru, niat kita bukan sekadar untuk bertanding tetapi kita mahu Pakatan memenangi pilihanraya nanti sekaligus dapat membentuk kerajaan di Sabah mahupun di Putrajaya," tambah beliau lagi.

Sementara itu, Datuk Seri Lajim Ukin menjadi calon pertama Pakatan yang diumumkan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bertanding di Parlimen Beaufort. (IH)

Setelah Garudi, Goyang Itik & Penguin Pula..


Zaskia

HALAMAN HIBURAN

NAMA  Zaskia Shinta makin melambung di dunia hiburan bermaksiat setelah Goyang Itiknya berhasil mencuri banyak penikmat muzik di Indonesia. Tak hanya tampil secara langsung di sejumlah di tv, Zaskia juga dinanti banyak masyarakat di sejumlah daerah.

Namun, ketenaran Zaskia Goyang Itik sempat terusik dengan salah satu goyangan milik duo Walang Sangit dengan goyang khasnya "Goyang Penguin".  Zaskia dikatakan mengaku tiada masalah dengan munculnya sejumlah goyangan baru di dunia hiburan.

"Aku tak pernah melihat persaingan di dunia hiburan, bagiku semua sama mencari rezeki di sini," ujar Zaskia.

Zaskia mengaku tak pernah memikirkan job yang datang kepadanya saat banyak penyanyi baru bermunculan. Bagi penyanyi 22 tahun ini, Goyang Itik masih diminati ramai orang.

"Silakan saja kalau ada ide dengan goyang ini atau itu, saya tetap eksis dengan 'Goyang Itik'. Dan alhamdulillah saya bisa sampai dikenal banyak orang," ujarnya yang menyebut 'Al-hamdulillah' dalam aktiviti maksiat tersebut.

Sebelum semunya  itu, Goyang Garudi pernah terkenal sampai  ke Malaysia, Kini, Goyang Penguin (milik duo Walang Sangit) sempat mencuri perhatian dengan tenarnya kedua personelnya di jejaring YouTube. Walau tetap menampilkan 'keseksian', keduanya tak mahu tampil vulgar di banyak stesyen tv.

"Memang kedengarannya nyeleneh, tapi bukan berarti goyangan yang seronok atau vulgar. Kami lebih suka menyebutnya sensualitas elegan, artinya, goyangan kami tetap diusahakan sopan," ujar Selvy, salah satu personel Goyang Penguin. 

Inilah satu lagi contoh cara fikir bukan Islam di kalangan artis-artis di negara umat Islam yang berbesar di dunia. (IH).

Sunday, December 30, 2012

Pelajar Dirogol Di N/Delhi, Mati Di S'pura.


ORANG RAMAI memegang sepanduk bagi mendesak perogol wanita itu dihukum mati dalam satu tunjuk perasaan di New Delhi, India semalam.

NEW DELHI - Seorang pelajar perubatan yang dirogol beramai-ramai tanpa perikemanusiaan di sini meninggal dunia di sebuah hospital di Singapura semalam dengan para pemimpin India merayu orang ramai agar bertenang dan tidak melakukan bantahan jalanan yang ganas.

Polis mengadakan kawalan ketat di pusat bandar raya ini selepas berita kematian pelajar berusia 23 tahun itu tersebar. Mangsa dilaporkan meninggal dunia pada pukul 4.45 pagi semalam setelah menjalani rawatan di Hospital Mount Elizabeth, Singapura sejak dua hari lalu.

Dia dibawa ke hospital berkenaan yang memiliki kepakaran dalam melakukan pembedahan pemindahan organ itu pada Khamis lalu selepas dirawat selama 10 hari di sebuah hospital di ibu kota India di sini. Mengetuai penghormatan kepada pelajar itu yang tidak didedahkan identitinya, Perdana Menteri Manmohan Singh berkata, beliau memahami gelombang tunjuk perasaan yang tercetus susulan kejadian pada 16 Disember lalu.

"Kita telah lihat emosi dan kemarahan rakyat susulan insiden ini," kata Manmohan dalam satu kenyataan.
"Kita faham reaksi sebegini daripada golongan muda di India dan warga India yang benar-benar mahu perubahan dilakukan," tambahnya.

Pelajar perempuan itu diserang semasa dia bersama seorang rakan lelakinya menaiki sebuah bas sekolah yang dicuri enam lelaki mabuk pada 16 Disember lalu. Bukan sahaja dirogol beramai-ramai, malah mangsa turut diserang menggunakan sebatang besi sebelum dicampak keluar dari bas yang sedang bergerak bersama kawan lelakinya. Polis dan pihak pendakwa raya memberitahu, pada hari kejadian, kedua-duanya baru keluar dari sebuah panggung wayang. Rakan lelakinya turut diserang dalam insiden tersebut.

Menurut pihak berkuasa, bas bercermin gelap itu berjaya melepasi beberapa pos pemeriksaan polis sebelum kedua-dua mangsa dicampak keluar dari kenderaan berkenaan. Mayat pelajar itu dijangka diterbangkan ke India lewat semalam dengan diiringi oleh ibu bapanya yang berada di sisi mangsa semasa dia menghembuskan nafas terakhir di hospital berkenaan.

"Dia mengalami kegagalan organ ekoran kecederaan serius pada badan dan otak," kata ketua eksekutif hospital berkenaan, Dr. Kelvin Loh.
"Mangsa cekal dan terus berjuang untuk hidup tetapi trauma pada badannya terlalu teruk untuk diatasi." tambahnya.

Kejadian rogol beramai-ramai berlaku setiap hari di India dengan ramai mangsa enggan membuat laporan polis kerana kurang percayakan sistem perundangan negara di samping bimbangkan reaksi negatif daripada pegawai polis lelaki. Namun, serangan amat kejam itu menyebabkan kemarahan orang ramai menggelegak dan mendorong pemerintah menjanjikan keselamatan lebih baik kepada wanita serta hukuman lebih berat untuk jenayah seks.

Pihak polis pula dikritik hebat kerana menggunakan kekerasan dalam usaha menyuraikan protes berkaitan serangan berkenaan termasuk kerap menggunakan gas pemedih mata dan meriam air. Dalam perkembangan berkaitan, enam lelaki yang ditangkap berhubung serangan itu didakwa kerana membunuh semalam dengan mereka berdepan hukuman mati jika didapati bersalah.

Sementara itu Pesuruhjaya Tinggi India ke Singapura, TCA Raghavan berkata, keluarga mangsa amat bersedih dengan kematian anak perempuan mereka. "Namun, mereka berharap kematiannya akan menjadi titik-tolak kepada masa depan yang lebih baik untuk wanita di sini dan India keseluruhannya," kata Raghavan.(Kosmo)

Warkah Dari Lucan, Dublin. “...minat Lady Gaga...


“Anak saya minat Lady Gaga, ustaz!”

“BAGAIMANA kami hendak menjawab kepada anak-anak yang semakin meningkat remaja, persoalan mengapa mereka perlu bertudung, kenapa kena bataskan pergaulan antara lelaki dan perempuan serta hal-hal lain yang sering menjadi persoalan mereka?” salah seorang sahabat yang hadir di dalam halaqah kami bertanya.

Ia persoalan yang berat. Menjawabnya secara mudah akan seperti memandang remeh dan enteng persoalan itu. Kepala saya ligat berfikir.

Hari ini, saya sedang berhalaqah dengan rakan-rakan komuniti Malaysia yang berkampung di Lucan, Dublin. Kami berbicara tentang Ibrah Daripada Surah Luqman. Soalan yang hadir daripada ibu bapa yang membesarkan anak-anak mereka di ‘negeri orang’. Ironinya, soalan yang sama telah beberapa kali saya terima daripada ibu bapa yang membesarkan anak-anak di kampung halaman sendiri.

Di Malaysia.

“Saya tiada jawapan mudah untuk soalan puan. Menjawabnya secara mudah akan seperti memandang persoalan itu remeh sedangkan persoalannya sangat besar” saya berkongsi pandangan.

Satu perkara yang boleh kita analogikan, apabila seorang pesakit sentiasa mengeluh tentang tidurnya yang tidak lena, banyak berdengkur, diabetis yang tidak sembuh, celah peha dijangkiti kulat dan badan sentiasa penat, semua masalah itu serius dan mengganggu saban hari. Namun apakah semua itu masalah sebenar, atau segalanya datang daripada masalah yang lebih mendasar?

Inilah yang membawa perbincangan kami malam tadi kepada kerangka Surah al-Kahf.

Surah al-Kahf memahamkan kepada kita bahawa manusia bertindak tanduk, tidak secara rawak (random). Keputusan-keputusan harian kita, merupakan jelmaan perisian dalaman diri yang menjadi sasaran serangan Dajjal, dan Surah al-Kahf pula melindungi perisian itu daripada serangan tersebut.


Apabila kita memberikan anak-anak pendidikan agama, iceberg ini boleh membantu kita membuat penilaian sejauh manakah anak-anak malah diri kita sendiri telah berjaya ‘beragama’. Jika ritual yang menjadi penilaian, ritual mungkin berlegar hanya pada tip of the iceberg.

Namun kita perlu bertanya, adakah anak kita mempercayai sesuatu dengan cara percaya Islam? Apa aqidahnya? Bagaimanakah cara anak kita berfikir dan melihat? Adakah mereka memandang dengan pandangan Islam? Adakah mereka memandang kehidupan ini dengan pandangan hidup Islam? Apakah sistem nilai mereka? Adakah mereka menilai baik dan buruk, penting dan tidak penting, berharga dan tidak berharga, berasaskan kepada nilai Islam?

Ini adalah di antara beberapa persoalan dasar yang boleh ibu bapa jadikan ia sebagai asas untuk memantau perkembangan proses beragama anak-anak.

“Anak saya minat benar dengan Lady Gaga!” kata seorang ibu dalam salah sebuah program yang pernah saya kendalikan.
“Minat lagu atau menjadikan Lady Gaga sebagai idola?” saya cuba mendapatkan kepastian.
“Lady Gaga itu menjadi inspirasinya!” kata ibu berkenaan. Gelisah.

Biar pun si ibu dan anaknya sama-sama beraqidah Islam, tetapi ada missing link antara aqidah mereka dengan cara mereka memandang kehidupan. Lady Gaga itu entahlah apa agamanya, tetapi cara pandang hidupnya, ialah pada melihat setiap manusia memiliki dirinya sendiri dan berhak menentukan apa yang baik dan buruk untuk dirinya, dan manusia lain perlu menghormatinya, biar seganjil mana pun ia.

Hakikatnya itu bukan pandangan hidup Islam. Bagaimana seorang anak Muslim, yang diajar Aqidah Islam, boleh memiliki pandangan hidup yang bertentangan dengan Islam? Lalu seterusnya berpegang dengan sistem nilai yang jauh daripada Islam?

Mungkin Aqidah yang dipelajari, dipelajari secara random dan tidak akhirnya berumusan. Sedangkan dalam semua-semua topik Aqidah kita, sepatutnya ia berakhir dengan kejayaan menjawab tiga soalan utama iaitu:
  1. Siapa aku?
  2. Siapa Allah?
  3. Apakah makna kehidupan ini?
Jawapan kepada tiga soalan itulah yang membentuk cara pandang dan cara fikir Islam.
  1. Aku hamba Allah.
  2. Allah Tuhan dan Penciptaku.
  3. Hidup ini adalah kehambaanku kepada Allah.
Maka pandangan hidup kita akan menjadi pandangan hidup Islam. Lalu apa yang penting di sisi Islam, pentinglah di sisi kita. Apa yang utama di dalam Islam, utamalah di sisi kita.

Solat.
Tudung.
Batas-batas pergaulan.

Mungkin masih culas kerana gangguan nafsu, tetapi tidak lagi berbentuk mempersoalkan.
Pokoknya, mendidik anak-anak di era Dajjal ini tidak cukup sekadar melunaskan tuntutan tip of the iceberg.
Kita perlu mendasar.
Ke dalam.

Dan bertuahlah ibu bapa yang ada upaya berbual dengan anak-anak, kerana perbualan ini menyinarkan harapan untuk persoalan ini dikongsi oleh guru pertama dan guru terbaik anak-anak kita.
Ibu dan bapa!

TUJUH BUAH FIKIRAN
  1. Ibu bapa perlu membezakan di antara masalah yang kelihatan dengan masalah yang sebenar. Masalah anak-anak seperti tudung, solat, pergaulan bebas, perlu dinilai apakah ia masalah yang sebenar atau ia merupakan simptom kepada satu masalah lain yang lebih mendasar.
  2. Manusia tidak bertindak tanduk secara random. Perbuatan manusia mempunyai mekanisme yang jika difahami, boleh membantu kita mengenal pasti mengapa masalah-masalah yang kelihatan itu timbul.
  3. Surah al-Kahf memberikan kerangka bahawa perbuatan manusia adalah hasil daripada
    1. Sistem kepercayaan
    2. Sistem fikir dan lihat (pandangan hidup)
    3. Sistem nilai
  4. Pendidikan agama mesti dicerakinkan kepada elemen-elemen yang membentuk kepercayaan, cara pandang dan fikir, serta cara menilai.
  5. Ibu boleh boleh menilai, semasa anak membuat pilihan (misalnya pakaian), adalah pilihannya merupakan pilihan yang mencerminkan kepercayaan dan pandangan hidup Islam, atau bagaimana?
  6. Perbualan tentang Islam bersama anak-anak boleh dipecahkan kepada elemen-elemen itu tadi, seperti:
    1. “jom kita berdoa, Allah pasti membantu” (kepercayaan)
    2. “kita kena berusaha sebaik mungkin, kemudian baru bertawakkal (kepercayaan)
    3. “kami ibu bapa kamu, tetapi Allah Tuhan kami dan kami. Kita semua hamba Allah” (kepercayaan)
    4. “apa tujuan kita ke sekolah?” (pandangan hidup)
    5. “Kenapa dalam peperiksaan kita mesti yakin dengan usaha sendiri dan tidak meniru?” (pandangan hidup)
    6. “Mengapa kita sambut Aidiladha dan Aidilfitri, kita tidak sambut Krismas?” (pandangan hidup)
    7. “Duit kita, elok kita gunakan sebaik mungkin, tetapi 2.5%, kita asingkan untuk sumbangan” (sistem nilai)
    8. “Jom kita solat dahulu. Cuci kereta yang ayah minta tolong tu kita buat kemudian” (sistem nilai)
    9. “Kalau kawan suka, Allah tak suka, kita pun tidak bahagia. Utamakan Allah suka. Mama pun suka” (sistem nilai)
  7. Sekali lagi, upaya komunikasi yang efektif antara ibu bapa dan anak, akan banyak membantu proses pendidikan berlangsung dengan sebaiknya.
HASRIZAL
LUCAN, DUBLIN
(IH/Hrkh/saifulislam.com)
30Dis 12


Awas,Buka Kereta Tanpa Bunyi & Matikan Penggera


BUKTI...Zainuddin menunjukan peralatan elektronik yang digunakan suspek.
BUKTI...Zainuddin menunjukan peralatan elektronik yang digunakan suspek. 
KL: Awas, Kereta anda boleh dibuka tanpa bunyi. Dengan menggunakan sejenis peralatan elektronik buatan Taiwan, seorang lelaki mampu mematikan sistem penggera kereta dengan mudah sebelum menyamun barang berharga dalam kenderaan terbabit.

Alat berkenaan dikatakan mampu memintas frekuensi sistem penggera kenderaan dan suspek dengan mudah masuk ke dalam kenderaan berkenaan selepas sistem penggera dimatikan, membolehkan pintu kereta dibuka tanpa bunyi. Perkara itu terbongkar selepas polis menahan seorang lelaki berusia 36 tahun yang terbabit dengan jenayah samun kenderaan dalam serbuan di sebuah kondominium di Petaling Jaya, 13 Disember lalu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, pemeriksaan di rumah berkenaan menemui empat komputer riba, satu cakera keras mudah alih dan pelbagai dokumen atas nama individu lain dipercayai yang dicuri suspek.

“Modus operandi suspek ialah menunggu dalam kereta di parkir pusat beli-belah dan menggunakan alat berkenaan untuk memintas frekuensi penggera kereta mangsa.
“Sebaik berjaya membuka kereta mangsa, suspek mengambil barang berharga dalam kereta berkenaan sebelum melarikan diri,” katanya.

Beliau berkata, mangsa hanya menyedari kenderaan mereka disamun apabila mendapati pintu kereta mereka terbuka atau kenderaan berkenaan tidak berkunci selain keadaan di dalamnya berselerak. Katanya, siasatan lanjut mendapati suspek yang dibebaskan dari penjara awal tahun lalu, mempunyai sembilan rekod jenayah lampau.

“Siasatan mendapati suspek sudah beberapa kali melakukan jenayah ini dan tidak menolak kemungkinan ada individu lain yang melakukan samun menggunakan taktik sama,” katanya.(IH)

Tak Kira Halal-haram, Dagangkan Tubuh Adik Ipar


INILAH akibatnya, bila cara berfikir tidak Islamik sudah menguasai diri. Yakni tidak kira halal-hararm dalam kehidupan. Tidak fikir hari akhirat dalam mencari rezeki.Lihat berita ini..

ALOR GAJAH: Seorang gadis mendakwa dipaksa menjadi pelacur oleh adik ipar kepada abangnya sendiri sejak awal bulan ini. Mangsa yang berusia 17 tahun itu dipaksa melayan nafsu serakah beberapa lelaki pertengahan usia dengan dikenakan bayaran tertentu di beberapa lokasi termasuk sekitar hotel bajet di negeri ini.

Difahamkan, mangsa tinggal bersama kakak ipar dan abangnya di sebuah rumah di Pulau Sebang dan datang ke rumah seorang saudaranya di Selangor awal bulan ini. Menurut sumber, suspek yang turut tinggal bersama mangsa di Pulau Sebang menjemput gadis itu di Selangor beberapa hari kemudian dan membawanya pulang ke Melaka.

“Bagaimanapun, suspek tidak terus membawa gadis itu pulang ke rumah sebaliknya membawanya bersiar-siar di sekitar Bandaraya Melaka.
“Selepas bersiar-siar, suspek menyewa sebuah hotel bajet dan sebaik berada di hotel itu, mangsa diperkenalkan dengan seorang lelaki pertengahan usia,” katanya di sini, semalam.

Menurutnya, gadis itu kemudian dipaksa melayan nafsu lelaki terbabit dan dikenakan bayaran sebanyak RM200. Katanya, mangsa yang mula menyedari niat sebenar suspek cuba melarikan diri dan merayu tidak diperlakukan sedemikian, namun tidak diendahkan.

“Gadis itu turut mendakwa dibawa ke beberapa daerah tidak dikenal pasti untuk diperdagangkan kepada pelanggan yang sedia menunggu di tempat dijanjikan.
“Malah, suspek dikatakan turut mengawasi setiap pergerakan gadis itu bagi mengelak dia melarikan diri,” katanya.

Sumber itu berkata, gadis malang itu yang tidak tahan diperlakukan sedemikian nekad melarikan diri daripada kawalan suspek sebelum membuat laporan di Balai Polis Masjid Tanah, kelmarin. Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Deputi Superintendan Abd Rahman Jid mengesahkan kejadian dan berkata siasatan lanjut sedang dilakukan.

Menurutnya, kes dirujuk ke Jabatan Keganasan Rumahtangga, Wanita dan Kanak-kanak (D11), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka untuk tindakan selanjutnya. (IH)

Banjir. Cara Fikir & Cara Lihat... PM & MB K'tan

Lihatlah, cara fikir saingan PAS pembuat sepanduk ini...

Gambar atas, cara PM Najib  melihat banjir..
Gambar bawah, Tuan Guru Nik Abdul Aziz membuat tinjauan dan melihat mangsa banjir
Bezanya PM melalui udara dan Tuan Guru... melalui bot dan meranduk air banjir...
(IH)


Gadis Brazil Jual Dara Kini Terdampar Di Bali.



INGAT lagi tak nama Catarina Migliorini? Gadis Brazil berusia 20 tahun ini sempat membuat heboh dunia setelah menjual dan melelong dara seharga  AS$780,000 (RM2.4 juta), untuk membentu kerja-kerja amal. Seorang pemuda Jepun bernama Natsu memenenginya. Tapi hingga kini Natsu belum mengambil 'hadiah' yang dimenanginya.

Catarina kini sedang berada di Bali. Gadis ini terdampar sedang menunggu visa untuk masuk ke Australia. Rencananya,  hubungan badan pertama Catarina dan Natsu akan dibuat filem dokumenteri di atas pesawat antara Bali-AS dan dilanjutkan di Australia. Untuk keperluan itulah Catarina mengurus visa. Justin Sisely yang membuat filem dokumenteri mengenai keperawanan Catarina enggan terjerat hukum dan undang-undang  di Indonesia. Kerana itu syuting dilakukan di luar wilayah Indonesia. Seharusnya jadual filem dibuat November lalu, tapi terhambat dokumen dan libur Natal serta Tahun Baru.

"Banyak hal diubah kerana masalah dokumen. Saat ini semua projek ditunda hingga tahun baru," kata jurucakap Justin Sisely, Frank Thorne seperti dikutip Huffington Post, Khamis (28/12).

Pembuat filem dokumenteri itu tiada masalah di Australia. Di Brazil, Jaksa Agung Joao Pedro bertekad mengusutkan kes yang dicurigai sebagai perdagangan manusia. Keputusan Catarina melelong dara itu mengejutkan banyak pihak. Mereka menyebut tindakan Catarina ini tidak jauh berbeda dengan pelacur.
Namun, Catarina menolak tindakannya itu disebut pelacur dan dia masih percaya dengan cinta.

"Jika anda melakukan hanya sekali seumur hidup maka itu tidak disebut pelacur. Seperti halnya anda memotret sekali tidak menjadikan anda seorang juru foto," ujarnya

Tindakan Catarina semakin menjadi kontroversi lantaran kisahnya itu akan dibuat filem dokumenteir oleh kru filem asal Australia dengan judul Virgins Wanted. Catarina menyebut kesempatan ini sebagai bisnis dan membuat dirinya dapat bepergian percuma serta mendapat bonus. (IH)

Lihat sebelum ini...

Saturday, December 29, 2012

Syarat Damai Taliban-Pakistan. Sama PAS-UMNO?


 
PEJABAT Pakistan melaporkan, Kkelompok Taliban Pakistan, Khamis lalu, menculik lebih dari 30 tentera Pakistan dari utara pos negara. Pejabat pemerintah mengatakan puluhan orang bersenjata dengan peluncur roket “RPG”, dan senjata otomatik, menyerang dua pasukan militer di Pakistan barat laut, sehingga menewaskan dua dari mereka,dan sementara yang lain menghilang. 

Para pejabat mengatakan serangan terjadi sebelum fajar hari Khamis di kota “sirkuit Adam Khel”, di wilayah khoibar Pakhtunkhwa. Daerah yang dekat dengan benteng Taliban Pakistan. Perkembangan ini datang setelah gerakan Taliban mengumumkan melalui jurubicara mereka,  menetapkan syarat untuk gencatan senjata

Antranya ialah:
  • menerapkan hukum Islam dan 
  • memutuskan hubungan dengan Amerika Syarikat (AS).
Pejabat senior pemerintah menggambarkan syarat tersebut sebagai hal yang “tidak masuk akal”. Pejabat militer telah menyatakan November lalu bahawa kepemimpinan operasi di Taliban pindah dari Hakimullah Mehsuh ke wakilnya Wali Rahman, yang dianggap lebih terbuka dan mau menerima rekonsiliasi dengan pemerintah Pakistan yang menolak gerakan taliban.

Seorang pejabat pemerintah Pakistan  mengatakan, “Mereka (Taliban Pakistan) adalah kelompok penjahat,” dan menggambarkan tawaran Taliban tersebut sebagai hal yang “tidak masuk akal”. Dia menambahkan, “Tidak ada yang dapat diambil tawaran atau syarat ini…Taliban Pakistan bukanlah entitas yang seimbang dengan Pakistan,  tentu pemerintah manapun akan menolak  untuk bernegosiasi dengannya..”
(IH/Skynews Arab)  

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Syarat damai Pakistan-Taliban, hampir sama dengan PAS-UMNO di Malaysia. Satu mahu hukum Islam, satu lagi tidak mahu. Rupanya hanya itulah punca sebenar perpecahan di antara umat Islam. Umat Islam mahu kebebasan melaksanakan Islam di negaranya sendiri. 

Yang satu lagi terikat dengan AS atau unsur-unsur lain yang memusuhi Islam secara langsung atau tidak langsung, menyebabkan, puak-puak ini terpaksa 'tidak mahu laksanakn Islam secara syumul'. Kalau dilaksanakan perundangan Islam sepenuhnya, maka perpaduan dan kekuatan akan datang sendiri dari mujahid-mujahid fi sabilillah.

Seruan Islam 'berpegang teguhlah dengan 'Tali Allah' dan jangan berpecah-belah' itu adalah berpengang teguh dengan Islam (Tali Allah), bukan dengan kebangsaan Melayu, Arab dan lain-lain yang di dalamnya ada asobiah. (IH)

Penyeludupan Dari M'sia Terus Meningkat. Siasat!


Penyelundupan BBM dari Malaysia marak di Kalbar Penyelundupan BBM dari Malaysia marak di Kalbar (BPH Migas)
2012, Barang Malaysia Merajalela di Kalbar
Kasus penyelundupan barang dari Malaysia terus meningkat di Kalbar.

KALIMANTAN BARAT: Peredaran barang-barang ilegal dari Malaysia di Kalimantan Barat semakin merajalela. Data Kepolisian Daerah Kalimantan Barat menunjukkan, kasus barang ilegal dari Malaysia pada 2012 naik 142 persen dibanding tahun sebelumnya.

"Yang tertinggi itu adalah kasus BBM ilegal di Kalimantan Barat," ujar Kapolda Kalbar, Brigjen Tugas Dwi Apriyanto, pada saat paparan akhir tahun di Mapolda Kalbar, Jumat 28 Desember 2012.

Pada 2011, Tugas menambahkan, Polda Kalbar hanya menangani 9 kasus BBM ilegal dari Malaysia. Namun, pada tahun ini, kasus BBM ilegal dari Malaysia mencapai ribuan.
"Akan kami ketatkan terus pengawasan di perbatasan RI–Malaysia. Hal ini guna mencegah peredaran masuknya barang-barang ilegal dari Malaysia," kata dia.

Peningkatan juga terjadi pada peredaran gula ilegal dari Malaysia. Pada 2011 ada 40 kasus, sedangkan pada tahun ini naik menjadi 139 kasus atau mencapai 247 persen.

Tugas menjelaskan, Polda Kalbar akan memperhatikan kasus penyelundupan yang marak selama ini. "Kami komitmen untuk memberantas itu semua. Jangan sampai yang mendapat izin resmi, malah kalah saing dengan yang memasukkan produk ilegal," ucapnya.

Sementara itu, dia mengatakan, kasus pembalakan liar hutan di Kalimantan Barat turun lima kasus, dari 85 menjadi 80 kasus pada 2012. Penambangan liar naik 11 kasus, dari 31 menjadi 42 kasus. (IH)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Pihak Malaysia perlu siasat..

Lihat sebelum ini.. 
E-Buku IH-51: Perjalanan Ke Kalimantan
E-Buku IH-51: Perjalanan Ke Kalimantan

Psy Gangnam Style Seorang Perogol?

GAMBAR fail menunjukkan muzik video Psy di laman YouTube yang sudah ditonton lebih satu bilion kali.

HALAMAN HIBURAN
 Peminat marah nama Psy diguna untuk watak perogol
TOKYO - Penyanyi Korea Selatan yang terkenal di seluruh dunia dengan tarian kuda, Psy digambarkan sebagai seorang perogol dalam komik manga Jepun, lapor akhbar The Japan Daily Press semalam. Komik itu akan diterbitkan pada 31 Disember ini yang menunjukkan satu watak mirip Psy.

Ia mengisahkan watak tersebut mengetuai satu kumpulan penculik dari Korea Selatan dan merogol sekumpulan gadis Jepun. Bagaimanapun, menurut laman Digital Journal, penduduk Korea Selatan menyuarakan kemarahan mereka tentang tindakan komik Jepun itu. Ia melaporkan, kemarahan tersebut dinyatakan di laman-laman internet. Psy menjadi terkenal di dunia menerusi muzik video Gangnam Style di laman YouTube yang dimuat naik sejak 15 Julai lalu.

Klip video itu yang menunjukkan Psy menari tarian kuda telah ditonton lebih satu bilion kali. Psy kemudian menjadi kebanggaan warga Korea Selatan sehingga mengatasi populariti Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Ban Ki-moon yang juga berasal dari negara yang sama.

Penyanyi itu juga diundang ke Amerika Syarikat (AS) untuk menghadiri banyak majlis muzik ekoran kejayaannya itu. Tarian kuda itu juga dipersembahkan bukan sahaja oleh artis AS tetapi juga ahli-ahli sukan terkenal dunia. - Agensi

Jom Ikut Geng Motor Ustaz Azhar Idrus...














 

[PICS] Sekitar Konvoi Motor Bersama Ustaz Azhar 2012

Sempoi lah...
Pada 30 November 2012, telah diadakan konvoi motor bersama ustaz popular iaitu Ustaz Azhar Idrus di Gong Badak Terengganu.

Syabass!!! ini merupakan satu cara yang terbaik untuk mendekati semua gologngan terutama orang muda kiter. YEAHHH...!!


















 Sumber: FB

Amanat H/Hadi Tak Rosak Aqidah Tapi.. DUP K'tan


KOTA BHARU- Di sebalik desakan supaya 'Amanat Haji Hadi' ditarik balik, Dewan Ulama Pas Kelantan memberi sokongan penuh sekiranya dikeluarkan semula kenyataan berkaitan, yang berusia tiga dekad, kepada rakyat.

Timbalan Ketua Ulama Pas Negeri, Hassan Mahmood (gambar kanan) berkata, saranan itu dibuat  memandangkan suasana dan realiti umat Islam yang suka mempermudah serta mempermainkan isu-isu berkaitan agama Islam.

 “Amanat Haji Hadi sebenarnya tidak merosakkan akidah tapi sebaliknya  amanat pemimpin Umno yang mempermainkan hukum Islam boleh merosakkan akidah. Oleh kerana ramai yang suka mempermainkan isu Islam, adalah tepat dikeluarkan semula pada hari ini(sekarang),” katanya, semalam.

Sebelum ini pelbagai pihak termasuk mufti mendesak Presiden Pas itu menarik balik amanat dikeluarkan pada tahun 1981 itu yang didakwa boleh memecahkan perpaduan umat Islam. Bagaimanapun, pemimpin Pas termasuk Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat  mempertahakan tindakan Hadi dan mahu amanat itu tidak ditarik balik.

Hassan yang juga Adun Tawang berkata, Umno secara jelas menolak pelaksanaan hukum Islam sedangkan ia sebagai cara hidup manusia termasuk melibatkan pemerintahan dalam negara. Dakwanya, Umno sehingga kini sanggup menerima selain perundangan Islam sebagai perlembagaan, bererti parti itu menolak tuntutan Islam.

”Jika diteliti dengan pengalaman pemerintahan Umno di peringkat pusat, mereka yang menghalang perlaksanaan hudud di Kelantan selama ini.
"Apabila Umno tidak mahu menerima pelaksanaan undang-undang Islam sejak 50 tahun lalu sebenarnya umno telah mengkhianati umat Melayu Islam yang sebelum ini berpegang kepada undang-undang Islam,” katanya.

Sehubungan dengan itu, Hassan berkata, pihaknya  bersedia untuk berdebat dan berhujah supaya semua pihak jelas dengan isu berkenaan.
“Sekiranya Umno mahu dan ikhlas dalam memperjuangkan agama Islam, Dewan ulama Pas Kelantan sudi berdebat dan berhujah dengan mana-mana ulama parti itu, dan ditayangkan di media kerajaan agar rakyat mendapat penjelasan yang sewajarnya,” katanya. (IH/SH)

Ketua UMNO Pandan Rasuah RM193,512



KL: Ketua Umno Pandan, Abd Ghani Ismail dihukum penjara lapan tahun dan denda hampir RM1 juta oleh Mahkamah Sesyen hari ini selepas didapati bersalah terhadap 10 tuduhan menerima rasuah RM193,512 enam tahun lalu.

Hakim Rozilah Salleh membuat keputusan itu setelah berpuas hati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes terhadap Abd Ghani. Beliau juga mengarahkan hukuman penjara sembilan  tahun dan dua bulan terhadap Abd Ghani sekiranya dia gagal membayar denda RM977,560.

Abd Ghani, 46, yang ketika kejadian adalah seorang ahli Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) merangkap Ahli Jawatankuasa Tender MPAJ, didapati bersalah atas tuduhan memperoleh satu suapan daripada seorang kontraktor Abdul Rahman Yaacob sebanyak RM24,189. Abdul Rahman telah pun meninggal dunia.

Ia sebagai balasan menolong Abdul Rahman mendapatkan Tender Zon SP 23 iaitu kerja perkhidmatan kutipan sisa pepejal di Taman Lembah Maju dan Taman Kencana serta Tender Zon PB 16 iaitu kerja pembersihan kawasan di Pandan Cahaya daripada MPAJ.

Kesalahan itu dilakukan olehnya di Restoran Islah Tomyam, Jalan 5/76B, Desa Pandan disini,  pada 9 malam 4 Ogos 2006. Lelaki itu juga bersalah atas lapan lagi tuduhan menerima rasuah antara RM10,189 hingga RM24,189 yang kesemuanya melibatkan RM169,323 daripada Abdul Rahman. Suapan itu diberikan oleh Abdul Rahman kepadanya di hadapan Blok E 15, Jalan 4/76B, Desa Pandan di sini antara 20 Oktober 2006 hingga 31 Mac 2007.

Bagi pertuduhan ke-10, Abd Ghani  turut bersalah memperoleh suapan bagi dirinya iaitu pelantikan Syarikat Lembah Rimbun sebagai subkontraktor kepada syarikat Dwisakti Mewah Sdn Bhd yang mana dia mempunyai kepentingan dalam syarikat Lembah Rimbun. Suapan tersebut diberikan sebagai upah menolong syarikat Dwisakti Mewah mendapatkan Tender Zon SP 21 iaitu kerja pelupusan sisa pepejal di kawasan Bandar Pandan Indah daripada MPAJ.

Perbutan itu dilakukan olehnya di syarikat Lembah Rimbun, di No. 27, Jalan Pandan 7, Pandan Jaya pada 1 Mei 2006. Kesemua kesalahan yang dilakukan olehnya mengikut Seksyen 11 (a) dan Seksyen 10 (a)(aa) Akta Pencegahan Rasuah 1997 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 16 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan didenda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Roziza Sidek manakala Abd Ghani diwakili Peguam Md Yunos Shariff. (IH)

Tanah Runtuh B/Setiawangsa, Jalan Utama Ditutup

 Tanah runtuh di Bukit Setiawangsa menyebabkan jalan utama ditutup.

KL: Penduduk di Puncak Setiawangsa di sini cemas apabila benteng konkrit berdekatan rumah mereka tiba-tiba runtuh malam tadi. Menurut Penolong Pengerusi Persatuan Penduduk Puncak Setiawangsa, Fauziah Jamaludin, dianggarkan 20 banglo terdapat di kawasan puncak bukit itu dan difahamkan kurang daripada 10 terletak berhampiran tebing itu.

"Ini kejadian pertama sejak saya menetap di sini 16 tahun lepas,” katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Pasukan bomba dan polis dilihat berada di lokasi kejadian. Penduduk terlibat diminta mengosongkan kediaman masing-masing dan mengambil dokumen dan barangan penting selain mengalihkan kenderaan sebagai langkah berjaga-jaga. Sehingga berita ini ditulis malam tadi, pihak polis dan bomba belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kejadian itu.(IH)

Jom Lawat Rumah Adat Wae Rebo Flores, Indo..

Photo Bay in Flores - Pictures and Images of Flores
SETIAP kaum, suku dan adat istiadat pasti memiliki rumah tradisional masing masing. Jom kita melawat sebuah desa di Flores terdapat satu suku bernama Wae Rebo memiliki rumah adat dikatakan terunik se-Indonesia.
 

Suku ini terletak di desa Wae Rebo yang perlu ditempuh 4 jam perjalanan darat dari Ruteng dengan medan berkelok menuju Desa Dintor. Dari Dintor, jalan langsung menanjak. Melewati pematang sawah dan jalan setapak dari Sebu sampai Denge. Tidak sampai di situ, perjalanan masih berlanjut menuju Sungai Wae Lomba. Barulah setelah sungai itu, kita akan tiba di Desa Wae Rebo.


Di desa ini kita akan menemui kehidupan suku Wae Rebo yang masih sangat alami atau masih asli. Rumah adat milik suku Wae Rebo ini disebut Mbaru Niang. Rumah adat Mbaru Niang ini berbentuk kerucut dan memiliki 5 lantai. Setiap lantainya memiliki ruangan dengan fungsi yang berbeda beda.



Pada lantai pertama rumah ini yang disebut lutur, atau khemah akan di gunakan oleh pemilik rumah untuk melakukan aktifiti sehari-hari. Lantai kedua yang disebut lobo, adalah tempat menyimpan bahan makanan atau barang. Lantai ketiga yang disebut lentar, adalah tempat menyimpan benih tanaman hasil bercocok tanam.

Lantai empat, disebut lempa rae, adalah tempat menyimpan stok cadangan makanan yang berguna masa hasil tuaian tidak banyak. Sedangkan pada lantai kelima terdapat di puncak rumah digunakan untuk menyimpan aneka sesajian pemilik rumah.


Rumah adat Mbaru Niang ini jika dilihat sekilas maka akan mirip seperti rumah adat suku Dani di Papua. Namun, bentuk kerucut di Mbaru Niang lebih mendominasi bangunan dengan atap yang hampir menyentuh tanah. Atap yang digunakan rumah adat Mbaru Niang ini, guna daun lontar.

Jika kita kunjungi rumah adat ini maka si pemiliki rumah tidak akan ragu untuk mengajak kita masuk ke dalam rumahnya untuk melihat-lihat keunikan rumah adat suku mereka. (IH)

Friday, December 28, 2012

Demo Anti Rogol Di N/Delhi. Wanita Itu Bertudung..


Kecewa terhadap kinerja pemerintah dalam menangani kasus pemerkosaan yang semakin marak, ratusan warga padati New Delhi.
©Reuters/Ahmad Masood
Salah seorang wanita yang ikutserta bersama ratusan warga yang melakukan demontrasi di pusat kota New Delhi tengah berteriak sambil mengalungkan poster bertuliskan "Hapuss Komisioner Polis Delhi dan Sekarang Keadilan untuk Wanita," di New Delhi, India, Khamis (27/12). 
Wanita itu bertudung..
Ratusan demonstran kembali memenuhi pusat kota untuk meminta penjelasan terhadap kes rogol yang sering dilakukan oleh kelompok-kelompok tak bertanggung jawab. 

KECEWA terhadap pemerintah dalam menangani kes rogol yang semakin marak, ratusan warga India membantah, berhimpun di New Delhi.

Kecewa terhadap kinerja pemerintah dalam menangani kasus pemerkosaan yang semakin marak, ratusan warga padati New Delhi.
©Reuters/Ahmad Masood
Seorang wanita berdiri di tengah ratusan demonstran sambil mengalungkan sebuah poster yang berisikan tentang kekecewaan terhadap pemerintah dalam menangani kes pemerkosaan yang terus memakan korban di New Delhi, India, Khamis (27/12). 

Kecewa terhadap kinerja pemerintah dalam menangani kasus pemerkosaan yang semakin marak, ratusan warga padati New Delhi.
©Reuters/Ahmad Masood
Suasana penjagaan ketat yang dilakukan pihak polis India dalam mnangani masalah anti rogol tersebut.

Kecewa terhadap kinerja pemerintah dalam menangani kasus pemerkosaan yang semakin marak, ratusan warga padati New Delhi.
©Reuters/Ahmad Masood
Salah satu demonstran tengah berteriak marah di hadapan barisan penjagaan polis..
Kecewa terhadap kinerja pemerintah dalam menangani kasus pemerkosaan yang semakin marak, ratusan warga padati New Delhi.
Seorang polis memegang persenjataan lengkap saat demo anti-pemerkosaan berlangsung di New Delhi, India, Khamis (27/12) itu. Untuk mengantisipasi adanya kericuhan, semua polis memakai senjata lengkap dalam menghadapi demo yang beberapa hari terakhir terus memanas.
(IH)

Mereka Hina Agung, Nyalakan Api 13Mei?

 Kalebder ini hina hudud

KL: Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor mengecam dan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan tidak bertanggungjawab pihak tertentu yang cuba untuk mengelirukan orang bukan Islam terhadap agama Islam dengan pengeluaran dan penerbitan kalendar 2013 yang cukup jelas menghina agama Islam iaitu hukum hudud.

Ketuanya, Hasbullah Mohd Ridzwan berkata, penerbitan kalendar 2013 di dalam dwibahasa, Cina dan Inggeris, ini secara jelas sebagai satu mesej untuk menakut-nakutkan orang bukan Islam terhadap hukum hudud yang tidak ada kena mengena langsung dengan masyarakat bukan Islam.

“Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor merasakan tindakan biadap ini adalah suatu tindakan bacul dan pengecut pihak-pihak yang pastinya mempunyai akal fikiran yang tidak waras.
“Tindakan ini juga sebagai satu penghinaan dan pengkhianatan terhadap Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Agama Islam di dalam negara ini,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Justeru, kata beliau, pihaknya tidak menolak kemungkinan tindakan biadap itu ditaja oleh parti perkauman Cina terbesar di Malaysia yang juga merupakan sekutu rapat kepada kerajaan yang memerintah Malaysia ini kerana selama inipun presiden parti tersebut cukup kuat memusuhi agama Islam dan hukum Islam.

Menruutnya, cukup jelas tindakan itu juga merupakan tindakan terdesak puak tersebut untuk meraih simpati masyarakat bukan Islam yang telah menolak mereka di dalam pilihanraya umum lalu.

“Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor dengan ini mendesak pihak polis dan jabatan agama dapat mengambil tindakan segera untuk melakukan siasatan serta mengambil tindakan tegas terhadap pihak-pihak yang cuba untuk mencetuskan ketegangan antara kaum dan agama dengan isu ini,” ujarnya.

Tambahnya, Pemuda PAS Selangor turut mendesak dan menuntut supaya semua pihak yang bertanggungjawab di atas pembiayaan, penerbitan, pengeluaran dan pengedaran kalendar itu untuk tampil memohon maaf secara terbuka kerana menghina agama Islam dan menarik semula kalendar ini daripada pasaran. (IH)

Komen Weblg Ibnu Hasyim: Kalau begitu, ini adalah tindakan biadap menghina agama Islam dan sekali gus menghina Agung, ketua agama  negara ini. Apakah mereka cuba membakar dan menghidupkan kembali apai perkauman 13 Mei 1969? Na'auzubillah!

Demo: Sebat Isa Samad, Selamatkan FELDA

 
KEMASKINI
KUALA LUMPUR: 3.20 pm- Salahudin berucap sejurus selesai menyerahkan memorandum. Melahirkan kekecewaan kerana Isa takut untuk turun menerima sendiri memorandum tersebut.

"Kita datang dengan baik, tanpa provokasi. Kita kecewa kerana bukan Isa yang menerima memorandum hari ini," kata Salahudin.

Mazlan juga turut sekali lagi menyampaikan ucapan.

"Sepatutnya tidak ada masalah pada kita. Kita sudah hantar surat awal menyatakan hasrat kita untuk menyerahkan memorandum.
"Tetapi Isa takut, sehingga tidak sanggup menerima memorandum daripada kita," kata Mazlan.

Himpunan kemudiannya bersurai kira-kira jam 3.30 petang selepas bacaan doa oleh Ust Mohd Nor.

3.10 pm - Polis membenarkan beberapa pemimpin melepasi sekatan untuk menyerahkan memorandum.

Gambar: Beberapa pemimpin himpunan dibenar masuk menyerahan memorandum.

Kelihatan Salahudin bersama Mazlan Aliman masuk untuk menyerahkan memerandum tersebut. Bagaimanapun memorandum itu hanya diterima oleh pegawai Felda di luar pagar. Sebelum ini mereka menyatakan harapan agar Isa sendiri menerima memorandum tersebut.


2.40 pm - Lebih 2000 orang sudah memenuhi perkarangan luar pagar Ibu Pejabat Felda Jalan Semarak. Sambil membawa kain rentang bantahan terhadap Isa, mereka juga melaungkan 'Undur Isa'

Sementara menunggu kebenaran menyerahkan memorandum, beberapa pimpin turut berucap kepada para peserta yang hadir. Dr Hatta dengan berkerusi roda menyampaikan ucapan di hadapan Wisma Felda.


"Isa Samad pernah disabitkan dengan rasuh politik, tetapi beliau masih diberi memegang jawatan Pengerusi Felda.
"Pengerusi Felda adalah jawatan yang besar, perlu orang amanah dan bersih.
"Kita cintakan Felda. Kita mahu Felda menjadi milik peneroka sepenuhnya, tetapi sekarang menjadi milik korporat," kata Dr Hatta.


2.30 pm- Peserta himpunan kini tiba di Wisma Felda. Polis menghalang beberapa peserta yang cuba mendekati pintu pagar.

Penganjur kini sedang berbincang dengan pihak keselamatan bagi membenarkan beberapa wakil mereka masuk menyerahkan memorandum. 2.20 pm- Peserta himpunan kini sedang bergerak menuju ke ibu pejabat Felda. Kira-kira 100 orang penyokong pemuda yang dipercayai penyokong Umno dilihat berhimpun bagi menghalang perserta himpunan ke pejabat Felda. Polis juga membuat sekatan di hadapan pintu masuk ke pejabt Felda.

2.10 pm- Hampir 1000 orang sudah berada di perkarangan Masjid Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kuala Lumpur Jalan Semarak menyertai Himpunan Oren Selamatkan Felda 2.0 hari ini. Difahamkan mereka akan bergerak ke Ibu Pejabat Felda yang kira-kira 500 meter dari masjid tersebut sebentar lagi bagi menyerahkan memorandum kepada Pengerusi Felda Tan Tan Sri Isa Samad.

Di perkarangan masjid ketika ini sedang berlangsung ucapan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat. Antara pimpinan yang kelihatan setakat ini termasuklah Naib Presiden PAS Salahudin Ayub, AJK PAS Pusat Dr Hatta Ramli, Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Abd Rani Osman

Himpunan hari ini adalah anjuran Gerakan Selamatkan Felda (GSF) yang diketuai Pengerusi Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman. Kelihatan juga, patung berwajah mirip Isa turut diarak oleh peserta dengan di ikat pada kayu dan seorang peserta dilihat memegang rotan dengan gaya mahu memukul belakang patung tersebut.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails