Saturday, January 05, 2013

23 Cawangan UMNO, Demo Bantah Bahagian.

Maaf, ini gambar lain, hanya hiasan sahaja.

PENGKALAN CHEPA: Seramai 50 orang ahli Umno yang terdiri dari 23 cawangan berhimpun di hadapan balai ketibaan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra jam 8.00 pagi tadi sebagai membantah ketua Umno Pengkalan Chepa, Datuk Dali Hussin.

Perhimpunan itu untuk menyerahkan memorandum kepada Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, Datuk Seri Mustapha Mohamed. Bagaimanapun, memorandum itu hanya diserahkan kepada setiausaha politik Mustapha berikutan beliau dikatakan telah pulang ke Kelantan semalam.

Penyerahan itu dibuat di bilik vip, dalam keadaan setiausaha politik Datuk Mustapha yang baru dilantik itu enggan keluar. Bantahan itu kata mereka dibuat bukan hanya tindakan Dali yang tidak menjaga kebajikan penyokong dan pimpinan semua peringkat cawangan, sebaliknya tidak amanah.

Mengikut memorandum yang dikenali sebagai Memorandum Rakyat, Dali mengamalkan pemerintahan kroni, pengalaman yang lemah, rasuah dan lain-lain lagi. Bekas Setiausaha Umno Bahagian Pengkalan Chepa, Zulkifli Mat Hassan, ketika memberitahu media berkata bantahan itu dibuat berikutan tiada kepercayaan dikalangan ahli lagi terhadap Dali.

“Dalam Umno masih segar demokrasi, tetapi jika tidak amalkan demokrasi ianya tiada guna.
“Surat telah dihantar kepada presiden dan timbalan presiden parti, tetapi tiada sebarang tindakan,”ujarnya yang juga Ketua Umno Cawangan Lapang Terbang.

Selepas berdemo di lapangan terbang, pemimpin-pemimpin cawangan ini berarak dalam Parlimen Pengkalan Chepa termasuk di hadapan rumah Dali untuk menyatakan bantahan pada pemimpin Umno bahagian itu. Sepanduk seperti Kami Ketua-Ketua Umno Cawangan, mendesak Dali meletakkan jawatan’, SPRM tolong siasat, ‘Rakyat Dihimpit’ dan lain-lain lagi seperti Asal Bukan Dali turut diarak. (IH/Hrkh)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails