Saturday, June 19, 2021

‘Pasar raya pelacur’ di Pudu. Sembunyi atas tangki air, bawah tilam..

 

Lokasi tersebut sering diserbu polis namun wanita warga asing dan penjaga mereka menggunakan pelbagai helah untuk menawarkan perkhidmatan seks termasuk memberi alasan mereka tinggal di pangsapuri berkenaan. (Gambar Bernama) 

Polis serbu ‘pasar raya pelacur’ di Pudu, 12 wanita, 7 ‘ulat’ ditahan 

PETALING JAYA: Seramai 12 wanita warga asing disyaki pelacur dan tujuh lelaki terbabit dalam mencari pelanggan khidmat seks untuk wanita berkenaan ditahan polis dalam serbuan di sebuah pangsapuri di Jalan Pasar Pudu, petang semalam. 

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Nasri Mansor, berkata ketika serbuan 6 petang itu, pihaknya terpaksa memecah masuk empat unit kediaman selepas wanita asing terbabit menyedari kehadiran polis. 

Serbuan dilakukan Bahagian Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Jabatan Siasatan Jenayah, Kuala Lumpur, hasil maklumat berhubung aktiviti penawaran khidmat seks di lobi pangsapuri itu oleh beberapa lelaki atau “ulat” kepada aktiviti pelacuran di kawasan berkenaan. 

Nasri berkata, ketika serbuan terdapat beberapa wanita yang dipercayai terlibat dengan pelacuran keluar dan bersembunyi di luar tingkat kediaman bagi mengelak ditahan, selain ada yang bersembunyi atas tangki air dan ruang bawah tilam bersaiz besar. 

Menurut laporan Berita Harian, pelanggan perlu mendaftar bagi memilih wanita asing yang ingin dilanggan mereka di lobi pangsapuri itu. 

Kemudian, pelanggan akan memilih wanita yang diinginkan mereka berdasarkan harga ditawarkan “ulat” sebelum dibawa bertemu dengan wanita yang bersesuaian di unit kediaman di tingkat enam. 

Dalam serbuan itu, polis turut menahan tiga lelaki tempatan dan dua lelaki warga asing yang dipercayai pelanggan serta merampas 30 keping kondom. 

Difahamkan, lokasi tersebut sering diserbu polis namun wanita warga asing dan penjaga mereka menggunakan pelbagai helah untuk menawarkan perkhidmatan seks termasuk memberi alasan mereka tinggal di pangsapuri berkenaan. 

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 372 B Kanun Keseksaan, Seksyen 373 kanun sama, Akta Imigresen dan Peraturan 17 (1), Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempat-Tempat Jangkitan). at 6/19/2021 09:00:00 PTG (KERENGGA)

Ebrahim Raisi sah presiden baharu Iran

 

Presiden baharu Iran, Ebrahim Raisi, pada sidang media selepas kemenangannya diumumkan di Tehran. - Foto AFP

TEHRAN: Ulama ultra-konservatif Iran, Ebrahim Raisi hari ini disahkan memenangi memenangi pilihan raya presiden Iran selepas memperoleh 62 peratus undi.

Presiden Iran, Hassan Rouhani, semalam berkata penggantinya dipilih melalui proses yang terbuka, namun ramai yang sudah menjangkakan kemenangan Raisi, malah tiga lagi calon sudah mengakui kekalahan mereka.

Dua calon konservatif lain, iaitu Mohsen Rezai dan Amirhossein Ghazizadeh Hashemi selain satu-satunya calon reformis aitu bekas gabenor bank pusat, Abdolnasser Hemmati, turut mengucapkan tahniah kepada Raisi.

"Saya ucap tahniah kepada pengundi yang membuat pilihan," kata panyandang jawatan Presiden, Hassan Rouhani, yang menamatkan dua penggal, masing-masing selama empat tahun, Ogos ini.

Raisi, 60, mengambil alih pada waktu kritikal iaitu ketika Iran cuba merundingkan semula perjanjian nuklear dengan kuasa besar dunia, sekali gus menamatkan pelbagai sekatan terhadapnya yang dikenakan oleh Amerika Syarikat (AS).

Ketua badan kehakiman Iran itu juga dilihat amat rapat dengan pemimpin agung Iran, Ayatollah Ali Khamenei, 81, yang dilihat sebagai kuasa politik terunggul di Iran. - AFP

7 Keluarga tinggal bawah jambatan, kelalaian k'jaan mana?

 

Rina melawat keadaan keluarga Suria yang tinggal di bawah Jambatan Loke Yew sejak November 2019 - Foto NSTP/Hairul Anuar Rahim

Keluarga bekas tentera bawah jambatan dipindahkan ke flat

KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) memindahkan tujuh sekeluarga yang tinggal di bawah Jambatan Loke Yew ke rumah transit di Flat Seri Johor.

Menterinya, Datuk Seri Rina Harun, berkata keluarga itu dibawa menduduki rumah transit selama satu minggu sementara pihaknya berurusan dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) serta agensi kerajaan lain.

"Ia adalah bagi memberikan kediaman lebih baik dan di samping anak-anak diberikan bantuan kanak-kanak di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

"Melihat kepada keadaan rumah, saya tidak sangka ada yang hidup daif di bandar raya Kuala Lumpur dan ia bukan di pedalaman," katanya selepas mengadakan lawatan ihsan di tempat tinggal bekas askar, Suria Mohamad Hassan, 59.

Suria dan isteri, Azariyah Abd Aziz, 43, dan lima anaknya yang berusia tiga hingga 14 tahun menghuni 'rumah' usang sempit berdindingkan papan lapis dan tanpa bumbung di bawah jambatan terbabit kerana tidak mampu menyewa rumah yang lebih sempurna sejak November 2019.

Rina berkata, mereka yang menghuni rumah itu menggunakan dapur kayu tanpa bekalan elektrik.

Beliau menjelaskan, kerajaan tidak akan berkompromi dengan kebajikan kanak-kanak yang masih bersekolah.

"Jadi kita memberikan bantuan segera dan apabila membuat semakan, keluarga ini tidak mempunyai rekod JKM.

"Kita tidak mahu Suria dan isterinya berputus asa tetapi pada masa sama, kemiskinan ini tidak diwarisi, berharap masa anak-anak lebih cerah," katanya.

Dalam pada itu, Rina akan mengarahkan JKM menyalurkan bantuan dan sokongan psikologi kepada keluarga berkenaan.

Terdahulu, Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) juga dilaporkan akan memantau nasib pesara tentera dan memaklumkan, keluarga itu telahpun disantuni oleh JHEV ATM dan Baitulmal Wilayah Persekutuan minggu lalu. (BH)

Komen Weblog Ibnu Hasyim7 Keluarga tinggal bawah jambatan, akibat kelalaian kerajaan mana yang tidak prihatin rakyat?

Sentimen dan fitnah jadi mainan PH, mahu berkuasa kembali..

 

TIBA-tiba sahaja Pakatan Harapan (PH) bagaikan jadi champion kepada rakyat seolah-olah selama ini mereka amat cakna dengan kepentingan rakyat.

Hinggakan sengaja dipadam kebejatan 22 bulan kesengsaraan yang mereka hidangkan buat rakyat ketika mereka memerintah.

Rakyat hanya dapat ‘RM30’ e-wallet sedangkan yang dikikis dari poket rakyat itu lebih banyak dan rakyat diminta berkorban bersama bina semula negara, dalam masa yang sama kroni PH meratah kesenangan dan dapat dilihat beberapa kes yang dikaitkan dengan kroni mereka sedangkan hanya 22 bulan sahaja memerintah.

Mereka mendakwa kononnya mereka mewakili suara rakyat yang terkesan dengan pandemik Covid-19.

Benar ketika ini rakyat amat terkesan dengan pandemik Covid-19 apatah lagi dengan situasi kritikal negara berdepan dengan pandemik ini.

Ketika ini negara berada pada fasa berperang dengan penularan Covid-19 yang meningkat mendadak berbanding ketika Covid-19 mula-mula melanda negara tahun lepas.

Pun begitu di celah-celah perang melawan pandemik Covid-19, PH dan sekutunya dilihat sengaja menangguk di air yang keruh dengan semua isu dan tindakan kerajaan dipersoalkan, malah sengaja mahu menghilangkan dalam pemikiran rakyat bahawa kerajaan sedang berusaha mengatasi penularan Covid-19 dan mempertingkatkan program vaksinasi menyeluruh yang kini mencapai lebih 200,000 suntikan sehari.

Pun begitu minda rakyat cuba dimomokkan dengan pelbagai tuduhan khasnya melalui tentera media sosial mereka iaitu RBA yang amat terkenal dengan mengalih isu dan membuat serangan fitnah tanpa memikirkan pahala dan dosa.

Apakah rakyat dan warga netizen sudah lupa sepanjang 22 bulan PH menerajui kerajaan, mereka melazimi kehendak pihak-pihak yang ternyata menolak Perlembagaan Persekutuan khususnya dalam perkara kedudukan Istimewa Raja-raja Melayu, Hak Melayu dan bumiputera, Islam sebagai agama rasmi negara.

Lebih memeritkan ketika mereka memerintah rakyat dijadikan umpama ‘hamba’ di bumi sendiri dengan dasar yang banyak ditentukan selera dan haluannya oleh abang long DAP yang amat membuat rakyat berang.

Doktrin anti Islam dan suara menghina Raja-Raja Melayu seolah-olah sengaja dibiarkan berlaku ketika zaman mereka memerintah.

Pun begitu ketika ini mereka seolah-olah cuba mengalih beban itu kepada kerajaan PN dengan serangan demi serangan bermula sejak mereka jatuh walaupun umum tahu mereka jatuh angkara perbuatan mereka sendiri tatkala perbalahan dalaman PH gagal mereka uruskan.

Ketika ini PH mencanang kononnya kerajaan ini gagal dan lemah walaupun dalam keadaan seluruh tenaga kerajaan ditumpukan kepada perang melawan pandemik Covid-19 dan membina semula ekonomi akibat Covid-19.

Dalam masa yang sama rakyat khasnya warga netizen amat mudah terpengaruh dengan pelbagai tuduhan yang sebenarnya direkayasa (fitnah) demi menghalalkan hasrat PH mahu berkuasa kembali.

Pesan orang tua-tua, usah biar diri kita dipatuk ular di lubang yang sama kali kedua apatah lagi lubang itu miliki ular berbisa yang hanya mahu mengambil kesempatan…Renungkan bersama… – HARAKAHDAILY 19/6/2021

Pengetua paksa pelajar onani..

 

Ustaz Syukron (Foto: Jeka Kampai/detikcom)

Indokini: Pengetua paksa pelajar onani.

Padang Panjang - Saya tidak dapat memahami apa yang ada di fikiran Ustaz Syukron untuk memaksa pelajarnya di Sekolah Rendah Islam Bersepadu Al-Hijrah Silaing Bawah, Kota Padang Panjang, Sumatera Barat (Sumatera Barat) untuk melakukan seks oral dan melancap. 

Ustaz Syukron mengaku dia melakukan kesalahan kerana tergoda dengan bisikan syaitan. Ramai yang menuduh Ustaz Syukron bersikap gay kerana semua mangsa adalah lelaki. Namun, dia menafikan bahawa dia gay.

"Saya sama sekali tidak seperti orang (gay). Saya berani mengatakan bahawa saya bukan gay. Saya tidak homoseksual, kerana saya mempunyai isteri dan mempunyai anak. Dan saya minta maaf, ini adalah kesilapan saya semata-mata , "kata Syukron dalam perbualan dengan wartawan di Mapolres Padang Panjang, Rabu (17/6/2021) malam.

Foto: Polis tangkap ustaz diduga gay di Sumbar (Jeka/detikcom)

Ustaz gay (?)di Sumbar diperiksa polis (Foto: Jeka Kampai/detikcom)

Dia juga menafikan bahawa dia terlibat dalam rangkaian ulama gay. Dia mengaku bahawa dia telah melakukan kesalahan murni kerana dia tergoda oleh syaitan.

"Saya sedar bahawa dalam kes ini saya melakukan kesalahan dan saya tidak menyangka ia akan sampai ke tahap itu. Ya, syaitan masih mengganggu kita, betul. Kerana saya juga seorang pendakwah, saya baru sedar. Sebenarnya, Saya menyedarinya sejak awal dan saya menyesal sejak awal. Tingkah laku itu adalah tingkah laku yang salah. Tetapi syaitan, seperti kita dai, mungkin lebih menggoda kita. Itulah sebab di sebalik itu, "tambahnya.

Ustaz Syukron mengatakan keluarganya sangat kecewa dengannya. Walaupun dia dijerat oleh undang-undang, Ustaz Syukron mengatakan isteri dan anak-anaknya masih setia menyokongnya.

Ustaz Syukron Minta Maaf kepada Ibu Bapa Pelajar Atau semua mangsa dan keluarga mereka. Dia berpendapat bahawa dia telah melakukan kesalahan dalam melakukan perbuatan keji ini.

"Saya sendiri, melalui keluarga saya, berusaha menyampaikan permintaan maaf kepada keluarga mangsa. Saya harap keluarga mangsa dapat memaafkan saya, dunia dan akhirat," kata Syukron.

Dipecat dari sekolah. Yayasan itu memecat Ustaz Syukron dari jawatan guru dan pengetua di Sekolah Rendah Islam Bersepadu Al-Hijrah. 

"Dia adalah bekas pengetua sekolah. Sekarang dia dipecat. Dengan tidak hormat diberhentikan. Kami dan yayasan telah memberikan surat peringatan satu dan dua hingga SP 3," kata ketua baru Sekolah Menengah IT Al-Hijrah, Imaamul Muttaqiin, kepada pemberita.

Pembalakan ketika ini daripada kerajaan sebelumnya

 

ALOR SETAR: Aktiviti pembalakan yang berlaku di negeri Kedah sekarang adalah daripada kelulusan pentadbiran kerajaan sebelum ini, demikian kata Setiausaha Akhbar Menteri Besar, Muhamad Mat Yakim.

Menurutnya, sejak mengambil alih pentadbiran bermula 17 Mei tahun lalu, tidak ada satu pun kelulusan kawasan membalak yang baharu dikeluarkan oleh kerajaan pimpinan Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor.

“Apa yang dilihat sekarang sama ada kawasan balak ditebang atau lori-lori mengangkut balak di jalan raya, itu adalah ‘warisan’ daripada pentadbiran sebelum ini,” tulisnya dalam satu muat naik di media sosial peribadinya.

Beliau menjawab persoalan dibangkitkan oleh netizen mengenai kesahihan kenyataan bahawa kerajaan pimpinan Muhammad Sanusi belum pernah memberikan kelulusan pembalakan di mana-mana kawasan di negeri ini.

Ini berikutan tularnya foto papan tanda operasi balak memaparkan tarikh lesen 1 Jun 2020 di suatu kawasan di Sik, baru-baru ini.

Menjawab persoalan itu Muhamad berkata, netizen mungkin keliru atau tidak memahami proses kelulusan dalam pengeluaran balak. 

“Kelulusan yang pertama ialah kelulusan kawasan. Ini yang dimaksudkan dalam kenyataan Menteri Besar bahawa sejak petadbiran kerajaan berubah tampuk, tidak ada kelulusan kawasan baharu dikeluarkan atau diberikan kepada mana-mana pihak.

“Kelulusan yang kedua ialah lesen membalak atau dipanggil juga lesen tebangan. Lesen tebangan diberikan kepada operator pembalakan yang telahpun memiliki kawasan yang diluluskan untuk mereka membalak,” jelasnya.

Menurut Muhamad, kelulusan membalak atau lesen tebangan memang ada dikeluarkan oleh kerajaan negeri hari ini di kawasan yang telah diluluskan oleh kerajaan sebelum ini.

“Jika ada foto yang memaparkan tarikh lesen selepas 17 Mei 2020, itu adalah lesen untuk membalak atau menebang pokok, bukan kelulusan kawasan balak,” ujarnya.

Menjelaskan lebih lanjut, Muhamad berkata kerajaan tidak boleh tidak meluluskan pembalakan atau tebangan pokok di kawasan yang telahpun diberikan kelulusan kerana ini boleh mengundang implikasi undang-undang.

“Apabila sesuatu kawasan balak diberikan kelulusan, pihak yang mendapat konsesi itu akan memulakan proses dan mengeluarkan kos seperti pembayaran premium kepada kerajaan, penandaan pokok dan sempadan serta beberapa proses lain yang berkaitan.

“Dengan itu, apabila mereka memohon kelulusan untuk membalak dan katakanlah kerajaan atas alasan yang tertentu, tidak memberikan kebenaran, kerajaan boleh dikenakan tindakan undang-undang,” katanya.

Dari segi jangka masa, Muhamad berkata, tempoh selama 18 tahun diperlukan untuk menghabiskan penebangan balak di kawasan-kawasan yang telah diluluskan bawah pentadbiran sebelum ini di seluruh Kedah.

“Ia membabitkan kawasan seluas 75,867 hektar. Mengikut peraturan catuan, penebangan balak di Kedah dihadkan pada 4,200 hektar sahaja dalam setahun. 

“Jadi Kerajaan Negeri sekarang hanya boleh memproses kelulusan tebangan untuk kawasan yang sudah diluluskan sahaja. Kalau ada kawasan baharu diluluskan, terpaksa tunggu 19 tahun lagi baru boleh tebang balak di kawasan itu,” ujarnya.

Muhamad mengingatkan orang ramai supaya tidak terpedaya dengan tohmahan sesetengah pihak menuduh Menteri Besar tidak bercakap benar mengenai pemberian kelulusan membalak di negeri ini.

“Sama ada mereka yang tidak tahu fakta sebenar ataupun buat-buat tidak tahu untuk memfitnah Menteri Besar, itu hanya mereka sendiri yang tahu,” katanya. – HARAKAHDAILY 17/6/2021

KPPK rintis program vaksinasi barisan hadapan ekonomi

 

KUALA LUMPUR: Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) mendukung usaha yang dilaksanakan oleh kerajaan dalam mempercepatkan pelaksanaan vaksinasi termasuk kepada kumpulan barisan hadapan ekonomi di pelbagai sektor, kata Menterinya, Dato’ Dr Mohd. Khairuddin Aman Razali.

Ini, ujarnya bagi memastikan sasaran imuniti kelompok dapat dicapai sebelum akhir tahun ini seperti yang dirancang melalui Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin selari dengan hasrat yang dizahirkan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“Dalam usaha ini, KPPK akan melaksanakan projek rintis bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang akan memberi fokus kepada sektor perladangan sawit sebagai permulaan,” ujarnya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, cadangan pelaksanaan projek rintis itu akan diadakan di Selangor, dengan anggaran pekerja seramai 5,000 orang dan telah pun mendapat sokongan penuh Pasukan Petugas Khas Imunisasi Covid-19 (CITF).

Tambahanya, tindakan selanjutnya sedang diperincikan bersama CITF untuk dilaksanakan dalam tempoh terdekat.

Menurutnya lagi, melalui program vaksinasi di bawah projek rintis itu, bekalan serta penghantaran vaksin akan diberikan secara percuma oleh Kerajaan.

Namun, jelasnya pihak syarikat masih perlu membiayai sendiri kos lain yang terlibat seperti penyediaan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) mengikut spesifikasi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), peralatan perubatan (mengikut standard KKM), kos pemvaksin, doktor/jururawat serta bayaran elaun kepada petugas sukarelawan dan anggota keselamatan.

Katanya, penyertaan pihak industri dalam program itu adalah secara sukarela bagi mendapatkan vaksin untuk para pekerja di sektor perladangan dan agrikomoditi secara berkumpulan.

“Dalam hal ini, KPPK mengalu-alukan penglibatan dan kerjasama pihak industri serta persatuan dalam membantu Kerajaan melalui Kementerian bagi menjayakan program vaksinasi yang bakal dilaksanakan kelak,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus.

Beliau berkata, KPPK akan memaklumkan dari semasa ke semasa berhubung pelaksanaan program itu melalui siaran media dan juga laman web kementerian di www.mpic.gov.my.

“Kementerian berharap melalui program dengan kerjasama pihak swasta ini, sasaran imuniti kelompok PPN dapat dicapai dengan lebih cepat,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 18/6/2021

Friday, June 18, 2021

Saman ke atas Dr Kamarul ditolak. Tamparan hebat buat DAP..

 

Saman Steven Sim ke atas Dr Kamarul ditolak.

KUALA LUMPUR: Saman Ahli Parlimen DAP Bukit Mertajam, Steven Sim terhadap Pensyarah Kanan UUM, Dr Kamarul Zaman Yusoff menerima tamparan apabila writ saman beliau yang difailkan pada 19 Mei lalu ditolak oleh Pendaftar Mahkamah Tinggi Georgetown, Umma Devi Loganathan, hari ini.

Mendedahkan perkara ini, peguambela Dr Kamarul, Harris Mohan Abdullah menyatakan, beliau membuat bantahan ke atas writ saman yang difailkan oleh peguambela Steven Sim, R Nethaji Rayer, dalam pengurusan kes berkenaan kerana mendapati ia mengalami kecacatan, pagi ini.

“Dalam pengurusan kes pagi ini, Pendaftar Mahkamah Tinggi Georgetown bersetuju dengan bantahan saya bahawa writ itu cacat kerana salah kod menyebabkan Steven Sim, yang diperintahkan membayar kos kepada Dr Kamarul, menarik balik writ itu dengan kebebasan untuk memfailkannya semula pada masa depan. Selainnya Writ tersebut juga tidak ada teste.

“Saya tidak faham bagaimana seorang peguam seperti Rayer yang juga adalah Ahli Parlimen DAP Jelutong boleh membuat kecacatan begitu, dan ini adalah satu kemenangan moral kepada Dr Kamarul di dalam meneruskan saman kepada pihak-pihak yang memfitnah beliau,” kata Harris.

Pada 20 April lalu Steven Sim mengumumkan dalam Facebook beliau bahawa telah mengarahkan peguam beliau untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Dr Kamarul setelah amat terkesan dengan fitnah dan tohmahan yang didakwa merosakkan nama beliau sebagai seorang Ahli Parlimen.

Dalam writ yang dikemukakan kepada Dr Kamarul pada 19 Mei lalu, Steven Sim menyebut Dr Kamarul telah membuat fitnah kepada beliau dan parti beliau, DAP, antara lainnya kerana menyebut Steven Sim adalah seorang ‘Evangelis Kristian’.

Juga penyataan bahawa orang-orang beragama Islam perlu sangat berhati-hati dan was-was apabila menerima apa-apa bantuan kewangan ataupun bantuan kebajikan daripada Steven Sim, serta DAP boleh mengancam dan memudaratkan keutamaan dan kepentingan agama Islam sebagai agama rasmi negara Malaysia.

Malah, DAP juga dinyatakan dengan sengaja mencari publisiti untuk kerja-kerja amal dan kerja-kerja kebajikan yang dibuat oleh wakil rakyat-wakil rakyatnya.

Sebelumnya, Dr Kamarul juga telah menyaman Steven Sim kerana telah membuat fitnah kepada beliau, antara lainnya kerana menyebut Dr Kamarul menyatakan motosikal yang diberi kepada penerima bantuan motosikal tidak wujud.

Dr Kamarul juga dikatakan menyatakan kedai menjual motosikal tidak boleh dikesan serta didakwa mengganggu penerima bantuan motosikal dan keluarganya.

Dr Kamarul turut dinyatakan melakukan perbuatan yang melampau dengan menawarkan RM2000 ke atas kepala penerima bantuan semata-mata untuk menyerang Steven Sim.

Ketika dihubungi, Dr Kamarul mengesahkan perkara itu tetapi tidak mahu mengulas lanjut mengenainya kerana beranggapan perkara-perkara teknikal ini bukanlah perkara besar yang perlu diajukan isu.

“Saya sedar beberapa pihak yang saya saman sering menghebahkan kononnya saya kalah kes dan terpaksa membayar kos kepada mereka sedangkan ia hanyalah merujuk kepada bantahan awal pada peringkat pengurusan kes sahaja.

“Sebenarnya beberapa pihak yang saya saman juga turut terpaksa membayar kos kepada saya bila bantahan awal mereka ditolak oleh mahkamah tetapi saya tidak mahu membesar-besarkan hal ini kerana ia hanyalah perkara teknikal.

“Saya yakin dengan kemampuan peguambela saya di dalam kes ini, Harris Mohan Abdullah, untuk mengendalikan kes ini jika dan bila ia difailkan semula, begitu juga dengan peguambela saya di dalam kes-kes lain, Faidhur Rahman Abdul Hadi,” jelas Dr Kamarul.

Dr Kamarul sebelum ini mendapat perhatian ramai kerana keberanian beliau mengemukakan saman fitnah kepada ramai pemimpin DAP dan PAN, termasuk lapan Ahli Parlimen DAP. 

Mereka ialah Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Chong Chieng Jen, Steven Sim, Teresa Kok, Hannah Yeoh, Lim Lip Eng dan Wong Kah Woh, serta dua Ahli Parlimen PAN, iaitu Khalid Samad dan Hanipa Maidin. – HARAKAHDAILY 18/6/2021

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Saman Steven Sim ke atas Dr Kamarul ditolak. Ini, suatu tamparan hebat buat DAP.. Tanda kehancuran DAP dalam PRU 15 jelas terbayang.

Great Information? Wanita Iban tak pakai baju.. IH mohon maaf.

 

CATATAN PERJALANAN: Kalimantan siri 21

MERUJUK kepada entri di dalam weblog ini di http://www.ibnuhasyim.com/

2012/03/ni-wanita-iban-
masakini-pun-tak-pakai.html (catatan perjalanan Kalimantan siri 8) pendedahan wanita-wanita Iban tidak pakai baju, di mana mendapat 78 komen yang pro dan kotra..

Maka pihak kami weblog Ibnu Hasyim membuat kesimpulan..

Satu: Ingin memohon maaf kepada kaum Iban di Serawak kerana pihak kami menyiarkan gambar wanita-wanita Iban tidak berbaju, walaupun asalnya gambar-gambar tersebut adalah dari poskad-poskad dijual di Serawak sekitar tahun 60an, dengan sedikit ulasan dan tulisan diangkat dari blogger lain (Utuh Paloi Banjar Blog ..) yang bukan dari weblog ini.

Dua: Pihak kami juga mengucapkan terima kasih kepada pengomen-pengomen artikel tersebut yang tidakpun kami tapis lebih dahulu sebelum dipamerkan, di mana banyak nasihat-nasihat dan pandangan berguna yang boleh dimanfaatkan.

Tiga: Kami sedia menarik balik gambar-gambar dan tulisan-tulisan dalam entri tersebut, kecuali komen-komen. Dan pihak kami sedia menerima komen selanjutnya jika ada, dari pihak tuan.

Empat: Pihak kami mengucap syukur kepada Allah SWT kerana masyarakat Iban Serawak sekarang begitu berbeda dengan sebelum ini. Kalau di tahun 60an dulu gambar-gambar begitu di'komersial'kan (dijual dalam bentuk poskad), tetapi sekarang tidak lagi. Bahkan gambar-gambar begitu dianggap lucah dan maruah yang perlu dipertahankan. Syabas sahabatku orang-orang Iban! Tahniah dan Al-hamdulillah.

Lima: Cuma yang pihak kami sedih, bahawa kerajaan Malaysia sendiri tidak menghormati batas-batas dan aksi lucah begini. Selepas merdeka makin bertambah-tambah gambar-gambar begini, bahkan lebih teruk lagi. Bersepah-sepah dalam media yang dikuasai mereka, bukan saja surat khabar, majalah, radio tv, video, bahkan kuncu-kuncunya mencipta video seks khas untuk burukkan lawan.

Enam: Dalam kes-kes begini, kita tidak mengira bangsa, Iban atau Melayu, agama Islam atau Kristian, Malaysia Timur atau Barat, yang penting maruah dan tarbiah moral perlu dipelihara dan dipertahankan. Setakat ini di internet sendiri, kita boleh lihat gambar anak remaja kita, pelajar-pelajar kita melaksanakan perlakuan najis zina. Apakah kerajaan kita yang berdaulat ini tidak berkuasa membendungnya?

Tujuh: Bahkan siaran-siaran tv di Malaysia sendiri terlibat dalam mempamerkan filem, tarian, dan nyanyian separuh bogel yang lebih teruk dari gambar yang dipamerkan dalam wedblog ini. Sedangkan yang dibantah di weblog ini adalah gambar gadis-gadis Iban, berkelakuan sopan tetapi hanya tidak menutup aurat.

Lapan: Sepatutnya pengkritik weblog ini (mengenai perkara di atas) lebih perlu menghalakan kritik mereka berlipat ganda lagi kepada kerajaan Malaysia sendiri, yang mengabaikan aspek-aspek lucah tersebut.

Sekian, harap maklum. Terima ksaih.

Ibnu Hasyim
alamat: ibnuhasyim@gmail.com
 24 Aril 2012
KL M'sia Barat.

Tambahan: Komen dari blog-blog lain..
paren nyawi's blog
Wednesday, March 7, 2012
Sebuah Entri dari  Ibnu Hasyim's Blog  (dipost semalam 6hb March 2012) yang bertajuk Ni Wanita Iban Masakini pun tak pakai baju(CLICK ...) yg keterlaluan & menghina Wanita Sarawak .
 Petikan dari www.ibnuhasyim.com(Click SINI)
"Koleksi gambar-gambar di bawah diimbas dari poskad yang banyak dijual di Sarawak tahun 60an. Siapa yang tak pernah membeli poskad sedemikian bila berkunjung ke Sarawak, entahlah…rasanya lebai yang berjubah dan bersarban pun terliur.Kepada kaum asli Sarawak zaman itu, ‘topless’ adalah budaya mereka."
Inilah realitinya, semoga budaya seperti ini tidak berlaku lagi di Malaysia, yang 'Agama bagi Persekutuan'nya, adalah Islam. Kalau masih berlaku, fikir-fikirlah untuk menyelesaikannya. Bila bala Allah SWT datang, disapu semuanya termasuk ulama, kerana perangai 'syaitan bisu'nya. 









Memang tidak dinafikan POSKAD sedemikian di jual pada sekitar 1960an-1970an  semasa Sarawak baru menyertai MALAYSIA..& tetapi telah di "HARAMKAN" oleh SERAKUP INDU DAYAK SARAWAK ..seperti di dalam UCAPAN DATO' SRI EMPIANG JABU semasa DINNER SIDS(Serakup Indu Dayak Sarawak) Cawangan Miri di MEGA HOTEL MIRI(13 Aug 2011)..

UCAPAN  berkenaan MARUAH WANITA DAYAK dariDATO' SRI EMPIANG JABU semasa DINNER SIDS(Serakup Indu Dayak Sarawak) Cawangan Miri di MEGA HOTEL MIRI(13 Aug 2011). 
Seperti dalam kenyataan dari..
Petikan dari www.ibnuhasyim.com"Tujuan mengupload gambar semata-mata untuk memberitahu generasi hari ini tentang budaya kaum asli Sarawak setengah abad yang lalu." 
Berdasarkan ayat di atas ternyata memang jelas tujuan si Ibnu Hasyim yang sengaja "menghina" orang Dayak..kalau setakat MengUPLOAD sahaja..memang tidaklah menjadi masalah sebab kenyataan dan cerita-cerita yang belum tau lagi kebenaran nya...& mengatakan Wanita
"Masa Kini " seperti yang dimaksudkan Ibnu Hasyim telah berlalu 50 TAHUN (1960an).....dan Dayak adalah bukan Masyarakat yang tak bertamadun & masih "TOPLESS" pada ABAD ini.........& Perempuan Dayak ada Pua kumbu,Marek Empang & Rawai utk menutup semua tu...

Begini tulisan sebelumnya...

Tuesday, March 06, 2012

Ni, Wanita Iban Masakini Pun Tak Pakai Baju

Entri ini telah dibuang. Sila lihat I/Hasyim Mohon Maaf Terbuka Kpd Kaum Iban S'wak
CATATAN PERJALANAN: Kalimantan siri 8
SEBELUM melanjutkan catatan perjalanan lagi, saya masukkan gambar ini sebagai selingan. Lihat tulisan yang diangkat dari Utuh Paloi Banjar Blog .. {.....
...}
Tulisan dan gambar ini diangkat dari Utuh Paloi Banjar Blog .. Inilah realitinya, semoga budaya seperti ini tidak berlaku lagi di Malaysia, yang 'Agama bagi Persekutuan'nya, adalah Islam. Kalau masih berlaku, fikir-fikirlah untuk menyelesaikannya. Bila bala Allah SWT datang, disapu semuanya termasuk ulama, kerana perangai 'syaitan bisu'nya.
Bersambung, insya Allah.
Ibnu Hasyim
alamat: ibnuhasyim@gmail.com

26 Feb 2012
Pontianak, Ind.

Rujukan:
1. Tulisan di atas ini mempunyai 97 comments: Ni, Wanita Iban Masakini Pun Tak Pakai Baju - Ibnu Hasyim.

2. Tulisan 'I/Hasyim Mohon Maaf Terbuka Kpd Kaum Iban S'wak' mempunyai 17 comment. Komen terakhir berbunyi ...
Contact Policy said...

Great Information.

Sekian.
Lihat catatan sebelum ini...
E-Buku IH-51: Perjalanan Ke Kalimantan
E-Buku IH-51: Perjalanan Ke Kalimantan

PH era jaja hutang. PN prihatin rakyat, atasi hutang. Persetan PH!

 

Era PH sibuk isu hutang, PN korban demi rakyat

SEJAK Perikatan Nasional (PN) menguasai Putrajaya pada awal Mac 2020 pelbagai usaha dilaksanakan bagi membantu rakyat. Ia tidak mampu dinafikan lagi.

Tanya makcik Kiah yang menerima lebih RM1,000 tahun lepas. Boleh juga tanya Ah Kau dan Ramasamy atau Siam anak Jati di pedalaman Gua Musang.

Penularan pandemik Covid-19 menjadi cabaran begitu hebat. Berdepan krisis kesihatan menular kepada penutupan banyak sektor ekonomi tidak pernah berlaku dalam sejarah moden sejak merdeka.

Malah ramai menyifatkan negara agak bernasib baik kerana kerajaan pusat cepat bertukar tangan. Sedangkan sepanjang pentadbiran Pakatan Harapan (PH) rakyat setiap hari disaji dengan isu hutang negara berlonggok.

Menteri Kewangan ketika itu Lim Guan Eng memberitahu hutang 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) berjumlah RM50.5 bilion. Ia hanya boleh dilangsaikan sepenuhnya pada tahun 2039.

Pemimpin PH asyik menjaja hutang bertimbun. Antaranya jumlah hutang luar negeri sebanyak RM931.1 bilion pada akhir Jun 2019.

Kata Guan Eng daripada tersebut hanya RM190.0 bilion hutang langsung kerajaan. Dan sehingga akhir Jun 2019 hutang langsung meningkat sebanyak RM94.1 bilion sejak PH membentuk kerajaan.

Sepanjang tempoh 22 bulan di bawah PH, rakyat saban ketika disaji dengan jumlah hutang dan kerajaan tiada wang. Cuma kerajaan PH bernasib baik ketika itu pandemik Covid-19 belum lagi menular.

Malah pada detik akhir usia kerajaan PH sebanyak RM20 bilion diumumkan sebagai pakej bagi menghadapi wabak.

Jumlah itu jauh berbeza dengan peruntukan RM250 bilion untuk menangani impak Covid-19 disediakan kerajaan PN. Pak Mat di kampung pun boleh menghitung.

Daripada jumlah itu RM128 bilion untuk kebajikan rakyat. Selain itu RM100 bilion bagi menyokong perniagaan dan RM2 bilion memperkukuhkan ekonomi negara.

Malangnya pemimpin PH tetap sinis terhadap kesungguhan kerajaan PN.

Melalui kenyataan bersama Presiden PKR Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden Amanah Mohamad Sabu menganggap pakej kerajaan PN hanya dapat membantu rakyat selama dua bulan.

“Pakej ini dilihat dapat bertahan dalam tempoh 2 bulan. Namun begitu, ia tidak memberi banyak impak melangkaui tempoh 2 bulan,” kata pemimpin PH terbabit.

Persoalannya bagaimana pula dengan pakej RM20 bilion. Boleh bertahan berapa hari. Maka ramai menganggap pakej rangsangan ekonomi Prihatin Rakyat lebih 10 kali ganda daripada pakej PH.

Oleh itu bagi mengamati kembali kesungguhan kerajaan PN bagi membantu rakyat, elok kita berkongsi dengan pelbagai insentif diperkenalkan kerajaan sebelum ini.

27 Mac 2020

Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) – RM250 bilion.

RM128 bilion – kebajikan rakyat
RM100 bilion – menyokong perniagaan termasuk PKS
RM2 bilion – perkukuh ekonomi negara
RM500 juta – Kementerian Kesihatan Malaysia
RM1 bilion – Beli peralatan dan perkhidmatan memerangi Covid-19

Manfaat rakyat

RM3.2 bilion – Bantuan Sara Hidup (BSH)
RM1,600 – 4 juta isi rumah pendapatan bulanan bawah RM4,000
RM1,000 – 1.1 juta isi rumah pendapatan lebih RM4,000
RM800 – 3 juta individu bujang pendapatan bulanan bawah RM2,000
RM500 – 400,000 individu bujang pendapatan bulanan lebih RM2,000

Jun 2020

Kerajaan melancar pula Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) untuk tempoh Jun hingga Disember 2020.

Pelan itu merangkumi 40 inisiatif bernilai RM35 bilion dengan tema ‘Bersama Menjana Ekonomi’ bermatlamat memperkasakan rakyat, melonjakkan perniagaan dan merangsang ekonomi.

Ia meliputi RM13.2 bilion memperkasakan rakyat; RM14.8 bilion melonjakkan perniagaan dan RM7.1 bilion merangsang ekonomi.

Daripada jumlah keseluruhan peruntukan itu sebanyak RM10 bilion adalah suntikan fiskal langsung kerajaan, manakala yang lain insentif cukai, sumber sedia ada dan sumber lain.

Januari 2021

Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI 2021) bernilai RM15 bilion.

RM500 – one-off semua petugas barisan hadapan kesihatan.
RM300 – bantuan petugas barisan hadapan lain.
RM150 juta bayaran 3,500 petugas kesihatan.
RM100 juta kerjasama hospital swasta tangani kesihatan awam.
Moratorium – pengurangan ansuran pinjaman ditawarkan bank.

RM24 bilion – Program iSinar dimanfaat 3 juta pemohon.

RM100 – Program Bakul Makanan setiap keluarga.

RM500 kepada setiap pemandu pelancong, pemandu teksi, pemandu bas sekolah, bas persiaran, kereta sewa dan e-hailing.

RM1 bilion – Subsidi Upah 3.0 manfaatkan 250,000 majikan (2.6 juta pekerja).

RM200 juta bagi membantu mangsa banjir.

Bantuan Prihatian Nasional (BPN 2.0)

Bayaran BPN 2.0 pertama Oktober 2020 dan Januari 2021
RM1000 – untuk B40
RM500 – B40 bujang
RM600 – M40
RM300 – M40 bujang

Insentif petani dan nelayan 2021

RM1.57 bilion – bantuan, insentif dan subsidi kepada petani, pesawah, nelayan serta penternak.

RM960 juta – subsidi dan insentif tanaman padi
RM40 juta – Skim Subsidi Baja dan Racun Padi Bukit/Huma
RM570 juta – Subsidi Harga Padi

Februari 2021

Elaun Sara Hidup Nelayan

Belanjawan 2021 peruntuk sebanyak RM151 juta.
Dinaikkan daripada RM250 kepada RM300 sebulan.
Manfaat kepada 35,000 nelayan.

Insentif Pengeluaran Getah (IPG)

RM300 juta – Belanjawan 2021
RM150 juta – Belanjawan 2020
Manfaat keapda 450,000 pekebun kecil getah

Jun 2021

Kerajaan meluluskan RM1.215 bilion di bawah Program Subsidi Upah (PSU) 2.0. Ia sebagai manfaat kepada 645,522 pekerja.

Bagi Program Insentif Pengambilan Pekerja dan Bantuan Latihan pula sebanyak 137,593 pekerja mendapat pekerjaan sehingga 4 Jun 2021.

Berdasarkan data di atas ternyata kerajaan PN benar-benar cakna rakyat.

Sedangkan pada 2018 dan 2019 PH sering menjaja negara dibebani hutang. Kerajaan tidak ada wang. Sebaliknya kerajaan PN tidak begitu, rela berkorban demi rakyat. – HARAKAHDAILY 17/6/2021

Komen Weblog Ibnu Hasyim: PH memerintah hanya era jaja hutang, tak buat apa, makan gaji buta? PN memerintah prihatin rakyat dan berusaha atasi masalah hutang. Persetan PH, tolak dalam PRU 15!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails