Wednesday, June 16, 2021

Membina kekuatan ummah tanpa PKR tanpa DAP. Mengapa?

 

SEMAKIN hampir tanggal 1 Ogos 2021 iaitu hari tamatnya pengisytiharan Darurat melawan COVID-19, semakin banyak spekulasi ditiup dan melayang-layang. 

Sepatutnya fokus diberi pada pelan seterusnya untuk menghadapi pandemik ini yang cukup mengancam kehidupan rakyat dan menjejaskan pembangunan dan ekonomi negara. Peperangannya belum selesai.

Tetapi masih ada pihak yang lebih pentingkan kuasa dan kedudukan. Hari ini dilaporkan kononnya rundingan ‘jajaran baru’ sedang hangat berlangsung. Jajaran baru ini adalah kerjasama politik baru yang mahu mengambil-alih kerajaan hari ini.

Ahli Parlimen PKR Kapar umpamanya dengan cukup yakin membayangkan kerjasama antara PH dan Umno. Kata Abdullah sebaik Parlimen bersidang keabsahan kerjasama baru ini akan diangkat iaitu melibatkan Umno, PKR dan DAP.

Saya tidak yakin sahabat-sahabat dalam Umno yang serumpun dan seakidah dengan saya sanggup meninggalkan Muafakat Nasional (MN) untuk bersekongkol dengan PH yang diterajui PKR dan DAP.

Umno dulu diserang, difitnah, disumpah seranah kononnya kerajaan kleptokrat, perompak, kaki rasuah sehingga jatuh rebah sebagai Kerajaan Persekutuan angkara PKR dan DAP dan hari ini tergamak mahu menerima tangan yang dihulurkan oleh ‘pembunuh’ mereka sendiri?

22 bulan pemerintahan PH yang didominasi DAP telah mengakibatkan sengsara hidup umat Melayu Islam. Setelah penubuhan MN rata-rata orang Melayu memilih berteduh di bawah MN kerana yakin maruah dan masa depan mereka akan terbela, tiba-tiba Umno menepis tangan PAS dan memeluk tubuh DAP? Kerana itu saya tidak dapat menerima dan menganggap ini semua sebagai adu-domba dan perangkap PH yang kemarukkan kuasa itu.

Realitinya hari ini cuma ada satu jajaran pasca PRU14 iaitu jajaran politik baru Perpaduan Ummah. Mereka yang ada jati diri Melayu Islam akan bermatian mempertahankan jajaran ini ke arah membina kesepaduan politik umat Melayu Islam di tanah air. No DAP No PKR.

ROSLAN SHAHIR MOHD SHAHIR – HARAKAHDAILY 14/6/2021:

Komen Weblog Ibnu HasyimMembina kekuatan ummah tanpa PKR tanpa DAP.. Mengapa? 

Pertama, kerana DAP adalah parti anti Islam. Ini 10 sebab buktinya..

Bukti-bukti DAP anti-Islam semakin viral

APABILA parti rasis dan cauvinis DAP mengancam akan menyaman Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), beberapa bukti DAP menentang Islam sebagai tanda sokongan kepada JAIP menjadi semakin viral. Antara bukti-bukti yang diperkatakan:

Bukti 1: Dalam Perlembagaan parti DAP, disebutkan dasar perjuangannya adalah demokrasi sekular. Ini bercanggah dengan Perkara 3 Perlembagaan negara, Islam adalah agama Persekutuan dan makna Islam sendiri yang mencakupi keseluruhan cara hidup.

Bukti 2: Prinsip sosialis sekular yang mengundang kebebasan individu tanpa kawalan agama. Ini bercanggah dengan Perkara 3, yang memberikan hak beragama dan kebebasan beragama atas hak individu serta menghormati Yang DiPertuan Agong sebagai ketua agama.

BACA: Khutbah Aidiladha: Kita tak akan mohon maaf daripada DAP, kata Mufti Pahang

Bukti 3: Siri penentangan terbuka terhadap hak demokrasi majoriti rakyat Kelantan untuk melaksanakan Kanun Jenayah Syariah (Undang-undang Hudud), sekaligus menentang keputusan Sultan Kelantan dalam titah Baginda dalam sidang DUN Kelantan Mac 2015. Bab ini ramai saksi hidup yang sanggup tampil ke mahkamah jika berlaku saman, termasuk dalam taklimat tertutup, ramai pemimpin DAP bersuara terus terang tidak bersetuju dengan kanun itu.

Bukti 4: DAP bersikap tidak menghormati malah bertindak songsang dengan prinsip Perlembagaan negara tatkala cubaan private member bill untuk meminda Akta 355 bagi meminda kadar hukuman jenayah Islam agar selari dengan hukum Islam sebenar. DAP tegar menganggapnya bercanggah dengan Perlembagaan sedangkan Parlimen adalah satu proses perundangan berlandaskan Perlembagaan.

Bukti 5: Apabila Perdana Menteri ke-4 Tun Dr Mahathir Mohamed mengisytiharkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam pada 29 September 2001. DAP berkeras bahawa Malaysia bukan sebuah negara Islam dengan memperkenalkan kempen menentang “Deklarasi 929” sekalipun Tun Dr Mahathir menerangkan tiada perubahan pada perlembagaan Malaysia. Malah, DAP menentang sebarang perlumbaan antara UMNO dan PAS untuk menjadi parti yang lebih Islamik pada sidang media 22 September 2002.

Bukti 6: DAP menolak pengenalan subjek TITAS (Islamic and Asian Civilisation Studies) di Institut Pengajian Tinggi Swasta.

Bukti 7: DAP menganggap amalan agama Islam seharusnya terhad untuk amalan peribadi sahaja sedangkan hakikat amalan Islam menjangkau bukan sahaja amalan peribadi tetapi mencakupi keseluruhan aspek kehidupan.

Bukti 8: DAP pada 22 Ogos 2012 mengatakan Hudud dan Negara Islam bukanlah polisi dalam Pakatan Rakyat lantas menolak sebarang usaha yang berkaitan dengan agenda Islam walaupun terhadap rakan pakatan mereka sendiri.

Bukti 9: DAP tegas mempertahankan pendirian mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara sekular dan berusaha supaya syariat Islam seperti perundangan hudud tidak dilaksanakan di negara ini.

Bukti 10: Pimpinan DAP yang “islamophobic” seringkali menyindir dan campurtangan dalam isu-isu seperti kod etika berpakaian yang dituduh sebagai usaha islamisasi, isu sambutan Halloween dan Valentine bagi umat Islam, mengadakan pesta Oktoberfest dan konsert secara terbuka, isi khutbah Jumaat dan pelbagai lagi perkara sama ada di dalam status FB atau twitter yang mengundang kemarahan umat Islam.

Terpulanglah kepada para pembaca untuk menilai bukti-bukti tersebut. Hakikatnya, Islam adalah suatu sistem cara hidup yang mencakupi amalan rohani peribadi sehingga kepada sistem keadilan, sosial, ekonomi dan politik.

DAP tidak boleh mengehadkan Islam hanya kepada amalan peribadi dan paling tinggi ekonomi sedangkan menolak juzuk-juzuk Islam yang lebih menyeluruh yang menyentuh isu kenegaraan, perundangan, politik dan pelbagai aspek dalam kehidupan.

Sekian. 

4 comments:

Anonymous said...

MEMBINA UMMAH TANPA PKR DAN DAP
BAIK SUNGGUH LAH PUNYA SARANAN
TAPI JHO LOW RASANYA TAK ADA PARTI
PASAL JHO LOW SAJA SESAMA MELAYU BERANTAKAN

KIKIKIKIKI...

MEMBINA UMMAH ISLAM TANPA PKR DAN DAP
PASAL JHO LOW SEKOR SAJA MELAYU BETANTAKAN
MELAYU BARUA DAP JUGA AMAT RAMAI SKALI
SELAGI 2 EKOR NI HIDUP SUSAH MELAYU DIPADUKAN


JHO LOW ENJOY KE SANA KE SINI KE SANUN SAKAN
22 BULAN BERKUASA BUAT BODOH SAMPAI MATI
BANGSA JHO LOW TEPUK TANGAN KETAWA MENCIPAN
PEMIMPIN MELAYU TAK SERIK DIBODOHKAN BANGSA JHO LOW INI


KIKIKIKI... BANGAU DAH PULANG SUARA SUMBANG...

#MENTERABERADU

Anonymous said...

Sesungguhnya puak rasis ultra kiasu pimpinan abang besar roket adalah puak kafir harbi @ musuh Islam yang sangat jelas kerana mereka telah menghina , menfitnah dan memburuk-burukkan agama Islam, ulama Islam dan umat Islam dan musuh Islam juga menghasut orang-orang kafir membenci Islam dan umat Islam.

Musuh-musuh Islam ini adalah parasit @ makhluk perosak yang sangat menjijikkan kerana mereka memuja dan menyanjung tinggi perjuangan pengganas komunis Bintang Tiga dan PKM yang telah menyiksa, merogol dan membunuh ramai rakyat Tanah Melayu terutamanya kaum Melayu Islam, menghina agama Islam dan memusnahkan atau membakar kampung dan ladang dll.

Apakah jenis manusia yang memuja dan menyembah pengganas komunis yang sangat kejam dan zalim dan memaksa rakyat menerima pengganas komunis sebagai 'hero' mereka? Bukankah ini bererti setiap penjenayah di dalam dan luar penjara adalah 'hero' mereka ?

Maka sesiapa sahaja yang menyokong atau mengundi puak kafir harbi adalah juga tergolong kepada musuh Islam juga. Mereka juga tergolong kepada puak komunis yang tidak bertuhan juga.

Kita juga tidak merasa terkejut melihat puak sesat lagi menyesatkan seperti puak liberal dan puak Syiah dll yang gila kuasa tahap gila babi dan sanggup menjilat kaki abang besar roket dan mengkhianati Islam dan umat Islam kerana puak musang roket berbulu ayam menjadi khadam kepada agenda peribadi yang berlandaskan nafsu serakah mereka sendiri.

Mereka adalah lebih berbahaya dari kafir harbi kerana mereka mempunyai lidah biawak suka memutar-belitkan fakta menjadi dongeng dan dongeng menjadi fakta dan berusaha memusnahkan Islam dan umat Islam dari dalam. Mereja adalah tentera Dajjal.

Maka kita tidak merasa terkejut membaca pelbagai komen berunsur fitnah, lucah dan maki hamun yang telah ditulis oleh barua @ RBA ternakan puak kafir harbi roket kerana mereka tidak percaya pada Allah dan prinsip moral dll.

Cukuplah 22 bulan Islam dan umat Islam ditindas dan dihina dan rakyat dikencing hancing dengan pelbagai janji palsu dan fitnah @ persepsi oleh puak kafir harbi dan puak munafiqun.

Jika musuh Islam nenerintah negara selama 22 tahun, umat Islam mungkin menjadi pelarian seperti rakyat Palestin dan negara kita akan menjadi seperti Singapork yang diperintah oleh puak kafir harbi yang telah dan sedang menindas Islam dan umat Islam.

Insaflah dan sedarlah pemimpin Melayu dan umat Islam. Kembalilah kepada ajaran Islam bukan ideologi sesat ciptaan manusia sesat lagi menyesatkan.

Wahai umat Islam bersatu-padulah untuk menjaga hak Islam dan hak umat Islam. Jika sebilangan nasionalis Melayu bersekongkol dengan musuh Islam untuk memecah-belahkan umat Islam, sila pastikan mereka kalah dalam PRU15 kerana mereka sedang menggunting dalam lipatan kain.

Anonymous said...

Masalah banyak otai otai gayut Pemimpin Melayu ni terkinja kinja berebut nak kena bodoh bangang oleh Bangsa Jho Low ini.

Jho Low terkinja enjoyy round the world otai otai Pemimpin Melayu londeh melondeh bercakaran. Yg pelik bekas pegawai awam pangkat tertinggi lantikan otai Pemimpin Melayu boleh kata Jho Low bertukar jadi beruang dan segala macam alasan...

Melayu Islam jahanam kalau pilih pemimpin mcm ini.. Jati diri Melayu di jual dan di lelong murah..

Semua Hampehhh...

Anonymous said...

Kasihan melihat RBA 3.16 ternakan puak kafir harbi roket meroyan histeria menggelupur tahap gila babi! Tak cukup dedak cap roketkah ?

Ha ha ha ha ha ha

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails