Friday, June 18, 2021

Saman ke atas Dr Kamarul ditolak. Tamparan hebat buat DAP..

 

Saman Steven Sim ke atas Dr Kamarul ditolak.

KUALA LUMPUR: Saman Ahli Parlimen DAP Bukit Mertajam, Steven Sim terhadap Pensyarah Kanan UUM, Dr Kamarul Zaman Yusoff menerima tamparan apabila writ saman beliau yang difailkan pada 19 Mei lalu ditolak oleh Pendaftar Mahkamah Tinggi Georgetown, Umma Devi Loganathan, hari ini.

Mendedahkan perkara ini, peguambela Dr Kamarul, Harris Mohan Abdullah menyatakan, beliau membuat bantahan ke atas writ saman yang difailkan oleh peguambela Steven Sim, R Nethaji Rayer, dalam pengurusan kes berkenaan kerana mendapati ia mengalami kecacatan, pagi ini.

“Dalam pengurusan kes pagi ini, Pendaftar Mahkamah Tinggi Georgetown bersetuju dengan bantahan saya bahawa writ itu cacat kerana salah kod menyebabkan Steven Sim, yang diperintahkan membayar kos kepada Dr Kamarul, menarik balik writ itu dengan kebebasan untuk memfailkannya semula pada masa depan. Selainnya Writ tersebut juga tidak ada teste.

“Saya tidak faham bagaimana seorang peguam seperti Rayer yang juga adalah Ahli Parlimen DAP Jelutong boleh membuat kecacatan begitu, dan ini adalah satu kemenangan moral kepada Dr Kamarul di dalam meneruskan saman kepada pihak-pihak yang memfitnah beliau,” kata Harris.

Pada 20 April lalu Steven Sim mengumumkan dalam Facebook beliau bahawa telah mengarahkan peguam beliau untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Dr Kamarul setelah amat terkesan dengan fitnah dan tohmahan yang didakwa merosakkan nama beliau sebagai seorang Ahli Parlimen.

Dalam writ yang dikemukakan kepada Dr Kamarul pada 19 Mei lalu, Steven Sim menyebut Dr Kamarul telah membuat fitnah kepada beliau dan parti beliau, DAP, antara lainnya kerana menyebut Steven Sim adalah seorang ‘Evangelis Kristian’.

Juga penyataan bahawa orang-orang beragama Islam perlu sangat berhati-hati dan was-was apabila menerima apa-apa bantuan kewangan ataupun bantuan kebajikan daripada Steven Sim, serta DAP boleh mengancam dan memudaratkan keutamaan dan kepentingan agama Islam sebagai agama rasmi negara Malaysia.

Malah, DAP juga dinyatakan dengan sengaja mencari publisiti untuk kerja-kerja amal dan kerja-kerja kebajikan yang dibuat oleh wakil rakyat-wakil rakyatnya.

Sebelumnya, Dr Kamarul juga telah menyaman Steven Sim kerana telah membuat fitnah kepada beliau, antara lainnya kerana menyebut Dr Kamarul menyatakan motosikal yang diberi kepada penerima bantuan motosikal tidak wujud.

Dr Kamarul juga dikatakan menyatakan kedai menjual motosikal tidak boleh dikesan serta didakwa mengganggu penerima bantuan motosikal dan keluarganya.

Dr Kamarul turut dinyatakan melakukan perbuatan yang melampau dengan menawarkan RM2000 ke atas kepala penerima bantuan semata-mata untuk menyerang Steven Sim.

Ketika dihubungi, Dr Kamarul mengesahkan perkara itu tetapi tidak mahu mengulas lanjut mengenainya kerana beranggapan perkara-perkara teknikal ini bukanlah perkara besar yang perlu diajukan isu.

“Saya sedar beberapa pihak yang saya saman sering menghebahkan kononnya saya kalah kes dan terpaksa membayar kos kepada mereka sedangkan ia hanyalah merujuk kepada bantahan awal pada peringkat pengurusan kes sahaja.

“Sebenarnya beberapa pihak yang saya saman juga turut terpaksa membayar kos kepada saya bila bantahan awal mereka ditolak oleh mahkamah tetapi saya tidak mahu membesar-besarkan hal ini kerana ia hanyalah perkara teknikal.

“Saya yakin dengan kemampuan peguambela saya di dalam kes ini, Harris Mohan Abdullah, untuk mengendalikan kes ini jika dan bila ia difailkan semula, begitu juga dengan peguambela saya di dalam kes-kes lain, Faidhur Rahman Abdul Hadi,” jelas Dr Kamarul.

Dr Kamarul sebelum ini mendapat perhatian ramai kerana keberanian beliau mengemukakan saman fitnah kepada ramai pemimpin DAP dan PAN, termasuk lapan Ahli Parlimen DAP. 

Mereka ialah Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Chong Chieng Jen, Steven Sim, Teresa Kok, Hannah Yeoh, Lim Lip Eng dan Wong Kah Woh, serta dua Ahli Parlimen PAN, iaitu Khalid Samad dan Hanipa Maidin. – HARAKAHDAILY 18/6/2021

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Saman Steven Sim ke atas Dr Kamarul ditolak. Ini, suatu tamparan hebat buat DAP.. Tanda kehancuran DAP dalam PRU 15 jelas terbayang.

5 comments:

Unknown said...

الحمد لله ثم الحمد الله

Anonymous said...

Dr kamarul bukan wakil islam pun..wakil diri sendiri@ taksub diri..maaf la ye..sy ni org islam tp tak setuju caradr kamarul..

Anonymous said...

440 NGO Melayu Islam...?

Anonymous said...

Saya setuju cara doktor. Cara tu mcm2. Satu cara ialah cara doktor. Dakwah pun ada mcm2 cara. Kalau kamu tak setuju, tidak bererti cara kamu tu betul. Jangan biarkan dapic pijak kepala,

Unknown said...

11.35 kau punya cara apa? Sokong DAP? Bantai orang lain yg berbeza uslub?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails