Wednesday, June 16, 2021

S'pura, pertumbuhan penduduk terendah sejak '65

 

Gambar menunjukkan pusat bandar Singapura. - Foto AFP

SINGAPURA: Jumlah penduduk republik ini menyaksikan pertumbuhan tahunan terendah sejak mencapai kemerdekaan pada 1965.

Bancian menunjukkan, kadar penduduk antara 2010 dan 2020 meningkat hanya 1.1 peratus setahun berbanding 2.5 peratus antara 2000 dan 2010.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, yang mengawasi Bahagian Penduduk dan Bakat Nasional, Indranee Rajah, berkata ia adalah antara statistik yang dikeluarkan hari ini oleh Jabatan Perangkaan (DOS) berdasarkan banci penduduk pada 2020.

Bancian yang dijalankan sekali dalam sedekad untuk bertujuan mengumpulkan data demografi, sosial dan ekonomi, dengan meninjau 150,000 isi rumah tahun lalu.

"Ini memberitahu kita di mana kita berada, di mana kita sekarang dan mengenal pasti beberapa hal yang perlu kita atasi pada masa depan.

"Walaupun beberapa aspek data mungkin terjejas berikutan ancaman pandemik COVID-19 ketika tinjauan dilakukan, bancian menunjukkan trend yang tidak dijangka selama satu setengah tahun terakhir," katanya.

Jumlah keseluruhan penduduk meningkat daripada 5.08 juta pada 2010 menjadi 5.69 juta pada tahun 2020.

Kelompok warganegara meningkat daripada 3.23 juta kepada 3.52 juta orang sementara jumlah penduduk tetap kekal 'stabil' pada setengah juta orang.

Jumlah penduduk bukan warganegara pula meningkat daripada 1.31 juta kepada 1.64 juta.

Indranee berkata, warga Singapura menyumbang pertumbuhan yang lebih besar pada dekad ini, sementara penduduk bukan warga berkembang pada kadar lebih perlahan berbanding sebelumnya.

DOS berkata, komposisi etnik untuk penduduk warganegara dan penduduk tetap juga kekal stabil.

Pada masa yang sama, golongan warga tua dalam kalangan penduduk negara itu terus bertambah, di mana pada 2020, terdapat 15.2 peratus penduduk berumur 65 tahun ke atas, meningkat daripada sembilan peratus pada tahun 2010. - AGENSI

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Apa masih ada lagi berita warga Singapura berbangsa Cina bila nak melahirkan anak pergi ke Johor?

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails