Tuesday, December 31, 2019

Iran Rampas Kapal Seludup Minyak? 16 Kru W/M'sia Ditahan.

Iran rampas kapal disyaki seludup minyak, 16 kru warga Malaysia ditahan
Laporan IRNA berhubung penangkapan 16 kru kapal warga Malaysia di perairan Iran.

BEIRUT: Sebuah kapal dengan 16 kru warga Malaysia ditahan pihak berkuasa Iran berhampiran pintu masuk ke Selat Hormuz setelah disyaki membawa bahan api seludup.

Badan Berita Republik Islam (IRNA) dalam laporannya menyebut kapal tangki itu yang membawa 1.3 juta liter bahan api (bersamaan 8,000 tong) dipintas pasukan maritim Pengawal Revolusi Iran (IRGC) berhampiran pulau Abu Musa.

Menurut komander tentera laut Ali Azmaei, kapal tangki itu merupakan yang keenam ditahan membawa bahan api seludup. (AA)

Sumbang 10,000 Naskhah Al-Quran Kepada Yang Memerlukan Di Sudan..


Paling gembira terima kalam Allah

“SAYA rasa belum tentu pelajar kita mampu tekun belajar al-Quran seperti budak Sudan ini, apatah lagi nak menulis ayat al-Quran pada papan kayu buruk,” kata wakil sukarelawan pertubuhan kemanusiaan Al Azhar Care, Saifullah Taizi.
Saifullah menyaksikan sendiri sebahagian pelajar Madrasah Tahfiz Darul Quran membaca kitab kayu al-Quran yang lusuh ketika berada di Khartoum, Sudan selama enam hari.
Beliau bersama penulis dan seorang wakil pertubuhan kemanusiaan Amal Kelana, Nawawi Sulong berada di ibu negara Sudan, Khartoum pada 15 hingga 20 Disember lalu.
Katanya, ia misi menghulurkan hasil sumbangan dana rakyat Malaysia menerusi bantuan wakaf al-Quran kepada masjid, golongan miskin dan pelajar tahfiz yang terdiri daripada anak yatim.

SAIFULLAH (dua dari kanan) bersama Nawawi (empat dari kanan) dan pelajar Malaysia ketika melawat kilang percetakan Dar Al Mushaf.

Menurutnya, misi ini hasil kolaborasi bersama Al Azhar Care, Amal Kelana dan Amal Jeriah (sebuah NGO dari Brunei) dengan menyumbangkan 10,000 naskhah al-Quran yang dicetak terus dari kilang percetakan al-Quran terbesar di benua Afrika, Dar Al Mushaf bagi menjimatkan kos penghantaran dan mengikut mushaf al-Quran tempatan yang menggunakan Khat Kufi.
Beliau berkata, setiap sumbangan al-Quran dimanfaatkan sebaik-baiknya dan diserahkan kepada madrasah dan masjid terpilih sekitar Khartoum melalui bantuan Yayasan Amal Cawangan Sudan yang diketuai Sheikh Ali Idris.
“Program bantuan diteruskan dengan melawat kilang percetakan al-Quran terbesar di benua Afrika, Dar Al Mushaf dan bertemu pengarah urusannya Sheikh Mohamed HamadnaAllah Mohamed.
“Pertemuan ini bagi membincangkan projek kerjasama pembangunan pendidikan al-Quran pada masa akan datang untuk negara Afrika lain seperti Chad dan Cameroon melalui bekalan al-Quran dicetak di kilang beliau,” katanya.
Sebanyak 56 madrasah menerima pembahagian 10,000 naskhah al-Quran melalui penghantaran 75 kotak yang diagihkan melalui empat madrasah dan sebuah masjid dijadikan pusat pengagihan setempat.
Sebahagian besar madrasah terbabit berada sekitar Khartoum dan Omdurman. Ada di antaranya berada 50 kilometer luar dari Khartoum dan keadaan madrasah terbabit sangat daif dari segi fasiliti.

PELAJAR Madrasah Eid Babiker gembira ketika menunjukkan naskhah al-Quran yang diterima.

Katanya, madrasah ini bakal dibantu seperti penyediaan tangki bekalan air bersih dengan program misi akan datang tahun depan.
Selain itu, katanya, aktiviti ziarah beberapa madrasah uzur dikenal pasti sebagai lokasi bantuan program sumbangan wakaf akan datang yang dapat membantu pelajar meningkatkan lagi kualiti pembelajaran tanpa perlu berkongsi mushaf al-Quran.
Sementara itu, Presiden Al Azhar Care, Ustaz Alif Mahari mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia dan Brunei yang menyumbang wakaf itu.
Wakaf terbabit boleh ditulis atas nama sendiri termasuk nama ahli keluarga yang meninggal dunia menerusi sumbangan ke akaun Maybank, 5630 2862 0997 atas nama Al Azhar Care dengan memaklumkan kod rujukan Wakaf Quran Afrika dan boleh menghubungi talian 013-999 9894 untuk maklumat lanjut.

PELAJAR Madrasah Khaulawi Othman Hussin membaca kitab kayu al-Quran.
(MyMetro)


Hibur Hibur Sikit

Versi Baru Lagu Parti Islam Se-Malaysia (PAS)

Julung Kali Lagu Rasmi UMNO Dan PAS Berkumandang Bersama Di PWTC

Ulama Larang Program Bank Susu Ibu


DHAKA: Sebuah hospital Bangladesh semalam, menggantung rancangan mendermakan susu badan wanita kepada bayi baru dilahirkan selepas mendapat bantahan ulama kerana amalan itu melanggar hukum Islam.
Melalui program itu, susu sumbangan wanita akan diberi kepada sehingga 500 kanak-kanak yatim dan bayi yang ibu mereka bekerja.
Namun, ulama menegaskan amalan itu bertentangan dengan undang-undang Shariah kerana mengundang masalah masa depan kerana dua bayi menyusu dari wanita yang sama tidak boleh berkahwin.
“Perkahwinan serta zuriat yang dilahirkan tidak sah,” kata Gazi Ataur Rahman, jurucakap parti Islami Andolan Bangladesh yang berpengaruh.

Penyelaras projek itu, Mojibur Rahman, berkata bank susu untuk program itu sepatutnya bermula bulan ini di Dhaka namun kini ditangguhkan berikutan kritikan itu.
Menurutnya, pihak hospital melaksanakan prosedur ketat, termasuk susu yang dikutip disimpan berasingan dan merekod identiti semua penyumbang. (AFP)

Monday, December 30, 2019

DAP Buka Mata Sikit! Ini Kes Rogol Bawah Umur PP..

Hasil carian imej untuk DAP perogol
Dulu DAP 'pejuang' kes rogol, sekarang jadi perogol - NTH Qibord
Kes rogol bawah umur membimbangkan di P Pinang
KES jenayah rogol membabitkan remaja bawah umur di Pulau Pinang semakin serius dan mencatatkan 78 peratus daripada 462 kes di negeri ini bagi tempoh 2014 sehingga Oktober tahun ini.

Ia seharusnya membuka mata ramai pimpinan DAP yang sebelum ini cukup kuat mengejek dan mempermainkan Kelantan atas isu yang sama dan juga berkaitan isu nikah bawah umur.
Hasil carian imej untuk rogol bawah umur

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk T Narenasagaran, berkata statistik menunjukkan remaja berusia antara 13 dan 15 tahun adalah golongan paling ramai menjadi mangsa rogol iaitu sebanyak 264 kes atau 57 peratus sepanjang tempoh lima tahun itu.

Sebanyak 42 peratus ataupun 193 kes direkodkan membabitkan kes dirogol teman lelaki (suka sama suka atau paksa), 139 kes atau 30 peratus membabitkan rakan mangsa, ahli keluarga (bapa atau adik beradik) sebanyak 54 kes serta tidak kenal dan kenalan baharu yang masing-masing 43 dan 33 kes.

Lebih membimbangkan adalah mangsa di bawah umur 12 tahun pula sebanyak 28 kes atau enam peratus manakala remaja berusia 16 hingga 17 tahun membabitkan 67 kes atau 15 peratus daripada keseluruhan kes itu.

Di mana dia suara ‘pejuang Feminin’ YB-YB DAP? Mana dia YB Hannah Yeoh? Mana YB Kasthuri Patto? Di mana suara YB Jamaliah?

Pada 2 Disember 2018, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan Dan Kesihatan Negeri, Dr Izani Husin mengatakan tiada sebarang lesen hiburan dikeluarkan Kerajaan Negeri kepada mana-mana premis perniagaan di negeri ini.

Lalu, YB DAP Ahli Parlimen Batu Kawan, Kasthuri Patto segera memerli, seakan-akan hiburan di Kelantan adalah melalui perkahwinan kanak-kanak di sana. Kata beliau: “Maka, adakah kanak-kanak menjadi hiburan”?

Setelah dikritik ramai, beliau dengan tegas menyatakan tidak menyesal dengan kenyataan tersebut, bahkan berkata: “Pi mampuih la pemangsa kanak-kanak.”

Akhirnya setelah kemarahan pengguna alam maya semakin memuncak, YB DAP ini telah memadam status-status tersebut dan memohon maaf. Namun apa sebenarnya yang boleh kita nilai daripada fikiran pimpinan DAP ini?

Kenyataan beliau memberi gambaran kepada kita bagaimana persepsi mereka terhadap Muslim dan Islam di Kelantan. Mereka akan terus memberikan naratif buruk kepada setiap apa yang berlaku di tanah Serambi Makkah ini.

Begitu juga yang berlaku sebelumnya apabila YB DAP Adun Bandar Utama yang menulis panjang di laman rasmi DAP iaitu Roketkini mengenai isu pernikahan bawah umur. YB Jamaliah Jamaluddin pada 24 Julai 2018 telah menuduh YB Dato’ Mohd Amar, Timbalan Menteri Besar Kelantan sebagai pembela yang mempertahan tindakan Che Abdul Karim (pernikahan isteri 11 tahun).

Pimpinan DAP ini menyebut, “yang mahu memejam mata sisi pedofil seorang lelaki yang ingin memperisterikan seorang kanak-kanak”. Pedofil?

Beliau terus menghentam dan menyerang dengan mengatakan, “Saya bertambah jijik apabila Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah keluar memberi kenyataan bahawa isu ini tidak perlu diambil berat. Malah, isu LGBT dan persetubuhan haram adalah lebih besar berbanding perkahwinan bawah umur. Adakah Datuk Mohd Amar bermaksud dia hanya berminat menyelesaikan masalah LGBT dan zina, walaupun kanak-kanak kita terdedah kepada kecenderungan diabaikan tanpa pembelaan? Adakah ini juga bermaksud Datuk Mohd Amar bersetuju dengan kecenderungan seksual orang dewasa terhadap kanak-kanak? Adakah ini bermaksud Datuk Mohd Amar bersetuju menghalalkan kejijikan pedofilia melalui ikatan perkahwinan?”.

Itu pandangan YB DAP Bandar Utama. Agak pelik apabila dinilai perkahwinan dalam rangka sempit sedemikian. Adakah dia hanya nampak perkahwinan itu sebagai ‘seks dan perhambaan’ semata-mata? Pernikahan hanya membawa risiko? Tidakkah nampak hebatnya Islam mengajar mahabbah, mawaddah dan rahmah melalui perkahwinan? Menurut pandangan Islam, keluarga adalah satu unit kecil dalam masyarakat yang akan menjadi kunci penyelamat daripada api neraka.

Dan kembali kepada tajuk betapa bimbangnya pihak keselamatan kepada kes jenayah rogol bawah umur di Pulau Pinang ini, apakah penyelesaian yang mahu ditampilkan oleh mereka? Masalah rogol khasnya ‘suka sama suka’ memang menjadi isu besar di semua negeri. Bukan hanya Pulau Pinang, tapi seluruh pelosok tanah air.

Di Pahang contohnya, jumlah kes rogol yang direkodkan sepanjang tahun 2017 meningkat kepada 163 kes berbanding 134 kes pada 2016.

Ketua Polis Pahang Datuk Seri Rosli Ab Rahman pada waktu itu berkata, paling membimbangkan 76 kes melibatkan remaja yang merupakan pelajar sekolah berumur 16 tahun ke bawah!

Ini masalah negara. Di Kelantan juga tidak terkecuali dengan kes sebegini. Apakah penyelesaiannya? Adakah dengan pimpinan DAP sibuk menyerang Kelantan, maka kes-kes sebegini akan menurun di negeri bawah pentadbiran mereka? Mengapa mereka suka menohmah Kelantan berkaitan isu perkahwinan bawah umur seketika lalu?

Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia merekodkan 5,362 permohonan kebenaran nikah bawah umur kanak-kanak beragama Islam di seluruh negara sejak Januari 2013 hingga Disember tahun lalu. Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 440 permohonan direkodkan di Johor dan 389 lagi di Kedah.

Sarawak merekodkan permohonan tertinggi iaitu 918, Sabah (793), Kelantan (793), Terengganu (407), Selangor (385), Wilayah Persekutuan (178), Negeri Sembilan (155), Pahang (354), Perak (266) dan 91 di Melaka.

Menurut Dr Wan Azizah lagi, rekod Kementerian Dalam Negeri (KDN) mendapati seramai 212 kanak-kanak bukan Islam berkahwin dengan golongan dewasa sepanjang tahun lalu.

Kata beliau, daripada jumlah itu, dua kanak-kanak berumur 13 tahun, enam daripada mereka berusia 14 tahun dan sembilan lagi berumur 14 tahun. Sembilan kanak-kanak lagi berusia 15 tahun, 58 berumur 16 tahun dan 137 lagi dalam lingkungan umur 17 tahun. Dari segi pecahan, Sarawak mendahului negeri lain diikuti Johor, Selangor, Perak, Kuala lumpur dan Sabah.

Data KDN turut mendapati seramai 147 kanak-kanak lelaki dan perempuan bukan Islam berkahwin dengan pasangan bawah umur pada tahun 2017 yang mana daripada jumlah itu, seramai 82 kanak-kanak adalah berumur 17 tahun, 43 berumur 16 tahun, 15 berumur 15 tahun, enam lagi dalam lingkungan umur 14 tahun dan hanya seorang berusia 13 tahun.

Jika dipecahkan mengikut negeri, Sarawak turut merekodkan jumlah tertinggi iaitu seramai 32 kanak-kanak, 12 di Johor, 10 lagi di Perak , Selangor (tujuh), lima di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur serta masing-masing empat di Kedah dan Negeri Sembilan.

Nah, berdasarkan data-data di atas, mengapa pimpinan DAP keseluruhannya menghalakan serangan kepada Kelantan dan juga pernikahan Islam semata-mata?

Satu fakta menarik juga yang ditulis oleh Dr Ahmad Sanusi Azmi dalam laman Ismaweb iaitu 27 negeri di Amerika Syarikat tidak mempunyai had umur perkahwinan. Bahkan, Perancis pula hanya baru-baru ini meletakkan had usia 15 tahun sebagai usia minimum untuk berkahwin.

Menurut beliau juga, kajian yang dijalankan oleh Frontline, lebih dari 207,000 remaja Amerika telah berkahwin di bawah umur di mana dua pertiga dari mereka berumur 17 tahun, manakala 985 berumur 14 tahun, dan 10 orang berumur 12 tahun!

Amerika Syarikat sebagai peneraju fahaman Liberal antarabangsa sendiri, masih memperbahaskan isu had umur perkahwinan. Kita pula di Malaysia, perkara ini hanya dijadikan sentimen dan berniat untuk membina konotasi negatif kepada agama Islam.

NAZMAN CHE IBERAHIM
Presiden
Pertubuhan PERTAHAN Kelantan – HARAKAHDAILY 30/12/2019
Rujukan:
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2019/12/642099/kes-rogol-remaja-bawah-umur-di-pulau-pinang-membimbangkan-polis



Hibur Hibur Sikit
Ebiet G. Ade - Hidup I (Pernah Kucoba Untuk Melupakan Kamu)

Hidup II (Obsesi Kp. I/203)


Hidup III


Hidup IV



Hidup V


Lagunya Mampu Mengubah Hidup Seseorang..

Panggung Ebiet G Ade: Lirik Ebiet yang Mengubah Hidup (Part 5) | Mata Najwa 

Hukuman Terhadap Lelaki Tikam Di Pertunjukan Riyadh..

Arab Saudi jatuhkan hukuman mati terhadap lelaki tikam anggota pertunjukan di Riyadh
Tiga pelakon teater ditikam semasa membuat persembahan di ibu negara Arab Saudi pada 6 November lalu. - Gambar fail
Arab Saudi jatuhkan hukuman mati terhadap lelaki tikam anggota pertunjukan di Riyadh

DUBAIMahkamah Arab Saudi hari ini menjatuhkan hukuman mati ke atas seorang lelaki yang bertindak menikam tiga anggota sebuah persembahan teater sewaktu pertunjukan secara langsung di ibu kota Riyadh November lalu.

Perkara itu dimaklumkan dalam satu siaran televisyen negara itu, al-Ekhbariya  pada Ahad.

Sementara seorang lagi lelaki yang berhadapan perbicaraan yang sama, dihukum penjara selama 12 tahun dan 6 bulan.

Kejadian 6 November itu berlaku di King Abdullah Park, sewaktu berlangsungnya festival hiburan selama sebulan yang diadakan oleh kerajaan untuk menjadikan rakyat negara itu lebih terbuka dan mempelbagaikan sumber ekonomi selain dari minyak. (AA)


Sila lihat sebelum ini..
E-Buku IH-124: Budaya Saudi &Melayu Kota Mekah Kini

Pertahan Islam! Patik Semua Akan Gadai Nyawa.. Daulat Tuanku. Allahu Akbar.


Jawi: Isyarat Raja Permaisuri Agong

PERMAISURI Agong menulis: 
“Mulai hari ini saya akan menulis dalam Jawi dalam Twitter memperkasakan tulisan Jawi warisan kita.”
Ini satu kenyataan tegas yang saya percaya tidak berani disanggah atau dikritik oleh sesiapa pun. Raja-raja Melayu diterima sebagai payung umat Melayu Islam. Apabila pihak Istana tegas dan berani bertindak demi kepentingan bangsa dan Agama, umat Melayu Islam yang dipayungi semakin sayang dan menghormati pihak Istana.
Kedaulatan dan kebesaran Raja-raja Melayu dipelihara dan dipertahankan oleh umat Melayu Islam dan rakyat Malaysia amnya oleh itu rakyat berharap sangat pihak Istana terus ke hadapan menjadi teraju dalam isu melibatkan mendaulat dan memperkasakan Islam serta memartabat dan menobatkan adat budaya Melayu.

“Tak Melayu hilang di dunia” kata Laksamana Hang Tuah. Tak hilang ia selagi ia bernaung dan berpayung di bawah kebesaran Raja-raja Melayu. Tetapi Melayu akan roboh sebagaimana robohnya Kesultanan Melayu Melaka apabila kita longgar dan abaikan Islam dan kebesaran budaya kita, kita bermewah dan bersenang-senang hingga lupakan asal-usul kita.

Syukur ke hadrat Allah S.W.T kita punya Raja-raja yang sentiasa sensitif kepada kepentingan dan maruah umat Melayu Islam. Dan Yang Dipertuan Agong serta Permaisuri memang terserlah dalam hal ini selain Raja-raja yang lain.

Pertahankanlah Islam, hak istimewa Melayu, bahasa Melayu Duli-duli Tuanku dan patik semua akan menggadai nyawa mempertahankan kedudukan Raja-raja Melayu jangan disentuh dan digugat oleh mana-mana anasir pun.

Daulat Tuanku. Allahu Akbar.
ROSLAN SHAHIR MOHD SHAHIR – HARAKAHDAILY 30/12/2019
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Pertahankan Islam!! Kami rakyat bersetuju akan sanggup gadai nyawa kerana Allah!.. Daulat Tuanku. Allahu Akbar!

Hibur Hibur Sikit

Versi Baru Lagu Parti Islam Se-Malaysia (PAS)

Julung Kali Lagu Rasmi UMNO Dan PAS Berkumandang Bersama Di PWTC

Geert Wilders, Anti Islam. Rupanya Penakut..


Pembuat dasar anti-Islam Belanda batal pertandingan karikatur Nabi Muhammad
AMSTERDAM: Pembuat dasar anti-Islam Belanda, Geert Wilders berkata hari ini, beliau menamatkan satu pertandingan karikatur Nabi Muhammad, hanya beberapa jam selepas mengumumkan acara kontroversi itu.
Dalam tweet dihantar pagi Ahad, Wilders berkata, perhatian antarabangsa berkaitan pertandingan itu membolehkan beliau menjelaskan kepentingan kebebasan bersuara.
“Misi tercapai. Pertandingan ditamatkan,” tulis beliau di atas gambar yang dikatakan lukisan pemenang, menggambarkan seorang lelaki berang berjambang.
Imej Nabi Muhammad diharamkan dalam Islam. Lukisan karikatur dianggap majoriti umat Islam amat menghina.
Wilders membatalkan pertandingan serupa pada Ogos tahun lalu selepas polis menahan seorang lelaki yang mengancam membunuhnya.
Ketika itu, rancangan mengadakan pertandingan terbabit mencetuskan demonstrasi besar-besaran di Pakistan dan Wilders berkata, beliau merasakan bahaya keganasan terhadap individu tidak bersalah amat besar.
Parti Kebebasan anti-Islam Wilders adalah yang kedua terbesar dalam Parlimen Belanda namun bukan sebahagian kerajaan. -Reuters
Komen Weblog Ibnu HasyimGeert Wilders, anti Islam, konon. Rupanya penakut. Di Malaysia pun mungkin ada spesis macam tu. Kokok berderai, ekor bergelumang tahi..

Hibur Hibur Sikit..


Sejoli Kasih Sarman Dan Lasmi

Legasi TG Nik Aziz Ke Arah Kembalikan Sistem Matawang Dinar..



PADA tanggal 12 Ogos 2010, tercatat sebuah peristiwa bersejarah dalam peradaban ummah apabila Dinar Emas yang telah ‘terkubur’ sejak kejatuhan Khilafah Uthmaniyah di Turki pada tahun 1924, telah berjaya ‘dihidupkan’ semula di zaman moden ini.
Dengan penuh halangan dan kekurangan, Al-Marhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz telah meletakkan batu asas yang sangat penting ke arah mengembalikan pelaksanaan sistem matawang Dinar dalam urusan pentadbiran, perdagangan dan perniagaan secara praktikal di Negeri Kelantan.
Hasil carian imej untuk dinar kelantanHasil carian imej untuk dinar kelantan
Pelancaran Dinar dan Dirham Kelantan pada tahun 2010 turut membuktikan iltizam Al-Marhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz untuk mewujudkan suatu sistem ekonomi yang berlandaskan syariat sepenuhnya, setelah berjaya menghapuskan elemen riba’ (interest) dalam urusan kewangan Kerajaan Negeri Kelantan.
Hari ini timbul semula perbincangan untuk mewujudkan sistem matawang tersendiri dalam kalangan negara Islam, antaranya melalui penyatuan matawang (monetary union), penggunaan Dinar emas, matawang digital ataupun sistem tukaran barter.
Pada Sidang Kemuncak Kuala Lumpur 2019, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengulangi saranannya agar Dinar emas dan sistem barter digunakan dalam perdagangan sesama negara Islam, bagi mengukuhkan kadar matawang serta meningkatkan kekuatan ekonomi dalam kalangan negara Islam, tanpa perlu bergantung kepada sistem matawang Barat.
Secara umumnya, Dinar dan Dirham adalah sistem matawang berasaskan emas dan perak yang lebih stabil dengan piawai tersendiri, serta tidak terdedah kepada manipulasi dan inflasi yang melampau.
Manakala sistem barter pula adalah kaedah pertukaran barangan atau komoditi yang dibuat secara persetujuan langsung, dan boleh digunakan dalam urusan perdagangan minyak mentah yang dikeluarkan oleh kebanyakan negara Islam, tanpa perlu menggunakan sandaran Dolar.
Inisiatif untuk mengembalikan kegemilangan ekonomi Islam di zaman moden ini pastinya menuntut kepada kesungguhan yang tinggi dan kajian yang mendalam, namun semuanya bermula dengan satu langkah yang berani.
Inilah legasi besar Al-Marhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang telah mengambil langkah pertama, bak kata ungkapan yang masyhur, “A journey of a thousand miles begins with a single step”.
SYAHIR SULAIMAN23 Disember 2019 – HARAKAHDAILY 23/12/2019

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails