Saturday, December 08, 2012

PRU13: Pendekatan Baru PAS,'Usia' -Tuan Ibrahim


KLANG: Ketua Penerangan PAS PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyeru petugas PAS agar tidak mencontohi taktik perkauman yang sering digunakan Umno BN untuk menarik sokongan pengundi. Katanya, jika kempen penerangan parti membawa isu bersifat kepentingan kaum tertentu, sudah tentu akan wujud isu-isu sensitif yang boleh mengguris hati kaum lain.

Bercakap pada Seminar Antara Budaya Masyarakat Malaysia di sini hari ini, beliau mencadangkan agar PAS menggunakan pendekatan 'usia' berbanding 'kaum'. Ini kerana, pendekatan melalui peringkat umur lebih memudahkan penerangan dengan isu yang lebih menjurus kepada golongan sasar tersebut.

"Contohnya apakah isu penting buat orang muda baru bekerja dan dirikan rumah tangga. Apakah isu penting buat ibubapa yang bekerja dengan beban anak ramai. Apakah isu penting bagi mereka yang tua dan bersara?

“Yang jelas, jawapan untuk soalan di atas merangkumi semua kaum dan telah mengurangkan risiko menyentuh perkara-perkara sensitif antara kaum,” terangnya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan kertas kerjanya yang bertajuk “Peranan penerangan dalam konteks mendekati Melayu dan bukan Melayu dalam PRU”. Cadangan itu adalah antara pendekatan baru yang dicadangkan beliau untuk menghadapi PRU13.

“Rakyat perlu keluar daripada permainan Umno, perlu keluar daripada kaca mata yang Umno pakaikan pada semua.

"Jika kita melihat pengundi dari sudut lain, akan timbul soalan seperti membasmi kemiskinan seperti yang dicadangkan PAS yang merangkumi semua kaum,” terangnya. (IH/Hrkh)

Designer Belanda Buat Jilbab Unt Sukan


Desainer Belanda Punya Cara Jitu Berjilbab
Sebanyak 60 persen Muslimah Belanda kini mengenakan jilbab. Ilustrasi

JOM KREATIF

AMSTERDAM: Masih adanya penolakan terhadap penggunaan jilbab tentu menuntut muslimah untuk mencari cara agar itu dapat diterima. Designer Belanda, Cindy Van Den Bremen pun merasa tercabar untuk membuat jilbab (tudung) yang boleh dipakai waktu bersukan. Intinya solusi aman yang sesuai dengan syariat Islam.
"Aku merancang jilbab yang aman meliputi kepala, rambut dan leher," kata dia seperti dikutip onislam.net, Jumaat (7/12).

Dalam perkembangannya, banyak muslimah berkonsultasi dengan Cindy guna mencari solusi atas masalah yang mereka hadapi. Ia sendiri menyarankan kepada muslimah tetap memandang masalah jilbab untuk tetap berada dalam ranah privasi.

"Aku pikir ini perlu menjadi keputusan peribadi apakah anda ingin menutupi diri dengan jilbab atau tidak," kata dia.

Menurut Cindy, apa yang ia lakukan, utamanya dalam merancang design jilbab merupakan bentuk keinginan yang sarat masalah budaya, politik dan sosial. "Sebagai designer tentu aku mesti dapat mengubah itu," terangnya. (IH)

Motor Terbang Atasi Kesesakan Laluintas.

SUPER Sky Cycle ini bergerak dengan kelajuan maksimum 56 kilometer sejam di udara atau 105 kilometer sejam di jalan raya.
SUPER Sky Cycle ini bergerak dengan kelajuan maksimum 56 kilometer sejam di udara atau 105 kilometer sejam di jalan raya. 
 JOM  KREATIF
APABILA tidak terbang, kipas pada kenderaan ini boleh dilipat supaya dapat dipandu di jalan raya.

AUSTIN (Texas): Terperangkap dalam kesesakan lalu-lintas bukan lagi halangan untuk Larry Neal dan masalah itu tinggal kenangan sejak dia menggunakan kenderaan roda tiga bermotor.

Menurut Neal, kenderaan unik itu membolehkan dia bergerak dari satu tempat ke tempat lain tanpa berdepan kesesakan.

Apa yang perlu, katanya, cuma hidupkan enjin dan terbang ke destinasi pilihan. Digelar Super Sky Cycle, kenderaan Neal dilengkapi enjin 582 kuasa kuda dan tiga kipas sepanjang 173 sentimeter setiap satu.

Dengan kemudahan itu, Neal boleh terbang setinggi enam meter pada kelajuan maksimum 56 kilometer sejam. Apabila di atas jalan raya, kenderaan itu boleh mencapai kelajuan maksimum 105 kilometer sejam.
Kenderaan berharga �46,000 (RM226,000) itu boleh terbang sehingga lima jam sebelum perlu diisi minyak semula.

Pengendalinya pula mesti memiliki lesen juruterbang sebelum boleh menggunakannya. Kakitangan The Butterfly Aircraft LLC itu baru saja memperoleh paten kenderaan berkenaan bagi membolehkan dia menghasilkannya secara besar-besaran. Setakat ini, kata Neal, dia menerima beberapa tempatan, sama ada dari syarikat tempatan atau firma antarabangsa.

“Projek ini bermula sejak beberapa tahun lalu tetapi pernah tergendala seketika apabila saya gagal mencari jawapan mengenai apa yang perlu dilakukan kepada kipasnya selepas Super Sky Cycle mendarat,” katanya.

Namun, Neal - berasal dari Aurora - berjaya mencari jawapan kepada kebuntuan itu dengan mencipta kipas yang boleh dilipat. Katanya, pengubahsuaian pada kipsa berkenaan membolehkan kenderaan itu dipandu di jalan biasa apabila keadaan mengizinkan. “Pasukan peronda sempadan Texas antara pihak yang membuat pesanan dalam jumlah besar bagi kenderaan ini,” katanya. - DM

Demo Medan Tahrir, Mereka Penyokong Morsi?

Aku masuk ke himpunan anti Morsi dan aku tidak rasa mereka ini adalah para aktivis REVOLUSI satu ketika dahulu. Mereka tidak solat dan membuat bising ketika azan. Berbeza dengan aktivis REVOLUSI Mesir tidak lamu sebelum ini.

Pengalaman solat Asar dekat Medan Tahrir 15 Dis 12. (Diangkat dari jeminghassan blogspot.com)


SEBELUM ke Masjid Al-Azhar aku singgah di Medan Tahrir untuk melihat sendiri para anti Morsi berkumpul. Aku ingin lihat dan ingin menyelidik apakah benar para anti Morsi ini adalah para penyokong Morsi ketika Revolusi. Apakah benar para pemuda berkumpul ini berkumpul kerana marah dengan tindakan Morsi atau mereka ini hanyalah pendemostran upahan.

Aku berlapang dada dan cuba untuk mencari kebenaran. Aku tidak taksub pada Morsi dan aku hanya mahukan kebenaran. Setibanya aku disana aku lihat beberapa pemuda memegang kayu dan dipercayai ahli keselamatan para pendemostran yang berkhemah disitu.

Dari jauh aku cuba mengira bilangan mereka yang masih menduduki dataran Tahrir itu. Jika sebelum ini para anti Morsi pernah berkumpul sehingga mencecah 100 000 pendemo. Namun para kini para anti Morsi di dataran Tahrir sudah berkurangan. Aku anggar 5000 masih belum cukup. Cuma mereka terlalu ganas. Ada yang membakar tayar sehingga berkepul-kepul asap hitam keluar dan ada mat rempit dengan aksi motornya di sekitar medan Tahrir tanpa menghiraukan keselamatan orang lain.

Kini bilangan anti Morsi tidak sampai pun 5000 orang. Bulan Februari ini merupakan musim sejuk di Mesir, kita tengok adakah mereka akan terus berkhemah di sini atau tidak

Aku cuba amati khemah-khemah yang mereka dirikan. Kebanyakkan khemah-khemah mereka terlalu baru dan ketika revolusi Mesir sebelum ini khemah-khemah yang didirikan terlalu buruk. Kebanyakkan khemah-khemah terdahulu dibawa para penyokong Morsi sendiri satu ketika dahulu. Aku beranggapan khemah-khemah ini diberi dan siapakah yang memberi khemah-khemah ini?


Kiri dan kanan adalah khemah yang kelihatan baru dan berbeza dengan khemah-khemah aktivis Revolusi sebelum ini. Adakah Zionis yang menaja khemah-khemah dan makanan para pendemostran ini?

Aku bersolat asar di masjid berhampiran dengan medan Tahrir. Para anti Morsi tidak turut serta dan masih membuat bising ketika kami sedang bersembahnyang. Mereka tidak menghormati azan bahkan ketika kami solat mereka memasang lagu dengan kuat sehingga menganggu kami bersembahyang. Di dalam masjid pula berpuluh orang sedang tidur dan ketika kami bersolat mereka terus tidur dan aku yakin mereka ini juga kumpulan anti Morsi.

Adakah ini peninggalan Ultras ketika Revolusi. Betulkah Ultras diantara pelopor Revolusi Mesir?

Berbeza dengan kumpulan penyokong Morsi di era Revolusi. Umat islam solat berjemaah dan orang kristian para penyokong Morsi pula berjaga ketika umat islam sembahyang. Bagi aku, mereka yang berkumpul ini bukan penyokong Morsi ketika Revolusi dan aku berpendapat mereka ini adalah pro Mubarak. Dan mereka bukan membenci tindakan Morsi yang melaksanakan kekebalan kuasa tetapi mereka semua tidak mahu Morsi menjadi Presiden dan mahu Ikhawan menjadi seperti di era Mubarak. Oleh yang demikian, kerana sudah ada konspirasi jahat pro Mubarak. Morsi terpaksa melaksanakan polisi tersebut untuk seketika bagi menyelamatkan keadaan dan bukan melaksanakan polisi itu kerana tamatkan kuasa atau dendam.


Akhbar muka hadapan kelmarin. Bayangkan jika ini akhbar Utusan dan gambar Anwar begini ketika beliau sudah pun menjadi Perdana Menteri.

Seperti mana kita tahu, Morsi sudah pun menjadi Presiden namun media massa Mesir masih menganggap Morsi pembangkang dan tajuk-tajuk akhbar masih menghina beliau. Namun Morsi tidak melayan kerenah-kerenah bodoh itu terus dengan agenda beliau iaitu menyelamatkan Mesir daripada kembali ke zaman rejim.

Jika Morsi adalah diktotor, sudah tentu akhbar yang menyiarkan berita-berita yang menghina Morsi itu dikenakan tindakan. Dan jika Morsi itu tidak demokrasi, sudah tentu para pendemo itu dihalau dan ditangkap. Lihat sahaja tindakan Morsi, walaupun beliau mempunyai penyokong sehingga mencecah 6 juta yang pernah berhimpun tanda menyokong beliau, namun beliau tetap tidak mahu bertembung dengan pendemostran yang anti beliau. Buka kerana takut, tetapi menjaga keamanan Mesir.


Dibelakang aku itu adalah pejabat Kerajaan. Jika di Kelantan namanya adalah wisma persekutuan dan di hadapan bangunan inilah pendemostran berkumpul.

Oleh yang demikian, maka aku berharap kita semua tidak mudah menerima maklumat dan mempercayai berita-berita di internet, Sedangkan media Mesir sendiri masih mengeluarkan berita palsu apatah lagi media daripada CNN atau TV3. Ayuhlah kita semua berdoa moga-moga konspirasi Zionis dan Amerika tidak akan berjaya. Semoga Mesir akan berjaya seperti mana Turki. Wallahualam.

Mesir Batalkan Referendum Nasional Dg Dialog...


Mesir Batalkan Referendum Nasional
Presiden Mesir, Mohammed Mursi

KAIRO: Pemerintah Mesir menunda referendum nasional yang telah disetujui Dewan Konstitusi dan eksekutif minggu lalu. Perlawanan oposisi (pembangkang) memaksa Presiden Muhammad Mursi mengambil langkah tersebut.

Pemerintah menawarkan dialog penawar kerusuhan. Dalam pernyataan resmi melalui wakilnya, Presiden Mursi mengatakan keputusan menunda referendum adalah solusi mengatasi krisis politik yang terjadi belakangan. Perlawanan oposisi menjadi pertanyaan serius bagi pemerintah untuk mengakhiri konflik horizontal di Ibu Kota Kairo dan di wilayah lainnya.

Akan tetapi penundaan harus diiringi dengan bersedianya oposan melakukan dialog yang menghasilkan keputusan final.

 "Kekuatan politik yang menuntut (oposan) harus memberikan jaminan bahawa tidak akan ada banding terhadap penundaan di pengadilan," kata pernyataan yang dibacakan oleh Wakil Presiden Mahmoud Mekki, seperti dikutip Ahramonline, Jumaat (7/12) waktu setempat.

Lembaga darurat Dewan Konstituante merampungkan konstitusi baru bagi Mesir, Jumaat (30/11) lalu. Konstitusi mengatur berlaku konstitusi tersebut melalui referendum nasional, 15 hari setelah diterima oleh presiden pada Sabtu (1/12) lalu. Oposisi didominasi oleh Partai-partai Liberal dan Kristian Koptik tidak menyetujui rumusan undang-undang baru pascarevolusi 2011 tersebut.

Mereka meyakini rumusan konstitusi baru, tidak mencerminkan nilai-nilai universal yang diharapkan oleh masyarakat Mesir. Mereka menuduh kelompok Ikhwanul Muslimin sengaja memasukkan nilai-nilai Islam yang dianggap akan mengekang kemajemukan masyarakat di Mesir. Sejumlah pasal dari 234 pasal juga dikatakan berpotensi menghalangi kebebasan berekspresi dan pers.

Oposisi yang geram sejak keluarnya Dekrit Presiden, Khamis (22/11) lalu, menghendaki agar Mursi hengkang dari kekuasaan, lantaran dianggap sebagai suara politik Ikhwanul Muslimin.

''Kami inginkan kejatuhan Mursi. Pergi, pergi,'' teriak demonstran penentang Mursi, saat melakukan aksi di halaman Istana Heliopolis, Kairo, Jumaat (7/12), seperti dilaporan Reuters, di hari yang sama.(IH/ROL)

Inilah Contoh Bahagianya Cinta Selepas Berkahwin


Ally: 'Cinta selepas kahwin lebih indah'
Ally dan Farah disatukan pada 20 Januari lalu di Masjid Kristal, Kuala Terengganu.

Ally: 'Cinta selepas kahwin lebih indah'
Ally bersama isterinya Farah.

INI suatu contoh kisah cinta selepas berkahwin. Walaupun tidak menjalinkan hubungan cinta sebelum berkahwin, namun pasangan ini berjaya membuktikan pilihan keluarga mampu memberi kebahagiaan. Bagi pengacara terkenal, Ally Iskandar, tidak pernah mengungkap rasa cinta sebelum disatukan bukanlah halangan untuk membahagiakan isteri tercinta, Nurfarahin Romli, 22.

Membina bahtera rumah tangga bersama insan pilihan keluarga, Ally atau nama sebenarnya, Ally Iskandar Mirdza Mohd Radzi, 36, tidak pernah menduga mampu memiliki insan istimewa seperti Farah sebagai pendamping hidup. Malah, bagi Ally, hubungan yang dibina tanpa berpandukan cinta sebelum kahwin ini mampu memberikan seribu satu nikmat buatnya.

"Alhamdulillah, saya menerima jodoh yang ditentukan keluarga dan terbukti mereka membuat perkara tepat dalam memilih Farah sebagai isteri. Walaupun sudah hampir setahun hubungan perkahwinan ini, namun ia masih 'baru' dan indah.

"Mengenali Farah membuatkan saya kenal diri sendiri. Segala kelemahan dan kekurangan sama-sama kami perbaiki dalam kehidupan. Kami sama-sama belajar memahami diri masing-masing dan cuma memberikan yang terbaik.

"Maklumlah, cinta kami disemai selepas kahwin, jadi di saat ini kami masih bercinta. Namun bagi saya, cinta selepas kahwin lebih indah berbanding cinta tanpa ikatan," katanya yang disatukan pada 20 Januari lalu di Masjid Kristal, Kuala Terengganu. (IH/SH)

Brigade Al-Qassam, Mengapa Mereka Digeruni?


BERANI MATI....anggota Komando Qassam.
BERANI MATI....anggota Komando Qassam.

Warak bekalan jihad
GAZA: Barisan pejuang bergelar Komando Qassam kini menjadi pasukan paling digeruni Israel berikutan tidak pernah tewas ketika bertempur biarpun hanya berbekalkan senjata api model lama. Kehebatan pasukan Komando Qassam yang turut digelar 'tentera malaikat' itu kian tersebar apabila mereka yang dianggotai golongan muda, terpelajar dan ulama mampu menumpaskan ratusan tentera Zionis serta menembak jatuh pesawat pejuang mereka.

Hasrat penulis dan jurugambar menemui pasukan elit itu tercapai melalui orang hubungan di sini, berjaya mengatur pertemuan dengan sekumpulan anggota Komando Qassam. Mereka diketuai seorang komander yang hanya mahu dikenali sebagai Sheikh dan pertemuan diadakan di satu lokasi sulit dalam ladang zaitun pada jam 12 tengah malam.

Untuk ke sana, kami dibawa menaiki kenderaan khas sebelum diarah berjalan sejauh 500 meter ke sebuah pondok dalam ladang itu. Di situ, Sheikh bersama kira-kira 20 anggotanya menyambut kami dengan mesra sebelum dibawa duduk mengelilingi unggun api kecil.(myMetro)

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Mengapa perjuangan mereka menempah kejayaan begitu? Bukan kerana warak semata-mata, tetapi kerana mereka meletakkan perjuangan mereka di atas dasar yang betul (HAMAS). Bukan di atas perjuangan asobiah kebangsaan yang sempit. Mereka berjuang di atas dasar Islam, hanya kerana Allah SWT.

Samada menang atau syahid, maka tidak timbul penyakit 'cinta dunia takut mati'. Bukan seperti pemimpin-pemimpin negara umat Islam lain, hidup dalam kemewahan bermaksiat, Malayisa contohnya...

Anak Gadisnya Hilang Kerana Facebook



INILAH laman Facebook milik Khairul yang dipercayai melarikan Dayah baru-baru ini. 

Dayah hilang ikut mat rempit

KL: Sepasang suami isteri kini dalam kesedihan apabila anak gadis mereka lari dari rumah dipercayai mengikut rakan lelaki yang dikenali melalui laman sosial, Facebook sejak seminggu lalu.

Raja Nor Hidayah Raja Roslan atau Dayah, 16, menghilangkan diri pada 1 Disember lalu selepas meminta izin daripada ibunya untuk membeli barangan keperluan di pusat beli-belah Jaya Jusco, Wangsa Maju.
Bapa gadis tersebut, Raja Roslan Raja Ahmad Hadzrawi, 39, berkata, kali terakhir dia menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada Dayah ialah pada pukul 11 malam, hari yang sama.

“Sejak itu, saya sudah cari dia di seluruh Kuala Lumpur tapi tak jumpa,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam. (Kosmo)

Lihat seelum n..
E-Buku IH-55: Bongkar Penipuan Dalam Internet
E-Buku IH-55: Bongkar Penipuan Dalam Internet

Kopi Najis Gajah Pula. Secawan RM152.77

ISTERI seorang pengembala gajah mengambil biji kopi daripada najis haiwan itu. 

Jom Kreatif
Kopi najis gajah di utara Thailand

BANGKOK - Kira-kira 20 ekor gajah mengeluarkan najis yang mengandungi biji kopi di sebuah pusat pemuliharaan haiwan itu di wilayah Chiang Rai, utara Thailand. Gajah-gajah itu diberikan makan biji kopi yang kemudian dikeluarkan bersama najis haiwan tersebut.

Biji kopi itu dijual pada harga AS$1,100 (RM3,361) bagi setiap satu kilogram (kg) yang merupakan antara yang termahal di dunia. Kopi yang dihasilkan daripada najis haiwan itu dikenali sebagai Black Ivory. Beberapa hotel mewah di dunia menawarkan minuman tersebut kepada para pelanggan pada bulan lalu yang bermula di utara Thailand diikuti Maldives dan kini Emiriyah Arab Bersatu.
Harga untuk secawan kopi itu ialah AS$50 (RM152.77). "Apabila seekor gajah memakan biji kopi, perut haiwan itu menguraikan protein yang terdapat pada kopi yang menjadi punca utama ia menjadi pahit," kata Blake Dinkin yang membelanjakan AS$300,000 (RM916,649) untuk memajukan penghasilan kopi tersebut.
 
Sebelum mengemukakan cadangan kepada Yayasan Gajah Segi Tiga Emas yang mengendalikan pusat pemuliharaan itu, Dinkin menyatakan dia bekerjasama dengan seorang pakar haiwan yang berpangkalan di Kanada untuk melakukan ujian darah di beberapa zoo gajah.

Ujian itu menunjukkan gajah-gajah berkenaan tidak menyerap sebarang bahan kafeina kerana memakan biji kopi. Menurutnya, gajah memakan 33kg biji kopi untuk menghasilkan 1kg kopi Black Ivory.
 
"Rasa kopi itu menakjubkan," kata isteri seorang warga Amerika Syarikat, Asleigh Nelson di sebuah hotel.
Sebelum ini, Indonesia turut terkenal dengan kopi luwak yang dihasilkan menerusi najis musang.- Agensi

Halang Selamat FELDA Besut, Huduhnya UMNO


KL: Kembara Oren Selamatkan Felda dihalang masuk sewaktu sampai di Felda Selasih, Jabi, Besut Terengganu, semalam. Menurut Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman meskipun pihaknya mendapat kerjasama baik daripada polis; namun Umno dipercayai telah memperalatkan penduduk yang 90 peratus adalah remaja berusia sekitar 13 hingga 16 tahu.

Berikut ialah coretan beliau yang dipetik daripada blog Gaya Peneroka http://gayapeneroka.blogspot.com.

Kembara Oren Selamatkan Felda di halang masuk sewaktu sampai di Felda Selasih, Jabi. Meskipun kami mendapat kerjasama baik daripada pihak polis; namun Umno telah memperalatkan penduduk yg 90% adalah remaja berusia sekitar 13-16 tahun.

Tidak berapa kelihatan peneroka Felda dan anak muda. Saya tidak tau apa yang di'upah' kepada bebudak itu yg tidak tahu hujung pangkal isu di felda. Bila kita sebut ' undur Isa Samad', bebudak ini jerit, hidup Isa Samad, kami sayang Isa Samad....alahai kesiannya!

Budak2 sekolah pegang bendera Umno dan BN dan terpekik terlolong tak tentu pasal. Umno kehilangan sokongan, terpaksalah guna budak sekolah... Budak2 sekolah maki hamun depan Pengerusi JKK dan polis yg turut disertai OCPD Besut. Umno berjaya tarbiyyah bebudak bawah umur jadi samseng dan berakhlak buruk.

Akhirnya, saya baca doa dan konvoi berundur utk meneruskan perjalanan ke destinasi terakhir, Felda Tenang. Saya dan pimpinan ANAK serta anggota kembara bersalaman dengan pegawai2 polis. Mereka sempat ucap tahniah dan menghargai kesabaran anggota kembara.

Biarlah masyarakat menilai perangai hodoh pemimpin Umno.... (IH/Hrkh)

Thursday, December 06, 2012

K'tan Catat Sejarah,Kongres Islam Sedunia Berjaya.



KOTA BHARU: Kongres Islam Sedunia yang julung kali diadakan di Kelantan dianggap mencatat sejarah apabila berjaya diadakan selama lima hari membabitkan pembentangan lebih 80 kertas kerja. Berakhir petang tadi dengan menampilkan pembentangan hari terakhir oleh wakil-wakil dari UM, UKM, UNITEN, UTM, UIAM, Unisel, UMK, England, Pakistan dan sebuah syarikat berkaitan IT.

Manakala pesertanya daripada Thailand, Terengganu, Selangor dan kolej pengajian tinggi tempatan serta pegawai-pegawai kerajaan. Anggota Exco, Datuk Mohd Amar Abdullah menyifat kongres tersebut sebagai satu persidangan yang paling panjang pernah diadakan di negara ini.

“Ini seperti satu sidang akademik yang bersifat maraton. Bagi kerajaan negeri ia merupakan kali pertama diadakan dengan kehadiran begitu ramai cendikiawan dari seluruh dunia.
“Pada awalnya saya juga merasa agak bimbang dengan tempoh persidangan yang begitu panjang. Namun apa yang penting kita berjaya menghimpunkan ramai cendikiawan dan pemikir,” katanya pada perasmian penutup World Congres On Islamic Systems 2012 di sebuah hotel di sini.

Hadir sama anggota-anggota Exco, wakil-wakil rakyat dan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan, Datuk Che Mohd Rahim Jusoh. Menurutnya persidangan bercorak akademik seumpama itu akan diadakan secara tahunan bagi menghasilkan penemuan atau kajian baru.

“Melalui seminar seperti ini setidak-tidaknya dapat membantu memperkemaskan lagi pentadbiran kerajaan negeri hasil daripada penyelidikan yang dijalankan pengkaji.
“Malah ada juga pembentang dari luar negara datang turut mengambil ksempatan untuk belajar dengan pengalaman Kelantan selepas lebih 22 tahun berada di bawah gerakan Islam,” ujarnya.

Timbalan Pengerusi program berkenaan, Zulkifli Mamat berkata, seminar tersebut tidak mudah untuk diadakan dan ia dirancang sejak setahun lalu.

“Program ini dianggap bukan yang terakhir dan diharap dapat diadakan lagi di sini pada tahun akan datang,” ujarnya. (Hrkh)

Serangan Di Ceramah PR Gombak, Komen N/Aziz

SHAH ALAM - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mendakwa insiden serangan ketika ceramah Jelajah Merdeka Rakyat di Gombak, Selangor malam tadi membuktikan akan timbul huru hara apabila ada pihak tidak boleh menerima kekalahan jika Pakatan Rakyat (PR) memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Sehubungan itu soal beliau, apakah faedah diperoleh oleh musuh politik dengan menyerang ceramah-ceramah anjuran PR. "Sudah jelas dan nyata siapa yang akan buat huru hara apabila kalah pada PRU13 nanti. Ada keuntungankah menyerang ceramah Pakatan Rakyat?" kata beliau mesej dipaparkan pada laman sosial Facebooknya petang ini.

Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, "moga ALLAH berbuat apa yang sepatutnya sama ada memberi hidayah ataupun turunkan bala setimpal apa yang telah dilakukan mereka beserta dengan sekutu-sekutu mereka."

Dalam pada itu, Bernama melaporkan polis akan memanggil saksi bagi mendapatkan keterangan berhubung pergaduhan penyokong dua parti politik semasa ceramah umum pemimpin pembangkang di tanah lapang di Batu 8 1/2, Gombak malam tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Supt Rosly Hassan berkata polis mempunyai rakaman video berhubung kejadian itu yang berlaku pada pukul 9.30 malam yang menyebabkan dua lelaki berusia 37 tahun cedera di dahi dan bahu dipercayai akibat terkena objek yang dibaling seperti batu dan botol air.
Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana memiliki senjata bahaya dalam rusuhan," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata, kekecohan dikatakan berlaku apabila kira-kira 250 lelaki tidak berpuas hati kerana ceramah yang turut dihadiri Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim diadakan di kawasan berhampiran kediaman mereka.

"Kedua-dua mangsa dirawat di Hospital Selayang dan Hospital Kuala Lumpur sebagai pesakit luar dan polis telah merakamkan keterangan kedua-dua mangsa bagi membantu siasatan," katanya pada sidang media hari ini.

Mengenai notis untuk mengadakan ceramah, Rosly berkata pihak penganjur gagal mematuhi Seksyen 9 (1) Akta Perhimpunan Aman yang mensyaratkan notis diberi dalam tempoh 10 hari kepada polis dan bukan hanya lapan hari.

Sementara itu Pemuda Umno Gombak menafikan mereka memulakan provokasi sehingga menyebabkan kedua-dua pihak saling membaling objek seperti botol dan batu ke arah satu sama lain. Ketua Pemudanya Datuk Megat Zulkarnain Omardin berkata, penduduk membantah secara aman ceramah itu kerana ia diadakan di kawasan mereka, tanpa berniat mencetuskan pergaduhan. Naib Presiden PKR, Tian Chua ketika dihubungi melahirkan rasa kesal dengan kejadian itu dan mengalu-alukan siasatan polis.

Harakah pula melaporkan, Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melahirkan kekesalan terhadap insiden keganasan ketika ceramah Jelajah Merdeka Rakyat di Gombak malam tadi.

Dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini beliau berkata, ia tentunya angkara pihak-pihak tertentu yang semakin terdesak. "Pihak yang bertanggungjawab dalam insiden ini pasti akan ditolak oleh rakyat yang pastinya tidak dapat menerima budaya samseng seperti ini," kata beliau.

Beliau yang juga Mursyidul Am PAS berkata demikian sebagai mengulas serangan terhadap ceramah di Dataran Sharuddin, Batu 8 1/2 di sini malam tadi yang turut dihadiri Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam serangan itu, sekurang-kurangnya dua orang penyokong Pakatan Rakyat dilaporkan cedera. Mangsa pertama, seorang lelaki cedera di bahu kiri dipercayai ditikam dengan objek tajam manakala seorang lagi Haider Samsudin cedera di kepala akibat dibaling objek keras dipercayai pasu.(IH)

Indeks Rasuah 2012: Turki Naik 7 Anak Tangga


Polis membawa dokumen ke mahkamah dalam satu siasatan kes rasuah melibatkan sembilan pegawai perbandaran yang ditahan pada 1 Oktober di wilayah barat Balikesir. (Photo: Cihan, Aydınışık Kadir)

MENURUT Indeks Persepsi Rasuah 2012 (Corruption Perceptions Index 2012) yang dikeluarkan Rabu lalu, kedudukan Turki lebih tinggi berbanding tahun sebelumnya dengan skor 49 daripada 100.

Menurut Indeks Ketelusan Rasuah (Corruption Transparency Index) tahunan ke-18 yang disediakan oleh Transparency International (TI), Turki berada di tangga ke-54 dalam kalangan 176 negara, pada tahun 2011 ia menduduki tempat ke-61 dalam senarai 182 negara. Greece yang kini menghadapi krisis kewangan terburuk dalam sejarah berada di kedudukan terendah dalam kalangan negara-negara Eropah dengan kedudukan di tangga ke-94.

Bercakap kepada Todays Zaman, Tinatin Ninua, Penyelaras Serantau untuk Eropah Tenggara di TI di Berlin, berkata bahawa dari membuat perbandingan dengan tahun-tahun sebelumnya, kita harus melihat bagaimana Turki berbanding negara-negara lain dan negara-negara jiran. Sambil menekankan bahawa skala mereka telah berubah tahun ini, Ninua berkata,

"Walaupun terdapat sedikit peningkatan dalam tahap persepsi rasuah di Turki, mereka yang menjalankan perniagaan di Turki masih menyebut rasuah sebagai satu masalah."

Menurut beliau, "Skor yang lebih positif datang dari daya saing dan Forum Ekonomi Sedunia serta kerana peraturan perniagaan yang dipermudahkan di Turki."

Merujuk kepada skor untuk Greece - yang terendah dalam kalangan"EU 27"- Ninau berkata," Keadaan ini mempunyai kaitan langsung dengan krisis ekonomi yang berterusan di Greece "Dia juga. menyatakan, "Walaupun Greece, Itali, Bulgaria telah merosot, negara yang di atas Turki juga amat penting," ujar beliau yang turut menyatakan keinginan untuk melihat kedudukan yang lebih baik untuk Turki.

Sebagai sebuah organisasi masyarakat global sivil yang mengetuai perjuangan menentang rasuah, Indeks Persepsi Rasuah TI mengukur tahap persepsi rasuah sektor awam di negara-negara di seluruh dunia. Seperti tahun sebelumnya, tahun ini, Denmark, Finland dan New Zealand berkongsi tempat pertama dengan skor 90, manakala Afghanistan, Korea Utara dan Somalia berada di kedudukan terakhir dengan skor  sebanyak 8. Ninua berkata bahawa dalam indeks, untuk pengiraan skor Turki, sembilan sumber yang berbeza telah digunakan antaranya kajian ahli perniagaan dan pakar-pakar.

Menurut TI, yang mempunyai lebih daripada 90 pejabat di seluruh dunia, dua pertiga daripada 176 negara yang disenaraikan dalam indeks 2012 mempunyai skor bawah 50, yang menurut TI ini menunjukkan bahawa institusi awam perlu lebih telus dan pegawai harus lebih bertanggungjawab. (todayszaman.com)

Tarian Gangnam Saudi, Ditonton 4Juta 1 Minggu

HALAMAN HIBURAN
SEBUAH video dimuat ke situs berbagi YouTube menampilkan enam lelaki Arab Saudi menari Gangnam yang dipopulerkan penyanyi asal Korea Selatan Psy, seperti dilapor situs arabnews.com beberapa minggu lalu. Video itu memperlihatkan lelaki Saudi itu menari di jalanan Ibu Kota Riyadh, pasar swalayan, hingga ke sebuah rumah dan sekolah.

Dalam beberapa hari, video berdurasi tiga minit 40 detik itu sudah dilihat pengguna Internet lebih dari tiga juta kali. Setelah seminggu video itu ditonton empat juta kali. Di video itu, para penari memparodikan gerakan tarian Gangnam sambil menggunakan enam botol minuman bersoda. Rekaman ini menggambarkan kebiasaan anak-anak muda Saudi yang senang menikmati minuman ringan.

Sebuah adegan lucu muncul dalam video itu ketika gambar memperlihatkan Irqa, yang selama ini terkenal sebagai rumah sakit berhantu. Seseorang berpakaian hitam-hitam memerankan hantu berlari dengan latar rumah sakit itu. Kemudian tiba-tiba hantu itu menghilang.

Saksikan video tarian Gangnam versi Saudi berikut ini:

(IH)

Lihat..
E-Buku IH-49: Selingan..
E-Buku IH-49: Selingan..

Wednesday, December 05, 2012

Isteri Hebat, Beri Suaminya Wanita & Kereta Baru


Wanita di Arab Saudi.Wanita di Arab Saudi. (Guardian)

KERANA merasa tidak mampu memberikan keturunan kepada suami, seorang wanita di Arab Saudi memutuskan memberikan isteri baru serta kereta mewah sebagai pengganti. Dilapor Alarabiya, Rabu 5 Desember 2012, wanita berusia 40 tahun yang tidak disebutkan namanya itu sedang merencanakan sebuah upacara pernikahan bagi suami dan isteri keduanya.

Untuk memuaskan hati suami, wanita tersebut juga memberikan sebuah kereta mewah. Peristiwa tersebut  membuat para tetangga, teman, dan kerabat merasa hairan. Kejadian tersebut rupanya bukan hanya satu kali di negeri kaya minyak tersebut. Sebelumnya, wanita yang berprofesyen sebagai guru juga pernah mengatur penikahan suaminya dengan salah satu murid perempuannya.

Guru wanita itu rela membayar semua biaya pernikahan, setelah suami mengatakan ingin memiliki isteri kedua. Begitu juga seorang lelaki berusia 50 tahun juga tercatat mengahwini serentak murid, guru, dan pengetua sekolah.

Komen Weblg Ibnu Hasyim: Apa nak dihairankan, berkahwin bukan suatu perkara yang besar sangat berbanding aqidah, iman, Islam dan tuntutan perjuangan. Sifat isteri yang soleh sentiasa membahagiakan suami adalah tuntutan selepas arahan taat kepada Allah SWT, bagi seorang wanita. Hanya orang yang  otaknya dijajah oleh peradaban rosak barat saja yantg terkejut mendengarnaya, pada hal perkera terebut sudah lama wujud dalam sejarah Islam.

Kartun The Simpsons Hina Agama, Tahniah Turki.


Kartun The Simpsons
Kartun The Simpsons (Simpsonchannel.com)
 
DEWAN  Tinggi Televisyen dan Radio Turki (RTUK) menjatuhkan denda senilai lebih dari RM100,000 terhadap stasyen tv yang menayangkan filem kartun The Simpsons. RTUK menilai, sebuah episod filem tersebut telah menghina agama.

Diberitakan Telegraph yang mengutip akhbar Hurriyet minggu ini, episod tersebut ditayangkan pada 20 September lalu. Di Amerika(AS) sendiri, episod ini telah ditayangkan pada Oktober tahun lalu. Dalam pakej episod khusus "Treehouse of Horrors XXII" berjudul "Dial D for Diddly" diceritakan tetangga keluarga Simpsons yang saleh, Ned Flander, menjadi pembunuh setelah menerima wahyu dari suara yang dia kira Tuhan. 

Dalam bahagian lainnya, Syaitan memerintahkan Tuhan untuk membuatkannya secangkir kopi. Di filem itu dikatakan, ternyata yang memerintah di dunia ini adalah Syaitan.

RTUK dalam pernyataannya mengatakan, "Salah satu karakter dalam filem itu melecehkan sebuah agama untuk membuatnya membunuh. Dalam bahagian lainnya, Injil dibakar, Tuhan dan Syatan diperlihatkan dalam tubuh manusia."

Denda dijatuhkan pada stasiun CNBC-E yang menayangkan filem tersebut. "Filem ini meledek Tuhan, dan mendorong pemuda untuk melakukan kekerasan," kata RTUK lagi. The Simpsons adalah filem dengan episod terbanyak di TV AS, dengan lebih dari 500 episod sejak tahun 1989. Fielm ini ditayangkan di lebih dari 100 negara. Di Turki, The Simpsons populer di kalangan pemuda kelas menengah.

Walaupun Turki adalah negara sekuler dengan 75 juta umat Muslim, namun pemerintahnya sangat memperhatikan masalah pelecehan agama. Bulan lalu, Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdogan mengecam opera sabun yang menghina Kekhalifahan Ottoman. 

"Syabas Turki! Semoga kesilapan begini tidak berlaku di Malayisa." Komen editor wenblog Ibnu Hasyim, Dr Hj Mohd Hasyim. (IH)

Jelas, K/Pemuda UMNO Jadi Pengganas Samseng


KL 5 Dis: Jelas Ketua Pemuda UMNO sudah jadi samseng dan penganas. Ini berikutan Ahli Parlimen Gombak, Mohamed Azmin Ali mendedahkan, serangan sekumpulan samseng Umno pada Ceramah Merdeka Rakyat malam tadi diketuai Datuk Megat Zulkarnain Omardin, Ketua Pemuda Umno Gombak.
Megat merupakan anak guru silat, Tan Sri Omar Din Mauju.

“Samseng Umno malam ini diketuai Megat. Dia adalah Ketua Pemuda Umno Bahagian Gombak. Dia bersama 100 samseng Umno daripada silat lincah mengganggu program seawal 8.30 malam.
“Mereka menjerit, memaki dan mengeluarkan kata-kata kesat dan lucah serta bertindak biadap terhadap penduduk yang hanya hadir mendengar ceramah,” kata Azmin kepada Keadilan Daily selepas program itu.

Serangan bermula kira-kira jam 10 malam semasa Timbalan Presiden KEADILAN itu sedang berucap di Dataran Sharuddin, Batu 8 1/2. Seorang penyokong Pakatan Rakyat cedera ditikam samseng Umno pada program tersebut. Mangsa luka di bahu kiri akibat tikaman yang dipercayai menggunakan senjata – kerambit, sebelum dirawat petugas KEADILAN.

Ia berlaku ketika sekumpulan samseng Umno yang sebahagiannya membawa bendera BN mengganggu ceramah. “Kalau mereka hendak naikkan bendera tiada masalah, tetapi jangan biadab dan ganggu rakyat,” kata Azmin.

Selain berbuat bising menggunakan kata kesat, kumpulan samseng Umno turut melempar batu ke tapak ceramah. Dalam kejadian tersebut, seorang guru juga cedera di kepala akibat dibaling pasu. Haider Samsudin, tuan rumah yang juga Ketua Cawangan PAS Kampung Gombak Utara, cedera ketika cuba mententeramkan keadaan berikutan ancaman samseng Umno di lokasi ceramah. (IH/Sumber KD)

Sebelm ini..

Polis Cabul: Pagar Makan Padi. Perlu Tarbiah Islam?

Pokok padi ini dipagar.. Bagaimana kalau pagar itu yang memaman padi?

Inspektor disiasat cabul isteri orang
SEREMBAN - Seorang pegawai polis berpangkat Inspektor disiasat kerana didakwa mencabul seorang kerani wanita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan pada minggu lalu. Pegawai berusia 40-an itu didakwa mencabul mangsa yang berusia 34 tahun di dalam lif di bangunan IPK Negeri Sembilan pada pukul 12 tengah hari, 29 November lalu.

Sumber berkata, ketika kejadian pegawai polis berkenaan bersama mangsa berada di dalam lif sebelum lelaki terbabit secara tiba-tiba mencabul wanita berkenaan. Kata sumber itu, mangsa yang bertugas sebagai kerani pentadbiran di IPK kemudian memberitahu kejadian tersebut kepada suaminya sebelum pasangan itu membuat laporan polis.

Difahamkan, mangsa terbabit juga mendakwa pegawai polis berkenaan yang sudah berkahwin sudah beberapa kali membuat gangguan seksual ke atasnya sebelum ini. Wanita itu turut mendakwa pegawai polis yang bertugas di bahagian narkotik pernah beberapa kali menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) berbaur lucah selain pernah meraba punggung mangsa.

Kejadian terbaharu itu menyebabkan wanita terbabit hilang sabar menyebabkan mangsa mengadu kepada suaminya sebelum membuat laporan polis. Sumber itu memberitahu, pegawai polis berkenaan disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan iaitu mencabul dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat. Kosmo)

Komen Weblog Ibn Hasyim: Kalau berita ini betul, ini suatu contoh bukti, pagar yang diharapkan menjaga keselamatan masyarakat, rupanya jaidi makhluk perosak msyarakat. Perlukah sistem tarbiah atau disipin pegawai kerajaan dibetulkan ke arah pentarbiahan Islam? Ataupun sekarang tiada tarbiah langsung?

Minta Pembatu Rumah, Tapi Tak Dapat Lindungi.

 Jabatan Imigresen menyelamatkan 105 warga asing yang dikurung di sebuah premis di Klang, Selangor kelmarin.
Amah diminta jauhi Malaysia
KL: Pembantu rumah Indonesia perlu mengelak daripada bekerja di Malaysia, kata Kedutaan Indonesia di sini semalam sebagaimana dipetik daripada laporan agensi berita asing AFP.
Ia berikutan skandal terbaharu yang menyaksikan 105 wanita asing dikurung dan dipaksa bekerja tanpa dibayar gaji di Klang, Selangor baru-baru ini.

Kes terbaharu pada Sabtu lepas itu susulan serbuan oleh pihak berkuasa menunjukkan amah Indonesia masih berdepan risiko terutamanya mereka yang memasuki Malaysia secara haram berbanding saluran sah.

“Pihak berkuasa Malaysia perlu mengambil tindakan keras. Adalah lebih baik untuk pembantu rumah Indonesia tidak bekerja di Malaysia.
“Mereka (Malaysia) meminta pembantu rumah Indonesia tetapi mereka tidak dapat melindungi golongan tersebut dengan baik, kata jurucakap berkenaan, Suryana Sastradiredja. (Kosmo)

Samseng Bawa Bendera BN Ganggu Ceramah.


Anggota FRU mengawal keadaan di tempat ceramah malam tadi.

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan terhadap ceramah Jelajah Merdeka Rakyat di Gombak malam tadi sehingga menyebabkan salah seorang hadirin cedera. Ketua penerangannya Riduan Mohd Nor berkata, tindakan tersebut mencerminkan betapa terdesaknya pihak lawan sehingga sanggup bertindak diluar batas undang-undang.

"Demokrasi apakah ini? Sudahlah takut berhujah, upah samseng pula untuk ganggu program Pakatan Rakyat.
"Ia seolah-olah dihalalkan malah pihak ini seperti kebal dari tindakan," katanya sambil menyebut beberapa lagi siri serangan serupa yang berlaku sebelum ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kejadian serangan malam tadi yang menyebabkan seorang penyokong Pakatan Rakyat cedera di bahu dipercayai ditikam dengan objek tajam. (Gambar kanan)
Ia berlaku ketika sekumpulan samseng yang sebahagiannya membawa bendera BN mengganggu ceramah di Dataran Sharuddin, Batu 8 1/2 di sini kira-kira jam 9.30 malam tadi.

Kumpulan samseng yang sebahagiannya didakwa sebagai pesilat, pada mulanya membuat bising malah ada yang turut melempar batu ke tapak ceramah. Ekoran itu, sedikit pergelutan kecil berlaku dan salah seorang penyokong Pakatan didakwa ditikam ketika kumpulan samseng tersebut cuba merempuh sekatan benteng manusia yang dibuat oleh petugas.

Kejadian itu memaksa pihak polis dan beberapa anggota FRU berkawal di tapak ceramah berkenaan. Ceramah malam tadi turut disertai Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim. (Hrkh)

'Kesusilaan' Dalam Dangdut Gerudi Wanita, Ada ke?

HARNIDA SHAZILA
HALAMAN HIBURAN

KUCHING – Peserta Soulstar 2012, Harnida Shazila Haron, 17, mengakui tidak sabar untuk menunjukkan aksi ‘goyang gerudi’ Inul Daratista apabila mendendangkan lagu Kopi Dangdut pada konsert mingguan kelima Sabtu ini.

Dia yang lebih mesra disapa Nyda berkata, penampilan seksi penyanyi dangdut terkenal Indonesia itu bakal mencabar kebolehannya untuk menyanyi sambil menari.

Nyda bagaimanapun meletakkan faktor menjaga kesusilaan atas pentas sebagai keutamaan meskipun yakin dengan kemampuan yang ada pada dirinya.

“Bagi saya, irama dangdut ada keistimewaannya meskipun ramai berpendapat irama ini boleh mengundang berahi ketika melakukan persembahan.
“Gelekan saya mungkin tidak sekencang Inul, namun saya sangat teruja apabila dipilih untuk mendendangkan lagu ini,” katanya di sini semalam.(Kosmo)

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Wanita pamerkan tubuh, dedahkan aurtat, suara lunak, bentuk tubuh dan timbulkan berahi penonton dikhalayak ramai dikatakan 'meletakkan faktor menjaga kesusilaan atas pentas'? Ia bagaikan membasuh seketul najis manusia, untuk dibersihkan, bolehah dibawa dalam ibadat solat? Bolehkah dimasukkan dalam semangkuk nasi untuk dimakan?

Mengapa puak-puak agama dalam kerajaan pimpinan UMNO tidak betulkan kenyataan sesat ini? Kalau yang mengampu pemerintah, cepat-cepat keluar fatwa. Ulama membisu, nak 'dakwah bil-hikmah' macam mana lagi?

Lihat sebelum ini...

K'tan Sasar Rumah Mampu Milik -Datuk Husam

Datuk Ahmad Yakob berucap di Gua Musang


GUA MUSANG: Kerajaan negeri tetap berusaha bagi membolehkan rakyat berpendapatan rendah memiliki rumah sendiri, biar pun disisih daripada mendapat peruntukan membina rumah awam kos rendah sejak 1990.

Antara usaha dilakukan termasuk membina rumah mampu milik bagi membantu rakyat mendiami kediaman sendiri yang lebih selesa. Rumah mampu milik pertama dilaksanakan di Labok Machang lebih setahun lalu. Projek berkenaan sekarang diperluaskan ke jajahan lain. Usaha tersebut kini turut dibantu anak syarikat kerajaan negeri, Tunjong Development Corporation Sdn Bhd (TDC) bagi membina rumah jenis berkenaan di Kelantan.

TDC melaksanakan projek usahasama dengan ML Synergy Sdn Bhd. Syarikat berkenaan diterajui anak Kelantan yang mempunyai pengalaman lebih 20 tahun dalam industri pembinaan. TDC pula syarikat milik penuh Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK). Anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa berkata, projek terbabit akan dibangunkan di kawasan seluas 62 ekar di Mukim Pulai, Daerah Galas.

Katanya, rumah mampu milik yang akan dibina meliputi 30 peratus daripada keseluruhan projek tersebut.

“Sebanyak 123 unit rumah mampu milik bakal dibina daripada 410 unit bangunan di kawasan berkenaan.
“Walaupun kurang menarik berbanding projek-projek lain dari segi keuntungan, namun konsep cross subsidy di antara pembangunan komersial dan bercampur ia berupaya menampung kerugian yang ditanggung.
“Rumah mampu milik harga jualan dihadkan sehingga RM100,000 seunit. Harganya lebih murah berbanding harga pasaran,” katanya pada majlis pecah tanah projek tersebut baru-baru ini.

Perasmiannya disempurnakan Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob.

Tuesday, December 04, 2012

256,899 Saman AES Sehingga 26 November


KUALA LUMPUR: Sebanyak 256,899 saman telah dikeluarkan sejak Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) beroprasi 23 September sehingga 26 November lalu. Dari jumlah itu, Selangor mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 142,809 saman dikuti Perak sebanyak 81,00, Putrajaya 22,876 dan Kuala Lumpur sebanyak 10,213 saman.

Saman tertinggi adalah melibatkan kesalahan memandu melebihi had laju iaitu sebanyak 243,545 saman diikuti kesalahan melanggar lampu isyarat sebanyak 13,354 saman. Perkara itu dijelaskan Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Rahim Bakri di Dewan Negara semalam sebagai menjawab soalan yang dikemukakan oleh Senator Khairiah Mohamed. Sehingga kini, AES telah dipasang di 14 lokasi di seluruh negara.

AES di kawasan 30km/j kekal

Selain jumlah itu, Khairiah juga turut mempersoalkan berhubung dengan kajian semula AES di kawasan had laju 30 kilometer sejam dan nortis amaran di lokasi-lokasi kamera AES. Dalam jawapannya, timbalan menteri itu berkata, setakat ini kerajaan tidak bercadang untuk mengkaji semula cadangan menguatkuasakan AES di kawasan had laju 30 kilometer sejam.

Katanya, pemilihan lokasi tersebut adalah dibuat berdasarkan kriteria yang teratur dan lokasi ini merupakan kawasan-kawasan sekolah di mana terdapat keperluan untuk menyediakannya
bagi melindungi kemalangan di kalangan murid-murid sekolah.

"Walau bagaimanapun, penguatkuasaan di  kawasan ini akan mengguna pakai kamera mudah alih dan dijalankan hanya pada waktu persekolahan sahaja," jelasnya.

Berhubung notis amaran pula, timbalan menteri itu berkata, notis telah dipasang dalam lingkungan dua hingga tiga kilometer bagi mengesan kesalahan memandu melebihi had laju., manakala bagi mengesan kesalahan melanggar lampu isyarat pula, notis amaran dipasang dalam lingkungan 50 hingga 500 meter. (IH)

Anak Tak Sah Taraf Perlu Serius - Senator Khairiah


KUALA LUMPUR: Senator Khairiah Mohamad meminta kerajaan khususnya Majlis Fatwa Kebangsaan mengambil serius masalah peningkatan anak tidak sah taraf kerana ia melibatkan akhlak dan moral rakyat negara ini khasnya yang beragama Islam.

"Bila kita sebut anak tidak sah taraf bermakna ada kaitan dengan di luar perkahwinan," katanya dalam sidang media di lobi Parlimen.

Mengulas jawapan kepada soalan lisannya yang dikemukakan semalam, Khairiah berkata 10 peratus jumlah anak tidak sah taraf untuk tahun 2010 sahaja sudah menunjukkan perlakuan tidak bermoral berlaku dengan serius. Kementerian Dalam Negeri (KDN) memaklumkan seramai 52,982 anak tidak sah taraf yang telah didaftar daripada 510,462 kelahiran pada tahun 2010.

Manakala bagi jumlah anak tidak sah taraf mengikut tiga kategori umur yang paling tinggi antara umur 21 hingga 30 tahun seramai 130,775 orang bagi tahun 2008 hingga November 2011. Dan diikuti umur 16 hingga 20 tahun seramai 67,755 dan umur antara 31 hingga 40 tahun seramai 44,359 anak tidak sah taraf. Dalam tempoh lima tahun itu, negeri Sabah mencatat jumlah anak tidak sah taraf paling tinggi iaitu 72,939 diikuti Selangor seramai 32,992 dan Sarawak seramai 30,187 orang.

Katanya, bagi orang Islam Majlis Fatwa Kebangsaan telahpun mengeluarkan fatwa berkenaan penamaan anak tidak sah taraf pada tahun 1981, di mana anak dilahirkan lebih dari enam bulan tempoh perkahwinan boleh dibinkan ayahnya. Tetapi jika kurang dari enam bulan perkahwinan anak tersebut tidak boleh dibinkan bapanya. Justeru, beliau memohon Majlis Fatwa Kebangsaan melihat kemaslahatan anak-anak tidak sah taraf ini yang semakin hari semakin ramai demi kebaikan dan masa depan mereka.

"Dari sudut Islam sendiri anak yang dilahirkan melalui penzinaan tidak berdosa yang berdosa adalah ibu bapanya. Wajarlah Majlis Fatwa melihat semula fatwa yang telah dikeluarkan agak lama sejak 1981," katanya.

Sementara itu Senator Datuk Dr Johari Mat berkata, anak-anak ini akan mengalami tekanan jiwa apabila mengetahui mereka tidak sah taraf menyebabkan ramai yang tidak bersekolah akhirnya mereka tercicir.
Tegasnya, anak itu boleh dibinkan bapanya walaupun tidak cukup enam bulan selama mana ayahnya tidak menafikan anak berkenaan. Malah beliau percaya jika Majlis Fatwa berbuat demikian secara tidak langsung boleh mengurangkan atau mengelakkan gejala pembuangan bayi.

"Kita perlu lihat mengapa kes buang bayi semakin berleluasa antara sebabnya anak yang dilahirkan tidak boleh dibinkan bapanya.
"Yang perlu ditangani adalah anak yang menjadi mangsa, ibu bapa boleh bertaubat," katanya. (IH)

RM207B: Harapan Mangsa Jika Pakatan Menang


 
Gambar: Rombongan Nizar bertemu dengan Pak Hashim di kediamannya di Changkat Jering baru-baru ini

TAIPING: Selepas menunggu sekian lama, buruh paksa pembinaan landasan keretapi maut kini menggantungkan harapan mereka untuk mendapat bayaran itu jika Pakatan Rakyat menang dalam pilihan raya umum nanti.

Sehubungan itu juga, mereka berterima kasih kepada Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin di atas inisiatif beliau menubuhkan Sekretariat Jejak bagi menuntut wang pampasan yang dinafikan kerajaan. Namun Mohamad Nizar ketika ditemui tidak dapat memberikan sebarang jaminan kerana beliau sendiri tidak tahu dimanakah wang itu berada kini.

Kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Umno pula sehingga kini senyap seribu bahasa walaupun ia sudah dibangkitkan di Dewan Rakyat oleh Mohamad Nizar.
 

Terkejut

Salah seorang dari mereka yang masih hidup, Hashim Yaakub, 122, berkata, beliau terkejut dengan maklumat bahawa kerajaan Jepun telah membayar pampasan kepada kerajaan Malaysia sebanyak RM207 bilion sejak lama dahulu, sedangkan beliau tidak mendapat apa-apa.

Perasaan itu dizahirkan beliau ketika menerima kunjungan Mohamad Nizar yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang di kediamannya di Changkat Jering di sini baru-baru ini.

Beliau yang masih kuat ingatannya menceritakan, beliau menjadi buruh paksa zaman Jepun itu ketika beliau baru berusia 26 tahun. Menurut Pak Hashim, beliau menjadi buruh paksa selama tiga tahun lapan bulan dan hanya menerima gaji sebanyak 3 bath duit Siam.

Ekoran kehilangannya dan tidak dapat dikesan pada waktu itu, ahli keluarganya telah membuat kenduri tahlil kepada Pak Hashim. Sebaik selesai perang dunia kedua, Pak Hashim bagaimanapun selamat pulang ke kampung halamannya bertemu keluarga, dan kepulangannya disambut dengan kenduri kesyukuran.

Justeru, dengan perkembangan terbaru ini beliau meletakkan harapan tinggi kepada Pakatan Rakyat agar membela nasib mereka yang telah dinafikan hak mendapat pampasan tersebut oleh kerajaan Barisan Nasional. Mohamad Nizar dalam pada itu berjanji akan membangkitkan isu tersebut dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri Perak yang akan bersidang 17 Disember ini.

Malah kata Adun Pasir Panjang itu, satu sidang media bersama bekas buruh dan waris mereka akan diadakan dalam masa terdekat. Isu landasan maut ini sebelum ini didedahkan Mohamad Nizar Nizar yang mempersoal ke mana perginya wang pampasan berjumlah RM207 billion yang telah dibayar oleh kerajaan Jepun itu.

Nizar berkata seramai 72,000 penduduk Tanah Melayu pada ketika itu dikerah menjadi buruh paksa membina landasan itu dan hanya 30,000 orang daripada mereka yang kembali ke Malaysia sementara selebihnya gagal dikesan. Sekembalinya mereka ke tanah air, satu pertubuhan dibentuk yang digelar Persatuan Kebajikan Bekas Dan Waris Buruh Binaan Landasan Kereta Api Siam Ke Burma Tahun 1942-1946.

Mengikut pecahan, jumlah 30,000 buruh ini mellibatkan 60 peratus bangsa Melayu, 20 peratus India, 15 peratus Cina dan 5 peratus bangsa lain. Nizar berkata, dengan jumlah RM207 bilion itu setiap keluarga dianggarkan layak menerima sehingga RM3 juta wang pampasan. Sejak didaftarkan secara rasmi pada 11 Januari 2011, persatuan terbabit telah memohon beberapa kali untuk mendapatkan wang pampasan dari kerajaan Malaysia tetapi hingga kini masih gagal. (Hrkh)

Ulama UMNO, Tak Sebaris Pemimpin -UMNO P.Pg


KL - Demi memartabatkan agama Islam di negara ini, Umno Pulau Pinang mencadangkan para ulama Umno diangkat kedudukan mereka sebaris jawatan presiden dan timbalan presiden. Timbalan Ketua Umno Tanjong, Mohd Shaharudin Mohd Hassan Tajudin berkata, pengiktirafan tersebut akan memberi nilai tambah terhadap parti teras Barisan Nasional (BN) itu.

"Ulama orang penting. Berilah tempat terbaik demi melihat parti kita lebih teratur.

"Ia secara tidak langsung menjadi tunjang untuk mereka memantau pergerakan parti," katanya ketika membahaskan usul agama dan pendidikan pada Perhimpunan Agung Umno, hari ini.

Selain itu, Mohd Shaharudin turut membawa tujuh lagi cadangan termasuk pengukuhan Islam sebagai sebagai agama persekutuan di negara ini, memasukkan kefahaman mengenai syiah, ajaran sesat pluralisme dan LGBT dalam silibus pendidikan pelajar tingkatan empat hingga enam, dan pendidikan ulul albab diperluaskan ke pondok-pondok dan universiti tempatan.(SH)

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Umno Pulau Pinang mencadangkan, para ulama Umno diangkat kedudukan mereka sebaris jawatan presiden dan timbalan presiden. Katanya, ulama orang penting. Berilah tempat terbaik demi melihat parti itu lebih teratur. Ia secara tidak langsung menjadi tunjang untuk mereka memantau pergerakan parti.

Kesian UMNO, rupanya mereka masih belum sedar, ulamanya  tidak diangkat kedudukan mereka sebaris jawatan presiden aau timbalan presiden, bukan orang penting dan tiada tempat terbaik. Begitulah kedudukan ulama dalam parti  asobiah sempit, tidak meletak ulamak atau hukum Islam sebagai kuasa tertinggi dan penentu.

Maka jadilah kuasa agama terleetak di buwah telunjuk kaki kuasa pemimpin politik. Ulama dalam UMNO tiada kuasa sangat. Jadi tidak hairan, bila mata ulama terkelip-kelip melihat kerajaan Malayisa pun main judi, bisnes arak, nombor ekor, TOTO dan lain-lain sejenis dengannya. Asal dapat duit, tidak peduli halal-haram. Yang sangat dijaga hanya haiwan sembelihan 'halal' sahaja. Tengok tv gambar-gambar haram tak apa-apa.

Rakyat Melayu/Islam perlu sedar ini, agama bukan buat masjid sahaja, perlu pendidikan Islam, ekonomi Islam, hiburan Islam, sukan Islam dan paling peting sekali ialah perleembagaan Islam yang akan mengIslamkan semuanya Supaya pencuri-pencuri wang dalam laci pemerintah itu dipotong tangannya. Penyebar-penyebar atau pentarbiah 'zina mata' di tv, perlu disingkir dan dibersihkaan.

Sudah setengah abad UMNO dibiarkan memeritah, KeIslaman negara bukan makin baik, tetapi makin teruk ada!!.Mata puak-puak UMNO  hanya melihat Islam dari sudut sempit hanya pada masjid (yang fungsi-fungsinya tidak dilaksanakan sepenuhnya) sahaja. Sedarlah wahai Melayu/Islam, tukarlah dengan Melayu/Islam yang lain pula memerintah! Pilihlh PAS, PKR dan teman-temannya. Cuba yang baru pula. Lihat contohnya, Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang, walaupun baru beberapa tahun memerintah!

20 Mujahid Al Shabaab Lolos Penara Somalia


BAIDOA: Sedikitnya 20 Mujahid Al Shabaab dilaporkan berjayaa melarikan diri dari penjara terbesar di kota Baidoa yang dikontrol oleh pasukan boneka Somalia, bersama dengan pasukan teroris Ethiopia.

Shabelle melaporkan, mujahidin melarikan diri dari pintu depan pada Ahad (2/12/2012) malam.  Informasi menyebutkan mereka pergi dengan mudah dengan melalui para penjaga penjara. Sumber yang dihubungi oleh Shabelle mengatakan, melarikan diri dari penjara tersebut tidak dapat dilakukan tanpa bantuan pejabat di dalam penjara.

Abdifatah Ibrahim Gesey, gubernur untuk wilayah Bay, mengatakan pihak berwenang segera meluncurkan operasi pencarian setelah 20 tahanan melarikan diri dari kota yang berlokasi sekitar 250 km dari barat laut Mogadishu. Belum ada statemen resmi dari Mujahidin Al Shabaab untuk menanggapi pemberitaan ini.  (IHAr-rahmah.com)

Royalti: 93% Pengguna Media Baru Sokong K'tan.


KUALA LUMPUR: Sebanyak 35,807 telah mengundi dalam Sistem Undian Online R, dan terdapat 5,710 undi rosak/berulang tidak dikira dalam tempoh 24 jam ia dilancarkan semalam, 3 Disember.

Menurut blog R Tuntut Royalti www.royaltikelantan.com, undian yang sah adalah 30,097 undian sahaja, 28,062 sokong dan 2,133 bantah. Sebanyak 93% iaitu 28,062 undi pengguna media baru Facebook di Malaysia menyokong Kerajaan Kelantan mendapat royalti gas dan minyak. Terdapat 2,133 undi yang membantah mewakili 7% daripada undian online tersebut.

Keputusan ini memberikan gambaran bahawa pengundi media baru yang majoritinya adalah anak muda lebih cenderung menyokong tuntutan royalti Kerajaan Kelantan berbanding dengan pihak yang menolak Strategi kempen NGO R dalam menggunakan media baru sebagai platform kempen dan penerangan rasmi disamping sokongan media cetak adalah sangat berkesan bagi mendekati rakyat Kelantan.

Peningkatan pengguna internet negara ini dijangka meningkat daripada 47% kepada 73% menjelang akhir tahun ini hasil daripada kajian ERICSSON ConsumerLab adalah memberikan impak signifikan kepada kempen media baru yang lebih agresif. (IH/Hrkh)

Negara Pengguna Nuklear Bakal Melonjak. M'sia?

 Negara Pengguna Nuklir Bakal Melonjak














Sebuah pembangkit nuklear di Wolsung, Korea Utara (Foto: dok). Dua pembangkit nuklear Korea Selatan ditutup setelah ada kerusakan alat, Selasa (2/10).

JAKARTA: Ketua Badan Pengawas Tenaga Nuklear (Bapeten), As Natio Lasman, menyatakan akan semakin banyak negara yang menggunakan Pembangkit Letrik Tenaga Nuklear (PLTN). Pasalnya, ketersediaan sumber energi fosil semakin menipis.

"Diperkirakan pada 2030, terdapat penambahan PLTN sebanyak 420 unit di dunia," ujar Lsman di Jakarta, Isnin (3/12). Sebahagian besar unit PLTN tersebut ada di Asia. Hal itu dilihat dari dokumen resmi yang sudah diajukan beberapa negara seperti Thailand, India, Korea Selatan dan Cina.

"Sebanyak 290 unit dikuasai tiga negara besar yakni China, India dan Korsel. (Korea Selatan)"

Untuk ke depan, ujarnya, persaingan yang terjadi pada masa yang akan datang adalah persaingan energi. Seperti yang dilakukan oleh investor Jepun yang ingin menanamkan modal di Tanah Air, maka pertanyaan pertama adalah mengenai ketersediaan letrik.

Letrik yang dihasilkan dari tenaga nuklear, jelas Lasman, lebih murah keran hanya dengan 1 gram dapat menghasilkan letrik sebanyak 1 Megawatt atau setara dengan tiga ton penggunaan batubara (arang batu).

Koemen Weblog Ibnu Hasyim: Malayisa tidak mahukah berfikir ke depan dalam ha ini? (IH).

Tawaran Mega Unt Rakyat Pahang 9 Dis, Apa Dia?


TEMERLOH: Pakatan Rakyat (PR) Pahang akan membuat pengisytiharan tawaran mega untuk rakyat negeri ini jika diberi mandat memerintah pada program Himpunan Kebangkitan Rakyat Pahang (HKRP), 9 Disember ini.

 Menurut pengarah program Dr Hamzah Jaafar, dalam program pra Perhimpunan Sejuta Rakyat itu, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengisytiharkan tawaran Kerajaan Pusat untuk Rakyat Pahang.

Manakala ketiga-tiga pemimpin negeri iaitu Pesuruhjaya PAS Pahang Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Pengerusi PKR Pahang Datuk Fauzi Abdul Rahman dan Pengerusi DAP Pahang Leong Ngah Ngah pula akan mengisytiharkan tawaran Kerajaan PR Pahang untuk rakyat negeri ini.

“Perisytiharan ini adalah suatu yang amat istimewa untuk warga Pahang kerana ia berkait rapat dengan keperluan dan tuntutan hidup mereka yang tidak diselesaikan oleh Kerajaan BN selama ini,” katanya dalam sidang media hari ini.

Turut hadir Pengerusi Biro Pendidikan PKR Pusat, Abbas Awang, Naib Pengerusi DAP Pahang Koh Boon Heng serta pimpinan ketiga-tiga parti peringkat negeri. Dr Hamzah berkata, dalam program HKRP Tapak Kompleks PAS Pahang di Kerdau nanti, hadirin akan dapat mendengar ucapan bekas Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia yang juga bekas Pengerusi syarikat televisyen Media Prima, Datuk Seri Abdul Rahman Maidin yang menyertai PAS di Johor kelmarin.

Tambahnya HKRP akan disemarakkan oleh konvoi 500 penunggang motosikal berkuasa tinggi seawal jam 11 pagi dari Jerantut ke tapak himpunan. Di tapak program, akan disediakan dengan pameran sejarah perjuangan ketiga-tiga parti.

“Pada sebelah petang anak muda akan dihiburkan dengan persembahan santai artis-artis Bob Lokman, ALI XPDC dan Dayangku Intan.

“Kemuncaknya ialah pidato pemimpin daripada ketiga-tiga parti iaitu Anwar, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Mohamad Sabu dan Lim Kit Siang,” ujarnya.

Dr Hamzah berkata, wakil-wakil NGO Anak, Hijau, Anti-Lynas, Bersih, Kerabat, Orang Asal Cameron Highland, Save Bukit Koman dan Royalti akan turut diberi laluan berucap.

“Pihak penganjur sangat yakin himpunan ini akan melakar sejarah baru dalam arena politik tanah air, khususnya di Pahang dengan kebangkitan rakyat yang secara jelas menolak segala bentuk dan sifat salah laku serta gagal urus tadbir negeri dan urusan rakyat,” katanya. (Hrkh)

UMNO Palestin Jemput Najib Lawat Palestin.


Mahmoud Abbas jemput Najib lawat Palestin
PUTRAJAYA - Presiden Palestin, Mahmoud Abbas (Gambar) menjemput Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak melawat Palestin bagi mengukuhkan lagi hubungan erat yang sedia terjalin di antara kedua-dua buah negara.

Pada majlis memperingati Hari Perpaduan Antarabangsa Rakyat Palestin di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini, Timbalan Pesuruhjaya Hubungan Antarabangsa Al Fatah Palestin, Dr Abdullah M.I. Abdullah menyampaikan jemputan itu bagi pihak Abbas.

"Tuan Perdana Menteri (Najib), benarkan saya secara terbuka menyampaikan jemputan Presiden kami, Mahmoud Abbas untuk anda melawat Palestin pada bila-bila masa yang anda suka, bagi mengeratkan lagi hubungan kukuh yang sedia terjalin yang telah membawa rakyat Palestin dan Malaysia seluruhnya ke arah keamanan dan kebebasan," katanya.

Najib turut hadir pada majlis makan tengah hari sempena sambutan hari perpaduan antarabangsa itu yang juga disertai Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman dan Duta Besar Palestin ke Malaysia, Abdelaziz Abughoush. Abdullah kemudian menyampaikan ucapan penghargaan rakyat Palestin terhadap sokongan yang ditunjukkan oleh Malaysia.

"Hari Perpaduan ini telah terbukti menandakan kebangkitan terhadap ketidakadilan yang dilakukan ke atas rakyat Palestin. Undi yang dibuat Khamis lepas di Perhimpunan Agung Bangsa-bangsa Bersatu mengenai status rakyat Palestin menjadi bukti terhadap kesedaran dunia.

"Untuk itu, peluang diambil bagi kami menyuarakan terima kasih, penghargaan dan bersyukur terhadap semua individu, kumpulan dan kerajaan-kerajaan yang menyokong kami.

"Kami akan terus berjuang tanpa berlengah. Kami perlu mempertahankan bumi kami, rakyat dan bandar suci Baitulmuqadis. Kami mengharapkan sokongan daripada seluruh rakyat dan kerajaan di dunia," katanya.

Dalam pada itu, Anifah berkata, Malaysia telah terus berdiri teguh dan sejajar dalam menyokong perjuangan Palestin dan tercapainya penyelesaian komprehensif terhadap konflik berdasarkan Peta Jalanan Kuartet dan usul Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu supaya Israel dan Palestin hidup bersama sebelah-menyebelah dalam aman dan selamat.

Beliau berkata Peringatan Hari Perpaduan Antarabangsa bersama Rakyat Palestin tahun ini lebih bermakna kerana Perhimpunan Agung PBB telah meluluskan draf resolusi pada 29 November dalam usaha Palestin menjadi sebuah negara bukan anggota bertaraf pemerhati di Bangsa-Bangsa Bersatu.

"Malaysia dan 137 buah negara lain menyokong penuh usaha Palestin itu. Kami mengucapkan tahniah kepada pucuk pimpinan Palestin dan rakyatnya di atas pencapaian mercu tanda ini.
"Namun begitu, kita tahu bahawa laluan di masa akan datang masih lagi penuh cabaran tetapi memberi jaminan bahawa Malaysia di bawah kepimpinan Najib akan terus memain peranan dalam mencari penyelesaian secara aman, adil dan berkekalan terhadap soal Palestin," katanya. - Bernama

Komen Webog Ibnu Hasyim:  Begitulah.. UMNO Palestin menjemput UMNO Malaysia (Najib) melawat Palestin. Padan sangatlah. Eloklah bawa Rosmah sama, semoga timbul keinsafan menyedari keperluan sesama Muslim se dunia!

UMNO: 53% Lompat Parti, 31% Sabotaj Jika...


 Keputusan bancian yang dibuat oleh Sinar pada jam 6.30 petang

KUALA LUMPUR: 53 peratus akan melompat parti manakala 31 peratus lagi akan sabotaj Umno jika mereka tidak terpilih sebagai calon dalam pilihan raya umum akan datang.

Keputusan ini dicapai dari 7,894 perserta bancian Sinar Harian selepas ditanya soalan yang diandai Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak ketika menggulong perbahasan di Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2012 kelmarin.

Dalam bancian itu, Sinar bertanya kepada pelayarnya, "Menjawab soalan cepumas DS Najib di AGM Umno, jika anda ahli Umno, pilihan anda"

Lima pilihan jawapan diberikan sebagaimana diberikan oleh Najib Sabtu lepas.

Solan-soalan itu adalah:
1) Sokong penuh Umno meskipun tidak dipilih calon: 6 %     (473)
2) Masih sokong Umno meskipun tidak dipilih calon : 2 %     (194)
3) Tidak akan kerja masa PRU13 : 7 % (558)
4) Saya akan sabotaj Umno-BN: 31 % (2482)
5) Saya akan lompat parti: 53 % (4187)
Jumlah Undian: 7894

Semasa membuat ucapan penggulongan semalam, Najib membuat soalan cepumas itu kepada perwakilan Umno. Ketika itu, tidak ada sikap yang jelas di kalangan perwakilan kerana tidak ada bancian yang dibuat. Berdasarkan bancian Sinar yang dibuat mulai semalam itu, hanya 6 peratus atau 473 peserta bancian sahaja yang berkata "Sokong penuh Umno meskipun tidak dipilih calon."

Hanya 2 peratus pula yang berkata "Masih sokong Umno meskipun tidak dipilih calon".
Manakala 7 peratus berkata, "Tidak akan kerja masa PRU13".
Kesemua jawapan ini memberikan serangan saikoloji yang kuat kepada Umno khasnya Najib yang membuat semua andaian itu. (IH)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails