Thursday, December 06, 2012

Indeks Rasuah 2012: Turki Naik 7 Anak Tangga


Polis membawa dokumen ke mahkamah dalam satu siasatan kes rasuah melibatkan sembilan pegawai perbandaran yang ditahan pada 1 Oktober di wilayah barat Balikesir. (Photo: Cihan, Aydınışık Kadir)

MENURUT Indeks Persepsi Rasuah 2012 (Corruption Perceptions Index 2012) yang dikeluarkan Rabu lalu, kedudukan Turki lebih tinggi berbanding tahun sebelumnya dengan skor 49 daripada 100.

Menurut Indeks Ketelusan Rasuah (Corruption Transparency Index) tahunan ke-18 yang disediakan oleh Transparency International (TI), Turki berada di tangga ke-54 dalam kalangan 176 negara, pada tahun 2011 ia menduduki tempat ke-61 dalam senarai 182 negara. Greece yang kini menghadapi krisis kewangan terburuk dalam sejarah berada di kedudukan terendah dalam kalangan negara-negara Eropah dengan kedudukan di tangga ke-94.

Bercakap kepada Todays Zaman, Tinatin Ninua, Penyelaras Serantau untuk Eropah Tenggara di TI di Berlin, berkata bahawa dari membuat perbandingan dengan tahun-tahun sebelumnya, kita harus melihat bagaimana Turki berbanding negara-negara lain dan negara-negara jiran. Sambil menekankan bahawa skala mereka telah berubah tahun ini, Ninua berkata,

"Walaupun terdapat sedikit peningkatan dalam tahap persepsi rasuah di Turki, mereka yang menjalankan perniagaan di Turki masih menyebut rasuah sebagai satu masalah."

Menurut beliau, "Skor yang lebih positif datang dari daya saing dan Forum Ekonomi Sedunia serta kerana peraturan perniagaan yang dipermudahkan di Turki."

Merujuk kepada skor untuk Greece - yang terendah dalam kalangan"EU 27"- Ninau berkata," Keadaan ini mempunyai kaitan langsung dengan krisis ekonomi yang berterusan di Greece "Dia juga. menyatakan, "Walaupun Greece, Itali, Bulgaria telah merosot, negara yang di atas Turki juga amat penting," ujar beliau yang turut menyatakan keinginan untuk melihat kedudukan yang lebih baik untuk Turki.

Sebagai sebuah organisasi masyarakat global sivil yang mengetuai perjuangan menentang rasuah, Indeks Persepsi Rasuah TI mengukur tahap persepsi rasuah sektor awam di negara-negara di seluruh dunia. Seperti tahun sebelumnya, tahun ini, Denmark, Finland dan New Zealand berkongsi tempat pertama dengan skor 90, manakala Afghanistan, Korea Utara dan Somalia berada di kedudukan terakhir dengan skor  sebanyak 8. Ninua berkata bahawa dalam indeks, untuk pengiraan skor Turki, sembilan sumber yang berbeza telah digunakan antaranya kajian ahli perniagaan dan pakar-pakar.

Menurut TI, yang mempunyai lebih daripada 90 pejabat di seluruh dunia, dua pertiga daripada 176 negara yang disenaraikan dalam indeks 2012 mempunyai skor bawah 50, yang menurut TI ini menunjukkan bahawa institusi awam perlu lebih telus dan pegawai harus lebih bertanggungjawab. (todayszaman.com)

1 comment:

abah khalisha said...

rasuah ni umpama anai-anai

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails