Sunday, December 02, 2012

UMNO: Perhimpunan Raja Lawak.


PERHIMPUNAN Agung UMNO yang baru berakhir semalam akan selamanya diingati sebagai perhimpunan raja lawak. Kata berita Harakah hari ini.

Menurutnya, macam-macam adegan lucu yang timbul daripada para perwakilan di PWTC, seperti perwakilan Sabah yang memperlekehkan penyeludupan wang tunai RM40 juta yang menjadi sumbangan politik Umno Sabah sebagai “jumlah yang kecil” malah tidak mencukupi.

Perwakilan Pemuda Umno pula menghebahkan dengan megahnya bahawa Umno telah dipilih oleh Tuhan untuk diberi amanah dan kuasa untuk memerintah negara Malaysia. Jika benar Umno itu parti terpilih Tuhan, maka tidak perlulah Umno bertanding dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang.

Apakah gunanya mandat rakyat jika kemenangan Umno sudah ditakdirkan Yang Maha Esa? Tanya penulis artikel itu, Zairil Khir Johari. (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails