Sunday, December 02, 2012

Tiada Rumah Mampu Milik Dibina Kerajaan P.Pg?



KL: PERHIMPUNAN Agung UMNO yang baru berakhir semalam akan selamanya diingati sebagai perhimpunan raja lawak, kata penulis artikel dalam Harakah hari ini, iaitu, Zairil Khir Johari.

"Satu lagi lawak besar yang muncul dari PWTC adalah kenyataan perwakilan Pulau Pinang Datuk Rahim Saibu yang dilaporkan oleh media sebagai berkata bahawa masyarakat Melayu Pulau Pinang telah dimangsakan melalui 'pembersihan etnik melalui pemajuan hartanah' "..

Menurutnya, Rahim juga mendakwa dalam sesi perdebatan bahawa keperluan rakyat untuk perumahan mampu milik tidak dipedulikan langsung dan “tiada ada sebiji pun” rumah mampu milik yang dibina oleh kerajaan negeri.

Menurut Zairil, Umno sememangnya tiada modal lain selain mengulangi fitnah-fitnah yang sama. Umum sudah mengetahui bahawa kerajaan negeri Pakatan Rakyat di Pulau Pinang telah menyediakan tabung perumahan mampu milik yang berjumlah RM500 juta, iaitu tabung perumahan terbesar yang pernah diperuntukkan oleh mana-mana kerajaan negeri di Malaysia.

"Selain daripada itu, kerajaan negeri Pulau Pinang juga giat berusaha untuk memenuhi keperluan perumahan bagi rakyatnya. Sejak tahun 2008, sebanyak 11,596 unit perumahan kos rendah dan kos sederhana rendah telah pun diluluskan untuk pemajuan oleh pihak swasta dan juga kerajaan negeri melalui agensi-agensinya.

"Tambahan kepada 11,596 unit tersebut, kerajaan negeri juga telah memperuntukkan 277 ekar tanah di serata negeri merangkumi setiap daerah untuk pembinaan 18,000 unit perumahan mampu milik baru, termasuk lebih kurang 1,320 unit yang akan dibangunkan di Jalan SP Chelliah di perkarangan pusat bandar Geoge Town." Jelas Zairil.

Justeru, dakwaan bahawa kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang tidak memenuhi keperluan perumahan rakyat adalah tidak berasas langsung.

"Datuk Rahim sepatutnya akur bahawa penyelewengan tanah Melayu selama ini telah dilakukan oleh Umno sendiri, seperti dalam kes Kampung Terang, Balik Pulau, di mana 10 ekar tanah yang dimiliki 31 orang pemilik Melayu telah dijual kepada syarikat kepunyaan dua pemimpin kanan Umno negeri iaitu Datuk Musa Sheikh Fadzir dan Datuk Omar Faudzar.

"Tanah yang dibeli daripada pemilik-pemilik Melayu tersebut dengan jumlah harga RM8.6 juta kemudiannya telah dijual kepada sebuah pemaju swasta pada harga RM13.5 juta. Dalam erti kata lain, dengan mengambil kesempatan ke atas pemilik-pemilik Melayu tersebut, Datuk Musa dan Datuk Omar telah mengaut keuntungan “atas angin” yang berjumlah hampir RM5 juta.

"Bukankah ini contoh jelas penyelewengan amanah di mana tanah Melayu telah digadai demi keuntungan peribadi pemimpin-pemimpin Umno, apatah lagi apabila orang Melayu dikatakan sudah ketandusan tanah khususnya di bahagian pulau?" Tanya Zairil lagi.

Jadi, hakikatnya, sekiranya benar Melayu Pulau Pinang terjerut dalam keadaan tidak bertanah, bukankah ini salah pentadbiran Umno-Barisan Nasional selama 50 tahun di Pulau Pinang? Tidak mungkin keadaan sebegini boleh terjadi dalam sekelip mata.

Perkara ini disokong oleh editor weblog Ibnu Hasyim, Dr Hj Mohd Hasyim...
  
 Ibnu Hasyim (kiri) semasa berforum 'Forum Intelektual Nusantara' bersama-sama Prof Madya Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, Pensyarah Pengajian Islam, Pengkhususan Hadith, USM, dan wakil Pengarah Eksekutif Institut Kajian Dasar (IKD) PKR.di Bukit Mertajam Pulau Pinang.

"Saya difahamkan, dasar kerajaan Pakatan Rakyat di negeri Pulau Pinang adalah bertujuan bukan untuk menghapuskan kepentingan mana-mana masyarakat tetapi untuk menghapuskan gejala sosioekonomi seperti kemiskinan melalui Agenda Ekonomi Saksama.

"Agenda tersebut, akan memastikan tiada satu pun keluarga di Pulau Pinang yang mempunyai pendapatan kurang daripada garis kemiskinan kebangsaan bagi Semenanjung Malaysia menjelang akhir tahun 2013. Usaha ini adalah ekoran daripada kejayaan kerajaan negeri untuk membasmi kemiskinan tegar pada tahun 2009 setelah setahun mengambil alih pucuk kepimpinan negeri.

"Maka, jelas, dasar kerajaan Pakatan Rakyat adalah bertujuan untuk menjaga kepentingan rakyat dan bukan untuk menggadai kepentingan rakyat demi keuntungan diri sendiri. Apakah hal itu bertentangan dengan kehendak agama Islam? Bahkan hal-hal seperti itulah yang diperjungkan olah Khaifah Islam, Umar Abdul Aziz, khalifah zuhud zaman Bani Umaiyah." Kata Dr Mohd Hasyim yang juga bekas pimpinan PAS Pulau Pinang dan YDP PAS Baik Pulau satu ketika dulu. (IH)

4 comments:

NaS said...

Fakta atau auta?

1. Mana 11,000+ unit rumah kos rendah tu? Cuba tunjuk sat dalam 5-10 bijik. Alamatnya yang siap... Berapa tahun nak siapkan satu flat?? Janganlah nak perbodohkan orang.... Kalau 4 tahun pun tak siap2, nak sambung kelengtong sampai 8-10 tahun kot?

2. Tabung bukan bina. Tak guna kata ada 5-bilion duit dalam tabung, tapi tak digunakan, setahun orang Melayu tak dapat rumah, kali dengan bilangan orang Melayu yang melarat terpaksa sewa rumah jadi berapa puluh juta RM orang melayu rugi?? Kali empat tahun, dah dekat RM100 juta orang Melayu rugi... Samalah juga berapa banyak duit dalam tabung pembangunan Bumiputera yang diamanahkan kepada kerajaan negeri melalui agensi-agensi seperti PDC - juga tak dibelanjakan dah empat tahun lamanya. Nak buat apa duit2 tu, simpan kumpul riba??

3. Tabung utk bina rumah kos rendah tu untuk kawasan mana, ada tak di pulau?? Siapa pemilik kebanyakan tanah di Batu Kawan? Sedar tak berapa puluh ribu Melayu akan dipindahkan secara ekonomi dari pulau ke Seberang, dan bukan Melayu pula ke Pulau melalui skim pemindahan populasi strategik ini? Jangan Melayu bertitle Dr pun boleh jadi dungu sampai macam tu.... Saya pendidikan tak berapa tinggi dah boleh nilai dengan jelas hasil pemerhatian dengan mata kepala sendiri aksi2 luncai pentadbiran kerajaan negeri dah berdekat lamanya. Baik Gerakan. Lebih teruk lagi dengan DAP. Sekurang-kurangnya, orang Gerakan buat senyap2, DAP buat dengan lantang, apa heran sama Melayu...

Unknown said...

komen la Hisyam

Ibnu Hasyim said...

T.Kasih atas komen tuan-tuan.

Sila lihat artikel:

Rumah M/Milik: 13 Perkara PP Bongkar Tipuan PM

Anonymous said...

Kah5.... Cai meh mkn rmput meh..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails